Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kami disuruh oleh Rasulullah agar menaburkan debu tanah ke muka orang yang memuji-muji dan mengampu-ngampu.
-- -- Hadis riwayat Imam Ibnu Majah

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 11 hari yang lalu
lidah-penghunus: 13 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Cukai Perkhidmatan RM50 Atas Kad Kredit


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Cukai Perkhidmatan RM50 Atas Kad Kredit

Please Mendaftar To Post


Oleh Cukai Perkhidmatan RM50 Atas Kad Kredit

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 22-12-09 10:08


Assalamualaikum

Credit card tax for existing users to start on anniversary date

By CHAN LI LEEN and JOSHUA FOONG


KUALA LUMPUR: Applicants issued with new cre­dit and charge cards next year will have to pay the RM50 service tax upfront.

For existing card holders, the charge will be im­­posed on the anniversary date of cards.

Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, who confirmed this with The Star yesterday, said the Government would impose the service tax for credit and charge cards from next year.

“Existing cardholders will only be charged the ser­vice tax through their issuing banks upon the aniversary date of the card.

“For example, if the card’s anniversary date is in January, then you pay the tax in January. But if the date is in April, then you only pay the tax in April,” he added.

The minister’s clarification puts to rest nagging doubts among the millions of credit card holders in the country who have been raising queries since Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak an­­nounced the new tax when he unveiled Budget 2010 in October.

Najib, who is also the Finance Minister, had said that a RM50 service tax for principal credit and charge cards and a RM25 for supplementary cards would be imposed from January.

This has led to card holders asking if the charges will be imposed from Jan 1 or on the anniversary dates of the cards, which are usually issued for a three-year period.

Those holding a string of cards were most eager to know before deciding to cancel some of their ac­­counts.

A check with the customer service departments of several commercial banks showed that they had yet to receive any definite confirmation.

Some banks said they were still awaiting for a directive from Bank Negara, while others think the tax would be imposed on the anniversary dates.

A third group of banks has also offered to absorb the tax for the cardholders, on condition a certain amount of money was spent within a certain timeframe.

Cardholder yang.L. Sim, who called up the bank to cancel his credit card, said the bank advised him “not to be hasty.”

“The officer said that they had yet to receive a formal directive from Bank Negara (on when to impose the tax). But I was worried as the New Year was nearing,” he said.

Deputy Finance Minister Datuk Chor Chee Heung, when contacted, advised cardholders to plan accordingly, saying holding two credit cards was enough.

““Even I intend to hold only two credit cards,” he added.

He urged those who had large outstanding credit card debts to stop using the cards and meet the issuing banks to work out a repayment mechanism.

There are some 11 million credit cards circulating in the country.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 22-12-09 10:10


Secara pengiraan mudahnya, kerajaan yang kita sayang ini akan dapat

11 juta darab RM 50 = RM550 juta setahun kerajaan dapat..

Hampir setengah biliion setahun puak2 ini dapat...


Setengah billion apa rakyat dapat? traffic still jam, jalan raya tak pernah turap...kemiskinan tak solve pun, rakyat tertindas berlambak...

Bengang betul lah dengan kerajaan..kuat betul makan duit rakyat

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 22-12-09 10:15


Cukai Perkhidmatan Kad Kredit

Posted: October 24th, 2009 | Author: pakdi | Filed under: Kad Kredit, Perancangan Kewangan, Semasa | 38 Comments »

Saya tak terjumpa pula berita ini dalam akhbar berbahasa Melayu semasa membaca berita-berita belanjawan 2010. Hanya terbaca dalam berita berbahasa Inggeris.

Cukai perkhidmatan sebanyak RM 50 akan dikenakan untuk kad kredit prinsipal, dan RM 25 untuk kad kredit tambahan bermula 1 Januari 2010

Hm… Bijak kerajaan ni mengaburi mata rakyat. Gomen potong kadar cukai pendapatan menjadi 26%, tetapi pada masa yang sama mengenakan cukai perkhidmatan kad kredit yang mana saya rasa hampir semua pekerja di Malaysia mempunyai paling kurang 1 kad. Harus diingat bukan semua pekerja di Malaysia wajib membayar cukai, tetapi rata-rata pekerja berpendapatan lebih RM 1,500 sudah ada kad kredit.

Jadi pengiraannya, kalau anda mempunyai 3 kad kredit prinsipal dari 3 bank yang berlainan, 2 daripada kad kredit prinsipal itu pula ada 1 kad tambahan, maka anda akan membayar:

RM 50 tak 3 = RM 150

RM 25 tak 2 = RM 50

Jumlah cukai perkhidmatan kad kredit = RM 200


Hahaha…

Sumber : Pakdi.com.my

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 22-12-09 10:54


Dalam transaksi muamalat,

1) Jika memenuhi syarat2 dan rukun aqad tersebutdan tidak melibat sesuatu yang haram, maka ianya adalah sah. Kita mendapat pahala dan kepemilikan barang atau perkhidmatan adalah sah.

2) Jika tidak memenuhi salah satu rukun dan syarat aqad tersebut, ia adalah aqad yang bathil, tidak sah. Harta tersebut tidak sah penukaran hak miliknya dan seseorang itu berdosa.

3) Jika memenuhi syarat2 dan rukun aqad, tetapi membawa kemungkinan mengerjakan keharaman, maka ia aqad yang fasiq. Contohnya bagi kad kredit, secara umumnya jika digunakan mengikuti waktu kita tidak dikenakan interest. Tetapi dalam syaratnya, kita akan dikenakan interest bagi transaksi tertentu atau atas kelewatan pembayaran. Persetujuan kita dikenakan sesuatu yang haram ini menyebabkan transaksi tersebut fasiq, walaupun kita dapat mengelak dari dikenakan riba. Transaksi yang fasiq berbeza dengan transaksi yang bathil, kepemilikan barang adalah tetap sah tetapi berdosa kerana bersetuju pada dasarnya atas sesuatu yang haram.

Untuk memahami lebih lanjut, sila baca perkara wadh'i dalam pembahasan ushool fiqh.

Just my2cent,
wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-12-09 12:30


Penggunaan Kad Kredit Menurut Neraca Shariah

Disediakan Oleh :
ustaz. Zaharuddin Abd Rahman


بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjugan Nabi Muhammad SAW , pemimpin para du'at dan Mujahidin yang telah sempurna menyampaikan amanah dan risalah serta memberika ingatan dan berita baik kepada seluruh manusia. Juga salam ke atas para ahli keluarga Baginda SAW, para sahabatnya yang terpilih serta mujahidin/at dan muslimin/at yang menurut jalan kebenaran Islam.


Penulisan ringkas dan padat ini akan menyentuh aspek berikut :-

Pengenalan ringkas jenis Kad Kredit utama yang terpakai di dunia sekarang.
Hukum setiap urusniaga dan yang berkaitan dengan Kad Kredit.

Penulisan ini ditujukan khas bagi setiap pengguna kad kredit yang mengambil berat di atas hal ehwal halal dan haram dalam urusannya dan kepada setiap insan yang ingin menambah maklumat, bagaimanapun penulisan ini dibuat dalam bentuk ringkas, tanpa menuruti kaedah penulisan tesis ilmiah. Ia sekadar suatu bentuk artikel separa ilmiah dituju pada umum dan diharap dapat menjelaskan ‘mawqif'(pendirian) Islam terhadap kontrak yang kian popular di kalangan masyarakt hari ini.


RINGKASAN MAKLUMAT DAN LATAR BELAKANG KAD KREDIT


1. Takrif Kad Kredit


Menurut Kamus Oxford : " Ia adalah satu kad yang dikeluarkan oleh Bank atau mana-mana pihak lain, yang mana ia memberi kemudahan kepada pemegangnya untuk memperolehi barang-barang keperluannya secara tangguh bayaran(Hutang)"


‘Hutang' dari sudut syarak menurut takrifan Al-Qadhi Ibn ‘Arabi "Iaitu urusan pemindahan (pertukaran) hak milik (secara jual beli atau seumpama dengannya), yang mana salah satu pihak secara tunai manakala pihak kedua secara tangguh di atas tanggungannya (dengan masa yang ditetapkan atau tidak)"


Manakala Takrifan yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (Majma' Fiqh Islami) bagi Kad Kredit adalah : "Satu bentuk penyata sandaran (penyata keterangan) yang diiktiraf, diberikan oleh pengeluar kepada mana-mana individu atau pihak yang diiktiraf melalui kontrak diantara kedua-dua belah pihak, ia membolehkan pemegangnya membuat pembelian barangan atau khidmat2 dari semua pihak yang mengiktiraf penyatan sandaran (kad Kredit) tadi, tanpa perlu membuat pembayaran tunai (segara), kerana ia mengandungi jaminan pembayaran dari pihak pengeluar."



2. Jenis Kad


Pembahagian jenis Kad Kredit berdasarakan cara-cara pelangsaian bilnya adalah seperti berikut :


•a)                 Kad Jenis (Charge Card)

Ia adalah kad kredit yang mewajibkan pemegangnya membayar bil penggunaannya setiap bulan.


Antaranya jenisnya : American Express, Diners Club.


Antara cirinya yang terpenting :-


1) Tidak disyaratkan pemegangnya membuka Akaun Simpanan di Bank Pengeluar @ Pihak Pengeluar Kad. Juga tidak disyaratkan pemegang mengemukakan apa jua Jaminan Tunai kepada Bank Pengeluar bagi melangsaikan seluruh hutang-hutangnya hasil penggunaan kad.


2) Pemegang kad diberi had tertentu (Credit Line and limit), lalu ia boleh menikmati seluruh hak hutang piutang (bayaran tangguh) dalam satu had ‘tempoh izin tangguh jangka pendek' yang telah ditentukan, iaitu tempoh antara waktu belian dan waktu wajib langsaian bil. Biasanya dalam 55-60 hari, ketika itu, pemegang akan dibekalkan dengan penyata bulanan yang menyebut transaksi urusniaga yang telah digunakan.


3) Jika pemegang lewat melangsaikan kos penggunaannya dari waktu yang ditetapkan, maka pengeluar akan mengenakan penalty akibat lewat yang telah ditetapkan di dalam kontrak perjanjian. Mungkin juga akan ditarik balik kad dan dibuang dari keahlian dan sebagainya.


4) Mungkin juga pemegang kad jenis ini perlu membayar yuran permohonan sekali sahaja, dan juga yuran pembaharuan kad tahunan.


•b) Kad Kredit Yang Menerima Pembaharuan Bil (Revolving Credit Card)

*Jenis ia adalah yang paling banyak tersebar di seluruh dunia. Antaranya     Visa Card, Master Card, Diners Card, American Express Card.


Ia juga mempunyai banyak ciri yang sama dengan yang pertama tadi cuma terdapat beberapa perbezaan utama.
Pemegang Kad tidak wajib melangsaikan ‘kos guna' nya secara keseluruhannya setelah mendapat penyata bil dari pengeluar dalam tempoh izin yang diberikan, TETAPI DIBENARKAN UNTUK MEMBAYAR HANYA NISBAH KECIL DARI BIL . Manakala bakinya, pemegang diberi pilihan sama ada ingin melangsaikannya dalam tempoh izin yang diberi tersebut ataupun dibiarkan bakinya lalu pihak pengeluar akan mengenakan faedah daripada jumlah bil yang tertangguh ini.
Kad ini juga ada yang mempunyai had tertinggi penggunaan. Bermakna pemegang hanya boleh berbelanja sebanyak mana yang disukainya selagi mana di dalam kadar maksimum yang dibenarkan, dan hanya perlu membayar nisbah kecil dari bil (sekitar 5 % sahaja), manakala jika bakinya di tangguh sehingga melepasi tempoh percuma (biasanya 30 hari), pelanggan akan dikenakan peratusan faedah. Biasanya kadar faedahnya amat tinggi iaitu sekitar 18-25 % setahun. Inilah Riba yang amat jelas malah amat membebankan dan menindas.
Pemegang Kad boleh menggunakannya sama ada di dalam ataupun di luar negara di mana-mana sahaja asalkan pihak peniaga mengiktirafnya.
Ia mempunyai 3 jenis kebiasaannya : Kad emas, Kad Perak dan Kad Biasa.


HUKUM BERKAITAN DENGAN PENGGUNAAN KAD KREDIT


1. Kontrak dan Hubungan Antara Pengeluar, Pemegang dan Peniaga.

Secara amnya, jenis kontrak yang dibuat antara pemegang kad, Pengeluar dan pihak ketiga adalah diktiraf di dalam Islam. Pandangan yang terkuat di dalam hal ini adalah hubungan Al-Kafalah (Jaminan). Dimana ‘Kafil' (adalah Penjamin-Pengeluar Kad), ‘Makful' (Yang dijamin- Pemegang Kad) dan ‘Makful lahu' (Penjual). Semua ini adalah diiktiraf dan kontrak adalah sah di sisi Islam. Kesannya, semua pembelian dibuat dengan kad ini, tiada lagi hak tuntutan pembayaran dari peniaga kepada pemegang kad, kerana ia telah terpindah kepada Pengeluar.


Maka tidak harus peniaga menuntutnya daripada Pemegang Kad. Demikian pandangan Hasan Al-Basri, Ibn Sirin, Ibn Hazm dan Majoriti Fuqaha. pandangan mereka adalah berdasarkan kefahaman terhadap tiga buah hadith Nabi yang diriwayatakn oleh Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Al-Baihaqi, Ad-Dar Qutni dan lain lain. Justeru tulisan ini tidaklah ingin memanjangkan bicara tentangya.



2. Menggunakan Kad kredit Konvensional dalam tempoh dibenarkan

Dalam hal seseorang berhasrat menggunakan kad kredit konvensional yang meletakkan syarat Faedah Riba tetapi ia berazam sentiasa menjaga tempoh pembayaran semula sebelum di kenakan faedah Riba, Kesatuan Fiqh Antarabangsa OIC (OIC Interntional Fiqh Academy) dalam ketetapannya nombor 108, pada persidangan 23-28 September 2000 telah memfatwakan sebagai TIDAK HARUS terutamanya di waktu kewujudan Kad Kredit Islam. Bagaimanapun, ketetapan dalam persidangan yang sama juga telah dibuat; mengharuskan membuat kad kredit konvensional yang tiada meletakkan sebarang syarat Faedah / Riba di dalam kontraknya. Bagaimanapun dengan syarat mestilah melangsaikan jumlah penggunaan sebelum di kenakan faedah Riba.


3. Yuran Penyertaan, Pembaharuan dan Penukaran Kad


Hukumnya : HARUS, tiada masalah dari sudut syarak, ia dianggap sebagai upah yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhadap khidmat yang disediakannya. Juga HARUS jika terdapat perbezaan jumlah yuran khidmat bergantung kepada perbezaan jenis khidmat. Tetapi dengan syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dengan khidmat sebenar yang diberikan, jika ia melebihi kos khidmat sebenar, maka ia adalah Riba yang diharamkan.
Demikian keputusan dalam Qarar (ketetapan) dari Majma' Fiqh Islami (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) pada persidangnnya ke-3 pada Oktober 1986.

2. kos Tertentu Dari Peniaga kepada Bank Pengeluar.


Adakalanya pihak Bank atau pengeluar Kad akan meletakkan syarat dalam perjanjiannya dengan para peniaga sejumlah ‘kos tertentu' dalam bentuk peratusan yang akan di ambil dari Bil Penjual (Peniaga), yang mana biasanya berlegar sekitar 2-5% atau 8 % dari jumlah Bil. (Lihat Jones , Sally A, The Law Relating to Credit Cards, London, 1989 ,masa 14)

Hasilnya, apabila Peniaga membuat tuntutan kepada Bank Pengeluar, maka Bank akan segera menunaikan bil (Pemegang Kad) iaitu setelah dipotong jumlah kos yang disebut tadi. Kemudian pihak Bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan) hasil penggunaan kad daripada pemegang kad.

Hukumnya : Harus . Berdasarkan pendapat mazhab Hanafi yang sah. Jumlah kos ini dikira hadiah. (Rujuk Fatawa Hindiyyah, juga Fatawa Al-Bazaziyah, Al-Mabsut dan lain lain ). Terdapat ramai para Fuqaha (Ulama Fiqh) mengganggap ia adalah upah wakil (Ujrah Wakalah) kepada Bank kerana menjadi ‘wakil' bagi Peniaga dalam mempromosikan barangannya serta jaminan wujudnya pelanggan. Ia juga boleh dianggap sebagai Diskaun Khas dari peniaga kepada pengeluar. Ada juga yang mengatakan ia sebagai upah Broker (Ia adalah pandangan Prof. Dr Rafiq Al-Misri).

4. Hadiah dan Jaminan Khas Bagi Pemegang Kad Emas (Gold Card)


Ia bertujuan untuk menarik golongan menengah dan atasan bagi menyertai skim mereka. Maka untuk tujuan itu, mereka menawarkan beberapa bentuk hadiah dan skim Insuran Percuma dan Insuran Kemalangan Perjalanan.
Dalam program Hadiah Ahli (Membership Rewards), setiap Ringgit Malaysia (RM) hasil penggunaan Kad Emas, pengguna akan mendapat satu mata. Dan mata ini akan bertambah dan jumlah mata terkumpul tertentu akan membolehkan pengguna menikmati program melancong percuma atau penginapan di hotel percuma, atau diskaun di restoran-restoran dan lain lain. (Lihat : American Express Cards, an exclusive opportunity for a select few)

Hukumnya : berbeza menurut jenis hadiah; ia seperti berikut :-


a) Hadiah Insuran percuma : Hukum Insuran Konvensional telah diputuskan oleh Sidang Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC yang pertama pada 1397 H, sebagai Haram kerana mengandungi unsur Riba, Gharar (ketidaktentuan), Jahalah(ketiadaan maklumat tepat semasa transaksi), Judi dan lain lain.

Bagaimanapun dalam konteks ini, hukumnya berlainan kerana pemegang tidak membayar apa-apa kepada syarikat Insuran, oleh itu ia tidak terjebak di dalam hukum haram yang diputuskan, malah ia dianggap sebagai hadiah galakan sahaja dan hukumnya adalah Harus. Ini adalah kerana ia bukannya maksud kontrak tetapi hanya tabi' (perkara sampingan yang terhasil dari perjanjian).

Telah diiktiraf dalam Kaedah Fiqh bahawa "Dimaafkan yang berlaku pada tawabi' dan tidak pada lainnya" (Rujuk Majalah al-Ahkam Al-‘Adliyah).

b) Hadiah-hadiah lain : HARUS atas dasar sumbangan dan derma dan galakan. Asalkan ia tidak terjebak dalam muamalat Bank Konvensional Ribawi. Juga dengan syarat hadiah ini terdiri daripada perkara yang halal menurut pandangan Shariah. Bagaimanapun, ulama Mazhab Syafie tidak mengharuskannya atas dasar ‘Sadd az-Zarai' (Menutup jalan haram dari berlaku).


5. Syarat Menamatkan Kontrak Menurut Kehendak Pengeluar Sahaja


Iaitu pihak pengeluar mempunyai hak untuk menamatkan kontrak walaupun tanpa persetujuan Pemegang kad.

Hukumnya : Syarat ini diterima dan HARUS di sisi Syara', kerana kontrak yang diikat adalah termasuk dalam bab Kafalah. Ia telahpun dinaskan sebagai kontrak ‘Ghair Lazim' (Boleh ditamatkan kontrak tanpa persetujuan kedua-dua belah pihak). Terutamanya apabila pemegang kad melanggar perjanjian kontrak.

6. Membeli Emas & Perak dengan Kad Kredit


Ulama Fiqh telah menegaskan bahawa antara syarat sah pembelian emas dan perak dengan wang kertas mestilah transaksi pertukaran berlaku ketika itu juga tanpa sebarang penangguhan, ia disebut "at-taqabud fil hal" dalam istilah Fiqh. Ia adalah berdasarkan Hadith Nabi SAW yang jelas menyatakan syarat dan keperluan itu. Ini adalah kerana wang kertas dianggap dari kalangan harta ribawi (usurious items) dan demikian juga Kad Kredit.

Persoalannya dalam isu Kad Kredit adalah : Adakah peniaga emas dan perak menerima harga bayaran di tempat transaksi jual beli dilakukan?. Dalam hal ini, Persidangan Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC telah membuat dua ketetapan ; Iaitu yang lama yang yang baru . Pandangan lama (dalam sidangnya yang ke 9 pada April 1995) menyebut : "Proses terima serah "At-Taqabud" sebenarnya telah terlaksana, iaitu dengan cara melalukan kad kredit tersebut di alat bacaan kad kredit ketika pembayaran dibuat". Dengan tindakan ini, semua maklumat telah dihantar ke Bank Pengeluar yang akan menguruskan pembayaran selepas itu. Ia juga merupakan ketetapan dari Simposium Ekonomi Islam ke -12 anjuran Dallah al-Barakah pada 1996.


Pandangan baru mereka (Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC) ; mereka memfatwakannya sebagai HARAM ( Berdasarkan keputusan nombor 108, pada persidangan 23-28 September 2000 )

Justeru, saya menyarankan agar orang ramai menjauhi hal ini lebih baik dari mengambil mudah. Ini kerana kaedah Fiqh menyatakan " Keluar dari khilaf adalah lebih diutamakan" . Maka hukumnya : HARAM.


7. Pertukaran Matawang (Money Exchange atau ‘As-Sarf') Dengan Kad Kredit.


Biasanya, pemegang kad boleh menggunakan kad ini di kebanyakan negara di dunia bagi membeli apa jua barang yang dikehendakinya, dengan penggunaan kad ini, maka pihak Bank Pengeluar akan membayar Bil kegunaan di luar negara tadi secara segera dengan matawang negara yang terbabit. Kemudian menuntut dari Pemegang kad dengan Matawang tempatan (dengan menggunakan harga pertukaran hari tersebut - sebagaimana termaktub di dalam perjanjian) bagi membayar bil dalam tempoh izin sekitar 2-3 minggu.

Jelas, terdapat transaksi pertukaran matawang (As-Sarf) dalam hal ini. Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa syarat dalam Islam bagi pertukaran wang adalah At-Taqabud fil hal.

Hukumnya : HARAM. Ini adalah kerana kelewatan Bank menerima timbal balik dari pemegang kad, bagi pertukaran matawang yang telah dilakukannya. Bank hanya mendapat timbal tukaran itu selepas 2-3 minggu, ini kerana Bank menuntut Bil dari pemegang kad hanya selepas dikeluarkan bil penyata selain memberinya had tempoh izin. Justeru tiada taqabud haqiqi ataupun hukmi berlaku disini. Lalu Hukumnya adalah HARAM kerana berlaku Riba Buyu' . Ia menurut ketetapan Kesatuan Ulama Fiqh Islam Sedunia OIC dalam sidangnya yang ke 12 pada September 2000. BAGAIMANAPUN dikecualikan dari haram dalam keadaan dharurat dan keperluan yang amat sangat.



8. Denda Penalti Kerana Lewat Langsaian Bil Wajib bagi ‘Kredit Kad.


Terkandung di dalam syarat kontrak bagi ‘Credit card, bahawa pemegang kad akan menanggung denda akibat kelewatan melangsaikan bil wajib minimanya dalam tempoh izin (30 hari). Sudah tentu ia berbentuk wang.

Hukumnya : HARAM, terdapat unsur Riba An-Nasiah (Riba Hutang) yang sangat dilarang di dalam Islam kerana terdapat unsur menzalimi manusia lain serta memakan harta manusia tanpa haq. Telah Ijma' seluruh ulama muslim pengharaman riba ini.

Demikian Keputusan hasil persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998.


BAGAIMANAPUN terdapat keputusan berbeza dari persidangan Ekonomi Islam AL-BARAKAH ke 12 pada tahun 1996, yang memutuskan HARUS, tetapi jumlah denda itu mestilah digunakan untuk tujuan derma kebajikan. Ia dibolehkan berdasarkan kelemahan kefahaman agama dan kesengajaan dalam melewatkan dalam melangsaikan Bil walaupun mampu. Demikian juga pandangan mazhab Maliki dan Syeikh Prof. Mustafa Ahmad Az-Zarqa. Pandangan yang lebih kuat adalah HARAM.



9. Bunga @ Faedah Dikenakan bagi Memperbaharui Bil Bagi Kredit Kad


Terkandung dalam syarat kontrak ‘Kredit Kad' bahawa pemegang yang tidak ingin melangsaikan bil secara sepenuhnya, maka bil yang berbaki tersebut akan dikenakan faedah.

Hukumnya : HARAM, ia adalah Syarat Riba yang dilarang di dalam Islam tanpa sebarang ragu-ragu. Demikian keputusan persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998.

Soalan : Adakah harus seorang muslim memohon Kad ini, yang jelas mensyaratkan faedah bagi bil berbaki?

JAWAPAN : Asalnya adalah HARAM dan batal syarat tersebut. Bagaimanapun terdapat pengecualian apabila ada keperluan mendesak dan tiada pilihan lain, ketika itu hukumnya HARUS, dengan syarat membayar penuh bil tanpa meninggalkan sebarang baki yang boleh dikenakan Faedah.

10. Mengeluarkan Wang dengan Kad Kredit
Ia dianggap pemegang kad membuat pinjaman kepada Bank Pengeluar Kad secara langsung melalui ‘Auto Teller Machine' bank pengeluar atau cawangannya atau melalui ATM Bank Lain (di kira sebagai wakil).

Hukumnya:

1. HARUS, jika pemegang mempunyai wang yang mencukupi dalam akaunnya. Ketika itu pemegang kad seolah-olah mengeluarkan wangnya sahaja. Jika diambil dr bank lain juga demikian. Dan Harus pihak bank mengambil kos upah dengan kadar khidmat mereka yang sebenar.

2. HARAM JIKA Bank Pengeluar mensyaratkan hasil pinjaman yang diberikan. Kerana ia adalah Riba al-Qurudh. KECUALI JIKA PIHAK BANK PEMBERI PINJAMAN HANYA MENGAMBIL kos KECIL YANG TETAP, HASIL KHIDMAT PEMPROSESAN YANG DIBUATNYA SAHAJA. KETIKA ITU HARUS , Demikian qarar Majma' Fiqh Islam Sedunia pada sidangnya ketiga pada 1986 M.

3. Jika Pemegang tiada jumlah yang mencukupi di dalam akaunnya (berlaku overdraft) atau langsung tiada sebarang akaun. Maka dianggap pengeluarannya itu adalah PINJAMANnya terhadap bank. dan semua hukum pinjaman (al-Qardh) di dalam Islam adalah terpakai ketika itu. Sebagaimana Kaedah: ‘Kullu Qardhin Jarra Naf'an Fahuwa Riba' Setiap pinjaman yang mensyaratkan sebarang manfaat bagi pihak pemberi pinjaman adalah RIBA.



Sekian

Irbid, Jordan

2003


Last update: 22-08-2007 22:41
http://www.zaharuddin.net/content/view/258/98/


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 22-12-09 12:41


!!! QUOTE !!!

8. Denda Penalti Kerana Lewat Langsaian Bil Wajib bagi ‘Kredit Kad.


Terkandung di dalam syarat kontrak bagi ‘Credit card, bahawa pemegang kad akan menanggung denda akibat kelewatan melangsaikan bil wajib minimanya dalam tempoh izin (30 hari). Sudah tentu ia berbentuk wang.

Hukumnya : HARAM, terdapat unsur Riba An-Nasiah (Riba Hutang) yang sangat dilarang di dalam Islam kerana terdapat unsur menzalimi manusia lain serta memakan harta manusia tanpa haq. Telah Ijma' seluruh ulama muslim pengharaman riba ini.

Demikian Keputusan hasil persidangan Fiqh bagi Kad Kredit di Bahrain pada Nov 1998.


BAGAIMANAPUN terdapat keputusan berbeza dari persidangan Ekonomi Islam AL-BARAKAH ke 12 pada tahun 1996, yang memutuskan HARUS, tetapi jumlah denda itu mestilah digunakan untuk tujuan derma kebajikan. Ia dibolehkan berdasarkan kelemahan kefahaman agama dan kesengajaan dalam melewatkan dalam melangsaikan Bil walaupun mampu. Demikian juga pandangan mazhab Maliki dan Syeikh Prof. Mustafa Ahmad Az-Zarqa. Pandangan yang lebih kuat adalah HARAM.



Sayarasa ini sudah menjelaskan lagi apa yang saya tulis sebelum ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 22-12-09 13:33


isk2... kalau cukai sampai rm 50 macam mana nak beli barang kat low yat ni? barang-barang kat sana bukan boleh beli cash..... huhuhuhu


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 22-12-09 14:16


Aku pakai kredit kad bank islam..rasanya mengikut pelan syariah Islam.

Cuma apa yang dikesalkan, Kenapa ada cas RM50..bukan untuk bank tapi kerajaan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 22-12-09 15:01


Pada 22-12-09 14:16 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Aku pakai kredit kad bank islam..rasanya mengikut pelan syariah Islam.

Cuma apa yang dikesalkan, Kenapa ada cas RM50..bukan untuk bank tapi kerajaan?


Saya tidak pernah kaji tentang kredit kad bank Islam. Sekiranya saya mahu menggunakannya pada waktu itu wajib saya mengkaji untuk memastikan ia syar'ie. Sekiranya, ianya syar'ie bolehlah digunakan, jika haram tinggalkan saja, itu sikap kita orang Islam. Walau besar mana keperluan kita, kita tidak akan bersikap cenderung untuk menghalalkan.

Kepada yang menggunakan kredit kad bank Islam, boleh saya tahu ada tak caj yang dikenakan jika lewat bayar?

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-12-09 15:08


salah satu langkah untuk mengurangkan masyarakat malaysia berhutang atau memakai kad kredit.


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-12-09 15:22


Nampaknya persoalan di sini, ialah merujuk kepada caj RM50 yang dikenakan oleh pihak kerajaan..bukannya dari pihak bank. Walaupun bank hanya menurut arahan kerajaan, pihak bank mungkin akan menyerap kos rm50 ini ke dalam kos yang macam-macam lagi untuk dikenakan kepada pelanggan. Wallahua'lam

Mungkin wuzaraa boleh merujuk di website2 bank Islam yang ada mengenai berapa caj yang dikenakan.

Berkenaan dengan denda lewat bayar, ulama berbeza pendapat, majoriti kata ia riba dan kerana itu perlu beri pada charity, minoriti ulama kata harus namun mestilah ganti rugi kerugian yang sebenar sahaja.

Ganti rugi atau compensation yang di kenakan oleh Bank Islam adalah terhasil dari proses jual beli dengan byaraan ansuran yang dijanjikan pada waktunya. Manakala penalti Bank Konvensional adalah hasil dari kontrak pinjaman semata-mata.

Menurut sebahagian ulama seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa, Syeikh Muhammad Sadiq Ad-Dharir, Sheikh Abdullah Bin Mani', Majlis Penasihat Shariah Bank islam Jordan, dan Fatwa Persidangan dallah Al-Barakah (Dr. Muhyidin Al-Qurra Daghi, Musykilat ad-Duyun al-Mutaakhirat, International Shariah Dialogue, BNM, 8 Nov 2006),

Menurut mereka keharusan ini berdasarkan ‘Maslahat Mursalat' dan tindakan mengenakan gantirugi ini adalah harus bagi menyekat orang ramai mempermainkan bank-bank Islam dengan sengaja tidak membayar atau melewatkan bayaran walaupun diketika mempunyai wang, ia dinamakan MUMATIL yang disebut oleh Nabi SAW :

مطل الغني ظلم

Ertinya : "Penangguhan sengaja (dari membayar hutang) oleh orang yang berkemampuan adalah satu Kezaliman" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2167, 2/799 )

Justeru, di ketika zaman lemahnya amanah manusia untuk membayar hutang mereka dan menyekat mudarata besar kepada dari berlaku kepada bank-bank Islam dan juga pemiutang, maka apabila bayaran ansuran yang dijanjikan tidak dilangsaikan pada waktunya, ta'widh (gantirugi) akan dikenakan.

Sebahagian ulama mengharuskan jumlah gantirugi ini digunakan oleh Bank dengan syarat ianya adalah jumlah sebenar kerugian. Sebarang wang lebih dari kerugian sebenar tidak boleh digunakan oleh bank-bank Islam.

Manakala sebahagian besar ulama lain berpendapat bahawa ta'widh yang dikenakan oleh Bank Islam ini (menurut majoriti ulama sedunia) adalah tidak boleh dimasukkan di dalam pendapatan Bank Islam, malah mestilah di agihkan untuk tujuan kebajikan kepada orang miskin dan faqir sahaja.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 22-12-09 16:36


CERMIN : ADAKAH BENAR RIBA HANYA TERDAPAT DALAM SISTEM PERBANKAN KONVESIONAL SAHAJA? BAGAIMANA PULA DENGAN SISTEM PERBANKAN ISLAM? APAKAH IA JUGA TURUT TERPENGARUH DENGAN UNSUR-UNSUR RIBA?

UZAR : Setakat yang diketahui dengan jelas, Riba sememangnya di amalkan secara berleluasa dalam perbankan konvensional, pinjaman along dan juga dalam semua institusi kewangan yang tidak mempunyai majlis penasihat Shariah. Adapun Bank-bank Islam, setakat ini mereka telah mengubah semua kontrak atau aqad yang digunakan agar riba dapat dijauhi. Majlis penasihat Shariah di bank-bank ini berfungsi besar bagi memastikan tanda ‘halal' yang ada pada bank islam itu, benar atau tidak. Justeru, kesimpulan ringkas yang mampu saya buat adalah, tiada Riba di perbankan Islam. Bagaimanapun, riba masih boleh wujud secara senyap-senyap atau terangan di perbankan islam jika majlis penasihat Shariah dan pegawai Shariah di bank lalai dari tugasan mereka. Ataupun, ia boleh juga terjadi jika pihak pengurusan tidak sensitive dan mengabaikan nasihat penasihat Shariah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 23-12-09 10:27


Pada 22-12-09 15:08 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

salah satu langkah untuk mengurangkan masyarakat malaysia berhutang atau memakai kad kredit.



setuju dengan pandangan saudara...untuk makluman semua,orang melayula yang paling banyak muflis ekoran penggunaan kredit card..alhamdulillah,saya pernah apply,tapi tak dapat..syukur pada ALLAH..ada hikmah bila tak dapat itu..baik beli barang pakai cash..lebih mudah..


-----------------
Manchester United Truly Fans


Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 23-12-09 12:19


tak semua orang kat malaysia mampu beli barang cash.... hutang boleh bayar jangan lupa ye....


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 23-12-09 15:53


!!! QUOTE !!!



Pada 22-12-09 15:08 , sya_ryn posting:!!! QUOTE !!!
salah satu langkah untuk mengurangkan masyarakat malaysia berhutang atau memakai kad kredit.



setuju dengan pandangan saudara...untuk makluman semua,orang melayula yang paling banyak muflis ekoran penggunaan kredit card..alhamdulillah,saya pernah apply,tapi tak dapat..syukur pada ALLAH..ada hikmah bila tak dapat itu..baik beli barang pakai cash..lebih mudah..



Aku pakai tapi ada satu saja. Aku bukan jenis suka berhutang tapi aku tak suka bawa duit banyak dalam wallet sampai beribu-ribu.

Lagi satu cuba bayang kalau tengah drive kat highway, kereta breakdown. Nak towing busuk-busuk seribu dia cash...nak cakap kejap nak cucuk duit dulu kat ATM baru nak towing? nak repair kereta on the spot beribu. Dalam wallet ada RM50 saja. Nak cari bank, gaji tak masuk lagi. Nak tunggu ada duit baru balik kampung? Terpulang lah pada anda.

Bagi aku credit card ok asalkan tahu menggunakan. Bukan niat nak berhutang tapi malas nak carry cash money banyak-banyak. Dengan masalah jenayah rompakan peras ugut lagi lah aku tak prefer carry duit.

Tapi dengan tak semena mena kerajaan nak RM50 daripada pengguna kredit card. Dah terlampau banyak cukai dalam Malaysia ini?

Kemana duit itu dibahagikan? Kemiskinan resolve? Kesesakan masalah pengakukatan resolve? Jenayah resolve? Keruntuhan akhlak resolve? Agama ditegakkan? Perlembagaan Al Quran diikut?

Pikirlah sendiri...

Kerajaan Oh Kerajaan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-12-09 16:13


Macamana pulak dengan debit card? Ada cas rm50 juga ke?



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 23-12-09 17:11


Pada 23-12-09 15:53 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!




Aku pakai tapi ada satu saja. Aku bukan jenis suka berhutang tapi aku tak suka bawa duit banyak dalam wallet sampai beribu-ribu.

Lagi satu cuba bayang kalau tengah drive kat highway, kereta breakdown. Nak towing busuk-busuk seribu dia cash...nak cakap kejap nak cucuk duit dulu kat ATM baru nak towing? nak repair kereta on the spot beribu. Dalam wallet ada RM50 saja. Nak cari bank, gaji tak masuk lagi. Nak tunggu ada duit baru balik kampung? Terpulang lah pada anda.



Jika sekadar untuk instrument pembayaran dan tidak mahu berhutang, debit kad dah semakin meluas aplikasinya, cuma mungkin masih terhad.

Dalam melakukan perbuatan, neraca kita adalah hukum syara', bukan keperluan. Walau hebat sangat pun keperluan kita, tetapi jika syara' tidak membenarkan, wajib kita tinggalkan. Secara peribadi sebagai orang yang boleh kata kerap juga berada luar kawasan, saya sendiri merasakan adalah lebih mudah jika ada kad kredit. Tetapi masalah hukum syara' yang membataskan, maka terpaksalah bayar deposit dan keluarkan wang tunai untuk bayar caj hotel, tiket dsbnya. Tak dapatlah membeli pelbagai barang dengan easy installment plan.

Kad kredit konvensional memang dah jelas haram, tetapi kad kredit Islam pun banyak keraguan. Saya bukanlah terus mengatakan ia haram, tetapi asas 'perbankan Islam' itu menimbulkan banyak permasalahan. 'Perbankan Islam' hari ini sebahagian dari keseluruhan perbankan kapitalisme, ia adalah subset. Asas perbankan hari ini adalah untuk compensate penurunan nilai dan seterusnya menjana keuntungan, begitulah juga yang berlaku dalam apa yang didakwa 'perbankan Islam'. Dari pinjaman wang yang diberikan dimestikan memberikan keuntungan dan juga compensate penurunan nilai. Secara asasnya ini berlaku baik kad kredit kufur mahupun yang dikatakan Islam. Dalam masalah pembiayaan aset mungkin secara teknikalnya boleh diislamkan, tetapi penghalalan penambahan bayaran wang tunai dalam skim Qardhul Hasan, buat saya sama sekali hilang kepercayaan. Ditambah pula banyak dakwaan apa yang diamalkan oleh bank berbeza dengan yang difatwakan oleh Majmu' Fiqh Islami.

Saya sudah sekalian lama faham, pandangan sebegini bukanlah pandangan yang mudah diterima ramai orang. Saya tidak pelik jika ada yang menghentam mahupun memerli. Memang ramai yang cenderung untuk mengambil pandangan ulama'-ulama' yang membolehkan produk2 perbankan Islam ini, mereka menyandarkannya kepada ulama'2 tersebut. Apatah lagi ia sesuai dengan selera dan keperluan masing-masing. Saya dah baca hampir kebanyakan hujah2 yang mengabsahkan produk2 perbankan Islam ini, memang rosak fiqh Islam kerana segala bentuk kaedah dicampuradukkan. Tetapi jika saya terangkan pun saya tahu, ramai yang kat sini tak boleh menerima dan akan menghentam. Tetapi jika baca komen ustaz Zaharudin, beliau juga mengakui bahawa kebanyakan ulama' timur tengah dan asia Selatan mengharamkan 'perbankan Islam' hari ini, ia lebih diterima di Nusantara.

Memang hidup dalam sistem kufur banyak kemaslahatan kita ummat Islam yang tidak terjaga, tetapi bukan bermaksud kita boleh menyesuaikan hukum dengan keadaan. Usahlah kita terpengaruh dengan ilmuan yang cuba menghalalkan sesuatu yang sebenarnya bukan dari Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-12-09 21:19


Pada 22-12-09 13:33 , tou_aii posting:

!!! QUOTE !!!

isk2... kalau cukai sampai rm 50 macam mana nak beli barang kat low yat ni? barang-barang kat sana bukan boleh beli cash..... huhuhuhu



Kalau tak boleh beli cash sebab kedai tak nak terima cash, boleh guna kad DEBIT . Fungsi yang sama.. masukkan duit dalam akaun tu.. baru boleh beli barang sama macam guna kad kredit. Cuma.. kita tak berhutang.

Setahu saya lah.



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

panglima_garang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.12.2009
Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-12-09 01:41


Pada 22-12-09 16:36 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

CERMIN : ADAKAH BENAR RIBA HANYA TERDAPAT DALAM SISTEM PERBANKAN KONVESIONAL SAHAJA? BAGAIMANA PULA DENGAN SISTEM PERBANKAN ISLAM? APAKAH IA JUGA TURUT TERPENGARUH DENGAN UNSUR-UNSUR RIBA?

UZAR : Setakat yang diketahui dengan jelas, Riba sememangnya di amalkan secara berleluasa dalam perbankan konvensional, pinjaman along dan juga dalam semua institusi kewangan yang tidak mempunyai majlis penasihat Shariah. Adapun Bank-bank Islam, setakat ini mereka telah mengubah semua kontrak atau aqad yang digunakan agar riba dapat dijauhi. Majlis penasihat Shariah di bank-bank ini berfungsi besar bagi memastikan tanda ‘halal' yang ada pada bank islam itu, benar atau tidak. Justeru, kesimpulan ringkas yang mampu saya buat adalah, tiada Riba di perbankan Islam. Bagaimanapun, riba masih boleh wujud secara senyap-senyap atau terangan di perbankan islam jika majlis penasihat Shariah dan pegawai Shariah di bank lalai dari tugasan mereka. Ataupun, ia boleh juga terjadi jika pihak pengurusan tidak sensitive dan mengabaikan nasihat penasihat Shariah.


Assalamualaikum

baru-baru ini saya bertanya kepada bimb mengenai pinjaman peribadi..
Saya diberikan jadual bayaran balik mengikut ansuran bulanan. Jika menbayar ansuran selama 1,2 atau3 tahun, kadar keuntungan adalah 3.25%. Kalau 4-10tahun 4.99% dan 11-15 tahun adalah 5.50%.


-----------------
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"


Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_garangProfil   Hantar PM kepada panglima_garang   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 24-12-09 13:24


Nama pun pinjaman pada bank..kalau tak ada keuntungan macam mana dia nak gajikan staff dia...

Bila lah ada org Islam yang kaya dalam Malaysia ini boleh bagi pinjam RM100k dan bayar balik RM100k

Uhuhuhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 24-12-09 16:42


Pada 24-12-09 13:24 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Nama pun pinjaman pada bank..kalau tak ada keuntungan macam mana dia nak gajikan staff dia...

Bila lah ada org Islam yang kaya dalam Malaysia ini boleh bagi pinjam RM100k dan bayar balik RM100k

Uhuhuhu...


Dalam Islam tidak ada konsep begitu, itu riba' namanya.
Dalam sistem kapitalis, nisbah pendapatan rakyat dengan harga keperluan seperti hartanah dan kenderaan adalah sangat sangat tinggi. Ia disebabkan banyak faktor.

Antaranya kerana semua bahan mentah dikeluarkan oleh sektor swasta, kemudian semua dicukai, maka harganya mahal. Wujudnya perkongsian syarikat Berhad , mampu mengawal harga kerana telah berjaya melakukan ikhtikar (monopoli). Masalah asas kewangan yang bersandarkan kecairan pembayaran hutang, menyebabkan inflasi pada kadar tertentu adalah perlu. Ini semua antara penyebab kepada kuasa beli yang rendah tanpa berhutang.

Mungkin ramai yang tidak boleh membezakan bagaimana pula sistem ekonomi Islam. Tetapi kes di negara China boleh dijadikan perbandingan bagaimana perbezaan 2 bentuk ekonomi. Semasa mengamalkan ekonomi sosialisme, rakyat mampu membeli rumah tanpa meminjam bank, walaupun tidak mewah. Sekarang apabila sistem kapitalisme diterapkan, bank sudah memberi pinjaman untuk membeli rumah, tetapi membeli kereta belum lagi, tetapi saya percaya akan dibenarkan tidak lama lagi. China sedang dalam fasa transisi untuk mengamal ekonomi kapitatalisme sepenuhnya. Antara sosialisme dan kapitalisme pun kita sudah melihat perbezaan yang ketara, apatah lagi jika ekonomi Islam diterapkan, sama sekali berbeza suasana hari ini.

Tetapi ketiadaan perlaksanaan ekonomi Islam bukan alasan untuk kita membenarkan bentuk ekonomi dan perbankan riba', mahupun memodify Islam untuk dijadikan produk kewangan sebagaimana sekarang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 30-12-09 20:19


aku benggang juga bila baca pasal cas perkhidmatan untuk kredit kad ni. kerjaan ni macam dah tak ada duit dah. dah elok-elok bank buat free seumur hidup.. tiba pula ada caj... dah aku ni jenis tak suka bawa duit banyak. kalau dah ada cas kena cancel lah semua kad.pakai tunai balik lah.... tahniah buat kerajaan yang mendahulu kan rakyat ni.............

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 30-12-09 22:53


habis wuzaraa beli rumah ratus ratus ribu ,kereta pun cash ke? Banyak simpanan,boleh lah pinjam. ehehhe

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 31-12-09 07:21


Pada 30-12-09 22:53 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

habis wuzaraa beli rumah ratus ratus ribu ,kereta pun cash ke? Banyak simpanan,boleh lah pinjam. ehehhe


Berhati-hatilah kita apabila berbicara tentang hukum Allah. Terutama apabila berkaitan dengan hukum-hukum qath'ie yang dinyatakan secara terus (manthuq) dalam Al-Quran seperti hudud, riba', zina, solat dsbnya. Usah kita jadikan ia bahan gurauan atau berbicara dengan ayat-ayat sinis, gusar nanti tergugur syahadah kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 31-12-09 16:17


Ok begitu tak gurau ini tanya, beli rumah cash jugak ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 31-12-09 16:21


Pada 31-12-09 16:17 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Ok begitu tak gurau ini tanya, beli rumah cash jugak ke?


Rumah belum beli, tengah kumpul duit.
Doakan saya berjaya, ameen.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-12-09 19:55


salam...

tu ar, sebab sekarang ini nak beli rumah, kereta kena buat bank loan.. pas tu bank loan mstilah ambil interest.. jadi apa solution nya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 31-12-09 21:01


Pada 31-12-09 19:55 , irashahirah posting:

!!! QUOTE !!!

salam...

tu ar, sebab sekarang ini nak beli rumah, kereta kena buat bank loan.. pas tu bank loan mstilah ambil interest.. jadi apa solution nya...


Solusinya buat sementara waktu cari rumah sewa, kemudian pakai kereta second hand....boikot sistem perbankan yang sedia ada. Keadaan ini akan menjadi kuasa pendesak untuk pihak bank mencari solusi yang benar-benar Islami untuk tidak menyia-yiakan segmen pasaran yang terdiri dari mereka yang benar-benar hendakkan transaksi yang Islami dan faham akan apa yang dikatakan sebagai transaksi Islami itu.

Dalam masa yang sama berusaha untuk menegakkan Khilafah sebagai jaminan agar cara hidup Islam yang sebenarnya benar-benar terlestari.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 31-12-09 23:12


Rumah sewa RM300sebulan..(yang kaya penyewa)
Beli rumah sendiri RM200 sebulan...(aset untuk diri sendiri)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 01-01-10 11:34


Pada 31-12-09 23:12 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Rumah sewa RM300sebulan..(yang kaya penyewa)
Beli rumah sendiri RM200 sebulan...(aset untuk diri sendiri)


Rumah sewa RM300sebulan..(yang kaya penyewa)... tapi kita tak terlibat riba'.
Beli rumah sendiri RM200 sebulan...(aset untuk diri sendiri), peduli apa dengan riba', lantak lah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.147878 saat. Lajunya....