Oleh |
Salah SIAPA????? |
Addey
WARGA SETIA Menyertai: 13.03.2005 Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu
|
Posting pada: 30-01-09 10:20
Salah kita! Oleh Ridzuan Ahmad [email protected]ALOR STAR: Akibat tertekan dengan cemuhan segelintir masyarakat Islam kerana memiliki tatu, seorang mualaf mengelar lengan kanannya untuk menghilangkan tatu warisan keluarganya itu lebih lima kali dengan menggunakan pisau cukur, semalam. Perbuatan Anas Phoon Abdulllah, 30, mengelar lengannya nyaris membawa maut apabila dia kehilangan banyak darah. Difahamkan, tatu terbabit dimilikinya lebih 10 tahun lalu sebelum dia memeluk Islam. Apa yang menyedihkan Anas, kehadirannya untuk menghayati ajaran Islam bukan saja kurang disenangi segelintir masyarakat, malah turut disisih keluarganya sendiri. Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Anas, seorang peniaga minyak wangi nekad mengelar lengannya di belakang tandas sebuah masjid di Telok Kechai, Kuala Kedah, selepas berputus asa dengan penghinaan masyarakat serta nasib menimpa dirinya Menurut rakannya, Mohd Firdaus Razali, 22, Anas pernah beberapa kali mengelar lengannya untuk membuang tatu itu yang menjadi punca tindakan segelintir masyarakat menghinanya. “Malah, dia sering menangis setiap kali menceritakan pengalamannya kepada saya yang dicerca masyarakat. “Tidak cukup dengan itu, Anas sedih apabila kembali daripada menziarahi keluarganya di Pulau Pinang sempena Tahun Baru Cina, empat hari lalu. Ini disebabkan dia tidak disenangi anggota keluarganya,” katanya yang mula mengenali Anas sejak setahun lalu. Mohd Firdaus berkata, tindakan Anas pada malam kejadian menggambarkan kekecewaannya memuncak akibat memendam perasaan sejak sekian lama menanggung masalah menimpa dirinya. Bagaimanapun, keprihatinan Mohd Firdaus menyelamatkan Anas apabila menyedari dia tidak muncul di gerai mereka seperti biasa. Katanya, dia menghubungi Anas beberapa kali dan sebaik panggilannya dijawab, rakannya itu memohon maaf seolah-olah sudah melakukan kesilapan besar. “Dia (Anas) berulang kali mendakwa melakukan kesalahan dalam nada terputus-putus seperti seorang sedang menahan kesakitan. Selepas didesak, Anas kemudian memberitahu saya tempat dia berada sebelum mematikan talian telefon. “Saya segera bergegas ke sana dan mendapati Anas sudah terkulai layu di belakang tandas masjid itu selain lengan dan pakaiannya dipenuhi darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Chengai, dekat sini, semalam. Dia segera menghubungi rakan lain sebelum berlari memasuki bilik Anas bagi mendapatkan kain. Sekembali semula kepada Anas, dia mendapati mangsa seperti nyawa ikan dan mulutnya tidak putus-putus menyebut Allah. “Saya segera membalut tangannya bagi menghentikan pendarahan itu sebelum rakan lain datang dan mengusung Anas masuk ke bilik,” katanya. Anas segera dibawa dengan ambulans ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat mengalami pendarahan dan luka serius. Mohd Firdaus berkata, Anas pernah memberitahunya bahawa tatu pada lengan kanannya itu dibuat ketika dia berumur belasan tahun yang menjadi tradisi keluarganya. Mangsa memeluk Islam ketika berusia 20 tahun selepas tertarik dengan cara hidup Islam. Dia hairan simbol tatu itu menjadi isu besar sehingga memberi tekanan kepada kehidupan harian Anas. “Sepatutnya masyarakat memberi panduan kepadanya yang memilih Islam sebagai jalan hidupnya. Memang ada orang memberi sumbangan kepada Anas yang menerimanya sebagai rakan baru dalam Islam,” katanya. Menurutnya, pihak pengurusan masjid turut membantu Anas dengan memberi sebuah bilik tidur selepas melihat kesungguhan Anas mendalami cara hidup Islam. Justeru, dia berharap tiada pihak lagi mencemuh Anas hanya kerana tatu itu, sebaliknya memberi sokongan serta bimbingan untuk menghayati ajaran Islam sebenar.
|
Addey
WARGA SETIA Menyertai: 13.03.2005 Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu
|
Posting pada: 30-01-09 10:21
Orang ISLAM apa ni??? Orang telah masuk islam bukan sahaja tak dibimbing, tapi di cemuh hanya kerana tatu...
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 30-01-09 10:36
pengalaman sama yang diterima oleh salah seorang sahabat jue, malu selalu dicaci kerana tatunya, akhirnya dia memencilkan diri dr masyarakat....dan saya sendiri amat sedih kerana tidak dapat membantunya....tapi tetap berusaha.... Allah SWT berfirman : " Bertolong-tolonglah kamu berbuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolong membuat dosa dan aniaya..." ( Al Maidah : 2 )
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 30-01-09 10:41
adohai... kadang kala orang-orang islam sendiri yang memberi gambaran buruk terhadap agamanya sendiri...seharusnya ia harus ditangani secara hikmah...
|
Luqiem
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.08.2008 Ahli No: 34587
Posting: 155
Dari: Jerantut Ke Jerantut
|
Posting pada: 30-01-09 10:41
 Sepatutnya orang Islam lebih prihatin terhadap keislaman saudara tersebut, bukan mempersoalkan tentang tatu... Nampak sangat kelemahan ilmu agama dalam diri segelintir masyarakat orang Islam untuk membimbing saudara Islam yang baru.... ----------------- Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya http://www.luqiem.my-ads4bucks.com
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 30-01-09 10:42
.. Hm .. sesama muslim pun tak sedia nak membantu ..  .. sama-sama ar kita do'a semoga Anas diberikan hidayah dan kekuatan untuk menjadi Muslim sejati .. Amin.
|
arrantaui
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.12.2008 Ahli No: 36246
Posting: 99
|
Posting pada: 30-01-09 10:45
Kerja nak hukum atau tidak fasal tatu; itu bukan kerja kita. Itu kerja Allah.Kerja kita adalah membimbing saudara-saudara, bukan menghukum. Tapi bila masuk Islam seorang semua dosanya terhapus, tetapi kebaikkanya diterima sebagai kebaikkan oleh Allah.
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 30-01-09 10:49
kasihan sungguh nasib yang menimpa Anas, kita sebagai Muslim sepatutnya membimbing bukannya mencaci..sama-sama lah kita memperbaiki kesilapan kita... ----------------- http://www.dapatwang.com/?id=laila82
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 30-01-09 10:52
ketika saya ke Alor STAR,..saya bertemu dengan seorang muallaf..dia telah masuk islam selama 12 tahun...dia lari dari rumahnya setelah dia dipukul oleh abgnya.bahagian bahu dan lengan serta belakangnya luka.. saat di ALOR STAR tu, dia hanya memiliki wang 60 sen..dan dia bertahan di sana selama 3 hari sebelum bertemu saya..selama 3 hari tu juga dia xmakan...padahal saya tahu yang jual nasi dan makanan di sekitar tu ramainya orang islam.. begitulah keadaan kita saat ni...begitulah keadaan umat ni sekarang.. sapa yang mahu disalahkan...JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN...tak perlu menyalahkan...kalau kita ada kekurangan..bersama kita perbaiki diri...cuba kita selamatkan sahabat-sahabat kita yang lain..sbelum hal-hal macam tu terulang lagi..tanamkan jiwa islam tu pada diri kita dan keluarga kita.. wallahu'alam..
|
as-syafie
WARGA SETIA Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'
|
Posting pada: 30-01-09 10:58
!!! QUOTE !!! sapa yang mahu disalahkan...JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN...tak perlu menyalahkan...kalau kita ada kekurangan..bersama kita perbaiki diri...cuba kita selamatkan sahabat-sahabat kita yang lain..sbelum hal-hal macam tu terulang lagi..tanamkan jiwa islam tu pada diri kita dan keluarga kita.. wallahu'alam..
betul itu Mulya... sama kita memperbaiki kelemahan yang ada untuk membentuk jiwa yang perkasa memperjuangkan Islam di Mata Dunia...
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 30-01-09 11:03
Pada 30-01-09 10:58 , as-syafie posting:!!! QUOTE !!! !!! QUOTE !!! sapa yang mahu disalahkan...JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN...tak perlu menyalahkan...kalau kita ada kekurangan..bersama kita perbaiki diri...cuba kita selamatkan sahabat-sahabat kita yang lain..sbelum hal-hal macam tu terulang lagi..tanamkan jiwa islam tu pada diri kita dan keluarga kita.. wallahu'alam..
betul itu Mulya... sama kita memperbaiki kelemahan yang ada untuk membentuk jiwa yang perkasa memperjuangkan Islam di Mata Dunia...
yang terjadi jadikan pengajaran..buka mata kita...perhatikanlah...perhatikanlah...kalau kita gunakan mata kita ni untuk melihat dan memperhatikan kebesaran ALLAH...insyaallah..kita akan dapatkan pengajaran2 yang baik.. cerita tadi tu dah pun terjadi dan berlalu..sekarang ni..,persiapkan diri kita untuk hadapai dan perhatikan hal-hal macam tu lagi..sapa lah tau kan..,tanpa kita sadarai ada jiran kita yang muallaf..,tapi kita xsedari selama ni dan biarkan macam tu saja..hmm.. ----------------- ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 30-01-09 11:13
sedih juga dengan sikap org islam sekarang ni, bukannya nak membantu tapi sebaliknya lagi.. kadang-kadang yang duduk hina org tu belum tentu islamnya tu sempurna dr org yang dihina...perkara macam ni bukan melibatkan org awam saja ada juga jbtn2 kerajaan yang berperanggai sedemikian. saya pernah tbaca bagaimana seorang muallaf susahnya nak dapatkan haknya dipusat zakat setelah beliau dihalau keluarga. akhirnya dia kembali ke agama asal setelah sekian lama bertahan.. salah siapa??? kalau betul kita fikirkan bagaimana pusat zakat boleh mengadakan majlis dihotel mewah untuk bagi sumbangan pada anak yatim yang bilangannya kurang dr tetamu lain yang di jemput........salah siapa???
|
as-syafie
WARGA SETIA Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'
|
Posting pada: 30-01-09 11:28
!!! QUOTE !!! sedih juga dengan sikap org islam sekarang ni, bukannya nak membantu tapi sebaliknya lagi.. kadang-kadang yang duduk hina org tu belum tentu islamnya tu sempurna dr org yang dihina... betul itu... org yang kita kutuk dan hina belum lagi tentunye betul kan.. tapi perbuatan mengutuk dan menghina.. sudah pasti salah... ngata org dia yang tak betul sebenarnya... jangan lah kutuk-kutuk org dan hina ini... kita siapa??? Salah siapa???
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 30-01-09 11:44
Pada 30-01-09 11:28 , as-syafie posting:!!! QUOTE !!! !!! QUOTE !!! sedih juga dengan sikap org islam sekarang ni, bukannya nak membantu tapi sebaliknya lagi.. kadang-kadang yang duduk hina org tu belum tentu islamnya tu sempurna dr org yang dihina...
betul itu... org yang kita kutuk dan hina belum lagi tentunye betul kan.. tapi perbuatan mengutuk dan menghina.. sudah pasti salah... ngata org dia yang tak betul sebenarnya... jangan lah kutuk-kutuk org dan hina ini... kita siapa??? Salah siapa???
hhmm..bukankah orang islam yang dimaksudkan adalah kita..??kenapa nak sedih..??sudah saatnya kita perbaiki diri dan keluarga kita...xperlula menyalahkan..sebab tak ada yang suka disalahkan.. kalau dikatakan badan zakat..mungkin mereka akan kata.."tak ada k yang mengurus masalah orang2 masuk islam ni..??bukankah banyak da'itu..??"hhm...tak ada yang nak disalahkan..kita umat islam.kita yang salah..kita perbaiki diri untuk kedepan..semua kita.. ----------------- ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran
|
NizamYangBiasa
Warga Rasmi Menyertai: 19.01.2009 Ahli No: 36818
Posting: 4
|
Posting pada: 30-01-09 17:56
Orang yang tak betul adalah orang yang berasa hanya diri dia sahaja yang betul
|
wafie
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor
|
Posting pada: 30-01-09 18:10
Pada 30-01-09 10:21 , Addey posting:!!! QUOTE !!! Orang ISLAM apa ni???
Orang telah masuk islam bukan sahaja tak dibimbing, tapi di cemuh hanya kerana tatu... saya pun tak paham sikap orang islam sekarang ini,,,patutlah ramai yang takut masuk islam -----------------
|
ANSHU
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.01.2009 Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak
|
Posting pada: 30-01-09 18:12
insafnya...dugaan bagi mereka..pengajaran bagi kita..mudah-mudahan Allah cekalkan hati mereka dijln ini..insyaAllah
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 02-02-09 11:21
Pada 30-01-09 18:10 , wafie posting:!!! QUOTE !!! Pada 30-01-09 10:21 , Addey posting:!!! QUOTE !!! Orang ISLAM apa ni???
Orang telah masuk islam bukan sahaja tak dibimbing, tapi di cemuh hanya kerana tatu...
saya pun tak paham sikap orang islam sekarang ini,,,patutlah ramai yang takut masuk islam
HU..HU..HU..  anda orang islam zaman bila..?? ----------------- ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran
|