Oleh |
Tapi.. Papa buat kat Mama boleh? |
hafieza25
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.11.2009 Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ
|
Posting pada: 16-12-09 18:39
hanya for sharing... Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya.. Kisahnya : Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di tak . pusat asuhan yang menempatkan anak-anak golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak-kanak ini kecil lagi. Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak-anak jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik. Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama. Di dalam pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing-masing. Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak-kanak lelaki dan tidur. Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak-kanak seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak-kanak. Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak-kanak lelaki. Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu. Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak-kanak bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu. Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!! Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya. Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya “Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu” !!!!!!!!! Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yang sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan. Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yang perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dengan penjelasan yang salah. Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata-kata kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak-anak untuk masuk kebilik ibubapa. anak-anak sekarang bukan macam anak-anak dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati-hati dalam hal-hal yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang.. Ah jantung ku ... kau bagai ditusuk sembilu..  ----------------- Fieza
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 16-12-09 19:11
tekedu.. tak tau nak cakap apa... ibu bapa tolong lah jaga apa yang perlu dijaga daripada anak... segala-galanya boleh tejadi
|
sayang_semuanya
WARGA SETIA Menyertai: 23.03.2007 Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 16-12-09 21:38
terkejot tambah sedih dengan ceruta ini... sebagai pengajaran, jangan sekali sekala melakukan hubungan intim suami isteri di depan anak walaupun anak itu masih kecil ----------------- Setiap yang hidup pasti akan pergi.. Sentiasa lah bermuhasabah diri setiap hari
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 16-12-09 22:04
astaghfirullah hal azim... terkejutnya..ada jugak si kecik yang bertindak macam tu... satu pengajaran buat ibu bapa.. ----------------- 'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah'
|
hafieza25
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.11.2009 Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ
|
Posting pada: 17-12-09 07:15
betul-betul..mungkin mereka anggap anak mereka masih kecil & akan ignore saja..tapi budak-budak sekarang cerdik2...semua benda yang dia tengok dia nak belajar&nak tahu...sebab itu lah berlaku bda ini walaupun dia tak paham apa tujuannya...hmmm ----------------- Fieza
|
tou_aii
WARGA SETIA Menyertai: 21.04.2007 Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku
|
Posting pada: 17-12-09 13:21
teringat cerita rakan saya yang suatu masa dulu seorang guru... sekumpulan kanak laki-laki menangkap kanak-kanak perempuan... mereka baru berumur sekitar 8 tahun... bila di tanya guru Kenapa lakukan begitu, jawab salah serang budak laki... "Ahmad (bukan nama sebenar) suruh tangkap seorang cikgu, dia nak tunjuk cara nak main" guru tersebut sangat terperanjat dan menangkap ahmad yang ketika itu sudah berbogel sambil mengusap anu nya.... sambil menangis guru tersebut mengarah kan anak murid tersebut memakai baju kembali dan bertanya dari mana dia tahu perkara tak senonoh tersebut? "dari abang dan akak... mak dan ayah kerja cikgu... abang dan akak buka cerita best dia ajak sekali...." Astagfirullahuazim..... ----------------- http://biarbetulblog.blogspot.com
|
hafieza25
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.11.2009 Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ
|
Posting pada: 17-12-09 13:31
Pada 17-12-09 13:21 , tou_aii posting:!!! QUOTE !!! teringat cerita rakan saya yang suatu masa dulu seorang guru... sekumpulan kanak laki-laki menangkap kanak-kanak perempuan... mereka baru berumur sekitar 8 tahun... bila di tanya guru Kenapa lakukan begitu, jawab salah serang budak laki... "Ahmad (bukan nama sebenar) suruh tangkap seorang cikgu, dia nak tunjuk cara nak main" guru tersebut sangat terperanjat dan menangkap ahmad yang ketika itu sudah berbogel sambil mengusap anu nya.... sambil menangis guru tersebut mengarah kan anak murid tersebut memakai baju kembali dan bertanya dari mana dia tahu perkara tak senonoh tersebut? "dari abang dan akak... mak dan ayah kerja cikgu... abang dan akak buka cerita best dia ajak sekali...." Astagfirullahuazim.....
astaghfirullah...budak-budak sekarang terlalu terdedah ini...parents mereka kena control&ambil tahu perkara2 macam ini...takut saya dengar cte2 sekarang ini.. ----------------- Fieza
|
AdieIskandar02
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.10.2009 Ahli No: 37641
Posting: 25
Dari: Langkawi
|
Posting pada: 17-12-09 15:28
Apa yang pasti peranan ibu bapa itu penting tehadap penjagaan/pendidikan anak-anak... ----------------- ..:Barangsiapa mengenali diri nescaya dia mengenali Tuhan Yang Maha Berkuasa:..
|
sayang_semuanya
WARGA SETIA Menyertai: 23.03.2007 Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 17-12-09 18:35
pendidikan anak anak zaman sekarang kena pantu selalu pada masa sekarang... budak-budak dulu dan sekarang lain... budak sekrang lebih cerdik dan lebih cepat belajr... sebab 2, pendidikan agama terhadap anak anak tak kira umur, perlu di perketat kan... dan ibu bapa harus memberi contoh yang baik terhadap anak anak... dan kisah kisah seperti ini harus menjadi pengajaran yang paling besar buat kita.... jangan ambil ringan ya.... ----------------- Setiap yang hidup pasti akan pergi.. Sentiasa lah bermuhasabah diri setiap hari
|
hafieza25
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.11.2009 Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ
|
Posting pada: 21-12-09 07:28
Pada 17-12-09 18:35 , sayang_semuanya posting:!!! QUOTE !!! pendidikan anak anak zaman sekarang kena pantu selalu pada masa sekarang... budak-budak dulu dan sekarang lain... budak sekrang lebih cerdik dan lebih cepat belajr... sebab 2, pendidikan agama terhadap anak anak tak kira umur, perlu di perketat kan... dan ibu bapa harus memberi contoh yang baik terhadap anak anak...
dan kisah kisah seperti ini harus menjadi pengajaran yang paling besar buat kita.... jangan ambil ringan ya....
betul-betul..pas ini kalau saya ada anak saya akan didik mereka&pntau mereka...minta dijauhkan bda2 ini tak terjadi pada keluarga saya...aminn... ----------------- Fieza
|
pencinta_yesus
Warga 2 Bintang Menyertai: 10.12.2009 Ahli No: 38598
Posting: 57
Dari: sabah.labuan, yogyakarta,bandung.
|
Posting pada: 21-12-09 10:11
anak-anak sangat mudah mengikuti pergerakan orangtuanya atau siapa pun yang dilihatnya. disaat umur 2 tahun,3 tahun, 4 tahun, 5 tahun..anak-anak suka mencontohi apa-apa yang dilihatnya. mereka mampu mengingat dengan sangat kuat dan mampu mengikutinya.
|
AdieIskandar02
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.10.2009 Ahli No: 37641
Posting: 25
Dari: Langkawi
|
Posting pada: 22-12-09 10:24
KESALAHAN DAN KELEMAHAN IBU BAPA Ibu bapa patut menjaga dan mengawal tingkah laku supaya tidak melakukan kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh ibu bapa adalah seperti berikut: 1. Mendedahkan aib pasangan di hadapan anak-anak 2. Memungkiri janji 3. Bercakap bohong 4. Kurang memuji 5. Pemarah 6. Bersifat diskriminasi 7. Tidak memahami perasaan dan karenah anak 8. Percaya fitnah tanpa selidik 9. Kurang ilmu agama 10. Suka bergaduh 11. Memaksa anak 12. Ego 13. Berprasangka buruk 14. Suka mencari salah pasangan dan anak 15. Mementingkan diri sendiri 16. Mendera fizikal dan mental anak 17. Membazir masa dan wang 18. Mengabaikan kesihatan anak 19. Mendidik anak dengan didikan yang salah 20. Mengabaikan pendidikan anak 21. Malu meminta maaf 22. Memukul anak hingga mencederakan 23. Mencari rezeki yang haram 24. Tidak menerima pandangan anak *Untuk huraian boleh rujuk buku PANDUAN MENJADI IBU BAPA CEMERLANG terbitan PTS Millennia SB ----------------- ..:Barangsiapa mengenali diri nescaya dia mengenali Tuhan Yang Maha Berkuasa:..
|
hafieza25
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.11.2009 Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ
|
Posting pada: 22-12-09 12:54
Pada 22-12-09 10:24 , AdieIskandar02 posting:!!! QUOTE !!! KESALAHAN DAN KELEMAHAN IBU BAPA
Ibu bapa patut menjaga dan mengawal tingkah laku supaya tidak melakukan kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan. Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh ibu bapa adalah seperti berikut:
1. Mendedahkan aib pasangan di hadapan anak-anak 2. Memungkiri janji 3. Bercakap bohong 4. Kurang memuji 5. Pemarah 6. Bersifat diskriminasi 7. Tidak memahami perasaan dan karenah anak 8. Percaya fitnah tanpa selidik 9. Kurang ilmu agama 10. Suka bergaduh 11. Memaksa anak 12. Ego 13. Berprasangka buruk 14. Suka mencari salah pasangan dan anak 15. Mementingkan diri sendiri 16. Mendera fizikal dan mental anak 17. Membazir masa dan wang 18. Mengabaikan kesihatan anak 19. Mendidik anak dengan didikan yang salah 20. Mengabaikan pendidikan anak 21. Malu meminta maaf 22. Memukul anak hingga mencederakan 23. Mencari rezeki yang haram 24. Tidak menerima pandangan anak
*Untuk huraian boleh rujuk buku PANDUAN MENJADI IBU BAPA CEMERLANG terbitan PTS Millennia SB
thanks adie... info yang sangat berguna ----------------- Fieza
|
AdieIskandar02
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.10.2009 Ahli No: 37641
Posting: 25
Dari: Langkawi
|
Posting pada: 22-12-09 14:49
thanks adie... info yang sangat berguna sama-sama.. itulah bergunanya ukhwah ni,.. kita boleh berkongsi ilmu @ info yang kita ketahui.. mudah-mudahan kita semua sama-sama peroleh keberkatan darinya.. ----------------- ..:Barangsiapa mengenali diri nescaya dia mengenali Tuhan Yang Maha Berkuasa:..
|
sayang_semuanya
WARGA SETIA Menyertai: 23.03.2007 Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 31-12-09 20:12
info saudarai adie beri, memang boleh di pakai, alhamdulillah... terima kasih alot ----------------- Setiap yang hidup pasti akan pergi.. Sentiasa lah bermuhasabah diri setiap hari
|
sayang_semuanya
WARGA SETIA Menyertai: 23.03.2007 Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 31-12-09 20:12
info saudarai adie beri, memang boleh di pakai, alhamdulillah... terima kasih alot ----------------- Setiap yang hidup pasti akan pergi.. Sentiasa lah bermuhasabah diri setiap hari
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 31-12-09 20:33
terkedu...tak tau nak cakap apa...budak-budak zaman sekarang...mereka lebih cepat pandai..cepat matang....erm... ----------------- BERTEMU DAN BERPISAH ADALAH KETENTUAN ALLAH
|
ulfah_widad
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.07.2006 Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor
|
Posting pada: 31-12-09 21:56
Kisah di atas tu patut jadi pengajaran pada ibubapa..kalau dah nak berumahtangga, pastikan segala hukum hakam dan adab2 kita pelajari terutama antara suami dan isteri serta adab di hadapan anak-anak..inilah padahnya bila semua benda di ambil mudah dan ringan.. lagi satu, persoalan anak-anak kecil perlu di jawab dengan hati-hati kerana anak-anak ini bersih..salah pengajaran salahlah tindakan yang diambil...wallahualam...
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 01-01-10 07:57
.. Thanks AdieIskandar, best in4 tu . Setuju dengan pecinta_yesus. Bukti paling jelas, Wawa ada 2 org anak, yang sulung berumur 2 tahun, yang bungsu 2 bulan. Bila si adik ni menangis, perkara pertama yang Wawa buat ialah try menyusukan dia. dan My lovely son copy that, so bila Adik dia cry, dan Wawa lambat attend, dia akan angkat baju dan try bagi susu pada dia. (Menyusukan adik dia) 1st, terkedu terkejut, malu, menggeletar tubuh Wawa ni. Sampai sekarang pun dia akan buat macam tu kalau adik dia menangis. kalau nak menyorok, mustahil lah sebab Wawa risau kalau biarkan anak sulung main seorang-seorang kat hall pula. Err.. macam mana ye? ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
annamuslimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.06.2003 Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 01-01-10 14:39
cerita yang memberi pengajaran untuk semua
|
Eisyaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 06.02.2005 Ahli No: 14148
Posting: 144
Dari: Perak
|
Posting pada: 01-01-10 16:03
btul3x...cerita yang memberikan pengajaran yang amat berguna untuk semua....
|
Ninja85
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.10.2007 Ahli No: 31536
Posting: 218
Dari: kelantan
|
Posting pada: 02-01-10 16:12
assalamualaikum kalau budak 3-4 tahun dah begitu, tak tau lah apa kan jadi dengan dunia sekarang. mari lah sma2 kita berdoa agar kiet semua mendapat pertunjuk ALLAH.
|
mazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.07.2008 Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah
|
Posting pada: 02-01-10 16:28
Astaghfirullah, dahsyat sungguh! Ini semua berpunca daripada kesalahan ibu bapa sendiri. Memang cukup mendalam kesannya. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita.
|
madyie
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.06.2007 Ahli No: 30270
Posting: 106
Dari: tranung
|
Posting pada: 02-01-10 17:56
kita pun pernah dengar kisah lebih krang gini juga dari sahabat kita yang jadi guru sebelum ni... bagi kita, ibubapa sekarang terlalu "OPEN" sangat lah...ssetengah tu,kena lah Close sikit. embrassed
|
hafieza25
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.11.2009 Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ
|
Posting pada: 08-01-10 07:31
Pada 02-01-10 17:56 , madyie posting:!!! QUOTE !!! kita pun pernah dengar kisah lebih krang gini juga dari sahabat kita yang jadi guru sebelum ni... bagi kita, ibubapa sekarang terlalu "OPEN" sangat lah...ssetengah tu,kena lah Close sikit.
embrassed betul-betul...jangan fikir anak kecik lagi ..budak sekarang pikiran&akl mereka panjang..tak macam budak dulu.. ----------------- Fieza
|