Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.
-- Hadis Qudsi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 20 jam, 59 minit yang lalu


Bincang Agama
Topik: Berkongsi Rumah dengan Syaitan??


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Berkongsi Rumah dengan Syaitan??

Please Mendaftar To Post


Oleh Berkongsi Rumah dengan Syaitan??

arepis
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.02.2008
Ahli No: 32698
Posting: 95
Dari: Kajang dan Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-01-09 09:33


SATU KISAH BENAR ......


Bumi merupakan alam nyata bagi membina perkampungan dan kediaman manusia.
Namun disebalik pandangan mata kasar terdapat juga kejadian Allah,makhluk halus yang turut sama mendiami alam maya ini.Mereka bukan setakat hidup malah mempunyai naluri yang sama seperti manusia,mencari tempat kediaman yang sesuai dalam kehidupan .Sekiranya harta yang anda miliki menjadi pilihan mereka untuk lokasi kediaman,sudikah anda berkongsi ruang dengan mereka ? Ikuti pengalaman detik-detik ngeri yang dialami seoarang eksekutif sebuah firma perniagaan selatan tanahair mengharungi sedemikian.

Menurut Azman ,pengalaman diganggu mahkluk halus tersebut dialami ketika cuti akhir tahun persekolahan tahun lalu.Beberapa hari sebelum berlangsungnya pertunjukan bertaraf antarabangsa di Pulau Langkawi dan Sambutan Hari Raya Haji.Pada peringkat awal dia hanya menghantar ibu,isteri dan anak-anak balik ke kampung halaman di Arau,Perlis untuk menziarahi keluarga sempena cuti sekolah.Apabila keluarga sebelah isterinya membawa menjenguk Pulau Langkawi menyaksikan pertunjukkan pesawat dan kapal laut,keluarganya sibuk pula mahu turut serta.Kebetulan pula salah seorang iparnya telah membina chalet untuk penginapan pelancong di Pulau tersebut.

Oleh kerana Azman tidak dapat meninggalkan kerjanya terpaksalah dia pulang ke Johor dan meninggalkan keluarganya bercuti lama di kampung halaman.Pada mulanya Azman merancang untuk bertolak pulang sebelah pagi.Tujuan utamanya adalah untuk mengelakkan masalah mengantuk apabila memandu seorang diri pada malam hari.

Sebelum peristiwa itu,beliau hanya menggunakan lebuhraya tersebut untuk perjalanan jarak dekat.Jika perjalanan jauh pula mesti bersama kawan untuk bergilir-gilir memandu.Jadi tidaklah menghadapi masaalah mengantuk atau letih memandu seorang diri.Malang tidak berbau,pada waktu malam sebelum bertolak balik,kereta yang dipandunya terhumban ke dalam sawah.

Peristiwa itu berlaku gara-gara dua ekor kerbau yang melintas jalan.Keadaan tanah sawah yang lembut dan lecak akibat hujan sebelah petang hari menyukarkan usaha mengeluarkan kereta tersebut.Semakin digerakkan mengundur ke belakang,makin dalam pula tayar bahagian hadapan terbenam ke dalam selut.Untuk meminta bantuan orang ramai bergotong royong pula agak sukar kerana hari sudah gelap.

Akhirnya terpaksalah kereta tersebut ditinggalkan dalam bendang menunggu siang hari.Setelah berhempas pulas dari pagi dengan bantuan orang ramai,akhirnya kereta tersebut dapat dikeluarkan menjelang tengahari.Kerosakkan yang dialami tidaklah serius,hanya sedikit lekuk pada dinding,tercabut bumper bahagian hadapan dan nombor plat kenderaan tertanggal.Selesai membaiki kerosakan,pada sebelah petang barulah dia bertolak pulang dari rumah mertua.Walaupun sudah merasa sedikit keletihan,dikuatkan semangat untuk pulang.Dia tidak mahu pekerjaannya terganggu.Seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan rekod perkhidmatannya sebagai ' orang kepercayaan ' pihak atasan dipejabat.

Perjalanan dari rumah mertuanya hingga kawasan susur masuk ke Tol Juru berjalan lancar tanpa sebarang halangan.Jalanraya agak lapang kerana waktu itu bukan musim cuti perayaan .Sekitar jam 08:00 malam Azman tiba dikawasan terowong Ipoh . (TEROWO dan pergi ME dan ORA) Di kawasan itulah detik pertama dia mengalami gangguan.Sebaik sahaja memasuki terowong, Azman tersentak.Telinganya menangkap suara memanggil " Abang ! Abang ! " . Suara wanita,halus dan lunak ! .Suara siapa memanggilnya dalam kegelapan malam di kawasan terowong begitu. Azman begitu pasti bahawa dia tidak berkhayal.

Di keluarkannya telefon bimbit dari saku untuk melihat kalau-kalau suara itu datang dari telefon bimbitnya.Tidak ada tanda panggilan.Suara yang baru didengar sebelumnya bukan suara yang tersimpan dalam memori telefon bimbit,suara itu amat asing baginya.Dia tidak pernah menyimpan nada sebegitu dalam telefon bimbitnya.Radio kaset kereta mengalunkan irama lagu hit Hindustan.Mustahil ada selingan suara mel ayu dalam alunan lagu tersebut.Tingkap kereta juga bertutup rapat.

Tidak mungkin ada suara dari luar menerjah masuk. " Abanggggg ! " kali ini suara itu muncul lebih manja dan menggoda. Azman melihat cermin sisi.Jalanraya lengang,kosong,tidak ada sebarang kenderaan dibelakang.Sesekali ada juga kenderaan dari arah bertentangan menderu laju membelah kepekatan malam.Hatinya mula berdebar . Sah ! ada sesuatu sedang mengganggu perjalanannya.

Lagu Hindustan yang sedang berkumandang dihentikan.Kumat-kamit mulutnya membaca Al-Quran yang dihafal.Tanpa sedar had kelajuan kenderaan semakin bertambah.Kalau boleh dia mahu cepat-cepat meninggalkan kawasan lebuh raya sunyi tersebut.

Menghampiri kawasan Gua Tempurung satu gangguan lagi dialaminya.Terlihat sesusuk tubuh manusia melintasi jalan lalu berdiri menahan kenderaannya.Susuk tubuh seorang perempuan.Bajunya kusut masai,compang-camping berlumuran darah.Tentunya bukan hantu bisik hati kecilnya kerana biasanya susuk tubuh hantu yang diketahui berpakaian putih,baju labuh mirip seperti fesyen pengantin cina.

Mungkin wanita tersebut terlibat dengan kemalangan bisiknya.Hampir-hampir dia memberhentikan kenderaannya tetapi fikirannya pantas menangkap sesuatu yang tidak kena.Tentunya dia bukan manusia biasa !. Manusia biasa tidak mungkin dapat melintas jalan dengan pantas seperti terbang sebelum menahan keretanya.

Spontan kakinya menekan pedal minyak,memecut laju meninggalkan kawasan itu.Suara perempuan mengilai-ngilai mengisi ruang malam kedengaran sebaik sahaja dia memecut laju meninggalkan wanita berbaju kumal berlumuran darah tersebut.Dalam situasi ketakutan tangannya memaut stering mengelak sesusuk tubuh yang terbaring di jalan.Ya Allah ! pekiknya kemalangan ngeri.Bukan satu,dua tetapi berbelas-belas tubuh berlumuran darah bergelimpangan ditengah jalan.Mayat-mayat bergelimpangan dengan darah mengalir memenuhi jalanraya.Ada pula yang sudah bertutup dengan kain kapan.Bunyi Hon kuat diiringi suara brek dari arah belakang mengejutkannya.Ternyata dia masih bernasib baik kerana sebua bas ekspress yang laju datang dari arah belakang masih mampu dikawal dari merempuh keretanya.Cepat-cepat dia memaut stering ke kiri.Tindakan pantasnya menyebabkan dia melanggar sekujur tubuh yang sudah berbalut kain kapan terbaring di jalan.

Tetapi aneh ! kenderaannya tidak melambung seperti sewajarnya bila melanggar tubuh kaku tersebut.Hanya seumpama merempuh kabus semata-mata ! . Ayat suci Al-Quran terus dibacanya berulang ulang kali.Bas ekspress yang tadi hampir merempuhnya memotong dan membunyikan hon sekali.Tidak pasti adakah tanda marah atau peringatan.
Azman balas dengan Hon sekali juga.Tubuhnya gementar.Jantungnya berdebar.Terasa menyesal pula dalam hati kerana menolak pelawaan saudara mara untukbercuti di utara.Mudah-mudahan janganlah ada petaka lain menggganggu dalam perjalanan seterusnya.

Itulah doanya dalam hati sebelum membelokkan kereta di salah sebuah kawasan Rawat dan Rehat ( & ) yang paling hampir.Di situ dia menunaikan Solat Maghrib dan Isyak secara Jamak dan Qasar.Selepas mengisi perut dengan roti bakar dan kopi O panas dia masuk ke kereta semula untuk menyambung perjalanan.

Ketika menghidupkan enjin kenderaan,datang seorang lelaki mengetuk cermin kenderaannya. Azman menurunkan cermin kenderannya untuk mengetahui maksud kedatangan lelaki itu.Riak kehairanan tidak dapat di buang dari wajahnya kerana sebelum ini memang dia tidak pernah mengenali lelaki tersebut . "

Lain kali kalau mengantuk bawa berehat Bang.Tidur dulu ! Bahaya abang memandu macam tu.Abang bawa kereta ke tengah,ke tepi kat kawasan Gua Tempurung tadi tu,nasib baik saya sempat brek ! kalau tidak , kereta abang dengan bas-bas saya berangkut ke balai malam ni...." .Kata lelaki itu dengan nada agak keras.

Tahulah Azman bahawa lelaki tersebut merupakan pemandu bas ekspress yang hampir merempuhnya di kawasan Bukit Tempurung sebelumnya . " Maaflah...saya bukan sengaja. Saya mengelak mayat-mayat tadi tu,tak perasan saya ada kenderaan belakang.."Jawab Azman . " Mayat ? Mayat apa ? Mana ada Mayat ..Abang memandu dalam mimpi tak ...." Lelaki itu menyoal dengan nada hairan.Jelas apa yang dilihat dan dielak bersungguh-sungguh sepanjang kawasan Bukit Tempurung tersebut adalah ilusi Azman semata-mata. "

Kawasan tu memang keras Bang.....Ramai orang dan ampak macam-macam dekat situ.Dalam tahun 90 an dulu ada tanah runtuh di situ.Banyak makan Korban.Mungkin Roh dia orang berkeliaran.Kalau boleh elakkan dari memandu seorang-seorang kat situ....." .. dan asihat pemandu bas tersebut sebelum meninggalkan Azman . " Gangguan yang menimpa saya tidak habis setakat itu sahaja.Sepanjang perjalanan saya terus di ganggu.Cuma tidaklah sehebat ketika melalui kawasan Bukit Tempurung.Kadang-kadang ada bau kemenyan,bau wangi bunga,bau busuk hanyir.

Kadangkala saya dengar orang memanggil tetapi bila saya dengar betul-betul suara itu hilang.Tak tahu nak buat apa lagi.Macam nak tinggalkan kereta saya kat tepi jalan dan balik naik bas sahaja malam itu ......." , Mohd Azman bin Wahid ,35 menceritakan pengalamannya. " Akhirnya saya cakap seorang-seorang,kuat-kuat...! Kalau kau nak tumpang,tumpanglah ! Jangan kacau aku.Barulah aman sikit. Ada masa saya dengar suara budak-budak bergurau,berkelahi sesama sendiri. dan ampaknya bila dah kena " WAR dan I dan pergi " jangan buat kacau,dia bawa anak beranak dia pula menumpang kereta saya !" .. " Bau bermacam-macam tu tidak terus mengganggu saya.

Sudah sampai rumah selang satu dua hari bau busuk,kemenyan,bunga rampai terus menerus mengganggu saya lagi.Bukan sahaja saya,tetapi kawan-kawan yang menumpang kereta terhidu sama.Balik dari Langkawi,keluarga saya pun terhidu sama.Setiap kali naik kereta,anak saya ayik mengadu bau busuk,bau kemenyan..." ..
Dengan nasihat kawan-kawan,akhirnya saya bawa kereta saya berjumpa seorang tua di Pekan Gelang Patah,Johor.

Akhirnya masalah itu dapat diatasi.Dia ajak saya sama-sama baca Ayatul Qursi dan Ayat Empat Qul pada setengah baldi air.Selepas itu tak tahulah doa dan bacaan apa dia bacakan waktu merenjis dan menjirus kereta saya.Kalau tengok sekali macam dia berinteraksi dengan makhluk dalam kereta saya......" . " Orang tua yang saya jumpa tu cakap lebih kurang macam ni lah ........ " Wak tengok-tengok makhluk itu bukan dari kawasan Gua Tempurung ! . Sebelum balik Johor engkau ada tinggalkan kereta dalam sawah kan ? ! Waktu itulah makhluk itu masuk mendiami kereta engkau,bukan satu tetapi sekeluarga.Makhluk itu rasa selesa dan serasi nak jadikan kereta ni rumah baru mereka.Anak-anak dia pun rasa seronok sama.

Kalau kamu terlibat dalam nahas kat Bukit Tempurung itu kelmarin memang beraya sakanlah mereka dalam rumah baru ! dan asib baik kamu dapat kawal diri masa memandu...." . " Bau macam-macam dalam kereta engkau ni sebenarnya bau keluarga makhluk itulah.Anak beranak syaitan ini ada macam-macam bau.Ada bau kemenyan,bau bunga kenanga,bunga rampai,hamis macam usus ayam ..Tetapi jangan bimbanglah,wak dah usir mereka balik kat tempat asal mereka.Wak cakap kamu dan sekeluarga tak sanggup berkongsi rumah kediaman dengan mereka.." .. " Selepas ini kalau naik putarkan sama ayat-ayat Al-Quran.Jangan asyik putar lagu Hindustan memanjang.Makhluk macam itu suka dengan bunyi-bunyian,muzik,paluan gendang, sebab itu kereta kamu ini menjadi pilihan keluarga mereka ! " . " Begitulah pengalaman saya yang terjadi dalam bulan Disember yang lalu.

Kisah yang diceritakan oleh Azman ini seharusnya menjadi iktibar buat kita semua.Kita tidak harus melekakan diri dengan Hiburan semata-mata dalam kehidupan sementara di dunia ini.Selain dari menjaga hubungan dengan manusia kita wajib meyakini kewujudan makhluk halus sebagaimana maksud firman Allah didalam Al-Quran .


Thank you,

Mohd Idham Saparuddin
IIUM Gombak & Starhill


-----------------

Hanya ISLAM yang benar.......


Bookmark and Share

    


  Member Information For arepisProfil   Hantar PM kepada arepis   Quote dan BalasQuote

ladylolida_aina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2008
Ahli No: 34562
Posting: 162
Dari: Johor

malaysia  


posticon Posting pada: 19-01-09 14:02


kuat betul semangat azman ni. makhlus halus memang diakui kewujudannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladylolida_ainaProfil   Hantar PM kepada ladylolida_aina   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 19-01-09 14:25


macam-macam yang kita dengar hal ni...apa-apa pun sm2 lah kita berdoa minta dijauhkan dari gguan makhluk2 halus yang jahat ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 19-01-09 19:05


terasa macam baca mastika pula bila paca posting ni..hhu.anyway betul ke tu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100611 saat. Lajunya....