Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Hasil besar tidak dapat dicapai dengan sekali gerakan. Kita harus terus bergerak ke depan, selangkah demi selangkah seperti ketika kita berjalan.
-- Samuel Smile

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 68
Ahli: 0
Jumlah: 68




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 7 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 9 hari yang lalu
isa777_musa: 9 hari yang lalu
zam_rizal: 18 hari yang lalu
wanja: 29 hari yang lalu
MTMKi: 36 hari yang lalu
Kang: 36 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: penceramah wajib ada tauliah..pendapat anda?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» penceramah wajib ada tauliah..pendapat anda?

Please Mendaftar To Post


Oleh penceramah wajib ada tauliah..pendapat anda?

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 14-11-09 11:43


Assalamualaikum
:bunga:

nak becakap tentang alqur'an kena ada tauliah.
nak mengajar alqur'an, kena ada tauliah
nak cakap pasal islam kena ada tauliah..

apa manfaat dan apa mudhoratnya?
kebaikan dan keburukan, mana yang lagi banyak..

apa kemungkinan yang akan terjadi jika ini berterusan?


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 14-11-09 12:19


Isu tauliah sebenarnya adalah isu yang menjadikan semua Jabatan Agama (bukan sahaja JAIS) dibenci oleh majoriti masyarakat, apatah lagi oleh golongan pendakwah sendiri. Apa tidaknya, Jabatan Agama sebenarnya menjadi penghalang utama kepada mereka yang ingin berdakwah atau menyampaikan ilmu agama. Jabatan Agama dengan sewenang-wenangnya menggunakan ‘kuasa’ dan undang-undang sekular yang ada untuk menghalang seseorang dari menyampaikan agama Allah. Sungguh hina apa yang mereka lakukan! Jabatan Agama bukannya terdiri dari mereka yang bodoh yang tidak tahu bahawa hukum berdakwah adalah wajib. Namun, oleh sebab mereka adalah badan pelaksana kepada kerajaan sekular, dengan ‘kuasa’ yang sedikit yang diberi oleh kerajaan sekular kepada mereka, maka mereka dengan bangganya menangkap penceramah agama yang tidak diberi tauliah oleh mereka. Dan golongan yang ditangkap pula adalah golongan penceramah yang biasanya tidak seaspirasi dengan kerajaan atau dengan lebih tepat, yang selalu ‘menghentam’ kerajaan. Kerajaan sekular sememangnya sebuah kerajaan yang zalim dan sangat takut jika dihentam dari sudut agama, kerana ini boleh mengancam status quo mereka. Jadi, mereka biasanya menggubal undang-undang bagi membolehkan mereka menangkap orang-orang yang tidak sebulu dengan mereka.

Sesungguhnya Allah telah pun memberikan ‘kebenaran’ kepada setiap Muslim agar menyampaikan agamaNya dengan hak. Kerajaan Pusat mahupun kerajaan negeri bukanlah pihak yang jahil untuk tidak mengetahui bahawa urusan dakwah merupakan kewajipan/perintah Allah ke atas setiap Muslim. Namun, kezaliman dan kuasa menyebabkan hati mereka tertutup dan mata mereka buta dari kebenaran, sehingga mereka sanggup menangkap orang yang berdakwah di jalan Allah. Berapa banyak ayat-ayat Al-Quran dan Al-Hadis yang tidak terungkap di sini yang memerintahkan kaum Muslimin menyampaikan dakwah, namun pihak Jabatan Agama tetap sanggup menjadi ‘penghalang’ kepada kewajipan ini, Masya Allah! Setelah Allah dan RasulNya sendiri memerintahkan kita untuk melakukan dakwah, apakah hak Jabatan Agama Islam untuk menghalangnya? Alangkah beraninya mereka mencegah manusia dari melakukan kewajipan yang Allah perintahkan!

Kita tidak menghalang jika pihak Jabatan Agama ingin melakukan pemantauan, dan hal ini seharusnya mereka lakukan demi menjaga agama Allah yang suci ini. Mereka boleh hadir ke mana-mana ceramah yang diadakan, dan jika mereka mendapati bahawa ceramah itu bertentangan dengan Islam atau mengandungi kesesatan, maka mereka bolehlah menghentikan ceramah seketika itu juga. Namun, jika ceramah yang disampaikan itu bertepatan dengan hak dan di atas landasan yang benar, maka mereka tidak mempunyai hak untuk menangkap penceramah tersebut. Malah mereka wajib mendengar ceramah tersebut dengan penuh khusyuk dan mengambil pengajaran darinya. Yang perlu dipantau di sini adalah ‘isi’ ceramah yang disampaikan, sama ada benar atau salah, bukannya ‘penceramah’ sama ada mempunyai tauliah atau tidak. Jika ada perbezaan pendapat sekalipun, maka hal ini masih tidak memberikan hak kepada Jabatan Agama untuk menahan seseorang, tetapi apa yang mesti dilakukan adalah dengan mengadakan perbincangan dan perdebatan yang Islami berdasarkan Al-Quran dan Sunah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 14-11-09 12:29


kira-kira apa yang akan berlaku dimasa k depan jika ini tetap diteruskan...?apa kemungkinan2 yang akan berlaku...


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-11-09 22:11


saya fikir, perlu pada zaman ini sebab JAKIM dll akan lebih mudah untuk MONITOR pergerakan seseorang berbanding jika membuka PELUANG terlalu meluas. Sekarang kan banyak ajran sesat dsbgnya. So, kalau terkena NANTI Jakim dll juga akan dipersalahkan.

Yang saya kurang setuju ialah penangkapan ustaz yang sudah diketahui bukannya 'orang jahat'.....mungkin itu saja. tapi dari segi tauliah, jika sudah dikatakan perlu.....saya rasa kena ikutlah.

Wallahu'alam bissowab. Ya ALLAH rahmati usaha kecil penulisan ini dan berilah kesejahteraan, kesihatan baik pada diri menulis dan kita semua dunia dan akhirat. insya-ALLAH...amien Ya ALLAH ya Jabbar!


-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya


Bookmark and Share

    


  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

salmanfarees
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.10.2006
Ahli No: 26728
Posting: 79
Dari: New Zealand

newzealand   avatar


posticon Posting pada: 26-11-09 14:02


Sedih melihatkan seolah-olah JAIS lebih kuat bekerja untuk memantau dan mengambil tindakan kepada guru2 agama berbanding yang sepatutnya terhadap kemaksiatan yang berleluasa disekitar Selangor.

Tindakan mereka sukar difahami.

Bookmark and Share

    


  Member Information For salmanfareesProfil   Hantar PM kepada salmanfarees   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-11-09 14:11


tak pantau kata tak buat kerja...
dah pantau macam ni pula jadinya..

ni lah yang jadi bila politik kepartian makin kuat menusuk dalam jabatan kerajaan..
bagi saya elok ada tauliah...
cuma yang memberi tauliah tu jangan pula berat sebelah..

p/s.. agama dikurung dalam jab agama..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 27-11-09 10:18


ADA GOLONGAN SEBOK DENGAN KESALAHAN ORANG
SEOLAH-OLAH MEREKA WIRA AGAMA
KONON HENDAK MEMBERSIHKAN AGAMA DARI NODA
YANG SEBENARNYA BERLAKON DI DEPAN MANUSIA BUKAN REALITI HIDUPNYA


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 28-11-09 09:00


Kita tengok pandangan seorang ulama' kerajaan yang mencari makan dengan tidak habis-habis membodek tuan mereka, menyeleweng Islam dan menentang kebangkitan Islam. Pabila tertegaknnya khilafah, pengkhinat ini nescaya akan dihukum.

-wuzara-

-------------------------------------------------------------------------------

Ulil amri perlu ditaati

KUALA LUMPUR: Umat Islam disaran mentaati ulil amri iaitu golongan pemimpin dan pentadbir, malah melawannya dihukumkan haram, kata Felo Yang Amat Utama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Uthman El-Muhammady.

Menurutnya, haram melawan ulil amri dalam sebarang bentuk termasuk melalui komentar di media seperti tulisan dalam surat khabar.

“Kalau mengeji dalam akhbar, masya-Allah, haram. Ulil amri bukan ada pada zaman nabi saja, bahkan zaman sekarang pun ada.

“Kita kena taat dan hormatinya di mana kita berada,” katanya pada pentas diskusi Al-Kulliyyah, TV3, di Dewan Besar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, malam tadi.

Beliau seorang daripada tiga ahli panel dalam perbincangan bertajuk Satu Akidah, dipengerusikan Mohd Fauzi Mustaffa. Dua ahli panel lain Prof Madya Jabatan Al-Quran dan Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Dr Fauzi Deraman dan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Hadir sama menyaksikan diskusi itu, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Uthman menegaskan, golongan pemerintah dan pentadbir yang dilantik dan dipilih adalah sah dalam Islam dan perlu diikuti, bukannya membelakangkan mereka.
“Jika ada yang dirasakan tidak betul, kita boleh memberikan nasihat dengan cara yang baik, bukannya secara biadap dan tidak beradab.

“Kalau kita kata ulil amri ini tidak sah, macam mana dengan imam atau kadi yang dilantik dan menikahkan kita, anak kita, apakah tidak sah nikah itu, apakah anak yang dilahirkan anak haram, macam mana pula dengan pembahagian harta pusaka dibuat mereka, apakah menjadi harta haram?” katanya.

Beliau turut melahirkan perasaan kesalnya dengan gelagat sesetengah pihak yang ketawa apabila membincangkan isu perbezaan dalam mazhab seperti ibadat tawaf dan zakat dalam aliran Imam Syafie yang berbeza dengan beberapa mazhab lain.

Katanya, umat Islam juga harus menyesuaikan diri dengan arus perdana di negara ini iaitu mengikuti ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukannya aliran lain daripadanya.

Beliau juga mengingatkan semua pihak khususnya tokoh agama berkelayakan tidak melakukan sesuatu seperti mengeluarkan kenyataan dalam media hanya kerana mengejar populariti seperti selebriti, sebaliknya dengan niat yang ikhlas kerana Allah.

“Adab intelektual Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak membuat kenyataan sensasi pada awam yang akhirnya tidak juga mencapai penyelesaian,” katanya.
Sementara itu, Fauzi berkata, Islam agama yang satu, bahkan semuanya satu, iaitu satu akidah, satu syariat, satu rasul dan satu kiblat, cuma umat Islam susah hendak bersatu.

“Apabila masing-masing tahu tak sempurna, perlu saling melengkapi. Orang awam harus diberi pengajaran dan dorongan yang betul,” katanya.

Selain itu, katanya, umat Islam juga perlu kepada satu adab untuk memurnikan akidah, antaranya adab menghormati pandangan, iaitu bersangka baik dengan pendapat orang lain walaupun berbeza.

Sumber: MyMetro 20/11/09

Ulasan Mykhilafah: Ulama Dunia Adalah Ulama Cari Makan

Malang bagi umat Islam hari ini apabila ada para ulama yang menggunakan ilmunya untuk mendapatkan habuan dunia yang sedikit ini. Para ulama ini digunakan oleh pihak pemerintah untuk memberikan pandangan yang berpihak kepada pemimpin sekular yang ada pada hari ini. Para ulama dunia yang berada di sekeliling pemerintah ini akan digunakan untuk terus menjadi mata tombak kepada pemerintah bagi membenarkan setiap tindakan yang dilakukan oleh para pemimpin sekular yang ada pada hari ini. Salah satu darinya adalah kenyataan seperti yang di utarakan oleh Felo Yang Amat Utama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr Uthman El-Muhammady di atas. Ya, beliau membacakan ayat al-Quran namun malangnya penafsiran dan pemahaman yang disampaikan hanyalah sekadar untuk membenarkan realiti sekular yang ada pada hari ini. Wahai umat Islam! Renungilah penjelasan surah an-nisa’ ayat 59 ini sebagai suatu muhasabah. Allah SWT memerintahkan orang beriman untuk taat kepada ulil amri. Ayat itu juga menegaskan, adanya ulil amri tidak lain adalah demi untuk menegakkan syariat Islam. Ini adalah kerana, perintah untuk wajib taat kepada ulil amri tersebut mengiringi perintah taat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Oleh kerana itu, mewujudkan ulil amri yang menegakkan syariat Islam hukumnya wajib dan meninggalkannya jelas maksiat dan berdosa. Sebaliknya, mewujudkan ulil amri yang menghalang tertegaknya syariat Islam, atau sebaliknya menegakkan dan mengekalkan sistem sekular peninggalan penjajah sebagaimana hari ini, bererti membawa masyarakat dan negara untuk melakukan maksiat kepada Allah SWT, bukannya taat kepada Allah dan RasulNya. Ini ternyata haram kerana tindakan tersebut secara nyata melakukan apa yang dilarang dan diharamkan oleh Allah SWT. Kerahmatan Islam sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah juga hanya akan terserlah apabila syariat Islam dilaksanakan secara kaffah, menyeluruh dan konsisten. Pemimpin negara yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya sudah pasti akan memimpin negara dan masyarakatnya dengan melaksanakan syariatNya dengan penuh ketaatan. Oleh kerana itu, ketua negara di dalam sistem Islam berbeza dengan ketua negara di dalam sistem sekular walaupun kedua-duanya dipilih oleh rakyat. Dalam sistem sekular, ketua negara dipilih oleh rakyat untuk melaksanakan kedaulatan rakyat, dalam erti kata rakyatlah yang berhak membuat undang-undang, maka ketua negara wajib melaksanakan undang-undang yang dibuat oleh para wakil rakyat itu meskipun ianya bertentangan dengan syariat. Dengan kata lain, ketua negara dalam sistem sekular wajib memimpin negara dan mengurusi urusan rakyat dengan undang-undang sekular, bukannya dengan syariat Islam.

Dalam Islam, oleh kerana yang berhak membuat hukum hanyalah Allah SWT, maka para pemimpin yang dipilih oleh rakyat wajib melaksanakan hukum Allah dengan menerapkan syariat Islam yang bersumber dari al-Quran dan al-Sunnah yang dinilai sebagai pendapat terkuat untuk dijadikan undang-undang negara dan dengan undang-undang itu ketua negara mengurus segala kepentingan masyarakat. Dengan demikian, ketua negara di dalam sistem politik Islam merupakan manifestasi dari kekuasaan di tangan rakyat yang bertujuan untuk mewujudkan kedaulatan syariat, bukannya kedaulatan rakyat sebagaimana yang berlaku hari ini. Maka mana mungkin umat Islam itu secara membabi buta diwajibkan mentaati pemerintah yang tidak menerapkan Islam sebagaimana yang kita saksikan hari.

Wahai ulama dunia! Tinggalkan habuan dunia yang sedikit itu dan rebutlah pahala untuk menjadi penghulu syuhada sebagaimana saidina Hamzah yang syahid di medan Uhud. Sabda Rasulullah SAW:

“Penghulu syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muthallib dan lelaki yang berkata dihadapan seorang penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkannya (pada kemakrufan) dan melarangnya (terhadap kemungkaran), kemudian penguasa itu membunuhnya. .

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor  


posticon Posting pada: 28-11-09 10:44


Pada 26-11-09 14:11 , Firdaus_Azimi posting:

!!! QUOTE !!!

tak pantau kata tak buat kerja...
dah pantau macam ni pula jadinya..

ni lah yang jadi bila politik kepartian makin kuat menusuk dalam jabatan kerajaan..
bagi saya elok ada tauliah...
cuma yang memberi tauliah tu jangan pula berat sebelah..

p/s.. agama dikurung dalam jab agama..


setuju sangat, pemantauan memang perlu ada, teorinya dah betul, cuma perlaksanaannya juga perlu adil dan tidak menyebelah mana-mana pihak dan jangan pula terlalu dirumitkan.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-11-09 21:42


Alhamdulillah...jika ada pun ok tak ada pun tak jadi masalah jika terbukti keilmuannya.,,tapi kalau dah macam ayah pin..ada tauliah ke tak ada ke..memang sah kena pancung dia tu..


-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108208 saat. Lajunya....