Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan
-- Prinsip NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 8 hari yang lalu
muslimiman: 13 hari yang lalu
tornado: 33 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Mengapa wanita gagal menjadi surirumah


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Mengapa wanita gagal menjadi surirumah

Please Mendaftar To Post


Oleh Mengapa wanita gagal menjadi surirumah

zamkri8171
Warga Rasmi
Menyertai: 23.12.2008
Ahli No: 36474
Posting: 13
Dari: Johor

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 15:37


Agak pelik dan hairan jika sekali-sekala kita mengunjungi rumah seseorang yang si isterinya tidak bekerja tetapi keadaan rumahnya tidak terurus. Persoalannya, apakah yang dibuat oleh si isteri ini sepanjang hari sehingga rumah tidak sempat hendak dikemaskan. Namun, itulah realitinya.
Terdapat banyak faktor mengapa suri rumah gagal mengurus rumah dengan sempurna dan kemas. Antara sebabnya termasuk:


1. Sikap sambil lewa dan suka bertangguh. Mungkin kerana mereka sepanjang hari berada di rumah dan tidak perlu buat kerja dengan segera. Sepatutnya suri rumah sepenuh masa dapat mengurus rumah dengan lebih baik dan kemas. Tidak melakukan kerja secara tergesa-gesa hanya apabila ada orang nak datang.


2. Tidak menjadikan kerja mengemas rumah sebagai satu budaya hidup. Sesungguhnya apabila mengemas menjadi budaya harian, mereka tidak memerlukan masa yang panjang untuk mengemas rumah.


3. Tidak mendidik anak-anak supaya sentiasa bersih dan kemas. Sepatutnya anak-anak sejak kecil lagi dididik agar menghargai kebersihan. Jika sejak kecil sentiasa hidup dalam suasana bersih, sudah tentu ia akan menjadi budaya anak-anak kita pula.


4. Tidak berminat mengemas rumah. Hal ini berkemungkinan kerana mereka sudah biasa hidup dalam suasana yang tidak kemas dan tak terurus. Akibatnya bila sudah berkahwin, budaya itu turut terbawa-bawa.


5. Merasakan bahawa mengemas rumah bukan perkara penting malah merugikan masa kerana mesti dilakukan berterusan.


6. Suka mengunjungi rumah jiran tanpa mengira waktu sehingga tidak sempat hendak mengemas rumah. Malah ada yang berpendapat 'tak apa tak kemas rumah asalkan ada makanan sudah cukup'. Seolah-olah telah hilang nilai kemanusiaan. Manusia yang sempurna tentu inginkan suasana yang kemas, bukan sekadar dapat makan. Kalau berfikiran begitu, maka samalah taraf manusia dengan haiwan.


7. Lupa bahawa itulah imej yang mempamerkan peribadi sebenar seseorang wanita. Tentu tidak wajar wanita Islam mengabaikan kebersihan dan kekemasan rumahtangga, sedangkan Islam amat menyuruh umatnya sentiasa bersih.

8. Cepat tertekan apabila merasakan hanya dia yang mengemas tanpa dibantu oleh suami dan anak-anak..



Faktor-faktor di atas telah dikenal pasti sebagai punca kegagalan mereka menguruskan rumah dengan sempurna. Tetapi mengapa hal ini terjadi? Di sini, para suami perlu meluangkan sedikit masa dengan membawa keluar anak dan isteri bersiar-siar atau berehat untuk menghilangkan kebosanannya. Di kesempatan itu, didiklah mereka akan budaya dan disiplin yang baik itu.


Sebenarnya, sebahagian suri rumah yang bermasalah ini tidak tahu hala tuju hidupnya. Kerana itu, para suri rumah perlu dibiar bergerak aktif untuk melihat keadaan sekeliling. Mungkin di sana mereka boleh belajar untuk mengurus masa dan mengemas rumah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zamkri8171Profil   Hantar PM kepada zamkri8171   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 23-12-08 16:21


Wawa 'gagal' ... not because Wawa berkerja tapi ...sebab Wawa tak reti nak membahagikan masa ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 17:17


memang betul apa yang dikatakan zamkri8171..alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. walaupun saya bkeja keadaan rumah saya sentiasa bersih dan kemas..sebab saya tak suka tempat yang berselerak..kebersihan tanggungjawab kita bersama.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 17:21


Pada 23-12-08 17:17 , lailasuhaila posting:

!!! QUOTE !!!

sebab saya tak suka tempat yang berselerak..kebersihan tanggungjawab kita bersama.........


BETUL sangat.... SETUJU....


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 17:23


didalam raliti kehidupan..
mengemas rumahtangga sebenarnay adalah tanggungjwab bersama,sebab yang membuat sepah hanya ada 3 orang sahaja

suami, isteri dan anak.

justeru itu adalah tidak adil beban mengemas seluruhnya diletak dbatu jemala si isteri.

tugasan isteri yang menjadi surirumah sebenarnya lebih mencabar, sebab ia menjadi "manager" semasa suami keluar bekerja, dari segi pengawalan anak-anak sampailah kebersihan bilik air, semuanya kena pantau,apabila petang suami balik kerja lapar nak makan dan layanan first clas sahaja.

begitu juga yang bekerja, seharian penat diluar bekerja , dari aspek ini faktor toleransi dan sifat memahami perlu ada diantara suami isteri,

macam saya dan isteri akan kemas rumah sama ada lewat malam lepas baby tidur atau pun hari sabtu.sebab masing-masing bekerja dan masing-masing faham akan "kepenatan" setelah seharian berada di pejabat selama 5 hari.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 18:14


Betul tu,ana setuju dengan zulman..menjaga kebersihan dan kekemasan rumah bukan hanya tanggungjawab isteri..cuba kalau isteri seorang doktor,dengan tugasan harian yang memenatkan,dengan kena oncall dan sebagainya,tak ke kasihan kat isteri tu..mahu pengsan dia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 18:26


bak kata zulman...dia gagal mungkin kerana tuga surirumah itu sendiri bukan sepenuhnya terletak pada isteri tetapi suami juga...tak kisah lah ia bekerja atau tidak.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 18:41


jawapan jujur ni... sebab leka layan ukhwah ni ha... hik hik hik...
nasib baik dah sedar ni... :P

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 20:25


Pada 23-12-08 18:41 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

jawapan jujur ni... sebab leka layan ukhwah ni ha... hik hik hik...
nasib baik dah sedar ni... :P


wah kak mimi..sampai macam ni sekali ye...nampaknya besar sungguh influnce ukhwah ye.. :sopan:

kalau surirumah yang sepenuh masa tu memang dia gagal jalankan tanggungjawab kerana ada sifat suka bertangguh...nanti..nanti.. tapi kekadang tu surirumah sepenuh masa ni sudah bosan melakukan aktiviti yang sama setiap hari....tapi dah tanggungjawab so kena buat juga lah ye...

kalau surirumah bukan sepenuh masa tu..memang tak dapat nak di nafikan lah kalau dia 'gagal' sebab banyak tugasan yang perlu di lakukan..baik di rumah mahupun di tempat kerja kan...so lelaki2 yang bergelar suami...kena lah consider dan ringankan tangan membatu si isteri..insyaAllah rumahtangga akan sentisa harmoni... ;-)


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 21:08


jangan harapkan isteri saja yang nak kemas rumah...suami pun kena bantu juga...
tambah pula kalau si isteri tu kerja...penat...so sama-sama lah jaga kebersihan rumah...:)

hope dapat suami yang ringan tulang macam abang ipar saya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

Violet-8
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 36178
Posting: 74

malaysia  


posticon Posting pada: 23-12-08 22:48


Teringat pada mak saya, seorang surirumah yang sejati, seorang yang rajin dan tegas. Pernah jiran memuji emak saya kerana pandai mengemas rumah sehingga tak nampak habuk dicelah-celah atas perabot. Pernah juga seorang pembantu rumah jiran sebelah terkejut kerana emak saya sanggup membersihkan longkang depan rumah yang berlumut. Tapi sayang, tak ada seorang pun anak-anaknya yang boleh ikut seperti emak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Violet-8Profil   Hantar PM kepada Violet-8   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 14:32


Perempuan kena belajar jadi surirumah sebelum kahwin lagi...Jangan nak harapkan mak saja yang nak buat semua benda...Bila dah kena suruh baru nak buat...Nanti bila dah kahwin tak ada lah merungut/membebel bila kena buat semua benda...

Rasanya tugas surirumah sekarang ni lebih mudah daripada zaman mak kita dulu...

Tak perlu pergi ke sungai untuk basuh kain...Campak saja baju kotor dalam mesin basuh...Masukkan air & sabun, tekan suis...

Tak perlu cari kayu api untuk memasak...Letak saja atas dapur, hidupkan api...Kalau guna rice cooker lagi lah senang kerja...

Tak perlu ambil air dekat perigi...Putar saja kepala paip tu...

Takkan lah dengan segala kemudahan ni nak merungut/membebel lagi???Nampak sangat lah tak biasa buat kerja rumah...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 14:59


Gagal?????

adakah akibat ngadap Ukhwah.com 24-7??????

curiga..........

:lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

ladylolida_aina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2008
Ahli No: 34562
Posting: 162
Dari: Johor

malaysia  


posticon Posting pada: 24-12-08 15:28




hehehe... :lol:


-----------------
About Me Myspace Comments


Bookmark and Share

    


  Member Information For ladylolida_ainaProfil   Hantar PM kepada ladylolida_aina   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 15:29


setuju dengan zulman.... suami isteri kena lah saling bekerjasama.... rngan tulang sikit bantu isteri... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 24-12-08 15:53


:-) Betul tu mas_ayu .. suami dan isteri kena saling tolong menolong .. :-)

ALHAMDULILLAH .., Memahami hakikat tu, Wawa bersyukur suami Wawa seorang yang rajin menolong Wawa.. Wawa memang jenis kelam kabut .. dan Cepat panik. Suami pula seorang yang tenang dan sentiasa teratur.. :-D

Cuma satu lah, time nak memasak ni.. Kalau ada suami d sebelah, jadi tak tentu arah pula .. maluuuu..! tapi lepas masak, time suami datang ...Aduhai.. Happynya ... :-D sebab ada org tolong basuh pinggan mangkuk ... Haha :-D

Wahai para suami.. Tolonglah isteri2 anda sekadar yang mampu .. Hargailah rintihan kami yang tak terucap ni .. :-p

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 16:09


Pada 24-12-08 14:59 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Gagal?????

adakah akibat ngadap Ukhwah.com 24-7??????

curiga..........

:lol:


alamak.. ni merujuk kepada post eni di atas eh?

hihihi siap bold lagi gagal tuu....
haa...
nak kata umum tak menarik.. jadi merujuk kepada diri sendiri lah ye...

macam eni.. eni adalah surirumah sepenuh masa .. sebab buat masa ni cuma home based office.. segala kerja-kerja site visit..diuruskan oleh orang lain...
belum pun sampai setahun jadi surirumah @ isteri orang..

kalau setakat membasuh mengemas,memasak dan kerja-kerja rutin harian lain tu tak ada hal lah kan..sedangkan yang kerja doktor pun sempat buat.... takkan surirumah pun terhad kepada rutin kerja-kerja sebegitu saja...tak mencabar lah...
dan kalau surirumah gagal rutin2 tersebut..alahai... malang... malangg...


so merujuk pada diri sendiri ber idolakan ibu, eni pun melebihkan skop kerja.. misalannya..langsir rumah jahit sendiri... alas2 hiasan rumah kait sendiri..bantal golek depan tv buat sendiri... malah mengecat rumah pun eni cat sendiri(suami cat kalau comot tak puas hati..jadi.. memang tak bagi dia kaco) ... drill lubang dinding saja kena roger suami.. tak larat nak angkat drill.. :P
belum termasuk test2 market buat kek.. kuih..desert.. (yang ni tak boleh selalu..menjejaskan kesihatan nanti)
tabur bakti kat mak mertua... (sedang menyiapkan dulang2 hantaran pertunangan adik ipar)
erm....last but not least... melakukan riadah untuk menjaga kesihatan diri... swimming and gym workout...
(haa..lebihkan ibadah jangan lupa... masa terluang dah ada banyak tu)
takkan masakan saja pakai air tangan isteri kan... segala2 benda lain yang wujud dalam rumah pun kalau guna tangan isteri... kan molek...

dah terjatuh cinta kat ukhwah ni haa...
langsir sekeping boleh siap sehari... jadi tiga hari...
tu belum masuk riadah2 yang ditinggalkan(ni yang paling suka tinggal)...sampai debab jadinya... :lucu:
dan disinilah rasa kegagalan itu timbul...

mujur sedar jugak akhirnya...itu pun setelah semua baju2 dah tak muat..heheh
bila tenung balik... cermin balik...alahai... banyak nya benda yang boleh kubuat sebelum ni...
kegagalan mengurus masa dengan baik sebelum ini...
(ye lah belum sampai setahun lagi kahwin... kira boleh lah diampunkan.. dalam fasa belajar lagi ni :P)

seperti hari ini... boleh lah menempek lama depan laptop ni.. sebab memang tak dibenarkan buat apa-apa ... setelah menjalani pembedahan kecil semlm..
sejak dari semalam..semua suami uruskan.. makan minum ku,membasuh baju sekali... malah sampai ubat2 juga cuma perlu buka mulut.. semuanya disediakan..dan disuap..terharu rasanya..
rasa lebih semangat untuk berbakti kepada suami..
caiyok..caiyok..
Alhamdulillah...terima kasih Allah kerana kerana menemukan ku dengan dia...



kepada lain-lain suri dan sura rumah... apa yang anda terima dari pasangan anda... adalah dari apa yang anda berikan kepadanya... bagi suami.. isteri yang melakukan silap.. beri bimbingan dengan penuh kasih... bagi isteri.. suami yang melakukan silap.. curahkan kasih sayang dengan selitan nasihat...
rasanya seperti itu mampu untuk memperbetulkan keadaan.... nak advise lebih-lebih.. baru saja kahwin ni.. ilmu berdasarkan pengalaman tak mantap lagi..hehehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 24-12-08 16:10


mungkin wanita tu gagal jadi surirumah kerana suaminya tak menghargai apa yang dia lakukan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 16:11


saling bantu membantu...insyaallah tak ada masalah ..jangan asyik salah menyalahkan..alamatnya xterkemas lah rumah tu..kuikuikuikui


-----------------
"Hari ini adalah realiti impian kelmarin, impian hari ini adalah reliti besok hari..."


Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 16:14


Pada 24-12-08 16:09 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-12-08 14:59 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Gagal?????

adakah akibat ngadap Ukhwah.com 24-7??????

curiga..........

:lol:


alamak.. ni merujuk kepada post eni di atas eh?

hihihi siap bold lagi gagal tuu....
haa...
nak kata umum tak menarik.. jadi merujuk kepada diri sendiri lah ye...




hehehe terasa ke????

tak lah sindir mana-mana pihak atau golongan just... something devilish in my mind
:evil:
:evil:
:evil:

:lol:


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 16:37


oh macam tu rupanya walid...
nak kata kecil hati.. tidaklah..
cuma ingatkan berdasarkan kepada posting eni yang terdahulu ni ha...
hehehe...

Pada 23-12-08 18:41 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

jawapan jujur ni... sebab leka layan ukhwah ni ha... hik hik hik...
nasib baik dah sedar ni... :P


terasa? memang betul pernah lalai haa... kalau dah kunya cili..konpom ada rasa pedas punya... :lol:

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 20:09


Pada 24-12-08 16:09 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-12-08 14:59 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Gagal?????

adakah akibat ngadap Ukhwah.com 24-7??????

curiga..........

:lol:


dah terjatuh cinta kat ukhwah ni haa...
langsir sekeping boleh siap sehari... jadi tiga hari...
tu belum masuk riadah2 yang ditinggalkan(ni yang paling suka tinggal)...sampai debab jadinya... :lucu:
dan disinilah rasa kegagalan itu timbul...

mujur sedar jugak akhirnya...itu pun setelah semua baju2 dah tak muat..heheh


kak eni...kak eni..tak sangka kita serupa ye..asyik nak hadap laptop ni saja melayan ukhwah...apapun keje2 rumah tetap beres di siapkan..tak percaya boleh tanya kat org rumah saya.. :sopan: Tapi saya tak ada lah badan jadi debab ye...still mantain...wah....


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

fiq2901
Warga Rasmi
Menyertai: 24.11.2008
Ahli No: 36056
Posting: 20
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 20:21


ini mungkin kerana wanita sekarang ni penting kan rupa...then penting kan kerjaya...kalau boleh nak semua perfect....2 lah puncanyer masalah wanita sekarang susah jadi surirumah yang baik...kalau yang bekerjaya lagi lah...lagi-lagi sesiapa dapat title exkpress macam datin, puan sri....rasanya org gaji lah yang akan masakan untuk suami....mana tak nya suami lari dengan org gaji...dah makan hasil air tangan org gaji...hahahahahaa....ini pandangan gua...lu org rasa pedih pergi lah mn2 pun dan taubat lah...hahahahaha....

Bookmark and Share

    


  Member Information For fiq2901Profil   Hantar PM kepada fiq2901   Pergi ke fiq2901's Website   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 23:22


Pada 24-12-08 16:09 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-12-08 14:59 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!

Gagal?????

adakah akibat ngadap Ukhwah.com 24-7??????

curiga..........

:lol:


alamak.. ni merujuk kepada post eni di atas eh?

hihihi siap bold lagi gagal tuu....
haa...
nak kata umum tak menarik.. jadi merujuk kepada diri sendiri lah ye...

macam eni.. eni adalah surirumah sepenuh masa .. sebab buat masa ni cuma home based office.. segala kerja-kerja site visit..diuruskan oleh orang lain...
belum pun sampai setahun jadi surirumah @ isteri orang..

kalau setakat membasuh mengemas,memasak dan kerja-kerja rutin harian lain tu tak ada hal lah kan..sedangkan yang kerja doktor pun sempat buat.... takkan surirumah pun terhad kepada rutin kerja-kerja sebegitu saja...tak mencabar lah...
dan kalau surirumah gagal rutin2 tersebut..alahai... malang... malangg...


so merujuk pada diri sendiri ber idolakan ibu, eni pun melebihkan skop kerja.. misalannya..langsir rumah jahit sendiri... alas2 hiasan rumah kait sendiri..bantal golek depan tv buat sendiri... malah mengecat rumah pun eni cat sendiri(suami cat kalau comot tak puas hati..jadi.. memang tak bagi dia kaco) ... drill lubang dinding saja kena roger suami.. tak larat nak angkat drill.. :P
belum termasuk test2 market buat kek.. kuih..desert.. (yang ni tak boleh selalu..menjejaskan kesihatan nanti)
tabur bakti kat mak mertua... (sedang menyiapkan dulang2 hantaran pertunangan adik ipar)
erm....last but not least... melakukan riadah untuk menjaga kesihatan diri... swimming and gym workout...
(haa..lebihkan ibadah jangan lupa... masa terluang dah ada banyak tu)
takkan masakan saja pakai air tangan isteri kan... segala2 benda lain yang wujud dalam rumah pun kalau guna tangan isteri... kan molek...

dah terjatuh cinta kat ukhwah ni haa...
langsir sekeping boleh siap sehari... jadi tiga hari...
tu belum masuk riadah2 yang ditinggalkan(ni yang paling suka tinggal)...sampai debab jadinya... :lucu:
dan disinilah rasa kegagalan itu timbul...

mujur sedar jugak akhirnya...itu pun setelah semua baju2 dah tak muat..heheh
bila tenung balik... cermin balik...alahai... banyak nya benda yang boleh kubuat sebelum ni...
kegagalan mengurus masa dengan baik sebelum ini...
(ye lah belum sampai setahun lagi kahwin... kira boleh lah diampunkan.. dalam fasa belajar lagi ni :P)

seperti hari ini... boleh lah menempek lama depan laptop ni.. sebab memang tak dibenarkan buat apa-apa ... setelah menjalani pembedahan kecil semlm..
sejak dari semalam..semua suami uruskan.. makan minum ku,membasuh baju sekali... malah sampai ubat2 juga cuma perlu buka mulut.. semuanya disediakan..dan disuap..terharu rasanya..
rasa lebih semangat untuk berbakti kepada suami..
caiyok..caiyok..
Alhamdulillah...terima kasih Allah kerana kerana menemukan ku dengan dia...



kepada lain-lain suri dan sura rumah... apa yang anda terima dari pasangan anda... adalah dari apa yang anda berikan kepadanya... bagi suami.. isteri yang melakukan silap.. beri bimbingan dengan penuh kasih... bagi isteri.. suami yang melakukan silap.. curahkan kasih sayang dengan selitan nasihat...
rasanya seperti itu mampu untuk memperbetulkan keadaan.... nak advise lebih-lebih.. baru saja kahwin ni.. ilmu berdasarkan pengalaman tak mantap lagi..hehehe...


sekalung tahniah untuk kak eni... :bunga:
syabas! :bunga:
nak mencontohi kak eni... :bunga:


-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

arrantaui
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 36246
Posting: 99

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-12-08 23:52


Suri rumah bukanlah hanya membersihkan cawan dan pinggan agar bersinar. Peranan suri rumah yang lebih besar adalah menyinarkan wajah dan hati suaminya yang mencintainya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For arrantauiProfil   Hantar PM kepada arrantaui   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 00:07


Wanita gagal jadi surirumah sebab suami gagal mendidik dengan betul.

WA

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 00:08


bagaimana? kalau suami dah berusaha mendidik..tapi si isteri keras kepala...?

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

arrantaui
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 36246
Posting: 99

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 00:14


Boleh jadi gagal kerana suami gagal mendidik kerana suami ada amanah mendidik isteri. Boleh jadi juga kerana diri suri rumah sendiri, kerana seorang itu juga ada tanggungjawap terhadap dirinya.

Bagi seorang suami, mengadu kelemahan kepada Allah, "aku gagal atas kelemahan aku....maka Ya Allah..."

Bagi isteri mengadu kelemahan kepada Allah, "aku gagal kerana aku menzalimi diri aku sendiri, maka ya Allah..."

Umat ini hanya berubah kepada kebaikkan bila sedia mencari kesalahan sendiri dan berhenti menyelongkar kesalahan orang lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For arrantauiProfil   Hantar PM kepada arrantaui   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 00:27


Semasa akad nikah berani ambil alih semua tanggung jawab dari ibu bapa isteri. Jadi pandai-pandailah didik dengan hikmah sebab wanita tu ibarat tulang rusuk yang bengkok kan kan kan ....

Berani buat beranilah tanggung.

WA

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

arrantaui
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 36246
Posting: 99

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 00:36


Betul sangat , suami, berani buat kena berani tanggung. Isteri pula berani sokong suami.

Bookmark and Share

    


  Member Information For arrantauiProfil   Hantar PM kepada arrantaui   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 01:21


Ingatkan anakanda di AFN saja tapi ada juga di sini ya arrantaui :).

salam iman dan ukhwah dari ummimq

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Norhaslina
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 09:56


kebersihan itu sebahagian dari iman..

" malu dan iman itu seiring, jika salah satunya hilang maka hilanglah keduanya "

rumahku syurgaku, semua akan bahagia bila rumah terjaga..hati tenang dan lapang,insyaAllah

:) ana bercita2 menjadi suri rumah yang profesional, moga Allah izinkan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For NorhaslinaProfil   Hantar PM kepada Norhaslina   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 14:28


Menyalahkan suami takkan menyelesaikan kerja rumah...Merungut lah lama mana pun, kerja rumah takkan siap...Dia mesti ingat suami dia keluar untuk bekerja, bukan pergi makan angin...Kalau seorang suami boleh buat kerja pejabat dia tanpa minta tolong isteri takkan lah isteri tak boleh buat macam tu...Yang penting hati kena ikhlas...Kalau hati tak ikhlas kerja yang senang jadi susah...

Berani jadi isteri berani lah pikul tanggungjawab...Jangan tahu nak kahwin saja...Tanggungjawab sebagai isteri kena faham dan amalkan...Tak guna ada diploma, degree, master, phd tapi gagal laksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri...

p/s:Ingatlah suami tersayang...Anda mampu mengubahnya...


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-12-08 23:10


Tapi yang disebut sebagai pemimpin dalam rumahtangga ialah suami. Bila sebuah rumahtangga gagal bermakna suami itu gagal. Janganlah menuding jari pada isteri saja kan kan kan.

Tugas utama isteri ialah melayan suami dan suami hendaklah berikan satu panduan di mana isteri tidak penat untuk melayan suami .... kena faham terutama yang sudah berumahtangga. Yang belum pergilah belajar lagi ya.

Wallahuta'ala a'lam bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.133472 saat. Lajunya....