Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 8 hari yang lalu
muslimiman: 13 hari yang lalu
tornado: 33 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Mulianya hati seorang Frederic Kanoute


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Mulianya hati seorang Frederic Kanoute

Please Mendaftar To Post


Oleh Mulianya hati seorang Frederic Kanoute

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 01:40


Frederic Kanoute, 31 dalam perlawanan antara Seville vs Deportivo lah Coruna telah menyatakan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan menyelak jersinya dan menayangkan perkataan “PALESTINA” setelah menjaringkan gol kedua bagi pasukannya, Seville. Perlawanan bolasepak tersebut telah diadakan pada 8/1/2009.

Dikhabarkan bahawa dalam perlawanan menentang Osasuna (4/1/09), beliau juga memakai baju yang sama tertera perkataan “PALESTINA”. Tetapi tidak ditunjuk kerana beliau tidak dapat menghasilkan gol pada ketika itu.

Namun, pada saat keunggulan beliau telah menjaringkan gol pada perlawanan menentang Deportivo lah Coruna; Pada saat semua kamera menumpukan fokus kepada beliau; Pada saat ribuan manusia bersorak kepada beliau; Pada saat ribuan pasang mata menonton kejayaan beliau; Pada saat itulah, Frederic Kanoute memilih untuk menayangkan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan cara yang tersendiri. Sungguh pandai dan sungguh bijak. Alhamdulillah… .


Hasil dari perbuatan tersebut, beliau telah dilayangkan dengan kad kuning. Namun, beliau menerimanya dengan redha dan bertanggungjawab dengan tindakannya itu.

Adakah itu sahaja sumbangan beliau?

Beliau malah telah menyelamatkan sebuah bangunan yang dijadikan masjid oleh penganut ISLAM di Seville. Bangunan tersebut telah dibuat keputusan untuk dijual kerana kontrak penggunaan bangunan tersebut sebagai tempat solat telah tamat. Namun, Frederic Kanoute telah tampil menyelamat dengan membeli bangunan tersebut dengan harga 510,860 euros (iaitu $700,000 USD). Harga tersebut menyamai setahun pendapatannya. (Baca lanjutan di Islamonline.net)

Beliau juga telah membuktikan bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak melemahkan ummat ISLAM. Frederic Kanoute telah dimahkotakan dengan penjaring gol terbanyak liga iaitu 20 gol, mengalahkan Ronaldinho. Bukan setakat BOLEH bermain bolasepak di arena profesional, malah CEMERLANG walaupun sedang berpuasa. Semenjak itu, kelab yang beliau wakili tidak lagi memberi tekanan kepada beliau untuk menjalankan rutin sebagai seorang muslim. (Baca lanjutan di Islamonline.net)

Sebagai seorang muslim, beliau juga menolak untuk memakai jersi bolasepak kelab beliau yang tertera nama sebuah syarikat internet perjudian. Kelab beliau telah menyediakan jersi khas untuk beliau pakai.

Beliau juga telah mewujudkan sebuah yayasan untuk membantu anak-anak yatim di Mali dan lain-lain kebajikan agama yang saya percaya ia menjadi dambaan setiap muslim.

SubhanALLAH, insan seistimewa Frederic Kanoute ini telah membuat suatu yang sangat bernilai di sisi ISLAM. Walaupun baru 10 tahun memeluk ISLAM, sumbangan beliau telah mengalahkan sebahagian kita, terutama saya…aduh, cemburunya.

Semoga kisah Frederic Oumar Kanoute ini bisa memberikan kita keinsafan dan dapat kita ambilnya sebagai iktibar.

wAllahu ta’ala a’lam.

Sumber: http://muzir.wordpress.com/2009/01/20/frederic-oumar-kanoute-menjulang-palestin/


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Meshaal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.10.2008
Ahli No: 35602
Posting: 40
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 02:11


salam ummimq: sebelum ini ada juga Pemain Mesir Abu Treka buat macam tu...
tapi bagi kelab inggeris, mungkin banyak cabaran, alhamdulillah, hamba Allah ini diterima...berkat keikhlasannya terhadap Islam...

------------------------------

Visit: http://islamictazkirah.blogspot.com/


-----------------
Jana Wang USD dengan blog anda di http://pakej-jana-wang-adsense.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeshaalProfil   Hantar PM kepada Meshaal   Pergi ke Meshaal's Website   Quote dan BalasQuote

arrantaui
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 36246
Posting: 99

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 08:48


Pada 30-01-09 01:40 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!



Sebagai seorang muslim, beliau juga menolak untuk memakai jersi bolasepak kelab beliau yang tertera nama sebuah syarikat internet perjudian. Kelab beliau telah menyediakan jersi khas untuk beliau pakai.




Masya Allah, beliau seorang yang tegas. Sesuai dengan nama Umar yang dipilihnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For arrantauiProfil   Hantar PM kepada arrantaui   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 07:41


Ya. Umar alFarooq (yang dapat membezakan antara hak dan batil dengan jelas sekali).

WA

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103208 saat. Lajunya....