Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-06-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminar NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
jasadkudisini: 3 hari yang lalu
hajime_kindaichi: 5 hari yang lalu
isa777_musa: 5 hari yang lalu
zam_rizal: 14 hari yang lalu
wanja: 25 hari yang lalu
MTMKi: 32 hari yang lalu
Kang: 32 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: abu zahar masuk PAS


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» abu zahar masuk PAS

Please Mendaftar To Post


Oleh abu zahar masuk PAS

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 11:31


Sah, Abu Zahar sertai PAS hari ini
Muda Mohd Noor | Dec 24, 08 10:48am
Bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Datuk Abu Zahar Hashim - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter - menyertai PAS hari ini.

Beliau telah menyerahkan keahliannya kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini.

Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian awal bulan ini kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Abu Zahar berkata, seramai 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan juga akan mengikut jejak langkahnya menyertai PAS.


http://www.malaysiakini.com/news/95366


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3083
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 12:30


Alhamdulillah...semoga perjuanga inginka islam kuat dengan kemasukannya ke PAS...sama-sama kita berdoa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 12:36


Alhamdulillah..moga PAS bertambah kuat dengan kemasukan beliau..moga kemasukkan beliau benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan dasar PAS..kita doakan sama-sama..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 24-12-08 12:41


pemimpin bertanggungjawab di bawah pimpinannya..pilihlah pemimpin yang sebenar-benar pemimpin untuk kemaslahatan pimpinannya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

lat-terang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-12-08 14:43


AMin masuk lagi seorang pemimpin UMNO dalam perjuangan PAS...hehehhe

Bookmark and Share

    


  Member Information For lat-terangProfil   Hantar PM kepada lat-terang   Quote dan BalasQuote

unanjaga
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.08.2008
Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 14:54


Tentu berita ini akan menyebabkan pihak mereka semakin tertekan...dan seperti biasa mereka akan mengatakan dimedia masa,hal itu tidak akan menjejaskan kekuatan mereka...mereka masih tetap dengan lagu mereka,berkokok lantang dipentas sendiri...tetapi dalam gelangang sebenar,mereka semakin tewas.

Bookmark and Share

    


  Member Information For unanjagaProfil   Hantar PM kepada unanjaga   Pergi ke unanjaga's Website   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 15:13


'Tidak patut, selepas Zahar kaut kekayaan'
Abdul Rahim Sabri | Dec 24, 08 12:10pm
kemaskini 2:38pm Bekas ketua bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim tidak sepatutnya menyertai PAS selepas mendapat kekayaan selama 20 tahun berkecimpung dalam Umno, dakwa seorang pemimpin Pemuda Umno Selangor.

"Tidak seharusnya beliau masuk PAS setelah mendapat kekayaan dan manfaat daripada parti (Umno)," kata exco penerangan Pemuda negeri Nor Azman Mohd Nor.

"Selama 20 tahun beliau berkhidmat dalam parti dan mendapat manfaat daripada parti. Beliau sepatutnya mengenang budi dan jasa (Umno)."

Mengulas tindakan Umno awal bulan ini yang didakwa punca Zahar meninggalkan parti itu, Nor Azman berkata penggantungan Zahar selama tiga tahun bukan diambil sewenang-wenangnya.

"Selama 62 tahun, Umno tidak membuat keputusan sewenang- wenangnya, mesti ada sebab-musabab," katanya, yang juga ketua Pemuda Umno bahagian itu penggal lepas.

Selain mendedahkan isu kontrak pembelian helikopter Eurocopter, Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian mulai 2 Disember kerana mengkritik pemimpin utama parti termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak menyalahgunakan kuasa.

Menurut Nor Azman lagi, tindakan Zahar mendedahkan isu pembelian Eurocopter oleh Kementerian Pertahanan bersifat peribadi dan ia di luar pengetahuan ahli-ahli jawatankuasa bahagian.

"Tindakan Majlis Tertinggi (menggantung beliau) perlu kerana ia boleh merosakkan parti dan (merupakan) satu kesalahan. Ahli Umno perlu setia kepada parti," katanya kepada Malaysiakini.

Tidak wajar Zahar meninggalkan Umno dan mengajak sebahagian penyokongnya turut menyertai PAS, tambahnya.

"Tindakan keluar parti dan menyertai PAS, dan meninggalkan ahli adalah satu tindakan peribadi yang tidak patut dilaksanakan," kata Nor Azman, sambil menjelaskan beliau tidak ada permusuhan atau perselisihan faham dengan bekas ketuanya itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau yakin bahawa ahli-ahli Umno bahagian tidak terpengaruh untuk bersama-sama dengan mantan ketua bahagian itu kerana menyifatkan mereka sudah berfikiran matang.

Dalam ucapannya hari ini sewaktu menyerahkan borang kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa di satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Ampang pagi ini, Zahar berkata 28 ketua cawangan, dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan akan mengikut jejak langkahnya.

Umno Petaling Jaya Selatan mempunyai 38 ahli jawatankuasa bahagian dan 101 cawangan dengan jumlah keanggotaan lebih kurang 20,000 orang.

Nor Azman juga menjelaskan, bahawa Zahar tidak sepatutnya menyertai PAS tetapi "sepatutnya dia tubuh parti baru".

"Beliau boleh bercakap apa yang beliau suka, dan buat apa yang beliau suka. Selama ini beliau hentam PAS, lepas tu (sekarang) jilat ludah balik," tambahnya.


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 15:18


Assalamualaikum

maafla ana memetik sahaja dari malaysiakini artikel di atas tu


alhamdulillah, semakin ramai pejuang-pejuang UMNO yang memasuki Pakatan Rakyat terutama PAS dan PKR.
situasi ini membuktikan bahawa UMNO tidak lagi relevan dan tidak lagi memperjuangkan nasib orang melayu dan tidak lagi membela nasib rakyat. rakyat semakin terhimpit di bawah pimpinan kerajaan barisan nasional.

semoga dengan petunjuk dan hidayah yang diberikan kepada pemimpin UMNO maka semakin ramai lagi yang terbuka hati ingin menyertai Pakatan Rakyat, insya Allah.


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 15:29


Sebenarnya saya tak berapa gemar lompat melompat ini.. Macam kanggaru sebelah pulak suka melompat.. Tapi tak pelah.. kita tengok dulu apa tindakan seterusnya.. Sama-sama kita saksikan... :kelip:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Bulak_Lapok
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.12.2007
Ahli No: 32117
Posting: 34
Dari: KedESaAN yANG mEngHijAU

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 15:36


Alhamdulillah...
Moga PAS terus maju kehadapan :welcome: ..dan mempunyai pemimpin yang berwibawa...
Takbir!!! Allahuakbar!!! :bunga: :bunga:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For Bulak_LapokProfil   Hantar PM kepada Bulak_Lapok   Pergi ke Bulak_Lapok's Website   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 16:10


Pada 24-12-08 15:29 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Sebenarnya saya tak berapa gemar lompat melompat ini.. Macam kanggaru sebelah pulak suka melompat.. Tapi tak pelah.. kita tengok dulu apa tindakan seterusnya.. Sama-sama kita saksikan... :kelip:



Berhijrah daripada kegelapan kepada cahaya adalah dituntut dalam ugama..hehehe



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 16:14


lompat melompat tidak mengapa

asalkan melompat daripada kebatilan ke arah kebaikan

jangan silap melompat dahlah


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 16:38


.. Saya ok saja.. Baguslah kalau nak berhijrah ke arah kebaikkan. Kita doakan saja.. :welcome:

- Membangun Bersama Islam - :bunga: :bunga:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 20:54


ALHAMDULILLAH BERTAMBAH AHLI PAS,MOGA-MOGA SEGALA PENYELEWENGAN DI BONGKARKAN TAKBIR,ALLAHU AKBAR

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 23:23


Pada 24-12-08 16:14 , syah_apium posting:

!!! QUOTE !!!

lompat melompat tidak mengapa

asalkan melompat daripada kebatilan ke arah kebaikan

jangan silap melompat dahlah




nanti ada yang ucap seperti ini------->selamat menubuhkan kerajaan katak hehehehe


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 15:25



    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 20:18


erm.. Kenapa beliau menyertai PAS ??
Kenapa tak menyertai PKR.... bukan ke PKR diterajui oleh seorang yang amat dikagumi...

seolah-olah ini menunjukkan bahawa... beliau tidak yakin dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR agaknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 20:24


Pada 25-12-08 20:18 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

erm.. Kenapa beliau menyertai PAS ??
Kenapa tak menyertai PKR.... bukan ke PKR diterajui oleh seorang yang amat dikagumi...

seolah-olah ini menunjukkan bahawa... beliau tidak yakin dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR agaknya...



lah suka hati dialah nak masuk mana pun.yang penting pas dalam PR dan ketua dia adalah bekas timbalan perdana menteri


p/s------>selalu bermimpi pegang jawatan sebagai TPM hak3


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 20:59


SAYA AKAN DEDAHKAN SKANDAL TERBARU KAPAL SELAM - Zahar Hashim
Selasa, 30 Disember 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, Pusat, Selangor & Putrajaya

Bekas Ketua Umno Bahagian PJS turut akui banyak penipuan dalam Umno

Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Zahar Hashim, akan mendedahkan satu salinan dokumen yang ditandatangani oleh salah seorang bekas pegawai tertinggi TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) berkenaan pembelian sebuah lagi kapal selam.

Menurut beliau dalam satu wawancara bersama Suara Keadilan, keputusan beliau untuk tidak lagi bersama Umno dijadikan akses untuk beliau mendedahkan kepada umum mengenai skandal-skandal Umno.

“Dah keluar Umno ini lagi senanglah. Saya baru sahaja terima salinan dokumen yang ditandatangani oleh salah seorang bekas pegawai tertinggi TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) berkenaan pembelian sebuah lagi kapal selam. Saya rasa keputusan pembeliannya sudahpun dibuat atau diperingkat akhir perbincangan. Saya akan dedahkan semua ini tidak lama lagi,” katanya apabila ditanya Adakah lagi skandal berkaitan Najib dan Kementerian Pertahanan yang akan beliau dedahkan.

Menurutnya lagi, beliau akan terus mendedahkan penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan meskipun beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam politik dan sekadar menjadi pembantu khas kepada Yang DiPertua Pas kawasan Petaling Jaya Selatan.

Pada masa yang sama, Zahar juga berkata antara sebab beliau keluar Umno ialah kerana berlaku penyewengan di peringkat Pemuda Bahagian ketika mencalonkan Muhammad Taib yang juga Pengerusi perhubungan Umno Negeri sebagai Timbalan Presiden Umno.

“Kita telah hantar bukti yang cukup untuk menunjukkan pencalonan itu tidak sah disebabkan cawangan yang buat persidangan tahunan secara betul tidak diiktiraf oleh Pemuda bahagian, sebaliknya yang membuat mesyuarat yang tidak mengikut peraturan diiktiraf oleh Pemuda bahagian,”katanya.

Dalam pada itu, keputusan untuk meninggalkan Umno diambil setelah beliau sedar terdapat banyak penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam Umno dan kerajaan.

Menurutnya selama 27 tahun beliau berada dalam Umno dan 20 tahun memegang jawatan Ketua Bahagian, mendedahkan beliau kepada pelbagai keburukan yang berlaku dalam parti itu.

“Tujuan saya masuk ke dalam Pas adalah untuk beri kesedaran kepada ahli-ahli Umno bahawa terdapat banyak tipu helah dari pihak Umno ini,”katanya.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 21:16


muakakkaak...

entah-entah sama saja dia ni dengan ezam dan DSAI...

mana kotak2 rahsia penyelewengan BN dulu ... mana ?? mana???

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 21:18


Pada 31-12-08 21:16 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

muakakkaak...

entah-entah sama saja dia ni dengan ezam dan DSAI...

mana kotak2 rahsia penyelewengan BN dulu ... mana ?? mana???



tu kan bagus bila rdwira dan mimi bertanya pada encik ezam hehehehe


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 21:23


DSAI tak boleh nak jawab juga ek ??? kekekkeke... apa daaa... politikus2 hampeh saja semua tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 21:26


Pada 31-12-08 21:23 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

DSAI tak boleh nak jawab juga ek ??? kekekkeke... apa daaa... politikus2 hampeh saja semua tu....



sebab tu bukan dari dia tu dari ezam sendiri jadi tu anda kena tanya ezam bawa mimi sekali ya jumpa ezam keh3 :evil: :evil: :evil:


DSAI kan masa tu dalam penjara takkan nak bongkar dalam penjara?.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 21:29


SU Umno PJS: Ketua 'cawangan hantu' sertai PAS


Jimadie Shah Othman | Dec 31, 08 7:08pm
Pemimpin Umno cawangan mengikut langkah bekas ketua bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Zahar Hashim minggu lalu didakwa datang daripada "cawangan hantu".

Setiausaha bahagian itu Mohamad Yahya Sudin mendedahkan, cawangan-cawangan berkenaan hanya wujud menjelang mesyuarat agung tahunan Umno sahaja.

Susulan itu, tambahnya, Umno bahagian itu masih kuat dan berfungsi seperti biasa walaupun tanpa bekas ketuanya itu yang menyertai PAS pada 24 Disember lalu.

Menurutnya lagi, angka sebenar ketua-ketua cawangan Umno yang melompat parti dikenal pasti dalam mesyuarat khas malam tadi di sebuah hotel di Petaling Jaya.

Dipengerusikan timbalan ketua bahagian itu Datuk Raja Hapipudin Raja Nong Chik, mesyuarat tersebut membincangkan usaha memantapkan Umno Petaling Jaya Selatan selepas menerima tamparan hebat akibat tindakan mengejut Zahar.

Bekas kapten bersara itu - yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter – mendakwa 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa (AJK) bahagian mengikut jejak langkahnya.

Tidak menolak jumlah ketua cawangan tersebut yang berbuat demikian, Yahya berkata sebahagiannya bukan cawangan yang sah atau "cawangan hantu."

Beliau bagaimanapun menjelaskan hanya tujuh daripada 39 AJK bahagian itu yang meninggalkan Umno, bukan 13 orang seperti yang didakwa.

"Itu pun ahli jawatankuasa yang dilantik, bukan dipilih," tambahnya.

Yahya berkata, daripada tujuh AJK itu pula, empat daripadanya merupakan “orang Zahar” yang menguruskan pejabat Umno bahagian dan dibayar gaji oleh bekas ketua itu.

Umno Petaling Jaya Selatan mempunyai 39 AJK – 20 dipilih, sepuluh dilantik dan sembilan lagi mewakili sayap-sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

Bahagian itu juga mempunyai lebih 100 cawangan dengan jumlah keanggotaan lebih kurang 20,000 orang.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 21:30


wahhh sejahat tiga ekor setan rupanya....

ehem2... copy balik ayat sapa entah semalam


!!! QUOTE !!!

ya...anda ada masalah dengan saya?


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 21:33


Pada 31-12-08 21:30 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

wahhh sejahat tiga ekor setan rupanya....

ehem2... copy balik ayat sapa entah semalam


!!! QUOTE !!!

ya...anda ada masalah dengan saya?



ui cepatnya masuk.rdwira bagitahu ke?.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 22:11


ops..bak pesanan wawa_83.. jangan layan.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 22:15


Pada 31-12-08 22:11 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

ops..bak pesanan wawa_83.. jangan layan.. :)



pesanan tu dah luput sah laku hehehehe


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 22:17


ye ke? ok nanti saya bagitahu wawa.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 22:20


Pada 31-12-08 22:17 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

ye ke? ok nanti saya bagitahu wawa.. :)


cubalah kalau dia tengok


ok2,sekarang dato zahar akan membongkar kes2 salah laku umno dalam pembelian peralatan2 jadi kita tunggu dan lihat


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 22:21


Bila ada orang umno masuk pas ramai jugak yang bising ye

Kalau orang umno masuk persatuan islam lain..yang taknak politik, yang taknak mengundi, yang kata itu ini dan kafirkan orang lain, takderla siapa bising pula...

Malah siap bising kata orang tu dapat hidayah..cakap sebab orang tu masuk 'persatuan' yang dia bawa dan dapat hidayah kerana 'persatuan' dia tu bawa benda yang benar dan tiada yang benar melainkan yang benar dan orang lain bawa benda salah dan bidah dan tiada yang salah melainkan yang salah2 belaka.

Penuh berbulan2 berita tu kat internet.

ajaib

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 22:22


8-) 8-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 22:22


kekekke... bongkar...bongkar..bagus juga..dapat juga tau apa masalah dalam perkara tersebut...

selepas ini kita bongkar skandal org PM nak ngorat wife saya pula..... wakakakakkaka

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 22:40


Pada 31-12-08 22:22 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

kekekke... bongkar...bongkar..bagus juga..dapat juga tau apa masalah dalam perkara tersebut...

selepas ini kita bongkar skandal org PM nak ngorat wife saya pula..... wakakakakkaka




lawa sangat/baik sangatke isteri dia tu?.nanti tengok siapa yang kena


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 22:47


Pada 31-12-08 22:22 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

kekekke... bongkar...bongkar..bagus juga..dapat juga tau apa masalah dalam perkara tersebut...

selepas ini kita bongkar skandal org PM nak ngorat wife saya pula..... wakakakakkaka


ayokk abang.. pergi layan buat apa..
tak pasal2 berat database ni... bukannya boleh dibayar dengan cukai KFC.
nak minta sumbangan dari MIT menerusi pelajarnya apatah lagi...
tak payah kasitau .. sampai masa kita up saja image2 printskrin itu... termasuk lain-lain muslimat(MT pun ada) yang diganggu menerusi pm2,ym2 ...kita tengok saja siapa yang kena..
berapa banyak yang diganggunya..

*me stop sebab dont want ukhwah tu waste its database capacity :)

*gnuba smaa nylaa ngora lieg

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-12-08 23:00


Pada 31-12-08 22:47 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 31-12-08 22:22 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

kekekke... bongkar...bongkar..bagus juga..dapat juga tau apa masalah dalam perkara tersebut...

selepas ini kita bongkar skandal org PM nak ngorat wife saya pula..... wakakakakkaka


ayokk abang.. pergi layan buat apa..
tak pasal2 berat database ni... bukannya boleh dibayar dengan cukai KFC.
nak minta sumbangan dari MIT menerusi pelajarnya apatah lagi...
tak payah kasitau .. sampai masa kita up saja image2 printskrin itu... termasuk lain-lain muslimat(MT pun ada) yang diganggu menerusi pm2,ym2 ...kita tengok saja siapa yang kena..
berapa banyak yang diganggunya..

*me stop sebab dont want ukhwah tu waste its database capacity :)

*gnuba smaa nylaa ngora lieg


peduli apa aku anda berdua nak printscreen2 sampai senget portal ni.wawa kirim salam ya.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.134 saat. Lajunya....