Oleh |
Hentikan Kenduri Kawin Yang Menyusahkan |
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 24-12-08 14:41
Saya pun tak tahulah Kenapa kenduri kahwin sekarang ini melebih-lebih sangat. Tak macam di Terengganu dan Kelantan , cukup ringkas dan �simple� , makanannya sedap dan berselera. Tak macam kita di dan.Sembilan dan lain-lain negeri yang kenduri kahwinnya dipekakkan dengan suara Deejay dan muzik. Khemahnya pula cukup canggih, macam-macam style dan ribbon. Bunga telur pun pelbagai bentuk , telur harga 30 sen , bunga telur RM 3. Yang bunga dibuang selepas telur dimakan, tak ke membazir. Kad kahwin pun lagi satu , kad kahwin berlapis-lapis macam-macam style. Makanannya pula berwarna-warni tetapi kekadang rasanya taklah seberapa sangat. Selera macam saya ni suka makanan yang simple. Kalau kenduri kahwin yang masak sendiri , masak gotong royong , masak lemak cili api , sambal belacan , ada ulam dan nasi putih adalah lebih berselera dari masakan yang berwarna warni. Malah semasa saya menghadiri kenduri kahwin anak buah Menter Besar Kelantan di rumah MB sendiri pun cukup simple. Tak ada dipasang khemah. Tiada muzik, tiada Deejay. Orang ramai yang datang boleh berbual dengan tenang, bertanya khabar. Tapi di Negeri Sembilan dan negeri pantai barat ni kalau pergi kenduri kahwin kena cakap kuat-kuat. APA KHABAR ? Tak dengar juga. AAPAA KHAABAAR ? Baru dengar. Masa kenduri kahwin inilah kita nak jumpa saudara mara yang jauh. Tapi kalau dah bunyi muzik dan Deejaynya mengada-ngada macamana nak beramah mesra dengan tetamu dan sanak saudara. Kenduri kahwin ahli PAS di Negeri Sembilan pun lebih hebat dari kenduri kahwin anak Menteri Besar Kelantan. Kata nak ikut contoh ulamak tapi bila bab kenduri kahwin tak nak ikut contoh Tok Guru dah tunjukkan. Terbaru Datuk Nooh Gadut pun dah pening kepala perangai orang Melayu ni yang buat kenduri kahwin yang melampau-lampau. Senang saja Datuk , suruh orang Johor dan lain-lain negeri ikut saja contoh MB Kelantan. Dengan ini akan memudahkan remaja serta muda mudi yang bermasalah untuk berkahwin daripada mereka bergaul bebas tanpa batasan. **********Jangan dikomersialkan kenduri kahwin********* Utusan Malaysia 24 Dis 08 JOHOR BAHRU 23 Dis. - Majlis perkahwinan tidak sewajarnya dikomersialkan seolah-olah menjadi satu perniagaan besar-besaran yang mengutamakan keuntungan. Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, trend majlis perkahwinan wajar diperhalusi supaya tidak lari daripada matlamat sebenar diadakan majlis itu. Katanya, matlamat diadakan majlis perkahwinan adalah mengumumkan atau memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah antara pasangan pengantin bagi mengelakkan fitnah. Beliau berkata, kenduri diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan untuk berterima kasih kepada saudara mara serta rakan-rakan yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan itu. Katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran dibolehkan sekiranya mempunyai kemampuan dan tidak berniat untuk bermegah. "Bagaimanapun, dalam apa pun perkara, yang terbaik adalah melakukannya dengan penuh kesederhanaan. "Berjimat cermat, perlu sederhana, jangan sampai jadi bakhil dan jangan pula boros berlebihan sehingga membazir," katanya.
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 24-12-08 14:49
Setu ju ..  Buat yang wajib sahaja .. tak payah nak meninjuk2 .. Penat nak kena kemas rumah lepas kenduri .. Aduhai ..!  kasihan kat Pengantin nanti ..
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 24-12-08 14:54
Kenapa saya rasa pedas pulak ek...Siapa yang makan cili dia lah yang terasa pedasnya...  p/s:Katakan tidak kepada benda-benda yang mengarut lagi menyusahkan...Ingatlah orang tersayang...Anda mampu mengubahnya... -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 24-12-08 14:54
Ya, teman setuju dengan pendapat ini. Jangan komersial dan menyalahgunakan kenduri kawin yang sememangnya dah salah secara tidak nampak. Dalam bahasa saintifiknya disebut sebagai 'Systematic Error' kerana 'error' yang sepatutnya salah menjadi tak salah dengan kepelbagaian sebab. eheheheh Pastinya pendapat dari sailormoon dan naruto bersifat radikal sikit. p/s Teman suka heboh2kan keluarga teman. contohnya macam kat Ukhwah ni, dah banyak gambar kaum kerabat teman teman bubuh. saja nak berkongsi dengan kalian semua yang teman gembira dan bersyukur. Dan pula berpegang ugame dan adat pula tu. Keluarga pun bervariasi bangsa. Melayu, India dan cina. Kalau melayu tu etnik dah pelbagai dah... Aceh, Jawa, Bugis....
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 24-12-08 14:59
kalau ada masa dan kesempatan dan jumpa gambar2 kenduri kaum kerabat teman, teman nak kongsi kat Ukhwah.com ni untuk menunjukkan adat ugame kami kat Lekir, Perak Darul Ridzuan....
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 24-12-08 15:04
rasanya kalau buat fatwa pasal ni....siapa yang bising dulu ek??? kes kawin ni bukan dah jadi bab merai pengantin, tapi dah masuk kes boros serta kes riak........ rasanya Mufti2 patut ambil inisiatif untuk keluarkan resolusi atau fatwa yang berpadanan............. wassalam
|
sasuke-kun
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2004 Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun
|
Posting pada: 24-12-08 16:00
betul...betul.. Kalau kawin, majlis buat lah simple2 saja duit jimat... tapi yang jadi problem nya orang kata kawin sekali seumur hidup so kenalah buat gempak2...besar-besar begitu... tapikan pada ana lah better buat yang patut saja tiru macam MB kelantan.. simpleeeeee
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 24-12-08 16:16
Niat di hati memang nak buat kenduri simpel saja..tapi tu lah yang lebih-lebih nya kaum keluarga...entah lah apa nak kata...  ----------------- ** Keep your friends close, ����And your enemies closer**
|
sasuke-kun
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2004 Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun
|
Posting pada: 24-12-08 16:20
Pada 24-12-08 16:16 , shimaku posting:!!! QUOTE !!! Niat di hati memang nak buat kenduri simpel saja..tapi tu lah yang lebih-lebih nya kaum keluarga...entah lah apa nak kata... 
ala cakap elok-elok dengan mak bapak... bagitau begini... mak bapak yang nak kawin saya so saya nak simple2 saja... contoh nya begitu lah kan.... p/s- xpasal2 kena pelempang bapak kang ehehhe
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 24-12-08 16:25
Pada 24-12-08 16:20 , sasuke-kun posting:!!! QUOTE !!! Pada 24-12-08 16:16 ,
ala cakap elok-elok dengan mak bapak... bagitau begini... mak bapak yang nak kawin saya so saya nak simple2 saja... contoh nya begitu lah kan.... p/s- xpasal2 kena pelempang bapak kang ehehhe rasanya kurang berkesan agaknya..sebab akak saya sebelum ni pun kata nak buat simpel2 saja..yang sibuk bukan my parents tapi makcik2...mereka jadi jarum pula...kata kalau buat simpel2 saja tak ada kenangan...huhu..mengarut saja lah..kakak terpaksa buat lah....tapi tak adalah sampai habis berpuluh2 ribu kan....sebab akak letak syarat...kalau saya kelak...kena cari ayat2 power lah untuk dijadikan pengukuh dan penyedap alasan..  ----------------- ** Keep your friends close, ����And your enemies closer**
|
mohamad
 Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 24-12-08 16:27
Pada 24-12-08 14:54 , sailormoon posting:!!! QUOTE !!! Kenapa saya rasa pedas pulak ek...Siapa yang makan cili dia lah yang terasa pedasnya...
p/s:Katakan tidak kepada benda-benda yang mengarut lagi menyusahkan...Ingatlah orang tersayang...Anda mampu mengubahnya...
Salam.. akhi... bila nak mulakan rancangan yang telah dibuat dulu tu?? nak kata sabar, boleh lagi agaknya...  ----------------- Janganlah berlalu satu haripun tanpa kita memikirkan tentang masalah umat islam....
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 24-12-08 16:33
buat sekadar yang mampu saja, memang kawin ni( kalau boleh)sekali saja seumur hidup, tapi jangan pula buat kenduri sakan sampai lepas kawin jadi bankrup pula, takut nanti tak aman rumah tangga.
|
ann_1
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7574
Posting: 304
Dari: utm,johor
|
Posting pada: 24-12-08 16:49
salam pernah suarakan nak buat majlis doa selamat saja kat mak...huuuu terkedu jugak lah mak...heeeee
|
sasuke-kun
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2004 Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun
|
Posting pada: 24-12-08 16:52
ana teringgat orang kampung ana kawin... very2 simple.... akad nikah kat masjid, then just buat doa selamat.... dah jadi suami isteri...tak ada majlis sanding2 kini anak dah 4 orang agak nya....
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 24-12-08 17:00
Pada 24-12-08 16:49 , ann_1 posting:!!! QUOTE !!! salam pernah suarakan nak buat majlis doa selamat saja kat mak...huuuu terkedu jugak lah mak...heeeee so bagaimana? respon mak ann_1??? ----------------- ** Keep your friends close, ����And your enemies closer**
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 24-12-08 17:56
salam.... stuju2 dengan cara orang pantai timur buat walimatul urus... senang.. tak payah pening2.. saya pun tak berkenan kenduri ada deejay.. karaoke bagai.. lagi-lagi kalau duduk taman kasihan lah jiran sebelah nak tidur pun susah... kalau nak buka lagu pun tak hendak sunyi2 sangat buka lah lagu2 nasyid ke.. selawat ke... tapi saya nak lah juga sanding.. tapi tak hendak lah grand2 sangat... goody bags yang biasa dapat tu bukan tak boleh.. kalau terlebih berkemampuan may be its ok.. tapi kalau bajet cukup-cukup elok lah tak payah.. harga beg saja dah berapa.. jajan tu, jajan ini.. hmm... saya setuju juga kenduri kahwin buat nasi putih..masak lmk cili api ke, asam pedas ke, sambal belacan, ulam2, sayur lemak nangka.. lagi sedap.. nasi minyak macam muak sikit...=).. simple, senang, tak berhutang sana sini.. hati pun tenang lepas kahwin
|
fiq2901
Warga Rasmi Menyertai: 24.11.2008 Ahli No: 36056
Posting: 20
Dari: shah alam
|
Posting pada: 24-12-08 19:20
hahahahahha...gua rasa betul lah siapa nya pendapat tentang kahwin2 ni...gua pernah juga dengar cara org pantai timur smbut kedtgn pengantin...memang simple saja...yang penting makan sedap, xmembazir dan semestinya yang penting adalah memperkenalkn sanak saudara kepada saudara yang baru dalam keluarga 2...gua pernah juga tanya beberapa org dan keluarga dr kaw yang anggp kenduri kahwin ni perlu buat besar2an...jawapan mereka snng saja...bukan selalu pun...sekali seumur hidup...gua pelik dengar...kalau kahwin sekali seumur hidup. kenapa da yang kahwin 2-4 kali, xpn yang kahwin berkali2 iaitu yang bercerai kahwin lagi...tak ada kerja ke manusia sekarang ni...uhuhuhuhu...gua ni belum lah kahwin lagi tapi gua tak faham, duit bebanyak membazir macam itu saja...lagi 1 jawapan mereka bunyi kuang saja sikit lah...DUIT AKU!PEDULI lah....gua sengih saja...gua bayangkan org macam itu memang niatnyer nak menunjuk2...gua sengih saja...kadang-kadang ketawa terbahak2... gua komen ni based pada pengalaman bermain kompang untuk meraikan ramai pengantin melayu sekitar kaw yang mengaggap kenduri ni perlu dibesar2kn...hahahahaha....daa....
|
wafie
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor
|
Posting pada: 24-12-08 20:45
entahla ana pun tak tau lah macam dah jadi semacam budaya di malaysia ini yang gemar berlebih-lebih dalam majlis kenduri kawin.
|
nie_nadia
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.05.2004 Ahli No: 8745
Posting: 133
Dari: Penang
|
Posting pada: 24-12-08 23:24
setuju sangat kenduri kahwin sekarang dah terlampau membazir. kad kawin saja dah mahal. tu belum lagi nak bagi cenderahati. cenderahati pun dah macam-macam jenis sekarang ni. bab makan lagi. aduhai..... alamat tak kahwin lah kalau nak puaskan hati semua pihak impikan majlis kawin yang simple saja dan penuh barakah.
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 25-12-08 13:54
nak kahwin sekarang pun susah.. susah sebab banyak duit yang keluar.. tu baru pasal kenduri,lepas kenduri nak bina hidup berdua pulak.. duit dah habis guna untuk kenduri.. alamatnye berhutang sana sini..hehehe... bagi aku,buat lah sederhana tak payah nak lawan macam kenduri artis2.. kad kahwin . Aku cadang buat sendiri saja,taip sendiri then print sendrik..jimat.. buat kad kahwin mahal2 pun t buang juga.. biar lah org kata aku kedekut pun..memang kedekut pun..hehee
|
lebai_y2k
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.09.2003 Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena
|
Posting pada: 25-12-08 15:01
kebanyakan pengantin mesti nak buat simple.. bagi yang faham agama,hujahnya tak nak membazir,nak redha dan keberkatan dan macam-macam lah.. bagi yang kurang faham,juga nak buat simple,sebab .... jimat lah,huhu tapi yang menjadi masalah sekarang ni,parents yang-kadang-kadang nak sangat buat besar-besar..bagaimana? p/s: kalau tak kerana ni,dah kawin dah ana,hu...sedih
|
wirdatulsumayyah
Warga Rasmi Menyertai: 18.02.2007 Ahli No: 28784
Posting: 15
Dari: depan comp
|
Posting pada: 25-12-08 15:23
ana pun kurang setuju lah dengan knduri kahwin yang melampau2 ni.. sebab parents boleh sana nak yang besr2n gnila,tpkse tanda lagi.. xstuju tol lah..nasib baik maka dan ayah ana nak yang simple saja untuk adik badik ana.. along ana nak kwen pun,maka kata nak buat yang rgkas saja.. alhamdulillah dapat parents yang faham agama gni.. syukur sgt5... kalau mkck dan pkck memang nak sangat nak buat besr2n tapi mak ayah ana xstuju dan xbnrkan.. maka ana cakap..kalau nak buat walimah kat rumah ana,dilarang bersanding.. alhamdulillah..ana pun xteringin nak bersanding tu.. kalau ada muzik2 dan karoake apa tah lagi.. mengamuk lah maka ayah ana.. alhamdulillah..sayang sangat maka dan ayah... ----------------- andai pertemuan bermakna kebahagiaan biarlah selamanya kita bersua... andai kebahagiaan itu berupa ketenangan biarlah kubajainya dengan kerinduan....
|
yoma
Warga 2 Bintang Menyertai: 28.02.2005 Ahli No: 14789
Posting: 60
Dari: perak
|
Posting pada: 25-12-08 15:26
berbalik kepada pemikiran individu... dan juga fahaman agama masing-masing... apabila terlalu jaga adat maka inilah yang berlaku... kalau tak bersanding adat mati...tak ada tepung tawar... padahal saya ada dengar ceramah agama.. apa yang saya faham upacara tepung tawar ini kalau silap gaya berdosa...seoalah2 ia akan tentukan bahagia pengantin... padahal Patutnya semua yang hadir memanjatkan doa cara islam.. tapi Kalau dah pasang dangdut....deejay berceloteh tak ada manfaat macam mana tak jadi keruan.... setakat kenduri kahwin yang saya hadiri tiada satu pun yang benar-benar lepas daripada apa yang tidak sepatutnya... mesti ada sanding...renjis2...silap-silap; bersalaman yang tak sepatutnya... tak cukup pasang lagu siap karaoke lagi... bab-bab bunga telur tak usah kata lah... kad kahwin nak yang tercantik. saya balum temu jodoh..maknanya tiada perancangan lah.. tapi saya mengharapkan kenduri saya nanti biarlah yang terlepas dari apa yang tak patut baik d rumah saya mahupun rumah bakal suami... jika kita mulakan perkahwinan dengan menjaga adab2 yang sepatutnya....INSYA ALLAH...lebih muda kita layari hidup ddengan kehendak Islam... semoga mereka yang nak berkahwin itu rujuklah org alim spy kenduri itu tidak memberikan mudarat kepada kita... saya tak pernah pergi kursus kahwin...jika tiada adalah lebih baik dibincangkan hal ini supaya yang tak tahu menjadi tahu & lebih faham konsep perkahwinana yang sebenar..... kepada yang bakal kahwin....fikir-fikirkanlah....
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 25-12-08 19:27
 Teringat majlis kahwin abang saya bebaru ni...simpel tapi cukup meriah juga..tak ada lah belanja kahwin sampai ribu-ribu... kalau pasal kad kahwin pula saya yang reka spesel untuk abang saya tu...untuk barang hantaran dia pun saya seorang yang siapkan...bila siap saya tengok kreatif juga saya ek..  tak payah nak tempah2 kat kedai...buat sendiri pun boleh jadi juga kan...asalkan nekad nak buat untuk abang tersayang...  ----------------- ** Keep your friends close, ����And your enemies closer**
|
solehen
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.08.2006 Ahli No: 25686
Posting: 90
Dari: sentul
|
Posting pada: 25-12-08 20:21
kenduri kawin mmng lah buat besar-besaran sebab nak beritahu about perkawinan mereka tapi tak lah perlu berlebihan...
|
cikgu84
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.07.2008 Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 25-12-08 20:56
Pada 24-12-08 14:41 , hafeezzul posting:!!! QUOTE !!!
Saya pun tak tahulah Kenapa kenduri kahwin sekarang ini melebih-lebih sangat. Tak macam di Terengganu dan Kelantan , cukup ringkas dan �simple� , makanannya sedap dan berselera. Tak macam kita di dan.Sembilan dan lain-lain negeri yang kenduri kahwinnya dipekakkan dengan suara Deejay dan muzik.
Khemahnya pula cukup canggih, macam-macam style dan ribbon. Bunga telur pun pelbagai bentuk , telur harga 30 sen , bunga telur RM 3. Yang bunga dibuang selepas telur dimakan, tak ke membazir. Kad kahwin pun lagi satu , kad kahwin berlapis-lapis macam-macam style. Makanannya pula berwarna-warni tetapi kekadang rasanya taklah seberapa sangat. Selera macam saya ni suka makanan yang simple. Kalau kenduri kahwin yang masak sendiri , masak gotong royong , masak lemak cili api , sambal belacan , ada ulam dan nasi putih adalah lebih berselera dari masakan yang berwarna warni.
Malah semasa saya menghadiri kenduri kahwin anak buah Menter Besar Kelantan di rumah MB sendiri pun cukup simple. Tak ada dipasang khemah. Tiada muzik, tiada Deejay. Orang ramai yang datang boleh berbual dengan tenang, bertanya khabar. Tapi di Negeri Sembilan dan negeri pantai barat ni kalau pergi kenduri kahwin kena cakap kuat-kuat. APA KHABAR ? Tak dengar juga. AAPAA KHAABAAR ? Baru dengar.
Masa kenduri kahwin inilah kita nak jumpa saudara mara yang jauh. Tapi kalau dah bunyi muzik dan Deejaynya mengada-ngada macamana nak beramah mesra dengan tetamu dan sanak saudara.
Kenduri kahwin ahli PAS di Negeri Sembilan pun lebih hebat dari kenduri kahwin anak Menteri Besar Kelantan. Kata nak ikut contoh ulamak tapi bila bab kenduri kahwin tak nak ikut contoh Tok Guru dah tunjukkan.
Terbaru Datuk Nooh Gadut pun dah pening kepala perangai orang Melayu ni yang buat kenduri kahwin yang melampau-lampau.
Senang saja Datuk , suruh orang Johor dan lain-lain negeri ikut saja contoh MB Kelantan. Dengan ini akan memudahkan remaja serta muda mudi yang bermasalah untuk berkahwin daripada mereka bergaul bebas tanpa batasan.
**********Jangan dikomersialkan kenduri kahwin*********
Utusan Malaysia 24 Dis 08 JOHOR BAHRU 23 Dis. - Majlis perkahwinan tidak sewajarnya dikomersialkan seolah-olah menjadi satu perniagaan besar-besaran yang mengutamakan keuntungan.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, trend majlis perkahwinan wajar diperhalusi supaya tidak lari daripada matlamat sebenar diadakan majlis itu. Katanya, matlamat diadakan majlis perkahwinan adalah mengumumkan atau memberitahu orang ramai tentang hubungan perkahwinan sah antara pasangan pengantin bagi mengelakkan fitnah.
Beliau berkata, kenduri diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah dan untuk berterima kasih kepada saudara mara serta rakan-rakan yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan perkahwinan itu.
Katanya, majlis perkahwinan secara besar-besaran dibolehkan sekiranya mempunyai kemampuan dan tidak berniat untuk bermegah.
"Bagaimanapun, dalam apa pun perkara, yang terbaik adalah melakukannya dengan penuh kesederhanaan. "Berjimat cermat, perlu sederhana, jangan sampai jadi bakhil dan jangan pula boros berlebihan sehingga membazir," katanya.
alhamdulillah sekiranye dapat dihentikan...  ----------------- diriku...hamba ALLAH banyak kekurangan & kelemahan...
|
fiq2901
Warga Rasmi Menyertai: 24.11.2008 Ahli No: 36056
Posting: 20
Dari: shah alam
|
Posting pada: 27-12-08 10:38
Pada 25-12-08 19:27 , shimaku posting:berminat pula gua dengar ayat lu 2....hahahaha...bagus lah idea lu tu...ini dapat menjimatkn juga tapi kalau hantaran tak mahal boleh tak????tetapkn sendiri hantaran 2....huhuhuhu...
|
fiq2901
Warga Rasmi Menyertai: 24.11.2008 Ahli No: 36056
Posting: 20
Dari: shah alam
|
Posting pada: 27-12-08 10:38
Pada 25-12-08 19:27 , shimaku posting:berminat pula gua dengar ayat lu 2....hahahaha...bagus lah idea lu tu...ini dapat menjimatkn juga tapi kalau hantaran tak mahal boleh tak????tetapkn sendiri hantaran 2...bukan org lain tetapkn...huhuhuhu...
|
amira_aqilah
WARGA SETIA Menyertai: 28.11.2005 Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi
|
Posting pada: 27-12-08 12:53
buat kenduri doa selamat cukup..kalaupon aku kaya raya... hantaran tak perlu... masalah berkaitan ibubapa, makcik pakcik dan etc..pandai2la setel sendiri..huhu..
|
Nurizmi
WARGA SETIA Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...
|
Posting pada: 27-12-08 13:30
bismillah... hmm..betul..ada baiknya kalau kenduri kawin tu xmendatangkan pembaziran..cukuplah sekadar orang dapat tahu bahawa pasangan tersebut sah sebagai suami isteri untuk elakkan kecelaruan dan kekeliruan identiti..disamping buat kenduri tu atas niat untuk majlis kesyukuran... tapi macam mana ye..kalau itu dah tuntutan family...yelah..kadang-kadang ada ibu bapa yang nak buat majlis yang grand... hmm..susah jugak macam ni ye...
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 27-12-08 16:38
ramai kat sini yang menyalahkan ibu bapa dan makcik2 yang masuk campur dalam tatacara mengadakan kenduri kahwin. satu pertanyaan: kalau antum semua nanti dah bergelar sebagai ibu bapa or bergelar makcik (mungkin 20 tahun akan datang), dah ada anak gadis yang dah sampai waktu untuk dinikahkan.....adakah antum akan menyusah-nyusahkan urusan perkahwinan anak sendiri atau anak saudara antum semua???....adakah antum akan mencontohi/mengulangi tabiat buruk ibu bapa, makcik2 zaman sekarang yang mengikut adat hantaran yang mengarut dan adat yang menyusah-nyusahkan perkahwinan???----------------- http://al-ahkam.net/home/index.phphttp://www.alwahy.com/
|
azzak
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2007 Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor
|
Posting pada: 27-12-08 18:14
salam aleiyk, siapa sini ada bakat jadi wedding planner berlandaskan Islam?,.. bukan setakat planning saja baik, even akhlak pun baik.
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 28-12-08 17:14
Pada 27-12-08 16:38 , naruto-san posting:!!! QUOTE !!! ramai kat sini yang menyalahkan ibu bapa dan makcik2 yang masuk campur dalam tatacara mengadakan kenduri kahwin.
satu pertanyaan: kalau antum semua nanti dah bergelar sebagai ibu bapa or bergelar makcik (mungkin 20 tahun akan datang), dah ada anak gadis yang dah sampai waktu untuk dinikahkan.....adakah antum akan menyusah-nyusahkan urusan perkahwinan anak sendiri atau anak saudara antum semua???....adakah antum akan mencontohi/mengulangi tabiat buruk ibu bapa, makcik2 zaman sekarang yang mengikut adat hantaran yang mengarut dan adat yang menyusah-nyusahkan perkahwinan???
InsyaAllah saya tak akan ikut benda yang mengarut lagi menyusahkan ni bila dah bergelar bapa... p/s:Ingatlah orang tersayang...Anda mampu mengubahnya... -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 28-12-08 19:26
Pada 27-12-08 16:38 , naruto-san posting:!!! QUOTE !!! ramai kat sini yang menyalahkan ibu bapa dan makcik2 yang masuk campur dalam tatacara mengadakan kenduri kahwin.
satu pertanyaan: kalau antum semua nanti dah bergelar sebagai ibu bapa or bergelar makcik (mungkin 20 tahun akan datang), dah ada anak gadis yang dah sampai waktu untuk dinikahkan.....adakah antum akan menyusah-nyusahkan urusan perkahwinan anak sendiri atau anak saudara antum semua???....adakah antum akan mencontohi/mengulangi tabiat buruk ibu bapa, makcik2 zaman sekarang yang mengikut adat hantaran yang mengarut dan adat yang menyusah-nyusahkan perkahwinan???
insyaAllah kalau masa akan datang bila saya bergelar seorang ibu kepada seoarang anak..saya akan mengelak dari segala perkara yang akan menyusahkan perkahwinan mereka kelak....biar mereka bersatu bukan kerana keterpaksaan.... ----------------- ** Keep your friends close, ����And your enemies closer**
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 02-01-09 13:49
saya pernah membincangkan tentang isu ini di web lain.. dengan adanya perkahwinan yang menimbulkan banyak kontroversi, maka banyaklah pihak yang mengata itu dan ini.. antara komen yang saya baca: suka hati dia lah.. nak buat majlis macamana pun,bukan pakai duit anda.. bukan luak pun kudrat anda.. hakikatnya tiada kaitan dengan anda setakat silat2 tu ok lah.. tapi kalau dah buat konsert,kuda kepang..siap ada barongan lagi..joget lambak.. hurmm..
|
muslimah_johor
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2003 Ahli No: 5825
Posting: 716
Dari: Cheras, Selangor
|
Posting pada: 02-01-09 14:18
maaf kalau ada yang terasa. memang selalu saya dengar alasan pasangan yang kata dia pun tak suka sesuatu cara, tapi terpaksa mengalah dengan kehendak keluarga. sama-sama lah kita muhasabah diri, cukupkah usaha kita untuk mempertahankan sesuatu kebenaran itu kalau dengan ahli keluarga dan saudara mara pun kita dah kalah. yang betul tetap betul, yang salah tetap salah. ya Allah, kuatkanlah iman kami. Amin
|