Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-12-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.
-- Hadis Qudsi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 2 hari yang lalu
Muslim1987: 8 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Inilah dia contoh Kerajaan Berkebajikan”…


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Inilah dia contoh Kerajaan Berkebajikan”…

Please Mendaftar To Post


Oleh Inilah dia contoh Kerajaan Berkebajikan”…

JKK
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.10.2008
Ahli No: 35465
Posting: 39
Dari: Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 17:09


Esok, 5 Januari 2009, sejumlah 13,000 orang murid tadika KEMAS di Perak tidak dapat meneruskan pengajian bila kerajaan Pakatan Rakyat Perak bertindak menutup 700 kelas tadika KEMAS. Setelah memberi kelulusan geran tanah kampung baru di Perak, kali ini kerajaan negeri Perak bertindak menutup pula sekolah tadika.

Apakah kerajaan PAS, DAP dan PKR di Perak mahu mengikut jejak langkah kerajaan PAS Terengganu yang bertindak menutup tadika semasa memerintah Terengganu dulu?

Mengapa anak-anak kecil berusia 5 dan 6 tahun menjadi mangsa Pakatan Rakyat? Anak orang PAS dan PKR pun diterima masuk ke KEMAS, tiada siapa yang dinafikan untuk mendapat hak pendidikan. PAS pun ada sekolah tadikanya sendiri yang dikenali sebagai PASTI. Biarpun sudah memerintah Kelantan selama 18 tahun, tetapi sistem sekolah PASTI tidak pun diperkemaskan dan diperluaskan bilangannya. Setelah perintah Kedah dan Perak pun, tidak banyak wang kerajaan Pakatan Rakyat dihabiskan untuk sistem pendidikan.

Oleh itu, ramai keluarga masih memilih untuk masuk ke tadika KEMAS. Malah ramai lagi anak-anak orang PAS di Kelantan turut memasuki tadika KEMAS. Tanpa mengira apa warna politik keluarganya, anak-anak kecil diberikan hak untuk masuk tadika KEMAS. Namun, tindakan terbaru kerajaan negeri Perak menutup tadika KEMAS adalah sesuatu tindakan yang amat tidak wajar. Sila buka kembali kunci tadika demi pendidikan anak-anak kecil, mereka belum faham pun erti politik. Jangan jadikan mereka mangsa kebencian Pakatan Rakyat pada Barisan Nasional.

13,000 murid tadika terjejas

Oleh AZMI ABDUL MALEK

BAGAN DATOH 3 Jan. - Kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa pegawai Kemas mendakwa mereka telah diarahkan oleh Pejabat Daerah supaya menyerahkan kunci dewan orang ramai dan pejabat Kemas kepada kerajaan negeri sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, sesetengah Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) telah menyerahkan kunci premis berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) kerana tidak mahu bertengkar dengan mereka.

"Bagaimanapun masih ada pegawai Kemas yang belum menyerahkan kunci berkenaan kerana mempertahankan hak masing-masing.

"Kerajaan Perak tidak berhak mengguna dan mengendalikan program dalam bangunan yang dibina sendiri oleh Kerajaan Pusat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesra Rakyat dan Sukaneka anjuran Kemas Negeri Perak di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kakitangan dan guru Kemas di negeri ini berhak mempertahankan kepentingan 13,000 kanak-kanak yang seharusnya mendapat pendidikan awal apabila sesi persekolahan bermula Isnin ini.

Beliau kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang menidakkan hak anak-anak penduduk miskin di negeri ini untuk menerima pendidikan awal.

Sehubungan itu, beliau meminta kakitangan Kemas meneruskan program mereka walaupun dipaksa keluar daripada premis berkenaan.

"Saya juga meminta kerajaan negeri menarik balik arahan yang boleh merugikan masyarakat itu,'' tegasnya.

Menurutnya, adalah tidak wajar kanak-kanak prasekolah menjadi mangsa akibat keangkuhan dan permainan politik pihak tertentu di negeri ini.

Utusan Malaysia

:bye: kalau dah macam ni....
bagi masa dalam satu penggal saja memerintah...lepas itu PR akan jadi sejarah sampingan dalam politik di Malaysia.


-----------------
Hidup Melayu Kena Bersatu....


Bookmark and Share

    


  Member Information For JKKProfil   Hantar PM kepada JKK   Quote dan BalasQuote

sasuke-kun
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-01-09 17:16


iyakah...hmmmmm
no komen........ :(

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasuke-kunProfil   Hantar PM kepada sasuke-kun   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 17:29


"Kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu dakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi .

Menurutnya beberapa pegawai Kemas mendakwa mereka telah diarahkan oleh Pejabat Daerah supaya menyerahkan kunci dewan orang ramai dan pejabat Kemas kepada kerajaan negeri sejak beberapa bulan lalu.

Kenyataannya dalam Utusan Malaysia juga menyatakan sesetengah Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Persekutuan (JKKP) telah menyerahkan kunci premis berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) kerana tidak mahu bertengkar dengan mereka. "

Ini jawapannya

Saya menafikan tohmahan yang tidak berasas yang dikeluarkan oleh Zahid Hamidi. Sesungguhnya apa yang didakwa oleh beliau saya anggap dakwaan yang tidak berasas dan kerana takut kan kepada "bayang-bayang" sendiri.

Janganlah membuat sesuatu kenyataan dan tohmahan yang standardnya sama dengan mentaliti pelajar KEMAS, atau sama mentaliti dengan pengerusi JKKP yang ada otak tapi tidak ada akal ?

Kenyataannya yang merujuk kepada "beberapa pegawai kemas", Pejabat Daerah dan Pengerusi JKKP adalah terlalu umum dan merupakan kenyataan yang tidak boleh diterima samasekali dan suautu fitnah yang tidak berasas. Apa lagi Sekira tuduhan itu dilemparkan kepada Pegawai Daerah tidakkah Zahid Hamidi sedar pegawai itu adalah Pegawai Tadbir Diplomatik yang ada kaitan langsung dengan Kerajaan Pusat.

Sekiranya beliau bertanggung jawab saya mencabar beliau mendedahkan secara specifik siapakah, dan dimana kejadian yang didakwa itu berlaku. Tunjukkan sifat haji mabrur yang diperolihi semasa Datuk Seri mengerjakan haji baru-baru ini.
Malah saya bersetuju dengan kenyataannya yang dipetik berkata "Kerajaan Perak tidak berhak mengguna dan mengendalikan program dalam bangunan yang dibina sendiri oleh Kerajaan Pusat," dan kerana itulah kami tidak melakukan apa-apa arahan dan tindakan apa lagi menganggu pentadbiran Tadika KEMAS.

Adakah setelah menunggu selama 9 bulan supaya Kerajaan Negeri Perak melakukan sesuatu tindakan balas dendam dan menganggu KEMAS tetapi ternyata tidak kami lakukan, dengan itu mereka cipta cerita mengatakan kami menganggu Tadika KEMAS.

Sebetulnya kami tidak ada masa untuk menganggu Tadika KEMAS, Nasihat saya teruskan kerja lama anda walaupun nampak sangat double standard.

Contohnya tanyalah di Parit Buntar berapa Tadika Kemas yang kami ganggu khususnya dalam DUN Titi Serong. Apa yang saya sedang rancang kan ialah akan pergi melawat semua tadika tersebut kalau mampu di awal persekolahan ini, sekadar bertanya khabar kepada guru dan ibubapa dan anak-anak yang bersekolah di situ.

YB.Drs. Khalil Idham Lim
Timbalan Exco Agama/Pengerusi BBC
Kerajaan Negeri Perak.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

iQbaL86
Warga Rasmi
Menyertai: 13.06.2006
Ahli No: 24792
Posting: 8
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 17:48


Kerajaan BN hanya pandai mempolitikkan ISU..walaupun HANYA DIREKA-REKA oleh mereka sendiri...

PS : Tidak sangka MASIH ada yang percaya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For iQbaL86Profil   Hantar PM kepada iQbaL86   Pergi ke iQbaL86's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 18:45


Pada 05-01-09 17:48 , iQbaL86 posting:

!!! QUOTE !!!

Kerajaan BN hanya pandai mempolitikkan ISU..walaupun HANYA DIREKA-REKA oleh mereka sendiri...

PS : Tidak sangka MASIH ada yang percaya...



teringat isu di kedah masa mula pas ambil alih.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 18:50


Tadika KEMAS : Kenyataan MB Perak.
Dilulus terbit pada Monday, January 05 @ 18:00:00 MYT oleh TokBatin

Berita Oleh cina-islam

"
"PERAK KUNCI DEWAN 700 TADIKA KEMAS". "TINDAKAN JEJAS 11,000 KANAK-KANAK: ZAHID." OLEH Abu Bakar al-Sidek. Begitulah bunyinya laporan di muka surat 11 Berita Minggu keluaran Ahad, 4 Januari 2009.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dengan dakwaan dan tohmahan yang dinyatakan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui laporan akhbar tersebut dan juga akhbar arus perdana bahasa melayu yang lain pada hari yang sama.


Dinyatakan dalam laporan tersebut, " kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mengunci pintu dewan yang akan di jadikan kira-kira 700 kelas bagi lebih 11,000 kanak-kanak Tadika Kemas yang akan memulakan persekolahan esok". Menteri berkenaan turut menyatakan, " tindakan kerajaan negeri gabungan Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat itu menafikan hak untuk mendapat pendidikan kanak-kanak dari golongan kurang berada itu".

Kata menteri berkenaan lagi, " kerajaan negeri dibawah kepemimpinan Pesuruhjaya II Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar tidak berhak berbuat demikian kerana dewan berkenaan dibina dengan dana Kerajaan Persekutuan." Tambah menteri berkenaan lagi, " Ini perbuatan zalim dan kejam terhadap murid tadika yang tidak berdosa sekali gus membuktikan pemimpin kerajaan negeri tidak prihatin dengan rakyat".

Kenyataan dan tuduhan berbau politik ini dibuat bagi mencemarkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat Perak terutama menjelang perkara K Terengganu. Sebenarnya kerajaan negeri Perak tidak pernah membuat apa-apa arahan atau keputusan mengenai penggunaan dewan orang ramai sebagai premis dan kelas Tadika Kemas. Ini sengaja diada-adakan oleh Zahid melalui dakwaan beberapa ketua JKKP barangkali di Bagan Datok, Perak.

Oleh yang demikian saya telah meminta petugas saya membuat laporan polis serta mengambil tindakan mahkamah bagi menjernihkan nama baik kerajaan serta saya sebagai Menteri Besar.

Di Perak ketika ini terdapat sms yang menyatakan beberapa dewan dewan akan sengaja dikunci (oleh orang suruhan ) pada malam ini bagi mencerminkan kebenaran dakwaan Zahid, apabila persekolahan dibuka esok pagi. Persepsi ini bagi mencemarkan imej kerajaan Pakatan Rakyat.

Maka dengan ini sekali lagi saya menegaskan bahawa kenyataan Zahid itu pembohongan semata-mata dan merupakan tindakan ketua UMNO yang tenggelam punca yang akan menerima kekalahan teruk di perkara K Terengganu pada 17 Januari nanti. Saya menafikan dengan tegasnya dawaan dan tohmahan Zahid tersebut. Dia akan menerima padahnya nanti akibat fitnah yang dilemparkanya terhadap saya dan kerajaan Pakatan Rakyat.

http://kamparinn.blogspot.com/
"


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 19:01


Pada 05-01-09 17:09 , JKK posting:

!!! QUOTE !!!


Apakah kerajaan PAS, DAP dan PKR di Perak mahu mengikut jejak langkah kerajaan PAS Terengganu yang bertindak menutup tadika semasa memerintah Terengganu dulu?


Eh, ada ke tadika kemas yang ditutup? KEbanyakan tadika yang ditutp (KEMAS) disuruh tutup oleh orang kerajaan B* sendiri. JKK, awak orang terengganu ke? Datang sendiri tak tengok keadaan kat terengganu masa tu? Atau hanya baca utusan dan tengok TV3? atau baca risalah "masihkah kau ingat" keluaran pakatan idris jusoh?

p/s: oh ya, baru-baru ni saya balik ke rumah saya di terengganu, ada beberapa tadika kemas ditutup dan dijadikan bilik gerakan berbincang pasal pilihanraya oleh orang2 B*. macam mana pula tu?

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 21:28


Rampas Tadika Kemas: Kerajaan Perak digesa saman pemimpin BN
IPOH, 5 Jan: Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak (BERSATU PERAK) menggesa pemimpin kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa orang pemimpin UMNO yang melemparkan fitnah dan tuduhan liar terhadap kerajaan negeri berhubung isu penutupan tadika kemas di Perak baru-baru ini.

Presidennya, Mohd Hafez Sabri menjelaskan isu ini sebenarnya tidak berlaku sebaliknya sengaja dicipta dan direka oleh pihak yang terdesak semata-mata mahu meraih undi dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang akan menjelang.

"Saya sendiri telah bertanya kepada YAB Menteri Besar dan beliau menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah pun menutup atau mengarahkan mana-mana pihak untuk menutup mana-mana premis tadika kemas di negeri ini, sebaliknya mengalu-alukan kewujudan sekolah tersebut sebagai salah satu medium terpenting dalam usaha mendidik anak bangsa kita," katanya.

"Ini merupakan salah satu bukti lagi yang menunjukkan pemimpin BN negeri gemar melakukan fitnah dan tuduhan tidak berasas," katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kononnya kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu.

Dalam pada itu, menurut Ketua Penerangan pertubuhan tersebut, Ahmad Shahir Abdul Aziz ketika menjelaskan isu ini berkata pihak media khususnya media arus perdana sepatutnya meneliti dan menyiasat isu ini terlebih dahulu sebelum dihebahkan kepada umum.

Ini kerana lantaran daripada fitnah dan tuduhan palsu yang dilemparkan membuka ruang kepada kerajaan negeri untuk mengambil tindakan undang-undang.

"Kita berasa cukup terkilan dengan tuduhan berkenaan dan kita minta pihak media khusunya media arus perdana untuk berjumpa sendiri dengan pemimpin kerajaan negeri bagi mendapatkan penjelasan sebenar," jelas beliau.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 21:40


...lain dickp lain yang difikir. payah betul juga dua pihak ni.tak ada keserasian langsung.sampai bila lah macam ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 21:48


Pada 05-01-09 21:40 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

...lain dickp lain yang difikir. payah betul juga dua pihak ni.tak ada keserasian langsung.sampai bila lah macam ni....


sampai kerajaan pusat sekarang jatuh dengan PRU


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 21:53


Pada 05-01-09 21:48 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-01-09 21:40 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

...lain dickp lain yang difikir. payah betul juga dua pihak ni.tak ada keserasian langsung.sampai bila lah macam ni....


sampai kerajaan pusat sekarang jatuh dengan PRU

ke sampai org macam anda ni berhenti cakap benda-benda yang disalah tafsirkan


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 05-01-09 22:03


Pada 05-01-09 21:53 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-01-09 21:48 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 05-01-09 21:40 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

...lain dickp lain yang difikir. payah betul juga dua pihak ni.tak ada keserasian langsung.sampai bila lah macam ni....


sampai kerajaan pusat sekarang jatuh dengan PRU

ke sampai org macam anda ni berhenti cakap benda-benda yang disalah tafsirkan




cuba fikir Kenapa media utama selalu berat sebelah dan selalu memutar belitkan apa yang pihak sebelah sana cakap dan tidak pernah telus dalam memberikan maklumat?.rasanya anda boleh fikirkan

..


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-01-09 08:07


Bagi yang buat,"Perangai busuk hati tu tang buang lagi ke?"
Bagi yang percaya,"Minda tu tertutup sangat ke?Percaya bulat-bulat.Ni mesti sebab tarbiyah UMNO ni,apa yang dilaporkan Utusan Meloya itulah kebenaran.."

Bookmark and Share

    


  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 06-01-09 08:14


isk,isk,isk,isk........teruknya kerajaan perak,sampai macam tu sekali!hehehhehehe.isu lapuk.dakyah yang kosong dan tak brasas,kalau org zaman paleolitik boleh lah kena tipu.org sekarang dah celik politik lah semua.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

arepis
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.02.2008
Ahli No: 32698
Posting: 95
Dari: Kajang dan Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-01-09 08:36


JKK dimanakah anda??? . . . . . . . . .

Bookmark and Share

    


  Member Information For arepisProfil   Hantar PM kepada arepis   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-01-09 08:53


biasa lah..suka memutar belitkan cakap-cakap org...umno kan memang begitu...dulu pun kata-kata TGNA banyak kali dipusingkan...TGNA bukan cakap cakap guna nafsu..tapi berdasarkan akal..ilmu...yang bteraskan alquran dan sunnah nabi...

pasal pntdbiran kerajaan negeri pun sama...isu yang dah berdekad di bawah pimpinan umno..bila diambil alih oleh parti pembangkang,automatik semua salah pembangkang..contohnya isu bab*...pelik sungguh... :berfikir:

p/s:semalam tengok berita..en. hishamuddin sampaikan sumbangan kat sekolah2 di terengganu.beliau berkata."ni adalah bantuan untuk anak-anak bangsa kita"....last sekali tengok..bantuan untuk sekolah cina... :berfikir:
"bangsa kita" ke..???


-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

JKK
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.10.2008
Ahli No: 35465
Posting: 39
Dari: Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-01-09 08:55


releks bro....ni ada satu lagi
SAMA TAPI MEMANG SERUPA (Pas + PKR = DAP) kih...kih..kihh...


17 tabika Kemas di Selangor diberi notis dua minggu

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Selangor mendedahkan kerajaan negeri telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil alih 17 premis taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di seluruh negeri itu sejak Jun lepas.

Pengarah Kemas Selangor, Sharulnizam Jantan berkata, PBT terbabit juga telah mengeluarkan notis kepada pengurus tabika Kemas berkenaan agar menyerahkan kunci dan urusan pentadbiran dalam tempoh 14 hari daripada notis yang diberikan.

Menurutnya, kesemua tabika itu adalah sembilan di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), enam lagi di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan dua di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Bookmark and Share

    


  Member Information For JKKProfil   Hantar PM kepada JKK   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-01-09 09:11


Pada 06-01-09 08:55 , JKK posting:

!!! QUOTE !!!

releks bro....ni ada satu lagi
SAMA TAPI MEMANG SERUPA (Pas + PKR = DAP) kih...kih..kihh...


17 tabika Kemas di Selangor diberi notis dua minggu

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Selangor mendedahkan kerajaan negeri telah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil alih 17 premis taman bimbingan kanak-kanak (tabika) di seluruh negeri itu sejak Jun lepas.

Pengarah Kemas Selangor, Sharulnizam Jantan berkata, PBT terbabit juga telah mengeluarkan notis kepada pengurus tabika Kemas berkenaan agar menyerahkan kunci dan urusan pentadbiran dalam tempoh 14 hari daripada notis yang diberikan.

Menurutnya, kesemua tabika itu adalah sembilan di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), enam lagi di Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan dua di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).


betul ke....saya dah lama tak percaya dengan saudara ni....dan juga ruangan politik dan ekonomi paper saudara tu... tak boleh pakai langsung....

yang kedua ..ni saja ke kerja tuan jkk.... buat lah benda yang berfaedah sikit...tak malu ke,,semalam dah lah kantoi... "malu" semalam tak habis lagi ...nak main politik beri lah fakta sikit...

jangan main terjah saja... malu lah sikit...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-01-09 10:26


Pada 06-01-09 08:07 , lebai_y2k posting:

!!! QUOTE !!!

Bagi yang buat,"Perangai busuk hati tu tang buang lagi ke?"
Bagi yang percaya,"Minda tu tertutup sangat ke?Percaya bulat-bulat.Ni mesti sebab tarbiyah UMNO ni,apa yang dilaporkan Utusan Meloya itulah kebenaran.."
asyik2 tu saja lah alasan. utusan melayu dan berita harian saja konon.media utama kerajaan. selama saya buat kajian tentang media2 ni termasuk, utusan melayu,berita harian, harakah, keadilan,...sama saja.cenderung kepada parti masing-masing.

permasalahannya dah tau UM dan BH tu selalu buat berita2 tak sahih. saman saja lah yang tulis tu. tak pun belasah ke.buat demonstrasi ke depan ofis akhbar tu. anda kan selalu buat macam ni.hehe..saman tu da biasa agaknya.baru-baru ni da ada yang mng kan.so apa lagi, nak salahkn parti saja..yang buat AKHBAR.

tapi memang hakikat, apa yang kita sokong tu pasti yang menentang apa yang kita sokong tu akan kita tentang habis-habisan juga.memang logik lah..

satu lagi, dah tau UM dan BH tu putar belit fakta, yang anda pergi bagi maklumat kat mereka tu buat apa. bila diinterview nak pula.maybe lah agaknya sebab kan UM dan BH tu media utama yang sampai kepada rakyat, so mereka pun nak juga apa mereka cakap tu sampai kepada rakyat bukan hanya melalui harakah or keadilan.tapi masalahnya diputar belit konon. saya tengok akhbar2 anda pun sama saja.

dulu org yang anda tentang habis-habisan,terus anda masukkn dalam list berita anda atas alasan duduk tentang BN juga..so,kira kawan lah.walupun dulu pernah juga musuh.hehe..tak malu ke? org tentang BN tu atas pendirian dia, anda nak tumpang berita pula...kiranya ada saham juga lah rakyat nanti sokong akhbar yang kuarkn berita tu. masa dulu, ada dalam berita anda pun kutuk dia dan macam-macam lah.sekarang puji pula memandangkn sama-sama tentang BN..hehe..


-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)


Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 06-01-09 10:40


Pada 06-01-09 09:11 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 06-01-09 08:55 , JKK posting:

!!! QUOTE !!!

releks bro....ni ada satu lagi
SAMA TAPI MEMANG SERUPA (Pas + PKR = DAP) kih...kih..kihh...bla..bla...

(MBSA).


betul ke....saya dah lama tak percaya dengan saudara ni....dan juga ruangan politik dan ekonomi paper saudara tu... tak boleh pakai langsung....

yang kedua ..ni saja ke kerja tuan jkk.... buat lah benda yang berfaedah sikit...tak malu ke,,semalam dah lah kantoi... "malu" semalam tak habis lagi ...nak main politik beri lah fakta sikit...

jangan main terjah saja... malu lah sikit...



betul tu akhi zulman...
nak main politik..bagi lah fakta or bukti2 yang kukuh...
setakat merujuk kepada satu pihak dan satu akhbar..lepas tu buat rumusan sendiri mana lah boleh diterima pakai...

tak takut terfitnah org ke???
berhati-hati dengan apa yang anda tulis...

p/s:perjuangan PAS tak sama dengan DAP...
kalau anda kata sama..sila explain...


-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

panahpena
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.11.2008
Ahli No: 35854
Posting: 160
Dari: Johor Bharu

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-01-09 10:57


Patutpun Tabika Kemas ditutup. Mereka terlalu banyak menumpukan hiburan dalam pengajaran. Tak percaya? pergi tengok sendiri. Mendidik pelajar Islam bermatlamatkan hiburan. Silibus pula terlalu longgar dan tidak holistik. Pendekatan agama terlalu minimum ada pula tiada langsung. Membezakan kelas Agama dengan mementingkan kelas akademik.

anak-anak perlu diterapkan dengan nilai dan norma2 Islamik seawal yang boleh. Apabila mampu menguasai Ibadah dan Al Quran, baharulah mereka mampu menerima ilmu akademik dengan lebih berkesan akibat asas yang utuh.

Akibat tidak mempercayai bahawa 'Islamic values' dalam pendidikan awal masalah remaja pintar yang tidak berakhlak menjadi tradisi orang melayu sekarang ini. Ada kanak-kanak darjah dua telah melakukan seks dan ketagih melakukannya dengan sesiapa sahaja.

Jika mereka diterapkan dengan nilai murni Islam, mereka akan sedar yang mungkar lantas menghindarkannya!

Islamkah ibubapa itu yang tidak menghantar anak-anak mereka kepada didikan Islamik prasekolah?


-----------------
Sumbanglah kepada GERAKAN JIHAD MALAYSIA (MALAYSIAN MARTYR MOVEMENT). Hubungi 016 7156771


Bookmark and Share

    


  Member Information For panahpenaProfil   Hantar PM kepada panahpena   Quote dan BalasQuote

iQbaL86
Warga Rasmi
Menyertai: 13.06.2006
Ahli No: 24792
Posting: 8
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-01-09 16:15


Pada 06-01-09 10:26 , sya_ryn posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 06-01-09 08:07 , lebai_y2k posting:

!!! QUOTE !!!

asyik2 tu saja lah alasan. utusan melayu dan berita harian saja konon.media utama kerajaan. selama saya buat kajian tentang media2 ni termasuk, utusan melayu,berita harian, harakah, keadilan,...sama saja.cenderung kepada parti masing-masing.


UM + BM = akhbar PARTI politik ke ?

Harakah + KEADILAN = memang AKHBAR PARTI POLITIK...

Lu fikir lah sendiri.... :-P



-----------------
Image Hosted by ImageShack.us



Bookmark and Share

    


  Member Information For iQbaL86Profil   Hantar PM kepada iQbaL86   Pergi ke iQbaL86's Website   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 06-01-09 16:35


IPOH 4 Jan. - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) tetap mempertahankan premis Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) daripada dirampas oleh kerajaan negeri kerana premis tersebut dibina dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat.

Pengarah Kemas Perak, Zairun Yang Rashidi berkata, tindakan itu diambil kerana bangunan tadika dibina menggunakan peruntukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum kerajaan negeri diambil alih oleh pakatan pembangkang.

Menurutnya, pihaknya mendapati ada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) yang dilantik oleh kerajaan pakatan pembangkang telah mengunci pintu pagar tadika.

"Tindakan mengunci premis itu diambil setelah kerajaan negeri menghantar surat kepada Pejabat Daerah supaya meminta Kemas mengosongkan premis tadika dalam tempoh 14 hari notis dikeluarkan sejak 31 Disember lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu.

Menurut beliau, beberapa pegawai Kemas mendakwa mereka telah diarahkan oleh Pejabat Daerah supaya menyerahkan kunci dewan orang ramai dan pejabat Kemas kepada kerajaan negeri sejak beberapa bulan lalu.

Zairun berkata, pihaknya mempertahankan hak ke atas Tadika mereka kerana bangunan Tadika dibina oleh kerajaan persekutuan.

"Kita tengok esok apa yang akan berlaku kerana kanak-kanak akan memulakan persekolahan esok," katanya.


Utusan Malaysia 5 januari 2009

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 06-01-09 20:46


Pada 06-01-09 16:35 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

IPOH 4 Jan. - Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) tetap mempertahankan premis Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) daripada dirampas oleh kerajaan negeri kerana premis tersebut dibina dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat.

Pengarah Kemas Perak, Zairun Yang Rashidi berkata, tindakan itu diambil kerana bangunan tadika dibina menggunakan peruntukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum kerajaan negeri diambil alih oleh pakatan pembangkang.

Menurutnya, pihaknya mendapati ada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) yang dilantik oleh kerajaan pakatan pembangkang telah mengunci pintu pagar tadika.

"Tindakan mengunci premis itu diambil setelah kerajaan negeri menghantar surat kepada Pejabat Daerah supaya meminta Kemas mengosongkan premis tadika dalam tempoh 14 hari notis dikeluarkan sejak 31 Disember lalu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kira-kira 13,000 murid tadika di negeri ini mungkin terjejas pembelajaran mereka ekoran tindakan kerajaan negeri Perak mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) mengosongkan 700 premis tadika milik agensi itu.

Menurut beliau, beberapa pegawai Kemas mendakwa mereka telah diarahkan oleh Pejabat Daerah supaya menyerahkan kunci dewan orang ramai dan pejabat Kemas kepada kerajaan negeri sejak beberapa bulan lalu.

Zairun berkata, pihaknya mempertahankan hak ke atas Tadika mereka kerana bangunan Tadika dibina oleh kerajaan persekutuan.

"Kita tengok esok apa yang akan berlaku kerana kanak-kanak akan memulakan persekolahan esok," katanya.


Utusan Malaysia 5 januari 2009



okey okey okey,

utusan meloya juga yang anda ambil ya


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

unanjaga
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.08.2008
Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-01-09 21:42


Ada setengah manusia itu sanggup menjadikan lidah mereka bagi meneruskan pembohongan,mereka menuduh seperti mana orang diatas menuduh.Sepatut nya kita sadar dengan rasa insaf,bahwa dewan orang ramai itu adalah hak bagi masyarakat setempat,dan bukan hak bagi orang tertentu,jadi bila kemas menggunakan kemudahan dewan ini seabagai tempat untuk tadika(taman asuhan kanak kanak),maka ia telah mencabuli hak orang ramai,sepatut nya kemas ada bangunan sendiri yang tetap tanpa menumpang.Dan tiada siapa yang akan bersikap zalim untuk menghalang dari anak anak untuk belajar,tak kira apa bangsa dan juga kelompok kehidupan kerana ia hak yang memang ada dan dituntut.rasa nya perkara ini akan dibawa kemakhamah olih pihak PR.

Bookmark and Share

    


  Member Information For unanjagaProfil   Hantar PM kepada unanjaga   Pergi ke unanjaga's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 06-01-09 22:46


Assalamualaikum
perbincangan lebih cenderung kepada isu parti politik sahaja...sedikit sangat yang mengholisitikkan politik, pendidikan dengan Islam yang syumul..tak nampak memperkembangkan minda ke arah kefahaman Islam yang baik..

maaf, topik dikunci.
wallahua'lam.



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122845 saat. Lajunya....