Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-06-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila seseorang itu sentiasa meninggi diri, dirinya saja yang lebih dari orang lain, dirinya saja yang hebat, pastilah dialah orang yang paling rendah nilai, maruah, akhlak dan kedudukannya
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 36
Ahli: 0
Jumlah: 36




  Yang Masuk Ke Sini
RaihanFan: 20 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Berfikir Positif


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Berfikir Positif

Please Mendaftar To Post


Oleh Berfikir Positif

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 15:51


Membudayakan Pemikiran Positif    

Setiap hari tanpa kita sedari, kita sebenarnya hidup dalam persekitaran yang menguasai pemikiran kita untuk berfikiran negatif. Budaya pemikiran negatif ini sebenarnya datang secara tidak langsung kepada kita. Sebagai contoh, apabila kita bangun pagi untuk ke sekolah, ke kuliah ataupun ke tempat kerja, perkara yang kita takutkan ialah LEWAT. Kelewatan atau datang lambat adalah perkataan negatif yang jarang kita ambil kisah. Ianya membentuk pemikiran kita kearah sesuatu yang negatif ! akhirnya memang kita akan biasa untuk lewat ke suatu destinasi.

Tidakkah anda pernah melalui situasi begini ? sama ada anda lewat atau orang yang anda tunggu untuk berjumpa anda datang lewat. Ini adalah kerana budaya lewat telah menjadi sesuatu yang sebati dalam kehidupan masyarakat kita. Mengapa perkara ini terjadi ? Jawapanya adalah kerana sejak dari kecil lagi kita telah membentuk pemikiran kita tentang LEWAT ini dan akhirnya ianya telah menjadi DIRI kita sendiri.

Lewat atau lambat adalah perkataan negatif yang juga bermaksud TIDAK. Otak manusia sebenarnya tidak memahami perkataan TIDAK kerana otak manusia berfikir secara logik ( BENAR ). Jika kita mengajar otak untuk memahami perkataan TIDAK, maka respon yang diberikan olehnya ialah sesuatu yang negatif. Ingat ! anda hanya menyebut perkataan lewat dan seterusnya otak akan mentafsirkan sesuatu yang negatif dan akhirnya anda benar-benar lewat ke sekolah, ke kuliah dan ke tempat kerja.

Satu ujian yang boleh mengungkapkan definasi diatas adalah seperti berikut :

Saya mahu anda TIDAK membayangkan sebuah kereta BMW berwarna MERAH.

Apa yang anda bayangkan sebentar tadi, pasti ianya sebuah kereta BMW berwarna merah. Sedangkan saya TIDAK mahu anda membayangkan sedemikian. Ini menunjukkan otak kita tidak memahami perkataan TIDAK dan hanya akan mencari sesuatu yang logik iaitu kereta BMW merah.

Perkataan-perkataan negatif ( TIDAK ) yang seringkali kita gunapakai adalah seperti :

Tiada masalah ( No problem )
Susah
Saya cuba
Mampukah
Ada peluangkah
Kalau ada nasib

Untuk menjadikan diri kita berjaya, kita harus berfikiran karah untuk kejayaan yakni berfikiran positif. Pemikiran positif akan seiring dengan cara otak kita berfikir. Jika kita mengantikan perkataan LEWAT dengan perkataan AWAL pastinya otak kita memahaminya dan secara tidak langsung otak mengarahkan sistem badan untuk sentiasa cergas, pantas dan memberi fokus untuk mencapainya.

Jangan sesekali membiarkan diri kita dipengaruhi oleh pemikiran negatif kerana ianya akan melemahkan kita dan merencatkan segala apa yang kita rancangkan dalam kehidupan kita. Pepatah inggeris ada mengatakan You Are What You Think. Jika tiba-tiba pemikiran negatif bermain di benak fikiran kita lakukan ini, gunakan ibu jari dan kesatkan di dahi anda seumpama anda memadam sesuatu apabila secara tiba-tiba anda mula hendak berfikiran negatif. Cakapkan dalam hati anda. Aku memadam pemikiran dan tanggapan negatif ini dari diri aku.

Saya mempunyai seorang kawan yang apabila diminta untuk melaksanakan sesuatu perkara dia akan menjawabnya dengan perkataan Consider It Done. Beliau menggunakan perkataan positif yang membawa maksud selesai. Perkataan selesai ( Ya ) difahami oleh otak dan otak akan mentafsirkannya sebagai sesuatu yang harus dilakukan dan diselesaikan. Seperkara lagi, orang yang meminta beliau melaksanakan sesuatu itu akan berasa senang hati dengan kata-kata tersebut dan menganggap bahawa beliau sangat mampu melaksanakan.

Masyarakat kita apabila diminta melakukan seuatu perkara seringkali menggunakan perkataan No problem. Walaupun jika didengar ianya seperti tiada apa-apa tetapi perkataan NO dan PROBLEM itu adalah perkataan TIDAK bagi otak.

Mulai saat ini marilah kita bersama-sama mengikis tanggapan dan pemikiran negatif jauh dari diri kita dan membudayakan pemikiran positif jika kita mahu menjadi masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang yang sebagaimana diungkapkan sebagai masyarakat berfikiran kelas pertama.

( Balasan ) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan ( ingatlah ) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui ( Al-Anfal ayat 53 )

Insyaallah.

Mohd Haris b. Hairun Paezi

12 Mac 2008


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 16:07


Saya tetap saya. Saya yakin saya boleh, Gagal sekali bukan gagal selamanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

addinulhuda
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 31217
Posting: 664
Dari: ~bumi bertuah~

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 17:05


ya betul tu...saya mampu lakukan...saya boleh buat yang terbaik...saya boleh..saya yakin saya boleh..saya memang boleh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For addinulhudaProfil   Hantar PM kepada addinulhuda   Pergi ke addinulhuda's Website   Quote dan BalasQuote

qing_er
Warga 2 Bintang
Menyertai: 24.01.2004
Ahli No: 6711
Posting: 45
Dari: Pontian,Johor D.Takzim

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 17:15


Dah 5 hari qing tak ada minda positif... Sedangkan qing ada 28 hari saja lagi nak habiskan thesis ni... dan 28 hari saja lagi qing dah nak berhenti jadi pelajar sepenuh masa... tu pun tak ada motivation... sedangkan qing tak pernah lagi buat perangai malas tahap maksima macam ni... bahkan qing memang sangat marah bila orang buat kerja lewat... dan hari ni qing patut marah diri sendiri sebab tak ada semangat...

SAYA PROMISE ... saya nak jadi budak baik... saya nak siapkan thesis saya ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For qing_erProfil   Hantar PM kepada qing_er   Quote dan BalasQuote

amira_aqilah
WARGA SETIA
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 17:42


ok qing_er, saya akan make sure awak jadi budak baik lepas ini..dan make sure awak menyiapkan thesis awak itu...awak da janjikn...
posotif ok....:sopan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For amira_aqilahProfil   Hantar PM kepada amira_aqilah   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 18:05


salam...

terima ksih daeng atas artikel ini. nak cuba implement dalam diri... saya ini banyak sangat fikir negative... semangat sekarang dah naik balik untuk buat research....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 18:46


kita adalah apa yang kita fikirkan........
erm dari mana Daeng jati merah silu dapat artikel yang menarik ni..sumbernya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

putri_iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.11.2008
Ahli No: 35705
Posting: 116
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 22:19


erm... 1 artikel yang menarik.
tapi Kenapa NO PROBLEM perkataan yang negatif. bukankah bila kita kata no problem maknanya kita yakin kita boleh. yakin kan sesuatu yang positif.

Bookmark and Share

    


  Member Information For putri_imanProfil   Hantar PM kepada putri_iman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
� Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100824 saat. Lajunya....