Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 1 hari, 10 jam, 30 minit yang lalu


Copy & Paste
Topik: Hadiah Terbaik dan Terburuk..


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Hadiah Terbaik dan Terburuk..

Please Mendaftar To Post


Oleh Hadiah Terbaik dan Terburuk..

anmahar
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman

Kedah  


posticon Posting pada: 07-09-09 16:49


Assalamualaikum... :-)
Dapat dari email seorang sahabat... :-)
Moga cerita ini memberi manafaat buat kita semua insyaAllah... :-)

Hadiah Terbaik dan Terburuk..

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Loqman al-Hakim seraya berpesan: “Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan.” Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.
Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing iru.
Setelah kambing disembelih, Loqman mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu. “Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?” tanya ibu tersebut kepada Loqman. Loqman menjawab: “Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya.”
Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Loqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anmaharProfil   Hantar PM kepada anmahar   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-09-09 19:50


Waalaikumsalam

Bagus kisah tauladan ni. Banyak iktibarnya. sama-sama kita menjaga lidah dan hati kita. Jagalah lidah kita dari berbicara yang tidak baik dan menyinggung hati orang lain, mengadu domba dan sebagainya. Juga hati kita dari bersangka dan berhasad dengki pada orang lain. Dari dua anggota ini bukan sahaja boleh merosakkan diri kita jika digunakan ke jalan yang tidak baik tetapi boleh menghancurkan masyarakat dan negara. Jadikanlah ia hadiah terbaik...


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

ainul_mardhiah86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.10.2005
Ahli No: 19847
Posting: 207
Dari: tHe gArDen KnoWlEDge AnD ViRtUe

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 12:06


zaman kecik-kecik dulu dah baca cerita ni..banyak pengajarannya...


-----------------
HiDuP iNi InDah JikA sEgAlAnyA kEraNa AllAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_mardhiah86Profil   Hantar PM kepada ainul_mardhiah86   Quote dan BalasQuote

Aqoo
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.09.2009
Ahli No: 37470
Posting: 23
Dari: Melaka

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-09-09 12:25


jaga hati, jaga lidah
terjaga semuanya....

benda simple,
tapi susah nak buat,

sabar, istiqamah...
moga moga diredhai Allah swt

Bookmark and Share

    


  Member Information For AqooProfil   Hantar PM kepada Aqoo   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096025 saat. Lajunya....