Oleh |
Gaji rm4k tak boleh tanggung mak ayah???? |
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 22-01-09 12:37
�Gaji saya tidak cukup� Oleh Mohd Nur Asnawi Daud [email protected]
SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam diberitahu seorang pensyarah sebuah universiti dan suaminya yang sebelum ini bersetuju memenuhi beberapa tuntutan termasuk menyara nafkah sepanjang hayat ibu bapanya, pendapatannya tidak mampu menampung perbelanjaan bulanan mereka.
Raja Suzana Kassim, 39, berkata pendapatan bulanannya berjumlah RM4,400 tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan menyebabkan kekurangan itu terpaksa ditampung pendapatan suaminya, Zulazli Hashim, 43.
Selain itu, dia turut memaklumkan mahkamah mengenai beberapa pinjaman bank termasuk pinjaman peribadi dan peruntukan gaji yang dibelanjakan untuk makanan, pakaian dan keperluan lain serta membayar insurans pendidikan anak-anaknya.
Menurutnya, dia memiliki tiga kereta, namun hanya sebuah masih belum selesai bayaran ansuran dengan bank.
Raja Suzana dan Zulazli sebagai defendan pertama dan kedua menghadapi tuntutan daripada pesara, Kassim Othman, 72, dan isteri, Fatimah Salleh, 64, di mahkamah berkenaan pada April 2007 kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Kassim yang juga plaintif pertama dianugerahkan sebidang tanah oleh kerajaan negeri di Kampung Jiboi Baru, Ampangan, di sini, sekitar Ogos 1971.
Plaintif pertama dan kedua (Fatimah) mendakwa mereka mendirikan sebuah rumah di atas tanah itu dan membesarkan lapan anak termasuk defendan pertama.
Mereka turut memaklumkan defendan pertama dan kedua mendirikan rumah tangga pada 1993.
Pada 2002, plaintif pertama bersetuju untuk memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.
Bagaimanapun, defendan memungkiri janji dan mengabaikan kebajikan plaintif.
Pada mulanya, plaintif dibenarkan tinggal di rumah itu tetapi layanan defendan begitu mengecewakan sebelum mereka diusir keluar oleh defendan pada akhir Ramadan 1425 Hijrah.
Pernyataan tuntutan itu turut menyatakan berlaku kejadian defendan pertama melakukan kekasaran terhadap plaintif kedua menyebabkan dia cedera. Satu laporan polis dibuat berikutan kejadian itu.
Dalam pernyataan itu turut menyebut keadaan itu menunjukkan defendan gagal, abai atau cuai untuk memenuhi janji selepas tanah itu dipindah milik dan gagal, abai atau cuai untuk melaksanakan tanggungjawab member nafkah kepada plaintif iaitu nafkah furu�.
Plaintif menuntut defendan memberi nafkah sepanjang hayat dan dibenarkan tinggal di rumah di Kampung Jiboi Baru seumur hidup selain diberi kebebasan bergerak secara munasabah serta melakukan aktiviti masing-masing dalam rumah itu serta persekitaran.
Malah, plaintif turut menuntut diberi kebebasan untuk dilawati anak lain dan bersama dengan anak lain di rumah itu pada bila-bila masa yang munasabah selama hayat mereka, defendan menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta relif yang difikir sesuai oleh mahkamah.
Bagaimanapun, Raja Suzana dan suami bersetuju memenuhi tuntutan ibu bapanya pada tahun lalu terutama berkaitan nafkah sepanjang hayat dan membenarkan mereka mendiami rumah berkenaan yang sudah dijual kepada orang lain tetapi disewa semula Raja Suzana.
Hakim Syarie Mohd Nadzri abang Rahman menetapkan 24 Februari ini untuk membuat taksiran sama terhadap suami defendan.
gaji macam tu pun tak boleh nak tggng mak ayah dia ke? dah lah rumah free yang di bagi mak ayahnya..macam-macam sekarang ni...
|
advastrade
Warga 2 Bintang Menyertai: 14.11.2008 Ahli No: 35882
Posting: 55
|
Posting pada: 22-01-09 12:57
salam..jika semua bersatu dan berjihad dengan al quran dan sunnah para rasul untuk mengembalikan kegemilangan empayar islam lagi bagus kalian semua ni..
|
ardani
WARGA SETIA Menyertai: 24.06.2008 Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake
|
Posting pada: 22-01-09 12:59
ada juga orang begini ek? kemana pergi nya duit dia? mungkin juga dia berbelanja d luar kemampuan..mungkin juga perlu melunaskan hutang2.. dan mungkin juga betul kata pepatah orang2 tua, besar periuk, maka besar lah kerak nya..maksudnya besar gajinya, besarla tanggungannya.. wallahuaklam.........
|
ikrimah
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.12.2008 Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu
|
Posting pada: 22-01-09 14:36
salam tanda-tanda rezeki yang dberkati ialah banyaknyer daripada hasil yang kita perolehi tersebut dihabiskan ke arah perkara yang di redhai Allah, tanda rezeki yang berkat juga ialah sentiasa mencukupi bagi pemiliknya hatta banyak atau sedikit.. bersama2la kita mencari Keberkatan dan Keredhaan Allah.... wallahua'lam...
|
setanggi_syurga83
WARGA SETIA Menyertai: 10.03.2006 Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah
|
Posting pada: 22-01-09 16:06
Ish2..apa sudah jadi dengan dunia..ibu bapa sampai terpaksa bawa ke mahkamah..anak-anak pula selamba kata tak cukup duit...tak paham den  ----------------- -StaIrWays To HeaVen- http://nurfazilah.hadithuna.com/
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 22-01-09 21:15
Anak apa dah korban harta mak bapak lepas itu halau pulak itu.. Geramnya dengar.. ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
maisarahlisa
WARGA SETIA Menyertai: 29.12.2003 Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai
|
Posting pada: 23-01-09 00:53
panas perut ibu yang mengandungkannya... anak derhaka betul... gaji banyak tapi seolah tak berkat... berbelanja pada benda yang bukan keperluan utama.. contoh kereta 3 biji... buat apa banyak-banyak..sekadar perlu cukuplah... inilah kata org tua2 besar periuk besarlah keraknya..
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 23-01-09 09:08
Jika benar sebagaimana yang dilaporkan, jelaslah mereka ini bukan anak yang baik. Tetapi, bukan itu yang nak saya ulas. Saya bukan nak pertahankan si anak kurang ajar tu. Cuma saya nak bawa, adakah pada usia 39tahun, gaji RM4400, besar ke? Katalah campur suami pendapatan isi rumah RM10,000, dengan 3 kereta, rumah, anak-anak, insurans, pinjaman peribadi dsbnya, saya lihat ada kemungkinan tidak cukup. Ini pemerhatian saya sendiri terhadap manusia2 yang suka buat pinjaman bank, lagi besar gaji lebih besar pinjaman mereka. nak renovate rumahlah, tukar kereta barulah, shopping dengan kredit card bla bla bla... Oleh itu, tinggalkan meminjam dari bank2 ini, tak kiralah bank konvensional atau 'bank islam', dedua sama saja haram. Dan ajar juga kepada anak kita, riba' tu haram. Semoga anak-anak kita menjadi insan yang soleh dan solehah dan kita tak senasib pakcik dan makcik tu. Memang hari ini kita akan dikatakan pelik, bodoh dsbnya kalau tak buat pinjaman bank. Tapi fikir2 balik siapa sebenarnya bodoh, orang yang menentang hukum Allah atau yang mengikut hukum Allah walaupun perit. Benarlah kata nabi, Islam datangnya asing dan akan kembali asing. wuzara http://jemaah-islam.blogspot.com
|
bintanghati2008
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.07.2008 Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan
|
Posting pada: 23-01-09 09:15
 Kenapa lah dengan si anak itu... ibu bapa membesar dan menjaga kita dari kita lahir hingga lah kita menjadi seorang yang berguna... sekecil mana pun gaji kita... apa salahnya kita hulurkan yang termampu.
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 23-01-09 09:26
Bagi saya lah.. walaupun gaji kecil tapi penuh berkat... insyaAllah duit akan sentiasa cukup.. Saya rasa mak ayah tak minta harta dan wang ringgit yang banyak.. cukup lah baginya kasih sayang dari anak-anak.. penjagaan dan tanggungjawab yang anak berikan pada mak ayah.. itu yang sebaiknya.. bukan diisuruh tatang bagai minyak yang penuh,tapi cukupla beri kesenangan kepada mak ayah yang sudah tua.. besar ganjarannya dan besar pahalanya..
|
amyazma
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.07.2003 Ahli No: 2134
Posting: 78
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 23-01-09 09:34
Harap pekara macam ini tak berlaku pada warga ukhwah.com. Kalau dulu orang tua sanggup bersusah nak membesarkan kita Kenapa bila dah besar kita tak boleh nak jaga mereka pulak Lagi nak tambah menyusahkan mereka Duit tak cukup... Kalau nak dikira memang pun Tapi kalau pandai ukur baju kat badan sendiri... insya Allah tak jadi macam ini Duit kalau sikit pun tapi berkat, insya Allah cukup
|
erwina
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu
|
Posting pada: 23-01-09 10:28
Pada 22-01-09 14:36 , ikrimah posting:!!! QUOTE !!! salam
tanda-tanda rezeki yang dberkati ialah banyaknyer daripada hasil yang kita perolehi tersebut dihabiskan ke arah perkara yang di redhai Allah, tanda rezeki yang berkat juga ialah sentiasa mencukupi bagi pemiliknya hatta banyak atau sedikit..
bersama2la kita mencari Keberkatan dan Keredhaan Allah....
wallahua'lam... betul tu.....
|
ladylolida_aina
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.08.2008 Ahli No: 34562
Posting: 162
Dari: Johor
|
Posting pada: 23-01-09 10:37
Jika sebelum ini kita hanya mendengar sahaja keluh kesah ibu bapa yang dipinggirkan anak-anak. mereka hanya mampu mengalirkan airmata sahaja. tapi kini En. Kasim telah membuat tindakan yang betul dengan mendakwa anaknya yang tidak bertanggunjawab itu. Memang patut raja suzana dan suaminya didakwa. kalau hanya dibiarkan sahaja perlakuan si anak tu maka akan jadi anak derhaka lah.... bila dah didakwa ni sekurang-nya diharap akan mendapat keinsafan. Diharap pihak berkuasa undang-undang dapat mengeluarkan satu akta baru dimana anak-anak yang mengabaikan ibu bapanya akan mendapat hukuman....
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 23-01-09 13:28
" Sembahlah ALLAH dan janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun. Dan berbuatlah ihsan ( berbuat baik ) kepada orang tua ( ibu bapa ) ( An - Nisa' : 36 ) * Anak yang enggan berbakti kepada ibu bapanya dianggap anak derhaka. Anak itu akan menerima balasan seksa ALLAH sejak di dunia lagi. Keadaan ini jelas kalau kita meneliti sabda Rasulullah yang bermaksud: " Dua kejahatan yang akan dibalas oleh Allah di dunia ini ialah zina dan derhaka kepada ibu bapa ." ( Hadis Riwayat At Tabrani ) ----------------- bila waktu telah terhenti.... teman sejati hanyalah amal....
|
panahpena
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.11.2008 Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu
|
Posting pada: 23-01-09 14:42
Inilah buktinya bahawa sudah ramai orang Melayu (bukan semuanya) kurang (bukan tidak langsung) menjiwai ISLAM. Saya menjangkakan tidak lama lagi ada anak Melayu yang menyaman ibu bapa mereka kerana mereka beragama Islam bukan kristian. Kerana Islam tidak relevan dalam dunia moden ini! Sedangkan ketua negara Islam sekalipun mengharap kepada orang kristian, mengapa kita jadi Islam. Sistem kebendaan, menyeret mereka ini kelembah hina. Sistem pinjaman yang tidak terancang. Belanjawan peribadi yang tidak seimbang. Ilmu yang dipelajari di sekolah letak di mana? ----------------- Sumbanglah kepada GERAKAN JIHAD MALAYSIA (MALAYSIAN MARTYR MOVEMENT). Hubungi 016 7156771
|
marul
WARGA SETIA Menyertai: 04.09.2007 Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban
|
Posting pada: 23-01-09 15:10
buat malu saja... :-| Ini lah contoh org yang pentingkan duniawi..mengejar harta dunia..kereta sampai tiga...huh.. kalau duit tu banyak mana pun lah..belanja entah apa-apa..tak berkat,sampai ke mati pun tak cukup... tapi,kalau berkat...zakat berbayar,sedekah tak tinggal..untuk mak ayah dan adik beradik pun ada...sedikit pun duit tu pasti cukup,sebab keberkatan dari Allah tu ada... jangan hanya mementingkan duniawi wahai manusia..ukhrawi tu lagi banyak manisnya... pantang betul den ada org begini..kalau mak ayah dia cakap tak cukup duit nak tanggung anak seorang ni..jangan harapla nak merasa gaji kau sekarang ni wahai manusia...!! manusia ke..
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 23-01-09 17:21
Jelas hidup dah jadi tak berkat walau banyak duit mana pun bila derhaka kepada ibu bapa. WA
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 23-01-09 18:21
bagi saya tak patutlah individu buat macam tu. dia berjaya pun sebab doa dan sokongan ibu bapa juga. bila da berjaya terus lupakan pula. kenapa lah tak terfikir ibu bapa adalah org yang menjaga kita dr kecil sampai lah besar dan akhirnya berjaya. lepas itu dibiarkan dan lebih hina lagi diusir pula...gaji 4 ribu da banyak tu...masa saya kerja dulu pun, gaji tak sampai 1500 pun..belum potong apa-apa lagi..gaji pertama sbahagian da bagi kat ibu bapa....tapi memang terasa juga sebab tak bagi banyak duit tu...kalau boleh bagi mereka rasa semua duit gaji pertama.namun kerana baru kerja dan jauh dr keluarga,belanja lain kena setel dulu juga....setiap bulan pasti bagi, janji bagi walaupun tak banyak...sebab memang tak terbalas jasa mereka tu sampai bila-bila...da sambung study ni, tak dapat bagi duit lagi.......apa pun sayangilah ibu bapa....hormatilah, walaupun banyak mana pun harta tapi ibu bapa disisihkan pasti hidup tak tenang.... ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 23-01-09 20:25
biyasa, orang lupakan akhirat memang begitu, orang kata urban poverty.
|
jumjumatonne
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.02.2008 Ahli No: 32561
Posting: 119
Dari: Johor Darul Takzim
|
Posting pada: 23-01-09 22:10
salam.... ana berdoa agar tidak tergolong dalam kalangan mereka-mereka yang disebutkan itu...... malu betul.... anak apa itu ea? tak kenang budi langsung.....
|
mazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.07.2008 Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah
|
Posting pada: 23-01-09 23:55
Memang dasar tak guna punya anak. Barang mahal boleh beli banyak, tapi bila sedekah untuk ibu bapa, macam angkat beban 10 tan.
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 24-01-09 00:02
tak paham lah..:: -kenapa nama defenden raja suzanna sedangkan nama ayahnya yang juga plaintif kes ini tiada 'raja' di pangkal nama kasim? -kata anak2nye 8 org? takkan anak-anak lain tak back-up parent mereka before ni sampaikan kes dalaman family jadi isu d mahkamah? ada sesiapa boleh jawab?
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 24-01-09 09:10
Pada 24-01-09 00:02 , syemarly posting:!!! QUOTE !!! tak paham lah..::
-Kenapa nama defenden raja suzanna sedangkan nama ayahnya yang juga plaintif kes ini tiada 'raja' di pangkal nama kasim?
-kata anak2nye 8 org? takkan anak-anak lain tak back-up parent mereka before ni sampaikan kes dalaman family jadi isu d mahkamah?
ada sesiapa boleh jawab? Syemarly.. Rasanya kasim othman ni saja letak raja kat anak dia.. banyak kes dah macam tu.. nama mak ayah biasa saja tapi ada nama anak-anak yang bermula dengan puteri,megat,wan dll.. maybe anak-anak yang 8orang tu sama juga sikapnya dengan raja suzanna agaknya.. sekadar pendapat..
|
wafie
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor
|
Posting pada: 24-01-09 12:46
Pada 23-01-09 09:08 , wuzaraa posting:!!! QUOTE !!! Jika benar sebagaimana yang dilaporkan, jelaslah mereka ini bukan anak yang baik. Tetapi, bukan itu yang nak saya ulas.
Saya bukan nak pertahankan si anak kurang ajar tu. Cuma saya nak bawa, adakah pada usia 39tahun, gaji RM4400, besar ke? Katalah campur suami pendapatan isi rumah RM10,000, dengan 3 kereta, rumah, anak-anak, insurans, pinjaman peribadi dsbnya, saya lihat ada kemungkinan tidak cukup. Ini pemerhatian saya sendiri terhadap manusia2 yang suka buat pinjaman bank, lagi besar gaji lebih besar pinjaman mereka. nak renovate rumahlah, tukar kereta barulah, shopping dengan kredit card bla bla bla...
Oleh itu, tinggalkan meminjam dari bank2 ini, tak kiralah bank konvensional atau 'bank islam', dedua sama saja haram. Dan ajar juga kepada anak kita, riba' tu haram. Semoga anak-anak kita menjadi insan yang soleh dan solehah dan kita tak senasib pakcik dan makcik tu.
Memang hari ini kita akan dikatakan pelik, bodoh dsbnya kalau tak buat pinjaman bank. Tapi fikir2 balik siapa sebenarnya bodoh, orang yang menentang hukum Allah atau yang mengikut hukum Allah walaupun perit. Benarlah kata nabi, Islam datangnya asing dan akan kembali asing.
wuzara http://jemaah-islam.blogspot.com saya setuju jadi Kalau boleh elakkan meminjam dari bank -----------------
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 25-01-09 10:05
Hal ini terjadi bila mana mereka tidak tahu mengenang budi...Tak ingat segala susah payah ibu bapa membesarkan mereka dari sekecil tapak tangan sehingga sebesar gajah...Rezeki yang mereka perolehi tak diberkati kerana itulah hidup sentiasa terbeban....
|
_norlidahashim_
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.09.2008 Ahli No: 34749
Posting: 105
Dari: kemaman
|
Posting pada: 25-01-09 13:09
MENGARUT dan MUSTAHIL!!!! WAKE UP PLEASE.... apa nak JADI NI... moga kita semua tak tergolong dalam golongan yang lupa daratan dan tak bersyukur...amin ----------------- Terima kasih Allah untuk segalanya
|
doktor_kampung
WARGA SETIA Menyertai: 19.05.2003 Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh
|
Posting pada: 25-01-09 17:09
teruklah mereka ni. buat apa kereta sampai 3 biji tu. then tak payah nak pinjam bank kalau tak penting.... -----------------
|
syauqahaziqah
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.08.2005 Ahli No: 18509
Posting: 259
Dari: darul iman
|
Posting pada: 04-02-09 10:20
salam..keredhaan Allah bergantung keredhaan ibu bapa...bagaimana nak dapat keredhaan hidup kalau sampai mak ayah pun tuntut sampai mahkamah..jadi betul lah, seorang anak belum tentu mampu menjaga jasa ibu bapa nya sebagaimana ibu bapa menjaga anak dengn baik walau anaknya 8 orang... Akal yang dkurniakan oleh Allah tu d jaga dengn berfikir secara baik, hati yang dianugerahkan untuk d nikmati dengn kasih sayang...gunalah akal dan hati dengn baik untuk mencari keredhaan Allah....
|
alexander
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2004 Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 13-09-09 15:09
Semoga kita semua dijauhkan dari perkara sebegini....insyaALLAH...apa yang saya nak sentuh adalah penderhakaan kepada kedua ibu bapa...sebagaimana yang kita maklum...redha ALLAH terletak kepada redha kedua ibu bapa kita terhadap kita...dan menderhaka kedua ibu bapa termasuk dalam dosa-dosa besar...nauzubillahimin zalik... Saya percaya...jika banyak mana pun gajinya..tidak akan cukup tanpa adanya keberkatan dan keredhaan ALLAH dan ibu bapanya...menghalau ibu dan bapa dari rumah...tak bagi nafkah...sedih dengar cerita sebegini....duhai anak-anak...sewaktu kecil dikau ditatang...dibesarkan dengan penuh kasih sayang...tiba waktu dewasa...dikau membuang ibu bapa dan dengan penuh kedaifan mereka menyara hidup.... Saya nak kongsi satu cerita...kisah ini berlaku depan mata saya...seorang anak membawa si ibu ke tempat mengundi...si ibu ini buta celik...anak ni menyuruh ibunya berlakon seolah-olah tidak buta...kerana anak ni malu bila orang ramai melihat ibunya buta...maka si ibu berjalanlah perlahan-lahan sambil mengikuti langkah anaknya...saya yang melihat terus menyapa dan memimpin tangan si ibu(saya kenal dua beranak ini)...tapi saya ditegur oleh si anak ini supaya jangan memegang tangan ibunya..."biarkan mak jalan sendiri,nanti orang tengok" katanya...saya yang geram terus sedarkan si anak tadi tentang tanggungjawabnya sebagai anak....Kenapa nak malu dengan keadaan ibunya yangg buta...walau dibuat endah tak endah...namun saya puas hati bila dapat menegur perangai si anak yang biadap dan agak kasar dengan si ibu...dalam masa yang sama...saya sedih Kenapa anak-anak zaman sekarang tidak menghargai ibu dan bapa mereka...sedarlah...di luar sana ramai anak-anak yang dahagakan kasing sayang ibu dan bapa....malah ada diantara mereka yang tidak kenal ibu bapa sejak dilahirkan... Semoga kita tergolong dalam golongan anak-anak yang soleh dan solehah.... ----------------- Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......
|
ziyah
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat
|
Posting pada: 06-11-09 00:12
betul cakap pepatah... "biar mati anak, jangan mati adat" yup...
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 06-11-09 08:32
Lawak sistem kapitalis ni... Mereka tidaksebenarnya mengiktiraf tanggungjawab anak menjaga ibu atau bapa. Tidak ada peruntukan undang-undang yang mewajibkan seorang anak menjaga ibu bapa. Dalam kes ini, mahkamah hanya dapat mengambil tindakan berhubung hakmilik tanah dan seolah ada penipuan berhubung isu tersebut. Mahkamah sebenarnya tidak ada hak untuk mengambil tindakan sekiranya seorang anak tidak menyara ibu bapa mereka. bukti nyata bahawa sistem kapitalis ini tidak mengiktiraf tanggungjawab anak memelihara kedua orang tua mereka adalah mereka tidak membenarkannya pemotongan kos pembiayaan ibu bapa dalam cukai pendapatan. Malah sekiranya seseorang menyara adik-beradik, ia juga tidak diiktiraf dalam cukai pendapatan. Ini kerana pada pandangan kapitalis, ia bukanlah tanggungjawab langsung seorang anak.
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 06-11-09 09:21
Pada 22-01-09 16:06 , setanggi_syurga83 posting:!!! QUOTE !!! Ish2..apa sudah jadi dengan dunia..ibu bapa sampai terpaksa bawa ke mahkamah..anak-anak pula selamba kata tak cukup duit...tak paham den 
betul...ni lah akibatnya kalau anak-anak tak mengenang jasa ibu bapa..susah sabngat ke nak jaga mereka...tak fikir ke macam mana ibubapa membesarkan mereka dr kecil sampai masuk u...sampai berjaya ----------------- ** Keep your friends close, ����And your enemies closer**
|
Alisha_Mardhiyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.09.2009 Ahli No: 37512
Posting: 76
Dari: Terengganu-KL-Selangor
|
Posting pada: 06-11-09 09:51
Keputusan mahkamah berkenaan kes ini semln... Anak Derhaka: Diarah sara ibu bapa sepanjang hayat Oleh Hussain Said [email protected] SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat. Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan. Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji. "Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka. "Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu. Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya. Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu. Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu. ----------------- http://semua-barangmurah.blogspot.com
|
tr_champ
Warga Rasmi Menyertai: 18.07.2004 Ahli No: 10134
Posting: 1
Dari: disini
|
Posting pada: 06-11-09 10:38
kes seorang pensyarah, bukan orang xngaji.tapi itu salah satu tanda mnunjukkan beberapa perkara sistem pendidikan kita : 1. menggalakkan orang bersijil tapi untuk berilmu belum pasti 2. terpelajar tidak bererti terdidik 3. penekanan aspek kognitif saja tidak mencukupi untuk mendidik insan
|