Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 204
Ahli: 0
Jumlah: 204

  Yang Masuk Ke Sini
hajime_kindaichi: 15 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Sejarah Melayu: Lama vs Moden ....mesti baca!!

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Sejarah Melayu: Lama vs Moden ....mesti baca!!

Please Mendaftar To Post

Oleh Sejarah Melayu: Lama vs Moden ....mesti baca!!

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 12-11-09 21:21

Assalamu'alaikum.

Dimulakan:
Tinjaun saya mendapati, IMPAK perbincangan ada 4 skala:

1. Membezakan budaya serta cara hidup keMELAYU-an lama dengan yang baru (moden),

2. Mencari dan merancang plan tindak untuk memperbetulkan kehidupan Melayu Moden masa kini (sebab ukhwah ramai supporters),

3. terpenting: main-SEJARAH-kan semula kegemilangan MELAYU LAMA dalam zaman MODEN ini, tapi BAGAIMANA? :berfikir:

Hanya berlaku JIKA: Kaum MELAYU kembali kepada ISLAM SEPENUHNYA (baik pada hukum hakam negara, keadilan dan lain lain lagi), MELAYU pasti No ONE,

4. Dapat mengenal dan menghargai pejuang MELAYU - MUSLIM di tanah air ini.

insya-ALLAH, penulis sihat, keluarga bahagia dan kita para pembaca ukhwah di selamat dari kemurkaan ALLAH di dunia dan akhirat.

insya-ALLAH.

:berfikir:

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar

posticon Posting pada: 12-11-09 21:24

i like it.. Kalau boleh perjelaskan lagi.. terutamanya melayu itu akan bernama melayu andai mengambil islam sebagai cara hidupnya..

-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 12-11-09 21:33

mulakan dengan persepsi Melayu baru (moden).

Secara dasarnya kita bangga menyebut TANAH AIR ini dimerdekakan oleh si polan dan si polan. Alhamdulillah, saya pun turut sama begitu.

Tapi, secara tak sedar (memang Melayu tak PERNAH sedar pun):

MELAYU masa kini sedang melakar buku kehidupannya dalam kancah SEJARAH terburuk kaum mereka.

Jika diselami dari mata yang tajam, orang yang memperjuangkan kemerdekaan terdahulu seakan SIA SIA.

JIka ditanya Kenapa mereka kesal dengan sikap MELAYU masa kini ialah kerana MELAYU zaman ini hanya fanatik kepartian. Kaya seorang, ramai pula MISKIN.

Banding dahulu, ramai miskin dan yang kaya membantu serva sedikit pada yang miskin. ia terjadi pada keluarga penulis ini.

Dan WAHAI anak MELAYU 2009, anak anak dan cucu kita akan membuka semua lipatan SEJARAH yang kita lakarkan ini dan mereka tidak mampu membersihkan apa apa 'najis' yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka. Sebabnya mudah, najis seperti 'meggadai'kan agama dan maruah kaumnya sendiri. Ia sedang berlaku. Dan terus berlaku dan di'perasan' oleh orang yang MAHU BERFIKIR.

Saya ada banyak point lagi untuk ditatapi oleh pembaca ukhwah semua. Sedikit sentuhan: isu tulisan Jawi. Antara hidup segan mati tak mahu. Ada guru yang mahu tambah????? silakan.... :D

Wallahu'alam bissowab.....anybody nak ULAS, please.......

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar

posticon Posting pada: 13-11-09 08:48

assalamualaikum
sekarang ni kerajaan dah pening kepala pasal bab sejarah ni....
kerana sejarah tidak ditekankan sebelum ini sebab mementingkan sains dan teknologi....esp kementerian pelajaran

sekarang mereka dah tengok keperluan untuk ambil lebih guru bahasa melayu dan sejarah.....

sebab budak-budak sekarang tak menghayati sejarah, menyebabkan banyak krisis rasuah dan integriti....well salah siapa kan kan....

sebab tu lah sejarah mungkin akan dimasukkan dalam silibis sekolah rendah dan upsr akan dimansuhkan....sebab sistem sekarang terlalu exam oriented

menyebabkan budak-budak study sebab nak pass exam, bukan kerana minat atau pun keperluan untuk tau.....

Wallahu'alam bissowab..sekadar menyampaikan pandangan dari sudut minda ku

-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"

Bookmark and Share

  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 13-11-09 13:42

ok, saya suka mengulas bab 1 (seperti point dinyatakan dalam mukadimah tajuk ini) iaitu:

1. Membezakan budaya serta cara hidup keMELAYU-an lama dengan yang baru (moden)

Mungkin kita terlepas pandang budaya perkahwinan atau wamilah yang sangat ditik beratkn padahal yang lain sudah dilupakan. tak keterlaluan untuk saya menyatakan, pernikahan itu haruslah mengikut ajaran ISLAM semata yang ia memudahkn. tapi sejarah LAMA telah menyebabkan MELAYU MODEN tersalah tafsir di mana anak bawah umur tak boleh nikah sebab tak mampu sara hidup dsbgnya. positif (kontranya) adalah kerana ibu bapa zaman moden nampak kelemahan kewangan, itu saja tapi mereka seakan terlupa tanggungjawab mengurangkan WABAK SOSIAL...... apa kata anda?

ok, nanti sambung lagi.

moga penulis dilindungi ALLAH dari sebarang maksiat. Amien Ya ALLAH

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 13-11-09 14:06

Salam. Terlebih dahulu ana mohon maaf kepada pembuka thread andai ana salah tafsir skop perbincangan. Ana nampak salah satu skop yang ingin dibincangkan adalah mengenai kebudayaan/adat orang Melayu yang diwarisi secara taklik tanpa mengambil kira hukum-hukum Islam yang sebenar. Umumnya adat pernikahan di Tanah Melayu antara adat yang kompleks sekali melihat kepada 'protokol' pernikahannya seperti bercukur kening, menepung tawar, mengucup dahi pasangan di khalayak ramai dan lain-lain lagi. Adakah adat ini menepati kehendak syarak? Adakah adat ini warisan adat Melayu-Hindu suatu ketika dahulu sebelum datangnya syiar Islam ke sini? Mengapa masyarakat terlampau mempertahankan 'kehalalan' adat ini? Dalil yang mereka gunakan; "Hidup bersendi adat, adat bersendi hukum, hukum bersendi Kitabullah". Betulkan ana kalau ana tersilap.

al-mashoori- Selalunya kalau ada orang yang mempersoalkan adat Melayu ni akan terus permanently dicop sebagai Wahhabi... :roll:

-----------------
zwani.com myspace graphic comments

Bookmark and Share

  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 13-11-09 14:40

Pada 13-11-09 14:06 , Al-Mashoori posting:

!!! QUOTE !!!

Saya setuju....dan bait yang ingin saya katakan dalam point ulasan saya No 1 adalah: Perbandingan adat yang diamalkan, tapi kesenangan yang ISLAM beri tak ambil kira. Tu yang menyebabkan masyarakat SOSIAL Melayu semakin terumbang ambing. Memang saya akui, al mashoori salah tafsir. Tapi, secara tak langsung saya dapat belajar dan ingat juga kesilapan saya (jika selepas ini tersilap tulis dan sebagainya)..... Terus hidup dengan ISLAM, isnya-ALLAH ya ALLAH

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 13-11-09 14:43

Pada 13-11-09 13:42 , gezerg posting:

!!! QUOTE !!!

ok, saya suka mengulas bab 1 (seperti point dinyatakan dalam mukadimah tajuk ini) iaitu:

1. Membezakan budaya serta cara hidup keMELAYU-an lama dengan yang baru (moden)

Mungkin kita terlepas pandang budaya perkahwinan atau wamilah yang sangat ditik beratkn padahal yang lain sudah dilupakan. tak keterlaluan untuk saya menyatakan, pernikahan itu haruslah mengikut ajaran ISLAM semata yang ia memudahkn. tapi sejarah LAMA telah menyebabkan MELAYU MODEN tersalah tafsir di mana anak bawah umur tak boleh nikah sebab tak mampu sara hidup dsbgnya. positif (kontranya) adalah kerana ibu bapa zaman moden nampak kelemahan kewangan, itu saja tapi mereka seakan terlupa tanggungjawab mengurangkan WABAK SOSIAL...... apa kata anda?

ok, nanti sambung lagi.

moga penulis dilindungi ALLAH dari sebarang maksiat. Amien Ya ALLAH

Ilmu saya tak sehebat mana, tapi mohon tuan al mashoori baca sedikit selitan di atas yang saya cuba huraikan (maksud mendalamnya): Kenapa WALIMAH menurut ISLAM tak diikuti? Perbedaan sudah ada antara adat Lama vs Baru, tapi kejanggalan yang ada menyebabkan hidup moden itu lebih menyukarkan. Ialah, kejap nak kena sanding lah, nari tarian dll padahal yang ISLAM ajar nobody nak ikut. Kan kah itu menyusahkan?

Wallahu'alam bissowab, moga penulis dilindungi ALLAH dari sebarang maksiat. Amien Ya ALLAH

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar

posticon Posting pada: 13-11-09 15:06

Pada 13-11-09 14:43 , gezerg posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa WALIMAH menurut ISLAM tak diikuti? Perbedaan sudah ada antara adat Lama vs Baru, tapi kejanggalan yang ada menyebabkan hidup moden itu lebih menyukarkan. Ialah, kejap nak kena sanding lah, nari tarian dll padahal yang ISLAM ajar nobody nak ikut. Kan kah itu menyusahkan?

Sekali lagi ana mohon maaf andai ana menyimpang jauh dari skop perbincangan. Daripada huraian point no 1 kat atas ni dapat kita perhatikan realitinya sekarang ni masyarakat Melayu moden tetap nak amalkan adat yang agak menyusahkan walaupun syarak dah bagi garis panduan yang sepatutnya masyarakat kena ikut. Antara sebab mengapa amalan-amalan (contohnya walimah) tidak menurut syarak:

1. Jahil (sama ada benar-benar tidak tahu atau tidak tahu dirinya jahil- jahil murakkab)
2. Berdalilkan pepatah "Biar mati anak, jangan mati adat,"
3. Tiada/kurangnya/terhalangnya penjelasan/fatwa daripada golongan alim ulama' terhadap adat-adat ini.
4. Kaum Tua vs Kaum Muda (fenomena cop Wahhabi)
5. Tolong tambah...

al-mashoori- Adakah masih tersalah landasan?

-----------------
zwani.com myspace graphic comments

Bookmark and Share

  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 13-11-09 21:34

Pada 13-11-09 15:06 , Al-Mashoori posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 13-11-09 14:43 , gezerg posting:

!!! QUOTE !!!

Kenapa WALIMAH menurut ISLAM tak diikuti? Perbedaan sudah ada antara adat Lama vs Baru, tapi kejanggalan yang ada menyebabkan hidup moden itu lebih menyukarkan. Ialah, kejap nak kena sanding lah, nari tarian dll padahal yang ISLAM ajar nobody nak ikut. Kan kah itu menyusahkan?

Sekali lagi ana mohon maaf andai ana menyimpang jauh dari skop perbincangan. Daripada huraian point no 1 kat atas ni dapat kita perhatikan realitinya sekarang ni masyarakat Melayu moden tetap nak amalkan adat yang agak menyusahkan walaupun syarak dah bagi garis panduan yang sepatutnya masyarakat kena ikut. Antara sebab mengapa amalan-amalan (contohnya walimah) tidak menurut syarak:

1. Jahil (sama ada benar-benar tidak tahu atau tidak tahu dirinya jahil- jahil murakkab)
2. Berdalilkan pepatah "Biar mati anak, jangan mati adat,"
3. Tiada/kurangnya/terhalangnya penjelasan/fatwa daripada golongan alim ulama' terhadap adat-adat ini.
4. Kaum Tua vs Kaum Muda (fenomena cop Wahhabi)
5. Tolong tambah...

al-mashoori- Adakah masih tersalah landasan?

sokong. enta generasi yang ana harap membawa perubahan. Biar anak kita insya-ALLAh mudah menikah kelak. Jangan susah2 kan mereka. (tapi kena pastikan mereka fahami rukun nikah terlebih dahulu). Maaf juga sebab ana ber-emosional tadi. maaf zahir batin.

Boleh teruskan point berikutnya nanti. insya-ALLAH mudah mudahan dapat lakar sejarah baru buat ummat Melayu. Agar mereka kembali kepada ISLAM milikan ALLAHU RABBI........ amien Ya ALLAH. moga penulis sihat dan kekal membawa ISLAM.

jzkk al mashoori :)

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 18-11-09 08:27

skala kedua:
2. Mencari dan merancang plan tindak untuk memperbetulkan kehidupan Melayu Moden masa kini (sebab ukhwah ramai supporters),

mungkin sebagai permulaan, Melayu kena makan masakan ibu yang fresh tak ada mesej dan bahan pengawet lain. Melayu kena makan makanan HALAL sahaja.

ok, nanti sambung lagi.

Moga ALLAH memberi kesihatan yang baik buat penulis meneruskan perjuangan ISLAM setakat yang saya mampu.

ALLAHU AKHBAR!!!!

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2009
Ahli No: 37512
Posting: 76
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 18:36

Pada 12-11-09 21:21 , gezerg posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamu'alaikum.

Dimulakan:
Tinjaun saya mendapati, IMPAK perbincangan ada 4 skala:

1. Membezakan budaya serta cara hidup keMELAYU-an lama dengan yang baru (moden),

2. Mencari dan merancang plan tindak untuk memperbetulkan kehidupan Melayu Moden masa kini (sebab ukhwah ramai supporters),

3. terpenting: main-SEJARAH-kan semula kegemilangan MELAYU LAMA dalam zaman MODEN ini, tapi BAGAIMANA? :berfikir:

Hanya berlaku JIKA: Kaum MELAYU kembali kepada ISLAM SEPENUHNYA (baik pada hukum hakam negara, keadilan dan lain lain lagi), MELAYU pasti No ONE,

4. Dapat mengenal dan menghargai pejuang MELAYU - MUSLIM di tanah air ini.

insya-ALLAH, penulis sihat, keluarga bahagia dan kita para pembaca ukhwah di selamat dari kemurkaan ALLAH di dunia dan akhirat.

insya-ALLAH.

:berfikir:

Waalaikumsalam

Tajuk perbincangan yang bagus...

1. Melayu moden sekarang telah hilang keMELAYUannya... mereka lebih terikutkan budaya barat terutamanya hedonisme...

2. Kita boleh membaikpulih secara individu... tapi, mungkin kurang berkesan... sepatutnya kerajaan terlebih dahulu memperkasakan MELAYU... langkah pertama, dengan membudayakan BAHASA MELAYU... amat sedih sekali kerana krjn lebih membudayakan bahasa asing... bukan bermakna bahasa asing tak penting, tapi seolah-olah meminggirkan BAHASA MELAYU sendiri... alhamdulillah, isu PPSMI dah berakhir... itupun, setlh berjuang berthn2...

3 & 4. Setuju... perlu menonjolkan tokoh2 MELAYU-Islam lama... agar menjadi teladan untuk generasi muda/moden... saya suka saranan saudara Faisal Tehrani ini...
http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/11/bila-kartun-lat-terbang-bersama-air.html

pokok pangkalnya MELAYU kena berpegang teguh dengan ajaran agama ISLAM... insyaallah tak akan terpesong...

-----------------
http://semua-barangmurah.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 18:43

Pada 19-11-09 18:36 , Alisha_Mardhiyah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-11-09 21:21 , gezerg posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamu'alaikum.

Dimulakan:
Tinjaun saya mendapati, IMPAK perbincangan ada 4 skala:

1. Membezakan budaya serta cara hidup keMELAYU-an lama dengan yang baru (moden),

2. Mencari dan merancang plan tindak untuk memperbetulkan kehidupan Melayu Moden masa kini (sebab ukhwah ramai supporters),

3. terpenting: main-SEJARAH-kan semula kegemilangan MELAYU LAMA dalam zaman MODEN ini, tapi BAGAIMANA? :berfikir:

Hanya berlaku JIKA: Kaum MELAYU kembali kepada ISLAM SEPENUHNYA (baik pada hukum hakam negara, keadilan dan lain lain lagi), MELAYU pasti No ONE,

4. Dapat mengenal dan menghargai pejuang MELAYU - MUSLIM di tanah air ini.

insya-ALLAH, penulis sihat, keluarga bahagia dan kita para pembaca ukhwah di selamat dari kemurkaan ALLAH di dunia dan akhirat.

insya-ALLAH.

:berfikir:

Waalaikumsalam

Tajuk perbincangan yang bagus...

1. Melayu moden sekarang telah hilang keMELAYUannya... mereka lebih terikutkan budaya barat terutamanya hedonisme...

2. Kita boleh membaikpulih secara individu... tapi, mungkin kurang berkesan... sepatutnya kerajaan terlebih dahulu memperkasakan MELAYU... langkah pertama, dengan membudayakan BAHASA MELAYU... amat sedih sekali kerana krjn lebih membudayakan bahasa asing... bukan bermakna bahasa asing tak penting, tapi seolah-olah meminggirkan BAHASA MELAYU sendiri... alhamdulillah, isu PPSMI dah berakhir... itupun, setlh berjuang berthn2...

3 & 4. Setuju... perlu menonjolkan tokoh2 MELAYU-Islam lama... agar menjadi teladan untuk generasi muda/moden... saya suka saranan saudara Faisal Tehrani ini...
http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/11/bila-kartun-lat-terbang-bersama-air.html

pokok pangkalnya MELAYU kena berpegang teguh dengan ajaran agama ISLAM... insyaallah tak akan terpesong...

sebut tentang kerajaan patut mainkan peranan bagi mengembalikan sejarah Melayu berKOBAR semula sudah tentu namanya Datuk Seri Najib dan Menteri Kabinet lain.

Ok itu cerita lain, tak perlu ulas lebih-lebih kerana mereka yang saya sebut di atas adalah org yang telah MAKAN GARAM POLITIK terlebih dahulu. so, kalau nak beri pesanan membina, tuan puan boleh memberi pada beliau.

cuma saya harap beliau dapat tingkatkan rasa ISLAM dalam hati rakyat malaysia. walaupun macam agak mustahil, saya masih optimis ke arah itu.    :-D

Dan jika kerajaan yang memerintah kini TAK buat saranan PENGISLAHAN masyarakat, maka ALLAHU RABBI yang akan ajar bagaimana ia boleh dilakukan a.k.a TUKAR kerajaan lain- yang mahu pada ISLAM semata mata....wallahu'alam bissowab
moga penulis sihat dan terus menulis tentang perjalanan menuju ISLAM, insya-ALLAH amien Ya ALLAH :welcome:

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 18:46

dan yang penting,islam di negara ini perlu membebaskan diri dari belenggu perkauman.....mari memandang jauh kehadapan sana

-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln

Bookmark and Share

  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

gezerg
Warga 5 Bintang
Menyertai: 21.09.2006
Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak

blank   avatar

posticon Posting pada: 19-11-09 19:43

Pada 19-11-09 18:46 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

dan yang penting,islam di negara ini perlu membebaskan diri dari belenggu perkauman.....mari memandang jauh kehadapan sana

saudara rashdin, anda ni ambil pengajian ISLAM, Alhamdulillah dan tahniah. Saya tunggu penulisan anda yang lebih mencengkam! Tahniah. moga penulis ini sihat dan terus menulis demi nasihat menasihati sesama manusia, insya-ALLAH.....amien Ya ALLAH

-----------------
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya

Bookmark and Share

  Member Information For gezergProfil   Hantar PM kepada gezerg   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 24-11-09 11:33

melayu tetap melayu.. takkan berubah menjadi cina, apakan lagi india.. walaupun melayu itu tidak beragama islam, tatapi dia tetap melayu..

Bookmark and Share

  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.117197 saat. Lajunya....