Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 208
Ahli: 0
Jumlah: 208




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: PETUA IMAM SYAFIE..................


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» PETUA IMAM SYAFIE..................

Please Mendaftar To Post


Oleh PETUA IMAM SYAFIE..................

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-02-09 15:08


As'salamualaikum wbrt
Teman sekelian,
Sahabat2ku semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yang menetap di US :

"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang
ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak
dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang
bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini
bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang
secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama
Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.


-----------------
gunakanlah hidup ini ke jalan yang betul supaya mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah...
sentiasa mencari ilmu Allah dan beramal dengannya...


Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-06-10 21:34


SUBHANALLAH... Maha Hebat Allah.. hidayah yang dikurniakan kepada hambaNya.


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-06-10 12:32


perkongsian yang menarik dan bermanfaat sekali.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Nu_uL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.05.2010
Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 23-06-10 20:57


terima kasih banyak-banyak...saya mohon copy untuk disebarkan dan dikongsi bersama rakan-rakan lain..


-----------------
Jaga Diri,Hiasi Peribadi


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nu_uLProfil   Hantar PM kepada Nu_uL   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-06-10 23:36


Pada 12-02-09 15:08 , akil78 posting:

!!! QUOTE !!!



4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.



Bismillah
Salam

Diatas izin & rahmatNya.. Mohon penelitian dan rujukan..
daripada pembacaan kisah hidup Rasulullah SAW.

Daripada Al-Barra Ibn 'Aazib (.a.) meriwayatkan bahawa:
"Selepas merebahkan dirinya untuk tidur, Rasulullah S.A.W akan meletakkan tapak tangan kanannya ke bawah pipi kanannya."- bermakna Rasulullah S.A.W. tidur diatas lambung kanannya. Tidur sebegini mengingatkan kita apabila diletakkan jasad kita dalam kubur apabila mati.

Sumber: penulis- Abu Bakar bin Abd Aziz, Mengenali Sayidul Mursalin Junjungan Besar nabi Muhammad SAW.


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Nu_uL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.05.2010
Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 24-06-10 12:52


Pada 23-06-10 23:36 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-02-09 15:08 , akil78 posting:

!!! QUOTE !!!



4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.



Bismillah
Salam

Diatas izin & rahmatNya.. Mohon penelitian dan rujukan..
daripada pembacaan kisah hidup Rasulullah SAW.

Daripada Al-Barra Ibn 'Aazib (.a.) meriwayatkan bahawa:
"Selepas merebahkan dirinya untuk tidur, Rasulullah S.A.W akan meletakkan tapak tangan kanannya ke bawah pipi kanannya."- bermakna Rasulullah S.A.W. tidur diatas lambung kanannya. Tidur sebegini mengingatkan kita apabila diletakkan jasad kita dalam kubur apabila mati.

Sumber: penulis- Abu Bakar bin Abd Aziz, Mengenali Sayidul Mursalin Junjungan Besar nabi Muhammad SAW.




setiap yang agama ISLAM anjurkan kepada umatnya ada hikmah....terpulang kepada kita nak ikut atau tidak....yang penting tidak melakukan membelakangi agama dan terlalu mengikut budaya masyarakat lain yang jauh menyimpang dari agama kita... :jangan:


-----------------
Jaga Diri,Hiasi Peribadi


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nu_uLProfil   Hantar PM kepada Nu_uL   Quote dan BalasQuote

faqir_imara
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.06.2010
Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul

turkey   avatar


posticon Posting pada: 24-06-10 13:14


Kisah doktor neurology Amerika memeluk islam dan membuka klinik 'Perubatan Melalui AlQuran' perlu dinyatakan beberapa fakta terperinci seperti nama, tempat dan sebagainya. Kisah ini pernah saya baca beberapa tahun yang lampau. Ianya menjadi persoalan bagi nonmuslim apabila mereka mempersoalkan faktanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For faqir_imaraProfil   Hantar PM kepada faqir_imara   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-06-10 22:37


Pada 24-06-10 12:52 , Nu_uL posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-06-10 23:36 , SiNaRaBaDi posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 12-02-09 15:08 , akil78 posting:

!!! QUOTE !!!



4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.



Bismillah
Salam

Diatas izin & rahmatNya.. Mohon penelitian dan rujukan..
daripada pembacaan kisah hidup Rasulullah SAW.

Daripada Al-Barra Ibn 'Aazib (.a.) meriwayatkan bahawa:
"Selepas merebahkan dirinya untuk tidur, Rasulullah S.A.W akan meletakkan tapak tangan kanannya ke bawah pipi kanannya."- bermakna Rasulullah S.A.W. tidur diatas lambung kanannya. Tidur sebegini mengingatkan kita apabila diletakkan jasad kita dalam kubur apabila mati.

Sumber: penulis- Abu Bakar bin Abd Aziz, Mengenali Sayidul Mursalin Junjungan Besar nabi Muhammad SAW.




setiap yang agama ISLAM anjurkan kepada umatnya ada hikmah....terpulang kepada kita nak ikut atau tidak....yang penting tidak melakukan membelakangi agama dan terlalu mengikut budaya masyarakat lain yang jauh menyimpang dari agama kita... :jangan:



Jika kita berkata apa yang dianjurkan Islam perlu diikuti. Benar..dan itulah keperluannya. Tetapi sebelum mengikut perlu ada penelitian dan memperhalusi. Bukan sedar ikutan sahaja. Faham dan yakin akan matlamat yang diamalkan itu adakah benar berdasarkan hadith/ riwayat sahih. Oleh sebab itu diminta penjelasan atas rujukan dan penelitian.

Wallahua'lam


-----------------
SENYUMLAH pada segala cubaan kerana ketenangan meraih kebijaksanaan & mencetus kematangan. Terimalah SERIBU KEKALAHAN sebelum menerima SATU KEMENANGAN.


Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-06-10 07:58


ini forwarded email.
berhati-hati dengan sumbernya.
tengok tajuk 'petua imam syafie' (tapi ceritanya bercampur aduk) - persoalannya betul ke tu petua imam syafie'? sertakan sumber yang soheh.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113349 saat. Lajunya....