Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-05-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 17
Ahli: 0
Jumlah: 17




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 6 jam, 52 minit yang lalu


Teknologi
Topik: Perang jalur lebar wayarles


Carian Forum

Moderator: Administrator, Martyr
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Teknologi
    »» Perang jalur lebar wayarles

Please Mendaftar To Post


Oleh Perang jalur lebar wayarles

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 06:06


Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
[email protected]

Kerajaan maju meningkatkan akses jalur lebar di kalangan rakyat tetapi tidak semestinya jenis wayarles sahaja.

TIDAK lagi dilihat sebagai trend, aktiviti komunikasi dan perhubungan menerusi Internet kini sangat diperlukan dalam pelaksanaan pelbagai urusan.

Ini kerana ia telah dipercayai sebagai sebuah sistem rangkaian global yang sangat efektif dan membawa banyak perubahan positif dalam kehidupan manusia.

Masyarakat kini tanpa mengira golongan usia menggunakan perkhidmatan Internet untuk tujuan seperti meningkatkan produktiviti pembelajaran, urusan kerja, perniagaan dan yang paling penting adalah komunikasi.

Melaluinya sesiapa sahaja boleh berhubung dengan mudah, pantas dan efisien pada bila-bila masa tanpa mengira lokasinya.

Dahulu, ketika akses Internet mula-mula diperkenalkan, capaiannya dipacu secara sambungan kepada modem telefon yang dikenali sebagai aplikasi dial-up.

Namun pembangunan teknologi pesat hari ini telah membuka revolusi baru bagi akses rangkaiannya melalui medium jalur lebar yang memberi kepantasan lebih cemerlang.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan akan meneruskan rancangannya untuk meningkatkan capaian jalur lebar kepada 50 peratus menjelang 2010 berbanding 24 peratus sekarang.

Dengan rancangan tersebut, kerajaan komited untuk membangunkan infrastruktur jalur lebar untuk dinikmati oleh rakyat.

Secara asasnya, capaian jalur lebar adalah merujuk kepada aplikasi sambungan dengan kelajuan 512 kilobit sesaat (kbps) atau lebih tinggi.

Tidak cukup dengan itu, satu lagi teknologi aplikasi sambungan data secara wayarles telah diperkenalkan untuk kemudahan jalur lebar wayarles jarak jauh.

Dikenali sebagai rangkaian saling kebolehoperasian seluruh dunia bagi akses gelombang mikro (WiMAX), ia menyediakan perkhidmatan data dan telekomunikasi berkelajuan tinggi.

Melihat kepada senario pembudayaan Internet di Malaysia, pendedahan terhadapnya telah dilaksanakan secara meluas terutama di kalangan penduduk bandar.

Hari ini, kita dapat lihat di sana sini terutama di lokasi awam, orang ramai melayari Internet secara mudah tidak kira melalui komputer riba atau peranti mudah alih lain.
Buy AppleĀ® Computer Buy a new iMac, MacBook and more direct from Apple.

Penerimaan positif itu telah mendorong banyak syarikat penyedia rangkaian komunikasi negara berlumba-lumba menawarkan pelbagai pakej pelan yang fleksibel dan memudahkan pengguna.

Tidak dinafikan kehadiran kepelbagaian pelan itu mungkin sedikit sebanyak akan menyukar dan mengelirukan pengguna ketika membuat pilihan.

Namun, dari sudut lain pula, ia sebenarnya menunjukkan petanda bahawa industri komunikasi Internet di negara ini berada di tahap yang stabil dan terus berkembang.

Mobiliti

Antara yang mendapat sambutan adalah pakej capaian Internet 3G secara mobiliti menggunakan modem USB.

Sebenarnya, setiap pakej yang ditawarkan itu mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

Memandangkan perkhidmatan berkenaan bergantung kepada kawasan liputan yang aktif, pengguna perlu membuat pilihan yang tepat bagi jaminan akses terbaik.

Selain itu, mereka juga perlu mengambil kira beberapa faktor lain seperti tujuan dan kekerapan penggunaan serta bayaran yang dikenakan.

Berikut disenaraikan beberapa pakej langganan dan spesifikasi perkhidmatan jalur lebar mobiliti yang disediakan oleh syarikat-syarikat rangkaian telekomunikasi tempatan.

Jalur lebar Celcom

Sebagai antara syarikat operator komunikasi terkenal, Celcom menawarkan pengguna dengan pelbagai kelebihan bagi menarik perhatian individu menyertai komuniti jalur lebar mobilitinya.

Liputan perkhidmatannya didatangkan bersama keupayaan capaian luas rangkaian 3G dan 3.5G (HSDPA).

Ia ditampilkan dalam dua tawaran pakej iaitu Celcom Broadband Basic dan Celcom Broadband Advance mengikut keperluan dan kemampuan pengguna.

Langganan Celcom Broadband Basic mempunyai kelajuan sehingga 384 kilobit sesaat (Kbps) dengan bayaran bulanan sebanyak RM89.

Untuk Celcom Broadband Advance pula, ia didatangkan bersama kelajuan 3.6 megabit sesaat (Mbps) dengan kos RM119 sebulan.

Pengguna yang melanggan pelan tersebut turut akan dibekalkan bersama modem USB secara percuma untuk kemudahan mengakses secara mobiliti.

Jalur lebar DiGi

Sebagai inisiatif memenuhi keperluan dan kehendak pelanggannya, jalur lebar DiGi menjanjikan nilai dan kualiti Internet di luar jangkaan.

Mengambil pendekatan mengajukan beberapa soalan kepada pelanggan melalui borang khas sebelum mereka melanggan, ia bertujuan untuk menentukan kekerapan penggunaan sebelum mengesyorkan pelan yang bersesuaian.

Di samping itu, pelanggan juga akan ditanya mengenai lokasi kediaman bagi memastikan mereka berada di dalam liputan 3G DiGi.

Bagi penggunaan di luar kawasan liputan 3G, pelanggan secara automatik akan mendapat rangkaian Internet dalam liputan EDGE yang terluas.

Apa yang menarik, pelanggan tidak terikat dengan sebarang kontrak dan mereka yang tidak berpuas hati boleh menamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa.

Terdapat tiga jenis pakej ditawarkan yang dikenali sebagai discover untuk penggunaan ringan, explore bagi penggunaan sederhana dan extreme bagi penggunaan berat.

Perkhidmatan tersebut didatangkan bersama kelajuan 3.6 Mbps/7.2 Mbps bergantung kepada pelan.

Jalur lebar Maxis

Capaian Internet menerusi jalur lebar Maxis pastinya menawarkan kemudahan dan keseronokan luar biasa kepada pengguna.

Menerusinya, aktiviti seperti pelayaran, akses emel, multimedia, rangkaian sosial, perbankan dan bermacam-macam lagi dapat dilakukan dengan cepat secara mobiliti.

Melalui tawaran perkhidmatan jalur lebar mobiliti termaju, ia menawarkan empat jenis pakej kepada pengguna.

Bagi penggunaan asas seperti pelayaran dan rangkaian sosial, pengguna boleh melanggan pakej berkapsiti 1.5 gigabit (GB) dengan kos RM58 sebulan atau 3GB dengan harga RM78 sebulan.

Penggunaan ekstrem seperti memuat turun lagu dan permaianan video pula menawarkan pelan 6GB dengan harga RM118 sebulan atau 12GB RM178 sebulan.

Jalur lebar Streamyx

Pembekal rangkaian komunikasi negara, Telekom Malaysia Berhad (TM) juga tidak ketinggalan menyediakan perkhidmatan jalur lebar mobiliti.

Ditawarkan sebagai nilai tambah kepada pembekalan rangkaian tetap Streamyx sedia ada, ia memberi peluang kepada pengguna mengakses kemudahan WiFi dengan lokasi tidak terbatas.

Penambahan RM10 pada akaun pakej Streamyx Combo diperlukan untuk membenarkan pengguna mengakses rangkaian Internet wayarles di lebih 1,200 kawasan WiFi Streamyx seluruh negara.

Menerusi pakej itu, para pelanggan berpeluang untuk menikmati akses WiFi tanpa had, modem wayarles percuma dan juga akuan iTalk buddy.

Penawaran pakej berkenan bertujuan untuk memberi lebih keselesaan dan kebebasan kepada pengguna ketika melayari Internet.

Capaian aplikasi itu mempunyai kemudahan sambungan WiFi (LAN 802.11 b/pergi) di sekitar lokasi yang mempunyai liputan Streamyx Zone.

Jalur lebar P1 WiMAX

Melengkapkan lagi kemudahan pelayaran Internet secara mobiliti, syarikat Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd. (P1) telah tampil bersama aplikasi jalur lebar tanpa wayar berkelajuan tinggi, WiMAX.

Bagi kemudahan pengguna, ia didatangkan dalam bentuk modem USB yang lebih kecil dan ringan dikenali sebagai Wiggy.

Wiggy menawarkan kelajuan capaian Internet sehingga 10 Mbps dengan kadar data 10 GB.

Akses pantas pada Wiggy adalah disebabkan ia dilengkapi teknologi antena pintar Multiple In Multiple Out (MIMO) yang membenarkan operasi memuat turun dan memuat naik secara serentak.

Ia didatangkan dalam pakej asas yang sesuai bagi aplikasi individu atau perniagaan dengan tawaran harga RM149 sebulan untuk kontrak selama 12 bulan

Modem Wiggy boleh diperolehi dengan harga RM299 selain bayaran pendaftaran sebanyak RM100.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 09:05


Amat menyokong tindakan memajukan teknologi telekomunikasi..

Cuma tidak berkenan tiada kawalan untuk promosi iklan yang kurang bagus diadatapsikan sekarang... POTONGkan iklan 'POTONG' itu..


-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama


Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 09:22


Setakat ni mana yang paling bagus, laju dan harga berpatutan?


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 09:26


Prof tetap pilih Celcom...peminat setia selamaynya...wwalaupunkurang kilometer boleh pergi...eh macam iklanminyak Petrol pulak


-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama


Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

qais_amirii
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.02.2004
Ahli No: 7048
Posting: 165
Dari: Republic of Nilai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 09:53


semua internet di monopoli oleh telekom malaysia..
ISP semua sewa dengan TM....


-----------------
Jana Gaji Anda Sendiri
http://www.GajiBulanan.Com/?id=etijarah
http://



    


  Member Information For qais_amiriiProfil   Hantar PM kepada qais_amirii   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 13:55


untuk pengunaan statik saya suggest streamyx dan mobile celcom broadband (daily)...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

usop79
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.07.2004
Ahli No: 9983
Posting: 171
Dari: Kedah - Teluk Intan - Muar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 15:25


yup Streamyx merupakan internet yang paling banyak digunakan dimalaysia ni, brodband biasanya slow sikit, Problem pada line, p1max laju dari streamyx tapi lepas 5g muat turun ia biasanya akan slow juga, itu apa yang saya tau lah...


-----------------
http://senikatalagu.blogspot.com/
http://selokamelayu.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For usop79Profil   Hantar PM kepada usop79   Pergi ke usop79's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 21:22


streamyx memang best lah.. tapi berjaga-jaga lah time kilat menyambar.. tension Kalau asyik terbakar saja..

sekarang guna broadband celcom..ada waktu laju sampai tak terkejar..huhu.. ada waktu lambat sampai boleh tertidur..

tapi, seronok sangat bila ada broadband. Banyak manfaat nya..


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

muaz9768
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.03.2007
Ahli No: 29075
Posting: 28
Dari: Salah satu negara di Asia

Terengganu  


posticon Posting pada: 17-12-09 16:23


saya pakai P1 sebab p1 lebih stable & laju dari streamyx..
kalau nak download bila dah habis fair usage pakai lah bitcomet... speed dia macam baru pakai

Bookmark and Share

    


  Member Information For muaz9768Profil   Hantar PM kepada muaz9768   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-01-10 22:23


Off Topic

Rupanya ada lagi otai-otai Ukhwah yang 'lama' kat sini, baru terjumpa thread yang banyak reply..hehe

Kak Hanan, Prof, Kak Rumaisha,..semua apa khabar? :-D


-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh


Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 20:45


Pada 04-01-10 22:23 , sunan-faqih posting:

!!! QUOTE !!!

Off Topic

Rupanya ada lagi otai-otai Ukhwah yang 'lama' kat sini, baru terjumpa thread yang banyak reply..hehe

Kak Hanan, Prof, Kak Rumaisha,..semua apa khabar? :-D




Offtopik juga:

otai-otai ukhwah? heheh... Alhamdulillah sihat. Selamat mengaktifkan diri sunan. Perlukan juga sumbangan ilmu Sunan untuk ukhwah.com ni..

Sunan guna wireless broadband juga ke?


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 21:07


lagi berita pasal broadband...

Kadar jalur lebar lebih murah?

KUALA LUMPUR, 4 Jan. - Kerajaan akan mengkaji kadar bayaran perkhidmatan jalur lebar pada masa ini supaya perkhidmatannya dapat diperluaskan kepada lebih ramai pelanggan dan pada kadar yang tidak membebankan mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Beliau berkata bagi tujuan itu, kementerian akan membuat perbandingan kadar harga dengan beberapa negara seperti Korea, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja.

"Kementerian akan cari jalan supaya harga penggunaan internet dan jalur lebar di Malaysia berada pada tahap yang tidak membebankan dan tidak mahal.

"Bagi tujuan itu kementerian akan membuat perbandingan harga yang digunakan di Korea, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja. Ini untuk memastikan kadar harga yang dikenakan adalah tidak membebankan," katanya pada sidang media selepas menjadi tetamu dalam wacana eksklusif bersama Radio Klasik Nasional di Wisma Radio, Angkasapuri, di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun perbincangan mengenai kadar bayaran kurang digemari syarikat penyedia perkhidmatan tetapi kementerian tetap komited untuk menurunkan kadar bayaran supaya lebaih ramai pengguna menggunakan perkhidmatan, seterusnya kadarnya akan menjadi lebih murah.

Rais berkata kementerian akan terus memantau kadar harga yang dikenakan selain menggesa semua syarikat penyedia perkhidmatan mempunyai tanggungjawab sosial untuk merealisasikan hasrat kerajaan itu.

"Kita harap harga penggunaan internet dan jalur lebar di Malaysia berada di tahap yang tidak membebankan... untuk itu semua syarikat perkhidmatan perlu mempunyai tanggungjawab sosial untuk mencapai hasrat kerajaan ini," katanya.

Sementara itu, Rais turut memaklumkan penggunaan isi rumah sebagai pengukur indeks penembusan jalur lebar di Malaysia yang digunakan sejak 10 tahun lalu sudah tidak praktikal untuk digunakan ketika ini.

Beliau berkata penembusan jalur lebar bukan hanya perlu fokus kepada isi rumah semata-mata sebaliknya perlu lihat kepada jumlah penggunaan telefon bimbit dan komputer yang kini mencecah 28 juta pengguna.

"Kaedah pengiraan isi rumah sebagai indeks pengukur kadar penembusan jalur lebar telah mula digunakan di Korea sejak 10 tahun lalu dan Malaysia turut menggunakan kaedah sama. Jadi kita (Malaysia) juga gunakan jumlah isi rumah yang berjumlah enam juta (ketika itu) untuk menetapkan indeks penembusan jalur lebar dalam negara," katanya. - BERNAMA


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 08:38


Pada 05-01-10 20:45 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 04-01-10 22:23 , sunan-faqih posting:

!!! QUOTE !!!

Off Topic

Rupanya ada lagi otai-otai Ukhwah yang 'lama' kat sini, baru terjumpa thread yang banyak reply..hehe

Kak Hanan, Prof, Kak Rumaisha,..semua apa khabar? :-D




Offtopik juga:

otai-otai ukhwah? heheh... Alhamdulillah sihat. Selamat mengaktifkan diri sunan. Perlukan juga sumbangan ilmu Sunan untuk ukhwah.com ni..

Sunan guna wireless broadband juga ke?



Terima kasih kak Hanan, Insya Allah akan cuba mengaktifkan diri..tak adalah apa sangat ilmunya pun

a'ah saya pakai Celcom Broadband..sepanjang pakai ni masih puas hatilah, alhamdulillah...


-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh


Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.095053 saat. Lajunya....