Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Laut yang tenang tidak menghasilkan nelayan berani

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 148
Ahli: 0
Jumlah: 148




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 23 jam, 55 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: CERITA SEDIH 5A


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» CERITA SEDIH 5A

Please Mendaftar To Post


Oleh CERITA SEDIH 5A

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-11-09 14:56


IPOH 19 Nov. - Saat melihat namanya tertera di papan kenyataan sekolah sebagai salah seorang murid cemerlang yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) benar-benar menggembirakan Nur Izzati Azahar.

Namun, kegembiraannya hanya untuk sementara kerana kemiskinan yang membelenggu kehidupan keluarganya menghalang dia daripada menggenggam slip yang berada di depan mata itu seperti rakan-rakan lain.

Anak kepada pasangan pemandu lori dan pekerja kilang itu tidak dibenarkan oleh pihak sekolah untuk mengambil slip itu kerana gagal menjelaskan yuran berjumlah RM57.

"Walaupun tak dapat pegang slip keputusan, saya gembira kerana dapat buktikan kemiskinan bukan penghalang kejayaan," katanya sebak ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (sekolah) Tarcisian Convent di sini hari ini.

Nur Izzati, anak kedua kepada pasangan Azahar Ariffin, 41, dan Fatimah Ahmad, 42, adalah antara 34 murid sekolah Tarcisian Convent yang mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.

Menurut ibunya, pendapatan keluarga yang tidak menentu menyebabkan Nur Izzati terpaksa 'berhutang' dengan pihak sekolah.

Menurut Fatimah, kesihatannya yang tidak mengizinkan dan sumber kewangan keluarga yang terhad menyebabkan dia tidak mampu menyediakan yuran peperiksaan Nur Izzati.

Malah, impiannya untuk melihat anaknya itu belajar di sekolah berasrama penuh juga mungkin tidak dapat ditunaikan kerana kedaifan keluarga mereka.

"Saya berharap sangat dia akan dapat menyambung pelajaran ke sekolah berasrama. Dia sendiri pun menyatakan keinginan itu tetapi kami tidak mampu untuk memenuhi kehendaknya," katanya.

Sementara itu, Nur Izzati yang bercita-cita menjadi doktor berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat paling tinggi bagi mengubah nasib keluarganya.

"Saya mahu mengubah nasib keluarga dan buktikan kepada semua bahawa saya juga boleh berjaya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Mohd. Radzi Abd. Jabar berkata, kes pelajar lewat atau tidak menjelaskan yuran sekolah se hingga menyebabkan mereka tidak dapat mengambil slip keputusan apa periksaan bukan perkara baru.

Katanya, masalah tersebut biasanya berlaku kerana ibu bapa atau pelajar sendiri enggan berjumpa atau bekerjasama dengan pengurusan sekolah.

Kegagalan ibu bapa atau pelajar berbuat demikian katanya, menyebabkan pengurusan sekolah tidak mempunyai rekod yang dapat mem bantu pelajar dalam kategori kurang berkemampuan.

"Pihak sekolah pula perlu menjaga bukan seorang sahaja pelajarnya. Biasalah, bila hujung tahun ini, sekolah perlu mengemas kini rekod, jadi mesti ada yang menghadapi masalah ini jika mereka tidak berjumpa pihak pengurusan sekolah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

APA PENDAPAT RAKAN UKHWAH kasihan KAN. Kenapa cikgu tak pergi kerumah tengok sendiri keadaan anak murid ya. Nasihat kak limah pada sesiapa yang menjadi guru prihatinlah lawat sesekali anak murid dirumah. insyallah pahalanya sampai kemati. :cry:

Bookmark and Share

    


  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

strawberri
Warga 5 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-11-09 16:27


kalau saya cikgu budak tu..saya tolong bayarkan. bukannya banyak pun rm57 saja. ada orang sekali makan kfc saja dengan duit banyak tu.

macamana ye nak kalau kita nak tolong dia bayar? jauh tu..ipoh



Bookmark and Share

    


  Member Information For strawberriProfil   Hantar PM kepada strawberri   Pergi ke strawberri's Website   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-11-09 16:39


akak pun macam strawberi juga. setakat rm57 apalah sangat berkira tapi tak hairan sebab nama sekolah pun kenal. selalu sekolah macam ni tak akan dia nak tolong org melayu macam tu.

tulah nasihat akak pada adik yang bakal dan dah jadi guru. prihatinlah pada anak-anak murid sesekali jenguklah mereka kat rumah tu. itu satu amal jariah tau.

tau tak kalau org kristian mereka bantu tau. sebab baru-baru ni akak baru saja balik dari sg petani cost ada branch kat sana. adalah satu cleaner ni dulu dia india so bila akak sembang2. dia cerita dulu masa dia menganut agama india hidup susah lepas tu dia masuk kristian orang-orang kristian ni bantu mereka tau. tengok tu betapa prihatin nya mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

strawberri
Warga 5 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-11-09 16:47


betul kak limah. pengalaman saya sendiri semasa sekolah. ada seorang budak lelaki ni. miskin. tinggal dengan nenek dia. selalu kena marah dengan cikgu sebab baju macam lusuh2 sikit, kasut koyak2. hinggalah pada 1 hari ada seorang jurulatih sukan india datang. dia bagi duit kat budak tu, bagi peralatan sekolah, buku2. dan akhirnya dia bawa budak tu tinggal dengan dia dan budak tu tukar sekolah ke kl. dengan nenek dia sekali india tu bawa.
dan kabar sedih yang kami terima daripada kawan karib budak tu. budak tu hantar surat bagitahu dia bukan islam lagi. dia kristian. selama ni gereja yang tolong dia. dia kata masa dia susah semua org xpndg. yang tolong cuma org gereja.
masa tu kecik lagi..tak tahu apa-apa. sekarang bila teringatkan dia, saya akan menangis.



Bookmark and Share

    


  Member Information For strawberriProfil   Hantar PM kepada strawberri   Pergi ke strawberri's Website   Quote dan BalasQuote

miftahul_jannah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2008
Ahli No: 34964
Posting: 108
Dari: UITM SABAH-UITM SARAWAK-UiTM SHAH ALAM

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-11-09 17:17


salam alaiykh...

sedihnya cerita budak ini, Kenapa lah tak ada yang beri perhatian..tentang keadaanya.. kalau ana jadi cikgu pun ana nak tolong adik ini...sepatutnya pihak sekolah kena beri perhatian..


-----------------
^..STRIVE 4 MARDHATILLAH..^




Bookmark and Share

    


  Member Information For miftahul_jannahProfil   Hantar PM kepada miftahul_jannah   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 20-11-09 18:54


erm...saya sebagai guru lelaki pun ada rasa simpati kat anak murid yang susah macam ni.. em..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-11-09 23:24


sekarang ni dah zaman nafsu nafsi. Walau apapun tahniah kepada Izzati dan semoga dipermudahkan segala urusan. Kalau dekat boleh juga bantu ni nun jauh di sana.

WA

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-11-09 07:38


Assalamualaikum dan selamat pagi rakan ukhwah. sebenarnya bantuan kristian ni dah lama akak dengar dulu (tak taulah sekarang) mereka akan masuk kedlm hutan jumpa dengan org asli disanalah dari situlah mereka bantu dan membawa org asli ni masuk kristian. masalahnya disini mana jais, mana jakim dan apa org kita buat cuma pandang.

hai kalaulah akak ni kaya raya strawberi memang akak tak akan lupa nak bantu org islam kita. isnyallah satu hari kalau kaya.

org kita sibuk dengan nak kaya, politik rebut harta pas tu yang muda bercinta....itulah mereka tau. soal2 ni semua letak tepi. ish...ish..ish

kesal dengan sikap org kita ni. bila entah nak sedar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-11-09 07:59


masalahnya disini mana jais, mana jakim???
kak, jangan salah mereka.

jangan salahkan guru, kalau tak ada usaha guru, adik ni pun tak dapat 5A.

Nur Izzati terpaksa 'berhutang' dengan pihak sekolah...
Malah, impiannya untuk melihat anaknya itu belajar di sekolah berasrama penuh juga mungkin tidak dapat ditunaikan kerana kedaifan keluarga mereka

banyak pihak yang kita boleh rujuk...
banyak pihak terlibat yang kita tak tahu puncanya.

Antaranya guru sendiri, pihak sekolah, pihak ibubapa, saudara, diri sendiri,
masalah duit yuran bukan masalah besar cuma keprihatinan semua..
itu saja...

tak ada masalah kalau pandai mencari dengan kepandaian yang ada, yang jadi masalah jika malas mencari...

lagipun adik ni pandai, ramai membantu...
baitulmal ada, kebajikan..
pohon saja..
pandai dengan rajin tak jadi masalah...
Insya Allah... Boleh berubah...
lainla, bantuan mencurah-curah tapi malas dengan tak ada daya memajukan diri..
langsung tak dapat apa-apa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.127095 saat. Lajunya....