Oleh |
Curi Line Telefon!!!!!! |
muslimahsejati
WARGA SETIA Menyertai: 06.06.2003 Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor
|
Posting pada: 26-10-03 12:05
Assalamualaikum... Saya baru je terima bil telefon rumah saya.Alangkah terperanjatnya saya bila lihat bayaran yang di kenakan terlalu banyak Rm200.00 selalunya rumah saya tak pernah sampai 100 maklumlah ramai yg dah pakai h/p cuma hal penting je guna phone rumah... Bila di semak nombor tersebut semuanya bukan saya kenal ...tulah ada orang curi line..bahayakan kegiatan macam nie yelah kita tak buat panggilan sebegitu banyak tup..tup..kena bayar banyak...geramnya siapa punya kerja..saya harap takde sahabat semua lakukan perkara macam tuekan.
|
sastera_ikhtisas
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.10.2003 Ahli No: 4608
Posting: 37
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 26-10-03 12:36
assalamualaikum.... itu menunjukkan perkembangan yang bagus kepada negara kita .. ini membuktikan bahwa org malysia semakin pandai dan berteknologi... tapi teknologi yang tidak berakhlak dan tidak jujur.... sekian wasssalam.. ----------------- kullu nafsin zaa ikatul maut....
|
BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 31.07.2003 Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 26-10-03 12:49
Assalamualaikum.. simpati betoi ana kat sahabat kita ni.....line telefon dicuri...entah siapa lah gerangan orang yang terlalu bijak mengaplikasikan teknologi komunikasi sampai begitu sekali... Bila orang dah terlalu bijak...bila teknologi semakin canggih....ada jugak sesetengah golongan manusia yang gunakan ilmu & kemahiran yang ada untuk jalan2 macam ni.. Line internet pun dah ada orang boleh curi sekarang ni....waspada sentiasa....
|
mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.10.2003 Ahli No: 4592
Posting: 119
Dari: k.lumpur
|
Posting pada: 26-10-03 15:23
sabar je lah....perkare ni memang sejak dulu lagi..memag payah kalau dah terlampau pandai sgt...sabar jelah kak eja.....
|
zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor
|
Posting pada: 26-10-03 16:06
Assalamualaikum... tentang kes curi line telefon ni, ianya bukan sahaja berlaku kat talian tetap, tapi public phone pun berlaku gak...dulu kawan2 ana ntah macam mana dia buat, sampai kredit kat public phone tu boleh mencecah RM 12000 !!...kalau cakap setahun pun tak habis lagi kredit tu.... Ntahla...ni la akibatnya kalau dah terlalu 'moden'... wassalam.. ----------------- :: Salam Persaudaraan Untuk Semua ::
|
nur_marha
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.07.2003 Ahli No: 2371
Posting: 64
Dari: johor
|
Posting pada: 26-10-03 17:00
assalamualaikum, mm.. mencuri line tepon? memang tak pernah menghadapi situasi macam ni... tapi kesian ek kat kawan kita ni sebab kena bayar pada bil yang bukan dia sendiri gunakan.. memang tak patut la orang yang buat cam tu.. semakin dunia ni moden semakin bertambah kejadian macam ni...... dunia semakin moden dan kegiatan macam ni pun berleluasa......... patutnya kemudahan macam ni dimanfaatkan sebaiknya bukannya lebih menburukkan keadaan...
|
UsTaZaH_CuTe
Warga 5 Bintang Menyertai: 04.06.2003 Ahli No: 962
Posting: 389
Dari: siNtOk
|
Posting pada: 27-10-03 01:16
hmm....pasal curi line...kes ni dah banyak berlaku...dulu, kwn ana pun pandai buat jugak(public phone)....sronok betul ana tgk dia gayut berjam2 tepon pakwe tanpa kena charge sesen pun...dia pernah nak ajar ana...tp ana tak nak... tp itu citer 2thn yg lepas....dulu ana ingat syarikat tepon tak rugi apa2 klu diorg curi line..(ni utk kes public phone laa....) sebab bukan ada org yg kena bayar...sebab diorg tak curi line umah... tp lepas tu, ana ada dgr ceramah...ustaz ana cakap....curi line dosanya lebih teruk dari pancitkan tayar org....sebab..klu pancitkan tayar org...klu nak bertaubat...kena mintak maaf kat tuan punya tayar ajer laa...tp klu curi line...tak kiralah public atau umah...klu nak mintak maaf, kena jumpa semua org dlm negara ni...sebab semua org bayar cukai...kita seolah2 curi duit mereka semua.... wallahuallam... ----------------- "NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..
|
MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan
|
Posting pada: 27-10-03 01:48
Heheh.. Curi line telefon?? Wah.. Best nih. Kawan ana pernah ajar ( public phone ). Tapi, ana tk pernah buat lagi. Ingat nak try buat bila takda duit nanti. Tapi bilabaca apa yang ustazah_cute tulis, taubat taknak buat! Taknak sebut pun! Ayah ana pernah kena kat handset beliau. Everymonth, meletup sampai RM 1000. Call ke Sabah n Sarawak punya number. Wallahua'lam kerja siapa. ----------------- Genggam bara api, biar sampai jadi abu!
|
siti_aishah
Warga Rasmi Menyertai: 24.10.2003 Ahli No: 4640
Posting: 12
Dari: wangsa melawati
|
Posting pada: 27-10-03 17:42
kat asrama selalulah penghuninya berbuat begitu.. ada gak kat kawasan perumahan orang buat crose-line.. tapi ana tak pernah lagi curi line tepon.. ukhuwah itu indah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah S.W.T
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 27-10-03 20:16
Kepada yang suka curi line telefon ni lepas ni tak payah buat dah.. seperti kata ustazah tu.. macam manalah nak minta maaf... samalah dengan kegiatan recycle setem.. terutama bila tiba musim raya ni.. kad raya banyak sangat.. guna lotion untuk hilangkan cop pada stem lama.. apalah salahnya beli aje 30 sen satu setem tu.. kalau tak mampu guna e-kad raya.. drpada nak hantar kad raya nak mohon maaf terus dapat dosa lain pula.. bahaya.. bahaya.... -----------------
Hargai semasa ada....
|
muslimahsejati
WARGA SETIA Menyertai: 06.06.2003 Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor
|
Posting pada: 28-10-03 11:03
mencuri adalah larangan Allah..... jangan mencuri...........walau di dunia tak dapat balasan tapi di akhirat nanti terimalah.
|
islamic_princess
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 45
Posting: 736
Dari: johor bahru ke UPSI
|
Posting pada: 30-10-03 16:15
assalamualaikum lah ingatkan kat rumah mira jer kena curi line telefon...rupanya rumah kak muslimahsejati pun terjadi situasi yg sama...... tu yg pelik..semakin canggih teknologi...semakin teruk pula perangai manusia ni... wassalam ----------------- HaRaPanKu MoGa DikuRniAkaN MaNiSnyA IMAN BerPanJanGaN MoGa LauTaN HiLanG GeLoRa UnTuK BeLaYaR..
|
UsTaZaH_CuTe
Warga 5 Bintang Menyertai: 04.06.2003 Ahli No: 962
Posting: 389
Dari: siNtOk
|
Posting pada: 31-10-03 01:48
kak hanan bercakap tentang setem..nak tanya skit,,betul ker kadar setem dah naik?? dari 30 sen naik ke 35 sen??? iklan..iklan....sekadar selingan... ----------------- "NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..
|
Riyadhfannil
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 214
Posting: 487
Dari: fi ardillah
|
Posting pada: 05-11-03 23:42
Malaysia sudah melangkau ke arah teknologi yang gemilang...akan tetapi...dari kemajuanlah macamĀ² boleh terjadi
|
fizah84
Warga 1 Bintang Menyertai: 05.11.2003 Ahli No: 4915
Posting: 34
Dari: malaysia
|
Posting pada: 20-11-03 10:58
curi line???bese ah tu kan... x per.....kalo nak kepastian bleh bawak bil...pi kat telekom...diaorg boleh tengok nombor2 tu ha..... okiessssss..........
|
kahuna
Warga 2 Bintang Menyertai: 21.11.2003 Ahli No: 5317
Posting: 42
Dari: pulau melaka
|
Posting pada: 21-11-03 22:40
wakaka best tul buat camtu yerk... banyak tul dose.. satu minit ntah baper dose... ape ape pun kite leh kongsi idea ngan ilmu camtu kan?? kan?? kan?? sekarang nie bukan setakat telephone malah banyak lagi... contohnyer email> [email protected] pass:sai******, [email protected] pass:5883*****. ade lagi akaun internet> ismailbn pass:*09*7**(tmnet), za83148 pass:k1****69... ape ape pun tak baik buat keje hack menhack nie... belaja tuk pengetahuan bukan buat jahat....
|
Putra_Aiman
WARGA SETIA Menyertai: 13.11.2003 Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani
|
Posting pada: 05-12-03 02:18
ana pun guna line free..tatau laa nak kata curi ke tak...ana guna untuk dial msk internet....kwn ana kasi no tu...dia ckp yg tu free...sbb dia guna no timenet....tapi yg ana tgk no time net tu beza satu no jer ngan yg dia bagi tu...curi ke tak ni?
|
ma_N
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3948
Posting: 85
Dari: No 49 Persiaran Temenggong,Taman Koskam,13220 Kepala Batas,Pulau Pinang
|
Posting pada: 05-12-03 10:00
ermm...bijak betul manusia sekarang ni...line pon bleh curi ker? ingat kan org curi duit jer...pelik sungguh...hehehehe.....bersabar aje laaa...!!!!!!! ----------------- -=TakE iT oR LEavE iT=--=bE sErioUS oR jusT quiT=-
|
nawra_albahira
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.08.2003 Ahli No: 3005
Posting: 141
Dari: taman tun dr ismail
|
Posting pada: 05-12-03 21:51
mcm mana cara curi line tepon sebenarnye??tak kan kita tak dpt kesan kot?? ade sesiapa yg tahu tak?? ----------------- jadikan pengalaman itu sebuah kenderaan yg memandu dlm kehidupan agar kita menjadi lebih berhati-hati
|
ummu_najah
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.05.2004 Ahli No: 9199
Posting: 182
Dari: egypt
|
Posting pada: 21-06-04 16:17
eeei sungguh jahat org itu...orang yang sukerr curik line tepon ni..aper lerr dok curik line tepon orang lain..nih sumerr kes nak naya org lerr nih..sendiri yang guna sendiri bayar lerrr.... ini sumerr orang xder moral punya....sendiri mau senang orang lain palk yang dapat susah...hentikan lerr tabiat buruk nih...x dapek paedah do...poie menyusahkan org lain...x ko mengabihab bogheh yo tuh????wallahualam.
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 21-06-04 17:35
Quote:
| kak hanan bercakap tentang setem..nak tanya skit,,betul ker kadar setem dah naik?? dari 30 sen naik ke 35 sen??? |
| Ana tak pasti pula.. Tak pernah dengar pun. Ana masih guna setem 30 sen untuk surat biasa yang bergam.. -----------------
Hargai semasa ada....
|
ismi_safiza
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya
|
Posting pada: 11-07-04 22:40
penah gak..bukan terlibat secara langsung, tp x langsung..sebab takut kene usik dgn senior..masa tu nk tpon umah kt kg, depa ckp..nah guna nie..guna jelah..pastu terus balik..tak toleh2 dah..takut..sekarang dah insaf alhamdulillah... -----------------
|
ami_haiqal
Warga 2 Bintang Menyertai: 29.06.2004 Ahli No: 9712
Posting: 55
Dari: malaysia
|
Posting pada: 15-07-04 00:16
Askar curi talian telefon ditangkap. PORT DICKSON: Seorang anggota tentera dari Kem Sungai Udang, Melaka ditahan kerana disyaki mencuri talian telefon awam bagi menghubungi kekasihnya malam kelmarin. Lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan oleh empat anggota polis kira-kira jam 11.50 malam ketika dia asyik menelefon kekasihnya dalam semak berhampiran sebuah pondok telefon di Jalan Batu 13, Pasir Panjang, dekat sini. Sebelum itu, anggota polis berkenaan ternampak sebuah motosikal diletakkan di tepi jalan dan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan berada dalam semak berdekatan. Mereka membuat pemeriksaan dan mendapati lelaki itu sedang memegang sebuah set telefon dengan wayarnya disambung ke talian telefon awam berhampiran. Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Multimedia dan Komunikasi. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Ibrahim, berkata polis menyelesaikan dua kes ragut dan dua kes curi dengan menahan seorang lelaki berusia 24 tahun. Lelaki itu ditahan bersama tujuh rakannya selepas polis mengadakan pemeriksaan penagih dadah di Flat Seri Bandar, dekat sini, kira-kira jam 11 malam 7 Julai lalu. Seorang daripada lapan lelaki itu terbabit dalam kes ragut beg tangan seorang wanita berusia 40 tahun yang hanya mengandungi RM1 di depan sebuah kedai buku, dua jam sebelum pemeriksaan.
|