Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-09-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Saya tidak sanggup menghapuskan kegelapan tetapi saya sanggup meneranginya.
-- John Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 86
Ahli: 0
Jumlah: 86




  Yang Masuk Ke Sini
HIKAL: 1 hari, 15 jam, 1 minit yang lalu


Suara Hatiku
Topik: salah bagi motivasi?


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» salah bagi motivasi?

Please Mendaftar To Post


Oleh salah bagi motivasi?

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-01-09 07:32


assalamualaikum..

pelajar2 saya terdiri daripada malay, chinese, siam, orang asli dan indian, pelajar peringkat diploma.

cikgu: a, b, c dan d saya target dapat A
     : e dan f tak mungkin dapat A

e dan f : Tuhan maha berkuasa cik (maksud pelajar mereka juga boleh dapat A dengan pertolongan Allah)

cikgu    : Memanglah Tuhan maha berkuasa tapi kalau kamu berdoa saja tanpa berusaha, kamu ingat Tuhan beri kamu kejayaan ke? tertipulah kamu. Tuhan itu maha adil, sesiapa yang berusaha tak kira orang islam ke, buddha, kristian siapa yang berusaha itulah orang yang Allah bagi kejayaan.

cikgu : ... ingatkan pelajar2 muslim bahawa kelak mereka akan ditanya berkenaan amanah mereka sebagai pelajar dan amanah saya sebagai cikgu.... saya juga cakap di depan semua pelajar--> pelajar2 non muslim lebih beradab daripada pelajar muslim dalam kelas... (ini kenyataan)


semua yang dicakap sebenarnya untuk kebaikan para pelajar. saya cakap 2 orang pelajar tu tak mungkin dapat A sebab sebenarnya keputusan exam mereka sederhana dan saya rasa mereka pasti dapat keputusan cemerlang kalau mereka lebih berusaha. saya cakap begitu dengan harapan mereka rasa tercabar dan akan buat yang terbaik untuk buktikan mereka boleh dapat A.

tapi.. tadi dengar dato fadzillah kamsah dalam ruangan motivasi --> cikgu perlu bagi motivasi yang membina kepada pelajar


jadi.. adakah cara saya bagi motivasi atau adakah cara motivasi yang "mengutuk" itu betul atau berkesan?


harap dapat respon, terutama yang bergelar cikgu, pastinya dapat merasa hati seorang cikgu.

* kalau syorkan apa-apa buku panduan, dialu2kan

syukran.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

miss_zai
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.01.2009
Ahli No: 36672
Posting: 62
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-01-09 08:58


Salam..saya bukan cikgu..tapi pernah berkawan dengan murid yang telah didoakn oleh lecturer tak akan lulus dalam paper dia.. kawan saya failed paper itu..sebenarnya setelah di malukan oleh lecturer tu dalam dewan kuliah..dia dah patah semangat dan tak ada minat belajar lagi .. bagi saya yang jahil ini ..motivasi yang membina lebih baik secara open tapi motivasi 'mengutuk' ni patutnye secara tertutup..untuk menjaga maruah pelajar itu sendiri ... kalau kita menjaga aib org pun,Allah berjanji akan melindungi aib kita..bukan ke sebaiknye kita melindungi maruah pelajar itu ..maafkan saya just two cents from me ...wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_zaiProfil   Hantar PM kepada miss_zai   Pergi ke miss_zai's Website   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 18-01-09 15:27


saya bukan cikgu..tapi memang tak sesuai cara itu..tuu cara lapuk...=)
student pun akan menyampah...hehe...pengalaman jadi student dolu2 kan...

siapa yang jadi cikgucikgi..mailah kongsi kat sini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 19-01-09 00:54


Yukimura pun bukan cikgu. tapi memang pantang dengar org yang merendah2kn budak.
Buku "dont go to school if u wanna be rich?" robert kiyosaki ada sebut benda ni.
Dia kata salah satu kelemahan sistem pendidikan adalah suka menghukum pelajar yang "lembab" sebagai "bodoh".
Bila "dihukum bodoh", secara psychology nya budak tu terima dalam otak dia. Aku memang BODOH. bayangkan kesan kat mental dia dengan kata-kata semudah tu.

Kita kena ingat, Einstein pun masa kecil-kecil ada masalah nak belajar yang teruk. Cikgu2 dia panggil dia "LEMBAB"! mujur dia jumpa minat dia (fizik) dan terus belajar walaupun dah dihukum sbegitu kejam. bukan nak agungkan dia, tapi banyak pengajaran kita boleh ambik dr kisah dia.

Lazslo Polgar seorang ahli psikologi hungary pernah tulis sebuah buku
"Bringing Up Genius" yang mana dia nyatakan teori dia:
seorang genius adalah hasil usaha gigih dan keadaan yang sesuai (fortunate circumstances).
makna nya mana-mana kanak-kanak ada potensi untuk dididik jadi genius sekiranya kena didikan dan keadaan persekitaran yang sesuai.
dan dia buktikan dengan besarkan 3 org anak perempuan dia jadi wanita-wanita pemain chess paling hebat di dunia (walaupun dia sendiri tak pandai chess).

"persekitaran yang sesuai" takkan wujud kalau sakinahazzahrah condemn student dengan menghukum "si E dan F tak mungkin dapat A!"
mungkin niat tu nak mencabar mereka, tapi kalau sakinahazzahrah duduk tempat mereka ada rasa2 tercabar ke bila dikukum depan org lain macam tu?
bayangkan kesan psikologi kat otak mereka! walau bagaimana keras hati pun, mereka mesti rasa down punya! saya tau sebab pun masih seorang student.

satu lagi jangan lupa kata-kata kan boleh jadi doa..
jadi, bhati2 lah.. satu ayat mudah seorang cikgu boleh hancur semangat dan usaha 100 org student.

pandangan saya saja. Wallahu'alam..


Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-01-09 01:59


syukran respon

sebenarnya tak semestinya cikgu pun untuk komen hehe
++++++++++

dalam kes saya ni, teguran itu hanya kepada pelajar2 saya yang sederhana yang saya yakin boleh pergi lebih jauh
untuk pelajar yang fail tiadalah cakap begitu
tiada langsung memandang rendah pada students

bagi pelajar yang fail saya jumpa personally, bagi semangat, tanya cara mereka belajar, kenalpasti kelemahan mereka.. saya tengok cara mereka buat nota

tidak pernah dan tidak sekali2 akan cakap perkataan yang bukan2 tu seperti b**** dan lembab kat pelajar
yang dicakap cuma "malas" sebab pelajar ni memang ada yang malas dan suka bagi macam-macam alasan
kalau diberi tempoh seminggu untuk hantar buku amali
ada saja pelajar yang lewat hantar
walaupun dah cakap siapa lambat hantar sehari tolak markah, lambat 2 hari tak terima
malah ada pelajar yang diingatkan banyak kali barulah hantar
cakap saja tolak markah tapi tak tolak pun
tapi tolak ke tak, pelajar tak tahu

pegangan saya, tak nak garang sebab saya nak pelajar2 saya berubah dari diri mereka sendiri
tak perlu dapat cikgu yang garang baru nak takut, baru nak hantar assignment pada waktunya
(dan saya memang tak garang pun, pelajar2 tu pun selalu saja bergurau, ada pula pelajar yang minta saya garang ish, pelajar kolej kut jadi attitude memang macam-macam)
sebab tu saya ingatkan mereka amanah sebagai pelajar, pengorbanan ibu bapa, rajin doa, buat solat hajat, pasal niat belajar dan sebagainya

++++++++++++++++++

2 minggu lepas kami ada meeting bincang keputusan mid sem exam
pencapaian pelajar satu demi satu dibincang
kita tahulah contohnya pelajar yang gagal dalam subjek kita ajar pun ada yang dia fail kat subjek lain
kita tahulah pelajar yang semua subjek dia fail
sampai satu pelajar ni yang dikenalpasti pelajar lemah, pencapaian dia dalam semua subjek agak lemah (dapat F, D. D+) kecuali satu subjek ni dia dapat A-
jadi tutor yang mengajar subjek ni ditanya
dia jawab dia pernah marah pelajar ni dalam kelas"
jadi pelajar tu cakap akan buktikan dia boleh dapat keputusan yang cemerlang

++++++++++++++++++++++

seorang rakan sekerja yang dah nak 10tahun mengajar
suatu hari ada pelajar dia ucapkan terima kasih sebab "kalau puan tak marah saya dulu tentu saya masih ulang kesalahan yang sama"

++++++++++++++++++++++

saya bukan nak pertahankan salah satu cara saya guna tu
lagi satu saya adalah tutor baru dan perlu belajar banyak lagi

+++++++++++++++++++

pelajar2 kolej ni mempunyai background yang variasi
sebenarnya bagi sesetengah pelajar mereka ni pandai
keputusan tak baik bukan sebab tu tahap mereka
tapi disebabkan oleh attitude


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-01-09 02:23


Pada 19-01-09 00:54 , sanada_yukimura posting:

!!! QUOTE !!!


mungkin niat tu nak mencabar mereka, tapi kalau sakinahazzahrah duduk tempat mereka ada rasa2 tercabar ke bila dikukum depan org lain macam tu?


satu lagi jangan lupa kata-kata kan boleh jadi doa..
jadi, bhati2 lah..




mesti seorang cikgu saya tu tak percaya kalau nampak saya pula mengajar
++++++++++++++

masa saya bercakap begitu saya ingat Allah
dan saya "berbicara" dengan Allah, Dia pastinya tahu niat saya
...bolehkah begitu



** bukan nak pertahankan diri


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-01-09 06:14


Seorang cikgu yang soleh / solehah akan sentiasa peka dengan konsep empati. Apakah yang saya cakap ini akan menyakitkan hati saya atau sebaliknya? Jadi sekiranya rasa naluri tak berapa ok maka usahlah lakukan. Kena faham betul bab empati ni agar orang yang di depan kita tidak akan terasa dan seterusnya menjadi negatif.

Salah satu sebab umi tak mahu jadi cikgu adalah umi tidak mahu disebabkan kata-kata umi maka ada pelajar yang terus merajuk dan tidak mahu belajar seterusnya gagal dalam kehidupan.

Jadi sebagai guru keluarkan kata-kata yang memberangsangkan bukannya 'condemn'.

Contohnya jangan sebut perkataan 'bod..' tapi sebut 'tak cerdik'. Jadi dalam ayat gunakanlah 'sekiranya tak mahu termasuk golongan yang tak cerdik murid-murid kenalah berusaha bersungguh-sungguh ... cari maklumat dengan betul di perpustakaan dsbnya.'

Dan guru sentiasa usaha juga untuk menjadikan bilik darjah ceria dengan maklumat dari keratan akhbar yang berkaitan dengan pendidikan. Kekadang murid-murid tak berapa peka tetapi sekiranya guru peka insyaAllah anak murid akan turut menjadi peka akhirnya.

WA

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 20-01-09 09:19


minta maaflah kalau posting saya kasar sikit..

bagi pelajar yang fail saya jumpa personally, bagi semangat, tanya cara mereka belajar, kenalpasti kelemahan mereka.. saya tengok cara mereka buat nota

baguih lah tu. di hari itu sebab sakinah kata, "cikgu kata si E dan F "tak mungkin boleh dapat A" yang saya tak boleh terima."
saya ni jenis suka cabar diri sendiri dan suka dicabar untuk improve diri sendiri(insyaAllah), tapi kalau seorang cikgu kata macam tu kat saya pun, saya rasa down!
apatah lagi student yang malas dan tak pernah rasa nak improve diri sendiri.

saya tak kata, xstuju kalau cikgu/lecturer marah... dalam keadaan tertentu memang lec/cikgu mesti marah!
tapi tak boleh lah 24 jam marah. kena tunjuk pghrgaan kat mereka puji sikit-sikit bila mereka ada improve walaupun sikit. macam tu lah manusia..perlu penghargaan.

lepas itu selalu lah bagi semangat kat mereka. cerita tentang berapa ramai manusia kat dunia ni yang keadaan sejak lahir tak memihak pada mereka tetapi mereka tetap berusaha untuk berjaya..banyak sangat manusia yang dah buktikan.

err..lagi satu jangan puji "kepandaian" puji "usaha"..jauh beza tu.

pandangan saya saja semasa ngaja anak-anak saudara yang bukan main liat nak belajar..
wallahualam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 10:03


saya tak mahu kutuk..kerana mulut kita masing-masing kadangkala tak pernah niat nak bermaksud apa yang lidah tuturkan tapi..
eni suka nak ekjas sikit ayat2 di bawah.. supaya kelihatan lebih molek...


Pada 17-01-09 07:32 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!


cikgu: a, b, c dan d saya target dapat A
     : e dan f tak mungkin dapat A

e dan f : Tuhan maha berkuasa cik (maksud pelajar mereka juga boleh dapat A dengan pertolongan Allah)




e dan f tak mungkin dapat A ------> e dan f... sekiranya kamu mahu mendapat A, masih banyak yang perlu kamu ... saya akan bantu jika kamu mahu bantu diri kamu




cikgu : ... ingatkan pelajar2 muslim bahawa kelak mereka akan ditanya berkenaan amanah mereka sebagai pelajar dan amanah saya sebagai cikgu.... saya juga cakap di depan semua pelajar--> pelajar2 non muslim lebih beradab daripada pelajar muslim dalam kelas... (ini kenyataan)



jika boleh ..elakkan sebut perbandingan perangai antara agama..
kalau lah boleh... cuba gunakan ayat2 sinikal... sinis...


"kamu gelakkan ah chong sebab dia skema ye... tapi 20 tahun akan datang .. ah cong yang skema dan hormat guru2nya ini..dengan selambenya akan memandu BMW.. manakala yang berlagak tak tentu arah, nak tanya soalan pada cikgu pun tak mahu.. kerana takut di gelar poyo, kerja sekolah tak mahu siapkan, sengaja tak hormat guru.. kononnya macho... jangan menyesal kalau kamu dengan machonya nanti hanya mampu.. berjalan kaki ke sana ke mari meminta kerja..."

aa...tak teri pulak nak karang ayat yang last tu... tapi kira-kira macam tulah...
dekatkan unsur nasihat dalam nada gurau... namun sinis dan tajam... :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 10:07


thanks ummiq, pelajar saya orang dewasa hehe

sanada: cara kat atas tu sebenarnya sekali saja guna
saya bertanya bila dengar motivasi dari dato fadzillah kamsah

sebenarnya pelajar2 saya tahu maksud saya tu, pada masa saya cakap begitu pun pelajar kata cik ni sebenarnya nak bagi motivasi
dan perkara itu tidak menjejaskan pun hubungan kami

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 10:11


bagi bakal seorang guru dalam ( doakan ye ), memang semestinya seorang guru memberikan motivasi yang mendorong pelajar untuk belajar dan berjaya bukan melemahkan atau memburukkan pelajar berkenaan.

tapi pelbagai cara untuk memotivasikan pelajar terutamanya dalam pembentukan diri pelajar itu untuk berjaya. kadang-kadang bagi seorang guru cara apa yang dia lakukan itu adalah yang paling baik untuk memotivasikan pelajar tapi mungkin tak semua pelajar terima cara tersebut.

namun lumrah, tidak semua apa yang kita lakukan memberikan kepuasan kepada orang lain. pendekatan yang terbaik adalah mencari teknik or cara yang boleh diterima semua pelajar. mungkin pada awalnya sukar untuk semua pelajar terima tapi bila dah biasa dengan cara tersebut, pasti mereka akan peka.

p/s : apa pun bersama2lah kita merealisasikan hasrat kita untuk memajukan anak bangsa kita...all the best...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 10:16


jangan buat perbandingan agama, ok thanks



Pada 20-01-09 10:03 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!



e dan f tak mungkin dapat A ------> e dan f... sekiranya kamu mahu mendapat A, masih banyak yang perlu kamu ... saya akan bantu jika kamu mahu bantu diri kamu



sambungan ayat saya lain pula kak..
.................. kalau kamu rasa apa yang saya cakap tak betul, kamu buktikanlah..


kemudian malam itu disusuli dengan sms.


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 10:25


itu sambungan ayat mencabar...
disebabkan tak ada sambungan tadi.. maka sebab itulah.. saya tolong sambungkan hehehe...

kedua-dua sambungan itu motivasi positif... satu cara yang segar (mencabar) manakala satu lagi cara yang agak mendatar (kalau student tu jenis degil, ngantuk saja dia dengar :P)

kalau saya sebagai student, kedua-duanya ayat tu insysAllah berjaya menyelitkan unsur motivasi dalam diri :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 17:14


lets do this...tuju kepada umum..bukan sesetngah pelajar..

"saya tau dalam kelas ni ada yang tak berminat untuk berjaya dalam hidup. insyaAllah saya akan tolong kamu semua untuk mencapai hasrat kamu tuhhh. tapi, usaha saya seorang saja, tak cukup untuk mendptkn apa yang kamu nak. so, harap kamu boleh bantu saya untuk make sure kamu2 yang tak nak berjaya ni untuk tak berjaya. kalau boleh, banyakkan usaha agar sem ni kamu da kena tendang dr sini"...hahahaha...

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 18:24


cara amira_aqilah buat juga
pelajar kolej ni tak sama dengan pelajar U
kalau selama ini cakap baik saja dengan mereka
kita cakap pun mereka masih usik2 dan bergurau dengan kita
bila sekali sekala suara tinggi baru mereka tersentak, semua diam

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

muslimah_johor
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 18:40


saya tak dapat memberi pandangan secara terperinci. Banyak perkara boleh dibincangkan. Saya nak sentuh satu aspek iaitu sasaran motivasi jenis ini.

Pada saya motivasi ini perlulah dielakkan. Dalam kelas yang terdapat pelbagai peringkat pencapaian, ia tak sesuai sebab pelajar akan rasa rendah diri. Kerana dia nampak kawan yang dibandingkan dengan dia. Tapi mungkin boleh diguna (dengan memberi syarat. katakan ia tak akan berlaku jika anda berubah mulai hari ini). bukan kondem semata-mata.

pelajar dewasa juga tak sesuai. mereka akan merasa amat malu dan kesannya mereka akan membenci guru.

namun bagi pelajar kelas belakang yang majoriti memang peringkat amat lemah... ini mungkin boleh diguna. Biasanya pelajar kelas belakang hanya akan berfikir jika kita beri satu 'teguran keras'. kalau berkias-kias mereka tak faham/ tak layan.

tetapi kalau boleh elakkanlah... kecuali teguran ini dibuat secara TERTUTUP (tidak didengar oleh kawan-kawan).
Atau kita menegur secara menyeluruh iaitu tidak menyebut nama. Jadi mereka muhasabah diri masing-masing lah.



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_johorProfil   Hantar PM kepada muslimah_johor   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 20-01-09 22:59


Pada 20-01-09 18:40 , muslimah_johor posting:

!!! QUOTE !!!

saya tak dapat memberi pandangan secara terperinci. Banyak perkara boleh dibincangkan. Saya nak sentuh satu aspek iaitu sasaran motivasi jenis ini.

Pada saya motivasi ini perlulah dielakkan. Dalam kelas yang terdapat pelbagai peringkat pencapaian, ia tak sesuai sebab pelajar akan rasa rendah diri. Kerana dia nampak kawan yang dibandingkan dengan dia. Tapi mungkin boleh diguna (dengan memberi syarat. katakan ia tak akan berlaku jika anda berubah mulai hari ini). bukan kondem semata-mata.

pelajar dewasa juga tak sesuai. mereka akan merasa amat malu dan kesannya mereka akan membenci guru.

namun bagi pelajar kelas belakang yang majoriti memang peringkat amat lemah... ini mungkin boleh diguna. Biasanya pelajar kelas belakang hanya akan berfikir jika kita beri satu 'teguran keras'. kalau berkias-kias mereka tak faham/ tak layan.

tetapi kalau boleh elakkanlah... kecuali teguran ini dibuat secara TERTUTUP (tidak didengar oleh kawan-kawan).
Atau kita menegur secara menyeluruh iaitu tidak menyebut nama. Jadi mereka muhasabah diri masing-masing lah.




setuju dengan muslimah johor tu. air muka mereka kena jaga juga..
mereka pun punya perasaan..
tadi cik sakinah kata student U lain dr studnt kolej? macam mana tu?? :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 20-01-09 23:12


Pada 20-01-09 10:07 , sakinahazzahra posting:

!!! QUOTE !!!



sanada: cara kat atas tu sebenarnya sekali saja guna
saya bertanya bila dengar motivasi dari dato fadzillah kamsah


tak berapa paham sebab tak duduk dalam situasi tu..
apa pun jangan givup bagi motivasi kat mereka!

saya kekadang kasihan tengok lecturer2 yang cuba bagi ilmu kat student kat U saya..
mereka (slalunya doc2 and prof) semngat nak smpaikan ilmu kat student tapi students semua muka toye saja..
susah nak dapat respond yang bagus. saya lah yang terpaksa buat-buat tanya dan buat-buat minat sebab nak juga air muka prof tu. padahal saya pun blur macam budak-budak lain juga!

bila fikir-fikir, masalahnya sebab budak-budak tak minat dan tak ada semngat, tu saja..
apa pun lect2/cikgu2 kat ukhwah semua jangan putus asa dengan respond nak tak hendak student ok ;) !

Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 28-01-09 20:30


salam
sakinah cikgu ke?bagi saya cara sakinah tu kurang sesuai.
contoh daripada pengalaman saya sendiri.seorang guru pernah mengatakan adik saya bodoh dan lembap.dia balik dan bertanya dengan saya..adakah dia bodoh dan lembap?saya menjawb tiada manusia di dunia ini di jadikan bodoh dan lembap cuma jika dia malas,maka dia meletakkan dirinya menjadi bodoh dan lembap.
saya agak marah dengan sikap guru itu.masa itu dia agak down,saya bagi motivasi..selalunya saya sekolah psycho adik saya.alhamdulilah dia berjaya.sekarang dia tengah ambik spm,masalah beso add mata, kimia,fizik dan lukisan kejuruteraan.saya selalu motivated dia.bagi saya if u genius,tapi malas tetapi tak berjaya.kalau dalam otak memang set begitu.saya bagi artikel tentang orang-orang yang dlnya gagal kemudian berjaya.selain tu,saya cakap if dia dapat result spm ok,saya blikan dia moto and ambikkan lesen. cik sakinah kena guna,win win situation.kaedah rewards, punishment.kalau nak tolak markah tolak terus,kalau dapat ok,bagi reward seperti hadiah.so they are motivated.

saya masih ingat semasa saya kecil dan darjah 6,sekolah kebangsaan kami adalah rural dan kebanyakkan lemah dalam bahasa inggeris dan keputusan upsr untuk paper english memang worst, tapi seorang guru india selalu mengadakan kelas tmbahan secara percuma.dia selalu berkata,dia sanggup berkorban apa saja asalkn kami berjaya.kami memang terharu dengan usaha dia dan tahun tu ramai yang dapat A dan B.
Bagi saya,guru sekarang tak macam guru dulu.guru dulu sanggup berkorban apa sahaja,jarang saya dengar mereka mare2 student dia dengan maki hamun.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 21:10


salam amylin,
ya tutor, cikgulah tu.. thanks nasihat dan pandangan

tapi saya taklah sampai cakap benda-benda begitu..
taklah sanggup saya cakap benda-benda begitu..
tujuan saya pun "baik"
dan alhamdulillah, tak terjejas hubungan saya dengan pelajar terbabit.. :-)

sebenarnya ayat penuh saya...
"d,e dan f tak mungkin dapat A, kalau kamu rasa apa saya cakap tak betul, kamu buktikanlah kamu boleh dapat.."

lepas hari itu pelajar ni kata "cik saya semangat ni nak buktikan saya boleh dapat A"

tak lama lagi final exam mereka.. haraplah result lepas ni lebih baik daripada mid sem..sebab nampak sangat mereka ni belajar last minute


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 23:32


heh...nak kongsi pengalaman...dulu masa final sem kat U adalah satu subjek ni kena buat presentation...da lah memang tak minat subjek tu...so masa buat presentation tu maybe tak dapat nak puaskan hati lecturer, kami kena marah depan semua classmate..malu teramat2...rasa macam lecturer tu anti kami..then turun berazam nak dapatkan A untuk subjek tu walopun agak mustahil sebab tu subjek tough..dan alhamdulillah dapat juga...memang rezeki Allah nak bagi...cuma jalan yang ditunjukkan agak perit nak telan lah...:P dan sebenanye lecturer tu tak anti kami pun...perasan saja..hehe

bebalik pada topik...sbenanye saya tak berapa setuju stick approach ni...macam saudari sakinah lakukan...tapi saya jugak tak menafikan kadangkale care sebegitu berkesan...cuma yang tak best nya bila studen da makan hati dengan lecturer(walopun your students ok...tapi mesti jauh disudut hati mereka ada juga terasa itu)...susah sikit lah nak terima ilmu...ni based on my experience lah kan...

walaucamane sekalipun...sakinah mesti tau apa yang terbaik untuk students..lagipun memang semua tu untuk mereka kan...cuma tang memalukan depan kawan-kawan tak sesuai lah agaknya...tak apa...kalau kita iklas kerana Allah insyaAllah kita akan merasekan kemanisannye...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107518 saat. Lajunya....