Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 30-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 3 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Kita Doa Sampai Pecah Perut


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Kita Doa Sampai Pecah Perut

Please Mendaftar To Post


Oleh Kita Doa Sampai Pecah Perut

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 10-12-09 07:33


Kita Doa Sampai Pecah Perut....

Sejak kebelakangan ini, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah diserang dengan begitu hebat oleh UMNO. Salah satunya adalah isu ‘doa laknat’ yang beliau tujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ini adalah ekoran keengganan Najib memberikan wang royalti minyak kepada Kelantan. Nik Aziz melahirkan keyakinannya bahawa Allah akan memakbulkan doa orang dizalimi dalam hal ini. Pelbagai komen dari pelbagai pihak diberikan terhadap isu ini yang mana seperti biasa menunjukkan fanatisme terhadap pemimpin masing-masing. Walaupun diserang bertubi-tubi, Menteri Besar Kelantan ini sepertimana biasa tetap kental dengan pendiriannya, malah dalam ceramah terbarunya di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar, beliau sekali lagi turut melafazkan doa khusus kepada Najib yang berbunyi, “Ya Allah ya Tuhanku, tolong buka hati Perdana Menteri Malaysia supaya Perdana Menteri Malaysia perbetulkan fikirannya (lalu) beri (royalti minyak) petrol (milik) Kelantan). Minta perbetulkan pandangan Najib kalau dia berniat baik (dan) kalau berniat jahat (maka) musnahkannya. Kalau kamu (Najib) jahat, takkan nak suruh saya doa ya Allah, kau tolonglah orang yang jahat” .

Terdahulu, Nik Aziz menyifatkan penafian terhadap bayaran royalti seperti dituntut kerajaan negeri sebagai “melanggar keadilan asasi”. “Perkara ini bercanggah dengan (prinsip) keadilan asasi. Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata Mursyidul Am PAS itu . Begitulah sekilas fakta yang menghiasi senario politik terbaru tanah air. Semoga Sautun Nahdhah kali ini dapat memberi sedikit pencerahan berhubung isu yang masih hangat diperkatakan ini.

Doa Adalah Ibadah

Sesungguhnya doa adalah satu ibadah, malah ia merupakan inti kepada ibadah. Hal ini adalah berdasarkan ayat,

“Dan Tuhanmu berfirman, ‘Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari ibadah kepadaKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina” .

Dalam ayat ini, Allah SWT telah menjadikan doa sebagai satu ibadah. Allah menyebut doa dengan lafaz “ibadah kepadaKu” setelah menyatakan “berdoalah kepadaKu”. Apa yang diungkapkan dalam ayat ini persis seperti sabda Rasulullah SAW,

“Doa adalah inti ibadah” .

Justeru, doa adalah satu ibadah yang sangat-sangat dituntut oleh Allah dan Rasul dan Allah sangat mencintai hambaNya yang berdoa kepadaNya. Berdoa hukumnya sunat, tetapi barangsiapa yang tidak berdoa kepada Allah kerana sombong, maka ia termasuk ke dalam golongan yang disebutkan oleh Allah,

“(mereka) akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina”.

Doa merupakan permohonan dari seorang hamba kepada Allah SWT. Doa adalah semata-mata permintaan/permohonan dari sang hamba, sementara hak untuk mengurniakan atau memakbulkan doa adalah di sisi Allah sahaja. Ini sesuai dengan firman Allah di atas,

“(Dan) Tuhanmu berfirman, ‘Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan bagimu".

Allah memerintahkan kepada kita agar berdoa kepadaNya, namun ini tidak sekali-kali bermakna bahawa kita boleh meninggalkan hukum sebab-akibat (causality). Dengan kata lain, kita wajib berusaha untuk mendapatkan sesuatu atau menjauhkan sesuatu, dan dalam masa yang sama kita berdoa kepada Allah. Contohnya, kita yakin (secara pasti) bahawa Allah adalah Zat yang mendatangkan dan menetapkan sebanyak manakah rezeki untuk kita, namun ini tidak bermakna kita boleh meninggalkan hukum bekerja. Kita wajib bekerja dan dalam masa yang sama disunatkan berdoa kepada Allah agar diberikan rezeki yang banyak dan halal. Inilah yang dinamakan sebagai hukum sebab-akibat, yakni kita wajib bekerja agar rezeki yang Allah telah tetapkan (di Luh Mahfuz) itu ‘sampai’ kepada kita. Oleh itu, jika Nik Aziz berdoa kepada Allah agar memecahkan perut Najib, maka jika perut Najib benar-benar pecah, hal ini telah pun tertulis di Luh Mahfuz. Dan sekiranya perut Najib tidak pecah, hal ini juga telah pun tertulis di Luh Mahfuz. Namun, untuk perut itu pecah, mestilah ada sesuatu (hukum sebab-akibat) yang akan memecahkannya, seperti ia terkena suatu penyakit, terkena panah, tombak, tertusuk pisau, garpu dan sebagainya.

Doa Orang Yang Dizalimi Terhadap Orang Yang Menzalimi

Sebagaimana yang telah dijelaskan, isu doa ini timbul rentetan dari keengganan Perdana Menteri untuk memberikan royalti minyak kepada Kelantan. Justeru, Menteri Besar Kelantan itu merasakan bahawa beliau, dan rakyat Kelantan secara amnya telah dizalimi. Persoalan yang telah mengkecohkan satu Malaysia di sini adalah, bolehkah melakukan doa laknat ke atas pemimpin yang telah menzalimi rakyatnya? Sememangnya terdapat hadis di mana Rasulullah SAW bersabda,

“Takutlah pada doa orang-orang yang teraniaya kerana sesungguhnya antara mereka dan Allah tidak ada hijab (penghalang)” .

Mafhum hadis ini adalah jelas, cuma Rasulullah tidak menjelaskan di sini bagaimanakah bentuk doa yang perlu dilakukan oleh orang yang teraniaya tersebut, sama ada bolehkah dilakukan doa melaknat si penzalim, atau hanya sekadar berdoa agar Allah menjauhkan atau menghilangkan kezaliman dari orang tersebut? Oleh itu, hadis-hadis lain hendaklah dirujuk untuk mendapatkan kefahaman yang lebih baik.

Jika kita meneliti sirah Nabi SAW, kita akan mendapati bahawa terdapat keadaan di mana Rasulullah telah berdoa agar Allah memusnahkan musuh-musuh Islam. Namun begitu, hakikat ‘musuh Islam’ yang didoakan oleh Rasulullah adalah musuh-musuh yang beragama selain Islam (kafir), seperti golongan Quraisy, pasukan Ahzab dan musuh-musuh Islam lainnya. Ada kalanya Rasulullah berdoa dengan menyebut nama musuh Islam tersebut secara khusus seperti Bani Sulaim. Diriwayatkan bahawa Amir bin Malik, ketua Bani Sulaim meminta bantuan kepada Rasulullah untuk menghadapi musuh kaumnya. Rasulullah menerima permohonannya dan mengirim 70 orang sahabat yang terdiri dari para Qura (ahli dalam bacaan Al-Qur’an). Kaum Bani Sulaim kemudian menawan para sahabat ini di sebuah tempat yang bernama Bir Ma’unah dan kemudian membunuh mereka. Kejadian ini telah menyebabkan Rasulullah mengalami kesedihan yang mendalam. Abdullah bin Mas’ud ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah membaca Qunut Nazilah selama satu bulan ‘mengutuk’ Bani Sulaim .

Rasulullah juga pernah berdoa melaknat Bani Ri’l, Zakwan dan Usayya kerana kederhakaan mereka kepada Allah dan RasulNya, di mana baginda berdoa

“Ya Allah laknatillah Ri’l dan Zakwan dan Usaiyya (bani-bani Arab) kerana mereka derhaka kepada Allah dan RasulNya” .

Di samping menyebut nama, ada kalanya Rasulullah berdoa terhadap musuh Islam tanpa menyebut nama secara khusus. Oleh yang demikian, secara amnya ‘musuh Islam’ boleh termasuk orang kafir, orang munafik atau orang yang mendakwa dirinya Islam, selama mana mereka adalah golongan yang jelas lagi nyata memusuhi Islam.

Namun demikian, terdapat juga keadaan di mana Rasulullah tidak mendoakan kemusnahan kepada mereka yang memusuhi baginda atau yang memusuhi Islam. Contohnya, Rasulullah pernah berdoa agar Allah memberikan petunjuk (agar masuk Islam) salah satu di antara dua Umar (yakni Umar bin Hisyam iaitu Abu Jahal, dan Umar bin al-Khattab). Walaupun kedua-dua Umar ini merupakan dua orang yang bersungguh-sungguh memusuhi Islam dan memusuhi baginda sendiri sehingga ke tahap ingin membunuh baginda, namun Nabi SAW tetap mendoakan kebaikan kepada salah seorang darinya. Dan ternyata Allah menerima doa baginda dengan memasukkan hidayahNya ke dalam diri Umar al-Khattab. Disebutkan juga di dalam kitab tarikh bahawa sekembalinya dari Thaif di mana Rasulullah telah dihalau dengan begitu teruk sekali oleh pemimpin Thaif, maka ketika itu datanglah malaikat yang telah bersedia untuk memusnahkan penduduk Thaif, hanya menunggu perintah dari Rasulullah sahaja untuk malaikat tersebut berbuat demikian. Kata Malaikat,

“Ya Rasulullah! Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan kaummu kepadamu dan aku adalah malaikat penjaga gunung. Sesungguhnya Dia telah mengutusku kepadamu supaya engkau perintahkan kepadaku apa yang kau kehendaki. Jika engkau mahu supaya aku lipatkan kedua gunung yang besar ini di atas mereka, tentu aku kerjakan” .

Namun ternyata Junjungan Besar ini tidak mahu agar Allah memusnahkan Thaif dan penduduknya, tetapi sebaliknya peribadi yang mulia dan agung ini berdoa kepada Allah agar selepas ini akan lahir dari penduduk Thaif, keturunan yang akan beriman kepada Allah. Dalam keadaan baginda dizalimi sedemikian rupa, kekasih Allah ini tetap mendoakan kebaikan ke atas orang yang menzaliminya.

Jadi, persoalannya di sini adalah, adakah Najib termasuk dalam kategori ‘musuh Islam’ sehingga doa laknat ke atasnya diperbolehkan? Yang pasti, Rasulullah SAW pernah berdoa agar Allah memberikan kesusahan kepada pemerintah kaum Muslimin yang menzalimi umat Islam, walaupun peristiwa tersebut bakal terjadi sesudahnya. Di antaranya, Rasulullah berdoa

“Ya Allah barang siapa yang ditugaskan mengurusi masalah umat ini, lalu ia berlemah lembut terhadap mereka, maka berlemah lembut jugalah Engkau terhadapnya, dan barang siapa yang memberatkan (menyusahkan) mereka maka Engkau beratkanlah (susahkanlah) juga dia” .

Sememangnya kita akui bahawa kerajaan yang ada adalah sebuah kerajaan yang zalim kerana menerapkan sistem kufur ke atas kita semua. Mereka sedang memikul dosa besar di sisi Allah kerana mereka tidak menerapkan hukum Allah di dalam pemerintahan mereka. Dalam semua aspek kehidupan, mereka menerapkan undang-undang sekular buatan tangan mereka sendiri ke atas kita semua, manakala undang-undang Allah mereka ketepikan. Minyak adalah termasuk dalam kategori al-milkiyah al-ammah (hak milik umum) yang merupakan hak rakyat dan haram bagi pemerintah untuk mengaut keuntungan darinya. Tetapi ternyata pemerintah tidak memperdulikan hukum syara’ dalam hal ini lalu mengaut segala keuntungan dari hasil minyak untuk memenuhi kantong-kantong mereka dan kroni mereka. Justeru, kita sememangnya termasuk dalam orang-orang yang dizalimi, kerana hak kita telah dirampas. Maka sewajarnyalah kita berdoa kepada Allah bagi menghilangkan kezaliman ini.

Doa Sebagai Fikrah, Memerlukan Thariqah Yang Benar

Islam adalah aqidah yang memancarkan nidzam (peraturan). Nidzam inilah yang merupakan hukum-hukum syara’ yang telah digali dari dalil-dalil yang terperinci. Islam telah menjelaskan di dalam peraturan tersebut akan tatacara pelaksanaan hukumnya yang berupa hukum syara’. Hukum-hukum syara’ yang menjelaskan tatacara pelaksanaan dinamakan thariqah, dan yang lain adalah fikrah. Hukum-hukum syara’ yang menjelaskan tatacara pelaksanaan terhadap pemecahan masalah tersebut, pemeliharaan aqidah dan pengembangan dakwah merupakan thariqah. Berdasarkan hal ini maka thariqah Islam merupakan bahagian yang tidak terpisah dari fikrahnya. Maka di dalam dakwah Islam tidak dibolehkan mencukupkan diri hanya dengan cara menerangkan fikrah-fikrahnya sahaja, akan tetapi juga harus mencakup thariqah. Inilah yang dikatakan sebagai mabda’ (ideologi) yang terdiri dari aspek fikrah dan thariqah. Keimanan kepada thariqah sama halnya dengan keimanan kepada fikrah. Kerana itu sudah menjadi kewajipan antara fikrah dan thariqah terdapat suatu kesatuan yang tidak dapat dipisahkan, sehingga di dalam pelaksanaan fikrah Islam tidak digunakan cara-cara selain thariqah Islam, yang keduanya membentuk Islam yang diterapkan dan dikembangkan dakwahnya .

Thariqah adalah suatu aktiviti fizik, yakni ia bukan sekadar kefahaman, tetapi ia adalah suatu yang akan menghasilkan sesuatu secara nyata. Kita ambil kesalahan ‘mencuri’ sebagai contoh. Dari segi fikrah, kita memahami bahawa mencuri adalah haram dan hukuman ke atasnya adalah potong tangan. Justeru dari segi thariqah, wajib ada sebuah mahkamah yang akan menjalankan hukum Allah untuk memotong tangan (secara fizik) ke atas si pencuri tadi. Di dalam Islam, kedua-dua aspek fikrah dan thariqah ini tidak boleh dipisahkan. Memisahkannya bererti dosa, kerana telah melanggar ketetapan Allah. Jika kita mengambil doa dan jihad sebagai contoh, kita akan dapati bahawa doa adalah satu perbuatan yang dapat menghasilkan nilai rohani, dan jihad sebagai suatu perbuatan fizik yang juga dapat menghasilkan nilai rohani. Doa, walaupun merupakan perbuatan fizik, akan tetapi akan mendatangkan hasil yang bukan dalam bentuk fizik, iaitu pahala. Berbeza halnya dengan jihad kerana jihad adalah memerangi musuh yang merupakan perbuatan fizik yang pasti akan menghasilkan sesuatu yang nyata, iaitu berupa penaklukan benteng-benteng, penahanan kota-kota atau membunuh musuh dan seumpamanya. Oleh kerana itu, jihad adalah thariqah iaitu merupakan perbuatan yang nyata yang akan menghasilkan sesuatu yang bersifat fizik, manakala doa (sebagai fikrah) pula tidak dapat dijadikan thariqah untuk berjihad walaupun seorang mujahid senantiasa berdoa kepada Allah. Oleh itu, tidak boleh bagi sesebuah Negara melawan musuh dengan cara hanya berdoa kepada Allah atau dengan hanya membaca al-Quran atau Sahih Bukhari, akan tetapi Negara harus menggunakan jihad, iaitu memerangi musuh dengan cara fizik, dan dalam masa yang sama mereka berdoa kepada Allah agar memberikan kemenangan.

Dalam membincangkan hal ini, kita mesti memahami bahawa kerajaan hari ini telah mengenepikan banyak aspek fikrah dan meninggalkan keseluruhan aspek thariqah Islam di dalam pemerintahan. Bukan sahaja minyak, gas asli dan galian-galian lainnya juga tidak pernah diberikan kepada rakyat sebagaimana sepatutnya. Kita juga dipaksa membayar untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan keamanan, walhal semua ini wajib disediakan oleh kerajaan secara percuma. Segala jenis hukum Islam juga langsung tidak diterapkan di dalam negara dan kesemuanya telah digantikan dengan undang-undang buatan sendiri. Justeru, dalam menghadapi semua ini, kita tidak boleh hanya berdoa kepada Allah agar Allah merubah keadaan buruk ini, malah kita wajib berusaha (sebagaimana Rasulullah berusaha) untuk mewujudkan sebuah Daulah Islam yang akan menjalankan keseluruhan aspek fikrah dan thariqah Islam.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sistem Federalisme yang diamalkan di Malaysia adalah terhasil dari Perlembagaan ciptaan si kafir Lord Reid, yang telah membahagikan kuasa kepada kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri. Sesungguhnya Al-Quran dan Sunnah tidak pernah membahagikan kuasa Negara Islam kepada kuasa pusat dan kuasa negeri. Daulah Islam adalah Daulah yang satu, dan hukum Allah yang sama dilaksanakan ke atas setiap warganegara Daulah, tidak kira seluas mana Daulah Islam sekalipun. Selama mana tanah itu adalah termasuk dalam Daulah, maka minyak yang ada di situ adalah hak setiap warganegara Daulah. Minyak adalah hak kaum Muslimin tidak kira di negara atau negeri mana ia berada. Ini adalah hukum Allah ke atas kita semua. Oleh itu, kita mesti mengimani bahawa minyak di Sarawak bukan hak rakyat Sarawak semata-mata, tetapi ia adalah hak umat Islam dan minyak di Terengganu bukan sahaja hak rakyat Terengganu, tetapi ia adalah hak umat Islam. Justeru, kita memerlukan Daulah Khilafah, yang akan memberikan minyak Kelantan kepada umat Islam secara keseluruhannya, bukan hanya kepada rakyat Kelantan semata-mata. Maka, berdoa dan berusahalah agar Khilafah segera tegak, agar keseluruhan umat Islam tidak lagi dizalimi oleh pemimpin yang zalim di bawah sistem sekular yang ada sekarang. Semoga Allah mengabulkan doa kita semua. Amin Ya Rabbal ‘Alamin

www.mykhilafah.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 10-12-09 10:03


Sedihnya lihat tok guru yang disayangi diperlakukan sebegitu rupa oleh media massa.. sekarang ni baik tengok bernama tv daripada tv3 & tv2 ...bolehlah percaya sikit kat bernama tv tu walaupun 2X5 juga..

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 11-12-09 08:09


Pada 10-12-09 10:03 , songkok_aji02 posting:

!!! QUOTE !!!

Sedihnya lihat tok guru yang disayangi diperlakukan sebegitu rupa oleh media massa.. sekarang ni baik tengok bernama tv daripada tv3 & tv2 ...bolehlah percaya sikit kat bernama tv tu walaupun 2X5 juga..


Perkara yang buruk, walau diluar dihias indah, akhirnya akan terdedah kejelikannya.

Sedangkan perkara yang baik, walaupun diselimuti pelbagai tohmahan, insyaAllah kemenangan akan tiba jua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 09:31


Antara Doa Dan Politik
Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin


Baru-baru heboh isu seorang tokoh politik telah mendoakan agar keburukan menimpa pemimpin negara. Doa ini adalah tindakan balas bagi isu royalti minyak Kelantan.

Berbagai pandangan dikeluarkan. Biasanya, penyokong parti politik masing-masing akan memberikan pandangan yang berpihak. Kesemua pihak cuba membela tokoh partinya. Itulah salah satu keburukan politik kepartian apabila fanatik menyelimuti diri.

Golongan agama yang berkepentingan pun akan mengambil kesempatan mengampu pihak yang boleh memberi manfaat keduniaan kepada mereka. Maka pandangan dan hukum agama akan diberikan berasaskan kepada keperluan politik, bukan tuntutan nas dan penilaian realiti yang berlaku.
Sedangkan nas syarak itu asas, sedangkan realiti itu dinilai dalam melihat adakah wujud keserasian untuk dipadankan nas tertentu dengan konteksnya yang sesuai.

Maka perkara pertama seorang pengkaji Islam hendaklah memahami apakah dalil-dalil syarak dalam sesuatu perkara.
Kedua, adakah dalil-dalil itu bertepatan dengan realiti atau konteks yang wujud.

Umpamanya perkara yang pernah saya sebutkan dahulu tentang hukum menjawab salam bukan muslim. Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka ertinya menjawab salam bukan muslim dengan ucapan ‘wa ‘alaika’ itu hanya dalam konteks di mana mereka memberi salam dengan cara dan niat yang jahat, bukan dalam keadaan yang apabila salam diberikan dengan sopan dan hormat.

Ertinya melihat nas dalam realitinya adalah penting bagi seorang sarjana dalam memahami sesuatu hukum. Perbezaan keadaan boleh membawa kepada perbezaan hukum. Namun, dalam menilai hukum ia mestilah bertitik tolak dari dalil-dalil syarak, kemudian memahami dalil-dalil tersebut dalam realitinya yang sebenar.

Saya bukan ingin berbicara tentang doa politik tersebut, tetapi ingin berbalik kepada isu doa keburukan kepada sesama muslim, boleh atau tidak?. Ada yang menjawab sama sekali tidak boleh. Ada pula yang menjawab sama sekali boleh. Mungkin ada yang fanatik parti akan menjawab, doa untuk parti musuh boleh, parti sendiri tak boleh. Itu pun belum lagi kita tanya dia ‘bagaimanakah mengklasifikasi perkataan ‘musuh’ menurut Islam?!

Sebelum kita melihat ke dalam konteks bersaingan politik dan salahguna agama dalam suasana politik yang ada, mungkin seseorang boleh menjadikan soalan itu lebih mudah dihayati dan difahami dengan bertanya; “jika seseorang muslim menzalimi saya, bolehkah saya doakan agar Allah mengambil tindakan atau menghukumnya di dunia?”.

Maka di sinilah memerlukan dalil-dalil syarak dalam menetap asas ini. Kemudian, barulah kita akan lihat konteksnya, iaitu adakah orang yang dikatakan zalim itu memang benar-benar zalim?! Kemudian, adakah setimpal kadar kezaliman itu dengan isi doa yang dilafazkan?!

Dalam hidup kita ini kita mungkin akan menemui manusia yang mengaku muslim tetapi sangat jahat, menganiayai dan menzalimi kita. Menipu, menfitnah dan menyiksa kita; boleh atau tidak kita berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya?

Lebih jelas jika kita kenang wanita yang dirogol, atau diragut sehingga cacat, atau keluarga dibunuh, adakah mereka diizinkan Islam agar berdoakan kepada Allah untuk menurunkan musibah atau balasan dunia kepada orang menzaimi mereka?!

Ungkapan sesetengah tokoh agama bahawa sama sekali tidak boleh doa bala atau keburukan kepada muslim sekalipun zalim adalah kurang teliti dan menafikan nas-nas yang mengizinkan hal ini.

Sementara kenyataan yang menyebut boleh secara mutlak berdoa agar diturunkan bala kepada muslim atau bukan muslim tanpa meneliti kadar yang dikatakan zalim itu, atau musibah yang diminta itu akan menyebabkan doa menjadi permainan lidah dan berlaku kemelampauan dalam berdoa.

Namun kita percaya Allah Yang Maha Bijaksana tidak akan menerima doa yang tidak betul atau disalahgunakan.

Dalam hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan bahawa berdoa agar Allah kenakan tindakan kepada yang patut menerima doa sedemikian rupa adalah diizinkan.

Dalam hadis riwayat al-Imam Muslim menyebut:Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hati Nabi s.a.w melihat kepada anak yatim tersebut. Baginda bersabda: “Oh awak, dah besar pun awak. Umur awak takkan membesar lagi”. Anak yatim tersebut kembali kepada Umm Sulaim dan menangis. Umm Sulaim bertanya: “Kenapa wahai anakku?”. Kata gadis itu: “Nabi Allah s.a.w telah mendoakan keburukan ke atasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya.

Maka Umm Sulaim pun keluar, tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.walaupun bersabda: “Kenapa wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan ke atas anak yatimku?”. Baginda bertanya: “Apadia wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Anak yatimku mendakwa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar”.

Rasulullah s.a.walaupun ketawa kemudian bersabda: “Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tahu syaratku untuk tuhanku. Aku telah memberikan syarat untuk tuhanku. Aku berkata: “Sesungguhnya aku manusia. Aku redha seperti mana manusia redha. Aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti”.

Dalam hadis ini, ungkapan Nabi s.a.w yang seakan doa itu telah membimbangkan anak yatim tersebut. Namun, Nabi s.a.w. akur sebagai insan yang bukan malaikat, hal-hal keinsanan itu mungkin berlaku kepada baginda.

Maka baginda meminta agar doa keburukan baginda kepada
mereka yang tidak layak bertukar menjadi kebaikan. Dalam ertikata lain, jika layak dengan mereka maka ia akan mengenai orang tersebut. Sikap mulia Nabi s.a.w juga menunjukkan baginda mengakui kesilapan insani itu dan memohon agar ditukar doa baginda kepada kebaikan.

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.

Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir. Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘habis seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”. Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

Doa-doa di atas jika kita lihat tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Penilaian zalim itu sendiri kadang kala dipengaruhi emosi, atau kita juga lupa ada kesalahan kita juga dalam kes yang kita rasa kita dizalimi.

Maka dengan cara menyebutnya berlapik kata, ia lebih santun dan Allah Maha Mengetahui. Manusia boleh membuat berbagai andaian terhadap doa, tetapi Allah Maha Mengetahui doa siapakah yang layak diterima dan siapakah pula yang mencapai ‘darjat zalim’ yang melayakkan doa orang dizalimi itu mustajab lantas menimpanya.

Berhati-hatilah yang berdoa. Juga lebih berhati-hatilah mereka yang ‘kena doa’ yang telah menzalimi orang lain. Di samping kita berdoa, kita pasrah kepada Allah, kita juga memuhasabah diri sendiri.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 09:40


Sumber copy paste di atas: http://drmaza.com/home/?p=868

Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Hadis di atas menyebabkan orang takut untuk menzalimi orang lain dan menyebabkan orang yang dizalimi tidak takut. Kalau hanya boleh berdoa yang baik-baik maka tiadalah makna hadis di atas untuk memberi rasa takut kepada orang. Suka hati lah untuk menzalimi..didoakan pula jadi murah rezeki lagilah mahu menzalimi lagi.


p/s. Aku telah berfikir dengan akal logik sedangkan agama Islam itu berdasarkan Quran dan Sunnah. Semoga Allah mengampuni. Tetapi hasil daripada beberapa pertanyaan dan "penyelidikan", nyata agama Islam itu agama yang sempurna.




Golongan agama yang berkepentingan pun akan mengambil kesempatan mengampu pihak yang boleh memberi manfaat keduniaan kepada mereka. Maka pandangan dan hukum agama akan diberikan berasaskan kepada keperluan politik, bukan tuntutan nas dan penilaian realiti yang berlaku.
Sedangkan nas syarak itu asas, sedangkan realiti itu dinilai dalam melihat adakah wujud keserasian untuk dipadankan nas tertentu dengan konteksnya yang sesuai.


p/s: tidak hairanlah kalau Islam itu buruk bagi orang yang terus menerima tanpa menggunakan akal yang Allah anugerahkan atau hanya bongkak dengan akal sendiri.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 10:35


Pada 10-12-09 10:03 , songkok_aji02 posting:

!!! QUOTE !!!

Sedihnya lihat tok guru yang disayangi diperlakukan sebegitu rupa oleh media massa.. sekarang ni baik tengok bernama tv daripada tv3 & tv2 ...bolehlah percaya sikit kat bernama tv tu walaupun 2X5 juga..


memang kita 'terasa' sangat sedihnya, tapi tok guru dah imune dah benda-benda ni semua. Selama menjadi MB mana pernah walau sekali pun tv puji tok guru ni...yang banyak selalunya sindir dan perli.
sunnah orang membawa agama, ia tidak berjalan di atas pujian. Rasulullah juga dicemuh hebat dengan kata-kata pembohong, gila, sihir dan sebagainya......adakah itu tanda Allah tidak sayang ?? bukan...bahkan itulah jalan yang Rasul tunjukkan......untuk berjuang kepada kebenaran memang terdedah kepada penafian orang serta tuduhan yang bukan-bukan...

sabarlah tok guru.....


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09645 saat. Lajunya....