Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau hanya memikirkan "Apa kata orang..." bila pula masa nak mengenengahkan, "Apa kata saya..."

-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 3 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 5 hari yang lalu
isa777_musa: 5 hari yang lalu
zam_rizal: 14 hari yang lalu
wanja: 24 hari yang lalu
MTMKi: 32 hari yang lalu
Kang: 32 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: saya perlukan semangat dan sokongan..


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» saya perlukan semangat dan sokongan..

Please Mendaftar To Post


Oleh saya perlukan semangat dan sokongan..

afina010587
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 10:14


Assalamualaikum
rasanya sudah kerap juga saya meluahkan perasaan di ukhwah.com kerana responnya cepat dan banyak idea boleh dikongsi..
saya sekarang sedih kerana diri saya dianggap mengoda.. ye mengoda dengan lenggang lenggok suara yang dikatakan sengaja dilembutkan untuk menarik perhatian.. hal ini bukan perkara baru.. sudah lama dan mungkin sangat lama. apa yang perlu saya buat adalah bersabar. maklum lah manusia ni had kesabarannya lemah. saya sudah tak tahan lagi dengan fitnah yang dibuat.
saya mempunyai suara yang keanakan dan mungkin agak manja. saya sendiri tidak tahu suara saya macam mana. ini pun kawan-kawan yang beritahu. saya tak kisah pun pada mulanya. tetapi enth berapa kali saya ditegur kerana dikatakan sengaja melembutkan suara ketika bercakap dengan lelaki(dengan niat mengoda). tapi saya tak kisah, saya cuma cakap saya tak niat macam tu dan ini adalah diri saya sendiri dan bukan dibuat-buat. selang beberapa hari kawan saya yang perempuan beritahu ada seorang lelaki tidak boleh mendengar suara saya terutamanya ketika presentation, terlalu manja katanya. saya cuma beritahu, saya tak perasan hal itu. kerana saya student pendidikan jadi kami memang ada presentation secara individu. nak tak nak saya tetap kena present. yang berikutnya, saya ada blog dan tujuan blog tu diwujudkan adalah untuk mengingatkan diri dan kawan-kawan terutamanya wanita. saya ada menambah entry dengan tajuk ''wanita memang tidak guna''. ayat nya memang menyakitkan hati tetapi inputnya adalah tentang ciri-ciri wanita solehah. item nu 7 entry ni ialah ''Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh mengoda seorang lelaki. Bila bercakap dengan lelaki bukan mahram haruslah dengan tegas. Bahaya suara wanita yang memujuk dan boleh mencairkan ego lelaki tercatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab.'' tapi untuk berikutnya saya mendapat respon ''6 Feb 09, 22:12
badboy: item no 7 terkena pada anda sila rujuk kembali....''. saya tergamam.. saya rasa saya tak pernah berniat untuk menyalahgunakan anugerah Allah swt. saya mengadu pada sahabat baik saya. dia kata dia juga pernah dengar cakap belakang dari seorang lelaki ketika saya memberi announcement di dewan kuliah ( saya menjadi naib ketua kelas dan saya menjalankan tanggung jawap). ayatnya seperti ini mungkin bunyinya ''suara tu aurat...''. :-( saya tak pernah marah Kalau di ejek. tapi saya marah sangat kalau difitnah.. saya rasa seperti saya difitnah, mereka mengatakan saya sengaja melembutkan suara dan mengoda.. saya memang tidak niat ketahap itu, saya cuma mahu menyampikan sesuatu dan saya memang mengunakan suara sendiri yang biasa saya gunakan even bercakap dengan siapa sahaja tidak kira waktu bila. saya bukan hipocrite atau pengoda. saya ada maruah diri! itu yang pasti. Ummi saya juga kata pada saya yang suara saya sangat lembut, tapi dirumah saya terkenal dengan garangnya. Saya mengadu pada ummi. Umi kata saya lebih baik dari orang yang bisu... betul juga... sepatutnya saya bersyukur.. alhamdulillah..
saya selalu merakam suara sendiri untuk mendengar semula. tidak ada beza dan saya rasekan sama. saya cuma kuatkan semangat dengan memujuk hati ''Allah menciptakan sesuatu itu bukan dengan sia-sia''. saya harap dengan suara saya nanti saya boleh menjadi wanita muslimah yang lantang memperjuangkan islam, dengan suara yang dikatakan menarik perhatian orang sebab mengoda, saya harap bila saya sudah jadi cikgu nanti saya bisa menarik perhatian pelajar dan buat mereka angau dengan subjek yang saya ajar. dengan suara saya yang mengoda ini saya mampu menasihat anak-anak yang bakal saya lahirkan dengan penuh hikmah agar menjadi manusia berguna dan tahu mengunakan anugerah Allah yang ada pada diri... insyaAllah. dengan suara yang mengoda ini juga saya mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga (dengan menjadi pengoda yang sangat-sangat mengoda pada suami..hehehhe). dengan suara ini saya mampu mentarbiayah kawan-kawan, adik-adik dan anak-anak saya juga anak-anak didik saya. Seperti mana ustazah Nur Bakyah yang mempunyai ciri-ciri menarik dan mengoda ketika berceramah. saya akan buktikan kepada mereka yang melemparkan fitnah itu...tapi saya perlukan pandangan dari ahli ukhwah.com.. mungkin ada tips untuk saya... wallahualam..
:bunga: :bunga: :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 10:29


assalammualaikum

saya pun ada masalah sama dengan saudari... bagi saya itu adalah anugerah yang Maha Berkuasa.. kekadang saya terasa juga denagn ejekan kawan-kawan tapi sedikit demi sedikit saya cuba ubah penampilan saya...

saya cuba bersikap tegas.. dan saya tak ambil peduli sanagn apa mereka kata... itu adalah personaliti diri kita... kita ubah apa yang boleh kita ubah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 10:30


Assalamualaikum...

Bila baca kisah afina ni lebih kurang macam kes yang saya hadapi. kawan-kawan pun selalu kata suara saya ni terlalu lembut dan halus saja bila bercakap dengan lelaki. Best frenz saya sendiri telah menegur agar saya mengubah cara percakapan kerana dia risau akan ada lelaki2 yang tergoda atau tersalah paham dengan cara percakapan saya..tapi nak buat macam na dah saya di kurniakan suara macam tu kan..

tapi alhamdulillah rasanya suara saya sekarang ni tak lah manja dan halus sangat da..saya berusaha untuk mengubahnya kerana takut di katakan sengaja menggoda atau mengada2.. Time study kat U kawan-kawan sering suruh saya buat presentation kerana kelantangan suara yang saya miliki. sebenarnya suara saya berubah menjadi lantang bila saya join debat dan forum kat sekolah.Cikgu yang ajar cara-cara untuk mengeluarkan intonasi yang betul-betul. akhirnya saya berjaya dan dapat mengubah dari suara yang halus kepada yang lantang...hehehe..orang-orang yang kenal saya tahu lah tu..

Kepada afina, jangan putus asa...walau apa juga org kata biarkan lah..Ye lah mulut org mana boleh ditutup kan..lain lah kalau mulut tempayan..boleh juga ditutup..Asalkan afina tak ada niat nak buat macam tu ok lah tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 10:36


Masalah "semula jadi" (err.. ada istilah lain ke...) ni agak sukar siket. Untuk short term punya solution, Kurangkan bercakap terutama denagn lelaki. Tapi masa dengan perempuan, nak jadi mulut murai (better jangan) pun tak kesah sebab perempuan tak tergoda dengan suara perempuan (melainkan yang abnormal).

ps:- macam mana tu ek jenih suara menggoda dan keanak-anakan...? tengok tulisan saja, bukan dapat dengor suara pun.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

afina010587
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 10:37


tak sangka ada geng juga saya ini... heheheh
maknanya ada juga yang berpengalaman macam saya....
ni yang best nak kongsi pengalaman dan pandangan

Bookmark and Share

    


  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 10:48


afina kena belajar bercakap ni..macam saya dah buat time sekolah dulu.. cikgu yang asah bakat saya..dia kata saya ada bakat untuk mengeluarkan idea dan pendapat (time sekolah lah) cuma agak kurang dari segi cara percakapan. So slow-slow cikgu tu ajar saya berintonasi dengan baik mengikut konteks ayat.. saya yang memang berniat untuk belajar mencuba dengan sebaik mungkin dan lastly saya berjaya...Kini suara saya dah lantang tak macam dulu yang halus saja...hehehe...

YAKIN BOLEH!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

afina010587
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 11:59


suara saya bukan halus tapi macam kanak-kanak...
suara saya tanpa mic pun boleh dengar satu kuliah... nyaring saja... bercakap? saya memang tak ada masalah dalam berpendapat dan presentation. cuma sapa yang mendengar suara saya akan kata macam kanak-kanak dan manja... kekuatan suara memang tiada masalah... intonasi juga... sebab saya pendebat sekolah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

Luqiem
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.08.2008
Ahli No: 34587
Posting: 155
Dari: Jerantut Ke Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 12:09


Assalamualaikum

Ni mesti afina010587 lahir bulan lima (5)... :berfikir: :berfikir:


-----------------
Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya
http://www.luqiem.my-ads4bucks.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For LuqiemProfil   Hantar PM kepada Luqiem   Pergi ke Luqiem's Website   Quote dan BalasQuote

afina010587
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 12:16


Pada 09-02-09 12:09 , Luqiem posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Ni mesti afina010587 lahir bulan lima (5)... :berfikir: :berfikir:



lah...ada kena mengena ke dengan bulan kelahiran??? :lol:
ada-ada saja...

Bookmark and Share

    


  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

Luqiem
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.08.2008
Ahli No: 34587
Posting: 155
Dari: Jerantut Ke Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 12:22


Betul ke afina010587 lahir bulan lima...

Bookmark and Share

    


  Member Information For LuqiemProfil   Hantar PM kepada Luqiem   Pergi ke Luqiem's Website   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 16:34


Pada 09-02-09 12:22 , Luqiem posting:

!!! QUOTE !!!

Betul ke afina010587 lahir bulan lima...


Kenapa dengan insan2 yang lahir bulan 5 saudara luqiem?? :kelip:


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 09-02-09 16:43


semoga teguran tu bermanfaat untuk anda..sebagai cambuk yang boleh memukul anda agar lebih berusaha untuk jadi wanita yang soleha..yang bukan menjadi anak panah iblis..
kurangkan bicara kalau xpenting..or tak perlu becakap dengan lelaki kalau tak perlu..dengan perempuan manja kan tak apa..he..he..jadikan ini semua sebagai bantuan yang ALLAH BERIKAN PADA awak agar awak berusaha untuk lebih dekat padanya..jadi wanita yang islam inginkan..selamat berjuang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 09-02-09 17:04


Pada 09-02-09 11:59 , afina010587 posting:

!!! QUOTE !!!

suara saya bukan halus tapi macam kanak-kanak...
suara saya tanpa mic pun boleh dengar satu kuliah... nyaring saja... bercakap? saya memang tak ada masalah dalam berpendapat dan presentation. cuma sapa yang mendengar suara saya akan kata macam kanak-kanak dan manja... kekuatan suara memang tiada masalah... intonasi juga... sebab saya pendebat sekolah...


Lebih kurang macam sizuka lah ni... :lol: :lol: hai suara macam kanak-kanak pun boleh tergoda ek???apa-apa pun mungkin boleh change intonasi pada yang lebih tegas....

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

mfirdaus
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.06.2006
Ahli No: 24950
Posting: 198
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor  


posticon Posting pada: 09-02-09 17:19


... masalah juga ek suara menggoda ek? aduhh.. .. cuba kurangkan bercakap lah begitu.. tak pun cuba gunakan anugerah Allah ditempat yang sepatutnya.. supaya kita bersyukur dengan pemberiannya.. daripada kita kita meletakkan kesalahan pada anugerah Allah tu.. :) ok setiap masalah pasti ada penyelesaian..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mfirdausProfil   Hantar PM kepada mfirdaus   Pergi ke mfirdaus's Website   Quote dan BalasQuote

afina010587
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 17:19


Pada 09-02-09 17:04 , erwina posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 09-02-09 11:59 , afina010587 posting:

!!! QUOTE !!!

suara saya bukan halus tapi macam kanak-kanak...
suara saya tanpa mic pun boleh dengar satu kuliah... nyaring saja... bercakap? saya memang tak ada masalah dalam berpendapat dan presentation. cuma sapa yang mendengar suara saya akan kata macam kanak-kanak dan manja... kekuatan suara memang tiada masalah... intonasi juga... sebab saya pendebat sekolah...


Lebih kurang macam sizuka lah ni... :lol: :lol: hai suara macam kanak-kanak pun boleh tergoda ek???apa-apa pun mungkin boleh change intonasi pada yang lebih tegas....


mungkin agaknya... hahahah
pernah sekali tu ayah kawan saya menalifon ke rumah sewa kami. . meja saya kebetulan betul-betul sebelah talifon rumah. saya ketika itu sedang diskusi dengan kawan yang lain(mungkin menganggu perbualan kawan saya dan ayah nya. ayah dia sempat tanya '' ada budak-budak ke kat rumah tu?''.. kawan saya tergelak besar... saya tak kisah kalau hal begini... ada yang kata saya sesuai jadi alih bahasa kanak-kanak... saya tak kisah kalau mereka kata suara saya macam kanak-kanak.. dah memang suara saya halus dan nyaring... tapi yang saya tak boleh terima bila ada yang kata saya cuba mengoda... aduyai....

Bookmark and Share

    


  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

afina010587
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 17:24


Pada 09-02-09 17:19 , mfirdaus posting:

!!! QUOTE !!!

... masalah juga ek suara menggoda ek? aduhh.. .. cuba kurangkan bercakap lah begitu.. tak pun cuba gunakan anugerah Allah ditempat yang sepatutnya.. supaya kita bersyukur dengan pemberiannya.. daripada kita kita meletakkan kesalahan pada anugerah Allah tu.. :) ok setiap masalah pasti ada penyelesaian..


ye betul tu mfirdaus... saya yakin suara saya bukan satu beban tetapi anugerah yang tak ternilai, dan pastinya ada lah yang terbaik untuk setiap makhluk. Allah tak kan jadikan sesuatu itu sia-sia... itu yang saya pegang...insyaAllah.. semangat memang ada tapi yang pentg sokongan sahabat-sahabat yang saya perlu... saya rasa tips mfirdaus baik.. terima kasih

Bookmark and Share

    


  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

afina010587
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 17:26


Pada 09-02-09 16:43 , Mulya posting:

!!! QUOTE !!!

semoga teguran tu bermanfaat untuk anda..sebagai cambuk yang boleh memukul anda agar lebih berusaha untuk jadi wanita yang soleha..yang bukan menjadi anak panah iblis..
kurangkan bicara kalau xpenting..or tak perlu becakap dengan lelaki kalau tak perlu..dengan perempuan manja kan tak apa..he..he..jadikan ini semua sebagai bantuan yang ALLAH BERIKAN PADA awak agar awak berusaha untuk lebih dekat padanya..jadi wanita yang islam inginkan..selamat berjuang..


tips yang baik ye mulya, banyak entry saya yang direspon mulya mempunyai point yang jelas... terima kasih mulya. insyaAllah, memang cita-cita saya menjadi wanita yang solehah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 18:29


kalau ianya semulajadi....maknanya benda ni kurniaan Allah..
bukannya anda merengek2 manja.. panggil kawan-kawan lelaki abang ke sayang ke... huuu

dan kalau lelaki2 ada pulak yang tergoda tak tentu pasal hanya dengan percakapan biasa malah dari satu presetation akademik.. tu tandanya lelaki2 tu sikit lagi dah nak wajib kahwin..
baru dengar suara dah tergoda.. kalau nampak aweks pakai baju ketat, macam manalah gamaknya...tak kuat iman betul

aaa..... afina rijek saja kalau lelaki2 yang tergoda tu nak pinang afina tau.. nanti mereka nampak awek menggoda sikit dah tergoda...tak pasal2 nak tambah lagi satu pulak.. ni baru dugaan suara dah gagal...hik hik hik

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 18:30


kihkihkih.. kak eni

ya juga..ni baru suara..

ish ish..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

afina010587
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 19:03


Pada 09-02-09 18:29 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

kalau ianya semulajadi....maknanya benda ni kurniaan Allah..
bukannya anda merengek2 manja.. panggil kawan-kawan lelaki abang ke sayang ke... huuu

dan kalau lelaki2 ada pulak yang tergoda tak tentu pasal hanya dengan percakapan biasa malah dari satu presetation akademik.. tu tandanya lelaki2 tu sikit lagi dah nak wajib kahwin..
baru dengar suara dah tergoda.. kalau nampak aweks pakai baju ketat, macam manalah gamaknya...tak kuat iman betul

aaa..... afina rijek saja kalau lelaki2 yang tergoda tu nak pinang afina tau.. nanti mereka nampak awek menggoda sikit dah tergoda...tak pasal2 nak tambah lagi satu pulak.. ni baru dugaan suara dah gagal...hik hik hik


hahaha :lol: :lol:
akak ni buat lawak comel pula.... aah kan... baru dengar suara dah tak lah kontrol...

Bookmark and Share

    


  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 20:33


kes seperti ini pernah juga saya dengar melalui rakan-rakan perempuan baik secara berdepan mahu pun secara alam maya...hehe..bila mereka meluahkan perasaan yang pastinya melalui alam maya saya akan kol mereka sama da betul atau tidak apa yang mereka katakan. kadang-kadang tu or awal-awal dengar tu ada juga menggodanya, but bila da berborak lama or dah biasa dengar suara ...dah bosan pula..maksudnya dah tau cara kata-kata macam mana.bosan brmaksud tak dengar lagi suara yang menggoda tu...hehe..
apa pun bersabarlah ye, tak perlu membetulkan suara yang da diazalikan kepada kita yakni ketentuan Allah but kalau ada berubat dengan niat untuk kebaikan bersama, berhati2lah..

P/S: kos pendidikan ye, ambik kos apa??? boleh lah ni jumpa untuk dengar suara tu macam mana...haha...gurau saja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

afina010587
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-02-09 23:52


Pada 09-02-09 20:33 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

kes seperti ini pernah juga saya dengar melalui rakan-rakan perempuan baik secara berdepan mahu pun secara alam maya...hehe..bila mereka meluahkan perasaan yang pastinya melalui alam maya saya akan kol mereka sama da betul atau tidak apa yang mereka katakan. kadang-kadang tu or awal-awal dengar tu ada juga menggodanya, but bila da berborak lama or dah biasa dengar suara ...dah bosan pula..maksudnya dah tau cara kata-kata macam mana.bosan brmaksud tak dengar lagi suara yang menggoda tu...hehe..
apa pun bersabarlah ye, tak perlu membetulkan suara yang da diazalikan kepada kita yakni ketentuan Allah but kalau ada berubat dengan niat untuk kebaikan bersama, berhati2lah..

P/S: kos pendidikan ye, ambik kos apa??? boleh lah ni jumpa untuk dengar suara tu macam mana...haha...gurau saja....


yew... hmm nak dengar suara? tanapa sebab ofcos tak boleh... hal exklusif....maap...hanya urusan penting...hihihihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 10-02-09 06:51


salam
suara saya juga lunak dan agak manja.Pernah sekali seorang lelaki mengatakan suara saya sedap di dengar,ketika itu saya agak marah dengan kata2nya.Ramai juga mengatakan suara saya kedgran lain apabila bercakap dalam telefon dan kedengaran agak manja.

tapi tidak pernah pulak mereka mengatakan saya seperti pengoda sebabnya mungkin character saya yang agak kasar dan tidak lemah lembut.cuma pernahla dengar mereka mengatakan suara saya macam doreamon.hehehehee.mungkin di sebabkan suara saya yang agak manja itu ramai beranggapan saya seorang yang "murah" dan mudah di bawa ke hulu ke hilir oleh lelaki yang tidak mengenali diri saya tapi jika mereka mengenali diri saya,mereka akan menghormatinya kerana ada ketegasan di situ.sekarang suarapun dah berubah sebab saya suka cakap lantang dan kuat sampai mak saya marah sebab nampak macam kurang ajar tapi biarlah.

Bagi saya,kita tidak boleh menjadikan ia satu kekurangan.
tapi apapun saya bersyukur kerana bersyukur menjadikan hati saya tenang.Jadi,jika dia orang menghina anda,katakan mereka bukan menghina anda tapi menghina Pencipta yang mencipta anda.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

miss_nuyu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.09.2008
Ahli No: 35045
Posting: 80
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-02-09 12:22


salam ukhwah....
afina,saya sarankan jangan pedulikan apa yang orang lain nak cakap..
yang penting niat kita baik k...
jangan disebabkan hal ni,keadaan kita tertekan..
jadi,fokus...dan syukur...

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_nuyuProfil   Hantar PM kepada miss_nuyu   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 15:21


Pada 09-02-09 18:29 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

kalau ianya semulajadi....maknanya benda ni kurniaan Allah..
bukannya anda merengek2 manja.. panggil kawan-kawan lelaki abang ke sayang ke... huuu

dan kalau lelaki2 ada pulak yang tergoda tak tentu pasal hanya dengan percakapan biasa malah dari satu presetation akademik.. tu tandanya lelaki2 tu sikit lagi dah nak wajib kahwin..
baru dengar suara dah tergoda.. kalau nampak aweks pakai baju ketat, macam manalah gamaknya...tak kuat iman betul

aaa..... afina rijek saja kalau lelaki2 yang tergoda tu nak pinang afina tau.. nanti mereka nampak awek menggoda sikit dah tergoda...tak pasal2 nak tambah lagi satu pulak.. ni baru dugaan suara dah gagal...hik hik hik


:sopan: kak eni...setuju tu..kak eni memang cute lah...secute ideanye


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 17:49


suara keanak-anakan lagi bagus lah..sedap di dengar..kurniaan dari Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

afina010587
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.01.2008
Ahli No: 32202
Posting: 215
Dari: tanjung malim

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 18:37


Pada 10-02-09 17:49 , lailasuhaila posting:

!!! QUOTE !!!

suara keanak-anakan lagi bagus lah..sedap di dengar..kurniaan dari Allah..


alhamdulillah.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

Nur_Din
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2008
Ahli No: 33163
Posting: 81
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-02-09 23:25


assalamualaikum..
saya setuju dengan miss_nuyu..
anggap saja ia sebagai satu kurniaan berharga yang tidak dimilikioleh orang lain..
yang penting, afina tak salah guna suara tu ke arah jalan yang salah..
good luck girl..!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Nur_DinProfil   Hantar PM kepada Nur_Din   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 12-02-09 20:01


maaf kalau saya silap...

suara yang saudari ada sekarang adalah anugerah dari Allah... Maybe saudari boleh cuba tegaskan suara 2 bila bebual dengan lelaki atau lebih senang bebual bila perlu sahaja dengan kaum lelaki..

saya faham persaan saudari.. dan tentu anda tahukan, tidak elok jika kita nak tukar ciptaan Allah..

sebaik baiknya tegas kan suara dalam lembot ataui bebual yang perlu sahaja

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 12-02-09 20:06


Pada 10-02-09 18:37 , afina010587 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 10-02-09 17:49 , lailasuhaila posting:

!!! QUOTE !!!

suara keanak-anakan lagi bagus lah..sedap di dengar..kurniaan dari Allah..


alhamdulillah.......
sedap disengar xbermakna perdengarkan kat lelaki ye...selamatkan diri kalian wahai wanita..jangan jadikan diri kalian sebagai anak panah iblis yang akan merusak iman mujahid2 kita...

dan engkau wahai mujahid2..jangan pula tergoda..bidadari disyurga sedang menulam baju yang indah untuk mu...matanya yang indah tengah memperhatikanmu...jangan risau dan jangan berpaling...tapi jika engkau tinggalkan perjuanganmu dan memilih lalai.,maka bidadari itu akan membuang sulaman baju yang direncanakannya untukmu itu...
wahai mujahid..!!tetapkan tempat berpijakmu..


-----------------
ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran


Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 12-02-09 20:40


suka dengan suara sizuka... hu hu dah lama tak tengok doremon!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-02-09 00:06


salam....
susah jugak rasanya situasi saudari ni..
apapun gunakan kelebihan yang Tuhan anugerahkan ni...
ke jalan yang di RedhaiNya saja ya....
suara wanita ni kan aurat juga...kan
wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-02-09 00:10


salam..
ana rasapun saudari boleh tegaskan sikit suara saudari...
rasanya boleh try begitu..saya pernah juagk bercakap dengan ustazah..suara bila dilantangakan oleh wanita ni mengurangkan risiko timbulnya fitah yang bermacam -macam oleh lelaki..
wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-01-10 16:56


Pada 12-02-09 20:06 , Mulya posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 10-02-09 18:37 , afina010587 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 10-02-09 17:49 ,
dan engkau wahai mujahid2..jangan pula tergoda..bidadari disyurga sedang menulam baju yang indah untuk mu...matanya yang indah tengah memperhatikanmu...jangan risau dan jangan berpaling...tapi jika engkau tinggalkan perjuanganmu dan memilih lalai.,maka bidadari itu akan membuang sulaman baju yang direncanakannya untukmu itu...
wahai mujahid..!!tetapkan tempat berpijakmu..



".


suara mengoda, wajah ayu...bermain-main didepan mata seolah anak ikan didalam aquarium..once touch consider sold...apa pun apalah sangat dunia hanya sementara... bak kata yusuf ni "jangan pula tergoda..bidadari disyurga sedang menulam baju yang indah untuk mu...matanya yang indah tengah memperhatikanmu!!


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120138 saat. Lajunya....