Oleh |
seorang lelaki berserban...pandangan tuan2 |
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 06-02-09 09:49
salam ukhwah kepada sahabat semua.. apa pandangan tuan/puan semua tentang seorang pelajar hafiz yang di tangkap baru-baru ni.. ini semua adalah kerana beliau tidak memaki topi keledar.. semasa menunggang.. beliau hanya berserban..itupn telah dikatakan melanggar undang.. cuba kita semak/fikir, ada tak kes yang terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah daripada mereka yang tidak memaki topi kelerda/yang berserban.. bukankah bila kita berserban, kita akan bawa motor dengan berhati-hati, lagipun memaki serban dapat pahala... bila pakai serban Allah akan bantu kita di jalan raya.. Kenapa kita berfikiran kolot.. salah ke Kalau kita mengikut sunnah Nabi.. Kalau pakai serban kena tangkap.. Kalau menteri2 yang bawa kereta laju tak kena tangkap pun.. Ya Allah, Kau bantulah hamba yang lemah ini.. sama-samalah kita menegakkan Sunnah Rasulullah ini... mungkin pandanan tuan2 lain.. ----------------- gunakanlah hidup ini ke jalan yang betul supaya mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah... sentiasa mencari ilmu Allah dan beramal dengannya...
|
budakbesar
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.05.2005 Ahli No: 16407
Posting: 98
Dari: labuan
|
Posting pada: 06-02-09 11:44
menteri pandu laju ke? ke driver mereka? ke anak-anak mereka?
|
marul
WARGA SETIA Menyertai: 04.09.2007 Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban
|
Posting pada: 06-02-09 11:56
rasanya topik ni dah dibincangkan dalam isu dah hal ehwal semasa... http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=40664&forum=2ni bukan pasal fikiran kolot...ini pasal keselamatan org ramai... Islam pun tak suruh kita langgar peraturan... disuruh pakai helmet..mestilah itu semua telah dikaji dan boleh menjamin keselamtan seseorang kalau berlaku kemalangan... TGNA ada mnyatakan..kalau serban diikat dengan elok..ia dapat menyerap hentakkan jauh lebih baik dari helmet..ni ana setuju..tapi mungkin belum ada kajian dan pengiktirafan lagi oleh kerajaan..kalau ada yang boleh usulkan...mungkin lebih baik...kena ada kursus cara mengikat serban yang lebih rapi untuk org yang tidak mahu pakai helmet... ana bukan mengecam...memang elok pakai serban...tapi kita kena ingat...islam tak suruh langgar peraturan dan membahayakan keselamatan..kita kena fikir dari banyak sudut..jangan cepat melatah dalam sesuatu perkara... -----------------  ...salam ukhwahfillah... www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 06-02-09 12:05
Pada 06-02-09 09:49 , akil78 posting:!!! QUOTE !!! salam ukhwah kepada sahabat semua..
bukankah bila kita berserban, kita akan bawa motor dengan berhati-hati, lagipun memaki serban dapat pahala... bila pakai serban Allah akan bantu kita di jalan raya..
Kenapa kita berfikiran kolot.. salah ke Kalau kita mengikut sunnah Nabi.. Kalau pakai serban kena tangkap.. Kalau menteri2 yang bawa kereta laju tak kena tangkap pun.. Ya Allah, Kau bantulah hamba yang lemah ini.. sama-samalah kita menegakkan Sunnah Rasulullah ini...
mungkin pandanan tuan2 lain..
serban sunnah..???tolong berikan dalil...hadis or apa pun... sebelum nabi pakai serban..Abu lahab,umayyah..dan lain-lain sudah memakai serban... sapa pulak yang kata kalau pakai serban dapat pahala..??percayalah saudara.."jalan raya bukan padang pasir yang kalau terjatuh xpape..dan motor bukan unta yang berjalan pelan.." kalau naik motor dijalan raya dan kat tempat tu hanya satu orang saja..mungkin xbahay..tapi kita tau jalan-jalan yang ada..semua gunakan motor dan kereta... ----------------- ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 06-02-09 12:08
Pada 06-02-09 11:56 , marul posting:!!! QUOTE !!!
TGNA ada mnyatakan..kalau serban diikat dengan elok..ia dapat menyerap hentakkan jauh lebih baik dari helmet..ni ana setuju..tapi mungkin belum ada kajian dan pengiktirafan lagi oleh kerajaan..kalau ada yang boleh usulkan...mungkin lebih baik...kena ada kursus cara mengikat serban yang lebih rapi untuk org yang tidak mahu pakai helmet...
ye..saya pun setuju..tapi serbannya kena sampai menutup muka..sebab akan ada angin yang kuat dan debu yang terbang saat memandu...kalau mata basah sebab angin yang kuat or mata sakit sebab masuk debu, ini akan membahayakn.. ----------------- ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 06-02-09 23:31
jangan kita fikir ikut nafsu.. memang kita ada peraturan.. tetapi salah ke Kalau pakai serban semasa menunggang.. pakai serban di sukai oleh Rasulullah.. cik mulya cuba tengok semula hadis2 Rasululullah...dan kitab fadhilat amal.. dalam kitab tu ada mengatakan pakai serban mendapat pahala 70 kali ganda sdari org yang tak pakai.. apabila kita pakai serban, Allah akan jaga kita.. ana harap anti semua fikir baik-baik.. Kalau nak jelas lagi boleh tanya ustaz..
|
ikrimah
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.12.2008 Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu
|
Posting pada: 07-02-09 00:14
salam.. walaupun ana tak pernah beserban lagi ana suka tengok glongan ni... beserban tu sunnah Rasullullah... siapa lagi nak jalankan sunnah ni kalau bukian umat Islam sendirikan.. InsyaAllah ana in coming beserban juga.. Allahuakbar..
|
kapten06
WARGA SETIA Menyertai: 04.01.2007 Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 07-02-09 00:54
Rasanya tak perlu lah serban sampai menutup mata, pada hemat saya kalau serban sampai menutup mata nanti tak nampak agaknya lainlah kalau anda jadi pembonceng motosikal..pakai saja cermin mata yang besar itu insyALLAH dapat elak habuk dan sebagainya..... -----------------
|
swordofdeen
WARGA SETIA Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth
|
Posting pada: 07-02-09 01:07
Keypoint orang nak cakap macam ni saja lah, Kalau orang islam pakai serban Kenapa nak marah dan tangkap walhal orang agama lain pakai tak tangkap? boleh sesiapa jawab? Jawapan:__________________ Saya ada bos besar kat kompeni, orang singh, pergi construction site tak pakai safety helmet dan pakai serban dia...semua orang kata 'kena hormat dia'...walhal benda tu bahaya..bukan bahaya pada dia saja tapi orang lain juga. so, Kenapa enforcementy double standard? Jawapan:___________________ Can go here to: http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=177&mode=&order=0&thold=0
|
ANSHU
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.01.2009 Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak
|
Posting pada: 07-02-09 09:02
setuju dengan swordofdeen...hal ni da lama dipertikaikan..kenapa kalau agame lain pakai kita kena hormat...Boleh pula tak pakai helmet...tapi kalau islam yang buat,salah lah pulak...siap nak tangkap...saya bukan lah cakap yang pakai serban tu tak salah..salah tetap salah...tapi kalau betul-betul nak tegakkan undang-undang biarlah adil..same rate...
|
erwina
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu
|
Posting pada: 07-02-09 11:52
Pada 06-02-09 23:31 , akil78 posting:!!! QUOTE !!! jangan kita fikir ikut nafsu.. memang kita ada peraturan.. tetapi salah ke Kalau pakai serban semasa menunggang.. pakai serban di sukai oleh Rasulullah.. cik mulya cuba tengok semula hadis2 Rasululullah...dan kitab fadhilat amal.. dalam kitab tu ada mengatakan pakai serban mendapat pahala 70 kali ganda sdari org yang tak pakai.. apabila kita pakai serban, Allah akan jaga kita.. ana harap anti semua fikir baik-baik.. Kalau nak jelas lagi boleh tanya ustaz.. kalau macam tu...masa bawa motor...pakai topi keledar...bila dah sampai kat tempat yang di tuju pakai balik serban tu  boleh tak?...memang ok lelaki pakai serban..sejuk mata memandang..tapi keselamatan tetap perlu dititik beratkan...tak semestinya orang berserban tak akan terlibat dalam kemalangan...malang tak berbau....ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.....
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 07-02-09 12:02
Dari hadis-hadis yang telah disebutkan ternyata sekali hadis-hadis tersebut dan banyak lagi hadis-hadis lain dari rujukan yang pelbagai hanya menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W. memakai serban yang kadangkala berwarna putih dan kadangkala berwarna hitam. Baginda juga kadangkala memakai satu ekor, dan kadangkala dua ekor dan adakalanya tidak berekor. Baginda juga menamakan serbannya dengan nama yang tertentu. Jika dilihat dalam keseluruhan hadishadis lain pula, baginda tidak pula memakainya selalu dan mewajibkannya. Ada waktu bagainda hanya memakai penutup kepala sahaja (Ibn al-Qayyim, ibid. j.1, hal. 43), ada waktu baginda tidak memakai apa-apa di kepala pun sehinggakan para sahabat dapat melihat fesyen rambut baginda S.A.W. (lihat: al-Tarmidhi, ibid. hal.105-107)
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 07-02-09 12:04
Kesimpulannya, kedudukan serban sebagai sunnah Rasulullah S.A.W. adalah tidak boleh disangkal. Jika seseorang memakai serban dengan niat untuk mencontohi Rasulullah S.A.W. maka dia akan memperolehi pahala sunat. Jika dia memakainya kerana adat dan kebiasaan, hukumnya adalah harus sahaja.
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 07-02-09 17:13
Pada 06-02-09 23:31 , akil78 posting:!!! QUOTE !!! jangan kita fikir ikut nafsu.. memang kita ada peraturan.. tetapi salah ke Kalau pakai serban semasa menunggang.. pakai serban di sukai oleh Rasulullah.. cik mulya cuba tengok semula hadis2 Rasululullah...dan kitab fadhilat amal.. dalam kitab tu ada mengatakan pakai serban mendapat pahala 70 kali ganda sdari org yang tak pakai.. apabila kita pakai serban, Allah akan jaga kita.. ana harap anti semua fikir baik-baik.. Kalau nak jelas lagi boleh tanya ustaz.. itu hadis doif or boleh jadi maukuf or maudu'.. yang saya tau tu bukan hadis soheh.jangan jadikan hujjah.. ...cuba cek lagi... kalau anda pakai sebab anda sayang rasul..tu lain ceritanya... ----------------- ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 07-02-09 17:17
Pada 07-02-09 01:07 , swordofdeen posting:!!! QUOTE !!! Keypoint orang nak cakap macam ni saja lah, Kalau orang islam pakai serban Kenapa nak marah dan tangkap walhal orang agama lain pakai tak tangkap? boleh sesiapa jawab? Jawapan:__________________
Saya ada bos besar kat kompeni, orang singh, pergi construction site tak pakai safety helmet dan pakai serban dia...semua orang kata 'kena hormat dia'...walhal benda tu bahaya..bukan bahaya pada dia saja tapi orang lain juga. so, Kenapa enforcementy double standard?
Jawapan:___________________
Can go here to:
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=177&mode=&order=0&thold=0 inilah hukum manusia or hukum toghut..macam rumah laba-laba..semut or nyamuk yang kecik..,memangla kena.tapi kalau burung yang lalu kat sarang laba2 tu..tentu boleh temtus kan..??ALLAH da sebut pasal perumpamaan rumah laba-laba ni dalam alqur'an.. ----------------- ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 07-02-09 17:20
Pada 07-02-09 12:04 , akil78 posting:!!! QUOTE !!! Kesimpulannya, kedudukan serban sebagai sunnah Rasulullah S.A.W. adalah tidak boleh disangkal. Jika seseorang memakai serban dengan niat untuk mencontohi Rasulullah S.A.W. maka dia akan memperolehi pahala sunat. Jika dia memakainya kerana adat dan kebiasaan, hukumnya adalah harus sahaja. hadis2 tu tak boleh dijadikan hujjah sama sekali..hadis2 tu tak boleh untuk membuktikan bahwa serban tu sunnah...walau pun rasul pakai serban..kalau anda lakukan sebab kecintaan pada rasul..maka anda dapat pahal..bukan pahala sunnah..tapi pahala sebab mencintai rasul.. ----------------- ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran
|
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 07-02-09 17:21
Pada 07-02-09 17:13 , Mulya posting:!!! QUOTE !!! itu hadis doif or boleh jadi maukuf or maudu'..
apa masalahnya kalau itu hadis dhoif?? ia hanya bermasalah kalau hadis tu dhoif. ps:- akhi faham tak taraf dan darjat hadis dhoif di sisi para muhaddisin? ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 07-02-09 17:39
ya..boleh diamalkan..tapi tak boleh dijadikan hujjah...saya xsalahkan orang2 yang berserban..,saya suka... tapi kalau hadis tu maudu'..??sapa yang akan bertanggung jawab... mengamalkan seban sayang rasulkn dapat pahala menyayangi rasul..
|
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 07-02-09 17:50
Pada 07-02-09 17:39 , Mulya posting:!!! QUOTE !!! ya..boleh diamalkan..tapi tak boleh dijadikan hujjah...saya xsalahkan orang2 yang berserban..,saya suka... tapi kalau hadis tu maudu'..??sapa yang akan bertanggung jawab... mengamalkan seban sayang rasulkn dapat pahala menyayangi rasul.. maka buktikanlah hadis tersebut adalah hadis maudhuk. maka TIADA lagi orang akan beramal dengan hadis maudhuk tersebut ----------------- Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad.... Arahan hanya kepada orang yang beriman
|
swordofdeen
WARGA SETIA Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth
|
Posting pada: 07-02-09 20:18
Pada 07-02-09 17:39 , Mulya posting:!!! QUOTE !!! ya..boleh diamalkan..tapi tak boleh dijadikan hujjah...saya xsalahkan orang2 yang berserban..,saya suka... tapi kalau hadis tu maudu'..??sapa yang akan bertanggung jawab... mengamalkan seban sayang rasulkn dapat pahala menyayangi rasul.. Hadis itu dah dinyatakan Dhoif. Dhoif tu bukan maudhu. Ada ulama yang kata maudhu, tapi lebih ramai yang kata dhoif. So basically biarlah yang pakai tu. Yang kita nak persoalkan di sini ialah sikap double standard yang menahan dan menyaman.
|
marul
WARGA SETIA Menyertai: 04.09.2007 Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban
|
Posting pada: 09-02-09 09:53
Dalam islam pun ada menyatakan,kita perlu mematuhi undang-undang dan arahan pemerintah selagi tak melanggar hukum syara'.. pasal helmet tu..apa salahnya pakai dahulu helmet..bila dah sampai masjid,ikatlah serban..cuba datang awal sikit..pengurusan masa tu penting.. rakan-rakan ana ada saja buat begitu...tak ada masalah... Amalan memakai serban ni bagus..walaupun hadis2 itu dhoif,tapi tiada masalah... Kalau Rasulullah ada memakai serban dan kita mengikut..itu adalah sunnah lah..tak perlu dipertikaikan... Mengenai hal double-standard ni..kita sendiri boleh berfikir,Kalau kita nak pertikaikan undang-undang yang sedia ada,usulkan lah..gubal undang-undang bagi pemakaian serban.Bagi kaum singh,undang-undang bagi pemakaian serban dalam agama mereka memang dah ada.Cuma bagi pemakaian serban untuk org islam masih belum termaktub.so kita boleh usulkan..selagi belum ada undang-undang..dan hitam putih..kita kena lah ikut undang-undang yang sedia ada or ada sesiapa nak langgar undang-undang???Islam ada suruh ke langgar undang-undang?? Hal di site yang diutarakn oleh swordfeen pun dapat kita fahami. singh tu dibolehkan memakai serban masa site visit kerana menghormati agamanya..terpulang lah.tanggung sendiri risikonya.Tapi ada ke org islam nak pakai serban kat site???cuba fikirkan...dan kalau ada yang nak pakai serban masa site visit dah cukup berani ke...lepas tu cakap tawakal kepada Allah..padahal helmet dah disediakan untuk keselamatan...sendiri boleh fikir kan?? -----------------  ...salam ukhwahfillah... www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/
|
ikhwan_islam
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.02.2009 Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi
|
Posting pada: 09-02-09 16:11
melakukan sesuatu sebab kecintaan terhadap rasul tu baik kan? seorang sahabat pernah tengok rasul lalu kat sebuah jalan dan menundukkan kepalany sebab ada pokok tumbang dan rasul lalu dibawahnya.sahabat tu ikut gerakan rasul tu.setelah rasul wafat pun dan pokok tu dah tak ada kat situ,sahabat tu masih tetap menundukkan kepalanya.sebab kecintaannya pada rasulullah.
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 10-02-09 12:43
sepatutnya undang-undang kita ikut undang-undang dalam Al-Quran.. dari segi keselamatan.. bukan undang-undang yang boleh selamat kita tapi Allah.. Kalau kita pakai helmet mahal pun, Kalau Allah nak kita kemalangan, kemalangan akan berlaku jugak.. pemakaian serban adalah sunnah Rasul.. jadi kita kena ikut Sunnah baru dapat pahala.. kita nak pahala kan.. kenalah ikut.. Kenapa dalam solal kahwin 4 kita ikut Sunnah.. tapi serban tak nak ikut sunnah pula.. oklah sama-samalah kita fikir.
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 10-02-09 13:36
Pada 06-02-09 11:56 , marul posting:!!! QUOTE !!!
TGNA ada mnyatakan..kalau serban diikat dengan elok..ia dapat menyerap hentakkan jauh lebih baik dari helmet..ni ana setuju..tapi mungkin belum ada kajian dan pengiktirafan lagi oleh kerajaan..kalau ada yang boleh usulkan...mungkin lebih baik...kena ada kursus cara mengikat serban yang lebih rapi untuk org yang tidak mahu pakai helmet...
Kalaulah benar serban mempunyai daya redaman yang lebih baik dari helmat, sepatutnya ia dibuktikan secara saintifik. Kalau TGNA aziz ada fakta kajian tersebut, atau ada mana-mana pihak yang dah buat kajian sebaiknya tunjukkan hasil kajian tersebut, yang paling penting adalah pekali redaman. Mana tahu ada pihak yang dah buat kajian serban ada ciri air bag. Bukan setakat pekali redaman, kekuatan hentakan juga perlu diketahui. Begitu juga dengan kekuatan seretan, kekuatan terikan. daya terikan yang tinggi adalah penting untuk memastikan serban tidak koyak. Tanpa analisa2 mekanikal sebegini, saya rasa tak sepatutnya kita melompat kepada konklusi serban lebih baik dalam menyerap hantakan berbanding helmet. Kalau bincang bab hukum syara', kita keluarkan hujah syara'. Kalau bincang bab sains, kita buktikan secara saintifik. Engineering is fact and figure, no bluffing.
|
advastrade
Warga 2 Bintang Menyertai: 14.11.2008 Ahli No: 35882
Posting: 55
|
Posting pada: 10-02-09 13:47
salam..pandai berkata-kata kita ni..fikirkan yang logik bukan magik-magik..
|
marul
WARGA SETIA Menyertai: 04.09.2007 Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban
|
Posting pada: 10-02-09 13:57
Pada 10-02-09 13:36 , wuzaraa posting:!!! QUOTE !!! Pada 06-02-09 11:56 , marul posting:
Kalaulah benar serban mempunyai daya redaman yang lebih baik dari helmat, sepatutnya ia dibuktikan secara saintifik. Kalau TGNA aziz ada fakta kajian tersebut, atau ada mana-mana pihak yang dah buat kajian sebaiknya tunjukkan hasil kajian tersebut, yang paling penting adalah pekali redaman. Mana tahu ada pihak yang dah buat kajian serban ada ciri air bag.
Bukan setakat pekali redaman, kekuatan hentakan juga perlu diketahui. Begitu juga dengan kekuatan seretan, kekuatan terikan. daya terikan yang tinggi adalah penting untuk memastikan serban tidak koyak. Tanpa analisa2 mekanikal sebegini, saya rasa tak sepatutnya kita melompat kepada konklusi serban lebih baik dalam menyerap hantakan berbanding helmet.
Kalau bincang bab hukum syara', kita keluarkan hujah syara'. Kalau bincang bab sains, kita buktikan secara saintifik.
Engineering is fact and figure, no bluffing. hmm..akhi wuzaraa dah join.. betullah tu wuzaraa...macam yang ana cakap..kena lah ada kajian yang lebih specifik..perlulah ada ujian dan pengiktirafan dari pihak tertentu...lepas tu dapat kan ISO or SIRIM... untuk akil78...rasa enta dah boleh berfikir tentang baik buruk sesuatu perkara...cubalah rasional...tak perlulah kita berfikir,kalau kita pakai helmet pun,kalau Allah tetapkan berlaku kemalangan..berlakulah ia..itu qada dan qadar Tuhan..tapi kalau kita sendiri yang tidak ikut peraturan..janganlah salahkan takdir Allah pula..Sebenarnya bukan point itu yang kita perlu beratkan..tapi tentang keselamatan..tak kurang pahala kalau kita ikut peraturan pakai helmet.Dah sampai masjid,ikatlah serban..keselamatan pun terjamin... ni kalau pakai serban,berkeras tak nak pakai helmet.. 1.Langgar peraturan...pakai helmet ni langgar hukum syara' ke???langgar peraturan agama suruh ke??dapat pahala??? 2.Keselamatan pun tak terjamin...memang Allah tentukan segalanya..tapi sebagai manusia,perlulah kita jaga nikmat Allah..jaga keselamatan.. 3.Kena saman lah jawabnya...  -----------------  ...salam ukhwahfillah... www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 10-02-09 14:05
Betul tu Marul, kena buktikan secara saintifik bukan gebang saja. Kalau tak jadi macam Pak Lah, lancarkan bahan api air kononnya untuk gantikan fossil fuel. Tapi tak ada satu pihak berani iktiraf dari segi keselamatan. Hidrogen, gas paling ringan dan sangat mudah terbakar. Kalau pun Pak Lah ni buta sains, paling tak pun beliau dapatkanlah nasihat dari pakar. Malu sungguh jadi perdana menteri kalau benda simple begini pun kantul. Saya rasa budak tingkatan 4 yang ambil kimia pun boleh terangkan kat dia, kih kih
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 10-02-09 15:12
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju pakaian serban digantikan dengan topi keledar bagi penunggang motosikal yang mahu memakainya, jika ia didapati boleh mencegah daripada kecederaan apabila berlaku kemalangan. Mursyidul Am Pas itu berkata, jika serban dipakai dengan ikatan kemas dan boleh mencegah kecederaan, ia boleh digantikan dengan topi keledar yang dianggap lebih selamat itu. Malah, katanya, topi keledar yang keras itu tidak selamat jika tidak dipakai kemas dan diikat dengan betul. “Kadang-kadang serban dan semuntal yang diikat kemas lebih selamat, kerana ia lembut apabila berlaku hentakan kuat berbanding topi keledar yang keras itu. “Topi keledar pun jika tidak dipakai dengan kemas dan diikat dengan betul boleh menyebabkan penggunanya tidak selamat apabila berlaku kemalangan, kerana mudah tercabut atau kecederaan dalaman akibat hentakan kuat,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pelajar sekolah pondok di Pasir Tumboh di sini, pada dua hari lalu dijatuhi hukuman denda RM90 atau penjara dua hari kerana didapati bersalah tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal sebaliknya memakai serban. Bagaimanapun, pelajar pondok terbabit, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk menjalani hukuman penjara dua hari. Nik Abdul Aziz berkata, umum mengetahui berapa ramai penunggang motosikal yang terbunuh akibat nahas jalan raya walaupun mereka memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal. Beliau berkata, soal ia merupakan pakaian pak lebai atau golongan haji tidak berbangkit walaupun undang-undang dan peraturan jalan raya mengklasifikasikan begitu dan beliau tidak mahu campur urusan agama dengan peraturan jalan raya. “Cuma bagi saya, mereka yang memakai pakaian serban tidak harus dikenakan tindakan, jika ia dipakai dan diikat dengan kemas,” katanya. Menurutnya, serban bermakna dalam bahasa Melayu asal ialah ikatan kain kepala, seperti juga semuntal bagi pakaian tradisi orang Melayu Kelantan sedikit masa dulu. Beliau berpendapat, jika masyarakat keturunan Sikh yang memakai serban dan boleh dikecualikan daripada undang-undang jalan raya, tidak ada sebab orang Islam yang memakai serban tidak boleh dikecualikan daripada peraturan itu. “Saya tidak mahu ganggu soal agama. Lebai atau jahil, bukan boleh dinilai pada pakaian kerana ini mengikut tafsiran masing-masing, kerana ada orang lebai atau haji tetapi tidak pakai serban atau kopiah, dan ada juga yang pakai serban sebesar bakul pun tetapi tidak dianggap lebai,” katanya.
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 12-02-09 11:33
ana harap satu masa nanti pihak kerajaan akan wujud satu dasar di mana orang yang memakai serban dengan cara yang betul ketika menunggang di kecualaikan daripada kena saman.. Kalau kaum singh boleh , Kenapa kita umat Islam tak boleh ..
|
en_poligami
Warga 2 Bintang Menyertai: 24.12.2008 Ahli No: 36486
Posting: 67
Dari: tok bali,kelantan
|
Posting pada: 24-02-09 08:18
sebab negara ini diperintah oleh orang-orang islam yang pemikirannya macam sigh tu sebab serban salah tapi sigh tak salah... hehe hee...
|
Addey
WARGA SETIA Menyertai: 13.03.2005 Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu
|
Posting pada: 24-02-09 09:12
peraturan-peraturan dunia ni macam jalan raya... ikut sahaja... kalau suruh pakai helmet, pakai saja...
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 24-02-09 09:47
sebenarnya ana rasa kasihan kepada pelajar pondok tersebut... yangbtahu akan yang BENAR serta ADIL adalah Allah. pandangan ana...lebih baik pakai serban dari luluskan lesen judi arak, rumah urut yang ada pelacur dan kilang arak, rasuah, zina, mengumpat, riak, ujub, sum_ah, takabbur, sombong. tidak tutup aurat... di zaman Rasulullah... rasulullah mengikat serbannya dengan kukuh pada topi besi masa nak berperang ...cuba baca sirah...masa zaman tu tiada helmet...bulehlah jika kita ikut wazura yang mahir manatul hukmi serban yang dililit kuat pada topi besi boleh kita assume sebagai helmet... jika dalam perang fil Qital rasulullah lilit serban pada topi besi bagi protect kepala...maka boleh lah kita pakai helmet untuk keselamatan kepala kita dari hentakan yang kuat... betul apa yang Tok Guru beritahukan...akan hal lilit serban dengan kuat, pakai topi besi yang dililit kuat dengan serban... wallahu a'lam
|
Aqoo
Warga 1 Bintang Menyertai: 09.09.2009 Ahli No: 37470
Posting: 23
Dari: Melaka
|
Posting pada: 09-09-09 12:04
ada ke orang pakai serban nak bawa motor laju laju.. Kalau bawa laju2 mesti terbang serban tu kan...hehehe sunnah ialah segala perbuatan, perkataan, pengakuan dan ifat Rasulullah SAW Rasulullah SAW pakai serban, itu perbuatan Rasulullah SAW mengamal kan sunnah salah satu tanda cinta kepada Rasulullah SAW, orang yang cinta rasulullah saw tak bawa kenderaan secara merbahaya,.. jadi fikir-fikir kan lah..
|