Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 6 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: ustaz oh ustaz. kau pun gelap mata


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» ustaz oh ustaz. kau pun gelap mata

Please Mendaftar To Post


Oleh ustaz oh ustaz. kau pun gelap mata

layar_sambar
Warga Rasmi
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14988
Posting: 6
Dari: depan PC

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-09-09 11:47


salam

sekadar berkongsi cerita untuk pengajaran..

Manusia bila nampak duit akan gelap mata.

Hanya coretan ringkas sekitar apa yang berlaku di depan mata sepanjang Ramadhan pada tahun ini yang membuatkan saya terkilan rasa susah nak buat kerja dan menyebabkan fikiran saya berkecamuk melihat situasi-situasi ini.

situasi pertama-kena sedekah pada amil
Dalam bulan ramadhan kita wajib membayar zakat fitrah, tetapi adakah anda tahu perasaan orang yang menjadi amil sekiranya anda bayar cukup-cukup sahaja tanpa tabarru' sedikit pada mereka?.. selepas anda berlalu pergi sebahagian daripada mereka akan berkata "Apelah duit banyak tapi bayar cukup-cukup saja".. mereka mengharapkan anda bayar lebih dan lebihan itu sedekah kepada mereka. Ada juga dikalangan amil tidak amanah dengan tugas mereka. Kata orang utara "depa balas duit tu". Ini realiti dalam masyarakat. Bukan menuduh mana-mana pihak kes-kes ini berlaku.

situasi kedua-Imam pilih bulu
solat sunat tarawih saya pada tahun ini kurang seronok. saya hanya menjadi makmum. Malang sekali imam-imam yang dibayar bukanlah imam yang berkualiti dari segi bacaannya. Mereka dipilih atas dasar setia kawan." Hari ni mu jadi imam masjid kawe, male esok kawe jadi imam masjid mu".Akibatnya bacaan waktu solat tidak sedap dan banyak jamaah pergi ke masjid lain.Imam-imam tu of course dapat duit!

Situasi ketiga-ustaz pun suka "balas"
Sepertimana situasi pertama saya sendiri melihat kejadian seorang ustaz "balas" atau "songlap" duit orang. Sudah pasti duit itu bukan hak miliknya.Orang yang kena "balas" duitnya bukan tak tahu tapi malas nak bising-bising.RM50 pun kebas.. apelah ustaz!

Situasi keempat-rasuah
Bulan-bulan puasa ni ramailah Dato'-dato' yang bermurah hati untuk menaja juadah berbuka puasa di masjid-masjid besar. Tahukah anda ada ustaz yang dapat komisen daripada caterer setelah mereka mendapat tender. Tak susah nak kenal, setiap tahun caterer yang sama dan menu pun lebih kurang sama. Kenapa tak pilih caterer berbeza setiap tahun?

Situasi kelima-"sex"
Bulan-bulan puasa ni ustaz-ustaz tetap tak boleh lupa untuk bercakap tentang sex. Mungkin ada yang lepas bertugas kendalikan solat isyak tak dan terawih terus balik rumah cari bini. nasib baiklah ada orang cover atau ada imam berbayar untuk solat terawih

Situasi keenam-pergi menoreh
Bukan menoreh getah. walaupun saya dikampung dulu menorah getah, saya tak buat lagi menorah seperti ustaz-ustaz yang saya jumpa ni. Ada yang sanggup mengabaikan tugas di masjid sendiri semata-mata dapat tawaran kuliah di mana-mana masjid lain atau badan-badan korporat.

Situasi ketujuh-hasad dengki
Dalam satu masjid, bila ada ustaz yang pergi menoreh, ada yang iri hati, dia pun nak menoreh jugak. Bila ada apa-apa isu timbul dari segi tugas dan sebagainya depa dok kata belakang.. saya pun dapat saham mendengar umpatan orang di bulan Ramadhan.

Situasi kelapan-manipulasi akaun
hmmm.. yang ni melibatkan sebuah institusi yang besar. saya tidak berkemahiran tentang akaun tapi apa yang saya nampak dengan berubahnya satu kedudukan dan definisi sesuatu item dalam akaun menyebabkan perubahan yang besar dalam pembayaran wang zakat perniagaan. Dengan mengubah definisi satu item dalam akaun jumlah zakat sebanyak 3 juta boleh jadi 300 ribu saja!.. orang yang buat ni memang bijak!

Situasi Kesembilan-Bestnya boleh guna duit anak yatim
Tentang zakat jugak.. al-kisahnya ada satu pihak (dirahsiakan) melakukan pembayaran zakat kepada sebuah rumah anak yatim berjumlah RM100,000.00 atas dasar membantu mereka yang dalam kesusahan. Waktu tu memang mereka susah sebab mereka kena halau dari rumah yang sedang diduduki.. tapi apa yang buat saya marah sangat ada seorang hamba Allah ni makan duit tu 20% atau sebanyak RM20,000.00. Rupa-rupanya komisen!... Dia tak buat kerja apa-apa pun. Kebetulan dia kenal dengan si pembayar zakat dan dianggap sebagai introducer... budak ni dulu mengaji Syariah undang-undang di UM. Kalau ikutkan dia lebih arif soal-soal begini. Tapi tak, dia sapu jugak duit zakat tu.Pengurus rumah anak yatim tu pun sama tak amanah. Patutlah boleh pakai barang kemas dan toyota alphard!

Bookmark and Share

    


  Member Information For layar_sambarProfil   Hantar PM kepada layar_sambar   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 10-09-09 12:16


Manusia... begitulah. Tak kira ustaz atau tak ustaz.

Bagaimanapun, gelaran "Ustaz" itu pun perlu dikaji balik. Tak semua orang layak dipanggil atau menggelarkan dirinya sendiri "Ustaz". Takkan asal berkopiah, bersongkok dan belajar agama atau dapat sijil boleh dipanggil ustaz.

Orang yang berakal memang takut jikalau digelar atau dipanggil "Ustaz" sebab ia adalah title yang berat.

Kalau dulu, di dalam Arqam, tak kira siapa pun, gelaran dan panggilannya "Ustaz".


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-09-09 12:50


salam..
ana pun tak tau nak koemn apa..
pasal apbila datang satu-satu berita hendakla kita bertanya kepada 2 pihak ..jangan percaya pada satu-satu pihak saja..
bimbang ada yang tersalah info ke apa..jadi fitnah pula...
maaf zahir batin


-----------------
KASIH ALLAH DAN RASUL ITULA YANG KEKAL ABADI....kuatnya muslim itu terletak pada kuat sabarnya...lemahnya muslim itu kerana kurang sabarnya


Bookmark and Share

    


  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 10-09-09 12:54


apa maksud ustaz dari segi bahasa??


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 10-09-09 13:15


Mungkin yang paling dekat dengan maksud ustaz ialah "cikgu".

Bagaimanapun, di Malaysia ini begitu mudah sekali memberi gelaran dan menggelar diri sendiri sebagai "Ustaz" padahal di zaman ini, sepatutnya Ustaz itu pendidikannya setaraf kelulusan PhD.

Artikel yang amat menarik:

http://dinaluzriq.blogspot.com/2008/06/mudahnya-memberi-gelaran-ustaz.html

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=421175


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 00:11


biasalah, da dapat duit da macam-macam akan berlaku. tak kira sesiapa pun. entah apalah sangat nak ambik duit banyak-banyak...adoi..


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

layar_sambar
Warga Rasmi
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14988
Posting: 6
Dari: depan PC

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 09:59


untuk makluman antum, semua kisah di atas benar-benar terjadi, kisah ustaz tu di sebuah masjid ternama di KL, kisah amil juga benar. juga merupakan ustaz2 di masjid yang sama.

kisah akaun itu ana alami sendiri, dan kisah rumah anak yatim ini juga ana alami sendiri. RM100,000 untuk rumah anak yatim tu ana yang menguruskan kelulusannya. kepada antum yang berada di luar sana, sekiranya menerima permohonan bantuan dari seorang hamba Allah ini, abaikan saja atau berilah bantuan dalam bentuk yang lain dengan memastikan anak-anak yatim tersebut dapat hak-hak mereka. Sekarang ini hamba Allah ini masih lagi mencari fund dengan alasan-alasan yang sama sedangkan masalah mereka telah selesai. berhati2lah...

antara point yang selalu diguna

1. kasihan anak yatim, mereka dihalau dari rumah tengah mereka kerana owner rumah tersebut hendak menjual rumah tersebut. ( rumah mereka adalah 3 rumah teres yang digabungkan)

2. kasihan adik-adik terpaksa tidur berhimpit2 dan bergelimpangan sebab terpaksa guna 2 rumah saja

3. Alasan nak beli rumah tengah tu..

adalah lebih baik jika memberi bantuan, kita monitor apa yang kita beri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For layar_sambarProfil   Hantar PM kepada layar_sambar   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 10:11


Pada 10-09-09 13:15 , Kang posting:

!!! QUOTE !!!

Mungkin yang paling dekat dengan maksud ustaz ialah "cikgu".

Bagaimanapun, di Malaysia ini begitu mudah sekali memberi gelaran dan menggelar diri sendiri sebagai "Ustaz" padahal di zaman ini, sepatutnya Ustaz itu pendidikannya setaraf kelulusan PhD.

Artikel yang amat menarik:

http://dinaluzriq.blogspot.com/2008/06/mudahnya-memberi-gelaran-ustaz.html

http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=421175



hehe macam gelaran 'sir' kat sekolah lah
jadi cikgu sekolah dan mengajar dapat lah 'sir' tu
org UK punya lah susah nak dapat
Fergie kena dapat treble baru dapat 'Sir'
kat Malaysia joget2 sikit dapat datuk....

org Malaysia ni pemurah tak bertempat lah rasanya....tengok saja isu amah indon dapat gaji 800....rakyat Malaysia pun ada yang dapat gaji kurang dari tu................

totally outrages

:mad:
:mad:
:mad:

kasi :hammer: sama depa.....


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 10:32


tahun ni famili saya ambil inisiatif lain untuk bayar zakat fitrah.. biasanya setiap tahun,bayar kat amil tapi tahun ni bayar terus kat orang2 miskin..

kat kampung ada satu keluarga ni.. memang orang susah..dah kematian suami,anak ada 8orang..yang dijaga oleh si ibu 3 orang..5 lagi bagi kat orang lain jaga..

bukan tak percaya kat amil..tapi perasaan tu lain bila kita sendiri pergi tengok dan ziarah tempat tinggal orang miskin itu..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 10:49


Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Walaupun pada asasnya ustaz pada bahasa bermakna cikgu tetapi suasana di negara kita memandang tinggi pada gelaran ustaz, satu penghormatan, seolah-olah alim ulama, jadi idola dan ikutan. Malangnya panggilan yang terlalu mudah diberi walaupun kadang-kadang ilmu agamanya terlalu cetek menyebabkan ustaz-ustaz yang layak dipanggil ustaz ini turut tercemar. Malah drama2 tv juga sering memaparkan golongan ustaz sebagai orang yang kolot, ketinggalan, selekeh dan buzy body.

Hakikatnya ustaz sebenar pun tetap manusia biasa yang sering alpa. Namun janganlah terlalu mudah meletakkan gelaran ustaz pada yang tidak layak.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 10:52


Title ustaz atau tidak its not the point. yang perlu dibahaskan ialah umat islam keseluruhan yang mempunyai masalah IMAN...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 11:44


Pada 11-09-09 10:52 , Addey posting:

!!! QUOTE !!!

Title ustaz atau tidak its not the point. yang perlu dibahaskan ialah umat islam keseluruhan yang mempunyai masalah IMAN...


Kedua-duanya adalah point. Title Ustaz itu point supaya ustaz sebenar tidak kena tempias oleh Ustaz tampalan atau ustaz komisyen yang diceritakan oleh layar_sambar.

Iman juga point. Punca masalah adalah bermula dengan masalah Iman.

Alwalid,
Setuju sangat. Datuk atau Dato' rasanya gelaran yang kini tidak dipandang orang. Shah Rukh Khan pun dapat Datuk dan enggan datang menerimanya. Ada value lagi ke gelaran 'Datuk' atau Dato'?

Syarat utama untuk mendapat "Sir" adalah mengharumkan nama England dan membawa ekonomi kepada England. Tak tahulah kini, adakah rakyat negara Komenwel ada yang menerima "Sir".


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 11-09-09 15:23


gelaran tak beri apa makna pun, yang penting hati...ramai yang belajar agama pun tapi masih ada yang tak amalkan...pasal zakat2 ni kadang-kadang kesal juga, bila pusat zakat nak bagi bantuan kat anak yatim ke org miskin ke, mesti buat kat hotel2 besar, yang dapat bantuan cuma berapa kerat saja tapi yang tak bkenaan tu yang ramai... kalau belanja majlis kat hotel tu bagi kat anak yatim dan fakir miskin may be berbulan2 mereka boleh gunakan

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 15:51


Kejayaan sebenar bukan terletak pada pangkat darjat keturunan atau pencapaian bersifat keduniaan... tapi kejayaan mutlak ialah sejauhmana kita taat perintah Allah mengikut kaedah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 11-09-09 15:51


Beberapa bulan lepas saya menyatakan kepada emak saya, kalau dulu beliau hantar saya ke Ma'had mungkin hari ini saya dah jadi ustaz. Apa jawapan emak saya?

'kalau *** jadi ustaz, belum tentu *** berfikiran terbuka. silap-silap *** ego kerana rasa diri dah pandai. Dakwah pun belum tentu buat.'

mungkin itulah penalaran bonda saya. Ramai ustaz2 hari ini yang tak berdakwah, dan merasakan diri mereka cukup berilmu jika orang bukan ustaz seperti saya menyampaikan dakwah kepada mereka, mereka merasa tercabar dan menolak mentah2. realitinya pun... masih ramai ustaz tanpa rasa bersalah terlibat dengan riba', betul tak?

Apa pun ustaz dan ulama' yang jujur lagi amanah tetap ramai. Kepada mereka kita merujuk dan berjuang bersama.

p/s: saudara saya, ambil pengajian Islam di UM, akhirnya jadi SB. sekarang sibuk siasat pasal HT pula. kita nak buat apa dengan makhluk begini?

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 18:55


Pada 10-09-09 12:16 , Kang posting:

!!! QUOTE !!!

Manusia... begitulah. Tak kira ustaz atau tak ustaz.



Orang yang berakal memang takut jikalau digelar atau dipanggil "Ustaz" sebab ia adalah title yang berat.





erm.. memang berat.. thats why lah ada yang tak suka digelar ustaz even memang mengajar agama.... so jangan slaahkan dia lah Kalau dia buat sumthin yang tak mahu dikenal dengan titke tu..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

nauz
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.10.2006
Ahli No: 27003
Posting: 61

blank   avatar


posticon Posting pada: 12-09-09 06:36


mungkin ustaz2 tersebut diuji dengan 'duit'...... T_T

Bookmark and Share

    


  Member Information For nauzProfil   Hantar PM kepada nauz   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 12-09-09 15:20


Sebenarnya Allah dah beri akal setiap manusia untuk bezakan baik dan buruk . Sedangkan Ulamak pun ada kategori Ulamak Suu` .

Masyarakat kenalah pandai bezakan mana ustaz boleh pakai mana ustaz kena tolak .

Titile ustaz ni tak pernah dipinta . Tapi bila berkenalan dengan orang lain bagitau kata mengajar BArab saja cepat-cepat dipanggilnya ustaz . akhirnya nama pun tak kenal asyik panggil ustaz .

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 13-09-09 01:38


hmmm dah namanya manusia..cuma kalau golongan yang cenderung pada agama buat macam tu payah nak cakap ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 13-09-09 16:12


bukan kata duit saja...bila main dengan perempuan pun,gelaran ustaz tu hilang entah kemana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-09-09 23:13


الأنسن لا يخلوا عن الخطء والنسيان manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilpan dan kealpaan...

memang benar ada segelintir para asatizah yang pentingkan dunia..tetapi janganlah kita memukul rata..betul kata Hanan dan Syikh Kang..ustaz satu gelaran yang sangat berat..d tanah arab ustaz di maksudkan ialah Profesor...tetapi d malaysia ustaz...senang nak dapat title tu..

'ala kulli hal...insafi diri...w


-----------------
"kullu amm waentum bikhair".

Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

zulmi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.02.2006
Ahli No: 22909
Posting: 134
Dari: Bandar Baru Nilai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-09-09 22:17


salam ramadhan
dalam kealpaan kita meneruskan kehidupan didunia ni, situasi sebegini saban hari berlaku disekeliling kita, antara tanda-tanda akhir zaman, walaubagaimanapun jangan sampai kita tidak menghormati ustaz2 kita sehingga org kafir juga akan memandang serong pada ustaz2, so sama-samalah kita mendoakan agar sahabat-sahabat kita, pimpinan kita, kaum keluarga dan muslimin seluruhnya diberi hidayah oleh Allah Taala, apatah lagi sempena Ramadhan yang masih berbaki ni, penuhkan dengan amalan2 sebagai bekalan kita dihari muka. insyaAllah


-----------------
regards:
zulmi
"SAYA DOAKAN KITA SEMUA, BAHAGIA, KAYA, BERJAYA DAN DIRAHMATI SENTIASA"


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmiProfil   Hantar PM kepada zulmi   Pergi ke zulmi's Website   Quote dan BalasQuote

yina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 17978
Posting: 152
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-09-09 08:47


Salam..
actually...bergantung pada diri seseorang...tapi harus ingat pada mereka yang nak menjawat status ustaz..
harus menjaga keharuman dan nilai ketinggian pangkat "ustaz"
betul kata Hanan... kerna nila setitik ..rosak susu sebelanga
apapun kita cuma manusia ..tak terlepas dr melakukan kesilapan..tapi harus diingat..kita harus menolak jauh2 dari melakukan kesilapan...


-----------------
puteri_adam


Bookmark and Share

    


  Member Information For yinaProfil   Hantar PM kepada yina   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-09-09 13:21


betul, yina....
wa'allahu a'lam....
manusia memang lah... serba kekurangan, jangan tegah dek seorang semua macam tu... manusia memang pelupa... disebabkan habuan dunia... itu saja...
yang terlupa, boleh tegur dengan berhikmah....
yang tersalah, boleh berubah....
tak kisah lah, sama-sama saja semuanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-10-09 12:12


pandangan saya terhadap dakwaan diatas yang kebanyakan hanya dakwaan sahaja,memandangkan layar sambar ada direct access(bukan senang nak lihat penyelewengan,tambah pulak account zakat dan pasal sex imam2 tu, hanya org yang ada direct access dalam intitusi masjid dan zakat sahaja yang boleh tau)) dapat lihat dengan mata dan kepala sendiri, lebih baik laporkan penyelewengan tersebut.

p/s saya meragui maklumat layar sambar...yang drasakan hanya mengagak, andaian dan maklumat cakap dengar "hearsay".


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 20-10-09 17:05


salam..
selagi dia seorang manusia, tentu dia akan berbuat salah..kalau kita nampak, tegur saja terus..mungkin tu akan lebih baik...

selagi dia dekat dengan agama...tentu kesalahannya akan lebih terlihat..

memang bukan semua orang yang DIgelar ustz tu baik...

sebutan ustz tu sbetolnya jauh lebih tinggi dr gelar doktor..
gelar yang sangat-sangat berat...


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116158 saat. Lajunya....