Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 248
Ahli: 0
Jumlah: 248




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: kaki bukan aurat bagi muslimah????


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» kaki bukan aurat bagi muslimah????

Please Mendaftar To Post


Oleh kaki bukan aurat bagi muslimah????

nursibawaih
Warga Rasmi
Menyertai: 25.09.2003
Ahli No: 3770
Posting: 2
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 25-10-03 15:19


Assalamualaikum.....

Seperti mana yang kita ketahui..,aurat wanita ialah semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan......
Tapi.....kenapa kita tengok zaman sekarang ni...ramai yg bertudung masih tak pakai stokin????Termasuklah org yg bertudung labuh pun begitu..adakah aurat kaki itu...selemah2 iman sekiranya kita tak menutupinya???Ustaz ana pernah bagi tau aurat kaki itu ada berlaku perkhilafan antara ulama',sebab ada juga mazhab lain yg berpendapat solat tak tutup kaki pun tak per..bg perempuan..tetapi sejauh mana kebenarannya pun ana tak pasti....
kadang2 tu ana pun rasa confuse la juga nak tegur sahabat2 ana yg tak pakai stokin tu...
kadang2 kebanyakkan org perempuan yg dah kawin pun jarang pakai stokin.Kenapa jadi begitu yer???ada kelonggaran ke..bg org yg dah berkahwin??
So,ana nak minta penjelasan dr sahabat2 yg lebih 'arif dr ana ttg hal ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nursibawaihProfil   Hantar PM kepada nursibawaih   Quote dan BalasQuote

mawar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4592
Posting: 119
Dari: k.lumpur

Pahang  


posticon Posting pada: 26-10-03 14:57


bagi mawar,mawar tetap berpendapat kaki tu wajib di tutup...terutamanyalah gadis...sebab ustaz kate...jeng..jeng...tapi org yg dah kahwin pun kene tutup gak..dulu mase kat MRSM memang sgt di wajibkan pakai stokin.mawar sendiri bljr pakai dr MRSM.so baguslah..semua student ikut..jadi mawar rase kat institusI PERLU WAJIBKAN PAKAI STOKIN...tapi.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarProfil   Hantar PM kepada mawar   Quote dan BalasQuote

ratu_balqis
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4645
Posting: 38
Dari: gombak

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-10-03 18:30


assalamualaikum..
stokin....bukan susah nak pakai.sarungkan je. tapi masih ramai perempuan yg liat nak pakai.stokin sekolah tak pe pulak.hari2 pakai..kalau tak pakai kena tindakan disiplin.tahu takut pada disiplin sekolah tapi pada hukuman ALLAH..rasa malas je kan..well terpulang kpd individu sbb itu adalah hak masing2.tiada unsur paksaan di sini krn kita semua dah besar dan reti pikir dosa pahalanya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ratu_balqisProfil   Hantar PM kepada ratu_balqis   Pergi ke ratu_balqis's Website   Quote dan BalasQuote

leweh
Warga Rasmi
Menyertai: 24.10.2003
Ahli No: 4636
Posting: 18
Dari: upm

Pahang  


posticon Posting pada: 26-10-03 22:23


assalamualaikum wbt....
salam Ramadhan.....
Setahu ana,kaki muslimah tu mmg aurat....ana sependapat dgn mawar.....mase ana kat sekolah dulu mmg diwajibkan.....pakai stokin......so apa salahnya semua institusi wajibkan pemakaian stokin ni kan....kalau x belajar pakai,mcm mana nak biasa kan?.....dulu ana pun x biasa....dah lama2 biasala.......x sayang ke aurat kite org x muhrim tengok?.....bukan kaki je....semualah....kecuali muka & tapak tangan......kalau org x muhrim dah tengok....apa yang tinggal untuk bakal suami kita?....saper nak jawab ni......

Bookmark and Share

    


  Member Information For lewehProfil   Hantar PM kepada leweh   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 26-10-03 22:31


tutup jangan tak tutup...
tutup aurat..tutup aurat..
allah suruh tutup aurat...
bukan best pun nampak kaki tu...


Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

baiduri_aiman
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 34
Posting: 242
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-10-03 23:38


assalamualaikum..

pasal isu ini ana teringat masa form 2 dulu..masa tu student lelaki ngan perempuan dok berdebat pasal isu ni lah.last2 tanya ustazah.ustazah ckp dlm hal ini ada khilaf antara ulama'.tapi ustazah tu nasihatkan supaya lebih baik pakai.lagipun,byk rahsia kat kaki nih.

Bookmark and Share

    


  Member Information For baiduri_aimanProfil   Hantar PM kepada baiduri_aiman   Quote dan BalasQuote

Am
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.08.2003
Ahli No: 2742
Posting: 21
Dari: DaERaH pErJuAnGaN

Pahang  


posticon Posting pada: 28-10-03 11:15


assalamualaikum...

bab pakai stokin nie ana ingat lagi sepupu ana pernah cakap yang ustaz die beritau yang kalau muslimah tak pakai stokin.. nanti kat akhirat akan dikenakan seksaan yang pedih... bagi ana muslimah nie elok la pakai stokin... kalau aurat lain yang kat atas tu dah di tutup sempurna apalah salahnya kalau terus tutup seme skali.lagipun kaki nie memang banyak rahsia nya...

but yang penting kita dah besar dan tahu mana yang betul mana yang salah ...

Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmProfil   Hantar PM kepada Am   Quote dan BalasQuote

addawami
Warga Rasmi
Menyertai: 23.10.2003
Ahli No: 4632
Posting: 3
Dari: Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 28-10-03 11:36


bagi ana,kalau dah jadi makhluk ciptaan Allah tu buat je la apa yg disuruh.kalau tuhan suruh tutup aurat,tutup ajelah walaupun ada khilaf.
Bagi ana,orang yg kuat imannya akan lakukan yg terbaik tak kira banyak pendapat atau tidak.masalahnya sekarang ni ramai wanita yg menganggap tutup aurat pada tudung saja,kalau tengok kat pekan....pakai tudung tapi baju ketat,kain belah,dan etc.....
nasihat ana pada kaum hawa,pakai aje lah stokin tu...bukan susah sangat pun......yg penting kat akhirat nanti kita tak dipersoalkan
salam Ramadhan......

Bookmark and Share

    


  Member Information For addawamiProfil   Hantar PM kepada addawami   Quote dan BalasQuote

ainul_nabila
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 55
Posting: 394
Dari: Serikembangan/putrajaya

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-10-03 12:07


bukan ke dalam al-quran ada kata muka ngn tapak tangan je bleh buka..
dulu pun ana tak perasan yg kaki ni kene tutup gak..alhamdulillah skang ni dah perasan...

-----------------
HidUp Ini InDah Jika
segaLAnYa kErAnA ALLAH!!!

http://img75.photobucket.com/albums/v229/irda82/ainul3.jpg

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_nabilaProfil   Hantar PM kepada ainul_nabila   Quote dan BalasQuote

ummuluqman
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4162
Posting: 54
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-11-03 11:35


Assalamualaikum...

memakai stokin memang bagus utk kesihatan dan kecantikan kaki kita.Tambah lagi memakai stokin dapat menjaga diri dan peribadi kita.Bukan tudung labuh saja yg dapat menjaga diri kita.Selain tu..stokin dapat menutup rahsia diri kita seperti yg ustazah baiduri_aiman cakapkan..
wallahua'lam...fiamanillah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummuluqmanProfil   Hantar PM kepada ummuluqman   Quote dan BalasQuote

SyAhEeDa
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 207
Posting: 571
Dari: Kelate

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-11-03 12:07


Setahu ana... tutup kaki ni ikut mazhab... mcm mazhab..ape yurh? ana tak igt.. org paKistan <-- diorg solat tak tutup kaki pon takpe... tp bg kita mazhab Safie' ni.. diwajibkan tutup kaki.. ana pon kengkdg t'lupa.. tp kena biasakan lelama lekatla stokin tu

WaLLahua'Lam

-----------------
++ 'Aish 'Azeezan au Mut Syaheedan ++ Live a glory life, or die a noble death ++

Bookmark and Share

    


  Member Information For SyAhEeDaProfil   Hantar PM kepada SyAhEeDa   Quote dan BalasQuote

mawarputih
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 146
Posting: 283
Dari: Bangsar, K.Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-11-03 12:28


Memang terdapat khilaf dikalangan ulama' sama ada kaki adalah termasuk antara bahagian aurat muslimah ataupun tidak. Sebabnya, kalau nak ikut logik aqal, bahagian kaki nie kurang sikit "kuasa" nak tarik perhatian muslimin. Berbanding dengan wajah, muslimin cepat kalah.

Wajah tidak wajib ditutup walaupun mampu mencairkan muslimin. Jadi ada pihak yang cuba membuat perbandingan bahawa kaki juga tak wajib ditutup sebab risikonya kurang sikit dari wajah.

Tapi, dah jelas dalam firman suci dan kalam nabawi bahawa kaki antara sebahagian dari aurat muslimah yang mesti ditutup. Selain dari dalil Qur'an yang telah banyak kali dikemukakan dalam kon\muniti nie (Surah an-Nur : 31 & Surah al-Ahzab : 59), ada juga dalil dari Hadith Rasulullah saw berkenaan hal ini.

Ana tak berapa ingat sangat maksud hadith tue secara lengkap, cuma dalam hadith tue, Rasulullah saw ada menegur seorang sahabiah iaitu Asma' dengan mengatakan jika seseorang wanita itu sudah baligh, anggota badannya yang boleh kelihatan cuma tangan dan wajah sahaja (Rasulullah menyatakan dengan menunjuk isyarat tangan). Jadi, oleh kerana Rasulullah tak menunjuk pada kaki, kita boleh buat kesimpulan kat sini yang kaki juga termasuk dalam bahagian aurat wanita.

Tak payahlah kita dok pertikai kenapa kaki tue wajib ditutup sedangkan wajah tidak. Aqal yang Allah kurniakan pada kita nie ada limitnya. Bukan semua benda kita boleh guna logik aqal. Sesetengah perkara tue, hanya Allah jua yang mengetahui hikmah dan rahsia disebaliknya.

Seperti yang sahabat sahabiah kata, bukan susah sangat nak pakai stokin. Kalau dalam hal2 lain, kita cuba lakukan yang terbaik, apa salahnya dalam aspek menutup aurat nie, kita cuba jugak lakukan yang terbaik. Pasti tersenyum malaikat Rokid memberi markah cemerlang pada kita dari segi menutup aurat. Tapi, pakai stokin jer tak cukup. Pakaian mestilah sempurna dan melambangkan keperibadian sebagai seorang muslimah sejati.

Dalam pemilihan stokin yang sesuai pulak, ana sarankan sahabiah semua pakai stokin yang tebal sikit, bukan dari jenis nipis atau jarang. Tak guna lah kalau pakai stokin tapi still boleh nampak jari kaki tue.

Elakkan pakai stokin yang betul2 sama dengan warna kulit kita. Bukan maksud ana tak boleh pakai stokin color coklat, cuma pastikan warna tue lebih cerah atau gelap sikit dari warna kulit kita.

Wallahu a'lam...

"/images/signmawarputih.gif">
Save our community...!!!
Mendermalah seikhlas hati...!!!!
Demi ukhuwwah sejati...!!!

[ Posting ini telah di edit oleh: mawarputih pada 2003-11-12 11:33 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarputihProfil   Hantar PM kepada mawarputih   Quote dan BalasQuote

muslimahsejati
WARGA SETIA
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor

Johor  


posticon Posting pada: 03-12-03 11:30


Larangan dalam islam bagi perempuan di haramkan wanita itu mendedahkan aurat.......
banyak kebaikan di sebalik hukum tersebut misalnya kita pakai stokin dapat elak dari kaki sakit dan bila terdedah dengan udara sejuk (aircond)

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimahsejatiProfil   Hantar PM kepada muslimahsejati   Quote dan BalasQuote

Fairuzfirdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5074
Posting: 304

japan  


posticon Posting pada: 07-12-03 12:35



mawar putih dah pun terang dengan terperincinye pasal pakai stokin ni..saye ni pun sebenarnye menghadapi byk dugaan gak nak pakai stokin tu terutamanya dari kawan2la walaupun kami sesame belajar kat sekolah agama yang of course mewajibkan pemakaian stokin dikalangan para pelajarnye walaupun studentnye sume pompuan..
macam2 diorang kate..kalau keluar town jer memang diorang tak pakai stokin pastu sye jelah jd alien sorang2 samapailah dah masuk u ni pun same jer tapi alhamdullillah saye just pekakkan telinga..lagipun itu memang kewajipan kite kan?
pakai jelah tak susah pun..

Bookmark and Share

    


  Member Information For FairuzfirdausiProfil   Hantar PM kepada Fairuzfirdausi   Quote dan BalasQuote

Joju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.12.2003
Ahli No: 5846
Posting: 81

Pahang  


posticon Posting pada: 02-01-04 15:51


Semuga Allah merahmatimu wahai muslimat yg menutup Aurat yg sempurna. Muga2 Allah menyempurnakan segala keperluanmu dunia dan akhirat.

Kepada yg masih belum ingin memakai stokin tu, semuga Allah memberi kekuatan kepada kalian untuk menuruti perintahNya.

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For JojuProfil   Hantar PM kepada Joju   Quote dan BalasQuote

AL_FAKIR_ILALLOH
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.08.2003
Ahli No: 2901
Posting: 38
Dari: BANDUNG

indonesia  


posticon Posting pada: 02-01-04 16:55


Yupp...kaki itu aurat.....

-----------------
'ISY KARIIMAN AW MUT SYAHIIDAN, ALLOHU AKBAR!

Bookmark and Share

    


  Member Information For AL_FAKIR_ILALLOHProfil   Hantar PM kepada AL_FAKIR_ILALLOH   Pergi ke AL_FAKIR_ILALLOH's Website   Quote dan BalasQuote

ziera
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.09.2003
Ahli No: 3307
Posting: 100
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 10-01-04 12:30


kaki mmg salah satu aurat muslimah..lgpun kat kaki nie.......byk sgt rahsia..so dinasihatkan pakai la stokin tue..bukan susah pun..sarung je...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zieraProfil   Hantar PM kepada ziera   Quote dan BalasQuote

atisolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5372
Posting: 270
Dari: bumi Allah

japan   avatar


posticon Posting pada: 11-01-04 16:08


.Untuk kebaikan,tutup jerlah kaki tuh.pakai stokin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For atisolehahProfil   Hantar PM kepada atisolehah   Pergi ke atisolehah's Website   Quote dan BalasQuote

nysa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.12.2003
Ahli No: 5481
Posting: 91
Dari: BuMi

egypt  


posticon Posting pada: 25-01-04 10:15



mmg wajib utk muslimah menutup kakinya...tapi dunia sekarang ni...x tau la nak ckp...ustazah pun tak pakai stokin...walau apapun kaki ttp aurat dan wajib ditutup...mungkin org kurang peka ttg ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nysaProfil   Hantar PM kepada nysa   Quote dan BalasQuote

yusma
Warga Rasmi
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5762
Posting: 8

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-02-04 10:53


kalau Allah dah suruh kita buat sesuatu tu mesti ada hikmah disebaliknyakannn. jd benda yg disuruh tu buat jelah takyah persoalkan lagi. tapi memangla sesuatu yg baik tu sukar untuk dilakukan. ma bukan kata kat org lain, ma sendiri pun kadang2 terlalai.

Bookmark and Share

    


  Member Information For yusmaProfil   Hantar PM kepada yusma   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-02-04 11:36


wajib..kerana itu adalah salah satu aurat wanita....

satu keistimewaan kalau pakai sarung kaki ni, kaki kita akan terpelihara....

penah kwn ana bandingkan kaki dia ngan kaki ana...dia kata kaki ana ni napa lembut..kaki dia kasar...?so ana ckp lah kat dia, pakailah sarung kaki.... (bkn nak menunjuk, juz sekadar beritahu..)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

anakhasanah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.02.2004
Ahli No: 7077
Posting: 259

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-02-04 22:47


Dah dalam Al_Quran kater aurat wanita adalah seperti dalam smayang,aper yang nak dipertikaikan.
Yang pergi cari banyak mazhab buat aper.


Bookmark and Share

    


  Member Information For anakhasanahProfil   Hantar PM kepada anakhasanah   Pergi ke anakhasanah's Website   Quote dan BalasQuote

Al-FaQiHaH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.08.2003
Ahli No: 3191
Posting: 157
Dari: UK

uk  


posticon Posting pada: 21-02-04 01:43


assalamualaikum..
saya rasa, tak salah kalau kita nak amalkan mazhab lain..sbb kalau kita perhatikan, dekat malaysia ni pun dalam ibadah kita kebanyakannya bukan ikut imam syafie..contohnya, jual beli..yg betul2 ikut mazhab syafie dlam bab solat sahaja.
kalau tak silap, ustaz saya yg mengkaji keempat2 mazhab kata, cara wanita tutup aurat kat malaysia pun ikut mazhab hanafi.sbb kalau mazhab syafie, wajib memakai furdah @ niqab.

tapi, masalahnya sekarang, yg tak pakai stokin tu bukannya sbb ikut mazhab lain, tapi sbb mmg tk nak pakai..malas..panas..dan macam2 alasan lagi.. kalau tak silap saya, kalau kita nak amalkan pendapat mazhab lain yg kita tak biasa amalkan oleh masy islam kat suatu tempat, kita perlu ada nas2 atau dalil2 yang sahih, perlu tahu hukum sebenar utk membolehkan kita amalkan ajaran mazhab tu. ini tidak, nama mazhab yang diikut pun kita tak tahu, apatah lagi nak amalkannya..

apapun, kesimpulannya kat sini, pakailah stokin..jgn malas...kalau alasannnya panas, ingatlah firman Allah bermaksud
"katakanlah neraka jahannam itu lebih dahsyat kepanasannya sekiranya kamu mengetahui"
-at-taubah-

wallahua'lam

-----------------
KaSiH iTu iBaRaT MuTiaRa..HaDiaH DaRi ALLaH YaNg EsA..GiLaPLaH iA DeNgaN iMaN DaN TaQWa.. SiNaRNyA KaN BeRCaHaYa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-FaQiHaHProfil   Hantar PM kepada Al-FaQiHaH   Quote dan BalasQuote

ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-05-04 22:28




kalau mazhab syafi'e..kaki adalah salah satu aurat yang wajib di tutup..lagi pun..stokin ni bukannya mahal pun kalau nak dibeli..cuma terpulang je pada individu masing2...

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ZahRaTuL_RaiHaNaH81Profil   Hantar PM kepada ZahRaTuL_RaiHaNaH81   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 13-05-04 04:16




[ Posting ini telah di edit oleh: alea13 pada 2004-07-24 07:32 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

marinaosman
Warga 1 Bintang
Menyertai: 05.03.2004
Ahli No: 7750
Posting: 33
Dari: scotland

uk   avatar


posticon Posting pada: 13-05-04 05:46


....walaupun ana pakai stokin, nak jugak tahu, ape rahsia kaki ye?

Bookmark and Share

    


  Member Information For marinaosmanProfil   Hantar PM kepada marinaosman   Quote dan BalasQuote

din_arif
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8486
Posting: 166

Johor  


posticon Posting pada: 13-05-04 08:57



A'ah kan... Nk tau gak aper rahsia kaki? Alang2 bincang pasal kaki ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For din_arifProfil   Hantar PM kepada din_arif   Quote dan BalasQuote

abdulhamid
Warga Rasmi
Menyertai: 22.05.2004
Ahli No: 9126
Posting: 2

singapore   avatar


posticon Posting pada: 23-05-04 17:52



perkara yang telah diwajibkan tak perlu dipertikaikan lagi..mungkin mereka merasa kurang selesa atau kurang penonjolan dalam berilmu...ataupun ustazah atau ustadz yang memberi penerangan yang kurang jelas..dan banyak lagi atau..yg penting penutupan aurat itu wajib...sedangkan kadang2 ustazah yang berceramah pun tak berpakaian sempurna padahal mereka yang patut memberi contoh pada yang kurang faham ataupun yang tidak tau.. !!!!

-----------------
Perjalanan hidup yang sebenar adalah..mencari cari sesuatu yang tersembunyi diqalbu kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For abdulhamidProfil   Hantar PM kepada abdulhamid   Quote dan BalasQuote

nurilyana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4815
Posting: 142
Dari: Alor Setar

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-05-04 18:19




"Syaitan bertapak ditumit wanita..maka peliharalah aurat anda.."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurilyanaProfil   Hantar PM kepada nurilyana   Pergi ke nurilyana's Website   Quote dan BalasQuote

mukhasah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.05.2004
Ahli No: 9053
Posting: 109
Dari: atas bumi bawah langit

guineabissau  


posticon Posting pada: 24-07-04 05:44


yer ker...saya tak pakai stokin pun...tak perpun ... sebab saya lelaki...

hidup pompuan pakai stokin...!!!belilah di kedai2 yang berhampiran...



Bookmark and Share

    


  Member Information For mukhasahProfil   Hantar PM kepada mukhasah   Quote dan BalasQuote

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-07-04 09:37




Buat semua muslimah yang dikasihi Allah...
Sesungguhnya seluruh tubuh badan wanita adalah aurat kecuali dua tapak tangan dan muka sahaja yang boleh diperlihatkan. Wanita juga dikehendaki melabuhkan tudung menutupi dada.

Kaki juga termasuk aurat yang wajib ditutup oleh wanita kerana banyak rahsia yang terdapat padanya dan boleh menimbulkan fitnah (bencana) kepada empunya diri dan orang yang melihatnya(menimbulkan rangsangan). Kaki juga boleh menggambarkan tentang diri seseorang itu, sesetengah orang boleh menilai wanita dengan melihat kepada kakinya sahaja. So, jagalah kaki anda kerana jika terdedah, berpasang2 mata akan memerhatikannya

Memang terdapat kekhilafan dikalangan ulama' tentang kaki. Ada yang mengatakan tidak termasuk aurat dan ada yang mengatakan kaki termasuk dalam aurat. Dalam keadaan ini kita hendaklah mengambil pendapat yang lebih baik kerana terdapat kebaikan disebaliknya iaitu untuk memelihara maruah dan diri wanita.



Bookmark and Share

    


  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

nazhura
Warga Rasmi
Menyertai: 08.06.2004
Ahli No: 9346
Posting: 9
Dari: s

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-08-04 09:15


assalamualaikum.....
ana pun rasa bukan susah sgt pakai stokin tu.tapi bg yang baru nak jinak2 tu,bykla ujiannya lebih2 lagi mulut2 orang ni.hmm... ana gak stuju pasal hikmah di sebalik penutupan aurat kaki ni.selain melaksanakan kewajipan sebagai mukminah sejati,ianya dapat jaga kesihatan kita.kawan ana pernah mengadu pasal kakinya yang pecah2,kulit kering dan lain2 lagi.senang je ana kata,ubatnya pakai stokin,tak payah membazir beli ubat lain.insyaAllah baikla tu.so,fikir2la wahai sahabat muslimahku.bg yang dah mmg pakai stokin tu,ana doakan kita sume istiqamah melaksanakannya.aminnnn.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For nazhuraProfil   Hantar PM kepada nazhura   Pergi ke nazhura's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.148226 saat. Lajunya....