Oleh |
Boikot barang AS hak individu:Najib |
gooku
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.12.2006 Ahli No: 27562
Posting: 269
|
Posting pada: 12-01-09 15:10
Boikot barang AS hak individu: Najib KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terpulang kepada individu sama ada mahu memboikot atau tidak tiga produk utama Amerika Syarikat di negara ini seperti minuman kopi berjenama Starbucks, Coca-Cola dan ubat gigi Colgate seperti yang disaran oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta badan bukan kerajaan yang lain. Beliau berkata langkah itu adalah hak individu sebagai pengguna. Timbalan perdana menteri berkata langkah pemboikotan agak kompleks kerana ia akan membabitkan ahli perniagaan tempatan yang menjalankan perniagaan secara francais barangan Amerika Syarikat. “Biarlah ia menjadi pilihan pengguna. Sesetengahnya mungkin merasa perlu manakala yang lain mungkin tidak, kerana ia turut melibatkan aspek perniagaan tempatan,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kongres Ekonomi Islam Ketiga di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Mutakhir/20090112130849/Article---------- kita tengok kerajaan boneka AS ini cakap..hanya hak individu. sebenarnya kerajaan kena masuk campur boikot produk AS dengan menyekat kemasukkan produk tersebut ke dalam negara ini..dengan kata lain, tahan barangan AS dari pelabuhan setidak-tidaknye...kalau sudah dimasukkan, kempen boikot produk AS hanya akan merugikan peniaga runcit saja..sedangkan barangan tersebut sudah pun dibeli/telah dibayar dan pulangan keuntungan tersebut dimiliki oleh syarikat pengeluar AS (kilang asal). Oleh itu, yang menanggung ruginye hanyalah peniaga runcit didalam negara ini...itu saja. ----------------- http://gooku1.fotopages.com
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 12-01-09 15:12
betul tu gooku....semuanya terpulang pada kerajaan...dan mereka memang memainkan peranan yang penting dalam usaha boikot ini..... ----------------- bila waktu telah terhenti.... teman sejati hanyalah amal....
|
unanjaga
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.08.2008 Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 12-01-09 15:18
Jika begini cara kita(hak individu) dalam boikot barangan dari Israel atau sekutunya Amerika...maka selamnya juga kita masih dibawah ketiak Amerika...dan islam itu tak akan pernah berdaulat dalam bidang eknomi.
|
marul
WARGA SETIA Menyertai: 04.09.2007 Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban
|
Posting pada: 12-01-09 15:19
hmmm...cuba kita tengok sensitiviti nya.... sensitif kah org ini pasal isu agama... kita luaskan topik ini..bukan terhad kepada barangan sahaja.. hak individu????kalau org islam...beli barangan yang menyumbang kepada kekayaan negara kafir laknatullah macam Israel...and then..sumber yang menjana ekonomi tu disalurkan untuk memerangi umat islam... macam mana??? itulah..kalau bercakap hanya memandang hal-hal duniawi...hal-hal ukhrawi???? Tolonglah sensitif wahai umat islam!!!
|
gooku
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.12.2006 Ahli No: 27562
Posting: 269
|
Posting pada: 12-01-09 22:03
satu lagi masalah yang timbul. Masalahnya ialah Pekerjaan rakyat Malaysia bergantung kepada pelaburan sykt2 tersebut... Tanpa sykt2 tersebut akan berlaku ramai pengangguran... Bila ramai ramai rakyat mengangur .... negara tidak akan stabil seperti India contohnya... Lainlah kalau Malaysia terdiri dari rakyat peniaga...rakyat korporat...ada banyak sykt multinational Malaysia di luar negara...yang boleh cover kerja pada rakyat sendiri... Kalau ramai rakyat islam malaysia menganggur sebab boikot McD, KFC, Starbug coffe kerana bangkrap tiada pembeli...maka saya rasa Baitulmal pun tak mampu nak bagi elaun kebajikan pada ketua isi rumah yang menganggur untuk membiayai sarahidup keluarga yang berhenti kerja tersebut...
|
lat-terang
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.03.2008 Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu
|
Posting pada: 13-01-09 09:46
Hmm rasanya kena buat macam kat arab saudi..mereka boleh boikot barang tapi bukan kerajaan cuma rakyat..cuma rakyat kita yang sensitif pada umat islam tempat lain agak kurang rasanya...kalau antum semua kat tempat najib nak ke sound katr US kita tak nak barang mereka?sedangkan kita selama ni cuba tarik pelabur asing datang melabur kat negara kita...bila we say no kita pun sekurang2 nya perlu ada asas yang kukuh...secara tak langsung tu GOV kata pandai2 lah anda boikot... Tapi kerajaan keen join sekali boikot dengan kurangkan pelabur dr US dan barat...banyakkan pelabur Islam sendiri dengan ekonomi kita kena keluar dr kongkongan US...barulah time tu boleh nak sound...sekarang ni boleh sound tapi in case kita kena dengki dr segi ekonomi dengan US payah juga...tapi boleh cuba..kita ni tengok beli ke tak barang US..pastikan keluarga kita sekali tak beli barang US...tukarlah kepada barang yang lawan US pula buatnya..
|
en_poligami
Warga 2 Bintang Menyertai: 24.12.2008 Ahli No: 36486
Posting: 67
Dari: tok bali,kelantan
|
Posting pada: 13-01-09 11:24
actually pada saya,sebelum kita memboikot barang2 atau produk dari us atau israel sepatutnya harus ada jalan alternatif terlebih dahulu bagi mengantikan produk2 atau barangan yang kita nak boikot tu.. jika tidak boikot kita itu sebenarnya boikot bodoh. ambil contoh negara arab contohnya mereka boikot minuman coca-cola tapi gantinya adalah mecca cola.. jadinya secara tak langsung walau bisnes coca-cola gulung tikar, pekerja2 dari coca-cola tu boleh kerja kat kilang mecca cola pulak. jadinya macam kita kat malaysia pun boleh sebenarnya untuk boikot barang-barang mereka contoh ubat gigi colgate tu tukarlah kepada ubat gigi keluaran bumi putra.. jadinya boikot kita adalah dengan menukar barangan dari us kepada barangan tempat kita sendiri. "we do the best,Allah do the rest" soal pengangguran atau kehilangan kerja tu janganlah kita risau, Allah sebenarnya yang memberikan rezeki kepada kita semua bukannya kita sesama manusia. persoalannya sekarang ini kita lakukan boikot adalah untuk menunjukkan kita bersimpati dengan nasib yang menimpa saudara seagama di palestin.. kita sekadar susah menganggur seketika tapi mereka dah ditindas dah 80 tahun dah.. insya'allah jika kita bersatu hati kesusahan kita di malaysia bagi yang tak berkerja tu rasanya tidak lama.. pasti Allah s.w.t akan gantikan kerja yang lebih baik dan halal kepada yang terpaksa menggangur tu. lagipun kegawatan ekonomi yang berlaku baru-baru ini pun ramai juga yang tak berkerja kerana kompeni tutup dan sebagainya. mungkin dengan pemboikotan yang kita lakukan kita umat islam akan terpikir cara-cara mewujudkan ekonomi cara islam sesama kita kelak.. "dan tolong menolonglah kamu di dalam perkara kebaikan dan takwa,dan janganlah kamu tolong menolong di dalam permusuhan dan dosa. "wahai orang-orang yang beriman berpeganglah pada tali Allah sekeliannya dan janganlah kamu berpecah belah"
|
unanjaga
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.08.2008 Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 13-01-09 12:00
Sebenarnya tiada keperluan untuk kita makan KFC dan McD, Starbug coffe,tak makan atau guna benda tu pun tak kisah...makanan resmi kita nasi.
|
gooku
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.12.2006 Ahli No: 27562
Posting: 269
|
Posting pada: 13-01-09 18:41
oleh itu, memang wajar lagi bernas...kita hantar tentera kita pergi bantu umat Islam diGaza itu. pasal pihak tentera ini memang dilatih menggunakan senjata dan mahir di medan tempur. nak harapkan orang macam kita ini...orang macam waris contohnya..masukkan jarum sumpit pun terbalik, kemudian teknik gunakan sumpit yang salah...ia pun terbalik..orang hembus tapi ia pergi sedut pulak... jadi, memang wajar semua negeri kaum muslimin hantar askar saja..kalau hantarkan 1000 orang, kalau didarabkan dengan 58 buah negara..ramai juga itu. kalau hantar 10,000..kalau hantar 100,000 negeri kaum muslimin ini memang ada tentera..tapi mereka dipasung kakinye kerana pemimpinnye terikat dengan perjanjian...termasuk lah perjanjian Pbb. tapi kalau ada kumpulan Islam yang memandai menyerang Israel.. jangan kan serang Israel, serang kepentingan Israel pun.. cepat-cepat ia dianggap kumpulan Pengganas...lahhh, tak ingat ke kes di mumbai, India. mereka itu serang pasal bencikan orang Israel ada kat situ.
|
Salamperjuangan_HPA
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.02.2009 Ahli No: 37220
Posting: 22
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 27-02-09 20:46
Salam.. Bertindak dengan akal yang panjang dan waras.. Semuanya dengan niat yang satu.. Nawitulillahita'ala.. InsyaALLAH, selagi kita berada dijalan yang benar.. Selagi kita meletakkan keyakinan kepada ALLAH.. Kita tidak akan gentar pada cabaran dan dugaan.. Jangan berputus dari rahmat ALLAH swt.. sekian...  ----------------- SALAM TA'ARUF SALAM PERJUANGAN SALAM PERPADUAN DARI ANA untuk ANTUM SEMUA..
|
ikrimah
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.12.2008 Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu
|
Posting pada: 01-03-09 00:39
salam.. apalah nak diharapkan daripada pemimpin yang tak laksana hukum Islam ni.. bini pun rambut terburai.. nak perjuangkan agama islam bagaimana.. mitak jauhla daripada pemimpin seperti ini.. Nauzubillahiminzalik..
|