Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Jika seseorang itu berjalan beriringan dengan kita,ini bermakna, dia merupakan sahabat yang sebenar.Jika seseorang itu berjalan di hadapan kita, ini bermakna dia mementingkan diri sendiri, manakala di belakang kita, ini bermakna orang itu lebih pentingkan kita daripadanya".

-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 8 hari yang lalu
muslimiman: 13 hari yang lalu
tornado: 33 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kerajaan Pakistan gagal mengaitkan Hizbut Tahrir dengan keganasan


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kerajaan Pakistan gagal mengaitkan Hizbut Tahrir dengan keganasan

Please Mendaftar To Post


Oleh Kerajaan Pakistan gagal mengaitkan Hizbut Tahrir dengan keganasan

zombi
Warga Rasmi
Menyertai: 25.10.2009
Ahli No: 37821
Posting: 7

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-11-09 23:31


Kenyataan Akhbar

Sekali lagi Kerajaan Pakistan gagal mengaitkan Hizbut Tahrir dengan keganasan; Mahkamah membebaskan 28 ahli Hizbut Tahrir dengan jaminan.


Sekali lagi, Kerajaan Pakistan telah gagal untuk membuktikan tuduhan dan usaha mereka dalam mengaitkan Hizbut Tahrir(HT) dengan pengganas. Peguamcara HT telah mencabar peguam pendakwaraya Kerajaan Pakistan untuk menunjukkan pembuktian terdapatnya hasutan dan galakkan ke arah keganasan mahupun sektarianisme dalam penulisan dan risalah HT yang dirampas semasa serbuan dilakukan. Dengan demikian, peguam pendakwa telah memohon agar mahkamah berhenti bersidang selama sejam namun mereka tetap gagal untuk kembali menunjukkan sebarang bukti yang kukuh.


Maka dengan itu, Hakim Mahkamah Anti Keganasan telah memutuskan untuk membebaskan kesemua 28 orang ahli dan penyokong HT dengan jaminan dan menegaskan agar kes-kes tanpa pembuktian kukuh seperti ini tidak lagi dibentangkan di mahkamah itu di masa hadapan.


Ketakutan rejim diktator Musharaff terhadap populariti HT telah dizahirkan pada tahun 2003 apabila kerajaan demokrasi PPP mengharamkan HT sebagai satu usaha bagi memastikan pengukuhan kerajaan PPP itu. Walhal, sebelum itu, Mahkamah Anti Keganasan Karachi telah pun memutuskan bahawa pengharaman ke atas HT adalah “tidak sah” memandangkan tiada sebarang sebab dinyatakan ketika pengharaman HT dilaksanakan.

Tambahan pula, writ yang dikemukakan oleh HT dalam mencabar pengharaman itu kini masih tertangguh di Mahkamah Tinggi Lahore, Rawalpindi sejak tiga setengah tahun yang lalu. Namun begitu, HT sudah sedia maklum bahawa alasan sebenar pengharaman ke atas HT adalah untuk melindungi dan mempertahankan tampuk pemerintahan diktator dan demokrasi imperialis Pakistan.

Sukacita ingin kami umumkan untuk kesekian kalinya, bahawasanya sebarang pengharaman mahupun ancaman ke atas Hizbut Tahrir, tidak akan sekali-kali menggugat ataupun menghentikan kami dari meneruskan perjuangan politik tanpa kekerasan dalam rangka mengembalikan Daulah Khilafah di muka bumi ini.


Oleh kerana itulah Hizbut Tahrir telah muncul sebagai sebuah parti politik Islam terbesar di dunia, yang bergerak dengan penuh iltizam dan kecekalan di lebih 40 buah negara. Kami juga ingin membawakan khabar gembira kepada Umat Islam bahawa HT telah memasuki fasa terakhir perjuangannya dan InsyaAllah dengan keizinanNya, Hizbut Tahrir akan membawa berita gembira kepada Umat Islam tentang tertegaknya Khilafah yang dinanti-nantikan sebagai pembela umat Islam ini, tidak lama lagi. InsyaAllah


نَصْرٌ مِّن اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ

Bookmark and Share

    


  Member Information For zombiProfil   Hantar PM kepada zombi   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 06-11-09 23:50


Teruskan perjuangan kalian, kami akan membentengi...

Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir), dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik (kemenangan) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. - Al-Anfal: 17


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102043 saat. Lajunya....