Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 199
Ahli: 0
Jumlah: 199




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 29 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Lintas Langsung Semasa
Topik: OPS Sikap : Kemalangan Jalanraya - Raya 2009


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lintas Langsung Semasa
    »» OPS Sikap : Kemalangan Jalanraya - Raya 2009

Please Mendaftar To Post


Oleh OPS Sikap : Kemalangan Jalanraya - Raya 2009

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-09-09 09:36


Di sana sini kita dengar berita kemalangan pabila tiba musim raya. Semoga semua sahabat ukhwah selamat pulang dan tiba di destinasi. Berhati2lah memandu. Kalau ada pengalaman eksiden depan mata bolehlah kongsi di sini. Sementara tu saya pastekan dulu berita kemalangan2 ngeri dari utusan.

-------------


GURUN 18 Sept. – Empat sekeluarga rentung manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 94.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat sini awal pagi ini.

Mereka yang terbunuh ialah Pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Mohd. Yusof Ahmad, 53; isterinya, Hasnah Hamzah, 52, serta dua anak gadis mereka, Hazwani Izati, 24, dan Hafizatun Alimi, 20.

Kemalangan kira-kira pukul 6.30 pagi itu melibatkan kereta Perodua MyVi dinaiki keluarga terbabit serta sebuah Perodua Viva, Naza Citra dan treler.

Empat beranak itu terperangkap dalam kenderaan mereka yang meletup dan terbakar selepas merempuh sebuah kereta jenis Naza Citra dan treler.

Sebelum itu, treler terbabit yang membawa peralatan komputer dipercayai terbabas dan terbalik sehingga melintang di atas laluan lebuh raya.

Seorang pemandu Naza Citra, Kamarulzaman Husain, 36, yang mengikut dari belakang tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu merempuh treler berkenaan.

Selepas itu, kereta yang dinaiki keluarga malang tersebut pula terlanggar dua buah kenderaan itu.

Sebuah kereta Viva yang dipandu Azhar Abdul Rahman, 38, juga tidak sempat mengelak dan kemudian merempuh kereta Perodua MyVi berkenaan dan terbabas ke bahu lebuh raya.

Utusan Malaysia difahamkan, ketika kejadian, keadaan kawasan terbabit agak berkabus tebal ekoran hujan lebat yang turun lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, kesemua mangsa yang maut itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Nuri, Alor Setar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

‘‘Kita percaya kereta MyVi itu dipandu oleh Hasnah. Mereka sekeluarga dalam perjalanan membawa Mohd. Yusof yang mengalami sakit perut untuk menemui doktor pakar di HPP,” katanya di sini hari ini.

Hashim memberitahu, pada peringkat awal, polis tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana semua dokumen pengenalan diri mereka musnah terbakar.

Bagaimanapun, semakan butiran kereta berkenaan kemudian mendapati ia milik Mohd. Yusof dan disahkan oleh anggota keluarga yang lain.

‘‘Kamarulzaman cedera termasuk patah di beberapa bahagian badan dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai Utara Sungai Petani.

‘‘Sementara Azhar yang juga cedera parah dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut. Keadaan kedua-dua mangsa kini stabil,” katanya.

Tambah Hashim, pemandu treler berusia 32 tahun dari Seri Kembangan, Selangor yang cedera ringan kini ditahan reman bagi membantu siasatan.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.

Dalam pada itu, seorang pekerja syarikat kargo, Norhamidi Daud, 36, yang berada di belakang semua kenderaan berkenaan berkata, kemalangan itu berlaku dalam tempoh yang begitu singkat.

‘‘Selepas ternampak kereta tersebut merempuh antara satu sama lain, saya memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk membantu mangsa.

‘‘Bagaimanapun, sebaik sahaja turun dari kereta, saya terdengar seolah-olah bunyi letupan sebelum melihat asap tebal di lokasi itu,” katanya.

Dia yang dalam perjalanan dari Yan ke tempat kerjanya di Pulau Pinang berkata, tidak lama kemudian orang ramai membantu mengeluarkan mangsa sebelum melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-09-09 09:38


SHAH ALAM 18 Sept. – Keriangan dua beradik hendak menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Perak bertukar tragedi apabila mereka dan seorang rakan terbunuh dalam kemalangan di laluan dekat Sungai Panjang, Sabak Bernam hari ini.

Mereka ialah Zainuddin Zainal Abidin, 24, dan kakaknya, CT Zubaidah, 25, serta rakan mereka Izura Yusof, 22. Dua beradik itu berasal dari Sri Manjung, Sitiawan manakala Izura pula dari Kamunting, Taiping.

Kemalangan berlaku ketika hujan renyai kira-kira pukul 10.30 pagi. Kereta jenis Peugeot dinaiki tiga mangsa bertembung dengan sebuah lori 12 tan di Kilometer 60, Jalan Persekutuan Teluk Intan-Klang.

Ketua Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar memberitahu, kemalangan itu menyebabkan kereta tersebut remuk teruk manakala kepala pemandu kenderaan dikatakan terputus.

“Keadaan jalan ketika itu padat dengan kenderaan yang dalam perjalanan untuk pulang berhari raya. Kereta mangsa dari arah Sekinchan ke Sungai Besar tiba-tiba dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan bertembung dengan lori terbabit.

“Tindakan kereta itu masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba menyebabkan lori itu tidak sempat mengelak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Che Hussin tidak menolak kemungkinan pemandu kenderaan tersebut mengantuk sehingga hilang tumpuan memandu sebelum terbabit dalam nahas berkenaan.

Tambah beliau, berdasarkan kesan brek di lokasi kejadian, pemandu lori berusia lingkungan 40-an itu cuba memberhentikan kenderaannya bagi mengelak daripada bertembung dengan kereta tersebut, namun gagal.

Katanya, pasukan bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian terpaksa mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit di dalam kereta.

“Di dalam kereta itu, ditemui beg pakaian mangsa termasuk baju kurung dipercayai mahu digunakan untuk menyambut hari raya nanti,” ujar beliau.

Katanya, kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengkebumian


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 19-09-09 10:24


huhu....sedih tengok kemalangan yang berlaku di sungai petani...satu keluarga meninggal dunia...tak pala,semoga roh mereka dicucuri rahmat...


-----------------
Manchester United Truly Fans


Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-09-09 09:39


bila musim perayaan ni,kesabaran lah yang paling penting sekali pabila memandu.. sikap pemandu2 ni tak menentu.. bukan semuanya mahu bersabar.. bukan semuanya memandu dengan cermat..

pelbagai manusia,pelbagailah ragamnya..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-09-09 10:42


Sebagai pemandu, harus memikirkan keselamatan sendiri dan juga orang lain. Jalanraya dikongsi bersama-sama, maka sama-sama harus menggunakan dengan sebaik mungkin. Ada pemandu yang memandu dengan sopan tapi kalau ada yang berlagak seperti jalan itu dia yang punya, susah juga.. yang tak berdosa pula yang jadi mangsa.. ingatlah orang tersayang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

zc
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28322
Posting: 666
Dari: somewhere

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-09-09 02:32


ramai yang memandu sambil sms kat makwe/pakwe. senario muda mudi sekarang.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For zcProfil   Hantar PM kepada zc   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-09-09 10:49


kita doakan agar roh orang islam yang meninggal masa kemalangan di hari raya di rahmati Allah swt, amiin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-10-09 13:57


Semalam tengok berita pasal 4 beranak yang rentung akibat kemalangan di kemaman.. Sedih betul :(



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.088573 saat. Lajunya....