Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jiran adalah lebih berharga berbanding saudara jauh
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 67
Ahli: 0
Jumlah: 67




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 21 jam, 2 minit yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Rahsia di dalam AIS


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Rahsia di dalam AIS

Please Mendaftar To Post


Oleh Rahsia di dalam AIS

ladylolida_aina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2008
Ahli No: 34562
Posting: 162
Dari: Johor

malaysia  


posticon Posting pada: 04-02-09 09:22


"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.

Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini..

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.

Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.

Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.

Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.

Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.

Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh..

Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.

Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan
unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.


-----------------
About Me Myspace Comments


Bookmark and Share

    


  Member Information For ladylolida_ainaProfil   Hantar PM kepada ladylolida_aina   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-02-09 10:58


Pada 04-02-09 09:22 , ladylolida_aina posting:

!!! QUOTE !!!



Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.



bukan kalau kita makan ais krim batuk tak hilang ke? :pint: :sakit: :berfikir:


-----------------
http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-02-09 11:03


hu..tak sgke air sejuk bagus...selalunya org cakap minum air sejuk tak bagus...ni dr segi saintifik kan..islam pulak macam mana ek....:berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

wardatul_shuhada
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.11.2006
Ahli No: 27283
Posting: 43
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 04-02-09 12:13


salam..
tak sangka juga yang ais ini banyak juga kebaikan, saya pernah baca satu article menceritakan yang ais ini tak berapa elok untuk sistem badan..and then, because of that article saya dah kurang nak minum air berais dan sejuk..
tapi mungkin juga ada benarnya informasi kat atas ini..
setiap apa yang ada kat dunia ini ada kebaikan dan keburukan yang tersendiri, dan kita sebagai manusia kena lah pandai untuk seimbangkan mana yang baik dan mana yang buruk..
waalahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardatul_shuhadaProfil   Hantar PM kepada wardatul_shuhada   Quote dan BalasQuote

hilyah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.01.2007
Ahli No: 28324
Posting: 30
Dari: bumi AL-KHALIQ

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 05-02-09 13:03


masya Allah , hebatnya penciptaan Allah. ana tak sangka betul dengan keistimewaan ais. ana memang amalkan minuman panas dan lazimnya yang bersuhu bilik.
mabruk, ladylolida telah berjaya mengubah sedikit sebanyak persepsi ana terhadap ais.
cuma kalau boleh nyatakanlah sekali sumber yang ladylolida perolehi, boleh ana dapatkan maklumat tambahan. walau apapun syukran -RAHSIA DI DALAM AIS!

Bookmark and Share

    


  Member Information For hilyahProfil   Hantar PM kepada hilyah   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.12.2003
Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai

Pahang  


posticon Posting pada: 05-02-09 23:47


Sesungguhnya tiap ciptaanNya tiada yang sia-sia..apatah lagi air... bayangkan kalau tak ada air... hurmmm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

nie_nadia
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.05.2004
Ahli No: 8745
Posting: 133
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 06-02-09 01:59


konfuse lah air sejuk dengan ais ni? ke tak ada beza? dr article tu merujuk kepada "air sejuk" maksudnya air sejuk yang bersuhu sederhana yang biasa kita minum or air yang berais? hehehe tolong explain?

Bookmark and Share

    


  Member Information For nie_nadiaProfil   Hantar PM kepada nie_nadia   Quote dan BalasQuote

lie_na
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 777
Posting: 55
Dari: DARI PERAK-KUALA LUMPUR

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-02-09 02:45


hemmmm.....
bagus info tentang ais ni tapi ada sikit pembetulan bab.......

Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

jangan gunakan ais atau air sejuk utuk jelum cuma guna air paip biasa saja.begitu juga untuk mandikan bayi kerana tubuh badannya tidak pandai atau belum matang untuk mengawal suhu badannya,jika terlalu sejuk suhu badan bayi akan jatuh mendadak.cuba bayangkan kita berada dalam kesejukan macammana rasanya........

Bookmark and Share

    


  Member Information For lie_naProfil   Hantar PM kepada lie_na   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-02-09 07:43


AlhamdulilLah..


!!! QUOTE !!!

Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.




terima kasih atas maklumat yang bermanfaat..

-- Muddathsir


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 06-02-09 11:25


terima kasih atas maklumat yang diberikan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

Luqiem
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.08.2008
Ahli No: 34587
Posting: 155
Dari: Jerantut Ke Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-02-09 11:36


Assalamualaikum

Semua ciptaan Allah ada manfaat, ada mudarat... Insyaallah jika niat kita betul, maka ia akan memberi manfaat kepada kita...

Jom pergi minum ais krimm... ;-)


-----------------
Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya
http://www.luqiem.my-ads4bucks.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For LuqiemProfil   Hantar PM kepada Luqiem   Pergi ke Luqiem's Website   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-02-09 06:10


Pada 06-02-09 11:36 , Luqiem posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Semua ciptaan Allah ada manfaat, ada mudarat... Insyaallah jika niat kita betul, maka ia akan memberi manfaat kepada kita...

Jom pergi minum ais krimm... ;-)




:welcome: nak belanja makan air krim ek saudara luqiem...wah apa lagi sahabat-sahabat semua..mari kita pakat ramai-ramai makan ais krim yang di belanja oleh saudara luqiem


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-12-09 05:23


!!! QUOTE !!!

Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.


betul.. lagipun seeloknya mandi di awal pagi. salah satu awet muda. tapi sejukkk..
alah bisa tegal biasa~~


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09573 saat. Lajunya....