Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 194
Ahli: 0
Jumlah: 194




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 17 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Bajet 2010


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Bajet 2010

Please Mendaftar To Post


Oleh Bajet 2010

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 13:00


Apa yang anda harapkan untuk bajet 2010 ini?

Tol free ke? api air free ke? segala cukai dikurangkan ke?..
minyak turun lagi ke..

kalau saya,macam-macam yang saya angankan.. tapi angankan saja lah.. :-P .. realitinya entah dapat atau tidak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 13:04


saya harap tak banyak yang di freekan takut2 tak reti nak berdikari...
takut jadi manja.
tapi tak lah pula mengimpikan semua benda jadi mahal... tu hampes pula ..hahaha

mana lah tau nanti2 tiba-tiba tercampak di negara orang...masa tu masak lah ...semua kena bayar.. baru padan muka sendiri dah manja sangat segala benda free.... huhu


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 13:51


Ada 45 minit lagi, so sementara ni kita main teka2 dulu boleh tak..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 13:59


Pada 23-10-09 13:04 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

saya harap tak banyak yang di freekan takut2 tak reti nak berdikari...
takut jadi manja.
tapi tak lah pula mengimpikan semua benda jadi mahal... tu hampes pula ..hahaha

mana lah tau nanti2 tiba-tiba tercampak di negara orang...masa tu masak lah ...semua kena bayar.. baru padan muka sendiri dah manja sangat segala benda free.... huhu



kak eni,tak ada istilah manja pun..hehe
bukannya mengharapkan benda-benda yang keterlaluan..
agak-agak yang berbaloi pada rakyat lah..

tu namanya mesra ekonomi dan mesra rakyat.. huhu



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 14:01


Pada 23-10-09 13:51 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Ada 45 minit lagi, so sementara ni kita main teka2 dulu boleh tak..



huhu.. apa agaknya dalam pikiran kak hanan ek? mesti dah macam-macam ni.. hehe



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 14:09


Pada 23-10-09 14:01 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!



huhu.. apa agaknya dalam pikiran kak hanan ek? mesti dah macam-macam ni.. hehe



Tak adalah. Menanti yang sesuai dengan "Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan" ajela..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 14:18


mengharapkan cukai rokok dinaikkan 200%...
road tax dihapuskan.....


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 14:21


Pada 23-10-09 13:59 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-10-09 13:04 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

saya harap tak banyak yang di freekan takut2 tak reti nak berdikari...
takut jadi manja.
tapi tak lah pula mengimpikan semua benda jadi mahal... tu hampes pula ..hahaha

mana lah tau nanti2 tiba-tiba tercampak di negara orang...masa tu masak lah ...semua kena bayar.. baru padan muka sendiri dah manja sangat segala benda free.... huhu



kak eni,tak ada istilah manja pun..hehe
bukannya mengharapkan benda-benda yang keterlaluan..
agak-agak yang berbaloi pada rakyat lah..

tu namanya mesra ekonomi dan mesra rakyat.. huhu



itu terpulang kepada minda dan pemikiran masing-masing...
saya harapkan jangan berlambak sangat benda free..
what i hope is not too much been given ... kelak nanti memanjakan.. Kenapa ya,adik ni bijak menjatuhkan hukum..sitilah manja itu ada atau tidak?
adik tahu ke apa yang saya fikir?
istilah manja itu ADA bagi apa yang diri ini fikir ..
apa yang cik adik minta tak pula diri ini tahu banyak mana freenya..
apa yang diri ini fikir tidak tertakluk pada permintaan atau angan2 sesiapa...
harap maklum ye..
namun istilah manja itu tetap ada bagi saya...

bagi orang lain suka hatilah kalau nak apa saja.... saya tak campur..

ini perbincangan bebaskan? sesiapa pun boleh nak taip apa pun..tak perlu bangkang.. tak perlu deny.. tak perlu menidak adakan...atau mengadakan atau menokok tambah rasa nya.. :)


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 14:25


yang kerja gomen, mostly harap dapat elaun :)


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 14:26


Assalamualaikum


hope bayaran tol akan dilupuskan serta merta

Payah juga nak jalan kat semenanjung ni...nak pergi mana-mana mesti bayar tol...tak lama lagi duit gaji pun boleh tak cukup ni hmmm

Bookmark and Share

    


  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 14:31


aiseh...tiba-tiba terfikir.. ramai yang anti dengan media perdana..
agak2nya media mana yang digunakan untuk mendengar siaran langsung bajet ni eh?
maybe ada alternatif lain tapi saya tak tahu..
saya tengok tv3 saja hehehe..


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 14:55


Saya nak dengar dan lihat dulu..pembentangan bajet
baru komen..itu yang sebaik-baiknya..


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 15:45


sedih bila mula pembentangan jam 4 petang..Kenapa tak mula lepas asar atau lepas isyak..mudahkan..tak perlu ahli parlimen keluar ketika pembentangan berjalan..kala tidak ramai yang akan kena jamak solat...kalau ahli parlmen yang datang jauh tak pelah juga..tapi yang dok dekat-dekat tu macam mana?lebih-lebih lagi PM sendiri..boleh ke stop kejap ajak semua p solat asar?


-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 23-10-09 15:48


Pada 23-10-09 14:18 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

mengharapkan cukai rokok dinaikkan 200%...
road tax dihapuskan.....

aku pulak harap cukai rokok di turunkan 100%, kalau boleh jual sekotak rm 1 saja.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 15:54


Dah ada point2 menarik ke yang dibentangkan..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 16:47


so far banyak yang menarik...
namun ada sikit yang macam tak berapa tertarik (banyak kelonggaran untuk orang luar memulakan perniagaan di malaysia.. bukan apa takut salah guna.. hehe)

yang paling best setakat ni untuk student...
mulai tahun depan agaknya...
pinjaman ptptn akan ditukar kepada biasiswa kepada pelajar ijazah.. yang menamatkan ijazahnya dengan kelas pertama..
macam ni baru lah pelajar akan lebih berusaha keras untuk cemerlang..

dan satu lagi..
ada program kepada student terutama yang tahun pertama,
agar mereka dapat membeli notebook berserta cover broadband sekali selama 2 tahun.. dengan bayaran RM50 sebulan selama 2 tahun...
rasanya dengan tawaran begini lebih ramai pelajar akan mampu memiliki notebook sendiri.. good good..


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 23-10-09 21:11


bagi aku budget tiap-tiap tahun agak meluatkn... bukan apa tiap tahun macam-macam cakap dalam budget tapi tak tahu hasilnya.. berbillion di belanjakan tapi tak pula di bentangkan pula mcmmn status budget2 yang lepas, peruntukkan untuk budget tu semua ke yang digunakan? rasanya tak pernah pula mereka bentang kan............

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 23-10-09 21:26


Pada 23-10-09 16:47 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

so far
yang paling best setakat ni untuk student...
mulai tahun depan agaknya...
pinjaman ptptn akan ditukar kepada biasiswa kepada pelajar ijazah.. yang menamatkan ijazahnya dengan kelas pertama..
macam ni baru lah pelajar akan lebih berusaha keras untuk cemerlang..



aku rasa benda ni dah lama dah. mula ptptn dpkenalkan pun memang syarat dia macam tu lulus kelas ptama tak payah bayar... bukan ptptpu saja , loan2 lain pun macam tu juga

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 23-10-09 22:54


belambak-lambak perkataan skim yang najib cakap..aku pun tak tahu atau indah kabar dari rupa...



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-10-09 00:57


Pada 23-10-09 14:09 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-10-09 14:01 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!



huhu.. apa agaknya dalam pikiran kak hanan ek? mesti dah macam-macam ni.. hehe



Tak adalah. Menanti yang sesuai dengan "Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan" ajela..




rasuah didahulukan kroni diutamakan macam mana??? :-D :-D :-D


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 24-10-09 07:24


s a l a h i id...
- mimi eni liana -


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-10-09 07:30


Pada 23-10-09 21:26 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-10-09 16:47 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

so far
yang paling best setakat ni untuk student...
mulai tahun depan agaknya...
pinjaman ptptn akan ditukar kepada biasiswa kepada pelajar ijazah.. yang menamatkan ijazahnya dengan kelas pertama..
macam ni baru lah pelajar akan lebih berusaha keras untuk cemerlang..




aku rasa benda ni dah lama dah. mula ptptn dpkenalkan pun memang syarat dia macam tu lulus kelas ptama tak payah bayar... bukan ptptpu saja , loan2 lain pun macam tu juga


sorry tadi teguna id suami

itu main rasa2 saja...realitinye tak ada pun saudara... kalau tak, saya tak payah bayar dah ptptn ni...
berhempas pulas skor siap ambil subjek kritikal lagi..tapi tak ada kelonggaran walau satu sen pun
loan2 lain memang macam tu...kecuali ptptn. sebab tu ramai yang tak puas hati dengan ptptn..

bab diskaun ktm 50% maybe ramai yang tak kisah... sebab masing-masing dah kaya...student pun sekarang ni belum panas punggung kat uni..dah keluar motor kereta masing-masing.. mana nak naik ktm2 ini..
banyak lagilah..bunyi macam gempak..tapi perlaksanaan wallahualam.. tak berani nak komplen tak tentu pasal..takut termasuk dikalangan yang tidak bersyukur pula.. ini sekadar nikmat dunia... nak demand lebih-lebih pun tak guna...bukan boleh bawa masuk kubo

bab politik tu cerita lain... saya pun tak sokong cik dacing ni..tapi tak lah fanatik sampai benci melampau2 pula...hehe
yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan bukan kutukan... kang tambah saham pula..hehehe

bab rokok apa cer eh? tak dengar pula semalam... ngantuk sikit dengar budget ni.. pitching tak sampai, penyampaian mendatar..bosan...hahaha


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-10-09 08:03


saya mengharapkan banyak fellowship or sponsorship kepada bidang pendidikan.
kata mudahnya beri pembelajaran secara percuma kepada rakyat.
masuk akal ke.hihi.

sempat dengar summary budget semalam, tapi tak dapat dengar semua.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

RijaludDeen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27105
Posting: 305
Dari: Perak..

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-10-09 10:31


Assalamualaikum....



*Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010

* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus

* pendapatan apa kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661

* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010

* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat Matrade.

* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan.

* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada penyedia prkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualian cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012.

* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun.

* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri.

* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah Miti.

* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh Jakim menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.

* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.

* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padi membabitkan 180,000 petani.

* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut.

* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh semua Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada semua Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bakinya untuk penjenaman dan promosi.

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk Tekun dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang.

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium Felda, Felcra dan Risda akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta.

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka.

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang.

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh semua Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada semua Corp dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi.

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari.

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Memperkenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010.

* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.

* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011.

* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat.

* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran.

* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam.

* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.


sumber: http://www.bharian.com.my/klikkhas/bajet


-----------------
"Put Our Trust In ALLAH"




Bookmark and Share

    


  Member Information For RijaludDeenProfil   Hantar PM kepada RijaludDeen   Pergi ke RijaludDeen's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 24-10-09 10:47


BAJET 2010 : APAKAH PANDANGAN ISLAM?
http://jemaah-islam.blogspot.com

Hari ini ramai rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu pembentangan bajet 2010. Ramai yang mengharapkan bonus bagi sektor awam dan pelbagai spekulasi yang berlegar sebelum ini terjawab. Datuk Seri Najib memulakan pembentangan bajet dengan memetik surah Az Zukhruf ayat 32 dengan menekankan bahawa bajet ini adalah amanah yang diberikan yang wajib beliau tunaikan. Ketika artikel ini ditulis, masih terlalu awal bagi saya mengemukakan pandangan-pandangan tokoh mengenai bajet. Tetapi sebagaimana tahun-tahun yang sudah, sama ada pendangan yang memuji mahupun yang mengkritik masih dalam kerangka bajet dalam ideology kapitalisme. Jarang sekali ada pihak yang membahaskan sumber pendapatan negara Islam itu bagaimana.

SEJARAH BAJET
Bajet adalah pernyataan ekonomi dan kewangan utama yang dibuat setiap tahun. Di Britain, ia disedikan oleh Canselor dar Jabatan Exchequer untuk dibentangkan di Parlimen. Sejak 1698, menjadi satu amalan bagi Canselor untuk membentangkan bajet pada musim bunga atau kebiasaannya pada minggu keempat bulan Oktober. Sehingga hari ini menjadi budaya bagi mereka yang dididik sebagai pengamal ekonomi kapitalisme untuk menyusun bajet sedemikian rupa dan Menteri membentangkannya untuk 2/3 kelulusan di Parlimen.

PANDANGAN ISLAM TENTANG BAJET
1)    Amalan membentangkan bajet untuk kelulusan cabinet adalah tatacara penggubalan hukum dalam system demokrasi. Sedangkan dalam system khilafah Islamiah, khalifah boleh meminta input dan pandangan majlis ummat (majlis syura) tetapi tidak perlu mendapat kelulusan. Majlis ummat sekadar bertanggungjawab memuhasabah jika khalifah tidak mengamalkan perbendaharaan yang selari dengan hukum Islam.

2)    Segala bentuk sumber pendapatan, hak pemilikan dan pengagihan dalam bajet 2010 adalah sama sekali bertentangan dengan fiqh amwal fil Islam. Bentuk bajet yang dibentangkan adalah dirangka berdasarkan system ekonomi kapitalisme dan sama sekali tiada persamaan dengan sumber pendapatan dan kewangan dalam Islam. Kapitalisme mencipta sendiri hukum pendaatan Negara dan perbelanjaan, sesuai dengan aqidah sekular. Ini bercanggah dengan Firman Allah swrt:
“Maka demi Tuhan mu, mereka sekali-kali tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang kamu perselisihkan antara mereka.” (An Nisa’ 65)
    Sabda Rasullulah saw:
“Sesiapa sahaja yang melakukan suatu amalan yang tidak menepati urusan kami maka ianya pasti tertolak” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)
    Dalam Shahih Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata:
“Saya sedang sakit, kemudian saya dijenguk oleh Rasulullah saw bersama Abu Bakar. Mereka dating untuk menjenguk ketika saya dalam keadaan saya tidak sedarkan diri. Pada masa itu, baginda berwudhu dan mengalirkan air wudhunya kepada saya, kemudian saya tersedar. Saya bertanya, “ Wahai Rasulullah, bagaimanakaha caranya saya mengambil keputusan tentang harta saya?” Baginda tidak meberikan jawapan sehingga turunlah ayat tentang harta waris.
Dalil-dalil di atas menunjukkan bahawa segala bentuk hukum wajib diambil secara rinci berdasarkan hukum yang telah diturunkan oleh Allah dan bukannya mengambil sumber hukum dari ideologi kufur seperti kapitalisme hari ini.

3)    Secara purata, 70 peratus sumber pendapatan yang dibentang dalam bajet adalah bersumber dari cukai langsung mahupun cukai tidak langsung. Walhal cukai tersebut adalah jelas haram di sisi Islam. Rasulullah saw bersabda:
“Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Al Hakim)
“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” (Hadith Riwayat Ahmad)
“Sekiranya kami menjumpai pemungut cukai sempadan, maka bunuhlah dia” ( Hadith Riwayat Ahmad)

4)    Tindakan mengenakan cukai akan menyebabkan kenaikan harga barang. Ini adalah sangat jelas haram berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ma’qal bin Yasar:
“ Sesiapa sahaja yang mencampuri urusan harga kaum Muslimin untuk menaikkannya, maka sesungguhnya Allah swt berhak untuk menempatkannya dalam api neraka pada hari kiamat kelak.

5)    Bajet ini tidak membezakan antara bentuk kepemilikan individu, umum dan Negara sebagai mana yang dijelaskan Islam. Akibatnya, Negara merampas harta yang secara syar’inya adalah kepemilikan umum mahupun kepemilikan individu. Rasulullah saw bersabda:

“Harta seorang Muslim tidak dihalalkan (bagi orang lain), selain mengikut kerelaan hatinya”
“Harta setiap Muslim, kehormatannya dan darahnya diharamnkan bagi Muslim yang lain” (Hadith riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Antara contohnya, hak milik umum seperti petroleum menjadi hak milik konsesi Petronas, wang rakyat digunakan bailout syarikat berkepentingan dan cukai dari pendapatan kita.

6)    Penafian pendapatan negara yang yang tunjukkan oleh A Quran dan Sunnah seperti jizyah, anfal, ghanimah, kharaj, usyur, nothing’I dan rikaz. Inilah pendapatan yang wajib diambil dan diusahakan oleh negara tetapi telah dinafikan dalam system sekular demokrasi hari ini.

7)    Pendapatan negara yang bersumberkan riba’ dan menyuburkan riba. Riba’atau nama lainnya faedah/interest merupakan antara sumber pendapatan utama dalam bajet. Pakej-pkej raangsangan untuk memastikan sector perbankan yang berasaskan riba’ terus anjal.
لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّباَ وَمُوْكِلَهُ وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ, وَقَالَ: هُمْ سَوَاءٌ
“Rasulullah saw melaknat orang memakan riba, yang memberi makan riba, penulisnya, dan dua orang saksinya. Belia bersabda; Mereka semua sama”. (hari Muslim)

JIKA CUKAI DAN RIBA HARAM, JADI APAKAH SUMBER PENDAPATAN NEGARA ISLAM?

Islam menjelaskan hak kepemilikan kepada 3 bahagian, iaitu:
a.    Harta milik negara
b.    Harta milik umum
c.    Harta milik inidvidu

a.    Harta Milik Negara

Allah telah menjelaskan kepemilikan milik negara adalah
i.    Ghanimah dan Anfal (Rampasan harta dari perang)
Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang anfal. Katakanlah bahawa anfal itu untuk Allah dan Rasulnya. (Al Anfal :1)
Dan ketahuilah bahawa sesunggunya dari ghanimah yang kamu sekalian peroleh, maka seperlimanya untuk Allah dan Rasulnya. (Al Anfal : 41)

ii.    nothing’I (Harta Rampasan tanpa berperang)
Dan apa saja nothing’I yang diberikan Allah dan Rasulnya (dari harta benda)mereka, maka untuk mendapatkan itu kamu tidak mengerahkan seekor kuda pun dan tidak pula seekor unta pun, tetapi Allah yang member kekuasaan kepada RasulNya terhadap siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al Hasyr :6)

iii.    Kharaj – hak kaum Muslim ke atas tanah kharajiah (seluruh wilayah yang Islam masuk dengan jalanj jihad kecuali Makkah). Ia adalah berdasarkan ijma’ suquti para sahabat terhadap tindakan Umar ketika menjadi khalifah yang tidak membahagi-bahagikan wilayah khaibar.
a.    Kharaj Unwah (Kharaj Paksa)
b.    Kharaj Sulhi (Kharaj damai)

iv.    Usyur – hak kaum muslimin terhadap tanaman di tanah usyuriah (wilayah ummat Islam yang tersebar dengan jalan selain jihad seperti Malaysia).

v.    Jizyah – cukai ke atas kaum kafir dzimmi yang tinggal dalam Khilafah Islam.        

“ Sehingga mereka membayar jizyah dengan patuh sedangkan mereka dalam keadaan tunduk” (At Taubah : 29)

vi.    Khumus dari Rikaz – galian yang yang terhad
    
vii.    Harta kelolaan negara (marafiq) – harta-harta dan apa-apa yang dikelolakan oleh negara seperti perkhidmatan bas, pos dan sebagainya.

viii.    Dharibah – harta yang diambil dari orang Islam dan mampu sahaja sekiranya seluruh dana yang ada habis atau tidak mencukup.

“keluarlah kalian dalam keadaan ringan mahupun berat. Dan berjihadlah dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Itulah yang lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui” (At Taubah : 9)

ix.    Zakat

tak.    Harta ahlu riddah (orang murtad) dan harta tanpa tuan.

b. Harta Milik Umum
    
Harta milik umum adalah harta yang ditetapkan oleh Syar’ (Allah) sebagai milik bersama kaum Muslim. Ia tidak boleh dijadikan milik negara dan tiada ada mana-mana individu atau syarikat yang berhak memonopolinya.
Harta jenis ini boleh dikategorikan kepada 3 jenis, iaitu:-
i.    Keperluan yang diperlukan oleh ummat dalam kehidupan seharian. Sabda Nabi
“ Ummat Islam berkongsi tiga perkara iaitu air, oasis dan bahan api”

ii.    Harta yang keadaan asalnya terlarang bagi mana-mana individu memilikinya seperti kaabah, mina, masjid, jalan raya dll. Sabda rasulullah saw:
“Mina adalah milik orang-orang yang lebih dahulu sampai”
“Kalian dilarang duduk di jalan-jalan umum”    
        
iii.    Seluruh bahan galian yang bersifat tidak terbatas atau istilaf fiqihnya ma’al idd (air yang mengalir) seperti besi, timah, petroleum, gas dan bahan-bahan sumber alam yang bersifat sedemikian. Diriwayatkan oleh Abidh bin Hamal al Mazaniy
Sesungguhnya dia bermaksud meminta lombong gram dari Rasulullah. Maka baginda member kepadanya. Semasa baginda memberikannya, berkata seorang lelaki yang ada pada majlis tersebut, “ Apakah engkai mengetahui apa yang telah engkau berikan kepadanya? Sesungguhnya apa yang telah engkai berikan itu adalah laksana air yang mengali (ma’al idd)”. Lantas baginda bersabda, “ (kalau begitu) tarik kembali darinya”.

C. Harta hak individu

Adalah harta yang dimiliki oleh individu yang diperolehi secara sah. Adalah haram bagi mana-mana pihak merampasnya.

Inilah penjelas ringkas sumber pendapatan negara Islam, yang telah ditunjukkan oleh Al Quran, ditunjukkan oleh Rasulullah dan diamalkan oleh khulafaur rasyidin. Ia sama sekali berbeza dengan mana-mana budget negara kapitalisme hari ini termasuk budget 2010 yang dibentang siang tadi. Ia merupakan suatu kewajipan yang wajib kita lakukan. Tanpa wujudnya khilafah, hukum amwal ini akan hanya jadi hukum yang bersawang tanpa perlaksanaan.            

Kesimpulan

Dunia hari ini diatur menggunakan ideology kapitalisme. Sekularisme adalah aqidah bagi ideology, demokrasi adalah system pemerintahannya dan kapitalisme adalah system ekonominya. Bajet yang dibentangkan hari ini adalah sebahagian dari apa yang diajar oleh ideology kapitalisme. Ia bertentangan sama sekali dengan fiqh amwal dalam system ekonomi Islam. Akibat dari kehancuran system khilafah Islamiah , system pemerintahan Islam dan juga ekonomi sama-sekali tidak terlaksana dalam kehidupan hari ini. Maka, sumber pendapatan dan perbelanjaan yang jelaskan oleh Islam sama sekali dipraktikkan. Inilah yang membawa kesengsaraan kepada ummat dunia hari ini. Marilah sama-sama kita berdakwah untuk mengembalikan system khilafah Islam agar hukum seluruh hukum syara’ dapat dilaksanakan.        

وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ
بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ
Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada kamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasiq. (Al Maidah :49-50)

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 24-10-09 11:55


at last ada juga lah bonus 500 masa disember nanti...hehe...


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 26-10-09 17:50


PEMIKIRAN KUFUR ANWAR IBRAHIM TENTANG BAJET

Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI),hari ini membentangkan pandangannya tentang bajet 2010 yang dibentangkan oleh PM Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak. (boleh baca di Malaysiakini) Kita sudah jelas, bajet yang dibentangkan adalah bajet yang jelas kufur mengikut acuan ideologi kapitalisme. Dalam ideologi kapitalisme, mereka menolak Islam sebagai hukum bagi pendapatan dan belanjawan negara, tetapi menyusunnya mengikut sumber akal manusia.

DSAI mengkritik Bajet 2010 yang dikemukakan dengan masih berlegar dari sumber pendapatan yang haram seperti cukai langsung, cukai tidak langsung dan riba' (interest) sebagai pembahasan utama. Maksudnya, kritikan beliau masih lagi dalam acuan sekular kapitalisme, bukan berasal dari aqidah Islam. Pandangan beliau mungkin bagi ramai pihak pandangan yang ilmiah dan praktikal(sesuai dengan sistem kufur) tetapi sesungguhnya ia adalah pandangan tentang bajet yang kufur lagi menafikan aqidah Islam sebagai penjelasan bagi segala hukum syara' termasuk soal bajet.

Inikah pemimpin yang disanjung untuk melakukan reformasi di Malaysia dan mengetuai Pakatan Rakyat. Jika inilah pemimpinnya, Pakatan Rakyat bukan setakat sekular malah lebih sekular dari Turki dan BN. Maka, apa yang akan terjadi ummat Islam yang meletakkan harapan kepada pemimpin Parti Islam, akan bersama-sama dengan pemimpin mereka ditipu oleh pemimpin sekular yang ada dalam PKR dan DAP. Jadi kepada kalian wahat ummat Islam di Malaysia yang menyandarkan harapan kepada Pakatan Rakyat terutama penyokong PAS, sedarlah bahawa Islam yang kalian idamkan sebenarnya semakin jauh dari hakikatnya. Lihatlah betapa Dr Hassan Ali yang bertegas dalam soal qath'ie seperti arak di Selangor, akhirnya ditemplak kembali oleh ramai pemimpin dalam PAS yang tersepit nak menjaga hati parti sekular PKR dan DAP. Apa nak jadi ni?

Jadilah muslim yang iklas yang bijak, bukan mukhlisin yang rela ditipu berkali-kali.

wuzara

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 26-10-09 18:09


Pada 24-10-09 11:55 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

at last ada juga lah bonus 500 masa disember nanti...hehe...



Ingatkan dapat bonus sebulan gaji... :-P


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-10-09 19:53


tu baru budget.
perlaksanaannya belum lagi.
kita tunggu..:)

wah2..bestnya masing-masing dapat bonus.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 26-10-09 22:30


itukah yang kalian tunggu untuk bajet. Tidakkah kalian sedih tahun demi tahun bajet berdasarkan sistem kufur. Tidakkah kalian sedar bahwa duit2 kalian dirompak saban hari?

Berfikirlah dengan neraca Islam, bukan kehendak diri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wazier
Warga Rasmi
Menyertai: 01.08.2007
Ahli No: 30550
Posting: 6
Dari: Pulau Pinang

Pahang  


posticon Posting pada: 27-10-09 12:03


sistem bajet yang paling membazir dan mengarut. cuba perhatikan ngara2 islam seperti brunei. akta2 halal tu dah lama dlaksanakan.kita baru nak kuatkuasakn?baru tahun ini kh negara kita brgelar negara islam?

Bookmark and Share

    


  Member Information For wazierProfil   Hantar PM kepada wazier   Quote dan BalasQuote

wazier
Warga Rasmi
Menyertai: 01.08.2007
Ahli No: 30550
Posting: 6
Dari: Pulau Pinang

Pahang  


posticon Posting pada: 27-10-09 12:07


kita bukan nak harapkn benda free dan murh. kita cma tahu malaysia ini kaya dengan hasil dan hasil2 tu dibolot org lain dan kroni2 mereka. sepatutnya semua hasil tu patut dnikmati semua org yang menjadi rkyat negara ini. harap tiada lagi pnyelewengan seperti bajet yang lpas2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wazierProfil   Hantar PM kepada wazier   Quote dan BalasQuote

wazier
Warga Rasmi
Menyertai: 01.08.2007
Ahli No: 30550
Posting: 6
Dari: Pulau Pinang

Pahang  


posticon Posting pada: 27-10-09 12:10


kita tengok siapa yang knyang nanti

Bookmark and Share

    


  Member Information For wazierProfil   Hantar PM kepada wazier   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 27-10-09 18:55


Pada 27-10-09 12:03 , wazier posting:

!!! QUOTE !!!

sistem bajet yang paling membazir dan mengarut. cuba perhatikan ngara2 islam seperti brunei. akta2 halal tu dah lama dlaksanakan.kita baru nak kuatkuasakn?baru tahun ini kh negara kita brgelar negara islam?
brunei tu negara islam tapi cuba cari negara bukan islamm.. may be ramai tak tau , amerika pun telah lama ada akta halal untuk golongan islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 27-10-09 18:59


Pada 27-10-09 12:07 , wazier posting:

!!! QUOTE !!!

kita bukan nak harapkn benda free dan murh. kita cma tahu malaysia ini kaya dengan hasil dan hasil2 tu dibolot org lain dan kroni2 mereka. sepatutnya semua hasil tu patut dnikmati semua org yang menjadi rkyat negara ini. harap tiada lagi pnyelewengan seperti bajet yang lpas2.


betul tu bukan harap benda free, bukan nak di manjakan, dan bukan nak jadi manusia yang tak bersyukur, tapi apa keistimewaan yang kita dapat sebagai rakyat malaysia?? beli kereta tmptn pun lagi mahal dr kereta tu di ekport luar negara. dah lah kita kena tanggung kos kereta tu, kualiti pun kurang. jangan kata kereta, barang lain dieksport dan digunakan dalam negara jauh sekali beza kualitinya..... macam tu pun kita kena bersyukur ke? dah kena tindas hidup2?

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.136643 saat. Lajunya....