Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-06-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"The word impossible is not in my dictionary"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 48
Ahli: 0
Jumlah: 48




  Yang Masuk Ke Sini
RaihanFan: 20 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Mahkamah: Larangan guna perkataan ALLAH


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Mahkamah: Larangan guna perkataan ALLAH

Please Mendaftar To Post


Oleh Mahkamah: Larangan guna perkataan ALLAH

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 01-01-10 18:15


Ya Allah hu Rabbi, semakin menipis kesabaran ini...!

Mahkamah: Larangan guna perkataan 'Allah' tidak sah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal�.

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini.

http://www.malaysiakini.com/news/120910


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 01-01-10 18:18


Gereja dibenar guna kalimah Allah

Oleh SUWARNI MOKHTAR
[email protected]

KUALA LUMPUR 31 Dis. � Gereja Katolik dibenarkan menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald - The Catholic Weekly setelah Mahkamah Tinggi berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan ketika membenarkan permohonan tersebut berkata, Gereja Katolik selaku pemohon mempunyai hak untuk berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa menjadi satu kesalahan bagi seseorang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah kepada umat Islam untuk menyebarkan agamanya.

Bagaimanapun, katanya, ia bukanlah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan perkataan itu sesama mereka bagi tujuan agama mereka.

Hakim tersebut juga bersependapat dengan pemohon bahawa Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam selaku agama rasmi tidak memberi kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia menghalang gereja tersebut daripada menggunakan perkataan Allah.

Penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan itu juga, menurut beliau, merupakan sebahagian daripada hak untuk bersuara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Dalam penghakiman lisannya, hakim itu menyatakan, perintah larangan yang dikeluarkan menyatakan penggunaan perkataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham di kalangan umat Islam serta menggugat ketenteraman negara.

��Pihak responden dalam hujahnya bagaimanapun tidak memberikan sebarang bukti bagaimana penggunaan perkataan Allah boleh mengganggu ketenteraman awam,�� katanya.

Sehubungan itu, beliau menyatakan, keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan mingguan itu menggunakan perkataan �Allah� adalah salah di sisi undang-undang, batal dan tidak sah.

Hakim Bee Lan memutuskan demikian dalam semakan kehakiman oleh Gereja Katolik yang difailkan melalui Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai responden.

Gereja Katolik antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang penggunaan perkataan Allah dalam Herald-The Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan Allah bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam sahaja.

Sejurus keputusan itu diumumkan, Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Md. Said meminta penjelasan sama ada ketetapan tersebut mempengaruhi permit penerbitan berkenaan bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2010.

Ini kerana, katanya, permohonan itu dibuat berdasarkan larangan terhadap permit bertarikh 1 Januari hingga 31 Disember 2009.

Peguam Porres Royan yang mewakili gereja itu sebaliknya menyatakan keputusan telah pun dikeluarkan hari ini dan terpulang kepada pihak-pihak yang terlibat untuk mentafsirkannya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-01-10 03:13


... Wawa tak tahu nak cakap macam mana sebab takut terpesong sebenarnya. Err...bukan ke agaam Kristian tu memang percaya bahawa ALLAH tu Tuhan mereka? Cumanya mereka gunakan 'perantara' Nabi Isa AS (Jesus) saja dalam urusan. Tu yang jadi tak betul tu, kan?

Dalam hal ni, asas aqidah amat penting. siapa yang tak 'kenal' ALLAH SWT, tak tahulah apa akan jadi.. Dah nampak macam Malaysia ni 'Liberal' pun ada juga. ish...takutnya, entah apa akan jadi zaman anak-anak kita kelak.


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-01-10 03:22


hati-hati, ni kisah benar!

kawan Wawa ni, baru masuk Islam. Dia pernah buat tidur dengan bekas teman lelaki dia sebelum memeluk Islam suatu ketika dulu. Worse.. dia dijangkiti HIV. Time dia nak delivery anak d Hospital, semua kawan-kawan seISLAM tak dapat nak bantu dia sebab takut dengan HIV. Puas dia mencari pertolongan, akhirnya datanglah 'sister' ke Hospital menawarkan bantuan. Kawan Wawa ni terima sebab terdesak. Apa nak buat? family dia dah buang dia sebab masuk Islam.. Dia pun ikutlah sister ni balik ke gereja. d gereja, segala apa keperluan dia diberi. segalanya baru, mahal dan berkualiti. kebebasan agama? tak perlu risau kata sister tu. "kami ada bilik ibadat". dalam bilik tu, semua agama boleh beribadat. setiap ruang diletakkan al-qur'an, salib, patung gajah dan tokong. so, semua penghuni d situ boleh beribadat bersama2. (harap-harap konsep 1 Malaysia bukan macam ni,..) sehingga September 09, kawan wawa ni belum lagi diajak untuk join agama kristian.. bila difikir2, Kenapa? rupa-rupanya mereka nak rosakkan fikiran kita terlebih dahulu sebenarnya..


--alamak! anak menangis-- to be continue. INSYA ALLAH.


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 02-01-10 08:52


Bagaimana hukum Islam tentang perkara ini?
Pada saya ini perkara asas.
Ada sesiapa cerdik pandai di ukhwah yang boleh beri penjelasan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-01-10 13:31


Salam,

Boleh sesiapa di sini sahkan bahawa kristian kibti di Mesir menggunakan nama Allah bagi Tuhan dalam kitab2 agama mereka?

Wasalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-01-10 20:23


sekadar pendapat sahaja.....kalau salah tolong betulkan...
erm..setahu saya orang bukan islam memang menggunakan perkataan ALLAH kerana mereka percaya kepada ALLAH tetapi melalui perantaraan seperti patung dan dewa2.....
tidak salah mereka menggunakannyer...TAPI yang DIRISAUKAN penggunaan perkataan ALLAH bagi bukan islam dalam MALAYSIA akan menyebabkan segelintir masyarakat terkeliru memandangkan MALAYSIA masyarakat majmuk yang berbagai bangsa.....
kalau orang-orang dewase yang berpegang pada ajaran islam,mereka dapat membezakannyer...
BAGAIMANA pula bagi mereka yang kurang pada pegangan islam,bukan kah mereka akan terkeliru????
BAGAIMANA pula dengan anak-anak kecil yang bersekolah..mungkin mereka akan terkeliru bila bersama dengan rakan-rakan kelas mereka yang berlainan bangsa.....
MUNGKIN satu hari nanti..anak-anak kita akan BERFIKIR
"KAMI PERCAYA PADA ALLAH yang SAME"
maka..mungkin anak-anak kita akan berfikir... apa-apa saja kawan-kawan BUKAN ISLAM BOLEH BUAT,KAMI PUN BOLEH JUGA... ALLAH KAMI SAMA!!
Jadi macam mana dengan generasi kita yang akan datang,yang mana bakal mengembangkan islam...adakah seprti ini yang kita inginkan?impikan?
oohhhhh...TIDAK....


-----------------
Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-01-10 23:36


macam mana kalau tiba-tiba hindu minta nama jesus masuk lam kitab dia?


-----------------
Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad....
Arahan hanya kepada orang yang beriman


Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-01-10 00:51


dalam bible versi indonesia dan bahasa melayu memang dah lama guna nama Allah..perkataan esa semua pun ada.


hindu minta nama jesus..mustahil sebab tiada kaitan..


setuju dengan pendapat dr asri tentang ni kalau masih tak berubah


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

avicenna2504
Warga Rasmi
Menyertai: 03.01.2010
Ahli No: 38918
Posting: 9
Dari: Timur Tengah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-01-10 05:07


Salam 'alaik..

Isu hangat..hangat sebenarnya kerana bimbang pada remaja2 Islam yang keyakinan agamanya tersangat nipis..
Kebenaran untuk menggunakan nama Allah oleh kristian boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan remaja2 ini apabila membacanya..
Dakyah kristian akan lebih hebat,halus dan tajam sekiranya hal ini terjadi..

apa yang dibimbangkan adalah apakah yang akan terjadi apabila remaja2 ini membaca risalah2 kristian dengan nama Allah di dalamnya..adakah mereka akan terpengaruh dan terkeliru?jika ini berlaku,adakah akan berlaku pertukaran agama yang lebih teruk oleh rakyat Melayu Muslim?

Wallahu'alam..


-----------------
"Berimanlah kerana Iman itu penghapus duka, penyejuk mata ahli tawhid dan penghibur ahli 'abid."

Dr 'Aidh Abdullah alQarni,


Bookmark and Share

    


  Member Information For avicenna2504Profil   Hantar PM kepada avicenna2504   Pergi ke avicenna2504's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-01-10 08:38


semua pun takut menjejaskan akidah..pembinaan church, penggunaan nama Allah
tapi tidak pula berusaha menguatkan akidah di kalangan Islam
hiburan melampau2, kuat mengumpat, bercerita hal peribadi dan bertanya hal peribadi orang sampai ke akar umbi
tanpa pembinaan church, tanpa penggunaan nama Allah pun akidah terpesong
berlaku murtad kalau akidah tak kuat
rasul melayu, ayah pin, bomoh dapat wahyu ada kaitan ke dengan kristian? semua pun melayu Islam bukannya kristian
Kenapa bukan akidah yang di fokus
orang Islam hanya kuat buat demonstasi
rempit rempit bohsia dadah nombor ekor buang anak banyak melayu Islam

dalam gereja pun dah lama sebut sebut nama Allah tak payah minta kebenaran
dalam buku doa, dalam lagu semua pun ada


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

alKhattab
Warga 5 Bintang
Menyertai: 02.01.2005
Ahli No: 13471
Posting: 374

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-01-10 09:56


Kalian boleh juga baca kupasan di blog ini. Semoga beroleh manfaat. http://www.faridrashidi.com/2010/01/02/jangan-seleweng-penggunaan-kalimah-allah/#comments


-----------------
'memartabatkan ummah dengan menegakkan kembali daulah khilafah islamiyah.."


Bookmark and Share

    


  Member Information For alKhattabProfil   Hantar PM kepada alKhattab   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 03-01-10 12:33


Mulai esok anak-anak kita akan ke Sekolah. Guru2 Islam akan ajar anak-anak kita, "Allah perintah kita sembahyang 5 waktu satu hari". Guru2 Kristian pula akan ajar anak-anak kita, "Allah perintah kita sembahyang seminggu sekali setiap hari Ahad" Ajaran siapa agaknya yang anak-anak kita akan ikut ya? Tahniahlah PAS kerana berjaya memban...tu Yahudi dan Nasrani mengelirukan umat Islam!!! Tahniah khusus buat Khalid Samad. Mengaibkan!See More


-----------------
Manchester United Truly Fans


Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-01-10 14:25


1 malaysia....
1 tuhan...
tapi lain-lain kepercayaan...
wahwahwah...
parah najib....

p/s.. umno.. pas... pkr...
        senyap juga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

avicenna2504
Warga Rasmi
Menyertai: 03.01.2010
Ahli No: 38918
Posting: 9
Dari: Timur Tengah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-01-10 20:21


Sedikit tambahan perkongsian maklumat..

pastinya bermanfaat untuk bacaan semua..
dalam hal-hal sebegini kena rujuk juga mereka-mereka yang mahir dalam agama..
sebab mereka dah berkecimpung lama dalam isu-isu seperti ini..

http://inijalanku.wordpress.com/2010/01/03/kristian-dibenar-guna-perkataan-allah/


-----------------
"Berimanlah kerana Iman itu penghapus duka, penyejuk mata ahli tawhid dan penghibur ahli 'abid."

Dr 'Aidh Abdullah alQarni,


Bookmark and Share

    


  Member Information For avicenna2504Profil   Hantar PM kepada avicenna2504   Pergi ke avicenna2504's Website   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 03-01-10 20:43


Pada 03-01-10 12:33 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

Mulai esok anak-anak kita akan ke Sekolah. Guru2 Islam akan ajar anak-anak kita, "Allah perintah kita sembahyang 5 waktu satu hari". Guru2 Kristian pula akan ajar anak-anak kita, "Allah perintah kita sembahyang seminggu sekali setiap hari Ahad" Ajaran siapa agaknya yang anak-anak kita akan ikut ya? Tahniahlah PAS kerana berjaya memban...tu Yahudi dan Nasrani mengelirukan umat Islam!!! Tahniah khusus buat Khalid Samad. Mengaibkan!See More



Tak tahu pula anak-anak kita kena belajar Pendidikan Islam dan Pendidikan Kristian .. Sekolah mana yang boleh belajar kedua-duanya agama tu ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-01-10 01:01



    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-01-10 04:53


Pada 02-01-10 08:52 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Bagaimana hukum Islam tentang perkara ini?
Pada saya ini perkara asas.
Ada sesiapa cerdik pandai di ukhwah yang boleh beri penjelasan.


Wuzara malu2 pulak nak jawab... :-D


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-01-10 07:14


Ana lebih condong kepada pendapat Dr Asri.

Ana nampak ada pihak cuba menaguk di air yang keruh melalui isu ini.

UMNO nampaknya cuba menjadi jaguh kononnya untuk membela kesucian Islam, walhal merekalah yang duduk di barisan hadapan dalam menjahanamkan Islam di Malaysia ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-01-10 07:23


ini adalah ulsan dari uzar

http://www.zaharuddin.net/bahasa-articles/larangan-kristian-guna-nama-allah-ulasan-ringkas.html

semoga dapat diteliti dengan sebaiknya..terima kasih.

p/s: ck saya setuju dengan pendapat ck itu...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 04-01-10 09:38


Pada 04-01-10 04:53 , pemburu_harimau posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-01-10 08:52 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Bagaimana hukum Islam tentang perkara ini?
Pada saya ini perkara asas.
Ada sesiapa cerdik pandai di ukhwah yang boleh beri penjelasan.


Wuzara malu2 pulak nak jawab... :-D



Hihi...
lama tak nampak, bro...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 04-01-10 09:40


Pada 04-01-10 07:14 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!



UMNO nampaknya cuba menjadi jaguh kononnya untuk membela kesucian Islam, walhal merekalah yang duduk di barisan hadapan dalam menjahanamkan Islam di Malaysia ini.



Badut-badut buat sarkis new year tu, FM
ketua badut dah nak ngadap agung pullok.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-01-10 09:58


sepatutnya orang-orang atasan tu mampu lakukan perjuangan yang lebih besar kepada agama Islam tapi mereka pula yang perlekehkan hukum Allah..

macam sharizat tu baguslah (konon) perjuangkan hak Islam sekarang dalam kes ini..orang bukan Islam pun boleh gelakkan..


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-01-10 11:48


macam-macam pendapat ada, sama ada dari kalangan ilmuwan agama mahupun bukan.. musykil saya untuk memilih mana pendapat yang harus dipegang.. mungkin ini hanya isu cabang dalam akidah, namun bagi mengelakkan kekeliruan yang lebih besar di masa hadapan, rasanya memang menjadi satu keperluan untuk pihak pemerintah melarang penggunaan perkataan ALLAH oleh golongan kristian itu.. mungkin dari segi dasarnya, ia boleh dikatakan harus untuk golongan kristian menggunakan perkataan ALLAH kerana mereka juga mempercayai ALLAH sebagai tuhan mereka, tapi ada perbezaan yang amat ketara dari segi konsep ketuhanan antara dua agama samawi ini.. tambahan lagi kitab bible sekarang bukanlah seperti asalnya yang diterima oleh Nabi Isa kerana sebahagian mereka telah mengubahsuai isi kitab injil itu mengikut kesesuaian dan citarasa mereka.. dalam islam, ALLAH adalah Tuhan Yang Maha Esa, dan tiada tuhan lain yang layak disembah melainkan DIA.. ini berbeza dengan konsep triniti dalam kristian, bukankah begitu?? mungkinkah nanti anak cucu kita akan bertanya, 'apa bezanya ALLAH dalam Quran dan bible(atau apa saja majalah mahupun makalah yang dikeluarkan golongan kristian) tu?'

:-)


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 04-01-10 12:37


kalau anak cucu bertanya begitu (beza Allah dalam 2 agama itu) baguslah daripada bertanya siapa nama artis hihihi..

sebenarnya kalau dalam akbar herald itu dilarang pun dalam gereja memang mereka sebut2 juga nama Allah..dalam lagu2 rohani pun nama Allah disebut juga..banyak lagu rohani memang mereka ada guna nama Allah..

cuma bezanya mereka memang tak tahu maksud Allah sebenar sedangkan dalam pembacaan bible ketika sembahyang di gereja mereka ada baca dalam bible misalnya..."Tuhan itu esa"..... misalnya dalam lagu rohani "ku sembah kau ya Allah ku, ku tinggikan nama Mu selalu"


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-01-10 12:46


memang musykil.. bertambahlah musykil pada mereka yang sememangnya jahil dalam agama.. jika ini hanya isu ranting, bukan isu pokok dalam agama, rasanya tidak perlulah kita bising-bising.. tapi mungkin atas niat untuk berkongsi pendapat dan ilmu, itu tidak menjadi masalah sangat.. namun maslahah kena difikirkan juga.. untuk mengelakkan kekeliruan yang lebih besar di masa hadapan.. para ilmuan pun berbeza pendapat.. mungkin masing-masing hanya perlu berijtihad sendiri agaknya.. ijtihad untuk diri sendiri..

:-)


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-01-10 13:32


Pada 04-01-10 09:58 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

sepatutnya orang-orang atasan tu mampu lakukan perjuangan yang lebih besar kepada agama Islam tapi mereka pula yang perlekehkan hukum Allah..

macam sharizat tu baguslah (konon) perjuangkan hak Islam sekarang dalam kes ini..orang bukan Islam pun boleh gelakkan..



Sekarang ni ada badut baru yang kononnya nak mempopularkan 'fesyen busana muslimah' tapi dia sendiri ke hulu ke hilir tanpa menutup aurat dan berpakaian ketat!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-01-10 15:25


Pada 04-01-10 13:32 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 04-01-10 09:58 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!

sepatutnya orang-orang atasan tu mampu lakukan perjuangan yang lebih besar kepada agama Islam tapi mereka pula yang perlekehkan hukum Allah..

macam sharizat tu baguslah (konon) perjuangkan hak Islam sekarang dalam kes ini..orang bukan Islam pun boleh gelakkan..



Sekarang ni ada badut baru yang kononnya nak mempopularkan 'fesyen busana muslimah' tapi dia sendiri ke hulu ke hilir tanpa menutup aurat dan berpakaian ketat!


iyeke?? ish3x.. biarkanlah mereka dengan busana mereka.. lagipun mereka pun bukannya tidak tahu batas-batas yang sebenar dalam berpakaian, apa yang perlu ditutup, apa yang boleh dizahirkan.. mereka tahu semua itu cuma tidak mahu ikut sahaja.. saya sekadar bersangka baik.. kadang-kadang rasa takut untuk mencemuh kebobrokan muslim lain sebab takut ia akan datang semula pada kita dan kita sendiri akan melakukannya.. maklumlah, ALLAH anytime sahaja mampu membolak-balikkan hati manusia.. tapi secara tidak langsung memang situasi macam ini boleh membuatkan orang bukan islam yang faham islam lebih dari orang islam sendiri tertawa melihat orang islam lain.. kononnya menegakkan islam tapi pada masa yang sama tidak cukup ilmu, berdemonstrasi atas dasar semangat semata-mata, berapi-api dalam melaungkan kehebatan islam, mengutuk golongan yang cuba mempersendakan islam sedangkan pada masa yang sama.. fikir-fikirkanlah..


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-01-10 22:14


Jadi,apa kesimpulan kita?

(ni saja tambah perkataan bagi cukup 10, ha dah cukup...hehehe)


-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh


Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 09:07


Pada 04-01-10 07:14 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Ana lebih condong kepada pendapat Dr Asri.

Ana nampak ada pihak cuba menaguk di air yang keruh melalui isu ini.

UMNO nampaknya cuba menjadi jaguh kononnya untuk membela kesucian Islam, walhal merekalah yang duduk di barisan hadapan dalam menjahanamkan Islam di Malaysia ini.


saya lebih tenteram dengan pandangan ustaz zaharudin..... pendapat yang agak 'pertengahan'..... :-)


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 10:18


Tuhan sebenar org kristian ialah Allah.. sebelum ni mereka guna jesus, sekarang guna Allah..syukur, tak lama lagi kristian masuk Islam lah tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 11:05


Pada 05-01-10 10:18 , Addey posting:

!!! QUOTE !!!

Tuhan sebenar org kristian ialah Allah.. sebelum ni mereka guna jesus, sekarang guna Allah..syukur, tak lama lagi kristian masuk Islam lah tu...


mustahil kafir akan masuk Islam hanya dengan guna nama Allah....

pemahaman sebenar tentang Islam terlebih utama kita usahakan. Ramai kafir yang menentang Islam kerana mendapat terjemahan dan gambaran yang tidak tepat tentang Islam.....andai mereka benar-benar tahu dan jelas keselamatan, kenikmatan, ketinggian dan kemuliaan yang islam sediakan kepada muslim berbanding kafir, mereka tentu akan dan'berfikir' tentangnya.



-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

ibnushahabudin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.10.2009
Ahli No: 37618
Posting: 35

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 11:22


Assalamualaikum semua,
Ketika isu ni mula-mula keluar, saya dengar pendapat dr dua-dua belah pihak, antara nya khalid samad(setuju) dan ustaz zamehan(tak setuju). antara pendapat khalid samad yang saya rasa logik dan bijak adalah " jika kita mengatakan yang pengunaan perkataan Allah ni akan mengelirukan org islam, bukankah perkara yang sama patut berlaku kepada org kristian? kita telah mengunakan perkataan ALlah dah lama dah, sedangkan mereka baru sahaja nak memperkenalkan istilah ini kepda golongan mereka" (macam tu lah lebih kurang) ustaz zamehan pula membuat penghujahan dr segi bahasa perkataan Allah itu menurut konteks kamus2 yang ada seperti dewan bahasa dan pustaka, britanica dan sebagainya yang jelas menunjukkan ALlah itu esa, dan seolah-olah esklusif untuk org islam. dua-dua memberi pendapat yang berbeza dengan hujah yang mantap dan bagus. saya tidak masalah kalau perkara ni terjadi atau tak, tapi kalau dibenarkan jugak, maka kena ada pemantauan yang rapi dan jitu, supaya tidak ada unsur2 penyelewangan dan salahguna serta badan2 agama lain perlu ada inisiatif mengadakan perbincangan dengan golongan2 kristian ini supaya org lain dapat menilai secara teliti dan berkhemah. saya lebih pening dan marah apabile jawapan2 pak menteri lebih kepada menghentam 'dahulu' tanpa cuba memberi alasan Kenapa tak boleh. Nampak sangat tak cerdik. memang isu ni sensitif, sensitif kerana kurang ilmu pengetahuan dan kurang pendedahan...

wallahu a'lam.. minta maap kalau tersalah kata kawan-kawan :)


-----------------
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta...


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnushahabudinProfil   Hantar PM kepada ibnushahabudin   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 11:40


1. kalau rujuk pada nas memang tida larangan...(sila betulkan jika saya salah)
2. kalau rujuk pada perundangan saya suka membaca pandangan awal oleh peguam Hanipa Maidin
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/breaking-views/48520-di-mana-silap-dan-betulnya-hakim-lau-bee-lan--mohamed-hanipa-maidin

3. Kalau ikut keadaan setempat dan suasana Malaysia memang saya tak setuju kerana dikhuatiri akan disalahguna dan mengelirukan masyarakat.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 12:11


mungkin kita kena kaji konteks ayat yang ingin disampaikan oleh golongan kristian itu sama ada betul atau tidak.. jadi, kena pantau sokmo lah..

:-)


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 13:05


Salam,

Kesimpulan dari isu ini, yang boleh saya buat, bukanlah persoalan hukum keharusan bukan Islam menggunakan nama khas Allah bagi Tuhan tetapi adalah penyerahan kita terhadap undang-undang yang dibangunkan berdasarkan akal dan hakim non-muslim untuk menyelesaikannya.

Wasalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 05-01-10 13:31


Pendirian MAIM berkenaan Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Agama Lain

MAIM menyedari:

Akhbar The Herald Catholic Weekly versi Bahasa Malaysia telah menggunakan perkataan �Allah� sebagai terjemahan kepada perkataan �God�
Wujud Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam, suatu undang-undang yang digubal di bawah Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan di sepuluh (10) buah negeri, yang terkandung larangan menggunakan kalimah �Allah� oleh agama lain;
Enakmen ini belum digubal bagi Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak;
Wujud arahan eksekutif melarang The Herald Catholic Weekly menggunakan kalimah �Allah�;
Isu ini telah dirujuk kepada mahkamah; dan
Perkataan �Allah� digunakan di dalam kitab orang Sikh, Granth Sahib.

MAIM juga menyedari:

Wujud usaha di pihak kerajaan untuk menggubal satu undang-undang persekutuan mengenai perkara-perkara seperti yang disentuh di dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam;
Wujud usaha untuk meminta campur tangan Majlis Raja-Raja; dan
Wujud usaha oleh pihak lain untuk mengemukakan lebih banyak isu-isu seperti ini ke mahkamah.
MAIM juga menyedari:

Wujud perbezaan pandangan di kalangan umat Islam sama ada penggunaan kalimah �Allah� oleh agama lain dilarang oleh Islam;
Penggunaan perkataan �Allah� yang diusahakan oleh pihak agama Catholic hanya dalam keadaan terpilih dan bukan secara menyeluruh menterjemahkan �God� kepada �Allah�; dan
Kerajaan Malaysia sebagai pemerintah berkuasa menggubal apa jua undang-undang untuk menjaga kepentingan negara dan rakyatnya.

Oleh itu MAIM berpandangan:

Penggunaan perkataan �Allah� oleh agama-agama lain akan menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam, terutamanya para remaja dan belia;
Ia juga akan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam dan boleh menimbulkan sensitiviti jika Allah dikaitkan dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan sifatNya serta bertentangan dengan konsep Tauhid dan aqidah Islam;
Adalah wajar bagi kerajaan mengambil sebarang langkah untuk mengelakkan kekeliruan dan keresahan di kalangan umat Islam; dan
Umat Islam dan badan-badan Islam perlu mengetepikan perbezaan pandangan tentang sama ada penggunaan kalimah �Allah� dilarang oleh Islam dan bersatu diatas dasar menjaga kepentingan umat (maslahah) serta menjauhi keburukan (mafsadah).


Dengan itu MAIM berpendirian:

Menyokong usaha melarang kalimah �Allah� digunakan oleh agama-agama lain.
Isu-isu berkaitan dengan Agama Islam dirujuk hanya kepada Mahkamah Syari�ah.
Usaha-usaha perlu dibuat untuk mengukuhkan pemahaman Islam umumnya dan aqidah Islam khususnya di kalangan umat Islam.

Pendirian ini dipersetujui di dalam Mesyuarat Khas JK Pusat MAIM pada 13 Mac 2008.


Mesyuarat juga memutuskan untuk mengeluarkan satu kenyataan media dan menggalakkan ahli-ahli MAIM secara sendirian mengeluarkan kenyataan media masing-masing, menyatakan pendirian yang sama.

Muhammad Abdullah Nicholas Sylvester
Pengerusi, Dakwah JIM Pusat
Lot 300.3 Lorong Selangor, sat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +06-03-41089669, tak: +06-03-4107- 1754

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 19:33


Isu penggunaan nama Allah oleh non muslim menjadi satu polemik baru di Malaysia. Sungguh. Bukannya senang untuk mentadbir sesebuah negara berdasarkan acuan Syarak. Pastinya para penuntut ilmu Islam khususnya yang berada di Timur Tengah perlu lebih serius dan bersengkang mata dalam mengaut lautan ilmu bagi melengkapkan diri sebagai pengisi kepada pelaksanaan Islam di Malaysia selepas tumbangnya era zalim UMNO tida lama lagi.

Sempat saya mengambil pandangan Syeikh Yusri Al-Hasani pagi tadi berkenaan isu ini. Menurut beliau, Allah adalah tuhan bagi seluruh makhluk. Allah jugalah tuhan bagi penduduk syurga dan penduduk neraka. Menurut beliau, tidak betul sekiranya non Muslim disekat daripada menggunakan kalimah Allah.

Beliau sempat membacakan beberapa potong ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa non Muslim juga menyebut nama Allah. Antaranya:

1) Surah Luqman Ayat 25
2) Surah Al-Ankabut Ayat 65

Beliau menegaskan bahawa Allah tidak menyalahkan golongan musyrikin di dalam ayat di atas kerana mereka menggunakan nama Allah, sebaliknya Allah membidas mereka kerana mereka tetap tidak mahu beriman kepada Allah.

Saya sempat juga menyatakan kepada beliau bahawa berkemungkinan dengan membenarkan non muslim menggunakan nama Allah akan menyebabkan kecelaruan dalam diri orang-orang Islam yang tidak mendalami Islam dengan baik, beliau mencelah "Maka tugas para ulama di Malaysialah yang sepatutnya menjelaskan kepada masyarakat Islam tentang kebenaran Islam".

Dalam perjalanan pulang dari Muqattam tadi, saya terus memikirkan isu ini. Saya terfikir, Nabi Isa Alaihissalam adalah salah seorang Nabi yang dimuliakan oleh orang-orang Islam. Namun golongan Kristian telah mentuhankan baginda dan semestinya ini juga adalah satu perkara yang terkutuk di dalam Islam.

Walau bagaimanapun, saya belum pernah terbaca mana-mana buku sejarah Islam lampau yang menyatakan bahawa pihak gereja dilarang daripada meletakkan patung nabi Isa yang disalib di dalam gereja. Mereka bebas menganut agama Kristian dan bebas untuk menganggap Nabi Isa adalah tuhan sedangkan isu mentuhankan nabi Isa adalah isu yang begitu sensitif dalam agama Islam.

Makanya, seakan-akan isu penggunaan nama Allah hampir sama dengan isu patung Nabi Isa yang disalib dan isu gambar Sayyidatina Maryam yang dijadikan hiasan utama di dalam gereja-gereja.

Saya akan terus mengkaji.

Mungkin isu ini adalah satu jambatan kepada dialog agama secara terbuka di antara pihak para ulama Islam di Malaysia dengan pihak gereja dalam isu-isu ketuhanan secara ilmiah.

Bagi saya dialog seperti ini sangat penting agar masyarakat Kristian khususnya dapat menilai kembali keyakinan mereka selama ini berkenaan Allah dan Nabi Isa Alaihissalam.

.........................................

Antara Allah di sisi kami dan Allah di sisi kamu wahai masyarakat Kristian.

1) Allah di sisi kami adalah tuhan yang tiada sama sekali memiliki kekurangan. Allah kami adalah tuhan yang agung.

Allah di sisi kamu pula adalah dianggap sebagai tuhan yang lemah yang bermurung duka.

2) Allah kami adalah tuhan yang perkasa. Tiada sesiapapun yang dapat mengalahkannya. Allah kamu pula adalah tuhan yang pernah bertarung dan bertumbuk dengan Nabi Yaakub, lalu akhirnya Allah dikalahkan oleh Nabi Yaakub lalu tuhan merayu-rayu meminta agar dia dikasihani dan dilepaskan.

3) Allah di sisi kami adalah tuhan yang sama sekali tidak melakukan perkara yang sia-sia. Dia adalah zat yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Allah kamu pula pernah bersedih dan menyesal kerana menjadikan manusia apabila Allah melihat manusia tidak mentaatinya.

4) Allah kami adalah tuhan yang tidak dilahirkan dan tidak melahirkan. Maha Suci Allah daripada memiliki anak. Allah kamu pula memiliki anak. Persoalannya adakah Nabi Isa yang kamu katakan bahawa baginda anak Allah adalah hasil daripada hubungan jenis antara Allah dan isterinya? Atau anak yang kamu maksudkan adalah Allah menciptakan Nabi Isa lalu Allah menjadikannya sebagai anakNya.

* Kalau kamu kata Jesus itu adalah anak Allah hasil daripada hubungan kelamin antara Allah dan isterinya, jijik sungguh kamu nyatakan kepada Allah. Bagaimana Allah sedemikian rupa? Dan siapa pula isteri Allah. Setahu kami, tiada seorangpun di kalangan kamu yang menyatakan bahawa Sayyidatina Maryam itu isteri Allah.

* Kalau kamu nyatakan bahawa Nabi Isa itu diciptakan oleh Allah lalu Allah mengangkatnya ke darjat yang tinggi lalu menjadi anak Allah, maka hakikatnya itu hanyalah satu anugerah ketinggian darjat. Namun ini sama sekali tidak akan menyebabkan Jesus itu dinobatkan sebagai tuhan. Bagaimana Jesus menjadi tuhan sedangkan dia diciptakan oleh tuhan.

Sungguh beza betul antara Allah kami dan Allah kamu.

rujukan asal : http://hairulnizammathusain.blogspot.com/2010/01/allah-kami-dan-allah-kamu.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 21:00


Petikan dari fb ustaz Zaharuddin..

Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah diskrip menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya.

kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian?. Fikirkan... diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya.

WWW.ZAHARUDDIN.NET


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 07:52


Pada 05-01-10 10:18 , Addey posting:

!!! QUOTE !!!

Tuhan sebenar org kristian ialah Allah.. sebelum ni mereka guna jesus, sekarang guna Allah..syukur, tak lama lagi kristian masuk Islam lah tu...


Do'a yang bagus tu Addey.

Teringat satu ketika dulu, asrama Wawa bersebelahan dengan gereja. kadang-kadang terdengar juga lagu2 keagamaan yang mereka nyanyi. Berbahasa melayu, sayu sangat suara mereka-mereka ni. tapi yang pasti, lirik akhir lagu tu berbunyi "ALLAH Tuhan kami". Confused.. semoga dikuatkan iman. Amin.


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 07:54


Pada 05-01-10 19:33 , as-syafie posting:

!!! QUOTE !!!




4) Allah kamu pula memiliki anak. Persoalannya adakah Nabi Isa yang kamu katakan bahawa baginda anak Allah adalah hasil daripada hubungan jenis antara Allah dan isterinya? Atau anak yang kamu maksudkan adalah Allah menciptakan Nabi Isa lalu Allah menjadikannya sebagai anakNya.

* Kalau kamu kata Jesus itu adalah anak Allah hasil daripada hubungan kelamin antara Allah dan isterinya, jijik sungguh kamu nyatakan kepada Allah. Bagaimana Allah sedemikian rupa? Dan siapa pula isteri Allah. Setahu kami, tiada seorangpun di kalangan kamu yang menyatakan bahawa Sayyidatina Maryam itu isteri Allah.





semua betul kecuali ini. kristian tidak pernah sekalipun pun mengajar penganutnya tuhan ada isteri.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 08:04


Nabi isa as pun tak pernah cakap dalam kitab injil "sembahlah aku". betul, kan?


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 06-01-10 10:02


Salam,

Go to this PPIM website and sign the petition.

http://www.muslimconsumer.org.my/herald/

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 06-01-10 10:06


Isu Perkataan Allah Dan Golongan Munafik

Posted on Monday, January 04 @ 07:59:01 PST by Paktam
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=5497


Oleh YB Dr Mujahid Rawa

Keputusan 31 Disember tentang penggunaan kalimat Allah oleh Mahkamah Tinggi menutup tirai tahun 2009 dan membuka 2010 dengan penuh kontraversi. Mungkin tidak sehebat jet engine hilang atau gula naik 20sen. Tetapi isu ini telah menjadi sepak mula arena isu di negara ini semenjak 1 Jan lagi.Saya boleh memahami mengapa ianya menjadi isu yang menarik, kerana di Malaysia apa sahaja yang berbau sensitif pasti akan menarik minat pihak tertentu, apatah lagi pihak tertentu mempunyai agenda tersendiri dalam keadaan mereka mendapati diri mereka sempit dan tidak boleh bernafas dengan kemunculan wajah baru politik Malaysia.




Malangnya ramai yang menjadi mangsa kepada golongan desperado ini. Walaupun mangsa golongan tersepit yang menggunakan isu kalimah Allah ini untuk survival politik mereka dieksploitasikan namun, garisan penghujahan jika diteliti berbeza antara yang berkepentingan dan mereka yang melihat secara objektif dalam permasalahan yang timbul.

Saya meneliti garis penghujahan yang menentang keputusan Hakim Lau tempoh hari mempunyai rasionalnya tersendiri dan perlu diambil kira pandangannya. Apa yang saya tidak berminat untuk melihat ialah pihak tertentu yang hanya mengambil kesempatan dengan apa yang ada dan sekaligus menunjukkan sikap hipokrasi mereka dan double standards yang memualkan lagi menjijikkan.

Kerana golongan hipokrit ini bahaya kepada pembentukan masa hadapan politik Malaysia saya terpaksa dedahkan topeng sebenar mereka yang jelas tidak konsisten dalam �perjuangan� mereka.

Antaranya ialah golongan inilah yang yang satu ketika dahulu pernah mencadangkan supaya nama Islam dibuang dari dikaitkan kepada mana-mana pertubuhan kerana �menggunakan Islam� untuk kepentingan. Cadangan ini menjadikan umat Islam marah kerana menganggap nama Islam itulah yang memberikan keistimewaan sesebuah pertubuhan untuk dikenali identitinya, sama jika ianya sebuah pertubuhan yang identitinya Kristian atau Buddha.

Alhamdulillah, Raja-Raja Melayu menolak cadangan ini bahkan menggalakkan supaya nama Islam dalam pertubuhan digunakan. Asal cadangan ini kerana mereka mahu mengharamkan PAS dari menggunakan nama yang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia iaitu Parti Islam Se Malaysia, mungkin mereka cemburu kerana Umno tidak ada sinonim itu.

Golongan ini jugalah yang tanpa merujuk kepada Majlis Raja-Raja dan Persatuan Peguam Syari�e serta para ulamak tergesa-gesa membuat keputusan tentang hak penjagaan anak yang ibubapanya tukar agama mengikut agama asal ibu-bapa. Arahan ini adalah satu kebiadaban kepada undang-undang yang sedia ada kerana mereka telah mencampuri urusan Legaslatif yang tidakpun dibawa untuk berbincang.

Akhirnya Raja-Raja Melayu menolak untuk dibawa ke perbahasan kerana ia bertentangan dengan enakmen-enakmen yang tersedia ada di negeri masing-masing dan bertentangan dengan kehendak perlembagaan.

Begitu juga golongan ini yang menjadi parti pemerintah di peringkat Federal, masih belum mampu �menyebat� Kartika yang sudah puas menanti bilakah dia akan disebat, mereka mempertahankan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam, tetapi peruntukan undang-undang Islam yang sedia ada iaitu sebatan enam rotan ke atas Kartika yang rela disebat pun hingga hari ini tak dapat dijalankan?

Berlatarbelakangkan sikap golongan opportunis ini, seseorang tidak dapat menahan diri untuk bertanya mengapa kali ini mereka seolah-olah menjadi juara pula nak mempertahankan kalimah Allah supaya tidak boleh digunakan oleh bukan Islam, bukankah usaha satu ketika dahulu membuang nama Islam kepada pertubuhan satu cadangan yang lebih teruk daripada isu kalimat �Allah?�

Kalau melarang bukan Islam menggunakan perkataan Allah, apa halnya melarang orang Islam sendiri untuk menggunakan nama Islam kepada pertubuhan mereka? Kalau mereka mendakwa nama Allah akan menghina umat Islam, apakah yang lebih hina kalau peruntukan syariat yang dah sedia ada pun mereka tak dapat laksanakan?

Jika mereka mendakwa penggunaan itu akan menimbulkan keadaan tidak sihat, apa pula yang sihatnya kalau Kabinet dari parti sempit ini melanggar sempadan Legaslatif tanpa dibawa perbincangan?

Manakala garis penghujjahan seolah dilihat sama oleh mereka yang menentang penggunaan kalimat Allah, tetapi jelas matlamat dan kesempatan yang dicari darinya berbeza. Saya memahami beberapa argumen dari PGSRM, contohnya, begitu juga JIM dan Abim, mereka ini berhujjah secara objektif dan jauh dari penghujjahan golongan sempit perkauman dan provokatis dan mereka yang sama waktu dengannya.

Respons kepada keputusan Hakim Lau secara spontan dibalas dengan logic perundangan. Saya memahami intepretasi artikel 3, artikel 11 (4), 12 (2), 130 dan 121 (1A), bagi saya itu adalah aspek penghujahan berperlembagaan yang praktikal dan ada local standinya. Terpulanglah sejauhmana hujah rayuan nanti yang akan dinilai secara perundangan dengan ruh perlembagaan dan adat resam sebagai latarnya.

Bagi saya kumpulan ini hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab cuba memahami intepretasi peruntukan Perlembagaan dengan cara yang professional. Ini akan membantu mematangkan kefahaman kita kepada Perlembagaan Persekutuan yang sifatnya sentiasa terdedah kepada makna-makna baru bagi membuktikan ianya memang satu dokumen besar rakyat ini yang tanpanya tiadalah Malaysia hari ini.

Ada satu lagi masalah yang perlu digarap iaitu, apakah hukum Islam dalam penggunaan kalimat Allah bagi bukan Islam. Dalil yang menunjukkan keharusannya lebih kukuh daripada mengharamkannya. Ini adalah kerana untuk mengharamkan sesuatu ia perlu kepada ketegasan tanpa ta�wilan, manakala yang mengharuskannya, tidak pula ada ta�wilan kepadanya seperti dalam surah Az Zukhruf ayat 87-89. Oleh itu tanpa niat dan alasan menghina kalimat Allah hukum menurut Islam tiada halangan.

Adapun apakah makna dan mafhum Allah itu adalah akademik dan terdedah kepada wacana yang penghujungnya akan membuktikan konsep ketuhanan masing-masing jika ada pun perdebatan. Tanpa perdebatan pun pandangan tentang maksud �Allah� menurut fahaman masing-masing adalah dalam hal rumahtangga masing-masing �lah Ikraha Fid Din�

Andaian-andaian tentang kekeliruan nanti, usaha menyebar dan pengaruh agama Kristian hanyalah kebimbangan-kebimbangan yang memang biasa kerana mahu mempertahankan agama masing-masing, namun kebimbangan tidak mampu menyelesaikan masalah, yang perlu ada kepada umat Islam ialah KEYAKINAN DIRI DAN KEIMANAN bahawa bukan penggunaan kalimat Allah oleh orang Kristian yang akan melemahkan kita tetapi persoalannya apakah Tauhid dan Penghayatannya telah benar meresap ke dalam jiwa umat Islam, bagi saya kelemahan untuk menghayati makna Tauhid dalam kehidupanlah yang perlu dibimbangi oleh umat Islam!

Apa sikap saya? Saya mengatakan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dari segi syara� tiada masalah, tetapi saya turut menghormati perlembagaan dan peruntukannya dalam memberi hak kepada sesiapa untuk mempertahankan pandangannya secara perundangan, tetapi yang pasti saya amat membenci golongan �munafiq� yang berhujah �atas kebenaran� untuk matlamat kebatilan, iaitu mencapai maksud politik sempit, opportunis dan musang berbulu ayam.

Saya lebih sedih ramai yang menjadi mangsa. Lagipun pertembungan perundangan belum berakhir, kita tunggu dan lihat, pada waktu yang sama

�JAGA-JAGA DARI KUMPULAN MUNAFIQ YANG MENCARI MANGSA YANG TIDAK BERDOSA�

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 19:14


Tulisan mudah & bijak untuk mengenakan balik kita ummat Islam yang teremosi isu ini (termasuk hamba!):

PEMBELA ISLAM @ PELAKON ISLAM?

Dushhh...aduh... :malu:


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 07-01-10 00:05


Baca pula pandangan rasmi Hizbut Tahrir berkenaan perkara ini

YA ALLAH! NAMAMU DIPERJUANG, HUKUMMU DIBUANG

(SN202) Keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan bahasa melayunya telah mengundang kemarahan segelintir umat Islam. Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 17hb Januari 2009 yang lalu telah melarang akhbar tersebut berbuat demikian, namun ternyata keputusan mahkamah akhirnya berpihak kepada mereka. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan telah memutuskan bahawa akhbar mingguan tersebut mempunyai hak untuk berbuat demikian dari segi Perlembagaan Persekutuan kerana Artikel 11(4) Perlembagaan hanya menghalang orang-orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah Allah untuk menyebarkan agama kepada orang-orang Islam tetapi ia bukanlah larangan untuk orang-orang bukan Islam menggunakannya sesama mereka.

Menurutnya lagi, Artikel 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi tidak memberikan kuasa atau membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia untuk menghalang gereja tersebut daripada menggunakan kalimah Allah . Umat Islam yang berdemonstrasi membantah keputusan Mahkamah Tinggi memberi hujah bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam dan agama lain tidak berhak menggunakannya. Sebahagian umat Islam yang membantah menyifatkan bahawa penggunaan nama Allah oleh akhbar Kristian tersebut boleh mengelirukan akidah umat Islam. Bagaimanapun, kebanyakan pihak yang berdemonstrasi dikatakan terdiri dari puak-puak yang pro-UMNO, kerana itulah mereka diberi liputan besar-besaran oleh media dan pihak polis pula langsung tidak mengambil tindakan atau menghalang para penunjuk perasaan yang melakukan �demonstrasi haram� ini. Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak meminta umat Islam bertenang sementara dia berjanji akan menyelesaikannya dengan sebaik mungkin di mana beliau akan mengadap Agong dan juga Majlis Raja-Raja dalam masa terdekat.

Di sebalik apa yang berlaku, tidak kurang juga pihak yang menyifatkan bahawa ada agenda politik di sebalik keputusan ini agar parti pemerintah dapat tampil sebagai jaguh dalam �mempertahankan� Islam, di samping dapat menutup segala kemelut dalaman yang semakin banyak dan semakin parah. Apa pun, kerajaan telah memberi jaminan bahawa mereka akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi ini. Dalam pada itu, ada juga pihak yang mencadangkan penyelesaian luar mahkamah terhadap isu ini dengan mencadangkan agar diadakan dialog di antara pemimpin tertinggi setiap agama bagi mencapai kesepakatan. Dengan kata lain, konsep �dialog antara agama� telah kembali menjadi modal akal untuk menyelesaikan masalah. Walhal, konsep ini jelas-jelas merupakan perangkap kuffar terhadap umat Islam bagi mengiktiraf agama mereka yang sesat itu. Alih-alih ingin menyelesaikan masalah, umat Islam terus memasuki perangkap kuffar dengan konsep pluralisme (sila baca SN76 Dialog Antara Peradaban: Umat Islam Terperangkap Dalam Agenda Kufur).

Walaupun kekhuatiran sebahagian umat Islam bahawa penggunaan kalimah Allah oleh puak kuffar ini akan menyebabkan kekeliruan ada asasnya, namun ia hendaklah dijawab dengan nas, bukannya emosi atau akal semata-mata. Inilah pendirian yang harus diambil oleh kita sebagai seorang Muslim.

Bolehkah Orang Kafir Menggunakan Kalimah Allah?

Penggunaan kalimah Allah ini telah pun wujud sebelum zaman Rasulullah SAW diutus lagi. Di Mekah sendiri ketika itu, orang-orang kafir Quraisy sudah pun menggunakan nama Allah di dalam kehidupan seharian mereka, baik semasa beribadat mahupun dalam sumpah mereka. Sehinggalah Muhammad diangkat menjadi Rasul, penyebutan kalimah Allah tetap menjadi kebiasaan mereka, baik oleh kafir Ahli Kitab mahupun kafir Musyrik. Namun hal ini tidak pernah dihalang oleh Rasulullah SAW. Sebaliknya apa yang dikecam oleh Rasulullah adalah perbuatan mereka yang mensyirikkan Allah dan tidak mahu beriman dengan Al-Quran. Dengan kata lain, yang menjadi perhatian Rasulullah adalah akidah dan juga sistem mereka yang rosak di mana telah berlaku penyimpangan dalam aqidah dan sistem yang mereka terapkan. Namun demikian, terdapat keadaan di mana Allah sendiri yang mengecam dan melaknat golongan kuffar ini apabila mereka telah menyalahgunakan dan meletakkan Allah di tempat yang salah.

(i) Penggunaan Yang Benar

Terdapat banyak ayat Al-Quran di mana Allah tidak mengecam orang-orang kafir menggunakan namaNya, tapi apa yang dikecam oleh Allah adalah perbuatan mereka yang tidak beriman kepadaNya. Antaranya firman Allah,

�Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (orang-orang kafir), �Siapakah yang menciptakan mereka?� sudah tentu mereka akan menjawab, �Allah�. Maka bagaimanakah mereka boleh dipalingkan (dari menyembah Allah)? Dan (Allah mengetahui) ucapan (Muhammad) yang berkata, Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak beriman!� .

Firman Allah dalam ayat yang lain,

�Dan sesungguhnya jika engkau bertanya kepada mereka, �siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?� tentu mereka akan menjawab, �Allah�, maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)? .

Allah juga mengecam orang-orang kafir yang, walaupun meyakini Allah dan menggunakan kalimah Allah, tetapi menyekutukanNya. FirmanNya,

�Ingatlah! Untuk Allah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah berkata, �Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya. Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuk orang-orang yang berdusta dan sangat kufur. .

Di dalam Sirah Ibn Hisyam, juga di dalam banyak hadis mengenai perjanjian Hudaibiyah di antara Nabi SAW dengan kafir Quraish, disebutkan bahawa, tatkala Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi SAW, antara wakil Quraish ialah Suhail bin Amru. Apabila Nabi SAW memerintahkan agar Ali k.w menulis di permulaan perjanjian kalimah �Bismillahirrahmanirrahim�, Suhail berkata, �Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim�. Maka Nabi SAW pun memerintahkan agar Ali memadam kalimah tersebut dan menggantikannya dengan �Bismikallahumma� (dengan namaMu Ya Allah).

Banyak lagi nas lainnya yang menunjukkan bahawa orang-orang kafir boleh menggunakan nama Allah. Mafhum yang dapat diambil daripada nas-nas di atas adalah Islam tidak melarang penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang kafir tetapi apa yang Allah larang adalah perbuatan orang-orang kafir yang tidak beriman dan menyekutukan Allah. Kesimpulannya, Islam tidak menghalang penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang kafir tetapi dengan syarat ia hendaklah digunakan di dalam konteks yang benar yakni Allah sebagai Tuhan bagi semua manusia, alam semesta dan juga kehidupan. Umat Islam tidak seharusnya terus melenting apabila nama Allah digunakan oleh orang kafir, namun harus dilihat terlebih dahulu konteks penggunaannya. Bahkan dalam beberapa keadaan, penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang kafir mendedahkan dan membuktikan lagi kesesatan kepercayaan agama mereka.

(ii) Penggunaan Yang Salah �

Sememangnya terjadi di zaman Rasulullah di mana nama Allah telah digunakan di dalam konteks yang salah oleh orang-orang kafir. Dan hal yang sama boleh berlaku pada bila-bila zaman/masa sekalipun. Firman Allah,

�Wahai ahli kitab, janganlah kamu melampau dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allah kecuali yang benar. Sesungguhnya Al-Masih, Isa anak Maryam itu adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan kalimatNya) yang disampaikan kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh (dariNya). Maka berimanlah kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah mengatakan (Tuhan itu) tiga (�trinity�)...� .

Dalam ayat lain Allah menyebut, �Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata, �sesungguhnya Allah adalah al-Masih putera Maryam...� .

Dalam ayat berikutnya (ayat 73) Allah menyebut,

�Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata, �Bahawasanya Allah adalah salah satu dari yang tiga (trinity)�. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa seksaan yang pedih�

Allah melarang sama sekali malah mencela mereka yang menggunakan namaNya dalam konteks yang salah yakni dengan menjadikanNya sebagai salah satu dari tuhan-tuhan. Walhal demi sesungguhnya Allah adalah satu-satunya Tuhan. Secara khusus di dalam ayat di atas, Allah mencela golongan Kristian yang menyebut atau menjadikan Allah sebagai salah satu dari tiga tuhan (trinity). Dan Allah sendiri akan mengazab mereka yang telah menyekutukan atau mengkufuriNya. Di dalam ayat lain, Allah turut melaknat orang-orang Yahudi yang menggunakan nama Allah dalam konteks yang salah,

�Orang-orang Yahudi berkata, �Tangan Allah terbelenggu� sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu� .

Oleh yang demikian, jika ada orang-orang kafir yang menggunakan nama Allah, maka hal ini hendaklah diperhatikan terlebih dahulu konteks penggunaannya. Jika mereka menggunakan nama Allah untuk merujuk Allah sebagai Tuhan kepada semua manusia, alam dan kehidupan, maka benarlah adanya. Tetapi jika mereka menggunakan nama Allah untuk merujuk Allah sebagai bapa Al-Masih Isa anak Maryam, sebagai merujuk kepada berhala mereka atau menyekutukanNya, atau meletakkan Allah dengan sifat yang salah (seperti surah 5:64 di atas), maka kesemua ini adalah salah dan batil. Ukuran benar atau salah, atau boleh atau tidak bagi orang-orang kafir menggunakan kalimah Allah, semuanya hendaklah beristidlal kepada Al-Quran atau Sunnah, sebagai satu-satunya nas. Kita sama sekali tidak boleh menjadikan Perlembagaan Persekutuan sebagai dalil �boleh atau tidak� orang-orang kafir menggunakan nama Allah. Bagi mahkamah kufur, sudah semestinyalah mereka akan berpegang kepada Perlembagaan kufur, tetapi bagi kita, Perlembagaan itu langsung tidak ada nilainya di dalam mengukur sesuatu hukum atau perbuatan. Kebenaran itu ada pada Al-Quran, bukannya pada Perlembagaan. Al-Quran dan Sunnahlah yang wajib menjadi nas, bukannya undang-undang ciptaan manusia! Justeru, apa sahaja keputusan mahkamah, baik berpihak kepada gereja atau kepada KDN, kesemuanya bukanlah ukuran kebenaran!

Nama Allah Diperjuang, Kenapa HukumNya Dibuang?

Setakat kajian yang telah dilakukan, dari dulu hingga sekarang pihak Kristian tidak pernah menggunakan perkataan �Allah� sebagai Tuhan, baik di dalam kitab mahupun penulisan rasmi mereka, tetapi mereka menggunakan perkataan �God�. Lantas apakah agenda mereka kali ini sebenarnya? Tidak mustahil bahawa ini merupakan usaha terbaru mereka untuk mendakwahkan agama Kristian di kalangan orang Islam. �God� diterjemah kepada �Allah� supaya mudah difahami oleh anak-anak muda yang pastinya akan menolak sekiranya Nabi Isa dikatakan sebagai Tuhan. Hakikatnya, apa yang perlu disedari dan dilawan adalah keseluruhan dakyah Kristian itu sendiri, bukannya terperangkap dengan isu istilah yang mereka gunakan. Kita perlu bertanya kepada pihak yang bertanggungjawab apakah langkah yang mereka laksanakan untuk memantapkan dan menjaga akidah umat Islam? Apakah jalan yang mereka tempuh apabila mereka melihat para pendakwah Kristian gencar menarik anak-anak muda ke agama Kristian? Apa pula tindakan pemerintah ke atas kes-kes murtad yang semakin bertambah?

Kita memang yakin bahawa golongan Kristian dan Yahudi tidak akan henti-henti cuba menyesatkan umat Islam. Allah telah pun mengingatkan kita tentang perangai dua golongan kuffar ini. Ratusan tahun lamanya mereka berjuang melalui serangan missionaris dan juga orientalis untuk menjatuhkan Islam dari dalam. Setelah ratusan tahun berusaha, mereka akhirnya berjaya melemahkan dan menghancurkan bukan sahaja umat Islam, malah Daulah Islam sekaligus. Khilafah berjaya mereka runtuhkan. Sejak itu hingga kini, usaha mereka masih tetap berterusan. Namun perlu diingat bahawa usaha jahat mereka sering mencapai kejayaan kerana lemahnya akidah umat Islam itu sendiri dan yang lebih utama, adanya �kerjasama� dan �bantuan� dari pihak pemerintah kaum Muslimin. Sekiranya akidah umat Islam itu lemah, tetapi jika sistem yang berjalan adalah sistem Islam, maka sistem ini akan dengan sendirinya menjaga akidah umat melalui penerapan hukum Islam yang syumul. Tetapi, dengan penerapan sistem sekular yang memisahkan agama dari kehidupan, maka para pemerintahlah yang telah mempermudahkan laluan puak kuffar ini untuk menyebarkan dakyah sesat mereka ke atas umat Islam. Apa tidaknya, pemerintah telah �menyediakan� satu sistem demokrasi kufur yang diambil dari Barat, mereka juga menyediakan mahkamah kufur dengan undang-undang kufur, malah kadang-kadang hakim kafir atau jika hakim itu beragama Islam sekalipun, �kepala�nya dipenuhi dengan pemikiran dan hukum kufur. Semua ini telah mempermudahkan apa sahaja agenda jahat golongan kuffar ke atas umat Islam.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Jika kalian merasakan bahawa puak kuffar ingin memperdaya kalian, sedarlah bahawa itulah juga yang sedang dilakukan oleh pemerintah sekular yang ada sekarang. Mereka telah lama memperdaya kalian dan mereka akan terus memperdaya kalian. Bila timbul isu sebegini contohnya, para pemerintah cuba berlagak sebagai penyelamat. Dengan memperjuangkan nama Allah, mereka menunjukkan seolah-olah merekalah golongan yang memperjuangkan Islam. Begitu juga segelintir umat Islam, sama ada mereka adalah talibarut pemerintah atau mereka yang ikhlas namun terkeliru di dalam perjuangan, terus bangkit dan menyuarakan kemarahan terhadap penggunaan nama Allah. Sungguh malang apabila hal ini terjadi di mana �nama� Allah mereka perjuangkan, namun �hukum� Allah mereka bakul sampahkan. Sesungguhnya sesuatu yang jauh lebih berbahaya yang sedang kita hadapi sekarang adalah penerapan hukum kufur oleh pemerintah ke atas kita semua. Mereka kononnya menjaga nama Allah habis-habisan, tetapi hakikatnya mereka telah membuang hukum Allah habis-habisan. Inilah yang sepatutnya menjadi bantahan umat Islam. Adanya keputusan mahkamah kufur adalah kerana adanya kerajaan yang mewujudkannya. Justeru, bukan sekadar penyesatan melalui penggunaan nama Allah yang boleh puak kuffar lakukan, namun yang jauh lebih serius dari itu, umat Islam telah terlalu lama berada di bawah kesesatan undang-undang dan sistem kufur yang diterapkan oleh pemerintah yang beragama Islam. Sesungguhnya amat jeleklah bagi mereka yang bersungguh-sungguh menunjukkan kehebatan di dalam melaungkan pembelaan terhadap penggunaan nama Allah tetapi mereka sendiri mengotori tangan-tangan mereka dengan mencampakkan hukum Allah dan menerapkan sistem kufur buatan tangan mereka sendiri. Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelimang najis.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 07-01-10 00:06


Semoga kita mendapat pencerahan bersama.


wuzara,
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

pencinta_yesus
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.12.2009
Ahli No: 38598
Posting: 57
Dari: sabah.labuan, yogyakarta,bandung.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 02:31


Pada 02-01-10 08:52 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Bagaimana hukum Islam tentang perkara ini?
Pada saya ini perkara asas.
Ada sesiapa cerdik pandai di ukhwah yang boleh beri penjelasan.
cinta sejahtera dengan damai

tidak ada satu permasalahn sebetulnya. yang penting kamu faham siapa "ALLAH" yang kamu maksudkan.

bukankah MEMANG DIA adalah tuhan yang sebenarnya yang satu-satunya?

apakah berbeza tuhan yang dikatakan oleh mereka yang sebagai pencipta langit dan bumi?

bukankah hanya DIA yang menciptakan langit dan bumi.

mengapa kita harus melarang orang lain yang ingin mengangungkan tuhan ALLAH ?


-----------------
agamaku agama cinta, tiada kebencian yang ada hanya cinta. Aku tidak akan mengikuti agama yang mengajarkan kebencian dan permusuhan."islam, kristian, hindu


Bookmark and Share

    


  Member Information For pencinta_yesusProfil   Hantar PM kepada pencinta_yesus   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 06:39


Pada 07-01-10 02:31 , pencinta_yesus posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-01-10 08:52 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Bagaimana hukum Islam tentang perkara ini?
Pada saya ini perkara asas.
Ada sesiapa cerdik pandai di ukhwah yang boleh beri penjelasan.
cinta sejahtera dengan damai

tidak ada satu permasalahn sebetulnya. yang penting kamu faham siapa "ALLAH" yang kamu maksudkan.

bukankah MEMANG DIA adalah tuhan yang sebenarnya yang satu-satunya?

apakah berbeza tuhan yang dikatakan oleh mereka yang sebagai pencipta langit dan bumi?

bukankah hanya DIA yang menciptakan langit dan bumi.

mengapa kita harus melarang orang lain yang ingin mengangungkan tuhan ALLAH ?



Jaga-jaga dengan mahluk pluralisme ini....tentunya sekarang dia sedang meratapi kematian Bapa Pluralisme Gus Dur!

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 09:22


tidak mengapa.. sekarang penggunaan perkataan ALLAH telah ditangguhkan.. kita tunggu dan lihat apa akan jadi seterusnya..

:-)


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 10:18


Sebagai Ibu yang mahu anak2nya masuk syurga, Wawa tak hendak nama ALLAH SWT 'dikongsi' agama lain. Bimbang nanti, mereka lukis2 muka ALLAH tu dalam bentuk macam-macam, ada sayap pula ke.. Ish! Na'uzubillah! Risau juga nanti anak-anak Wawa persoalkan "Ala, Ibu.. masuk kristian pun sama juga, Tuhan mereka ALLAH juga macam kita. tak payah susah2 nak solat".. NA'UZUBILLAH..!!

"Ya ALLAH, Jadikanlah Muhammad Syamil AIman dan Anis Nurul Iman seorang yang berguna d sisi agama-MU Ya ALLAH, Berilah rahmat & hidayah-Mu kepada kami sekeluarga, selamatkan kami dari bahaya fitnah dunia, Amin.."


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 12:30


Pada 07-01-10 02:31 , pencinta_yesus posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-01-10 08:52 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Bagaimana hukum Islam tentang perkara ini?
Pada saya ini perkara asas.
Ada sesiapa cerdik pandai di ukhwah yang boleh beri penjelasan.
cinta sejahtera dengan damai

tidak ada satu permasalahn sebetulnya. yang penting kamu faham siapa "ALLAH" yang kamu maksudkan.

bukankah MEMANG DIA adalah tuhan yang sebenarnya yang satu-satunya?

apakah berbeza tuhan yang dikatakan oleh mereka yang sebagai pencipta langit dan bumi?

bukankah hanya DIA yang menciptakan langit dan bumi.

mengapa kita harus melarang orang lain yang ingin mengangungkan tuhan ALLAH ?



Agama bukannya hanya kasih sayang dan cinta sahaja...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

pencinta_yesus
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.12.2009
Ahli No: 38598
Posting: 57
Dari: sabah.labuan, yogyakarta,bandung.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 22:10


Pada 07-01-10 06:39 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 07-01-10 02:31 , pencinta_yesus posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-01-10 08:52 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Bagaimana hukum Islam tentang perkara ini?
Pada saya ini perkara asas.
Ada sesiapa cerdik pandai di ukhwah yang boleh beri penjelasan.
cinta sejahtera dengan damai

tidak ada satu permasalahn sebetulnya. yang penting kamu faham siapa "ALLAH" yang kamu maksudkan.

bukankah MEMANG DIA adalah tuhan yang sebenarnya yang satu-satunya?

apakah berbeza tuhan yang dikatakan oleh mereka yang sebagai pencipta langit dan bumi?

bukankah hanya DIA yang menciptakan langit dan bumi.

mengapa kita harus melarang orang lain yang ingin mengangungkan tuhan ALLAH ?



Jaga-jaga dengan mahluk pluralisme ini....tentunya sekarang dia sedang meratapi kematian Bapa Pluralisme Gus Dur!

saya gembira gusdur mati


-----------------
agamaku agama cinta, tiada kebencian yang ada hanya cinta. Aku tidak akan mengikuti agama yang mengajarkan kebencian dan permusuhan."islam, kristian, hindu


Bookmark and Share

    


  Member Information For pencinta_yesusProfil   Hantar PM kepada pencinta_yesus   Quote dan BalasQuote

pencinta_yesus
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.12.2009
Ahli No: 38598
Posting: 57
Dari: sabah.labuan, yogyakarta,bandung.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 22:16


Alqur'an saja tidak melarangnya...mengapa kita yang melarangnya. bukankah ALLAH yang mengajarkan manusia menyebut namaNYA dengan kata "ALLAH"?
lalu, mengapa kita melarang?

kalau ada yang menamakan patung yang disembahnya dengan nama allah, patut kita melarangnya.


-----------------
agamaku agama cinta, tiada kebencian yang ada hanya cinta. Aku tidak akan mengikuti agama yang mengajarkan kebencian dan permusuhan."islam, kristian, hindu


Bookmark and Share

    


  Member Information For pencinta_yesusProfil   Hantar PM kepada pencinta_yesus   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-01-10 11:45


SOAL JAWAB MENGENAI SIKAP PAS TERHADAP ISU NAMA ALLAH.

1. Apakah PAS menerima permohonan orang Kristian menggunakan nama Allah ?

Penganut Agama Kritian yang memohon menggunakan nama Allah khusus untuk penganut agama mereka(Kristian) adalah hak mereka. Mengikut Al-Quran, As-Sunnah dan pandangan ulama muktabar Islam seperti Sheikh Yusuf Qardhawi dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili tidak pernah dengan jelas Islam melarang pengunaan nama Allah dikalangan agama samawi Islam, Kristian dan Yahudi. Asasnya adalah Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud:
�Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah�.

Tetapi perlu di ingat PAS menentang penyalahgunaan nama Allah kepada orang Islam. Maksudnya segala tafsiran Allah seperti Allah Tuhan �trinity�, Allah merujuk kepada berhala dan lain-lain konsep ketuhanan selain Islam tidak boleh disampaikan kepada orang Islam.

2. Apabila PAS tidak menghalang penggunaan nama Allah oleh Kritian maka apakah PAS menerima pandangan orang Kritian terhadap tuhan "Trinity" yang mana terdapat Allah ada bapa, anak dan isteri(God the Father, God the Son and the Holy Ghost) ?

PAS menolak konsep tuhan �trinity�(Tuhan 3 dalam satu) sebab asas Islam adalah Allah yang Maha Esa. Malah jika orang Islam beraqidahkan Allah �trinity� maka mereka terkeluar daripada Islam. PAS juga menolak aqidah tuhan selain Allah S.W.T. Tapi PAS tidak menghalang orang Kristian berfahaman tuhan �trinity� sebab itulah kebebasan beragama yang dianjurkan oleh orang Islam. Islam tidak boleh memaksakan aqidah Islam kepada mereka yang bukan Islam. Islam menegaskankan : �Tidak ada paksaan dalam agama�


3. Apakah PAS menyokong keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat rayuan untuk menghalang pengunaan nama Allah dalam akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly?

Itu adalah hak KDN sebab gereja Katolitk Malaysia telah memohan mahkamah membuat semakkan penghakiman terhadap keputusan kabinet. Tentulah kabinet ada asas dan pertimbangan mereka semasa meluluskan undang-undang melarang pengunaan nama Allah. Oleh kerana mahkamah telah membuat keputusan yang bercanggah maka hak merekalah untuk mempertahankannya.

PAS menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan. PAS tiada berniat untuk mencampuri urusan mahkamah. Kita bersikap terbuka terhadap apa juga keputusan yang akan di keluarkan.

4. Apakah PAS tidak kuatir nama Allah ini akan mengelirukan orang Islam di Malaysia khususnya anak muda ?

PAS sangat kuatir dengan kehidupan bebas tanpa peganggan agama khususnya anak muda beragama Islam di Malaysia kerana aqidah mereka yang lemah. Faktor utama kelemahan aqidah bukanlah disebabkan oleh dakwah agama lain tetapi disebabkan pendidikan, persekitaran, keluarga, masyarakat dan negara yang tidak menekankan persoalan aqidah.
Orang Islam yang murtad adalah mereka yang lemah aqidah islamnya bukan orang yang kuat pegangangan agama mereka. Tidak ada orang islam yang kuat pegangan agama dan kefahaman agamanya yang jatuh murtad. Tak pernah kita dengar ulama besar yang murtad. Tetapi adalah biasa kita dengar paderi Kristian yang masuk Islam.

Selain itu Perkara 11(4) Perlembagaan Malaysia menyatakan :
�Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganut ugama Islam�
Perkara 11(4) ini menghalang mana-mana agama menyampaikan aqidah mereka kepada umat Islam di Malaysia. Ini merupakan perlindungan Perlembagaan Malaysia terhadap Islam dan umat Islam.

5. Mengapa PAS tidak bersama dalam demontrasi yang dilaksanakan oleh NGO ? Mengapa PAS tidak mengambil pendekatan demontrasi seperti BERSIH, PPSMI dan ISA ?

Persoalan nama Allah adalah persoalan yang komplek dan mudah membangkitkan sentimen antara agama. Persoalan nama Allah ini bukan seperti isu pilihanraya BERSIH, PPSMI atau ISA. Persoalan nama Allah perlu diurus dengan cara yang cukup tertib. Jika PAS menggunakan konsep yang sama seperti BERSIH, PPSMI dan ISA maka PAS sangat kuatir pergaduhan agama akan tercetus. Bayangkan apa yang akan terjadi jika 100 ribu orang berkumpul di Istana Negara dengan penuh sentimen membenci orang Kristian. Kemungkinan pergaduhan akan berlaku. Maka ramailah pemimpin PAS yang akan dimasukkan dalam ISA. Mahkamah sedang mendengar rayuan. Biarkan mereka membuat keputusan. PAS berpendapat dalam isu yang sensitif seperti nama Allah ini maka keadah dialoglah yang lebih sesuai.


6. Apakah sikap PAS terhadap NGO yang mengambil sikap berbeza dengan PAS ?

PAS menyokong Perkara 10 Perlembagaan Malaysia yang selaras dengan Islam iaitu memberi kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Mereka ada hujah dan pendekatan mereka. Kita hormati pandangan mereka. Dalam negara majmuk seperti Malaysia kecerdikan menguruskan perbezaan pendapat adalah menjadi ciri utama sebagai pemimpin negara ini. Kita boleh sama bersetuju pada apa yang kita setujui bersama. Kita juga mesti boleh bersetuju dalam apa juga perkara yang kita tidak setujui bersama. Inilah konsep Islam. Asasnya adalah ilmu bukannya emosi dan sentiment.

7. Apakah PAS mengambil pendekatan yang sederhana semata-mata untuk tujuan mendapat kuasa memerintah Malaysia dalam pilihanraya akan datang dengan memperjudikan Islam?

PAS yang dipimpin oleh para ulama tidak boleh menyembunyikan keterbukaan Islam terhadap penggunaan nama Allah. Apa yang Islam kata itulah yang kita tampilkan sesuai dengan suasana negara kita. Dalam hal sokongan rakyat kita hanya berserah kepada Allah setelah kita menjelaskan kedudukan agama Allah ditempat yang benar. Jika Allah izinkan PAS menang maka memerintahlah kita. Jika Allah tidak izinkan lagi memerintah Malaysia maka bersabarlah kita.

8. Apa sikap PAS terhadap pembakaran gereja ?

PAS tidak pernah sama sekali bersetuju dengan pembakaran gereja. Bukti jelas semasa berperang pun Islam melarang membunuh wanita dan kanak-kanak yang berlindung dalam rumah ibadah apatah lagi di waktu aman seperti dalam negara kita sekarang. PAS menghormati orang bukan Islam dan rumah-rumah ibadah mereka. Ini dibuktikan dengan kehadiran pimpinan PAS ke gereja yang telah dibakar tempohari.

9. Pada pandangan PAS apakah ada udang disebalik batu apabila media arus perdana membangkitkan isu nama Allah ?

Pada pandangan PAS, Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak bersama para pemikirnya sedang mencipta krisis nama Allah di dalam negara setelah mereka dilanda pelbagai krisis yang tidak menguntungkan mereka. Bermula dengan kekalahan teruk dalam pilihanraya 2008, kritikan Tun Dr Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, kekalahan dalam banyak pilihanraya kecil, krisis dalaman BN, kes kematian Al-Tantuya, Isu PKFZ, rampasan kuasa di Perak, Isu GST, kenaikan harga barang, PPSMI, ISA, kemerosotan rizeb negara, kematian Teo Beng Hock dan isu paling sensasi adalah kehilangan 2 buah enjin jet F-5E kapal pejuang TUDM.

Krisis yang dicetuskan mampu mengalih perhatian rakyat kepada isu sebenar yang melanda kerajaan BN. Apakah munasabah UMNO berteriak dengan isu nama Allah sedangkan mereka yang mahu menggugurkan nama Islam daripada pertubuhan pada tahun 1994 dahulu. Apakah munasabahnya UMNO mempertahankan aqidah umat Islam jika undang-undang murtad seperti digariskan oleh Al-Quran tidak dilaksanakan.

Krisis nama Allah yang dicipta ini bukannya ada udang disebalik batu tetapi ada enjen jet F-5E dan Altantuya disebalik Dato Seri Najib Tun Razak.Oleh itu janganlah kita terperangkap.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

HanaKhalilah
Warga Rasmi
Menyertai: 03.11.2009
Ahli No: 38037
Posting: 12
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-01-10 14:40


Salam,

Isu ini bukan marah menggunakan nama Allah tapi cuba saudara-saudari fikir ke depan. Sudah lah banyak bahan bacaan yang boleh membinasakan golongan muda dan yang akan datang. Bagaimana nasib anak-anak kita nanti? Jika kalimah Allah ini dengan sewenag-wenangnya di gunakan oleh orang kristian. Ini dakyah untuk memurtadkan umat Islam. Contoh di Indonesia, bila tiada halangan penggunaan kalimah Allah banyak ajaran sesat berlaku. Kita nak negara kita jadi begitukah.

Kita kena berfikiran proaktif jangan reaktif.

janganlah sudah terhantuk baru nak tengok..sebelum terhantuk kena lah pandang ke atas.

sesiapa yang ada anak-anak kena fikir..nak ke anak-anak kita ni konfius..lagi lah pulak ibu bapa yang cetak agama.

Selagi kita boleh pertahan ayuh kita pertahankan tapi kenalah guna saluran yang betul dan biarlah umat-umat yang bijak pandai menyelesaikan masalah ini. Jangan lah bertindak secara terorist...org kristian ini menunggu saja kita bertindak secara fanatik so mereka akan hebahkan Islam ni ganas. Cukuplah apa yang dah jadi kat Iraq.

Saya pun dah pergi seminar berkenaan isu ini dan telah dimaklumkan perkara yang sebenar dan saya menyeru kita janganlah berbalah berkenaan isu ni.

Wassalam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For HanaKhalilahProfil   Hantar PM kepada HanaKhalilah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-01-10 10:06


mari tengok betapa dua mukanya puak2 ni

.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-01-10 09:17


letak gambar burqini basah pun dah boleh buat mata org pedih.. ni apekej***nya letak gambar pusat dari arah belakang pulak ni woi.. agak-agak lah kalau ye pun..huh


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

ikhwan_islam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.02.2009
Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-01-10 02:45


padahal ini peluang besar bagi umat islam untuk menyampaikan dan meluruskan pemahaman kristian tenatang ketuhanan dalam islam.
prkenalkanlah ALLAH yang sebenarnya pada mereka dengan berhikmah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhwan_islamProfil   Hantar PM kepada ikhwan_islam   Quote dan BalasQuote

cendana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2008
Ahli No: 34379
Posting: 184

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-02-10 16:49


seperti yang anda tahu IFC mempunyai 14 prinsip yang mereka kehendaki termasuk lah mereka inginkan bible dalam bahasa malaysia dan membenarkan org bukan islam menggunakan perkataan suci islam seperti 'firman ' rasul' termasuk lah Allah...yang saya ingi tahu...betul ke bekas TPM Anwar Ibrahim nak berbincang dengan IFC(Interfaith Commission) tentang penggunaan kalimah Allah ini...kalau benar baguslah ...suatu perkembangan yang positif...dan sihat...untuk masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama ni...lagi pun tak lah mereka akan berpersepsi negatif terhadap islam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cendanaProfil   Hantar PM kepada cendana   Quote dan BalasQuote

mutmainah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37471
Posting: 96
Dari: sbh-kedah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-02-10 22:46


Assalamualaikum ....saya hairan Kenapa isu ini dipersoalkan....


-----------------
there is no such thing as a safe journey life is full of ups dan downs


Bookmark and Share

    


  Member Information For mutmainahProfil   Hantar PM kepada mutmainah   Quote dan BalasQuote

cendana
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2008
Ahli No: 34379
Posting: 184

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-02-10 11:06


yang pentingnya seluruh umat islam mesti bersatu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cendanaProfil   Hantar PM kepada cendana   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.183387 saat. Lajunya....