Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bukanlah kerja yang membunuh manusia, sebaliknya rasa risau, bimbang, khuatir.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 143
Ahli: 0
Jumlah: 143




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 14 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Sirah dan Tokoh Islam
Topik: 100 Ulama' Agung Sepanjang Zaman


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sirah dan Tokoh Islam
    »» 100 Ulama' Agung Sepanjang Zaman

Please Mendaftar To Post


Oleh 100 Ulama' Agung Sepanjang Zaman

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 15:00


100 Ulama' Agung Sepanjang Zaman


Muhammad bin Ishaq atas- Tsaqafi mengabarkan kepada kami, dia berkata : Abdul A'lah bin Hammad menceritakan kepada kami, dia berkata : Abdullah bin Daud Al Khuraibi menceritakan kepada kami, dia berkata : Aku pernah mendengar Ashim bin Raja' bin Haywah menceritakan dari Daud bin Jamil, dari Katsir bin Qais, dia berkata : Aku pernah duduk bersama Abu Darda' di masjid Damaskus. Lalu ada seseorang yang mendatanginya seraya berkata : "Wahai Abu Darda'! Sesungguhnya aku datang dari Madinah untuk(menanyakan) suatu hadith yang sampai kepadaku bahawa engkau menceritakannya dari Rasulullah SAW".



Abu Darda' bertanya : "Apakah kau datang kerana suatu keperluan, apakah kau datang untuk urusan perdagangan ataukah kau datang kerana hadith ini? " Orang itu menjawab : "Ya".


Abu Darda' berkata : "Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Siapa yang menempuh suatu perjalanan untuk menuntut ilmu, nescaya dimudahkan Allah SWT baginya jalan ke syurga dan para malaikat akan merendahkan sayapnya kerana redha pada penuntut ilmu, dan sesungguhnya orang yang berilmu itu dimintakan ampunan oleh (penghuni) yang berada di langit dan di bumi sampai ikan besar di dalam air. Keutamaan orang yang berilmu atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di malam purnama atas seluruh bintang, sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar atau pun dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu, maka siapa yang mendapatkannya maka ia telah mendapatkan bahagian yang banyak" (H/ Ibnu Hibban, no. 88, dengan adanya mutaba'ah hadith ini dinilai hasan oleh Syeikh Syua'ib Al-Arna'uth dalam semakannya ke atas Sahih Ibnu Hibban, juga dinilai hasan oleh Syeikh Al-Albani dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, hadith no.70)

Ibnu Hibban berkata : "Di dalam hadith ini terdapat penjelasan yang sangat jelas bahawa ulama yang memiliki keutamaan yang kami singgung adalah mereka yang mengajarkan ilmu Nabi SAW saja, bukan yang mengajarkan ilmu-ilmu lain. Bukankah Nabi SAW bersabda : "Ulama adalah pewaris para nabi," dan para nabi tidak mewariskan apa pun selain ilmu dan ilmu Nabi kita SAW adalah sunnahnya. Siapa pun yang tidak mengetahui sunnah bukanlah pewaris para nabi."


Berikut adalah seratus orang ulama yang nama-nama mereka tertulis dengan tinta emas dalam lipatan sejarah. Mereka telah meninggalkan ribuan khazanah berharga yang telah memenuhi perbendaharaan ilmu Islam. Tidak ada perpustakaan dunia kecuali haruman keilmuan mereka tercium di dalamnya. Mereka menjadi penggerak kepada keagungan tamadun sepanjang zaman. Kerana itu ana himpunkan nama-nama mereka bermula dari generasi Tabi'in sehinggalah ke zaman ini. Semoga ianya bermanfaat.


1. Sai'd bin al-Musayyab( tahun wafat 90 H)

2. 'Urwah bin Zubair (w. 93 H)

3. Ibrahim al-Nakha'i ( w. 96 H)

4. Thawus bin Kaisan( w.100 H)

5. 'Umar bin Abdul Aziz( w. 101 H)

6. Mujahid bin Jabr( w. 102 H)

7. Asy-saya’bi 'Amir b. Syarahil( w. 103 H)

8. Al-Dhahhak b. Muzahim( w. 105 H)

9. 'Ikrimah maula Ibnu Abbas( w. 105 H)

10. Muhammad b. Sirin( w. 110 H)

11. Al-Hasan al-Basri( w. 110 H)

12. 'Atha' b. Abi Rabah( w. 117 H)

13. Qatadah b. Di'amah al-Sadusi( w. 117 H)

14. Nafi' maula Ibnu 'Umar( w. 117 H)

15. Muhammad b. Syihab az-Zuhri( w. 123 H)

16. Al-Nu'man b. Tsabit - Abu Hanifah( w. 150 H)

17. 'Abd al-Rahman b. 'Amr al-Auza'i( w. 158 H)

18. Syu'bah b. al-Hajjaj al-Azdi( w. 160 H)

19. Sufyan b. Sa'id al-Tsaury( w. 161 H)

20. Al-Laits b. Sa'd al-Fahmi( w. 175 H)

21. Malik b. Anas al-Ashbahi al-Madani( w. 179 H)

22. 'Abdullah b. al-Mubarak( w. 181 H)

23. Fudhail b. Iyadh( w. 187 H)

24. Abd al-Rahman b. Mahdi( w. 198 H)

25. Yahya Al-Qaththan( w. 198 H)

26. Sufyan b. 'Uyainah( w. 198 H)

27. Muhammad b. Idris asy-Syafi'i( w. 204 H)

28. 'Abd al-Razzaq( w. 211 H)

29. Yahya b. Ma'in( w. 233 H)

30. 'Ali al-Madini(w. 234 H)

31. Ibnu Abi Syaibah( w. 235 H)

32. Ishaq b. Rahawaih( w. 238 H)

33. Ahmad b. Hanbal( w. 241 H)

34. Ad-Darimi( w. 255 H)

35. Muhammad b. Ismail al-Bukhari( w. 256 H)

36. Muslim b. Hajjaj( w. 261 H)

37. Ibnu Majah( w. 273 H)

38. Abu Daud al-Sijistani( w. 275 H)

39. Abu Hatim ar-Razi( w. 277 H)

40. At-Tirmidzi( w. 279 H)

41. Al-Bazzar( w. 292 H)

42. An-Nasa'i( w. 303 H)

43. Abu Ya'lah al-Mushaili( w. 307 H)

44. Ibnu Jarir ath-Thabari( w. 310 H)

45. Ibnu Khuzaimah( w. 311 H)

46. Abu saja'afar ath-Thahawi( w. 321 H)

47. Abu Hasan Al-'Asy'hari( w. 324 H)

48. Ibnu Abi Hatim ar-Razi( w. 327 H)

49. Ibnu Hibban al-Busti( w. 354 H)

50. Ath-Thabarani( w. 360 H)

51. Ad-Daraquthni( w. 385 H)

52. Al-Khaththabi( w. 388 H)

53. Al-Hakim( w. 405 H)

54. Abu Nua'im al-Asbahani( w. 430 H)

55. Ibnu Hazm al-Andalusi( w. 456 H)

56. Al-Baihaqi( w. 458 H)

57. Al-Khatib al-Baghdadi( w. 463 H)

58. Ibnu 'Abdil Bar( w. 463 H)

59. Abu Hamid al-Ghazali( w. 505 H)

60. Al-Baghawi( w. 516 H)

61. Al-Qadhi Abu Bakr Ibnu Al 'Arabi( w. 543 H)

62. Al-Qadhi Iyadh( w. 544 H)

63. Abd al-Qadir al-Jailani( w. 562 H)

64. Ibnu Rusyd( w. 595 H)

65. Ibnu Jauzi al-Baghdadi( w. 597 H)

66. Ibnu al-Athir( w. 606 H)

67. Ibnu Qudamah al-Maqdisi( w. 620 H)

68. Ibnu Shalah( w. 643 H)

69. Al-Mundziri( w. 656 H)

70. Izzudin b. Abd al-Salam( w. 660 H)

71. Abu Syamah( w. 665 H)

72. Al-Qurthubi( w. 671 H)

73. An-Nawawi( w. 676 H)

74. Ibnu Daqiq al-E'id( w. 702 H)

75. Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah al-Harani( w. 728 H)

76. Al-Mizzi( w. 742 H)

77. Az-Dzahabi( w. 748 H)

78. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah( w. 751 H)

79. Ibnu Kathir( w. 774 H)

80. Asy-Syatibi( w. 790 H)

81. Ibnu Rajab al-Hanbali( w. 795 H)

82. Al-'Iraqi( w. 806 H)

83. 'Ali b. Abu Bakr al-Haithami( w. 807 H)

84. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani( w. 852 H)

85. As-Sakhawi( w. 902 H)

86. As-Suyuthi( w. 911 H)

87. Syah Waliyullah ad-Dahlawi( w. 1176 H)

88. Ash-Shan'ani( w. 1182 H)

89. Muhammad b. Abd al-Wahab( w. 1206 H)

90. Asy-Syaukani( w. 1250 H)

91. Siddiq Hasan Khan( w. 1307 H)

92. Syams al-Haq al-'Azhim al-Abadi( w. 1329 H)

93. Muhammad b. Abd al-Rahman Al-Mubarakfuri( w. 1353 H)

94. Ahmad Muhammad Syakir( w. 1377 H)

95. Muhammad Amin al-Syinqithi( w. 1393 H)

96. Abd al-Aziz b. Baz( w. 1420 H)

97. Muhammad Nasir ad-Din Al-Albani( w. 1420 H)

98. Muhammad b. Shalih al-'Utsaimin( w. 1421 H)

99. Syua'ib al-Arna'uth (hafizahullah)

100. Yusuf al-Qaradhawi(hafizahullah)


Barangkali ada yang berkata bahawa masih banyak nama-nama lain selain daripada mereka, yang setara dari sudut keagungan ilmu atau bahkan mungkin juga melebihi mereka dari beberapa sudut pandang yang lain.


Untuk menanggapi persoalan ini ana katakan sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Imam Al-Bukhari : " Dalam kitabku ini aku hanya menulis hadith-hadith yang sahih saja. Namun ada juga hadith-hadith sahih yang lain yang tidak kumasukkan dalam kitab ini. Hal itu agar kitab ini tidak terlalu panjang"


Atau sebagaimana nukil Al-Isma'ili bahawa Al-Bukhari berkata : "Hadith-hadith sahih yang tidak aku masukkan dalam kitabku ini jumlahnya lebih banyak"(Ruj : Dirasat fi al-Hadith al-Nabawi wa Tarikh Tadwinih li Prof. Dr. M.M. Azami / Edisi terjemahan dengan judul : Hadis Nabawi Dan Sejarah Kodifikasinya, hlm. 647-648)


Akhirul qalam, mudah-mudahan kita diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk menelusuri jejak mereka, menyelami lautan keilmuan mereka dan selalu menghormati mereka.


Sabda Nabi SAW :"Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyayangi anak kecil kami dan menghormati ulama kami" (H/ Ahmad – dinilai hasan oleh Syeikh Al-Albani dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, hadith no. 101)


"Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima."(H/ Ibnu Majah)

Berkata Al-Hafiz Az-Dzahabi : "Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat? Ia apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah s.a.w. secara perkataan dan perbuatan." (ruj : Siyar 'Alam al-Nubala' li Az-Dzahabi)



http://seribukitab.blogspot.com/


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-11-09 20:23


90. Asy-Syaukani( w. 1250 H)

91. Siddiq Hasan Khan( w. 1307 H)

92. Syams al-Haq al-'Azhim al-Abadi( w. 1329 H)

93. Muhammad b. Abd al-Rahman Al-Mubarakfuri( w. 1353 H)

94. Ahmad Muhammad Syakir( w. 1377 H)

95. Muhammad Amin al-Syinqithi( w. 1393 H)

96. Abd al-Aziz b. Baz( w. 1420 H)

97. Muhammad Nasir ad-Din Al-Albani( w. 1420 H)

98. Muhammad b. Shalih al-'Utsaimin( w. 1421 H)

99. Syua'ib al-Arna'uth (hafizahullah)

100. Yusuf al-Qaradhawi(hafizahullah)

101. moulana Saad (tabligh)

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.140497 saat. Lajunya....