Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 234
Ahli: 0
Jumlah: 234




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 22 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Tabung HARAKAH Diserah Kepada HAMAS


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Tabung HARAKAH Diserah Kepada HAMAS

Please Mendaftar To Post


Oleh Tabung HARAKAH Diserah Kepada HAMAS

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 12-02-09 22:26


Terima Kasih para Ikhwan, moga sumbangan antum menyalakan Obor JIHAD Falestin!:

Hamas hargai Harakah, terima sumbangan RM500,000
Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh
tahu | Feb 12, 09 | 3:43:12 pm MYT

/

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Hamas, pertubuhan Islam yang berjuang menentang keganasan rejim Zionis Israel dan berusaha memerdekakan bumi Anbia, Palestin merakamkan ucapan terima kasih kepada Harakah yang menjadi penganjur Tabung Kemanusiaan Harakah yang berjaya mengumpulkan dana sejumlah RM500,000 untuk diserahkan bagi tujuan membantu penduduk Gaza.

Rakaman penghargaan itu disampaikan sendiri oleh pemimpin Hamas Sami Abu Zuhri yang menjadi tetamu kehormat dalam Majlis Rayuan Gaza yang dianjurkan Harakah di Hotel Putra, Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Turut Hadir dalam Majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang, Pengerusi Harakah, Dato' Mustafa Ali, Pengarah Urusan Harakah Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh, Ahli Parlimen PAS Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali.

Selain itu, majlis turut dihadiri para penyumbang dana terdiri daripada NGO Islam, pemimpin PAS kawasan, Kelab Penyokong PAS, Kijang Care dan individu-individu, tidak terkecuali lapisan masyarakat bukan Islam yang turut bersimpati dengan penderitaan rakyat Palestin.

/

Dalam majlis tersebut Harakah melalui Pengerusinya Dato' Mustafa Ali menyampaikan sumbangan dana Tabung berjumlah RM500,000 kepada Sami selain beberapa pihak yang mengambil bahagian untuk menyampaikan sendiri sumbangan wang tunai dan cek kepada pemimpin Hamas itu yang secara keseluruhannya berjumlah kira-kira lebih RM400,000.

Antara penyumbang yang hadir adalah PAS Seksyen 18 Shah Alam, Pusat Khidmat Masyarakat Taman Templer, Surau Al-Mujahidin Bandar Baru Bangi, Tuan Haji Abdul Rahman dan NGO Haluan melalui wakilnya Ustaz Darus Senawi dengan sumbangan RM100,000.00.

Turut menarik perhatian dalam majlis itu, ialah seorang penderma yang tidak mahu dikenali telah menyumbangkan sumbangan sejumlah RM250,000.00 kepada Tabung, yang disampaikan melalui kiriman cek kepada kakitangan Harakah, Habib yang menyerahkannya kepada Mustafa dalam majlis itu.

Sebelum itu, Sami dalam ucaptamanya memberitahu bahawa sebenarnya Hamas telah menang dalam peperangan itu apabila secara tidak langsung memaksa Israel mengadakan gencatan senjata dan cuba untuk mengadakan rundingan bersyarat yang sama sekali tidak akan diterima oleh Hamas.

/

"Kami menolak sebarang syarat dan perjuangan kami akan terus menentang kekejaman Israel sehingga Israel keluar dari bumi Anbia, Palestin.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Harakah yang menjadi penganjur majlis dan tabung ini dan kami terharu dengan sokongan yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk yang bukan Islam yang telah meyumbangkan dana dan membantu meringan penderitaan penduduk Palestin.

"Semoga Allah menerima jasa baik sumbangan anda ,"
katanya dalam bahasa Arab yang diterjemahkan semula oleh warga kerja Harakah Ustaz Zainuddin Hashim.

/

Sami Abu Zuhri merupakan jurucakap rasmi Hamas yang juga merupakan seorang pensyarah daripada Universiti Islam Palestin yang sedang menyiapkan tesisnya di Damsyik dalam pengajian sejarah Pejuang Salahuddin Al-Ayubi. Bagaimanapun Universiti tersebut telah musnah diserang dan dibom oleh Israel.

Beliau yang berucap di hadapan para wartawan daripada pelbagai media, menyeru supaya rakyat Malaysia tidak 'tersalah' menyumbang derma kepada pihak-pihak atau agensi yang tidak betul kerana khuatir sumbangan itu tidak sampai kepada penduduk Palestin.

"Kami seru supaya serahkan dana kepada agensi yang beramanah dan bertanggungjawab atau anda datang terus ke Gaza, untuk sampaikan sendiri kepada penduduk di sana," katanya.

Sementara itu, ketika ucapan mukadimah Majlis, Ustaz Ahmad Awang menjelaskan bahawa PAS sentiasa menyokong penuh perjuangan Hamas dan menggesa supaya kerajaan Malaysia juga turut mengikitiraf perjuangan Hamas demi memerdekakan bumi Palestin daripada cengaman biadap Israel yang berlanjutan sejak 60 tahun lalu.

"Fatah telah gagal...'Fatah seperti patah perjuangan'..." katanya sinis yang turut mendapat respon hadirin.

"Kezaliman Yahudi telah diceritakan dalam al-Quran yang akan terus dilakukan sampai bila-bila. Kita akan terus menyokong Hamas dan sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin,"
katanya.

Dalam pada itu Mustafa Ali selaku Pengerusi Harakah juga kagum dan menghargai sumbangan besar yang disalurkan oleh orang ramai ke Tabung Kemanusiaan Harakah yang mendapat sambutan cukup menggalakkan.

"Dalam banyak-banyak tabung yang Harakah tubuhkan, inilah pertama kali Tabung yang mendapat sumbangan besar dalam masa singkat dan saya begitu menghargai keprihatinan orang ramai dan menyeru untuk terus menyumbang.

"Dan yang pasti ini bukan sumbangan terakhir kita kepada Palestin dan perjuangan Hamas. Kita akan terus membantu dari masa ke semasa dan akan menghantar misi kita ke sana,"
katanya.

Di majlis itu turut ditayangkan 'slide show' selama 10 minit tentang penderitaan penduduk Gaza dan ucapan 'pembakar semangat' Presiden PAS di dalam Parlimen tempoh hari yang mengecam tindakan zalim Zionis manakala majlis tamat sekitar jam dua petang setelah pemimpin Hamas itu mengadakan sidang medianya.-azm_


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-02-09 00:49


salam....
ana sokong sokmo apa yang harakah buat selagi mana ia tidak menyimpang dari batasan agama..
Allahuakbar...
wallahua'lam//

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 13-02-09 18:35


Buka pintu jihad, Baitulmaqdis milik umat Islam dunia - Presiden PAS
Khairul Azlam Mohamad
Fri | Feb 13, 09 | 10:46:35 am MYT

KUALA NERUS,13 Feb (Hrkh)- Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahukan pintu jihad di Palestin dibuka kepada umat Islam di seluruh dunia.

Ini kerana, katanya Baitulmaqdis dan Palestin bukan hak milik orang Arab sahaja tetapi menjadi hak umat Islam di seluruh dunia.

"Buka pintu jihad kepada umat Islam kerana Palestin bukan hak orang Arab sahaja. Baitulmaqdis bukan hak orang Arab sahaja kerana Palestin dan Baitul Maqdis hak umat Islam di seluruh dunia.

"Ketahuilah, wahai kuasa-kuasa besar dunia apa yang berlaku di Gaza ialah 'kepalanya di Gaza dan ekornya di Indonesia'.

"Itu panjangnya tentera Islam. Sejumlah 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia. Walau pun kerajaan-kerajaannya takut tetapi rakyatnya bersemangat,"
tegasnya ketika berucap pada majlis Ceramah Perdana Rayuan Gaza di Padang Bola Pekan Batu Enam, dekat sini, semalam.

Katanya, peperangan di Gaza itu merupakan 'peperangan Ahzab' sebagaimana yang pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.

Menurutnya, peperangan tersebut sekaligus bagi menguji keimanan orang Islam dan kerajaan Islam di seluruh dunia.

Namun begitu, beliau berkeyakinan bahawa umat Islam akan mencapai kemenangan di Palestin serta tentera Yahudi dan Israel akan dikalahkan.

"Hari ini orang Yahudi sudah menunjukkan tanda-tanda kekalahan. Mereka (Yahudi) bergaduh sesama sendiri sangat dahsyat.

"Hari ini, hari Israel mengadakan pilihan raya, dia bergaduh sesama sendiri. Berperang antara parti-parti politik di Israel. Hari ini orang-orang Yahudi membina kubu-kubu di kampung-kampung mereka. Kubu dibina dari konkrit yang teguh dan mereka mendirikan tembok-tembok," jelasnya.

Apa yang berlaku hari ini, kata Ustaz Abdul Hadi adalah tanda-tanda kemenangan Islam dan tanda-tanda Israel akan dikalahkan dengan izin Allah SWT.

Tetamu yang hadir pada majlis tersebut jurucakap pemimpin Hamas Palestin iaitu Sami Abu Zuhri yang pernah merengkok dalam penjara Israel selama enam tahun.

Sebelum itu beliau pada sebelah siangnya, berada di Majlis Rayuan Gaza dan Tabung Kemanusiaan Harakah di Kuala Lumpur dan menerima sumbangan dana sejumlah RM500,000 daripada tabung tersebut manakala lebih RM400,000 daripada pertubuhan, NGO dan individu yang menyampaikan sendiri kepada Sami dalam majlis tersebut.

Hadir sama dalam ceramah semalam, Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Abu Bakar Chik.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-02-09 12:09


Hamas hargai Harakah, terima sumbangan RM500,000

Hamas, pertubuhan Islam yang berjuang menentang keganasan rejim Zionis Israel dan berusaha memerdekakan bumi Anbia, Palestin merakamkan ucapan terima kasih kepada Harakah yang menjadi penganjur Tabung Kemanusiaan Harakah yang berjaya mengumpulkan dana sejumlah RM500,000 untuk diserahkan bagi tujuan membantu penduduk Gaza. Iklan

    

Rakaman penghargaan itu disampaikan sendiri oleh pemimpin Hamas Sami Abu Zuhri yang menjadi tetamu kehormat dalam Majlis Rayuan Gaza yang dianjurkan Harakah di Hotel Putra, Kuala Lumpur tengah hari tadi.

Turut Hadir dalam Majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang, Pengerusi Harakah, Dato' Mustafa Ali, Pengarah Urusan Harakah Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh, Ahli Parlimen PAS Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali.

Selain itu, majlis turut dihadiri para penyumbang dana terdiri daripada NGO Islam, pemimpin PAS kawasan, Kelab Penyokong PAS, Kijang Care dan individu-individu, tidak terkecuali lapisan masyarakat bukan Islam yang turut bersimpati dengan penderitaan rakyat Palestin.

Dalam majlis tersebut Harakah melalui Pengerusinya Dato' Mustafa Ali menyampaikan sumbangan dana Tabung berjumlah RM500,000 kepada Sami selain beberapa pihak yang mengambil bahagian untuk menyampaikan sendiri sumbangan wang tunai dan cek kepada pemimpin Hamas itu yang secara keseluruhannya berjumlah kira-kira lebih RM400,000.

Antara penyumbang yang hadir adalah PAS Seksyen 18 Shah Alam, Pusat Khidmat Masyarakat Taman Templer, Surau Al-Mujahidin Bandar Baru Bangi, Tuan Haji Abdul Rahman dan NGO Haluan melalui wakilnya Ustaz Darus Senawi dengan sumbangan RM100,000.00.

Turut menarik perhatian dalam majlis itu, ialah seorang penderma yang tidak mahu dikenali telah menyumbangkan sumbangan sejumlah RM250,000.00 kepada Tabung, yang disampaikan melalui kiriman cek kepada kakitangan Harakah, Habib yang menyerahkannya kepada Mustafa dalam majlis itu.

Sebelum itu, Sami dalam ucaptamanya memberitahu bahawa sebenarnya Hamas telah menang dalam peperangan itu apabila secara tidak langsung memaksa Israel mengadakan gencatan senjata dan cuba untuk mengadakan rundingan bersyarat yang sama sekali tidak akan diterima oleh Hamas.

"Kami menolak sebarang syarat dan perjuangan kami akan terus menentang kekejaman Israel sehingga Israel keluar dari bumi Anbia, Palestin.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada Harakah yang menjadi penganjur majlis dan tabung ini dan kami terharu dengan sokongan yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk yang bukan Islam yang telah meyumbangkan dana dan membantu meringan penderitaan penduduk Palestin.

"Semoga Allah menerima jasa baik sumbangan anda ," katanya dalam bahasa Arab yang diterjemahkan semula oleh warga kerja Harakah Ustaz Zainuddin Hashim.

Sami Abu Zuhri merupakan jurucakap rasmi Hamas yang juga merupakan seorang pensyarah daripada Universiti Islam Palestin yang sedang menyiapkan tesisnya di Damsyik dalam pengajian sejarah Pejuang Salahuddin Al-Ayubi. Bagaimanapun Universiti tersebut telah musnah diserang dan dibom oleh Israel.

Beliau yang berucap di hadapan para wartawan daripada pelbagai media, menyeru supaya rakyat Malaysia tidak 'tersalah' menyumbang derma kepada pihak-pihak atau agensi yang tidak betul kerana khuatir sumbangan itu tidak sampai kepada penduduk Palestin.

"Kami seru supaya serahkan dana kepada agensi yang beramanah dan bertanggungjawab atau anda datang terus ke Gaza, untuk sampaikan sendiri kepada penduduk di sana," katanya.

Sementara itu, ketika ucapan mukadimah Majlis, Ustaz Ahmad Awang menjelaskan bahawa PAS sentiasa menyokong penuh perjuangan Hamas dan menggesa supaya kerajaan Malaysia juga turut mengikitiraf perjuangan Hamas demi memerdekakan bumi Palestin daripada cengaman biadap Israel yang berlanjutan sejak 60 tahun lalu.

"Fatah telah gagal...'Fatah seperti patah perjuangan'..." katanya sinis yang turut mendapat respon hadirin.

"Kezaliman Yahudi telah diceritakan dalam al-Quran yang akan terus dilakukan sampai bila-bila. Kita akan terus menyokong Hamas dan sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin," katanya.

Dalam pada itu Mustafa Ali selaku Pengerusi Harakah juga kagum dan menghargai sumbangan besar yang disalurkan oleh orang ramai ke Tabung Kemanusiaan Harakah yang mendapat sambutan cukup menggalakkan.

"Dalam banyak-banyak tabung yang Harakah tubuhkan, inilah pertama kali Tabung yang mendapat sumbangan besar dalam masa singkat dan saya begitu menghargai keprihatinan orang ramai dan menyeru untuk terus menyumbang.

"Dan yang pasti ini bukan sumbangan terakhir kita kepada Palestin dan perjuangan Hamas. Kita akan terus membantu dari masa ke semasa dan akan menghantar misi kita ke sana," katanya.

Di majlis itu turut ditayangkan 'slide show' selama 10 minit tentang penderitaan penduduk Gaza dan ucapan 'pembakar semangat' Presiden PAS di dalam Parlimen tempoh hari yang mengecam tindakan zalim Zionis manakala majlis tamat sekitar jam dua petang setelah pemimpin Hamas itu mengadakan sidang medianya.-azm_

Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-02-09 08:20


Alhamdulillah...mudah-mudahan MustaqbalilISLAM akan muncul di bumi Falasthin dengan bantuan DUIT dari rakyat negara ini...InsyaAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Saifuddin
WARGA SETIA
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3878
Posting: 1421

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-03-09 07:48


http://shaamit.com/FLVplayer/example/index.html
assalamualaikum
song by michel heart
best
kisah perjuangan rakyat falastin untuk Merdeka dari penajajah yahudi...


yahudi tidak layak menduduki bumi falastin setelah mereka ingkar perintah Nabi Musa untuk berperang menentang puak jahat dalam falastinselepas Bani israil bebas dari penjajahan firaun...


mereka pula yang menyuruh Nabi Musayang masuk berperang dahulu di bumi falastin...

Arisu Ghazah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaifuddinProfil   Hantar PM kepada Saifuddin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.119868 saat. Lajunya....