Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-11-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
nasrun_qalbi: 11 hari yang lalu
sadiqah: 14 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Apa hukum derma darah pada siang hari bulan puasa?


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Apa hukum derma darah pada siang hari bulan puasa?

Please Mendaftar To Post


Oleh Apa hukum derma darah pada siang hari bulan puasa?

Ashrafi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.04.2005
Ahli No: 16216
Posting: 31
Dari: Alor Star

Kedah  


posticon Posting pada: 27-02-09 17:53


Nak tanya kalian..mungkin kita boleh berkongsi ilmu.

Ada tak nas2 atau kaedah fekah mengenai hukum derma darah pada siang hari bulan puasa? Dari sudut kesihatan bagaimana?

Harap kita boleh berkongsi ilmu mengenai masalah ini untuk pengetahuan bersama..

Syukran lakum!!! :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For AshrafiProfil   Hantar PM kepada Ashrafi   Pergi ke Ashrafi's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 10:56


Waalaikumsalam..

Saya rasa tak ada masalah nak derma darah time puasa..cuma bergantung pada penderma tu lah.. tengok pada kesihatan dia..
Tak silap saya Tabung Darah Negara ada buat sekarang ni.. sesiapa yang nak derma darah time bulan puasa ni,boleh lah.. Disediakan sekali untuk juadah buka puasa..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

kakisamun
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 630
Posting: 2852
Dari: perut ibuku

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 11:09


MUKADDIMAH

Timbul perselisihan pendapat berkenaan dengan hukum mengeluarkan darah dari tubuh orang yang berpuasa. Polemik ini timbul kerana ada hadis yang meunjukkan batalnya orang yang berbekam dan ada hadis yang menunjukkan sebaliknya. Hukum yang disebut dalam hadis adalah berbekam. Ia boleh disamakan dengan mana-mana keadaan mengeluarkan darah seperti orang yang menderma darah mereka. Oleh itu para ulama membahaskan tentang hukum berbekam.

KHILAF PARA ULAMA

Ulama berselisih berkenaan dengan hukum berbekam. Mereka terbahagi dua pendapat:-

Pendapat pertama: Berbekam membatalkan puasa.
Ini pendapat mazhab Hambali, Ishak, Ibnu Munzir, kebanyakan Fuqaha hadis dan Ibnu Taymiyah.

Dalilnya:

Nabi saw bersabda:


أفطر الحاجم والمحجوم


"orang yang membekam orang dan orang yang berbekam batal puasanya." (hari Tirmizi - sahih)

Pendapat kedua: Berbekam tidak membatalkan puasa.
Ini pendapat Kebanyakan ulama dahulu dan kini, termasuklah mazhab Syafie.

Dalilnya:


احتجم رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو صائم


" Rasulullah saw berbekam dalam keadaan berpuasa." (hari Bukhari, Abu Daud dan lain-lain - sahih)

Ulama pendapat kedua mengatakan hadis ini memansuhkan hadis yang mengatakan orang yang berbekam terbatal puasanya. Ini kerana berdasarkan hadis berikut:

1. Hadis riwayat Abi Said al-Khudri:

رخص رسول الله صلى الله عليه وسلم للصائم في الحجامة

"Rasulullah saw mengizinkan kepada orang berpuasa untuk berbekam." (DaruQutni - beliau berkata sanad hadis ini tidak ada illat)

Ibnu Hazm berkata:

Perkataan "tarkhis" (رخص;) menunjukkan hanya berlaku selepas tegahan. Oleh itu hadis ini memansuhkan hadis yang membatalkan puasa orang yang berbekam.

2. Hadis riwayat Anas bin Malik ra, beliau menceritakan:

"mula-mula kami dilarang berbekam ketika puasa ialah ketika baginda saw lalu berhampiran saja'far bin Abu Talib yang sedang berbekam. Nabi saw bersabda "Kedua orang ini batal puasanya." Kemudian Nabi saw telah membenarkan berbekam kepada orang yang berpuasa." (hari DaruQutni - beliau berkata sanad hadis ini tidak ada illat)

KESIMPULAN: PENDAPAT KEDUA LEBIH KUAT.

Oleh itu berbekam (cupping), menderma darah (blood tranfusion) dan perkara yang melibatkan mengeluarkan darah yang lain adalah tidak membatalkan puasa.

Rujukan: Muftiratus Siam al-Muasirah oleh Dr Ahmad Muhammad khalil.

http://akhisalman.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakisamunProfil   Hantar PM kepada kakisamun   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 11-09-09 11:19


hehe apa susah kalau nak derma darah ni...
pusat darah ni ada buka kaunter derma darah pada waktu malam jugak...
derma saja waktu malam...

lagi satu dari segi hukum..biarkanlah orang yang berpengetahuan untuk menerangkannya...

dari segi praktikal..apa yang saya tahu... nak derma darah ni kena ada beberapa syarat antaranya

- cukup tidur 8 jam..
- sudah mengambil sarapan pagi (kalau derma sebelum thari), dah lunch kalau derma petang...
- selepas derma digalakkan untuk mengambil makanan dan minuman bagi mengembalikan tenaga semula...


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.123059 saat. Lajunya....