Salam
Terdapat 2 isu pokok yang mendasari isu gambar bogel Elizabeth Wong.
Pertama isu penyebaran gambar bogel tersebut yang pastinya tidak ada sesiapa yang berfikiran waras dan bermoral akan merestui perkara tersebut.
Kedua, kehadiran lelaki dalam rumah seorang wanita berstatus bujang yang tidur dalam keadaan terlanjang pastinya mencetuskan persoalan moral dan nilai yang besar.
saya nak ulas isu pertama dahulu,iaitu isu penyebaran gambar , dewasa kini dengan adanya teknologi terkini ruang privasi seseorang dah makin kecil. tambahan pula dengan gaya hidup masakini dan unsur unsur liberarisasi barat. ya mungkin (perlu disahkan dahulu oleh siasatan polis) eli terlibat dengan kehidupan pribadi yang tak bermoral, tapi itu bukan hak pihak-pihak tertentu untuk membuat penyebaran gambar-gambar pribadi beliau.dan ini kalau dari segi ajaran Islamnya pun salah, mencari-cari rahsia dan keburukan orang lain.
Dari Abu Hurairah .a, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Awasilah diri kamu daripada berjahat sangka kerana jahat sangka itu sebohong-bohong cakap dan janganlah juga kamu mengintip rahsia-rahsia orang, jangan mencari berita buruk, jangan berhasad dengki, jangan bermasam muka dan jangan bermarah-marahan, sebaliknya jadikanlah semua itu saudara-mara.” (Hadith Rasulullah s.a.w)
saya menukilkan hadis ini bukanlah nak membela eli (yang mungkin salah dari segi moral) tapi mengingatkan secara umum bahawa mengcungkil-cungkil rahasia dan keaiban orang lain itu adalah perbuatan keji(juga perbuatan tidak bermoral)
ok lah isu kedua, "kehadiran lelaki dalam rumah seorang wanita berstatus bujang yang tidur dalam keadaan terlanjang pastinya mencetuskan persoalan moral dan nilai yang besar.”
Sememangnya aspek moral dan tuntutan agama kini melihatkan eli seorang yang rendah moral(tertakluk kepada siasatan polis). dan sebagai pemimpin beliau seharusnya menjaga intergriti dan moralnya (kalau pun beliau tidak beragama) supaya sentiasa bersih dan terpuji.oleh yang demikian tindakan beliau dengan meletakkan jawatan sebagai exco dan adun adalah tepat, masyarakat dinegara kita tidak akan dapat menerima seorang pemimpin yang rendah moralnya. dan kehadiran seorang lelaki didalam rumahnya ketika itu juga menimbulkan persoalan besar.apa pun sekiranya gambar itu ditangkap secara curi-curi atau eli berjaya membuktikan bahawa dia tidak langsung menyedari kehadran lelaki itu maka ini semua hanyalah fitnah semata, apa pun biar perundangan menentukan.
PKR sebagai parti politik bukanlah satu badan yang nak halal kan atau haramkan sesuatu.saya telah membaca kebanyakan kenyataan pemimpin PKR berhubng isu ini , tiada siapa pun pun kata ok kepada persoalan yang berkisar isu sex sebelum kahwin tiada siapa halalkan sex sebelum kahwin. saya nak lontarkan dua isu di sini
1. Di dalam undang-undang (kecuali undang-undang syariah) ada ke katakan seks sebelum kahwin (suka sama suka) adalah kesalahan.(saya bukan seorang yang liberal tapi inilah fakta undang-undang di negara kita ini).
2. Dari segi moral dan agama ya perbuatan eli ni (jika benar tertakluk kepada siasatan polis) sememangnya tidak baik dari segi moral dan tidak baik dan berdosa dari segi agama.
Jadinya ada dua keadaan, walau pun eli secara moralnya dikatakan tidak baik (jangan lupa dia bukan Islam) tetapi secara undang-undang dia tak bersalah (jangan lupa dia bukan islam).
Eli pasti akan kekal dengan melepaskan jawatannya walaupun PKR minta dia bercuti, Kenapa PKR minta dia bercuti , supaya dia bertenang dan untuk meredakan isu ,sebab isu utama yang sepatutnya di beri penekanan ialah isu penyebaran gambarnya. Cuba bayangkan gambar kita ketika sedang mandi pakai seluar kecik atau pun tak pakai langsung didalam bilik air tiba-tiba berada dalam internet apa perasaan kita itu . Kita nak fikir pasal moral dulu ke atau fikir pasal “siapa yang menyebarkan”.Itu yang saya rasa eli tengan fikir sekarang ni.
http://ryzulosman.blogspot.com-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.