Oleh |
BeRBaLoiKaH BuKa PuaSa kat LuaR ? |
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 13-09-09 21:26
salam alaik.. da 23 hari kita puasa..tentu perut da lali kan..kira da tak teringat sangat pasal makan lah masa siang hari kan... tapi bila saja masuk asar maka otomatik lah perut kita bagi signal..huhu..akal pun turut sama fikir..nak makan apa hari ni ek? maka akan banyak lah cadangan kat kepala ni pelbagai menu berbuka.. lagi advance ada yang da plan nak buka puasa kat tempat2 spesel...kira makan luar lah.. soalnye.. sejauhmanakah keberbaloiannya apabila berbuka kat luar yang menawarkan harga buffet? kat hotel2 biasala.. jarang dengan 20 30 rm.. tapi kat restoren2 biasa pun dalam 15 boleh lah dapat..semuanya bergantung pada menunya lah.. so..apa pandangan kalian ek.. suka sangat ke makan buffet tu.. Kalau makan tanpa buffet..kirenya ikut order kita tak apa lah agaknya sebab kita bayar apa yang kita makan.. Kalau buffet tu kita bayar kadang-kadang tak sama apa yang kita telah makan..Kenapa..andai pun tau sebabnya..  ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 13-09-09 21:28
saya? saya ni jenis cepat kenyang..so saya rasa macam tak sesuai lah saya makan buffet tu.. melainkan org belanja lah..tapi biasanay akan ada yang menyesal belanja saya sebab saya tak dapat nak makan banyak-banyak.. masa bbuka, segelas dua kira cukup lah...makan sekali round,,kuih seketul due..buah sepotong...selepas itu..bila da kenyang memang tak ada rasa langsung lah nak makan..so..nampak lah nanti membazir sedangkan bayarannya..mak datok..tak padan..huhu ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
ainul_mardhiah86
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.10.2005 Ahli No: 19847
Posting: 207
Dari: tHe gArDen KnoWlEDge AnD ViRtUe
|
Posting pada: 13-09-09 21:39
tak berbaloi langsung...makannye sikit sangat tapi makanan yang terhidang...punyalah banyak...nak buat bagaimana kan... rugi saja...lagipun duit yang dibayar untuk buffet tu boleh guna untuk benda lain...boleh buat 3 @ 4 kali makan tu...kesimpulannya,memang tak berbaloi. ----------------- HiDuP iNi InDah JikA sEgAlAnyA kEraNa AllAH
|
muslimah83
WARGA SETIA Menyertai: 05.02.2004 Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau
|
Posting pada: 14-09-09 13:34
kekadang berbaloi juga...nak tukar selera pula...eheh. ----------------- "InDaHnYa IsLAm"
|
khalifah
 Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 204
Posting: 485
Dari: kg batu muda,sentul, KuaLa LUmpUr
|
Posting pada: 14-09-09 13:51
bagi yang tak gemar,memang akan kata tak berbaloi...tapi bagi orang yang sukakannya sudah tentu kata berbaloi...apapun terpulang pada individu tu sendiri... ----------------- khalifah Allah di muka bumi......
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 14-09-09 14:16
Bulan puasa perut jadi kecik, kalau mengidam nak makan buffet better pergi bulan lain. Tapi kalau orang belanja memang berbaloi.. hehe ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 14-09-09 15:43
sesekali tu,boleh lah agaknya.. kalau nak kira berbaloi ke tidak.. pergi bazar ramadan pun banyak makanan yang tak berbaloi dengan harga.. oleh itu,masak lah sendiri...
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 14-09-09 16:45
erm.. sometimes it nice to have buffet.. sebagai seorang yang tak berapa hebat masak, adakalanya teringin juga nak makan benda-benda yang tak pandai masak... kalau dah hebat sangat masak mengalahkan chef wan, baik saya kerja jadi chef 5 star hotel.. maklumla kita kan kurang chef yang beragama Islam kat hotel2 ni.. kadang-kadang bab halal ni kurang dititik beratkan ..fardhu ain itu kalau dapat tolong supervise...
|
sahabat_jr
Warga 1 Bintang Menyertai: 25.06.2005 Ahli No: 16855
Posting: 40
Dari: Kg. Bandar DiRaja
|
Posting pada: 14-09-09 16:52
buka puasa diluar, Buffet rata-rata RM 7 keatas untuk satu orang.... makan tak banyak pun... tapi kalau buka puasa ramai-ramai dirumah, dapat jimat, eratkan hubungan keluarga, dapat rasa lauk jiran-jiran....  -----------------  KELAB BELIA MERDEKA : http://www.anakmorib.blogspot.com
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 14-09-09 17:39
Pada 13-09-09 21:28 , syemarly posting:!!! QUOTE !!! saya?
saya ni jenis cepat kenyang..so saya rasa macam tak sesuai lah saya makan buffet tu.. melainkan org belanja lah..tapi biasanay akan ada yang menyesal belanja saya sebab saya tak dapat nak makan banyak-banyak.. masa bbuka, segelas dua kira cukup lah...makan sekali round,,kuih seketul due..buah sepotong...selepas itu..bila da kenyang memang tak ada rasa langsung lah nak makan..so..nampak lah nanti membazir sedangkan bayarannya..mak datok..tak padan..huhu
salam~ samalah dengan saya// masa bulan puasa makan nasi separuh pun dah cepat kenyang.. so far saya tak pernah pergi buka puasa buffet.. rugi sebab saya tak banyak makan pun nanti..... better order saja.. sampai kadang-kadang order pun nasi tak habis.. kucing punya rezeki lah jawab nya..=)
|
syahadahtul_nur
Warga 5 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34899
Posting: 385
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 14-09-09 20:09
Salam, Saya memang jenis berbuka kat rumah dari kecik dulu sampai lah ni da kerja pun...cuma tu lah sejak saya da kerja ni saya kena ikut my bos buka puasa kat luar.nak taknak kena pergi lah kan.da tu orang belanja pula.rabu ni mybos buat jamuan berbuka.saya tengok menu yang dia pilih tu seorang rm40.mak aii...banyak lah juadahnye nanti.alhamdulillah,da rezeki kan.apa-apa pun,thank you bos! ----------------- ANDAI kota itu peradaban,rumah kami adalah budaya,dan menurut ibu,tiang serinya adalah agama (FT, Tuhan Manusia)
|
faizira77
Warga Rasmi Menyertai: 09.09.2009 Ahli No: 37472
Posting: 3
|
Posting pada: 14-09-09 20:44
Pada 14-09-09 20:09 , syahadahtul_nur posting:!!! QUOTE !!! Salam,
Saya memang jenis berbuka kat rumah dari kecik dulu sampai lah ni da kerja pun...cuma tu lah sejak saya da kerja ni saya kena ikut my bos buka puasa kat luar.nak taknak kena pergi lah kan.da tu orang belanja pula.rabu ni mybos buat jamuan berbuka.saya tengok menu yang dia pilih tu seorang rm40.mak aii...banyak lah juadahnye nanti.alhamdulillah,da rezeki kan.apa-apa pun,thank you bos!
Salam, Saya pun sebenarnya lebih suka buka kat rumah....bukan apa saya ni bukan boleh makan banyak sangat cepat kenyang......saya selalunya buka makan yang ringan2 saja kalau tak makan nasi pun saya tak kisah sangat.....kadang-kadang ada masanya saya buka juga kat luar itupun bila time gajilah.....saya rasa memang tak berbaloi....makan sikit saja tapi bayarannya boleh tahan.......saya rasa macam boleh makan untuk 2 atau 3 hari....apa-apa pun buka diluar tu terpulang pada individu sendiri kalau dia mampu selalulah makan diluar.....
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 14-09-09 22:02
lagi suka kalau makan buffet di luar bulan puasa. waktu lunch senang.. duduk kat situ dr pukul 12 sampai habis time lunch tu.. makan pun puas.....
|
RuMaishaaa
 Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 15-09-09 06:02
Saya suka makan di luar! ini bukan bermaksud nak makan hari-hari.. Kalau tak mahu bankrap namanya.. sesekali merasa berbuka dengan pelbagai orang..melihat gelagat.. dan tak pasal-pasal dapat kenalan baru.. makanan dari yang jarang jumpa..sehingga yang selalu jumpa pun ada. Pendek kata kalau kita nak masak sendiri..mahu berkos-kos tingginya.. Lagipun, bila makan buffet bukannya kita nak kena makan sepinggan penuh..semangkuk penuh untuk satu lauk.. cukup sekadar kita ambil sikit-sikit tapi dapat merasa semua.. Pendek kata..ianya berbaloi jika ada bajet untuknya..  -----------------  ::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::
|
muslimah83
WARGA SETIA Menyertai: 05.02.2004 Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau
|
Posting pada: 15-09-09 13:17
Pada 15-09-09 06:02 , RuMaishaaa posting:!!! QUOTE !!! Saya suka makan di luar! ini bukan bermaksud nak makan hari-hari.. Kalau tak mahu bankrap namanya..
sesekali merasa berbuka dengan pelbagai orang..melihat gelagat.. dan tak pasal-pasal dapat kenalan baru..
makanan dari yang jarang jumpa..sehingga yang selalu jumpa pun ada. Pendek kata kalau kita nak masak sendiri..mahu berkos-kos tingginya..
Lagipun, bila makan buffet bukannya kita nak kena makan sepinggan penuh..semangkuk penuh untuk satu lauk.. cukup sekadar kita ambil sikit-sikit tapi dapat merasa semua..
Pendek kata..ianya berbaloi jika ada bajet untuknya..
setuju kak rumaisha...  ----------------- "InDaHnYa IsLAm"
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 15-09-09 13:57
.. bagi aku berbaloi buka puasa di luar.. sebab aku boleh dikatakan hari2 berbuka puasa di luar.. "mm berbaloi".. hari ni pun akan berbuka puasa di luar lagi.. insyaAllah.. jom ke masjid ..
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 16-09-09 23:59
Aku selalu berbuka puasa kat luar, so jawapannya memang tak berbaloi...
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 17-09-09 05:55
Pada 16-09-09 23:59 , hafeezzul posting:!!! QUOTE !!! Aku selalu berbuka puasa kat luar, so jawapannya memang tak berbaloi... e'eh..macam tu pula..? Kalau da tau tak berbaloi aphal boleh selalu buka kat luar ek..  ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 17-09-09 09:26
Pada 15-09-09 06:02 , RuMaishaaa posting:!!! QUOTE !!! Saya suka makan di luar! ini bukan bermaksud nak makan hari-hari.. Kalau tak mahu bankrap namanya..
sesekali merasa berbuka dengan pelbagai orang..melihat gelagat.. dan tak pasal-pasal dapat kenalan baru..
makanan dari yang jarang jumpa..sehingga yang selalu jumpa pun ada. Pendek kata kalau kita nak masak sendiri..mahu berkos-kos tingginya..
Lagipun, bila makan buffet bukannya kita nak kena makan sepinggan penuh..semangkuk penuh untuk satu lauk.. cukup sekadar kita ambil sikit-sikit tapi dapat merasa semua..
Pendek kata..ianya berbaloi jika ada bajet untuknya..
betul tu.... macam ni baru lah boleh bertambah peniaga2 makanan Islam kat malaysia ni....kalau tak, alamat tutup kedai lah semuanya.. masak memang best, jimat dan sebagainya.. tapi macamlah teruk sangat kalau seseorang itu menyukai makan kat luar ni... banyak positif yang kita boleh jumpa kalau kita berfikiran positif, -boleh tengok gelagat manusia -boleh merasa makanan yang maybe kita tak reti buat pun -boleh merapatkan hubungan..(contoh yaa.. sehari 3 jam di dapur,masak,basuh kemas..boleh digantikan dengan acara memanjakan anak dan bapak kepada anak tersebut...kan best) -boleh berehat, bagi tukang2 masak a.k.a surirumah -boleh beri masa tambahan untuk buat lebih kuih raya.. maklumlah beli kuih raya lagi tak berbaloi...kekekekeke dan yang paling penting.. bukan selalu.. kalau hari2 nak makan buffet, baru lah hampeh namanya  bak kata kak rumaisha.. berbaloi kalau ada bajet.. beli berlonggok2 kat bazar ramadhan lepas tu tak makan lagi membazir.. huhuhu membazir amalan syaitan... kedekut amalan haji bakhil larikkkkkkkkkkkk.............
|
kakisamun
WARGA SETIA Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku
|
Posting pada: 17-09-09 10:10
Pada 17-09-09 09:26 , mimi_eniliana posting:!!! QUOTE !!! membazir amalan syaitan... kedekut amalan haji bakhil larikkkkkkkkkkkk.............  .. mampuihhhh  .. ahaks.. sama pula aku gelak dengan si mimi gelak.. kiranya kita gelak berirama lah ek.. adoiii..
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 25-09-09 09:21
Pada 17-09-09 05:55 , syemarly posting:!!! QUOTE !!! Pada 16-09-09 23:59 , hafeezzul posting:!!! QUOTE !!! Aku selalu berbuka puasa kat luar, so jawapannya memang tak berbaloi...
e'eh..macam tu pula..? Kalau da tau tak berbaloi aphal boleh selalu buka kat luar ek.. 
mungkin time buka puasa tu memang kat luar.. ataupun tak ada sapa nak masakkan kat rumah.. sebab tu berbuka di luar..
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 25-09-09 23:51
Pada 25-09-09 09:21 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!! Pada 17-09-09 05:55 , syemarly posting:!!! QUOTE !!! Pada 16-09-09 23:59 , hafeezzul posting:!!! QUOTE !!! Aku selalu berbuka puasa kat luar, so jawapannya memang tak berbaloi...
e'eh..macam tu pula..? Kalau da tau tak berbaloi aphal boleh selalu buka kat luar ek.. 
mungkin time buka puasa tu memang kat luar.. ataupun tak ada sapa nak masakkan kat rumah.. sebab tu berbuka di luar..
lah sebabnya bukan guna duit sendiri hatta transport pun free..so ikut sajalah penaja...kalau bayar sendiri alamatnye tak pergi lah...dan tak akan pergi agaknya...huhuhu...tak berbaloi mahal sangat...
|