Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 213
Ahli: 0
Jumlah: 213




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 13 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Konsert di Malaysia, Beyonce Dilarang Seronok


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Konsert di Malaysia, Beyonce Dilarang Seronok

Please Mendaftar To Post


Oleh Konsert di Malaysia, Beyonce Dilarang Seronok

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 27-09-09 13:23


Assalamualaikum

Tiada sebab halang Beyonce adakan persembahan kata Rais

KUALA KLAWANG: Tidak ada sebab untuk menghalang penyanyi terkenal dari Amerika Syarikat, Beyonce mengadakan persembahan di negara ini jika beliau mematuhi syarat dan peraturan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya ia juga bukan satu perkara baru apabila seorang penyanyi terkenal barat ditentang dari datang ke Malaysia.

"Sekiranya beliau menunjukkan aurat dan sengaja melanggar peraturan yang dikenakan pihak berkuasa maka beliau tidak dibenarkan," katanya kepada pemberita selepas menganjurkan majlis rumah terbuka beliau yang dihadiri oleh kira-kira 5,000 rakyat lapisan bangsa di sini pada malam Sabtu.

Katanya, pihak yang menentang itu harus sabar dan lihat dulu, jika pertunjukkan itu tidak menepati peratutan perundangan dan agama, ia sudah semestinya salah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kedatangan Beyonce pada 25 Oktober depan meskipun banyak pihak yang menentang dengan alasan ia menjatuhkan moral remaja negara ini.

Sementara itu ketika menyentuh majlisnya hari ini beliau memberitahu, satu majlis yang lebih besar akan dianjurkan bersama kementeriannya dengan kerajaan negeri Perak pada 18 Oktober depan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan menyampaikan ucapan penting pada majlis itu yang juga menjadi lambang 1Malaysia," katanya.

Beliau berharap lebih banyak majlis yang mampu memupuk semangat persaudaraan di kalangan kaum di Malaysia dapat dianjurkan di kawasan luar bandar.

"Ini adalah cermin perpaduan rakyat, jadi kementerian ingin meneruskan tradisi menggunakan jasa baik org ramai menerusi majlismajlis rumah terbuka untuk perpaduan dan mengeratkan siratul rahim," katanya.

Katanya, dalam erti kata lain, majlis Aidilfitri seperti hari ini merupakan hari perpaduan dan penerimaan Satu Malaysia sebagai amalan sebenar. BERNAMA

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-09-09 15:13


Kenapa nak tunggu konsert tu diadakan dulu baru boleh tau sama ada menepati peraturan atau tidak...konsert sebegini sah2 lah dilarang sekali dalam Islam.walaupun beyonce tu tutup aurat sekalipun saya rasa konsert ni tetap tak memberi apa-apa manfaat buat rakyat malaysia.kerajaan ni tak boleh nak fikir sendiri ke yang mana baik atau tak.ni lah yang terjadi jika hiburan diutamakan.budaya hedonisme benar-benar da jadikan kita jauh dari agama.


-----------------
ANDAI kota itu peradaban,rumah kami adalah budaya,dan menurut ibu,tiang serinya adalah agama (FT, Tuhan Manusia)


Bookmark and Share

    


  Member Information For syahadahtul_nurProfil   Hantar PM kepada syahadahtul_nur   Quote dan BalasQuote

mazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2008
Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-09-09 15:55


Masa sambutan raya pun ada juga pihak tak bertanggungjawab yang berani cemarkan kesucian hari raya dengan konsert celaka macam ni. Kenapalah tak anjurkan konsert nasyid yang berunsur dakwah saja. Itupun tak boleh fikir. :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For mazriProfil   Hantar PM kepada mazri   Pergi ke mazri's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-09 11:16


Begini lah keadaannya kalau banyak pemimpin yang berfikir menggunakan kepala lutut.. Bila konsert macam tu dianjurkan,tentulah lebih ramai yang terdedah pada maksiat dan salah laku yang tak bermoral..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-09 12:00


Pada 27-09-09 13:23 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!



"Sekiranya beliau menunjukkan aurat dan sengaja melanggar peraturan yang dikenakan pihak berkuasa maka beliau tidak dibenarkan,"


Benarkah apa yang tertulis ni? Aurat? Apa yang dia faham tentang aurat? Adakah nanti Beyonce akan tutup aurat macam yang syariat suruh? Aduh!!! Beyonce nyanyi pakai tudung!!!!! :-o


-----------------
zwani.com myspace graphic comments


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 28-09-09 14:13


Nak buat macam mana? Pemimpin 1 Malaysia kita pun nak rasmikan event itu.

Setahu aku jangan cakap nak tengok Beyonce pakai tudung,sepanjang penampilan dia semua tak cukup kain saja dia pakai.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-09-09 10:32


baguslah kalau dah ada peraturan untuk menyuruh penyanyi menutup aurat, nampak lah peningkatan dari dahulu

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-09-09 10:47


suka sangat panggil artis luar buat persembahan.. Kalau sopan tak apa lah, yang gedik-gedik dipanggilnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 30-09-09 05:09


Pada 29-09-09 10:32 , hajime_kindaichi posting:

!!! QUOTE !!!

baguslah kalau dah ada peraturan untuk menyuruh penyanyi menutup aurat, nampak lah peningkatan dari dahulu


kalau dah name konsert ada ke menutup aurat?Nasyid saja agaknya yang nak tengok tutup aurat,international artis nak tutup aurat? Sembang dalam surat khabar nak tutup mulut pihak berusara boleh lah...lepas itu puak-puak ini tengok semu boleh terima seronokla bawa artis luar masuk!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-09-09 09:30


Pada 28-09-09 12:00 , Al-Mashoori posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-09-09 13:23 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!



"Sekiranya beliau menunjukkan aurat dan sengaja melanggar peraturan yang dikenakan pihak berkuasa maka beliau tidak dibenarkan,"


Benarkah apa yang tertulis ni? Aurat? Apa yang dia faham tentang aurat? Adakah nanti Beyonce akan tutup aurat macam yang syariat suruh? Aduh!!! Beyonce nyanyi pakai tudung!!!!! :-o



hahaha tau tak mengapa.. saya pun tak tahan nak gelak baca statement ni... mungkin bagi beliau tunjuk aurat tu.. tunjuk compartment2 tertentu saja agaknya.. hadei lah... malu betul-betul orang tua2 yang dah banyak belajar cakap begini

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-09-09 10:02


Keliru juga, artis Malaysia pun bukanlah sopan sangat. Terbuka2 dan terloncat2 juga. Macam manalah nak disopankan Beyonce ni..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-09-09 11:53


Tak terbayang Beyonce menyanyi dengan penuh tata tertib tanpa terkinja-kinja.. Beyonce kah itu??? :sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-09-09 14:55


mungkin ada kejutan lah tu nanti, siapa tau kan :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 30-09-09 14:59


Kalau nak positif and support pun agak-agak lah...

jangan membenarkan pikiran kita terus positif sehingga membenarkan apa sahaja yang berlaku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-09-09 15:51


Inilah bukti umat islam masih diracuni oleh cara hidup dan pemikiran yahudi.

"Tiada sebab untuk halang Beyonce adakan persembahan"..Beginilah sekiranya hukum dan cara hidup islam tidak di amalkan sepenuhnya. Dan umat islam akan terus dilalaikan oleh hiburan berbentuk maksiat seperti ini.

Biasalah, sistem pemerintahan pun cara barat, apatah lagi isi perutnya,penuh dengan najis dan bangkai-bangkai sekular. Beginikah pemimpin yang di harapkan untuk melaksanakan hukum Allah dimuka bumi ini. Tidak sama sekali!! Di tambah pula Najib yang sibuk membawa dalil 1 Malaysianya. Adakah dengan 1 Malaysia dia dapat menegakkan syariat Allah??

Isu disini bukan Beyonce tu ikut peraturan atau tidak, tapi sensiviti majoriti umat islam di Malaysia ini. Dulu tidak bawa Beyonce kerana bulan Ramadhan ,ditangguhkan pula selepas Syawal.Maka nanti Beyonce akan datang pada bulan Zulkaedah. Wahai pemimpin islam,hormat kamu kepada Allah bukan terhad dalam bulan-bulan tertentu sahaja tetapi perlulah secara kaffah.


-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-09-09 17:28


Pada 27-09-09 15:55 , mazri posting:

!!! QUOTE !!!

Masa sambutan raya pun ada juga pihak tak bertanggungjawab yang berani cemarkan kesucian hari raya dengan konsert celaka macam ni. Kenapalah tak anjurkan konsert nasyid yang berunsur dakwah saja. Itupun tak boleh fikir. :berfikir:


standart lah syeikh...ni bisnes..yang anjurkan org islam ke?mereka mana fikir celake ke,,halal haram ke...yang penting masyuk...

tak ada ke pengajur islamic yang nak nak anjurkan nasyid ek?ada ke?



Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 01-10-09 22:00


Tunggu real gempa bumi agaknya baru nak insaf Malaysia ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-09 00:05


biar lah dulu, entah jad entah tidak tak tahu lagi kan

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-10-09 08:45


Pada 02-10-09 00:05 , hajime_kindaichi posting:

!!! QUOTE !!!

biar lah dulu, entah jad entah tidak tak tahu lagi kan


bijak pun... nak melenting sangat pun tak guna juga sedangkan belum tentu perkara berlaku..

tadi ada terbaca kat satu laman web ni...

Update (3:39PM): Malaysia is not listed on the tour dates of Beyonce’s official site.

It’s hard to believe, but according to some sources, there might be a high potential of cancellation being made to Beyonce’ concert. Maybe related to the protest made by someone-you-know-who.

According to Josh Lim, two people in Twitter, and someone that he knows in real life (as sponsor) already spoke to the Marketing Manager of Maxis. The Maxis Marketing Manager has said that it is cancelled, an an announcement will be made tomorrow.

so.. jangan gundah gulana lagi.. sudah tak jadi konsertnya ini..
syukur


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-10-09 09:32


dalam berita tangguh dah... harap-harap tak jadi terus... :-D


-----------------
http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 20-10-09 09:36


Pada 30-09-09 10:02 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

Keliru juga, artis Malaysia pun bukanlah sopan sangat. Terbuka2 dan terloncat2 juga. Macam manalah nak disopankan Beyonce ni..



hahahhahah nak buat macam mana kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak... peraturan tu just nak ambik hati rakyat saja... dulu mereka lebih risau artis lelaki brambut panjang dari artis wanita baju tak cukup panjang....


bila konsert tu dah mula,mesti lain dr yang jangka punya.. silap ada yang mabuk2.. rasa-rasanya lebih teruk beruk kat zoo terloncat2nya...

lepas itu sibuk laungkan masalah sosial dikalangan remaja meningkat tapi tak sedar mereka juga yang anjurkan bukan konsert ni saja, mlm merdeka,sambutan tahun baru dan macam-macam lagi, bukan ke benda tu ke arah masalah sosial????????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 20-10-09 09:48


Pada 20-10-09 08:45 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-10-09 00:05 , hajime_kindaichi posting:

!!! QUOTE !!!

biar lah dulu, entah jad entah tidak tak tahu lagi kan


bijak pun... nak melenting sangat pun tak guna juga sedangkan belum tentu perkara berlaku..

tadi ada terbaca kat satu laman web ni...

Update (3:39PM): Malaysia is not listed on the tour dates of Beyonce’s official site.

It’s hard to believe, but according to some sources, there might be a high potential of cancellation being made to Beyonce’ concert. Maybe related to the protest made by someone-you-know-who.

According to Josh Lim, two people in Twitter, and someone that he knows in real life (as sponsor) already spoke to the Marketing Manager of Maxis. The Maxis Marketing Manager has said that it is cancelled, an an announcement will be made tomorrow.

so.. jangan gundah gulana lagi.. sudah tak jadi konsertnya ini..
syukur



Allahmdulilah...

Konsert Beyonce Ditangguhkan

PETALING JAYA: Para peminat bintang handalan Beyonce Knowles mungkin akan kecewa lagi kerana penyanyi Amerika Syarikat itu telah menangguhkan konsertnya 'I am... Sasha Fierce' di Malaysia.

Konsert itu sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Ahad ini waktu malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Bagaimanapun, ia telah ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan diumumkan kemudian.

"Penangguhan itu adalah atas keputusan artis berkenaan dan tidak berpunca daripada faktor-faktor luaran," menurut kenyataan penganjur-penganjur Marctensia dan UCSI Communications semalam.

Para peminat yang telah membeli tiket-tiket konsert dan tidak ingin menunggu pengumuman tarikh konsert yang baru boleh menuntut bayaran balik dari 26 Oktober hingga 14 November ini di ibu pejabat Ticket Axcess di Petaling Jaya.

Mereka juga boleh menghubungi 03-7711 5000 atau layari www.axcess.com.my .

Semalam, para pengguna rangkaian sosial dalam talian Twitter hebat memperbincangkan sama ada konsert Beyonce itu telah dibatalkan.

PAS telah membantah persembahan Beyonce di Malaysia atas alasan "gaya pakaian artis itu yang kurang sesuai".

Namun, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tiada sebab untuk menghalang konsert itu di negara ini sekiranya penyanyi terkenal itu akur dengan syarat-syarat persembahan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-10-09 11:23


Tak lama dulu menteri di jabatan perdana menteri Dr Abdulah Mad Zin (ex menteri) dah propose garis panduan hiburan pada kabinet, tapi direject ..


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.142976 saat. Lajunya....