Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa-apa yang terjadi pada kita hari ini adalah hasil tindakan kita pada masa lalu
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 143
Ahli: 0
Jumlah: 143




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 11 hari yang lalu
lidah-penghunus: 13 hari yang lalu
muslimin23: 21 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Menanam 5juta Pokok Bakau (Menampan Tsunamai);Adakah Melawan Kuasa Tuhan?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Menanam 5juta Pokok Bakau (Menampan Tsunamai);Adakah Melawan Kuasa Tuhan?

Please Mendaftar To Post


Oleh Menanam 5juta Pokok Bakau (Menampan Tsunamai);Adakah Melawan Kuasa Tuhan?

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-12-09 20:01


Assalamualaikum

Usaha kerajaan Malaysia yang telah menanam kira-kira 5juta anak pokok bakau di pesisir pantai sebagai penampan tsunami..

Adakah ianya sebagai tindakan melawan kuasa Tuhan yang mendatangkan bencana alam? ataukah tindakan ikhtiar untuk kebaikan manusia sejagat?

Diharap rakan-rakan ukhwah memberi komentar..Syukran..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 26-12-09 21:58


salam...kejap..aku tengah fikirkan apa yang aku nak postingkan kat sini..



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 26-12-09 22:45


agak kalau kita sakit, kita makan ubat tu, adakah kita melawan kuasa Allah bagi sakit atau ikhtiar kita untuk sihat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 26-12-09 23:21


Pada 26-12-09 22:45 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

agak kalau kita sakit, kita makan ubat tu, adakah kita melawan kuasa Allah bagi sakit atau ikhtiar kita untuk sihat...


pakai tawakal saja agaknya



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-12-09 00:29


Topik berunsur provokatif..

Bergantung kepada cara anda mencanai minda.. kalau fikir ke arah negatif, maka negatiflah jadinya..

p/s: Kalau hujan, jangan berpayunglah.. :berfikir:


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

cheekmate
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.05.2005
Ahli No: 16664
Posting: 287
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-12-09 15:54


Pada 26-12-09 20:01 , panglima_garang posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Usaha kerajaan Malaysia yang telah menanam kira-kira 5juta anak pokok bakau di pesisir pantai sebagai penampan tsunami..

Adakah ianya sebagai tindakan melawan kuasa Tuhan yang mendatangkan bencana alam? ataukah tindakan ikhtiar untuk kebaikan manusia sejagat?

Diharap rakan-rakan ukhwah memberi komentar..Syukran..



apela lah anda ni bebal sangat...tupun tak boleh fikir.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cheekmateProfil   Hantar PM kepada cheekmate   Pergi ke cheekmate's Website   Quote dan BalasQuote

minnie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-12-09 19:16


salam.pada pendapat saya itu adalah untuk mengelak bencana.tak salah kalau kita berikhtiar.saya setuju pendapat izdham.mungkin panglima garang sekadar untuk berkongsi pendapat.


-----------------
bersama meninggikan martabat ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For minnieProfil   Hantar PM kepada minnie   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-12-09 21:11


Pada 27-12-09 15:54 , cheekmate posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-12-09 20:01 , panglima_garang posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Usaha kerajaan Malaysia yang telah menanam kira-kira 5juta anak pokok bakau di pesisir pantai sebagai penampan tsunami..

Adakah ianya sebagai tindakan melawan kuasa Tuhan yang mendatangkan bencana alam? ataukah tindakan ikhtiar untuk kebaikan manusia sejagat?

Diharap rakan-rakan ukhwah memberi komentar..Syukran..



apela lah anda ni bebal sangat...tupun tak boleh fikir.....


Bebal? Kalau tak ada idea tak payah memberi komentar..ini untuk cakna minda bak kata moderator..Kenapa pulak saya yang anda katakan bebal?

Berbaik sangkalah sesama ukhwah..

sebenarnya saya sengaja meletakkan satu tajuk begini bagi tujuan kita sama-sama berfikir mengapa langkah2 tersebut baik atau tidak..

Apabila saya menonton buletin utama bertarikh 26hb iaitu kelmarin, ada dipaparkan mengenai bagaimana tsunami membadai beberapa negara asia..termasuklah Malaysia..Malaysia mengadakan pelbagai langkah berjaga2 untuk menghadapi tsunami jika ianya berlaku..salah satunya adalah menanam 5juta anak pokok bakau sebagai penampan tsunami..

Baiklah, di sini si 'bebal' cuba memberi pendapat wahai saudara cheekmate..

Sebenarnya seperti yang kita sedar bahawa Allah yang empunya alam..Allahlah yang menurunkan hujan, menurunkan bencana, allahlah yang mengatur segala perjalanan alam maya pada ini..dari sekecil2 sistem sehinggalah sistem cakerawala..

Segala yang terjadi, bencana seperti puting beliung, ribut taufan, gempa bumi, gunung berapi, tsunami dan sebagainya tidak lepas daripada pengaturanNya..

Didatangkan bencana juga buat memberi peringatan kepada umat manusia supaya jangan melakukan kerosakan di muka bumi dan janganlah melupakan Allah sebagai al-khaliq..Jganlah memaharajalelakan dunia dengan sistem hidup yang bukan daraipaNya..sentiasa beringat..

“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” .

Selepas tsunami apa terjadi? Majoriti umat manusia sedar betapa kerdilnya diri di hadapan Tuhan...Manusia kebanyakan mengambil iktibar akibat kelalaian..ada yang terus dengan kesesatan dan merosakkan dunia..

Apa penting dunia ditadbir dengan nafsu dan akal semata, dengan sistem hidup buatan manusia seperti sistem kapitalisme yang merosakkan dunia..telah terbukti..

mengenai langkah menanam pokok2 bakau memang sedikit sebanyak sebagai ikhtiar untuk menampan tsnami..

Teatapi mengapa kerajaan Malaysia tidak berbuat demikian sejak sebelum tsunami lagi..atau Kenapa tidak berhukum dengan hukum Tuhan..secara keseluruhan..

Berikut merupakan petikan daripada (SN terbaru:SN200 - ROSAKNYA DUNIA OLEH TANGAN-TANGAN KAPITALIS)

sama-samalah kita mengambil iktibar..

Pandangan Dan Solusi Islam Tentang Alam Sekitar

Islam diasaskan kepada keyakinan yang pasti bahawa manusia, alam semesta dan kehidupan ini diciptakan oleh Allah SWT, dan Islam adalah petunjuk yang di turunkan kepada manusia oleh Penciptanya untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya. Apabila manusia menerima dan yakin dengan doktrin (akidah) ini, maka dia tentunya akan menjadikan segala pemikiran dan tindakannya diatur oleh sistem yang terpancar dari akidah ini. Kesejahteraan dunia tidak akan dicapai apabila pengaturannya diletak di tangan manusia, kerana manusia (dalam membuat undang-undang) tidak akan dapat lari dari kepentingan diri sendiri, juga akan terpengaruh dengan persekitarannya, di samping akan menimbulkan perbezaan, perselisihan dan pertentangan sesama sendiri. Ini semua akan menghasilkan kesengsaraan dan kemusnahan sama ada ke atas manusia atau persekitarannya. Di dalam Islam, keyakinan kita bahawa Allah-lah satu-satunya Asy-Syari’ (Legislator) akan menyebabkan semua orang mematuhi undang-undang yang sama, yang datangnya dari Zat Yang Mencipta manusia, alam dan kehidupan dan Dialah Zat Yang Maha Mengatur yang secara pasti, tidak akan menyebabkan kesengsaraan atau kerosakan dalam setiap aturanNya.

Islam tidak pernah menghalang manusia menikmati sumber alam seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya . Islam tidak memandang bahawa hubungan manusia dengan alam sebagai suatu yang terpisah atau bertentangan antara satu sama lain. Sebaliknya, alam dan kehidupan, sebagaimana juga manusia, kesemuanya adalah ciptaan Allah belaka yang mana satu sama lainnya saling berhubungan dan memerlukan. Allah telah menjadikan alam untuk dimanfaatkan oleh manusia dan memerintahkan manusia untuk mengusahakan tanah . Allah melarang membuat kerosakan kepada alam dan menganggap orang yang membinasakan alam sekitar sebagai penjenayah. FirmanNya,

“Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan” .

Allah telah menciptakan alam ini dengan seimbang dan menuntut manusia untuk memelihara alam sekitar dan melarang gangguan kepada keseimbangan ini, apatah lagi merosakkannya. Ayat-ayat di atas sahaja sudah cukup untuk menggambarkan betapa Islam menjaga alam sekitar dan kewajipan manusia untuk menjaga keseimbangannya serta haram merosakkannya. Islam tidak hanya menerangkan permasalahan ini secara umum, bahkan terdapat begitu banyak ayat dan hadis yang menerangkan secara terperinci tentang penjagaan alam sekitar di mana manusia dilarang dengan tegas untuk mencemar atau memusnahkannya. Allah tidak pernah membiarkan hubungan manusia dan alam diatur mengikut kehendak manusia sesuka hati, tetapi kesemuanya hendaklah tunduk kepada pengaturan dari Allah.


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-12-09 22:58


Ketika mendengar berita mengenai usaha kerajaan menanam anak-anak pokok bakau, ada suara2 yang saya dengar seperti berikut; "nak lawan kuasa Tuhan konon, sekali datang tsunami, dengan pokok2 bakau pun habis binasa."

Melalui ucapan tersebut, maka terlintaslah dalam hati saya untuk meletakkan tajuk di atas di dalam forum ukhwah.com ini untuk mendengar pendapat saudara2 sekelian..sekadar berkongsi pendapat, mencanai dan mencakna idea..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-12-09 23:11


Saudara2 sekelian, dengan penerapan sistem kapitalisme seantero dunia, dunia tidak lepas daripada percaturan golongan 'pengambil manfaat'..mereka mengeksploitasi apa sahaja demi untuk mendapat manfaat..

Balak2 ditebang sebebas2nya, pasir2 pantai dikaut sekautnya, pokok2 bakau ditebang dan dibuat arang batu yang mana ianya tidak seimbang dengan aktiviti pemuliharaan..hanya apabila datang tsunami barulah kita sibuk menanam itu..menanam inila..secara logiknya bagi saya memang menanam anak-anak bakau merupakan salah satu daripada pemuliharaan alam..

Tetapi bagi jangka masa panjang, selagi sistem kapitalisme wujud iaitu sistem mengeksploitasi segala sumber alam wujud, maka kerosakan yang lebih besar akan wujud..Allah akan dtgkan pelbagai fenomena yang tidak terduga oleh manusia..semua manusia termasuk yang baik akan terkena tempiasnya..

Adakah anda setuju dengan pendapat saya ini, khususnya saudara cheekmate yang mengatakan saya 'bebal' tempohari..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

indri_solehah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.12.2008
Ahli No: 36470
Posting: 28
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-12-09 03:19


Pada 26-12-09 20:01 , panglima_garang posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Usaha kerajaan Malaysia yang telah menanam kira-kira 5juta anak pokok bakau di pesisir pantai sebagai penampan tsunami..

Adakah ianya sebagai tindakan melawan kuasa Tuhan yang mendatangkan bencana alam? ataukah tindakan ikhtiar untuk kebaikan manusia sejagat?

Diharap rakan-rakan ukhwah memberi komentar..Syukran..

adakah tsunami yang terjadi tu bukti bahwa allah kejam?

Bookmark and Share

    


  Member Information For indri_solehahProfil   Hantar PM kepada indri_solehah   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-12-09 11:43


Assalamualaikum dato panglima garang apalah perkara2 macam ni pun nak didebatkan. salahke kalau ianya dibuat tak semua yang kerajaan buat tu salah.

nak tanya kalau anak kita buat salah kita marah dia maknanya kita marah ALLAH ke? apalah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 28-12-09 13:35


topik apa pun kira besar atau kecik, remeh atau penting, kalau pandai kita debatkananya tetap boleh memberi ilmu. cuba memberi idea secara matang, tak perlu kata mengata org lain. kadang-kadang kita pun belum tentu tau... berforumlah secara intelektual... jangan terlalu ikut emosi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-12-09 13:54


Pada 28-12-09 13:35 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

topik apa pun kira besar atau kecik, remeh atau penting, kalau pandai kita debatkananya tetap boleh memberi ilmu. cuba memberi idea secara matang, tak perlu kata mengata org lain. kadang-kadang kita pun belum tentu tau... berforumlah secara intelektual... jangan terlalu ikut emosi...


saya setuju. Baru-baru ni terbaca hadis

Daripada Abu Hurairah : Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud) -diambil dari buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit oleh Ustaz Haron Din

Saya tak berniat menghukum.

Kalau saya salah.. tegurlah cara hikmah ya.



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-12-09 13:58


Bagi saya.. menanam pokok bakau bukan melawan kuasa tuhan. Menanam itu sendiri satu perbuatan baik. Berjaga2 dari becana juga perkara baik.



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-12-09 14:51


sebenarnya sapa yang emosional. kita just beritahu. k'jaan buat sikit saja kata macam-macam. taulah anda semua marah dengan k'jaan tapi tak semestinya apa yang dia buat tu salah.

bak kata muslimah johor tu betul kita menanam untuk berjaga2 taulah kita bukan alim ulamak.

kita bukanlah nak sokong tapi logiklah sikit.

Bookmark and Share

    


  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 28-12-09 15:55


Harap bertenang dan mejaga batas batas berforum.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 28-12-09 15:55


Tak semua apa yang kerajaan buat tak ada manfaat. Benda ini bergantung pada individu.

Realistiknya betul ke paya bakau boleh menampan tsunami pada ombak setinggi 12meter. Mungkin proses ombak untuk ke darat mengambil masa yang lama sedikit barangkali.

In positif way: Kerajaan boleh buat contoh atau lab untuk lihat kajian ini secara teperince betulkah tsunami boleh dipampan oleh paya bakau. Masuk lab,buat test,dapat result and share report. Barangkali memang benar paya bakau mampu memampan tsunami dengan begitu effiecent.

In negatif way: Bila libatkan politik 5juta pokok bakau boleh diberi kepada kontraktor kroni sekaligus cukup untuk kontraktor or kroni itu hidup kaya raya dalam tempoh yang lama.

Apa pun semua terpulang kepada individu tersendiri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-12-09 16:33


tau tak apa. kalau sebut pasal politik mana ada dalam dunia politik yang tak ada tolong kroni? kalau sekarang tak tolong kroni bila lagi.

kalau tak kroni2 tak kaya .

Bookmark and Share

    


  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 29-12-09 03:15


yang aku tak faham kenapa menanam pokok bakau dekat tepi pantai melawan kuasa tuhan???aku pelik lah..tak ada pulak hadis kata macam tu..



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-12-09 08:36


biasalah muslimin org kalau dah tak suka apa pun org tu buat baik kata tak ok. namanya lagi manusia.

Bookmark and Share

    


  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

amrina02
Warga Rasmi
Menyertai: 23.10.2009
Ahli No: 37771
Posting: 8
Dari: PERAK

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-12-09 12:45


salam...

pada pandangan ana, tindakan tu sebenarnya kembali kepada fikrah yang asal.. tsunami hanyalah sekadar peringatan kepada kelalaian kita.. bukankah sejak azali lagi pokok bakau ini telah hidup ditepi laut dengan kelebihan yang tersendiri yang mana adalah sebagai benteng untuk melemahkan pergerakan angin dan ombak daripada laut. tetapi atas alasan pembangunan kita musnahkan benteng itu.. natijahnya apa telah berlaku..

ana sangat sokong penanaman semula pokok bakau tu semula, tetapi pada pandangan ana fungsi pokok bakau ini tidaklah dapat membantu banyak sebagai benteng seperti mana dahulu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amrina02Profil   Hantar PM kepada amrina02   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 29-12-09 13:40


saya pun tak berapa faham apa sebenar maksud panglima garang.......habis nak berserah pada takdir ke jika kena untuk kali ke 2?????

jika takut ombak jangan berumah di tepian pantai


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-09 13:53


biar lah tanam.. usaha tangga kejayaan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-12-09 21:12


Assalamualaikum.

terima kasih buat semua yang sudi lontarkan pendapat..asal saya buat persoalan begini ada jugak yang hentam saya..apalah..be profesionalla..

Sebenarnya saya inginkan pelbagai pendapat dan reason2 sauadara..saya sedang membuat servey pendapat umum mengenai isu tersebut..

Nak lihat sejauh mana anda berfikir..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-12-09 21:21


Pada 29-12-09 12:45 , amrina02 posting:

!!! QUOTE !!!

salam...

pada pandangan ana, tindakan tu sebenarnya kembali kepada fikrah yang asal.. tsunami hanyalah sekadar peringatan kepada kelalaian kita.. bukankah sejak azali lagi pokok bakau ini telah hidup ditepi laut dengan kelebihan yang tersendiri yang mana adalah sebagai benteng untuk melemahkan pergerakan angin dan ombak daripada laut. tetapi atas alasan pembangunan kita musnahkan benteng itu.. natijahnya apa telah berlaku..

ana sangat sokong penanaman semula pokok bakau tu semula, tetapi pada pandangan ana fungsi pokok bakau ini tidaklah dapat membantu banyak sebagai benteng seperti mana dahulu..


Pandangan anda memuaskan hati saya..Terima kasih..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-12-09 21:23


Pada 28-12-09 15:55 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Tak semua apa yang kerajaan buat tak ada manfaat. Benda ini bergantung pada individu.

Realistiknya betul ke paya bakau boleh menampan tsunami pada ombak setinggi 12meter. Mungkin proses ombak untuk ke darat mengambil masa yang lama sedikit barangkali.

In positif way: Kerajaan boleh buat contoh atau lab untuk lihat kajian ini secara teperince betulkah tsunami boleh dipampan oleh paya bakau. Masuk lab,buat test,dapat result and share report. Barangkali memang benar paya bakau mampu memampan tsunami dengan begitu effiecent.

In negatif way: Bila libatkan politik 5juta pokok bakau boleh diberi kepada kontraktor kroni sekaligus cukup untuk kontraktor or kroni itu hidup kaya raya dalam tempoh yang lama.

Apa pun semua terpulang kepada individu tersendiri.


Pandangan anda juga memuaskan hati saya saudara moderator..syabas..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-12-09 21:24


Pada 28-12-09 13:54 , muslimah_johor posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 28-12-09 13:35 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

topik apa pun kira besar atau kecik, remeh atau penting, kalau pandai kita debatkananya tetap boleh memberi ilmu. cuba memberi idea secara matang, tak perlu kata mengata org lain. kadang-kadang kita pun belum tentu tau... berforumlah secara intelektual... jangan terlalu ikut emosi...


saya setuju. Baru-baru ni terbaca hadis

Daripada Abu Hurairah : Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu, kemudian ia menyembunyikannya maka Allah akan rantai di Hari Kiamat nanti dengan rantai daripada api neraka. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud) -diambil dari buku Ikhtiar Penyembuhan Penyakit oleh Ustaz Haron Din

Saya tak berniat menghukum.

Kalau saya salah.. tegurlah cara hikmah ya.



Terima kasih di atas pembawaan hadis..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-12-09 21:25


Pada 28-12-09 13:35 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

topik apa pun kira besar atau kecik, remeh atau penting, kalau pandai kita debatkananya tetap boleh memberi ilmu. cuba memberi idea secara matang, tak perlu kata mengata org lain. kadang-kadang kita pun belum tentu tau... berforumlah secara intelektual... jangan terlalu ikut emosi...


Anda bersikap intelektual..syukran ya akhi..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-12-09 21:36


Sebenarnya menanam pokok bakau ni memang tidak syak lagi ada sejuta kebaikannya..dan sepatutnya menanam dan memulihara alam sejak awal-awal lagi..tidak kiralah sama ada datang tsunami atau tidak..sama juga dengan membiakkan semula hutan2 yang telah ditebang..inikan tuntutan Islam..bagaimana Islam menginginkan hubungan baik manusia dengan alam semesta..untuk kelestarian hidup manusia juga..

Apa yang saya nak tekankan adalah dengan penerapan sistem selain daripada Islam (baca: islam menggalakkan hubungan baik dengan alam), khususnya sistem kapitalis, dunia semakin hancur..ini kerana para pemburu manfaat mengabaikan pembaikan dan pemuliharaan alam..Ini kena mengena dengan sistem politik (politik: hubungan pengaturan dengan sesama manusia)..tak kiralah kerajaan negara mana sekalipun yang menerapkan sistem kapitalis..

Dan tidak mustahil juga Allah datangkan tsunami sebagai peringatan..terhadap kesalahan2 manusia yang lain yang dilakukan..dengan datangnya tsunami, manusia sedar betapa pentingnya menjaga hubungan baik dengan alam seprti yang diserukan oleh islam dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dengan al-khaliq kerana manusia berhukum dengan hukumNya..

Datangnya tsunami juga sebagai ujian terhadap umat-hambaNya yang beriman..

Berbincanglah dan memberi pendapat yang profesional..terima kasih bagi yang memahami..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-12-09 21:41


Pada 27-12-09 22:58 , panglima_garang posting:

!!! QUOTE !!!

Ketika mendengar berita mengenai usaha kerajaan menanam anak-anak pokok bakau, ada suara2 yang saya dengar seperti berikut; "nak lawan kuasa Tuhan konon, sekali datang tsunami, dengan pokok2 bakau pun habis binasa."

Melalui ucapan tersebut, maka terlintaslah dalam hati saya untuk meletakkan tajuk di atas di dalam forum ukhwah.com ini untuk mendengar pendapat saudara2 sekelian..sekadar berkongsi pendapat, mencanai dan mencakna idea..



kata-kata tersebut saya dengari daripada penonton buletin utama di sekitar saya..so, saya inginkan pendapat anda juga mengenai suara tersebut..

Bagi yang memandang serong idea saya ini, anda bertanya terlebih dahulu kalau belum faham..manatau bahasa yang saya gunakan membuatkan anda sukar memahami..dan mungkin ia kelemahan saya..apa pun..berprofesionallah..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-12-09 21:45


Pada 28-12-09 03:19 , indri_solehah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 26-12-09 20:01 , panglima_garang posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Usaha kerajaan Malaysia yang telah menanam kira-kira 5juta anak pokok bakau di pesisir pantai sebagai penampan tsunami..

Adakah ianya sebagai tindakan melawan kuasa Tuhan yang mendatangkan bencana alam? ataukah tindakan ikhtiar untuk kebaikan manusia sejagat?

Diharap rakan-rakan ukhwah memberi komentar..Syukran..

adakah tsunami yang terjadi tu bukti bahwa allah kejam?


Allah tak kejam..yang kejam adalah manusia kerana mengabaikan perintahNya dan merosakkan alam..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-12-09 21:46


Pada 28-12-09 11:43 , limah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum dato panglima garang apalah perkara2 macam ni pun nak didebatkan. salahke kalau ianya dibuat tak semua yang kerajaan buat tu salah.

nak tanya kalau anak kita buat salah kita marah dia maknanya kita marah ALLAH ke? apalah....


inikan bukan perdebatan..inikan perbincangan yang saya dah sebut berkali2 wahai cik limah..


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-01-10 14:51


biarlah tanam.. bukan susahkan orang yang tak nak menolong pun

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-01-10 15:00


salam

yang pasti pembekal pokok dan kontraktor yang menanam akan dapat rezeki..hehehe

persaoalannya bukan nak lawan kuasa Allah, ini hanyalah ikhtiar..
samalah dengan banjir..salah ke kita buat penghadang banjir?


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-01-10 15:17


betul..

Itu hanya usaha,ikhtiar... selebihnya Allah yang tentukan..

Kalau ditakdirkan 500juta pokok bakau sekalipun tapi kalau Allah kata musnah, maka sekelip mata saja musnah lah..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.557063 saat. Lajunya....