Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-12-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 66
Ahli: 0
Jumlah: 66




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 19 hari yang lalu
sadiqah: 23 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Tahniah N9-juarai PIALA MALAYSIA!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Tahniah N9-juarai PIALA MALAYSIA!!

Please Mendaftar To Post


Oleh Tahniah N9-juarai PIALA MALAYSIA!!

nur_kasih511
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.03.2008
Ahli No: 32942
Posting: 108
Dari: MaRanG, GaNuUu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-11-09 15:59


Negeri Sembilan julang Piala Malaysia musim ini

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Hasrat Kelantan untuk mendakap Piala Malaysia musim ini musnah apabila Shahurain Abu Samah meletakkan Negeri Sembilan di hadapan pada separuh masa pertama.

Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang pasukan itu apabila mendapatkan gol kedua hasil jaringan Hairuddin Omar selepas beberapa minit permainan separuh masa kedua mula.

Asakan demi asakan barisan serangan pasukan Hoben Jang Hoben itu terus membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan pemain kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

Kelantan yang terus mencari gol selepas itu hanya mampu mendapatkan satu jaringan daripada sepakan percuma kapten pasukan mereka, Indra Putra Mahayuddin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_kasih511Profil   Hantar PM kepada nur_kasih511   Quote dan BalasQuote

nur_kasih511
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.03.2008
Ahli No: 32942
Posting: 108
Dari: MaRanG, GaNuUu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-11-09 16:01


Negeri Sembilan 3 Kelantan 1
Oleh Ahmad Khawari Isa, Harris Rajahdin dan Khairil S Iswan
[email protected]

TIGA suku stadium dipenuhi penyokong Kelantan. Hanya di penjuru kanan saja diisi penyokong �kuning� dari Negeri Sembilan pada saingan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Shahurain, Hairudin, Zaquan Adha meledak untuk 'Rusa', Indra Putra gegar buat 'Kijang'

PERANG psikologi sebelum sepak mula final Piala Malaysia, malam tadi jelas milik Kelantan yang mencipta 'lautan merah' apabila ribuan penyokong 'The Red Warriors' hampir menguasai segenap pelusuk Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Kehadiran penyokong itu yang merentang kain dan sepanduk dengan kata-kata buat mengapikan semangat pemain negeri sebelum menentang Negeri Sembilan mencetus senario penuh berwarna di gelanggang kira-kira empat jam sebelum saingan memburu mahkota kejuaraan itu dimulakan.

Antara kain rentang yang terserlah adalah laungan semangat �Gomo Klate Gomo�, �40 tahun menanti Piala Malaysia milik kami�, �The Red Warriors... History in the Making�.

Turut kelihatan, �Piala Malaysia Hok Kito, �Kito anak Kelate, �Wira Merah, Tanah �Merah�, �Mari puok kito, pakat sokong.�

Dentuman mercun dibunyikan acap kali kedengaran juga menyumbang kepada kemeriahan serta menggamatkan suasana di dalam stadium.
PEMAIN Negeri Sembilan meraikan kejayaan mereka muncul juara Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa turut dihargai atas kejayaannya membawa Kelantan ke final Piala Malaysia pertama dalam 39 tahun dengan kain rentang �Terima Kasih dan Syabas Tan Sri Presiden Kafa...Jasamu Dikenang�.

Nasihat untuk tidak membawa bendera parti politik ke dalam stadium tidak diendahkan apabila bendera parti kerajaan Kelantan diusung mengelilingi Lautan Merah.

Sementara itu sikap ghairah untuk meraikan penampilan final Piala Malaysia pertama selepas 39 tahun menyaksikan ribuan penyokong Kelantan menyerbu masuk ke stadium sebaik pintu masuk dibuka, petang semalam.

Sebaik pintu merah dibuka pada 4.51 petang, penyokong Kelantan yang mengatasi penyokong Negeri Sembilan dengan nisbah 4:1 berasak-asak memasuki stadium umpama tsunami merah.
REAKSI pemain Negeri Sembilan, Hairudin Omar selepas meledak gol kedua ketika menentang Kelantan, malam tadi.

Empat pegawai polis yang mengawal pintu pagar itu jelas tidak dapat membendung lagi lautan merah itu sehinggakan pintu pagar hampir dilihat remuk dek tahap kegilaan yang sudah lama tidak disaksikan dalam bola sepak tanah air.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_kasih511Profil   Hantar PM kepada nur_kasih511   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-11-09 21:08


tahniah ana walaupun sokong kelantan tapi nak ucap juga tahniah buat negeri sembilan..den sompat belajar d port dickson 2 tahun..hehe


-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-09 21:18


TAHNIAH negeri sembilan!

Malam tadi mereka main sangat baik dan memang layak untuk gelaran juara. Pertahanan kemas, serangan menjadi dan ada stategi sendiri.


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-11-09 21:26


den tak sompek nak nengok pun..tapi tahniahlah jang...


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 08-11-09 21:41


paper habis hari ini,
anak buah sokong kelantan sebab ado bungo api..
hehehe, budak-budak ingat hari rayo agak eh...
tahniah-tahniah juga...

den tak puas hati ni...
napo lah tak cuti, kelantan pun cuti...
:-( sobar lah..
sebab dah cuti pertabalan hari tu agak eh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 08:41


mlm perlawanan aku menerima mesej dr kak sadiqah,,gomo klate gomo..hahah..aku bls lah hobin jang hobin..lepas itu dia bls,,n9 akan kalah.aku dah dah pelik dah,,kak yati ni klate ke sabah???.haaha..aku bls lah...ala kak..saya bukan peminat bola..kalah ke menang ke..saya tak kisah..sebab saya bukan peminat bola,...tapi di sebabkan yang final tu n9..otomatik aku minat..ahaks...tengok saja lah..gol yang pertama aku mesej kak yati..gol kedua pun aku mesej,,gol ketiga pun aku mesej,,,tapi tak ada blsan...akhirnya aku mesej marul,,jadi pengulas dan pengkrtik macam kami hebat main bola...wakakaka...tahniah n9.,,kemarau dah hujan kembali...hobin jang hobin,...hobin jang hobin....ado lah sikit kebanggaan...



Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

khalifah

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 204
Posting: 485
Dari: kg batu muda,sentul, KuaLa LUmpUr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 09:14


FINAL PIALA MALAYSIA...piala yang dianggap paling berprestij dan bersejarah bagi bola sepak malaysia...tapi kualiti permainan kedua-dua pasukan amat menyedihkan...walaupun banyak jaringan dilakukan..tetapi persembahan sepanjang perlawanan amat membosankan...cuma diakui jaringan indra putra pada minit terakhir boleh dikategorikan sebagai jaringan yang cantik.....

penonton pula fanatik tak tentu pasal....tiada semangat kesukanan langsung...kalau betul-betul peminta setia,mereka tak akan tinggalkan stadium ketika perlawanan berlangsung....

satu lagi,dahlah tak ada smngt kesukanan,buat pulak huru hara...merosakkan harta benda awam...tak serik2 kena denda...yang menanggung persatuan negeri..

bila lah agaknya bola sepak malaysia nak maju....

p/s
nasib baik jarak penonton dengan padang agak jauh,(itupun dah celaru)kalau lah stadium malaysia ni macam stadium di eropah,habislah pemain ....


-----------------
khalifah Allah di muka bumi......


Bookmark and Share

    


  Member Information For khalifahProfil   Hantar PM kepada khalifah   Pergi ke khalifah's Website   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 09:15


Pada 09-11-09 08:41 , umar_khalil posting:

!!! QUOTE !!!

akhirnya aku mesej marul,,jadi pengulas dan pengkrtik macam kami hebat main bola...wakakaka...tahniah n9.,,kemarau dah hujan kembali...hobin jang hobin,...hobin jang hobin....ado lah sikit kebanggaan...



uikkss..namo den pun naik jugak..
dah den koba,nogori mesti punggah balik pialo tu..huhu..
tapi,den terkilan dengan pnyokong kelantan yang terlalu fanatik dan tak boleh terimo adat bertanding..

Kerano nilo setitik,rosak susu sebelanggo..elok telangkup belanggo kek kepalo yang bakar2 tu..tak semonggah..


-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 09-11-09 09:30


Tahniah N9 sebab main pun cantik. memang layak lah menang.

Tahniah Kelantan sebab menang penyokong terbanyak dan menang main mercun.

Ahahhaa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 09:43


.. tahniah lah kepada pasukan Negeri Sembilan.. memang layak menang.. boleh lihat betapa goyahnya pertahanan pasukan Kelantan.. maaf cakap lah kepada segelintir penyokong Kelantan.. prasarana kelas pertama tetapi minda kelas ketiga.. :lol:..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 09-11-09 10:16


Ahaha..Tuan Guru pun kecewa dengan penyokong Kelantan. janganlah taksub sangat, bola saja pun. Kalah menang adat permainan. kalau dok bakar kerusi pasnie penyokong lain nak dok atas mana? Takkan lantai pula...adoiiyaaa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 10:30


tahniah pasukan N9.. kemarau 61 tahun sudahpun berakhir.. :welcome:

corak permainan kelantan tak berapa menyengatla.. penyokong banyak yang tak puas hati.. keadaan penyokong memang tak terkawal.. 85ribu,bukan lah jumlah yang sikit..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 10:35


Pada 09-11-09 10:16 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Ahaha..Tuan Guru pun kecewa dengan penyokong Kelantan. janganlah taksub sangat, bola saja pun. Kalah menang adat permainan. kalau dok bakar kerusi pasnie penyokong lain nak dok atas mana? Takkan lantai pula...adoiiyaaa..



sama-sama bersila agaknya..

ish,kasihan kat indra.. penjaring gol terbanyak tapi tak ada dapat apa-apa.. kelantan musim depan tak dapat nak join lagi.. kesiannya..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 11:47


den bukan apo rul,,den memang tak minat bola,den manalah lah lotak kan harapan n9 akan monang..tapi dah monang..monang lah..pasal penyokong tu..faham-faham lah...siapa pergi stadium hari perlawanan?85ribu penyokong datang....masjid berdekatan penuh tak?huhuhu...surau cukup tak ha nak menanpung 85rb org solat asar or margrib?ke mereka jamak?boleh ke jamak?wan jamak wan hasan?taniah buat beliau...hurmm.....jawapan yang pasti...tengok kat tv lagi best...ado ulang tayang gol...manalah bersosak2....nak solat pun manalah masalah.....



Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 81
Posting: 409
Dari: Malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 12:40


assalamualaikum...

tahniah untuk N9 kerna berjaya mendapatkan Piala Malaysia..

untuk klate tanah air kito... tak mengapa tahun depan cuba lagi.....


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 20:14


goooooooooooooooooooooooooool...
apo-apo pun lah...
:-D memang pueh hati...

nak buek macam mano..
kalah-menang,
adat bertanding...

jang memang manthoooob...
tapi set-set kelante...
demo memang cool...

tak apa boye peluang pula kek ngori...

:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

ayu_mans0106
Warga Rasmi
Menyertai: 23.10.2009
Ahli No: 37768
Posting: 6
Dari: gemas

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 20:25


tahniah kat skuad bola sepak n9..
moga sentiasa mendapat kejayaan ....
hobin jang hobin..
hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayu_mans0106Profil   Hantar PM kepada ayu_mans0106   Quote dan BalasQuote

norasmiyah
Warga Rasmi
Menyertai: 31.10.2009
Ahli No: 37987
Posting: 13
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 20:38


tahniah kepada n9 kerana menjadi juara mlm tadi.perbaiki mutu permainan anda dan kekalkan kejuaraan anda Syabas dan Tahmiah sekali lagi pada pasukan N9.

Bookmark and Share

    


  Member Information For norasmiyahProfil   Hantar PM kepada norasmiyah   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 21:53


kasihan kelantan, sudah jatuh di timpa tangga... banjir dan kalah Piala Malaysia... Dalam POLITIK Pula, lagilah terok..Kajian prof pula menyatakan sokongan org muda kepada PAS, jatuh menjunam.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-11-09 00:00


siaran perlawanan bola sepatutnya ia adalah siaran UMUM,ni dah jadi 18SG..apela.. keganasan2..so sad...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 10-11-09 13:33


sebab bola..jatuh marwah...sebab bola jatuh akhlak..sebab bola...


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.1223 saat. Lajunya....