Oleh |
Panggilan dari suami |
haryana
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.12.2008 Ahli No: 36356
Posting: 74
Dari: Jaybee
|
Posting pada: 08-01-09 12:22
 .. Saya ingin bertanya adakah berdosa si isteri jika si suami memanggil isterinya dengan panggilan yang buruk contohnya bodoh, tetapi si isteri tidak mengendah atau tidak menyahut panggilan si suami, adakah si isteri itu berdosa? Adakah wajib si isteri mengikut sahaja kehendak suaminya walaupun dengan layanan yang buruk? ----------------- ~~winter cool~~ @@permulaan sabar pahit tapi manis akhirnya~~~
|
ladylolida_aina
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.08.2008 Ahli No: 34562
Posting: 162
Dari: Johor
|
Posting pada: 08-01-09 13:59
Mestilah berdosa... sedapnya mulut panggil isteri bodoh... kalau aina lah suami panggil bodoh, aina buat dek sajalah... -----------------
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 08-01-09 14:04
kalau si isteri menyahut panggilan suami kepadanya yang menggunakan perkataan kasar, buruk dan tak baik, maybe betul lah isteri nya itu sedemikian rupa....betul tak??? kalau jue, jgnkan suami jue nanti tapi sesiapa pun kalau panggil jue dengan panggilan yang tak baik memang jue tak mahu layan dan tegur..... panggilan tu kan mencerminkan pandangan dia terhadap kita..... kalau dah panggil kita dengan perkataan yang tak baik, memang tak baik lah kita ni di mata dia.... apa punya suami lah macam ini....
|
haryana
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.12.2008 Ahli No: 36356
Posting: 74
Dari: Jaybee
|
Posting pada: 08-01-09 15:21
Tapi, jika isteri tidak layan suami bukan kah berdosa? bukan ke itu tanggungjawab isteri? Harus ke si isteri masih bersabar?. ----------------- ~~winter cool~~ @@permulaan sabar pahit tapi manis akhirnya~~~
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 08-01-09 15:27
sabar kena bertempat juga...kalau dah lama sangat bersabar haryana tak tahan juga kalau asyik kena panggil dengan perkataan yang bukan2.... suami tu untuk apa?? jadi pembimbing kita kan, melindungi isteri dan anak-anak....begini ke caranya nak bimbing isteri ke jalan ALLAH sedangkan diri sendiri tak tunjukkan jalan yang baik untuk dicontohi oleh isteri dan anak-anak....fikir-fikirkan lah.....
|
haryana
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.12.2008 Ahli No: 36356
Posting: 74
Dari: Jaybee
|
Posting pada: 09-01-09 15:41
 .. Jika sifat suami memang begitu, memang tak boleh lebih kurang, macamana?. bukan ke itu pilihan kita? terima seadanya?  ----------------- ~~winter cool~~ @@permulaan sabar pahit tapi manis akhirnya~~~
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 09-01-09 15:48
tapi tak susahkan kalau panggil baik-baik.... lagi berkat hubungan suami isteri.....isteri pun senang dan rasa pengorbanan dihargai...betul tak??? tapi memang diakui, ada sesetengah org biasanya akan mengeluarkan perkatan yang tak baik bila emosi menguasai, apabila marah...kalau masa tu dia sedang marah, mungkin itu bukan niat dia, tak disengajakan dan mungkin memang dah begitu perangai dia..... seburuk-buruk dan jahat pun, dia suami kita....kena taat kalau tak takut tak cium bau syurga pun nanti.... ----------------- bila waktu telah terhenti.... teman sejati hanyalah amal....
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 09-01-09 16:14
Pada 09-01-09 15:41 , haryana posting:!!! QUOTE !!! ..
Jika sifat suami memang begitu, memang tak boleh lebih kurang, macamana?. bukan ke itu pilihan kita? terima seadanya? 
Adakah kita mampu terima seadanya? Dimulut,ye aku terima suami ku seadanya baik dan buruknya. Sedangkan hati,tiada siapa yang tahu.. Adakah kita mahu menerima segala panggilan yang buruk daripada suami walhal dia lah orang yang kita hormati?Wajarkah? Biasanya kata-kata kasar itu lahir dari perasaan yang sedikit marah,hati yang panas dan sesuatu yang tidak memuaskan hati.. Takkan hanya saja-saja memanggil kita dengan perkataan begitu? tentu ada sebabnya.. Cuba check balik punca Kenapa suami berkata begitu. Jika tiada alasan tertentu,tidak patut suami memanggil dengan panggilan macam tu.
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 09-01-09 16:15
islam telah memberikan perhatian yang istimewa terhadap muslimah dan memuliakannya, baik ia sebagai anak, saudara, isteri mahupun ibu...islam juga telah memperlihatkan hak-haknya dan kewajipan-kewajipannya...maka segala puji kepada ALLAH atas segala nikmat islam.... dari hadith sohih dari Rasulullah: " Gaulilah para wanita dengan cara yang baik " - mutaffaq alaihi " org mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan org yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik terhadap isteri-isterinya ( wanita-wanita mereka ) " - Riwayat Tirmizi
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 09-01-09 21:15
symptom hyperthyroidism
~ * Irritability ~ *Trembling ~ *Rapid pulse ~ *Insomnia kawan saya suka marah2 dan jerkah suami nya.......tapi saya tau kawan saya tu ada sejenis penyakit namanya hyperthyroidism(sekarang pun masih ambil ubat untuk kawal penyakitnya), kat atas tu saya lampirkan symptom2 nya...hmmm mujur suami nya memahami....kalau tak tentu mereka dah lama cerai berai....kadang-kadang saya pulak kasihan tengak dia tegking2 suami dia......berdosakah dia.....biar lah Tuhan yang menentukan.... saya jadi pemerhati saja.....  -----------------  MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 09-01-09 21:44
saya rasa tajuk ni ada kaitan dengan lampiran saya ni......ye lah bila tengah marah panggilan buruk dan tak sedap di degar pun....keluar lah....
|
are_dik
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.11.2004 Ahli No: 12567
Posting: 93
Dari: student
|
Posting pada: 10-01-09 09:51
Pada 09-01-09 16:14 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!! Pada 09-01-09 15:41 , haryana posting:!!! QUOTE !!! ..
Jika sifat suami memang begitu, memang tak boleh lebih kurang, macamana?. bukan ke itu pilihan kita? terima seadanya? 
Adakah kita mampu terima seadanya? Dimulut,ye aku terima suami ku seadanya baik dan buruknya. Sedangkan hati,tiada siapa yang tahu.. Adakah kita mahu menerima segala panggilan yang buruk daripada suami walhal dia lah orang yang kita hormati?Wajarkah? Biasanya kata-kata kasar itu lahir dari perasaan yang sedikit marah,hati yang panas dan sesuatu yang tidak memuaskan hati.. Takkan hanya saja-saja memanggil kita dengan perkataan begitu? tentu ada sebabnya.. Cuba check balik punca Kenapa suami berkata begitu. Jika tiada alasan tertentu,tidak patut suami memanggil dengan panggilan macam tu.
betul kata halesolurun_84... bagi pendapat adik, memang kasar bunyinya, bila org yang berada di tepi kita memanggil dengan panggilan sebegitu...kita sebagai seorang wanita walaupun pedih dan mnyeksa jiwa kita, tapi ingatlah kita duduk dengan dia bukan sekejap..so, berbicaralah dengan dia elok-elok, apa salah kita, "orang yang melakukan kejahatan mesti dibalas dengan kebaikan", betul tak???nanti k lah 2...angin saja agaknya..  kalau kita pilih dia knaper kita tak boleh terima keburukan dia...fikirkanlah.... p/s: sabar dan bersangka baik mesti dipupuk oleh seorang isteri dalam dirinya..... ----------------- intanz'9
|
maniscantik08
Warga Rasmi Menyertai: 29.12.2008 Ahli No: 36546
Posting: 8
Dari: Selangor
|
Posting pada: 10-01-09 16:12
Sikap perempuan ni lembut dan cepat sensitif..siapa pun marah kalau dipanggil bodoh,tolol, tak gheti dan sebagainya..Kalau tengah sensitif macaman nak jawab panggilan, hati tengah sebak!..betul tak? Kalau dah dapat melawan keadaan hati yang tengah gerhana tu..bacalah ayat Qursi banyak-banyak..dan dalam hati berdoa semoga Allah meredakan suasana tegang yang dialami..mudah-mudahan cepat pulih keadaan suami yang tengah marah tu.. Dan cepat-cepat minta maaf di atas kesilapan kita yang menybbkan dia marah sedemikian rupa..Cubalah kita lawan perasaan merajuk kita sebab merajuk ni membuang masa sebenarnya...Bayangkan kalau kita sedang merajuk..mungkin anak pun tak terjaga, nak masak pun dah berat hati..maklum lah hati dah retak seribu! Tapi kalau kita merajuk pun tak guna sebab tak ada yang nak pujuk..jadi pujuklah hati sendiri. Cuba fikir balik apa yang menimbulkan kemarahan suami..lain kali hati-hati.. kalau berlaku lagi, sabar banyak-banyak..Istighfar saja..Anggaplah ini satu ujian Allah kepada kita.. Ada juga yang berakhir dengan perceraian disebabkan tidak tahan dengan perangai suami yang bersikap panas baran..tapi sanggupkah kita lari dari masalah ini dengan berpisah dengannya??? ...Tak sanggup!
|
adieq85
Warga 5 Bintang Menyertai: 27.08.2008 Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi
|
Posting pada: 10-01-09 16:28
tengok lah apa sebabnya suami panggil macam tu..bila dia panggil macam tu janganlah menyahut..nanti kita mengiyakan panggilan tu dengan kita..tapi berpaling atau terus pergi pada dia dan cakap itu bukan nama kita dan kita tak macam yang dia panggil..moga-moga dia tak panggil kita dengan panggilan buruk lagi..
|
maniscantik08
Warga Rasmi Menyertai: 29.12.2008 Ahli No: 36546
Posting: 8
Dari: Selangor
|
Posting pada: 10-01-09 17:19
Pada 10-01-09 16:28 , adieq85 posting:!!! QUOTE !!! tengok lah apa sebabnya suami panggil macam tu..bila dia panggil macam tu janganlah menyahut..nanti kita mengiyakan panggilan tu dengan kita..tapi berpaling atau terus pergi pada dia dan cakap itu bukan nama kita dan kita tak macam yang dia panggil..moga-moga dia tak panggil kita dengan panggilan buruk lagi.. satu cadangan yang bagus! ----------------- Jauhi Sifat Riya'.....Ikhlaskan Amalan kerana ALLAH.
|
wafie
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor
|
Posting pada: 10-01-09 20:51
masa bercinta memang tak nampak cacat celanya tapi setelah berkahwin lama kelamaan sifat sebenar pasangan akan kelihatan.oleh itu banyakkan bersabar dan sikap memahami antara pasangan penting.. p/s hanya pandangan sebagai manusia yang lemah,dan berdasarkan pengalaman sebagai pemerhati pada rakan-rakan -----------------
|
maniscantik08
Warga Rasmi Menyertai: 29.12.2008 Ahli No: 36546
Posting: 8
Dari: Selangor
|
Posting pada: 11-01-09 13:30
Untuk bacaan bersama...dari http://intim.wordpress.com/2007/04/15/suami-panas-baran/Suami panas baran Bersama: MOHD. YYUSOF ABAS SOALAN: Suami saya seorang yang panas baran dan apabila marah dia selalu mengeluarkan kata-kata kesat dan buruk dari mulutnya. Seperti perkataan sumpah, laknat dan kalau saya mati saya akan masuk neraka. Apakah hukum suami yang bertindak semacam itu? – Yani, isteri merana,Kuala Lumpur. —————— JAWAPAN: Puan perlu banyak bersabar dan berlapang dada untuk melayani kerenah suami dengan mendoakan kebaikannya dan puan juga hendaklah berusaha mencari punca kemarahannya itu. Adakah kerana kesilapan puan atau kerana sikapnya yang saja panas baran? Seandainya punca tersebut daripada pihak puan, maka puan hendaklah berusaha mengikisnya dari diri sendiri, tetapi kalau dari pihaknya maka puan perlu berhati-hati untuk membimbingnya dengan pengetahuan agama dan dengan didikan yang baik serta penuh hikmah. Adapun sumpah dan hukumannya supaya puan masuk neraka, itu bukan urusannya malah akan kembali kepada dirinya sendiri. Paling tidak mereka yang suka memaki hamun orang lain itu, akan merana dan menjadi muflis di akhirat nanti. Ini kerana kesalahannya terhadap orang lain itu akan ditukar atau dilangsaikan dengan kebaikannya sehingga habis kebaikannya diambil orang yang disumpah seranah tadi. Sehinggakan segala kebaikan dirinya akan habis diberikan kepada orang yang dimaki atau dianiayainya bahkan dia sendiri pula akan memikul kesalahan orang yang dizaliminya lalu dan akhirnya akan dihumbankan ke neraka sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasullullah s.a.w. dalam hadisnya yang masyhur. Selain itu, Syaikh Hasan Basri pernah menghantar hadiah ke rumah mereka yang mengumpat dan memakinya kerana terlampau gembira dengan umpatan atau maki hamun tersebut, sebab setiap umpatan atau maki hamun itu akan ditukar dengan kebaikan kepadanya. Wallahualam. Petikan Mingguan Malaysia
|
maniscantik08
Warga Rasmi Menyertai: 29.12.2008 Ahli No: 36546
Posting: 8
Dari: Selangor
|
Posting pada: 11-01-09 13:40
copy form http://norayhunt.blogspot.com******************************************************* Kuasai marah bukti kekuatan sebenar SIFAT suka marah adalah tabiat tidak disukai oleh Allah dan Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah marah nescaya engkau memperoleh Syurga.” (Riwayat Tabrani) Mengikut hadis yang diriwayatkan Bukhari, seorang lelaki meminta nasihat dari Rasulullah SAW. Sabda baginda, “Jangan kamu marah...” Jika umat Islam dapat rasai bahawa marah sesuatu yang tidak baik maka akan timbul rasa bersalah untuk marah-marahkan orang lain. Kalau pun ada perasaan hendak marah dapatlah dibendung agar tidak melampaui batas dibenarkan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bukanlah kuat seseorang itu dengan kuatnya tubuh badan tetapi dinilai kuatnya apabila dia dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Untuk meredakan kemarahan yang membuak-buak itu dianjurkan beberapa perkara: Tinggalkan majlis yang menyebabkan anda menjadi marah Segera sejukkan diri dengan mengambil wuduk Solat sunat mutlak dan beristighfar keinsafan Baring bagi merehatkan fikiran. Apabila berhadapan dengan orang yang sedang marah, tenteram dengan: Laungkan azan di telinga kanan dan kirinya, dan jika tidak boleh menghampirinya bayangkan telinganya dan azankan padanya Minta maaf kalau anda di pihak yang bersalah dan lembutkan hatinya dengan memohon maaf walaupun dia di pihak bersalah Jika tidak berkurang juga, tinggalkan dia sendirian Doakan kepada Allah SWT agar dihilangkan sifat marahnya itu. Manakala seseorang yang melakukan dosa kemudian insaf atas perbuatannya yang lalu adalah sesuatu yang baik. Itu petanda dia sudah bertaubat. Seseorang yang bertaubat (diterima taubatnya) seperti orang yang tidak berdosa lagi. Seseorang Islam tidak boleh bersikap putus asa dan taubatnya mesti dibuat selalu dan selagi belum dirasai ketenangan teruskan bertaubat. Allah SWT suka mendengar rintihan hamba-Nya yang bertaubat.
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 23-02-09 14:40
 ... salam buat semua.. suami isteri ada peranan masing-masing.. dan tanggungjawab masing-masing.. suami kena layan isteri dengan cara yang baik...dan isteri kena taat pada suami.. w/macam mana buruk perangai suami sekalipun dia tetap suami kita.. isteri kena taat pada suami...selagi tidak melanggar hukum2 Allah.. isteri akan menjadi derhaka Kalau tidak taat pada suami.. dalam kes ini, walaupun suami panggil dengan cara macam tu.. isteri kena taat dan sahut panggilan walaupun dia panggil dengan nama macam tu.. tapi tengok keadaan..mungkin isteri ada buat silap ke.. suami isteri hendaklah berbincang elok-elok.. suami yang panggil isteri dengan panggilan macam tu tanpa sebab adalah suami yang jahil.. isteri hanya boleh ingkar perintah suami bila suami suruh isteri buat perkara2 yang melanggar perintah Allah.. yang petang.. isteri hendaklah banyakkan berdoa moga Allah lembutkan hati suami macam tu.. InsyaAllah ada hikmah di sebaliknya.. apa-apa yang menyakiti hati isteri, isteri kena taat pada suami.. syurgakan terletak di bawah kaki suami..
|
Faizah_Azlan
Warga 2 Bintang Menyertai: 12.02.2009 Ahli No: 37142
Posting: 44
Dari: Kulai, Johor
|
Posting pada: 23-02-09 15:01
salam... tak sesuai lah panggil isteri macam tu... biar lah panggil yang elok-elok... dapat pahala apa panggil elok-elok...
|
ikhwan_islam
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.02.2009 Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi
|
Posting pada: 23-02-09 15:16
Pada 08-01-09 12:22 , haryana posting:!!! QUOTE !!! ..
Saya ingin bertanya adakah berdosa si isteri jika si suami memanggil isterinya dengan panggilan yang buruk contohnya bodoh, tetapi si isteri tidak mengendah atau tidak menyahut panggilan si suami, adakah si isteri itu berdosa? Adakah wajib si isteri mengikut sahaja kehendak suaminya walaupun dengan layanan yang buruk?
jika itu bukan nama or gelaran siistri..maka tu perlu menjawabnya...sebab suami bukan panggil istrinya melainkan memanggil"si bodoh"
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 14-04-09 15:29
didiklah isteri kita dengan baik dan takwa.. dan taatlah pada suami dengan lemah lembut dan kasih sayang.. ----------------- gunakanlah hidup ini ke jalan yang betul supaya mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah... sentiasa mencari ilmu Allah dan beramal dengannya...
|