Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak hidup dek puji; tidak mati dek keji
-- SMNA (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 5 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Susahkah bertimbang rasa di jalan raya?


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Susahkah bertimbang rasa di jalan raya?

Please Mendaftar To Post


Oleh Susahkah bertimbang rasa di jalan raya?

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-09-09 14:01


Assalamualaikum..

Saya ingin meluahkan perasaan saya terhadap pemandu di jalan raya yang segelintirnya memang bersikap tidak sabar di jalan raya..

Saya baru sahaja dalam sebulan mula memandu kereta pergi dan balik ke tempat kerja..dari wangsa maju ke desa petaling.., dalam perjalanan itu macam-macam karenah yang saya jumpa..

Susahkah bertimbang rasa di jalan raya. suka hon lebih-lebih walhal boleh bertimbang rasa.

ada saya tengok yang angkat penumbuk lah.., ada yang suka maki-maki..entah apa lah mereka ini. susah sangatkah nak bersabar di jalan raya?

kenalah faham tak semua org cekap dan hebat. sikap org di jalan raya berbeza-beza. ada jenis berhati-hati memandu. ada yang jenis suka memintas dan tukar2 lorong..tapi apapun sikap di jalan raya, tetaplah juga kena ada timbang rasa.

yang banyak kes kena hon sebab tak benarkan org memotong kereta dia. apa salahnya bagi ruang.lagipun itu untuk keselamatan bersama juga..

satu kes yang berlaku pada kakak saya, dia nak pintas kereta depan dia. dah bagi signal..memang ada jarak. sebab org tu tak nak bagi ruang juga. dia hon berkali-kali. lepas itu,.kakak pintas dia juga..sebab nak pergi ke pusingan U. bila sampai kat simpang di traffic light. dia boleh turun dr kereta..dan ketuk cermin kereta..dan maki-maki. kakak demam kat seminggu.

kesimpulannya, apa salahnya nak bagi ruang pada org lain. kenalah ada timbang rasa.

kalaulah kita ini normal person, kita pasti boleh bertimbang rasa..buat apa nak berlagak sangat di jalan raya..


-----------------
Assalalualaikum..
Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 13-09-09 14:05


Bagi hon apa salahnye, kalau pergi negara Arab mereka suka main hon...jauh 100meter pun tetap bagi hon..kadang-kadang bagus jugak main hon..a least beringat sebelum kena.

Tapi kalau dah keluar kereta main ketuk2 tingkap tu melampau lah, ingat samseng ke?kena lah share jalan sama-sama...kalau tak boleh tahan nak marah, tak payah bawa kereta, jangan sahre jalan..dok rumah tengok tv sajalah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-09 08:53


Selalu macam itu, susah sangat nak bagi jalan walaupun dah bagi signal, padahal memang terpaksa tukar lane sebab nak u-turn atau masuk simpang. Kalau kereta2 mahal ni lagilah berlagak, salah dia pun dia hon kita. Kalau dia potong haramlah nak bagi signal, nak kata signal rosak kereta baru lagi.

sama-samalah bertimbang rasa di jalan raya. Ingatlah orang tersayang, dan ingatlah semua orang ada orang tersayang juga, bukan kita saja.. huhu


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-09-09 09:01


erm saya pun ada satu kes.....kes ni jadi tiap-tiap hari...
van sekolah bawa budak-budak....memotong kat traffic ight...tak adilkan...
sebab org lain jenuh tunggu lampu,dia tetiba saja masuk line....pulak tu driver dia pakai kopiah.....bukan anti kopiah tapi.....kopiah tu seakan2 tak menggambarkan sifat pakcik tu...


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-09-09 09:05


ye...cakap pasal hon ni...saja nak kongsi pengalaman...di sarawak ni pemandu nya berbeza...susah sangat nak tekan hon...cukup bersabar..kalau lah ada bunyi hon di tengah2 kesesakan jalan raya tu...memang pelik...(mungkin tu orang semenanjung)...telahan saya dan rakan-rakan...hehe

sikap seseorang ketika memandu sedikit sebanyak mencerminkan sikap dia dalam kehidupan seharian..esply yang suka marah2...tekan hon...speed laju2...take over tak kena masa....

p/s:i love to study human...unique dan interesting....:)...be carefull when posting your opinion...there is someone in some place who might evaluate u....ngeh3....


-----------------
Pinky: what are we going to do tonite Brain??
Brain: same thing that we do everynite Pinky, trying to take over the world!!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 14-09-09 09:12


salam

memang lah ada yang hon dan tak bertimbang rasa.pasal nyawa dia ada 10.nyawa kita ada satu saja....

jadi biar saja lah dia nak menikmati nyawa dia yang banyak tu.....


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

yina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 17978
Posting: 152
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-09-09 09:19


Salam...
hhmm... satu topik yang menarik bagi ina
kat jalan raya ni..macam-macam karenah org ..saya pun ada karenah juga ..heheheh :)
hehe saja saja..
erm..kadang-kadang time buat kita geram sangat..ada yang selamba bawa kereta...slow yang amat time lampu hijau.. memang lah kita tak digalakkan mengejar lampu hijau..tapi hargai masa yang ada..ni tak..main-main bawa kereta..
satu lagi macam semalam...jalan jem..kereta banyak time2 nak raya ni..org balik kampung.kita penat2 tunggu ikut line nak lepas lampu isyarat..boleh pula yang lain datang potong ikut depan..so..yang kat belakang ni..jenuh tunggu..kereta tak gerak2..
macam mana nak gerak..kereta lain mai ikut depan sana..jalan satu lorong saja...
mahu tak mahu..terlepas satu hon...
geram tau...nasib baik ada juagk sikit sabar..nak nngis rasa...


-----------------
puteri_adam


Bookmark and Share

    


  Member Information For yinaProfil   Hantar PM kepada yina   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-09-09 09:24


adat lah tu pemandu2 kat malaysia ini..
kadang-kadang dah tak hairan dah dengan sikap tidak sopan dan kurang ajar pemandu2.. realitinya tu lah manusia.. tak lari dari membuat silap..

bagi yang baru saja memandu,berhati-hati lah di jalanraya.. kalau orang taknak beralah dengan kita,kitalah yang kena beralah.. untuk keselamatan bersama juga..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-09-09 09:26


sebab tu polis trafik kat Malaysia banyak yang banyak puning kupala dan merampus masa buat kerja....hehehe
ye lah perangai pemandu Malaysia ni macam-macam...tu belum kira samseng jalanan dan mat2 rempit........................

p/s: kekadang kasihan kat 'datuk2' di jalanan ni......


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-09-09 06:29


sudah nasib badan.. kadang-kadang kita yang kena beringat sebab mungkin mereka tak sihat waktu tu.. sebab lupa ingatan..huhu

kita jugak yang kena berhati-hati dan kawal emosi.. sebab konfem mulut kita berbebel-bebel..huhu..

pening kalau berada atas jalan raya. selagi tak sampai ke destinasi, berdebar-debar dibuatnya


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-09-09 22:01


saya bersependapat dengan pandangan rakan-rakan ukhwah..

sikap kita di jalan raya itu serlahkan peribadi diri, sama ada kita sabar orangnya, hormati orang lain, dan bertolak ansur.., sama ada kita bijak mengawal emosi..dan lain-lain..

dan saya di sini..harus terus lebih berhati-hati.., kalau mereka tak nak beralah, kitalah kena beralah..

memangla berdebar nak bawa kereta nak sampai ke destinasi di tuju.., tetapi tetap juga kena kuatkan semangat. memang masa kes kakak kena maki dengan pemandu yang sanggup ketuk cermin tingkap tu.., masa tu rasa give up nak drive.., rasa menyampah dengan org yang tidak tahu hormati org lain..,

apapun saya sedar itu semua pengalaman,,lain tempat kita tinggal..lain ragam..ni mungkin dugaan orang merantau..


-----------------
Assalalualaikum..
Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-09-09 22:03


apapun harap itulah pengalaman perit yang takkan berlaku lagi di jalan raya..


-----------------
Assalalualaikum..
Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

Haslan
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10945
Posting: 402
Dari: banting

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-09-09 07:36


setiap hari kalau balik dari tempat kerja di atas traffic light flyover hendak menuju ke johan setia...mesti ada orang potong line sebelah kiri...

dulu sudah diletakkan kon penghalang tapi plastikla...rasanya tak sampai 2 minggu togel da...bukan sahaja kereta tapi pernah yang paling melampau tu bas dengan lori pun sama jugak ambil kesempatan....lepas itu menghimpit pemandu yang di line yang betul....geram betullah hati ni...setiap hari kalau balik kerja...mesti kereta kena himpit...


-----------------
jadikanla taman hati ini seindah taman syurga Mu,agar tidak ku berpaling mengharapkan indah fatamorgana duniaMu.


Bookmark and Share

    


  Member Information For HaslanProfil   Hantar PM kepada Haslan   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-09-09 12:43


memang pun, kadang-kadang tak menyempat-yempat...
nak memotong saja... macam roller coaster...
karang jumpa balik kat simpang, macam lah nak lari tempat dia nak pergi... :jangan: hati-hati...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-09-09 09:01


setiap hari,beratus saman dikeluarkan sepanjang bermulanya ops sikap ni..
kalau satu saman harganya dah beratus ringgit...
kalau beratus saman, darabkan saja lah berapa banyak duit yang pengguna jalanraya beri untuk bayar saman..

kekadang terfikir juga saya..
betapa pemurahnya rakyat malaysia memberi duit pada kerajaan..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104594 saat. Lajunya....