Oleh |
JOM COUNTDOWN TAHUN 2009 DI KELANTAN-31 DIS |
zainuha
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.08.2005 Ahli No: 18587
Posting: 72
Dari: Kajang
|
Posting pada: 29-12-08 22:16
Di Jemputlah ke Kelantan. Insya Allah, stadium sultan mohammad ke 4 akan menyaksikan satu perubahan baru di Kelantan. Insya Allah pertama seumpamanya di malaysia.. bahkan di dunia. Insya Allah. ringkasan acara: mula 4.30 petang : acara remaja di dataran stadium - solat maghrib berjamaah - solat isyak berjamaah - malam ada konsert dan motivasi remaja: - bersama Hafiz Hamidun, Sabri Yunus, Akhil Hayy, Farah Deeba, Rabbani, acara gendang 4 budaya, dikir barat - perarakan motor klasik, VW, basikal, kuda - amanat MB - Count down bersama MB - bunga api Wassalam
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 29-12-08 22:47
hmm...macam bagus...tapi, ada bunga api?? Kenapa tak tambah dengan solat hajat seperti kebiasaan yang dibuat ye... semalam ada buat sambutan Maal Hijrah tak macam countdown ni tak...
|
pemburu_harimau
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2008 Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau
|
Posting pada: 31-12-08 10:35
Pada 29-12-08 22:47 , sayatetapsaya posting:hahaha... ini menunjukkan PAS sedikit sebanyak dah lari dari perjuangan asal... sebelum ni PAS buat solat hajat.... sekarang ni sambut tahun baru dengan bunga api pulak.... macam BN.... heheh.. Nik Aziz... Nik Aziz... orang kelantan mana sambut pesta tahun baru Masehi... hanya orang luar kelantan saja sambut... sekarang kelantan pun sambut sama.... ----------------- Harimau adalah makhluk Tuhan, Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 31-12-08 21:35
ada sesiapa boleh berikan detail sebenar mengenai perkara ni tak...
|
shafiqah88
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.09.2008 Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan
|
Posting pada: 31-12-08 22:34
tu orang-orang kuat pas ni berkembang fikirannye.. tak ada , asal kata pas nya program, mesti solat sunat saja sepanjang masa... pstu org lain cakap kolot.. bila dah buat ada bunge api, ramai pula menimbulkan keraguan.. kenapa ye?? bunga api tu salah ke?? smbut maal hijrah kononnya kata bidah, smbut awal tahun masihi, banyak pula mulut... kenapa sentiasa tak berpuas hati.. cuba buat program sendiri, ha tengok bagaimana,,
|
muhamad_azrul86
WARGA SETIA Menyertai: 02.08.2006 Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH
|
Posting pada: 31-12-08 22:42
Pada 31-12-08 10:35 , pemburu_harimau posting:!!! QUOTE !!! Pada 29-12-08 22:47 , sayatetapsaya posting:
hahaha... ini menunjukkan PAS sedikit sebanyak dah lari dari perjuangan asal...
PERJUANGAN PAS SEBENAR ADALAH "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM".. So apa yang tak kena dengan program seumpama ini? -----------------
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 31-12-08 23:26
hmm...marah nampaknya shafiqah dengan azrul.. shafiqah : Kenapa kita perlu ikut telunjuk orang lain kan..Kenapa kita buat sesuatu untuk memuaskan hati orang lain...bukankah kita ada matlamat kita sendiri..jika apa yang dibuat tu adalah seperti yang dikata oleh shafiqah, maka saya tak bersetuju..takkanlah kerana orang lain cakap kolot, kita terus nak berubah mengikut telunjuk dan arus semasa..hmm..bunga api tu, banyak manfaat dari keburukan ke??kalau banyak manfaat, tak mengapalah..teruskan..tapi kalau banyak keburukan, pastinya saya tak menyokong..dan setakat ni saya tak nampak apa kebaikan yang melebihi keburukan tu..bukankah lebih harmoni dan sejahtera jika diadakan program lain..saya tak salahkan 100% pun, bagi saya ok sahaja perarakan motor klasik tu, konsert dan motivasi..sekurang˛nya sejahtera berbanding bunga api yang menghabiskan banyak wang ringgit..kalau taknak solat hajat pun, masih banyak perkara lain yang lebih bermanfaat..sebab tu saya tanya... azrul : yang tak kena pada saya bila ada bunga api tu...sebab pada kebiasaan yang saya nampak, ia hanya satu perkara yang membazir..sedang kita mengetahui betapa susahnya nak dapat duit..kalau tak ada duit..macam mana kita nak membangun bersama pas...boleh bagi penerangan... P/S : ini bukan soal tak berpuas hati..tapi saya hanya menyuarakan apa yang tidak saya setuju..jadi saya harap dapat penerangan yang baik..please, buang sifat sangka buruk ye..baca setiap kenyataan saya dengan minda yang jernih..Kenapa saya mempersoalkannya.. wallahua'lam..
|
muhamad_azrul86
WARGA SETIA Menyertai: 02.08.2006 Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH
|
Posting pada: 01-01-09 00:32
azrul : yang tak kena pada saya bila ada bunga api tu...sebab pada kebiasaan yang saya nampak, ia hanya satu perkara yang membazir..sedang kita mengetahui betapa susahnya nak dapat duit..kalau tak ada duit..macam mana kita nak membangun bersama pas...boleh bagi penerangan... wallahua'lam.. maaf, bukan "membangun bersama pas' tapi bersama islam... sebenarnya kita tak usah pertikaikan benda macam ni.. mari kita perbaiki mana yang kurang.. moga islam terus diperjuangkan! -----------------
|
shafiqah88
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.09.2008 Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan
|
Posting pada: 01-01-09 04:10
Pada 31-12-08 23:26 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!!
shafiqah : Kenapa kita perlu ikut telunjuk orang lain kan..Kenapa kita buat sesuatu untuk memuaskan hati orang lain...bukankah kita ada matlamat kita sendiri..jika apa yang dibuat tu adalah seperti yang dikata oleh shafiqah, maka saya tak bersetuju..takkanlah kerana orang lain cakap kolot, kita terus nak berubah mengikut telunjuk dan arus semasa..hmm..bunga api tu, banyak manfaat dari keburukan ke??kalau banyak manfaat, tak mengapalah..teruskan..tapi kalau banyak keburukan, pastinya saya tak menyokong..dan setakat ni saya tak nampak apa kebaikan yang melebihi keburukan tu..bukankah lebih harmoni dan sejahtera jika diadakan program lain..saya tak salahkan 100% pun, bagi saya ok sahaja perarakan motor klasik tu, konsert dan motivasi..sekurang˛nya sejahtera berbanding bunga api yang menghabiskan banyak wang ringgit..kalau taknak solat hajat pun, masih banyak perkara lain yang lebih bermanfaat..sebab tu saya tanya...
tu lah mereka nak pengisian yang sejajar dengan org zaman sekarang... apa salahnye buat?? bunge api tu kan cantik.. saya pun suka tengok... sangat suka.. kira bunge api tu hiburan.. dan hiburan tu harus, selagi mana tak ada dalil melarang... nak menunjukkan kat sini, pas pun boleh buat apa yang parti lain buat, selagi mana tak lggr syariat... jangan tengok tu sambil jerit2, dan terlompat2 sudah... kalau membazir lk.. baru sekali mereka buat, dah kata membazir.. yang parti lain buat sampai beribu2, makan duit rkyt, tak membazir ek?? ----------------- chayo!
|
itqaan_muslim
Warga 5 Bintang Menyertai: 02.08.2006 Ahli No: 25573
Posting: 353
Dari: tronoh
|
Posting pada: 01-01-09 07:05
Betul tu shafiqah88... ana rasa tak salah .. sekali skala tok guru kena ikut juga jiwe muda mudi kini tapi jangan bertentangan nga al quran dan sunnah sudah... agama memang kita dahulukan pelik juga lah..kat u ana selalu sambung nga kawan-kawan ...orang-orang luar especially kl selalu beritahu kelantan ni tak boleh berhibur lah,pggung wayang tak ada ,nak buat jom heboh pun tak boleh,nak buat itu tak boleh ,nak smbut itu tak boleh, tapi bila tok guru sambut tahun baru ramai pertikaikan pula.... macam-macam
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 01-01-09 07:34
Pada 01-01-09 00:32 , muhamad_azrul86 posting:!!! QUOTE !!! maaf, bukan "membangun bersama pas' tapi bersama islam...
sebenarnya kita tak usah pertikaikan benda macam ni.. mari kita perbaiki mana yang kurang.. moga islam terus diperjuangkan!
erk..maaf...silap.. tapi, bagaimana kita nak membangun bersama Islam jika kita masih mencedok perkara dari barat..dalam hal ni, barat yang saya kata adalah perkara yang tidak mendatangkan manfaat..diulangi, tidak mendatangkan manfaat..memanglah kita sedang memperbaiki mana yang kurang, tapi jika perkara seperti ini pun tidak boleh dipertikai, macam mana kita nak perbaiki mana yang kurang?? yang tidak boleh dan tidak patut dipertikai hanya dua perkara iaitu al-Quran dan sunnah sahaja..yang lain, semua boleh dipertikai..sedang saidina Umar ra pun akur apabila kata˛nya dipertikai oleh seorang wanita tua yang menuntut hak sebagai seorang perempuan, inikan apa yang tidak nampak kebaikannya mengatasi keburukan... Pada 01-01-09 04:10 , shafiqah88 posting:seharusnya kita tidak sibuk meniru apa yang parti lain buat, dalam perkara yang tidak membawa manfaat..kita kan berbeza, janganlah apa yang parti sibuk buat, kita juga nak buat..kita nak membangun bersama Islam ke nak membangun bersama parti lain??satu lagi hal, selalu membandingkan benda dengan sesuatu yang lebih buruk..cuba bandingkan dengan perkara yang lebih baik, lebih hak..biarlah parti lain buat sampai beribu˛ pun dik oii, makan duit rakyat..memang itu dah jelas membazir, memang tak perlu dipertikai..kita dah tahu mereka salah..tak payah lah compare dengan perkara yang memang dah salah...aduihh..saya sayang Islam, saya sayang orang dalam PAS yang "seharusnya dan sewajarnya" mempunyai kefahaman Islam lebih daripada orang di luar..sebab tu saya pertikai..duit tak mudah nak dapat, sedang kerajaan pusat asik menghentam kerajaan negeri Kelantan yang dianggap tak ada duit untuk membangunkan negeri..saya nak tanya, buat bunga api tu dapat membangunkan umat ke?memanglah hiburan itu harus, tapi jika melibatkan pembaziran, takkanlah diharuskan lagi...aduhai..saya tak kata pun bunga api tu tak cantik, saya tak suka, tapi adakah setiap perkara yang kita suka tu baik untuk kita??renung semula surah al-Bawarah ayat 216.... saya mengharapkan jawapan yang lebih ilmiah dan berfikrah...IM, boleh tolong saya berikan jawapan... P/S : saya tak pertikai pun tok guru nak sambut tahun baru, tapi tok guru ke yang buat semua ni..saya tak yakin..
|
Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com
|
Posting pada: 01-01-09 08:56
Izinkan saya menulis sikit. Usah pertikai perkara yang terlalu subjektif begini. program sambutan tahun baru itu pada saya tiada salahnya. Jika benar program yang berlaku sepertimana yang tertulis pada tentatif, saya berasa bangga kerana adanya sebuah program menyambut tahun baru dengan alternatif yang lebih baik. Kerajaan Kelantan peka dan sedar hakikat dunia hari ini. Kerajaan sedar bahawa kehidupan hari ini tidak sama dengan kehidupan dahulu. Fungsi kerajaan seboleh-bolehnya memuaskan hati rakyat, memenuhi kehendak rakyat. Dan dalam memenuhi kehendak rakyat itu, kerajaan juga bertanggungjawab bagi memastikan syariat tidak di abai dan ditinggal begitu sahaja. Kerajaan Kelantan telah banyak memberikan 'role model' dalam aspek penganjuran sesuatu program. Ingin dinilai kembali, Kelantan memberikan contoh yang baik dalam penganjuran konsert apabila mengasingkan penonton mengikut jantina dan keluarga. Bukankah itu satu contoh yang baik? Sambutan Tahun Baru. Saya yakin dan percaya seluruh rakyat di dunia berasa seronok menyambutnya. Usah menipu diri pada realiti sebenar mentaliti kita! Perkara ini memang terjadi secara sendiri. Automatik. Menyedari hakikat itu, tindakan kerajaan negeri mengawal sambutan ini dengan berpandukan syariat adalah wajar di puji. Saya tak mahu pertikai apa bahan2 yang diguna dalam sambutan ini. Bunga api? Apa masalah pada bunga api? Yang bermasalah adalah orang yang sentiasa tak mahu berfikir sepertimana fikiran rakyat. Yang bermasalah adalah orang yang tak mahu berfikir pada fikiran pemimpin yang bukan sahaja mahu mengikut kehendak ahli pas, tetapi kehendak rakyat keseluruhannya. Bunga api adalah simbol keindahan. Saya sendiri berasa takjub melihat bunga api. Terasa indah. Hati terasa seronok. Apa salahnya bunga api bagi memberi sedikit kegembiraan? -----------------
|
shafiqah88
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.09.2008 Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan
|
Posting pada: 01-01-09 13:00
Pada 01-01-09 08:56 , Along_Safa posting:!!! QUOTE !!! Izinkan saya menulis sikit.
Usah pertikai perkara yang terlalu subjektif begini. program sambutan tahun baru itu pada saya tiada salahnya. Jika benar program yang berlaku sepertimana yang tertulis pada tentatif, saya berasa bangga kerana adanya sebuah program menyambut tahun baru dengan alternatif yang lebih baik.
Kerajaan Kelantan peka dan sedar hakikat dunia hari ini. Kerajaan sedar bahawa kehidupan hari ini tidak sama dengan kehidupan dahulu.
Fungsi kerajaan seboleh-bolehnya memuaskan hati rakyat, memenuhi kehendak rakyat. Dan dalam memenuhi kehendak rakyat itu, kerajaan juga bertanggungjawab bagi memastikan syariat tidak di abai dan ditinggal begitu sahaja.
Kerajaan Kelantan telah banyak memberikan 'role model' dalam aspek penganjuran sesuatu program. Ingin dinilai kembali, Kelantan memberikan contoh yang baik dalam penganjuran konsert apabila mengasingkan penonton mengikut jantina dan keluarga. Bukankah itu satu contoh yang baik?
Sambutan Tahun Baru. Saya yakin dan percaya seluruh rakyat di dunia berasa seronok menyambutnya. Usah menipu diri pada realiti sebenar mentaliti kita! Perkara ini memang terjadi secara sendiri. Automatik.
Menyedari hakikat itu, tindakan kerajaan negeri mengawal sambutan ini dengan berpandukan syariat adalah wajar di puji.
Saya tak mahu pertikai apa bahan2 yang diguna dalam sambutan ini.
Bunga api? Apa masalah pada bunga api? Yang bermasalah adalah orang yang sentiasa tak mahu berfikir sepertimana fikiran rakyat. Yang bermasalah adalah orang yang tak mahu berfikir pada fikiran pemimpin yang bukan sahaja mahu mengikut kehendak ahli pas, tetapi kehendak rakyat keseluruhannya.
Bunga api adalah simbol keindahan. Saya sendiri berasa takjub melihat bunga api. Terasa indah. Hati terasa seronok. Apa salahnya bunga api bagi memberi sedikit kegembiraan?
sokong... setuju.. sokong... setuju.... 200% ----------------- chayo!
|
as-syafie
WARGA SETIA Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'
|
Posting pada: 01-01-09 20:16
Pada 01-01-09 13:00 , shafiqah88 posting:!!! QUOTE !!! Pada 01-01-09 08:56 , Along_Safa posting:!!! QUOTE !!! Izinkan saya menulis sikit.
Usah pertikai perkara yang terlalu subjektif begini. program sambutan tahun baru itu pada saya tiada salahnya. Jika benar program yang berlaku sepertimana yang tertulis pada tentatif, saya berasa bangga kerana adanya sebuah program menyambut tahun baru dengan alternatif yang lebih baik.
Kerajaan Kelantan peka dan sedar hakikat dunia hari ini. Kerajaan sedar bahawa kehidupan hari ini tidak sama dengan kehidupan dahulu.
Fungsi kerajaan seboleh-bolehnya memuaskan hati rakyat, memenuhi kehendak rakyat. Dan dalam memenuhi kehendak rakyat itu, kerajaan juga bertanggungjawab bagi memastikan syariat tidak di abai dan ditinggal begitu sahaja.
Kerajaan Kelantan telah banyak memberikan 'role model' dalam aspek penganjuran sesuatu program. Ingin dinilai kembali, Kelantan memberikan contoh yang baik dalam penganjuran konsert apabila mengasingkan penonton mengikut jantina dan keluarga. Bukankah itu satu contoh yang baik?
Sambutan Tahun Baru. Saya yakin dan percaya seluruh rakyat di dunia berasa seronok menyambutnya. Usah menipu diri pada realiti sebenar mentaliti kita! Perkara ini memang terjadi secara sendiri. Automatik.
Menyedari hakikat itu, tindakan kerajaan negeri mengawal sambutan ini dengan berpandukan syariat adalah wajar di puji.
Saya tak mahu pertikai apa bahan2 yang diguna dalam sambutan ini.
Bunga api? Apa masalah pada bunga api? Yang bermasalah adalah orang yang sentiasa tak mahu berfikir sepertimana fikiran rakyat. Yang bermasalah adalah orang yang tak mahu berfikir pada fikiran pemimpin yang bukan sahaja mahu mengikut kehendak ahli pas, tetapi kehendak rakyat keseluruhannya.
Bunga api adalah simbol keindahan. Saya sendiri berasa takjub melihat bunga api. Terasa indah. Hati terasa seronok. Apa salahnya bunga api bagi memberi sedikit kegembiraan?
sokong... setuju.. sokong... setuju.... 200%
saya sokong juga... tapi buan 200% lah...
|
shafiqah88
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.09.2008 Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan
|
Posting pada: 01-01-09 21:10
hik3.. bunge api ni tkyh lah nak dibesar2kn... best gila bunge api... cntikkkk... booooommmm kebabuuummmm.. pung..punggg.... eh, ada ke bunyi bunge api 'pung'???..
|
nasrun_qalbi
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.12.2007 Ahli No: 31989
Posting: 104
Dari: baiti jannati
|
Posting pada: 01-01-09 21:29
emm..bincang-bincang ni, siapa yang pergi countdown tu? kat kelantan tak hujan ke?? bunga api hidup ke?? hehe
|
shafiqah88
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.09.2008 Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan
|
Posting pada: 01-01-09 21:47
entah.. siapa yang pergi.. ngeeee~~~ apa-apa pun, besttt gila tengok bunge api.. macam dalam cerita korea tu...
|
as-syafie
WARGA SETIA Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'
|
Posting pada: 01-01-09 21:52
Pada 01-01-09 21:47 , shafiqah88 posting:!!! QUOTE !!! entah.. siapa yang pergi.. ngeeee~~~
apa-apa pun, besttt gila tengok bunge api.. macam dalam cerita korea tu... ye ke... ceria korea eh.. mesti cantik nya...
|
lebai_y2k
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.09.2003 Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena
|
Posting pada: 01-01-09 21:55
Pada 01-01-09 07:34 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! P/S : saya tak pertikai pun tok guru nak sambut tahun baru, tapi tok guru ke yang buat semua ni..saya tak yakin..
abang In,bukan tok guru yang buat..ada lah geng-geng budak-budak muda yang rancang dan anjur..Tok Guru cuma datang bagi amanat dan countdown saja..siapa mereka tu,entah lah..ana pun tak berapa pasti.. ----------------- Sesungguhnya solatku,amalku,hidup dan matiku adalah kerana ALLAH
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7871
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 01-01-09 21:58
Azan dilaung tepat detik 12 malam di Kelantan Mohd Nor Yahya & Atif Idris tahu | Jan 01, 09 | 4:36:38 pm MYT KOTA BHARU, 1 Jan (Hrkh) - Kebiasaannya sambutan tahun baru dihiasi dengan nyanyian artis dan letupan bunga api, namun lain pula apa yang berlaku di Kelantan malam tadi. Iklan Sambutan tahun baru yang diadakan serentak bagi 1430 Hijriah dan 2009 Masihi dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dataran Stadium. Dan selepas itu paluan gendang oleh pelbagai kaum dimulakan mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India. Agak menarik juga apabila tempat duduk penonton di dalam Stadium Sultan Mohammad Ke-IV diasingkan antara lelaki dan wanita serta keluarga. Tema sambutan tahun iaitu 'Hijrah Dirai,Masehi Dinanti'. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, acara yang dipersembahkan berasas garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri mengikut Enakmen Kawalan Hiburan. Katanya, penerapan unsur-unsur pendidikan dan hiburan alternatif bertujuan mengajak masyarakat terutama di kalangan muda mudi berhijrah kepada kebaikan. "Program ini diharapkan menjadi satu pendedahan baru kepada umum agar tidak menjadikan program sambutan tahun baru sebagai tempat menyuburkan maksiat dan gejala tidak sihat. "Diharap masyarakat akan terdidik dengan lebih baik, bebas dari unsur-unsur mungkar serta menjadi contoh kepada umat sejagat dan generasi akan datang," katanya. Biar pun hujan lebat membasahi Kota Bharu yang bermula jam 7.30 malam, namun masih ramai datang menyaksikan program tersebut yang ternyata berlainan berbanding tempat lain. Turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nassruddin Daud dan anggota-anggota Exco, wakil-wakil serta ketua-ketua jabatan kerajaan. Tidak ketinggalan juga seramai 500 ahli Kelab Penyokong PAS dari beberapa negeri yang terdiri daripada kaum India hadir meraikan sambutan tersebut. Program dimeriahkan lagi dengan perarakan 19 ekor kuda yang membawa piala Emas Raja-Raja diiringi 19 kereta klasik, 19 motosikal klasik dan 19 motosikal berkuasa tinggi. "Angka 19 menggambarkan PAS telah mentadbir Kelantan selama 19 tahun bermula tahun 1990," kata Takiyuddin. Wakil-wakil kaum iaitu, Cina, India dan Siam turut diberi peluang berucap. Kemudian Tuan Guru Nik Abdul Aziz membaca doa selamat. Penonton juga dipersembahkan hiburan yang dikendalikan Akill Hayy dan Farah Dibba. Selain itu dikir barat oleh Kumpulan Sri Budi dan Zul Wisma, manakala Rabbani menyampaikan lagu nasyid. Deklamasi sajak oleh Hadi Muhammad dan adik Afifi turut menyentuh perasaan. Bacaan ikrar oleh sekumpulan remaja dan selawat mega bergema menjelang detik 12 malam. Dan tepat jam 12 malam azan dilaungkan Akill Hayy dan diakhiri pertunjukkan bunga api. Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Johor, Logeswaran a/l Rahman berkata, beliau bersama rakan-rakan dari Selangor, Pahang, Melaka, Perak dan Pulau Pinang menyambut tahun baru di Kelantan. "Kami sanggup datang ke Kota Bharu bagi meraikan tahun baru kerana kami beranggapan sambutan tahun baru di sini berlainan berbanding di negeri-negeri lain. "Di sini kerajaan negeri memberi peluang kaum lain berucap di hadapan ribuan rakyat bagi menyampaikan mesej tahun baru," katanya. - mj _
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 01-01-09 22:09
tak mengapalah lebai...tugas saya hanya sebagai penyampai dan menyampaikan apa yang saya rasa betul di kacamata Islam dan dakwah..tapi jika semua berpandangan sebegitu, maka saya berlepas diri dari tanggungjawab ni..moga apa yang kita buat ini didasari oleh ilmu dan wahyu bukan kata hati semata.. izinkan saya muhasabah diri.. wassalam.
|
shafiqah88
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.09.2008 Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan
|
Posting pada: 01-01-09 22:11
waaaaaaaaahhh mantap2.. bagus nyeee.... percaya laaaa!!! maju pas.. ahaks.. oopppss2..
|
muhamad_azrul86
WARGA SETIA Menyertai: 02.08.2006 Ahli No: 25571
Posting: 611
Dari: KoTa TiNggi BaNDaR Ada SejaRaH
|
Posting pada: 01-01-09 22:48
ALHAMDULILLAH...SELESAI DENGAN JAYANYA.... BEGITU LAH HEBATNYA YANG ADA PADA PEMIKIRAN DAN CARA SEORANG ULAMA' MALAYSIA DARI PANTAI TIMUR.... "MARI MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" -----------------
|
Violet-8
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.12.2008 Ahli No: 36178
Posting: 74
|
Posting pada: 02-01-09 00:20
Salam, Saya ni tak adalah kuat beragama pun tapi sambutan tahun baru tu takke ada kaitan dengan ikutan Kristian? Sambutan macam ni memang dah jadi amalan Islam ke? Dah solat lepas tu main bunga api? Saya rasa lebih baik fokuskan kelebihan beramal dalam bulan Muharam...
|
lebai_y2k
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.09.2003 Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena
|
Posting pada: 02-01-09 01:05
hm..ana masih belum menyatakan pendirian ana di sini.ana pun bukanlah menyokong sangat sambutan tahun baru ni,cuma malas nak kisah sangat sedangkan saudara kita di Palestin dibunuh setiap hari..
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 02-01-09 09:11
kurang setuju juga dengan apa yang kerajaan kelantan tu buat... tapi kalau renung2 balik, mungkin ini salah satu cara kerajaan kelantan nak elak anak-anak muda kita dr buat yang bukan2 untuk sambtn tahun baru macam kat kl. sedih juga tak berita mlm tadi banyak remaja yang kena cekup dengan majlis agama islam....
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 02-01-09 11:04
Bukan sikit yang kena cekup.. ramai sangat-sangat.. itu yang media laporkan.. yang media tak laporkan? pendapat saya,saya juga kurang bersetuju bila kerajaan kelantan buat macam tu.. tapi siapalah saya.. mereka tentunya ada alasan tersendiri untuk buat seperti itu..so saya memandang semua ni dari sudut positifnya.. mungkin kadang-kadang kita juga perlu tukarkan sedikit hiburan asalkan tidak lari dari konsep islam itu sendiri..
|
lemochi_adachi
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2008 Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM
|
Posting pada: 02-01-09 12:00
Pada 01-01-09 21:10 , shafiqah88 posting:!!! QUOTE !!! hik3.. bunge api ni tkyh lah nak dibesar2kn... best gila bunge api... cntikkkk... booooommmm kebabuuummmm.. pung..punggg....
eh, ada ke bunyi bunge api 'pung'???.. Malam kelmarin, sebilangan daripada kita, bersorak gembira apabila melihat letusan bunga api di udara. Sejurus kemudian, kita sama-sama menghulurkan tangan sesama sendiri mengucap selamat tahun baru. Acara selepas itu diteruskan sama ada dengan konsert atau apa sahaja yang berbaur keseronokan. Syaitan-syaitan pun bergentayangan.
Dalam keadaan seperti itu, kita lazimnya terlupa pada perkara yang tidak baik. Kita terlupa ada saudara seagama yang sedang hidup sengsara, lari dari buruan maut yang sedang mengekori dengan rupa yang sangat ganas. Mereka menangis ketakutan melihat percikan bunga api pembunuh yang berlegar di bumbung rumah mereka. renung2kan lah.. ----------------- "Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."
|
shafiqah88
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.09.2008 Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan
|
Posting pada: 02-01-09 12:57
Pada 02-01-09 12:00 , lemochi_adachi posting:!!! QUOTE !!! Pada 01-01-09 21:10 , shafiqah88 posting:!!! QUOTE !!! hik3.. bunge api ni tkyh lah nak dibesar2kn... best gila bunge api... cntikkkk... booooommmm kebabuuummmm.. pung..punggg....
eh, ada ke bunyi bunge api 'pung'???..
Malam kelmarin, sebilangan daripada kita, bersorak gembira apabila melihat letusan bunga api di udara. Sejurus kemudian, kita sama-sama menghulurkan tangan sesama sendiri mengucap selamat tahun baru. Acara selepas itu diteruskan sama ada dengan konsert atau apa sahaja yang berbaur keseronokan. Syaitan-syaitan pun bergentayangan.
Dalam keadaan seperti itu, kita lazimnya terlupa pada perkara yang tidak baik. Kita terlupa ada saudara seagama yang sedang hidup sengsara, lari dari buruan maut yang sedang mengekori dengan rupa yang sangat ganas. Mereka menangis ketakutan melihat percikan bunga api pembunuh yang berlegar di bumbung rumah mereka.
renung2kan lah..
insaffff... ----------------- chayo!
|
Violet-8
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.12.2008 Ahli No: 36178
Posting: 74
|
Posting pada: 02-01-09 13:36
Kita disini dihujani dengan bunga api untuk hiburan dan keseronokan tapi saudara kita disana juga dihujani dengan bunga api dengan serangan bom dan peperangan....Aduhai!! umat Islam akhir zaman...
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 07-02-09 21:27
Pada 31-12-08 22:34 , shafiqah88 posting:!!! QUOTE !!! tu orang-orang kuat pas ni berkembang fikirannye.. tak ada , asal kata pas nya program, mesti solat sunat saja sepanjang masa... pstu org lain cakap kolot..
bila dah buat ada bunge api, ramai pula menimbulkan keraguan.. Kenapa ye?? bunga api tu salah ke?? smbut maal hijrah kononnya kata bidah, smbut awal tahun masihi, banyak pula mulut...
Kenapa sentiasa tak berpuas hati.. cuba buat program sendiri, ha tengok bagaimana,, sabar..sabar.. terjun k sungai..tenggelam...terjeun k perigi yang dalam juga tenggelam...sebaiknya jangan terjun...he..he..he.. islam tu indah dan mudah..kenapa nak berpecah belah... ----------------- ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 07-02-09 21:30
Pada 01-01-09 04:10 , shafiqah88 posting:!!! QUOTE !!! Pada 31-12-08 23:26 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!!
shafiqah : Kenapa kita perlu ikut telunjuk orang lain kan..Kenapa kita buat sesuatu untuk memuaskan hati orang lain...bukankah kita ada matlamat kita sendiri..jika apa yang dibuat tu adalah seperti yang dikata oleh shafiqah, maka saya tak bersetuju..takkanlah kerana orang lain cakap kolot, kita terus nak berubah mengikut telunjuk dan arus semasa..hmm..bunga api tu, banyak manfaat dari keburukan ke??kalau banyak manfaat, tak mengapalah..teruskan..tapi kalau banyak keburukan, pastinya saya tak menyokong..dan setakat ni saya tak nampak apa kebaikan yang melebihi keburukan tu..bukankah lebih harmoni dan sejahtera jika diadakan program lain..saya tak salahkan 100% pun, bagi saya ok sahaja perarakan motor klasik tu, konsert dan motivasi..sekurang˛nya sejahtera berbanding bunga api yang menghabiskan banyak wang ringgit..kalau taknak solat hajat pun, masih banyak perkara lain yang lebih bermanfaat..sebab tu saya tanya...
tu lah mereka nak pengisian yang sejajar dengan org zaman sekarang... apa salahnye buat?? bunge api tu kan cantik.. saya pun suka tengok... sangat suka.. kira bunge api tu hiburan.. dan hiburan tu harus, selagi mana tak ada dalil melarang...
nak menunjukkan kat sini, pas pun boleh buat apa yang parti lain buat, selagi mana tak lggr syariat... jangan tengok tu sambil jerit2, dan terlompat2 sudah...
kalau membazir lk.. baru sekali mereka buat, dah kata membazir.. yang parti lain buat sampai beribu2, makan duit rkyt, tak membazir ek??
bukankah meniru /menyerupai satu kaum tu adalah dilarang..(kalau nak dalil.he..he..he..) jangan bandingkan sesuatu kesalahan dengan kesalahan... "saya mencuri sikit saja..tapi berdosa..orang2 tu mencuri lagi banyak dari saya...(he..he..tetap saja berdosa kan..??sebaiknya jangan mencuri.. ) ----------------- ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 07-02-09 21:37
tahun baru masehi adalah tahunnya kristian..kelahiran yesus.. ucapan selamat tahun abru masehi.. selamat tahun baru.."selamat hari jadi/kelahiran tuhan yesus..."
|
redgirl
WARGA SETIA Menyertai: 31.01.2007 Ahli No: 28476
Posting: 871
Dari: bumi tuhan
|
Posting pada: 19-11-09 15:40
salam...wa da balik kelantan masa ni..boleh lah pergi...he2..insyaallah... ----------------- [email protected]
|