Pengasas Islam Hadhari, Datuk Mohd. Nakhaei Ahmad, kali ni melancarkan hukum baru dalam Islam Hadhari, iaitu dakwah kerja part time. kawan-kawan bacalah ye...
Dakwah kerja part time? sumber: www.mykhilafah.com
KUALA LUMPUR 13 Feb. - Penganjuran semula Bulan Dakwah dengan format baru selepas 30 tahun tidak disambut, mampu membentuk kefahaman mengenai agama Islam dalam kalangan masyarakat negara ini. Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad berkata, penekanan terhadap aspek kefahaman sangat penting demi mengekalkan keharmonian antara kaum seterusnya membentuk pemikiran umat yang progresif. ''Malah, dakwah tidak memerlukan tindakan yang ekstrem, cuma amalan biasa yang dilakukan seperti bersedekah dan bantu-membantu yang jelas memberikan mesej bahawa Islam itu indah," jelas beliau.
Sekali baca, mungkin ramai yang tidak tahu di mana silapnya kenyataan di atas. Juga, mungkin ramai yang akan memuji langkah yang disarankan, yakni menghidupkan semula “Bulan Dakwah"
Bagi pembaca yang prihatin, mereka akan terfikir apakah amalan dakwah ini hanya perlu dilakukan di dalam bulan-bulan tertentu sahaja, sepertimana amalan puasa di bulan Ramadhan? Juga, apakah dakwah ini hanya perlu dijalankan di dalam bentuk seperti kempen sehingga perlu dianjurkan “Bulan Dakwah”? Apakah cukup hanya dengan menganjurkan bulan dakwah, maka kewajipan seseorang di dalam berdakwah sudah dikira terlaksana?
Sesungguhnya dakwah adalah suatu kewajipan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT tanpa masa-masa atau minggu-minggu atau bulan-bulan tertentu. Dakwah wajib dilakukan sepanjang masa tanpa henti. Dakwah merupakan ‘sebahagian dari kehidupan’ kaum Muslimin. Ia tidak boleh berhenti atau hanya di amalkan di dalam bulan-bulan tertentu sahaja. Menghentikan dakwah bererti telah menghentikan satu kewajipan di dalam agama dan hal ini adalah haram. Dakwah bermaksud menyeru kepada kebaikan, menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan ia sesungguhnya meliputi setiap perkara. Firman Allah,
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang mungkar (buruk dan keji). Dan mereka inilah orang-orang yang beruntuang.”
Firman Allah lagi,
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)."
Dengan begitu banyak ayat yang mana Allah menyeru agar kita berdakwah secara menyeluruh dan tanpa masa-masa tertentu, apakah logik untuk kita melakukan dakwah hanya di dalam bulan-bulan tertentu sahaja, bahkan Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita bahawa baginda berdakwah siang dan malam tanpa henti dan tanpa cuti. Begitu jugalah yang telah ditunjukkan oleh para sahabat di mana mereka berdakwah sehingga nyawa mereka menjadi taruhan. Dan berapa ramaikah di kalangan sahabat yang telah berdakwah di jalan Allah sehingga mereka syahid, hanya semata-mata kerana berdakwah menyampaikan Islam.
Apakah orang yang bergelar ulama masih buta dengan semua ini dan hanya mahu berdakwah dengan bersedekah dan bantu-membantu sahaja? Sungguh jauh mereka dari dakwah Rasulullah dan para sahabat!!! Rasulullah SAW dan para sahabat menggadaikan harta dan nyawa kerana berdakwah di jalan Allah, manakala orang yang bergelar ulama pada hari ini hanya berdakwah kerana inginkan harta dan kehidupan yang mewah.
Sesungguhnya dakwah Islam wajib bersifat menyeluruh, yakni menyentuh seluruh aspek kehidupan, ibadah mahupun politik. Bagi mereka yang mementingkan pangkat, kedudukan, harta dan nyawa, maka mereka hanya menyeru berdakwah di bidang ibadat semata-mata, itu pun di dalam ruang lingkup yang sangat terbatas. Bidang politik langsung mereka tinggalkan, malah mereka memisahkannya dari kehidupan sesuai dengan ajaran sekular dan sesuai dengan kehendak pemerintah yang membayar mereka sedikit gaji dan memberikan mereka sedikit pangkat.
Dakwah Islam sesungguhnya perlu ditampilkan dalam pemikiran yang menyeluruh sebagai muajalah li masyakil insan (penyelesaian kepada segala masalah manusia) kerana itulah hakikatnya. Islam adalah agama yang sempurna, dan kesempurnaan Islam itu mencakup aspek spiritual dan juga politik.
Namun oleh kerana terlalu lama dibendung sekularisme, maka Islam dan dakwah tidak lagi ditonjolkan dalam wajah dan sifat sebenar. Apatah lagi dengan adanya ulama upahan murahan yang hanya membawa dakwah sekadar apa yang diinginkan oleh Barat dan sekadar memenuhi kehendak pemerintah mereka yang sekular.
Bagi pemerhati yang cermat, mereka pasti bersetuju bahawa masalah umat Islam hari ini adalah kerana tidak diterapkan syariah dalam kehidupan mereka. Syariah merupakan satu-satunya cara hidup yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada umat Islam. Kehidupan syariah merangkumi semua aspek kehidupan yang menepati fitrah manusia. Namun, sayangnya institusi pemelihara syariah, Daulah Khilafah telah diruntuhkan oleh Mustafa Kamal Attartuk laknatullahi pada 3 Mac 1924. Kini, yang tinggal hanyalah institusi ‘Daulah Demokrasi’ yang memerintah dengan undang-undang yang mereka buat berdasarkan hawa nafsu mereka sendiri.
Sejak dari itu, umat Islam hidup dalam perpecahan, tertindas, terasing dari persatuan dan kesatuan dan terperosok jauh ke lembah kehinaan. Sejak dari itu juga, muncullah ulama-ulama yang hanya tahu menjaga kepentingan pemerintah, dan bukannya menjaga kepentingan Islam. Muncul banyak kerajaan yang zalim yang mengatasnamakan demokrasi, dan mereka ini hanya menjaga kepentingan Barat dan kepentingan perut masing-masing.
Apabila muncul gerakan-gerakan Islam yang berusaha berdakwah untuk mengembalikan semula kehidupan Islam dan menegakkan semula Daulah Khilafah, maka gerakan ini akan dicop sebagai ekstrem dan berbahaya. Dan gerakan ini akan diperangi oleh pemerintah dan mereka cuba menghindarkan masyarakat dari menyertai gerakan seumpama ini.
Jika ada gerakan yang hanya bergerak di bidang ibadah seperti menyeru kepada solat, sedekah dan amalan-amalan sunat yang lainnya, maka gerakan ini dibolehkan.
Apabila muncul gerakan Islam yang moderate dan liberal, maka gerakan-gerakan ini disokong dan dibantu.
Inilah kedudukan pemerintah sekarang, dan bertambah malang bagi umat Islam, pemerintah ini di topang oleh golongan-golongan yang bergelar ulama, yang diberi sedikit habuan dunia kepada mereka agar sentiasa berperilaku menyokong pemerintah yang zalim ini. Dan mereka ini menyeru agar kita berdakwah di dalam ruang lingkup yang amat sempit dan hanya perlu dilakukan secara part time sahaja!!!