Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminar NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




  Yang Masuk Ke Sini
hajime_kindaichi: 17 jam, 12 minit yang lalu
isa777_musa: 21 jam, 55 minit yang lalu
zam_rizal: 10 hari yang lalu
wanja: 20 hari yang lalu
MTMKi: 27 hari yang lalu
Kang: 28 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: Mengapa Wanita Sangat Istimewa...


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» Mengapa Wanita Sangat Istimewa...

Please Mendaftar To Post


Oleh Mengapa Wanita Sangat Istimewa...

syift
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.12.2008
Ahli No: 36558
Posting: 49
Dari: Diatas Bumi yang Nyata....

Perak  


posticon Posting pada: 24-02-09 15:12


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih lah..dah lewat ni, i nak tidur lah...."
Mama pun pergi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ada pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh kejap...
susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang lah air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin lah gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ada lagi...ishh. ..ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh lah kejap....pergi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok saja lah basuh...sidai kaian lap saja lah...
tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

baru teringat tak sembahyang lagi...on da way nak pergi bilik, papa tengok tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang, towel...towel kecik untuk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol kejap...ok settle...

ternampak pulak beg pergi kerja...emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni saja...salin kejap barang2 pergi beg coklat...cek semua 6 poket beg, takut lah tetinggal apa-apa..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu lah yang nak pakai nanti...hishhh sempit lah beg ni...hangin saja...nak kena beli ni beg baru...rasanya 25 hb ni Sogo sale ini...mana flyers tadi ek...ha ni dia..ok, catit kejap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...

tiba-tiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tidur.."...."..yelah nak tidur lah ni..nak sembahyang kejap..."

masuk toilet..buat apa-apa yang patut...cuci muka dulu..2 jenis pula tu...adoi..gosok gigi...sembahyang. ..pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...
nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..

buka almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...
lah, Kenapa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ada lagi, dah bersemut dah..ishhh ...pergi dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok-elok...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

dengar suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram kejap...check kejap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang-senang saja mat indon masuk rompak rumah aku...buka lampu luar..

ni mainan ni sepah2...masukkan lah dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ada...adoi.. ..ok dah ...

ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan dia...lah..Kenapa basah ni...emm, tukar lah pempers ni...tak bagus lah brand ni, nanti nak tukar lain lah...nanti pergi Sogo 25 hb ni beli lah sekali...ok sayang tidur k...kalau boleh jangan lah bangun tengah malam ni eh..tidur sampai pagi k...good nite..sweet dreams...

aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku ini...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok...pagi pukul 9.30 ada meeting..
ahh...boring. ..panas pulak lotion ini..dah lah...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tidur lah...cerita pun tak best malam ni, bola pun tak ada..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu Kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ada BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...
foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira lah wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka...untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...
:berfikir:


-----------------
"Usahlah kau merebut kasih,Yang engkau sendiri tidak pasti,Kerana Tiada Kasih Yang Abadi melainkan kasih ILAHI......"


Bookmark and Share

    


  Member Information For syiftProfil   Hantar PM kepada syift   Pergi ke syift's Website   Quote dan BalasQuote

syift
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.12.2008
Ahli No: 36558
Posting: 49
Dari: Diatas Bumi yang Nyata....

Perak  


posticon Posting pada: 24-02-09 15:21


info tmbhan...hehehee

erti wanita jugak....

Di muka bumi ini ada berbagai jenis makhluk hidup yang merupakan ciptaan Allah SWT. Ada yang disebut manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan makhluk lainnya yang sudah tentu memiliki jenis yang berbeda–beda. Di antaranya adalah manusia yang memiliki dua jenis lelaki dan wanita antara positif dan neg hati f yang memerlukan menarik dan menolak diantara satu dengan yang lain dalam keadaan tertentu . Hal ini sesuai dengan firman Allah SWT dalam Al-Qur’an Petikan dari Surah An-Nisa Ayat 1 yang berbunyi

سُوۡرَةُ النِّسَاء

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ۬ وَٲحِدَةٍ۬ وَخَلَقَ مِنۡہَا زَوۡجَهَا وَبَثَّ مِنۡہُمَا رِجَالاً۬ كَثِيرً۬ا وَنِسَآءً۬r04;ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَr04;ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبً۬ا (a279;١a279

Maksudnya : Hai segenap manusia! Takutlah olehmu kepada Tuhanmu yang Dia telah jadikan kamu dari nafas yang satu , dan Dia telah jadikan dari padanya akan jodohnya, dan daripadanya Dia kembang biakkan banyak orang lelaki dan perempuan.

Ini disokong Petikan dari Surah Al-Hujarat Ayat 13 yang berbunyi

سُوۡرَةُ الحُجرَات



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْr04;ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡr04;ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (a279;١٣a279

Maksudnya: Wahai segenap manusia! Sesungguhnya Kami telah jadikan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan , dan kami telah jadikan kamu beberapa puak dan beberapa suku bangsa , agar supaya kamu saling berkenalan tahu mengetahui.

Allah telah menciptakan manusia dengan kekuasaannya dengan sempurna. Dan telah menciptakan manusia dengan jenis yang berbeza. Manusia yang diciptakan Allah SWT pada dasarnya ada dua jenis yaitu laki – laki dan wanita, yang masing-masing mempunyai perbezaan.



Wanita yang disebut juga Perempuan, Puteri, Isteri , Ibu adalah sejenis mahluk dari bangsa manusia yang halus kulitnya, lemah sendi tulangnya dan agak berlainan bentuk serta susunan tubuhnya dengan bentuk dan susunan tubuh laki-laki.

Dan ada satu hal lagi yang membedakan Iaitu pada umumnya kaum wanita lebih halus dan lembut tutur katanya ini terbukti dalam kehidupan seharian setelah memiliknya. Allah SWT menciptakan mahluknya berpasang – pasangan. Tidak terkecuali wanita yang diciptakan untuk pasangan bagi kaum lelaki yang akan menyempurnakan kelangsungan hidup manusia dimuka bumi ini. Lelaki tidak akan tenang dan tenteram hidupnya bila tidak berdampingan dengan wanita dan wanita juga sebaliknya.

Allah menjadikan wanita berbeza dengan kaum laki – laki baik dilihat dari bentuk tubuhnya, kekuatannya maupun hal lain yang membezakan diantara keduanya yang perlu memerlukan diantara satu-satunya . Ada hadis yang menyebutkan bahawa dari Petikan Hadis Riwayat Imam Bukahri dan Muslim dari Abu Hurairah .a yang maksudnya : Hendaklah kamu beri nasihat pada orang - orang perempuan itu dengan baik–baik, kerana sesungguhnya orang perempuan itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki ialah yang paling atas.

Tentang hadis itu dan banyak hadis lain yang menyebutkan bahwa wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki, memang sah dan ertinya menurut logat memang demikian, hanya kebanyakan orang yang mengertikannya yang kurang luas. Kalau diertikan secara mentah, tentu akan mendatangkan kekeliruan yang besar . Kita ambil contoh saja dalam mengertikan ayat berikut Petikan dari Surah Al-Anbiyaa Ayat 37 yang berbunyi

سُوۡرَةُ الاٴنبیَاء



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

خُلِقَ ٱلۡإِنسَـٰنُ مِنۡ عَجَلٍ۬r04;ۚ سَأُوْرِيكُمۡ ءَايَـٰتِى فَلَا تَسۡتَعۡجِلُونِ (a279;٣٧a279

Maksudnya : Manusia itu dijadikan dari tergopoh – gopoh.

Jika ayat ini diertikan begitu mentah dan secara harfiah saja atau dengan apa adanya susunan katanya, sudah barang tentu manusia tidak akan dapat menerimanya, kerana fikiran mereka tidak mungkin menerima erti yang sedemikian itu. Dan sebenarnya ayat itu harus diertikan dengan cara majazy (bukan hakiki) , kerana ayat itu mengandung erti kiasan yang merupakan sindiran. Iaitu menyindir bahwa manusia itu bersifat tergopoh - gopoh, terburu– buru , tergesa-gesa . Jadi ayat itu sesungguhnya bererti , bahawa : Perangai atau watak manusia itu suka tergopoh–gopoh, tergesa–gesa yang seakan– akan perangai itu sudah dari asal mula kejadianya.

Dengan demikian erti hadis yang menyebutkan bahawa wanita tercipta dari tulang rusuk lelaki dapat diertikan juga bahawa : Mahluk bangsa manusia perempuan itu mempunyai peringai atau tabi’at suka bengkok / tidak lurus dan ganjil , menyalahi akan lelaki seperti halnya tukang rusuk.





Kerana dari suka bengkoknya itu , seakan–akan ia dari asal mula kejadiannya diumpamakan dari tulang rusuk yang bengkok tadi Kalau diluruskan dengan keras akan patah ( pecah ) , dan kalau dibiarkan begitu saja akan bengkok selamanya.

Janganlah salah mengertikan, sebagaimana pengertian para ahli kitab ( Yahudi - Nasrani ), kerana menurut bunyi dari Bybelnya yang menyatakan , bahawa Hawa itu dijadikan dari tulang rusuk Adam. Yang selanjutnya lalu dipergunakan untuk dalil , bahawa orang perempuan itu dijadikan dari tulang rusuk lelaki. Karena sesungguhnya antara lelaki dan wanita itu sama–sama di ciptakan Allah dari yang sama cuma berbeza bentuk tubuh dan tabi’atnya.

Hal ini agar dapat menunjukkan mana yang lelaki dan mana yang wanita. Dengan perbezaan ini maka lelaki dan wanita dapat saling mengerti, saling mencintai, sayang-menyayangi, kuasa–menguasai, tolong–menolong , saling menyelamatkan dan saling berdampingan untuk bersama–sama mengarungi kehidupan dimuka bumi ini .

Karena itu , kita sebagai manusia hendaknya insaf, janganlah timbul salah sangka tentang adanya perbezaan jenis dan sifat antara lelaki dan wanita. Allah menjadikan lelaki dan wanita dengan diberi beban dan tugas kewajiban sesuai dengan fitrah dan tabi’atnya masing-masing. Mereka tinggal ta’at dan patuh terhadap peraturan Allah SWT dengan tentu dan pasti , yang dengan Qudrat dan IradatNya dan dengan Ilmu dan HikmahNya. Kita harus selalu bersyukur dengan kehendak Allah , jangan kita menentang kehendakNya.

والسلام

waallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syiftProfil   Hantar PM kepada syift   Pergi ke syift's Website   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 24-02-09 16:43


Istimewanya seorang ibu..Semoga Allah sentiasa merahmati,menyayangi dan sentiasa menghitung segala kebaikan-kebaikan ibu:-)


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.094391 saat. Lajunya....