Oleh |
Perpustakaan Di Rumah |
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 13-01-09 20:40
Usaha melahirkan generasi berilmu bermula dari rumahSumber: Berita Harian RUMAH adalah institusi pendidikan terawal dalam pembentukan sahsiah dan peribadi mukmin. Individu yang lahir daripada keluarga mementingkan ilmu pengetahuan akan menghasilkan impak berguna kepada agama, masyarakat dan negara. Tidak dinafikan ilmu penting dalam membentuk masyarakat kerana tidak ada masyarakat yang berjaya dan maju tanpa ilmu. Islam meletakkan ilmu sebagai asas pembangunan dan menitikberatkan ummah sentiasa mengkaji, meneliti, menyelidik, meneroka segala ilmu dan maklumat demi manfaat kehidupan. Kecemerlangan ummah serta pembinaan tamadun sesuatu bangsa bergantung kepada sejauh mana penguasaan ilmu yang dicapai. Allah berfirman yang bermaksud: "Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Mujadalah, ayat 11) Islam sudah melahirkan tamadun manusia yang terunggul di dunia berteraskan ilmu. Ilmuwan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina, Ibn Rushd dan Al-Khawarizmi banyak menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Pembangunan ilmu dalam dunia Islam diakui sebagai pemangkin kepada zaman pembaharuan (Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan tamadun yang gemilang di sana. Bangsa Eropah mengambil inisiatif besar menterjemah dan mempelajari pelbagai ilmu dari dunia Islam. Hari ini umat Islam tidak lagi mendahului umat lain dalam bidang ilmu dan pelbagai bentuk kepakaran. Kita bukan lagi dikenali sebagai bangsa pencipta bahkan sebagai pengguna kepada ciptaan orang lain. Hari ini sedikit umat Islam menguasai bidang yang kritikal bahkan kita ketinggalan dalam arus pendidikan berbanding bangsa lain. Bagi merealisasikan pembudayaan ilmu di rumah, usaha yang bersungguh dan berterusan perlu dilakukan antaranya, ibu bapa harus menunjukkan teladan kepada keluarga khususnya anak. Mereka perlu dipupuk dengan budaya membaca sejak kecil. Ibu bapa juga perlu menjadikan amalan membaca bersama anak sebagai rutin di rumah, selain sentiasa membawa mereka ke perpustakaan untuk mendapatkan bahan bacaan baru. Ibu bapa juga patut menyediakan peruntukan kewangan khusus untuk tujuan itu. Pengorbanan wang ringgit bagi membeli buku dan bahan bacaan bermanfaat untuk anak adalah pelaburan yang baik demi masa depan mereka. Menyediakan sudut khas atau perpustakaan mini di rumah. Ini bagi memupuk minat membaca anak di samping memberi galakan serta ganjaran bagi mereka yang gemar membaca buku ilmiah. Akhirnya, untuk melahirkan bangsa yang maju, hebat dan dipandang tinggi maka pembudayaan ilmu yang seimbang iaitu ilmu fardu ain dan kifayah perlu diterapkan sejak dari kecil lagi. Perbanyakkan bahan bacaan dalam rumah semoga impian melahirkan modal insan dan pemikir kelas pertama menjadi kenyataan. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 20-01-09 14:19
Izinkan saya bertanya, siapa ada perpustakaan di rumah? Bagaimanakah konsep perpustakaan anda? Kongsilah bersama.
|
akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.11.2008 Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind
|
Posting pada: 20-01-09 14:27
kat rumah hamba memang ada bilik bacaan, khusus untuk memupuk minat anak-anak saya dalam membaca.....biasanya kami akan meluangkan masa bersama-sama di bilik bacaan ini selepas solat isyak untuk berbincang tentang buku-buku yang telah mereka baca...biasanya saya akan minta mereka ringkas kan huraian buku tersebut dan beri kesimpulan atau pengajaran yang mereka dapat hasil dr bacaan mereka....dan apa yang saya lihat, perkembangannya memang positif....
|
Nadiena
Warga 2 Bintang Menyertai: 18.05.2007 Ahli No: 29973
Posting: 69
Dari: KL
|
Posting pada: 20-01-09 14:31
Salam, Membaca memang amalan yang sangat baik~ Di rumah saya,memang ayah saya ada satu bilik khas macam ofis style penuh tersusun pelbagai jenis buku, buku-buku ilmiah sahaja, buku hiburan tak dibenar kan sama sekali, heh.. boleh kira macam perputakaan mini lah kut kiranya itu kan? Tapi sejak ayah pergi mengadap Ilahi, bilik itu dah semakin sepi dah..tapi bahan bacaan akan tetap terus bertambah, InsyALLAH..
|
ardani
WARGA SETIA Menyertai: 24.06.2008 Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake
|
Posting pada: 20-01-09 17:04
rumah saya tak ada lah bilik khas yang dinamakan perpustakaan..tapi kami ada sudut bacaan yang menempatkan pelbagai jenis buku...dari buku2 agama, akademic or majalah2 islamic..yang len2 akan direject hehe
|
adieq85
Warga 5 Bintang Menyertai: 27.08.2008 Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi
|
Posting pada: 20-01-09 17:16
tak ada perpustakaan tapi rak dalam bilik tidur tu ada lah khaskan untuk letak buku..2 tingkat untuk buku2 agama dan al-quran..1 tingkat untuk novel..majalah2 islamic, masakan, dan majalah kekeluargaan ada juga..semua tu letak kat rak tv kat ruang tamu...akan difikirkan untuk buat sudut khas untuk bahan bacaan..
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 20-01-09 18:02
rumah saya ada rak buku. Macam mana nak bezakan rak buku dan perpustakaan di rumah ye? tak kisah lah. yang penting tuan rumah nak beri kesedaran pentingnya budaya membaca. Kalau belum tercapai budaya membaca, budaya kumpul buku juga satu permulaan.
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 20-01-09 18:42
Alhamdulillah ramai juga yang ada inisiatif untuk mengadakan satu ruang untuk buku-buku. Tertarik dengan akuhambaAllah dengan pendekatan yang beliau gunakan. Proses pendidikan di rumah, kadangkala pendidikan tidak formal begini memberi kesan yang lebih dalam jiwa anak-anak, tambahan pula dari ibu. Pada pendapat saya, perpustakaan di rumah memadailah dengan adanya satu (1) ruang membaca dan simpanan buku yang bersistem. Di dalam bilik anak-anak pun boleh diwujudkan sudut ini. Seringkas ada sebuah meja dan kerusi untuk membaca. Untuk menambahkan lagi proses mendapat input yang berterusan, Carta-carta boleh ditampal. Sebenarnya pendekatan zaman kita dulu-dulu, ada carta yang pelbagai jenis amat memberi kesan. Secara peribadinya, rumah saya tiada perpustakaan. Rak buku-buku ada, tetapi ada juga buku-buku yang bersepah di atas lantai (Maaf, sebab kurang pandai menyusun. Lagipun rak dah tak cukup). Lagi satu, memandangkan internet sekarang menjadi salah satu medium pencarian ilmu, perpustakaan digital (Softcopy) juga perlu ada. Sebagaimana contoh, saya mewujudkan perpustakaan berjenis ini. Dan perpustakaan dalam komputer ini lebih mudah diurus kerana kemudahan membuat file, folder dan sebagainya. Selain itu, saya juga menggunakan pendekatan menulis untuk mengingatkan lagi apa yang dibaca, saya menempah sebuah papan putih yang besar dan gantungkan di dinding bilik. Apa-apa yang terlintas di fikiran dan difikirkan signifikan, akan ditulis. Jadi sentiasa kita ingat apa yang kita nak ingat, kadang-kadang penjanaan fikiran berlaku. Contohnya semasa baring-baring dalam bilik sambil melihat papan putih, saya akan mula berfikir dan percambahan idea muncul. -----------------
|
shah_hidayah86
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.03.2008 Ahli No: 32774
Posting: 84
Dari: SHAH ALAM
|
Posting pada: 20-01-09 21:25
Salam... saya merupakan pelajar tahun akhir dalam jurusan Bac. of Information Studies (Library & Information Management) untuk pengetahuan semua, term "LIBRARY" sendiri membawa maksud buku yang di ambil dr bahasa latin iaitu "LIBER"....So, mana-mana pgumpulan buku-buku, manuskrip,majalah,bahan bercetak dan tidak bercetak,thesis, yang di gunakan sebagai rujukan sama ada utuk tujuan educational, recreational,informational dan sebgainya adalah boleh di pggl perpustakaan. terpulang sama ada mahu di istilahkn sebagai mini perpustakaan ataupun tidak... Apa yang pasti, kita tidak hanya m'spesifikasi buku2 ilmiah sahaja sebagai koleksi perpustakaan, malah majalah2 seperti fesyen, masakan, seni hiasan dalaman, novel,dan sebagainya boleh di muatkan sebagai koleksi dalam perpustakaan anda, selagi mana ia di gunakan bagi tujuan yang telah di nyatakn sepertI di atas.
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 20-01-09 22:12
Terima Kasih shah atas perkongsian maklumat. Sememangnya kepelbagaian koleksi menarik akan menghebatkan lagi perpustakaan rumah kita. Satu cetusan idea...
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 20-01-09 22:53
Kebanyakkan buku di perpustakaan rumah saya terdiri dari buku pogramming suami yang hanya mampu saya pandang namun tidak saya baca.
|
srikandi_khaulah
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.07.2007 Ahli No: 30520
Posting: 139
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 20-01-09 23:11
Topik yang menarik Tuan Daeng. Pada pendapat saya, setiap rumah mestilah ada perpustakaan walau seringkas manapun. Rumah saya tiada bilik khas untuk dijadikan perpustakaan....cuma ada beberapa sudut yang diletakkan rak buku. 1-Sebelah ruang tamu(rak kecil) 2-Dalam bilik tidur(rak kecil) 3-Laluan antara ruang keluarga/tv ke dapur (almari buku yang terbesar) Rumah yang tak berapa tersusun sistem perpustakaannya... Walau bagaimanapun, ianya bersifat anjal. Nak baca? Cuma perlu pilih bahan bacaan yang dikehendaki dan pergi ke ruang tamu. Ruang tamu ni memang sengaja tidak diletakkan tv. Yang ada cuma set kerusi untuk tetamu. Jadi aktiviti pembacaan boleh dijalankan dengan aman di sini sekiranya tiada tetamu yang datang bertandang.Terdapat juga meja tulis di sebelah ruang tamu iaitu berhampiran dengan rak buku yang bertujuan untuk memudahkan urusan yang memerlukan aktiviti menulis dan disamping juga digunakan untuk membaca. Kadangkala meja ini turut digunakan untuk meletakkan hidangan buat tetamu yang berkunjung. Sekali lagi, konsep anjal diguna pakai. Jadi, usahakan untuk mengadakan ruangan koleksi bahan-bahan bacaan di rumah agar minat yang pelbagai sesama ahli keluarga boleh dikongsi.
|
maisarahlisa
WARGA SETIA Menyertai: 29.12.2003 Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai
|
Posting pada: 21-01-09 01:49
salah satu agenda bila nak buat rumah kat kg nanti.. nanti boleh ajak anak-anak jiran manafaatkan mini pustaka... InsyaAllah
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 21-01-09 07:39
di rumah sekarang tiada perpustakaan tapi impian saya nanti rumah saya eh kami ada bilik khas untuk koleksi buku dalam bilik itu juga anak-anak belajar dalam bilik itu juga sama-sama solat berjemaah dengan famili ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
shah_hidayah86
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.03.2008 Ahli No: 32774
Posting: 84
Dari: SHAH ALAM
|
Posting pada: 22-01-09 00:25
salam... sememang memiliki sejumlah buku2 sebagai koleksi memang sukar untuk kita capai.. tambahan pula, bagi mereka yang berpendapatan rendah, agak SUKAR mahu mengeluarkan sejumlah wang bagi tujuan tersebut..pada pendapat saya, memadailah jika kita membuat sedikit aktiviti seprti "newspaper cutting" sebagai sumber ilmiah atau rujukan.ambil beberapa keratan artikel di surat khabar ataupun majalah dan di tampalkan pada scrap book,seterusnya di simpan sebagai koleksi peribadi..untuk pengetahuan semua, aktiviti tersebut merupakan aktiviti yang selalu di lakukan di kebnyakkan perpustakaan negeri, perpustakaan daerah, perpustakaan desa serta perpustakaan sekolah atau pusat sumber....
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 22-01-09 07:11
berapa kapasiti normal untuk membuat library di rumah ye? rasanya tak perlu lah besar sangat kan...
|
amyazma
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.07.2003 Ahli No: 2134
Posting: 78
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 22-01-09 09:59
Pada 22-01-09 07:11 , hafeezzul posting:!!! QUOTE !!! berapa kapasiti normal untuk membuat library di rumah ye? rasanya tak perlu lah besar sangat kan... Tak perlu belanja besar,ikut kemampuan terpulang pada individu... mula dengan koleksi sendiri+adik beradik+mak ayah buat satu sudut lepas beberapa ketika mungkin sudut tu boleh jadi mini library...
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 22-01-09 15:56
Pada 20-01-09 18:02 , muslimah_johor posting:!!! QUOTE !!! Kalau belum tercapai budaya membaca, budaya kumpul buku juga satu permulaan. 
Saya bukan ulat buku tapi saya suka kumpul buku...  ...Saya tak pernah buang/jual buku yang saya beli masa dekat universiti dulu...Saya kalau dah masuk kedai buku memang habis duit lah...  ...Kalau boleh semua buku saya nak beli... Lagi satu kalau saya pergi tempat yang jauh mesti saya bawa buku dalam beg...Bukan saya baca sangat pun tapi macam dah jadi satu tabiat yang sukar di buang...  -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|