Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-09-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau hanya memikirkan "Apa kata orang..." bila pula masa nak mengenengahkan, "Apa kata saya..."

-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 95
Ahli: 0
Jumlah: 95




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 5 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: ujian HIV


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» ujian HIV

Please Mendaftar To Post


Oleh ujian HIV

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-12-08 12:06


Kajian bukan Islam jalani ujian HIV



PEKAN: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan akan mengkaji sama ada bakal pengantin bukan Islam turut diwajibkan menjalani ujian saringan HIV bagi mengelak penyakit itu merebak kepada pasangan dan anak.

Menurutnya, ini kerana tiada kursus perkahwinan yang diwajibkan kepada pasangan bukan Islam sepertimana ia diwajibkan ke atas pasangan beragama Islam dengan ujian berkenaan dijadikan sebahagian daripada kursus perkahwinan.

“Kita akan kaji sama ada cadangan ini boleh dilaksanakan atau tidak kerana bagi masyarakat bukan Islam, tiada kursus perkahwinan diwajibkan sepertimana kepada orang Islam.

“Jadi kalau ini (ujian saringan HIV) nak diwajibkan, kita tidak tahu sama ada boleh dikuatkuasakan atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada anak Setiausaha Kerja Umno Pahang, Datuk Abdullah Rahmat, yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur pada 10 Disember lalu, di kediaman allahyarham di sini, semalam.


Menurut Najib, kajian itu perlu bagi mendapatkan maklum balas masyarakat, terutama bakal pengantin pasangan bukan Islam, jika ujian saringan HIV turut diwajibkan ke atas mereka.

“Kita tidak tahu reaksi masyarakat terhadap cadangan ini,” katanya ketika ditanya sama ada pasangan bukan Islam diwajibkan menjalani ujian saringan HIV. — Bernama


apa pendapat antum?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-12-08 12:09


Oleh ZAINUDDIN ZAIN dan NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
[email protected]

GEORGETOWN: “Apalah dosa saya. Kalau saya kaki perempuan atau penagih dadah, saya boleh terima hakikat ini, namun saya tidak pernah melakukan semua perkara terkutuk itu.

“Sebab itu saya buntu dan sukar percaya apabila doktor sahkan saya pembawa virus HIV,” kata pemuda berusia 24 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal.

Kamal berkata, dia disahkan doktor sebagai pembawa virus maut itu pada Julai lalu selepas menjalani ujian saringan sebagai syarat untuk melangsungkan perkahwinan.

“Seingat saya juga, saya tidak pernah menjalani pemindahan darah. Saya dimasukkan ke hospital hanya sekali iaitu ketika berusia 12 tahun. Itupun kerana patah kaki selepas terbabit kemalangan jalan raya,” katanya kepada Metro Ahad.

Sehubungan itu, kata Kamal, dia berasa dunianya cukup gelap apabila ujian mengesahkan dia pembawa virus HIV.

Menurutnya, ada ahli keluarganya mengesyaki dia mendapat virus itu daripada ibu bapanya, tetapi dia tidak mahu memikirkan kemungkinan itu kerana kedua-dua orang tuanya sudah meninggal dunia.

“Ibu saya meninggal pada 2000 kerana barah otak pada usia 40 tahun, manakala ayah pula pada 2002 kerana barah paru-paru ketika berusia 42 tahun.

“Saya tidak mahu menuding jari ke arah ibu dan ayah saya kerana mereka menjaga kami adik-beradik dengan baik. Saya tidak mahu ada prasangka buruk terhadap mereka,” katanya.

Lagipun, kata Kamal, dia tidak pernah melihat tanda sama ada ibu atau bapanya menghidap HIV sepanjang hidup mereka.

“Yang pasti, sejak disahkan pembawa virus HIV, hidup saya sungguh tertekan, apatah lagi tiada pihak dapat memberi jawapan bagaimana saya boleh dijangkiti. Hanya Allah tahu perasaan saya sekarang,” katanya.

Menurutnya, apabila dia menceritakan masalah dialaminya kepada beberapa pihak, ada yang menuduhnya penipu dan menjauhinya, menyebabkan dia hanya memaklumkannya kepada insan yang akrab dengannya.

“Setakat ini, selain saudara yang rapat, hanya seorang rakan tahu saya positif dijangkiti HIV dan mereka memberi semangat untuk saya melawan penyakit ini,” katanya.

Namun, kata Kamal, penerimaan daripada tunang serta keluarganya sungguh menyedihkan dan mereka seolah-olah menjatuhkan hukuman ke atasnya sebaik saja dia disahkan pembawa HIV.

“Bayangkan saya menjalani ujian saringan HIV bersama bakal isteri kerana kami sepatutnya mendirikan rumah tangga pada Ogos lalu, tetapi kini semuanya hancur berkecai.

“Orang yang saya cintai dan impikan untuk hidup semati dan membina keluarga bersama bukan saja tidak faham, sebaliknya terus meninggalkan saya, termasuk tidak lagi menjawab panggilan telefon.

“Tarikh 15 Julai 2008 akan saya terus kenang seumur hidup kerana wanita yang sepatutnya menjadi isteri saya memandang saya dengan renungan menjijikkan,” katanya.

Kamal berkata, dia mengenali bakal isterinya yang juga berusia 24 tahun secara tidak sengaja apabila tersilap mendail nombor telefon.

“Sejak itu kami sering berbalas SMS. Secara kebetulan, rumahnya terletak bersebelahan kampung saya di Kelantan. Sehubungan itu, setiap kali pulang ke kampung, saya pasti akan menziarahinya.

“Selepas berkawan kira-kira tiga tahun, kami bertunang Februari lalu dengan menetapkan perkahwinan enam bulan kemudian (Ogos lalu).

“Kini, keluarganya menghalang saya berjumpanya. Saya juga diberitahu, tunang saya ‘dilarikan’ ke Terengganu supaya saya tidak berusaha mencarinya,” katanya.

Mengenai kehidupannya sekarang, Kamal yang juga anak sulung tiga beradik berkata, dia hidup berseorangan kerana bekerja di Pulau Pinang manakala dua adiknya kini tinggal di Kelantan.

“Saya terpaksa berlakon dengan bersikap biasa di tempat kerja kerana tidak mahu orang lain tahu keadaan diri saya kerana bimbangkan penerimaan mereka.

“Saya bekerja keras setiap hari kerana hanya dengan bekerja dapat menghilangkan kesedihan dan keresahan di dalam diri saya,” katanya.

Kamal berkata, ketika di rumah pula, dia banyak menghabiskan masa dengan bersembahyang dan mengaji al-Quran.

“Saya mengamalkan beberapa surah selain banyak berzikir kerana yakin ini ujian Allah dan di sebalik orang berkata HIV tidak dapat diubati, saya yakin tidak ada penyakit yang tiada penawar di dunia ini.

“Saya mengamalkan perubatan homeopati dan membayar sehingga RM1,500 sebulan untuk kos ubat,” katanya.

Apabila ditanya Kenapa dia tidak mendapat rawatan di hospital kerajaan kerana ubatnya percuma, Kamal berkata, dia dimaklumkan harapan untuk sembuh dengan perubatan homeopati adalah lebih tinggi.

“Saya sekadar mencuba. Semuanya ketentuan Allah. Setakat ini saya menjalani tiga ujian saringan, masing-masing dua di Kelantan dan sekali di Pulau Pinang, dan ia masih positif menunjukkan saya pembawa virus HIV,” katanya.

Ditanya perkara yang ingin diluahkan jika berpeluang berjumpa atau bercakap dengan tunangnya, Kamal berkata:

“Saya hanya berharap dia menerima saya sebagai rakan kerana sedar dengan kejadian ini, tiada wanita mahu menjadikan saya suami mereka, walaupun angan-angan saya memang untuk berkeluarga dan mempunyai anak.

“Saya juga akan meminta tunang tidak menyisihkan saya kerana kami pernah ada perasaan kasih dan sayang dulu. Apa yang berlaku bukan kehendak saya.

“Biar satu dunia tidak percayakan saya, tetapi saya yakin Allah SWT tahu perkara sebenar dan saya akan terus bersabar dengan ujian yang cukup besar ini.”

sumber dari harian metro online


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-12-08 12:16


ana simpati atas nasib yang menimba hamba allah ini,entahlah,memang penting buat ujian saringan TAPI...........elok-elok tak ada penyakit bila dah buat ujian ada pula penyakit,(ujian Dari Allah)

sejauh manakah keberkesanan ujian saringan HIV yang boleh menentukan sama ada seseorang menghidapi HIV ke Tak?

Apa pandangan antum semua sekiranya bakal suami atau isteri antum menghidapi HIV setelah menjalani ujian Saringan?
Adakah akan meninggalkannya atau meneruskan kehidupan bersamanya.?

Ana berharap dan berdoa kita semua di hindari dari seperti apa yang terjadi pada saudara kamal mengikut berita diatas.Dan moga-moga beliau sabar atas ujian yang diterima.

p/s berharap moga-moga beliau sembuh dari virus tersebut.....Amin sama-sama kita doakan


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-12-08 12:39


simpati pada nasib dia...
masa bercinta janji itu ini..bila diuji..sanggup tunang dia blah macam tu saja.... :berfikir: hadapilah bersama...kasihan dia...


-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 22-12-08 09:10


kasihan " kamal "......
sebuah kisah yang menyayat hati.....
tapi memang itulah realitinya, sekarang ni banyak yang tinggalkan tunang mereka bila tahu mereka ada HIV.....tak apalah kalau tak mahu hidup bersama kerana penyakit yang memudaratkan itu tapi janganlah dihina mereka ini....sepatutnya mereka patut diberi semangat.....kadang-kadang mereka tak bersalah dan menerima penyakit tu dari orang lain seperti mak ayah mereka dan pemindahan darah.....
apapun semoga mereka tabah mengharungi kehidupan mereka dan kita tidak seharusnya sisihkan mereka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.106889 saat. Lajunya....