Oleh |
pengangguran........bila hendak selesai??? |
cikgu_azhar
Warga 4 Bintang Menyertai: 29.12.2009 Ahli No: 38867
Posting: 180
Dari: perak
|
Posting pada: 31-12-09 13:48
memilih atau dipilih bekerja....sering diperkatakan.....namun sehingga kini.......kadar penggangguran masih tinggi........graduan saban tahun dihasilkan.........hata graduan penddikan punmasih tak terjamin menjadi guru.........ada komen dan cadangan bagi mengurangkan penggangguran?
|
ulfah_widad
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.07.2006 Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor
|
Posting pada: 31-12-09 14:15
terima saja apa kerja yang halal...jangan memilih kerja-kerja yang tak setaraf taknak buat..walaupun belajar tinggi-tinggi...carilah dulu pengalaman...kalau tidak...banyak lah yang menganggur...
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 31-12-09 14:56
aku memang tertarik dengan isu ini. kalau nak ulas jadi panjang lebar.. secara pendeknya aku lihat sikap rakyat Malaysia ini sendiri.. dulu mereka terlalu memilih kerja. dan ini memberi kesempatan kepada majikan terutamanya non bumiputra untuk menggunakan tenaga pkerja asing kerana kos gaji murah berbanding rakyat tmptn. dulu pkerja asing cuma untuk pembinaan saja, lepas tu ke pembantu rumah, pam stesen, peladangan dan pengilangan. dan sekarang dah jadi secutity guard pula.. tak lama lagi apa entah agaknya... bagi aku kerajaan kena main peranan menghad kan sektor2 tertentu saja yang patut untuk pkerja asing.. sehingga menafikan hak rakyat tempatan untuk bekerja.
|
usop79
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.07.2004 Ahli No: 9983
Posting: 171
Dari: Kedah - Teluk Intan - Muar
|
Posting pada: 31-12-09 15:22
jangan terlalu memilih kerja, cuba lah kerja apa pun walaupun kita punya pelajaran yang tinggi, yang penting bila dah kerja cuba lah usaha dapatkan kerja yang lebih baik, dan jangan berhenti dari kerja kita jika tidak ada peluang kerja yang lebih baik dari itu, apa-apa kerja pun mulia disisi Allah asalkan kerja itu halal, dan kerja lah kerana Allah... wallahualam..  ----------------- http://senikatalagu.blogspot.com/http://selokamelayu.blogspot.com/
|
nhuda
Warga 2 Bintang Menyertai: 29.11.2009 Ahli No: 38441
Posting: 47
|
Posting pada: 31-12-09 16:34
kalau dibuang semua pekerja asing kat malaysia, yang menganggur tu mesti ada kerja.... kebanyakan negara luar, kerajaan beri duit poket kat penganggur ni, kat malaysia dapat tak? -----------------  -- koleksi nasyid
|
aiNa85
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2009 Ahli No: 38304
Posting: 94
Dari: negeri jelapang padi
|
Posting pada: 31-12-09 16:54
bagi saya, bukan soal graduan terlalu memilih kerja tapi persaingan yang teramat-amat sengit menyebabkan peluang untuk dipanggil temuduga pun amat tipis. tambahan pula, kebanyakan majikan sekarang lebih mengutamakan mereka yang berpengalaman. bukan semua graduan yang baru tamat belajar ni memilih bidang kerja yang hanya setaraf dengan kelulusan yang dimiliki. ada juga yang hanya memohon jawatan yang hanya perlukan kelulusan spm tetapi tetap gagal mendapat kerja. alasannya mudah, majikan tau yang mereka ni hanya akan bekerja sementara dan akan berhenti sekiranya dapat tawaran yang lebih bagus. saya sendiri pun kadang-kadang jadi buntu bila memikirkan tentang kerja walaupun kerjaya saya sekarang agak ok.. bila agaknya saya akan dapat kerja yang betul-betul sesuai... ----------------- -PermataAyahBonda-
|
sutera_hijau
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.08.2004 Ahli No: 10780
Posting: 89
Dari: terengganu
|
Posting pada: 31-12-09 20:11
saya nak kongsi sikit pengalaman jadi penganggur beberapa tahun lepas.. pas habis degree memang xcted nak kerja, saya set dalam kpla saya nak terima apa saja kerja...1 satu kerja saya buat pegawai pmsran atau sesuai panggil direct selling, macam-macam cbran saya terima...kadang-kadang nangis depan org ramai, saya ngaku saya lemah smgat dulu...tapi terpaksa berhenti sebab pergaulan terlalu bebas... 2nd kerja, pelayan kat rstooran dekat nagn rumah...mula pukul 7ptg-7pg, cukup 3 hari kerja saya rasa tak sesuai, lagipun saya jenis xtdo siang...dan tambah bbrapa masalah lain. 3rd kerja, pmbntu kedai, 1tghari sampai 10 mlm...jauh juga dr rumah..susahkan ayah pula kena ambik, bukan stakt xbalik modal tapi rugi lagi... lepas itu kerja cashier kat stesen minyak...xsmapi 3 bulan berhenti, masalah dengan tempat tingal.. rehat lama sikit untuk buat lesen... kena pula chicken pox, huhuhu lepas itu jadi krani dengan kntraktor, sebelum berhenti dapat lah gaji rm600... sekarang dah dapat kerja ok lah...tapi macam biasa lah manusia ni bukan sama antra seorang-seorang
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 01-01-10 08:04
Wawa tengok kebanyakan org yang tak berekerja ada alasan kukuh yang tersendiri. Hampir 1 tahun tak berkerja, memang 'azab' lah Wawa rasakan sebab Wawa dah biasa pegang banyak duit, berdikari, bawa anak pergi enjoy but then, kena duduk rumah dan makan duit org. Hina pun ada juga rasanya.. Masa Wawa tak berkerja tu, bukan sebab Wawa tak hendak berkerja. Lebih 10 tempat boleh terima Wawa berkerja tapi masing-masing risau sebab Wawa mengandung. Mereka suruh Wawa berehat dulu. Now, dah melahirkan anak, dugaan datang lagi. tapi Wawa diberi ilham untuk mencari duit. "Pendapatan dari rumah". Wawa try berniaga dan buat kerja-kerja ofis d rumah. ALHAMDULILLAH. kalau nak cari duit, d mana ada kemahuan, d situ ada jalan. Nak 1000 daya, tak hendak 1000 dalih. ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 01-01-10 14:04
Kenapa mesti nak kerja saja? Soalan yang ditanya (pengangguran bila nak selesai) tu dah tunjuk yang kita terlalu asik dengan CARI kerja. Banyak lagi cara nak cari rezeki. Cuba jadi org yang SEDIAKAN kerja pulak. Negara kita perlukan usahawan. buka minda...angkat senjata.
|