Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
.....dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
-- Yusuf: 12

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 234
Ahli: 0
Jumlah: 234




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 1 hari, 6 jam, 41 minit yang lalu
khalifah: 6 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 24 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Perdebatan mengenai rokok tidak pernah selesai


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Perdebatan mengenai rokok tidak pernah selesai

Please Mendaftar To Post


Oleh Perdebatan mengenai rokok tidak pernah selesai

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-11-09 10:47


Tan Sri Mazlan Nordin
Karyawan Tamu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

SEKALI-sekala debat pro dan kontra merokok terbit dalam akhbar-akhbar pelbagai negara. Seperti yang terbit dalam akhbar Kompas, Jakarta baru-baru ini. Beginilah bunyinya:

"Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), Indonesia menduduki peringkat nombor tiga di dunia sebagai konsumen rokok (lebih dari 60 juta orang - data YLKI).

''Peraturan daerah Pemerintah Provinsi DKI tidak berhasil untuk setidaknya membatasi tempat merokok yang dapat mengganggu orang yang tidak merokok.

''Apa lagi berbagai kegiatan olahraga dan hiburan yang disponsor merek rokok tertentu. Hasil survey yang telah dilakukan kepada keluarga miskin di Indonesia menunjukkan bahawa pengeluaran untuk membeli rokok menempati peringkat tertinggi (22 persen) dibandingkan dengan untuk membeli beras (19 persen).

''Kewajipan untuk menayangkan bahaya merokok yang hanya sedetik (membacanya pun tidak sempat) tidak memberi pengaruh kepada masyarakat.

''Harapan saat ini ditujukan kepada Komisi Penyiaran Indonesia. Mudah-mudahan generasi muda dan kaum miskin kita dapat diselamatkan dari bahaya yang diakibatkan oleh rokok. Dari Supriyo, Jalan Amonia 1, Beji, Kota Depok, Jawa Barat."

Barulah kita ketahui bilangan merokok di Indonesia lebih 60 juta orang, iaitu lebih ramai daripada jumlah penduduk sesetengah negara.

Sementara itu di Turki sebilangan ramai yang merokok membantah tindakan pihak berkuasa melipat-ganda bilangan kawasan-kawasan larangan merokok, termasuk dalam bangunan-bangunan tempat kerja dan kedai-kedai serta tempat membeli-belah. Ini membatasi kebebasan kami, menurut mereka lagi.

Di samping itu, di Malaysia terbit berita mengenai sebuah negeri mahu mengharamkan merokok jika disokong oleh negeri-negeri lain, namun, tiada reaksi dari negeri yang lain.

Mengharamkan

Pada suatu masa lalu seorang lelaki mengumumkan "fatwa" dirinya sendiri yang mengharamkan seseorang perokok menjadi saksi upacara perkahwinan, pun tiada sambutan.

Masalahnya ialah tiada negara-negara Islam lain mengumumkan fatwa seperti itu, iaitu di Asia Barat, termasuk Arab Saudi yang birokrasi institusi-institusi keagamaan begitu lengkap.

Mesir juga tidak mengharamkan merokok. Ada antara para imam dan bilal serta menteri-menteri pun menghisap rokok, curut dan hookah. Jelas bahawa debat pro dan kontra merokok terus menerus berlaku di mana juga.

Lalu akhbar Times, London pernah menyiarkan pendapat dengan tajuk berbunyi: Di mana ada asap rokok, di situlah timbulnya prasangka.

Ulasan tersebut disiarkan setelah satu pihak yang diketuai oleh seorang doktor mengesyorkan supaya pasangan suami isteri yang merokok diharamkan mengambil anak angkat.

Seorang penulis pojok akhbar berkenaan, Bernard Levin membangkitkan masalah merebaknya kegiatan Cigarette Police. Beliau sendiri tidak merokok. Antara lain disentuh peranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang pernah mengumumkan bahawa "Seorang dari tiga orang yang merokok akan mati akibatnya" berdasarkan data yang diperolehi. Levin berhujah bahawa ini bererti kira-kira 250 juta akan maut di negara-negara membangun kerana ramai bilangan rakyatnya merokok.

Sebelum itu WHO pernah meramalkan bahawa menjelang tahun 1990, bilangan pesakit HIV akan meningkat hingga 100 juta, termasuk sejuta di Britain. Tahun tersebut berlalu dan bilangan sebenarnya hanya 5,500 orang di Britain dan di seluruh dunia antara lapan hingga sepuluh juta, bukan 100 juta.

Sementara itu akhbar Telegraph, London menyiarkan kenyataan seorang kaki rokok: "Sebagaimana lain-lain manusia yang ditindas, jika lebih ramai mengawasi saya dan membuli saya, maka jiwa saya akan lebih memberontak.''

Wajar dicatat ialah kenyataan Bernard Levin: "Saya tahu bahawa banyak kematian berlaku kerana merokok, walaupun bukan semuanya secara langsung. Tembakau adalah racun berbahaya, tetapi berbeza dari lain-lain racun dan kerana itu berjuta-juta perokok tidak menderita."

Propaganda

Beliau menyebut mengenai satu kajian oleh Profesor Eysenk dari Universiti Heidelberg. Kajiannya meliputi dua golongan, satu yang terdedah kepada propaganda media massa terhadap yang merokok, satu lagi yang dibiarkan sahaja dan tidak diganggu.

Beliau mendapati bahawa bilangan kematian golongan yang menjadi sasaran propaganda tiga kali ganda lebih ramai dari golongan yang dibiarkan saja.

Sesuatu yang ternyata dewasa ini ialah ramainya para belia merokok. Ada yang terpengaruh bila melihat bintang-bintang filem merokok. Antara yang disebut nama-nama ialah Gary Coaper, Humphrey Bogart dan Seniwati Lauren Bacoll serta Tallulah Bankhead. Lain-lain nama, Johnny Deep dan kata Moss.

Satu kenyataan daripada seorang belia yang merokok menjelaskan sikap mereka: "Para muda-mudi merokok kerana memberontak. Lagi mereka digesa supaya menghentikannya lagi-lagi mereka melakukannya".

Demikian juga kenyataan seorang pemuda lain: "Lagi harga rokok naik, lagi-lagi ia diingini".

Disiarkan oleh akhbar-akhbar ialah laporan editor jurusan Sains: "Sering dikatakan bahawa sesetengah orang kita minum (arak) untuk melupakan hal. Para saintis telah membuktikan bahawa bahan yang aktif dalam rokok mencerdaskan daya ingatan".

Namun, menjadi ingatan kepada perokok ialah nasihat: "Kita tidak boleh lari dari apa yang kita lakukan".

Berupa catatan ialah hal-hal masa lampau. Antara yang kerap disiarkan gambar mereka yang merokok ialah Pengerusi Parti Komunis China, Mao Tse-Tung (gambar rokok kotak merah), Winston Churchill dengan curutnya dan Presiden Roosevelt dengan rokok di mulutnya.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

mutmainah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37471
Posting: 96
Dari: sbh-kedah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-11-09 11:01


salam....apa yang cuba d ketengahkan disini...nak buat demo bhy rokok ke...rasanya...da buat tak juga org berhenti merokok...nak mharamkan rokok...mampu ke d laksanakan...sebagai kesedaran sendiri boleh lah....nak myedarkan org payah sikit bila kat icu baru nak sedar itu pun kalau sempat...org sekarang ini berani mati...sb tu tak kisah merokok...agaknya da bosan hidup d dunia...hihihi...entah lah....

:-) :-) :-) :kelip: :-D


-----------------
there is no such thing as a safe journey life is full of ups dan downs


Bookmark and Share

    


  Member Information For mutmainahProfil   Hantar PM kepada mutmainah   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 08-11-09 11:11


tapi sebagian orang mengatakan bahwa merokok tu hukumnya wajib...


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

alornk
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2007
Ahli No: 31510
Posting: 133
Dari: atas bukit bawah angin

madagascar  


posticon Posting pada: 08-11-09 18:00


Pada 08-11-09 11:11 , wildan85 posting:

!!! QUOTE !!!

tapi sebagian orang mengatakan bahwa merokok tu hukumnya wajib...




adakah kerana wajib stelah adanya mudharat dripada amalan merokoknya?? oo..snang2 saja cakap gitu.. :-o

Bookmark and Share

    


  Member Information For alornkProfil   Hantar PM kepada alornk   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 08-11-09 18:13


Pada 08-11-09 11:11 , wildan85 posting:

!!! QUOTE !!!

tapi sebagian orang mengatakan bahwa merokok tu hukumnya wajib...



kat mana lah yang wajib nya. anda perokok ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-11-09 20:13


Pada 08-11-09 18:13 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-11-09 11:11 , wildan85 posting:

!!! QUOTE !!!

tapi sebagian orang mengatakan bahwa merokok tu hukumnya wajib...



kat mana lah yang wajib nya. anda perokok ke?


tu sindiran namanya.....

wah wah wildan pun dah pandai sarcasm ke?

huhuhu....

patut rege rokok dilantaikan pada kadar 2 ringgit sebatang... kita tengok sapa yang paling hebat boleh tahan sampai berapa batang???

eh, orang indon taknak gaduh pasal rokok ke? ye lah kan negara konsumer ketiga terbesar di dunia lah katakan.....


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 02:26


Pada 08-11-09 20:13 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-11-09 18:13 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-11-09 11:11 , wildan85 posting:

!!! QUOTE !!!

tapi sebagian orang mengatakan bahwa merokok tu hukumnya wajib...



kat mana lah yang wajib nya. anda perokok ke?


tu sindiran namanya.....

wah wah wildan pun dah pandai sarcasm ke?

huhuhu....

patut rege rokok dilantaikan pada kadar 2 ringgit sebatang... kita tengok sapa yang paling hebat boleh tahan sampai berapa batang???

eh, orang indon taknak gaduh pasal rokok ke? ye lah kan negara konsumer ketiga terbesar di dunia lah katakan.....

saya bukan perokok..xhisap or beli rokok...apa yang saya fahami, islam melarang saya untuk merokok...

wajip yang saya maksudkn bukan wajib menurut agama..tapi wajib menurut keperluan para perokok..kalau tak merokok kan tak boleh nak buat apa.pening dan sebagainya...itu lah yang menyebabkan mereka wajib merokok...

=================================
APA KEMUNGKINAN yang TERJADI JIKA harga rokok dimalaysia naik menjadi RM30 sebungkus..?

1-harga rokok diindonesia murah, besar kemungkinan rokok2 akan semakin laju masuk k malaysia...sebab para penjual rokok akan dapat keuntungan 5 hingga 7 kali lipat berbanding jual diindonesia...

RM30 sebungkus dimalaysia, diindonesia akan dapat satu bungkus kotak besar yang isinya10/12 kotak kecik..rokok selalu dpermasalahkan..tapi ada caranya untuk menguranginya..

berapa kali ulama2 malaysia mengeluarkan fatwa haram tentang rokok?berapa kali dibincang dan dibahas.?berapa persen yang berkurang?

tidak berkurang sama sekali..bahkan semakin bertambah...


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 02:28


malaysia dizaman sekarang ni..macam indonesia dizaman dulu...


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 09-11-09 09:11


!!! QUOTE !!!

Pada 08-11-09 11:11 , wildan85 posting:

berapa kali ulama2 malaysia mengeluarkan fatwa haram tentang rokok?berapa kali dibincang dan dibahas.?berapa persen yang berkurang?

tidak berkurang sama sekali..bahkan semakin bertambah...



Yang penting jangan putus asa, nak berubah sekaligus memang lah tak boleh. Tapi lama-lama dan semakin banyak kempen mungkin akhirnya akan terbuka hati perokok untuk berubah. Hati manusia siapa lah yang tahu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 12:36


kalau hanya mengeluarkan hukum..berfatwa..berulang2 pun..itu sama sekali tidak berguna...dan membuang2 duet saja..sedangkan hukum benda tu memang dah ada berpuluh2 tahun yang lalu..

yang pelingpenting tu bina generasi penerus dengan bimbingan yang baik dan benar..dengan cara rasulullah..bina aqidah dan akhlaknya...insyaallah semuanya akan berkurang sendiri..


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 13:20


turunkan harga rokok. sekotak seringgit ke.
baru lah tak ada penyeludupan rokok.apa-apa hal, nak berhenti rokok kena kesedaran dari diri sendiri. nak harapkan kerajaan dah tak boleh.penguatkuasaan kurang berkesan


-----------------
Jom masuk syurga...


Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 13:24


didik generasi penerus dengan baik..tanamkan dalam diri mereka bahwa hal-hal buruk itu dilarang islam..

yang generasi2 yang dah tak boleh dihentikan merokoknya..biarkan saja..lama-lama mereka akan mati jugak kan..?


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 16:36


Pada 09-11-09 13:20 , kumpulansenyum posting:

!!! QUOTE !!!

turunkan harga rokok. sekotak seringgit ke.
baru lah tak ada penyeludupan rokok.apa-apa hal, nak berhenti rokok kena kesedaran dari diri sendiri. nak harapkan kerajaan dah tak boleh.penguatkuasaan kurang berkesan



bagus gila idea ni, apa kata kita suruh kerajaan turunkan harga arak, ye lah kan nak berenti arak ni pun kena kesedaran diri jugak kan kan???

rasanya idea ni pun lagi bagus kalau diimplimintasikan terhadap penggunaan dadah....halalkan dadah dan jual murah2....lepas itu beri kempen kesedaran.... haha nak tinggalkan ketagihan dadah pun perlu kesedaran diri juga kan kan kan.....


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 09-11-09 16:50


ye..kalau dinaikkan..mesti orang akan semakin untung kalau bisnis tu kan..

tapi cuba turunkan..mesti orang dah tak nak dah...buat itu tu jadi sesuatu yang xberharga..orang kan malas nak buat dan jual..


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-11-09 17:01


tapi difikirkan juga...kalau buat harga rokok cukup rendah sampai tiada orang yang nak buat pun ok juga....

macam kos buat 30 sen sebatang...
kerajaan buat rege jualan 10 sen di pasaran haha
kita tengok sapa yang berani nak jual...huhuhuhu


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.111076 saat. Lajunya....