Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 226
Ahli: 0
Jumlah: 226




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 20 jam, 35 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Teman tapi mesra


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Teman tapi mesra

Please Mendaftar To Post


Oleh Teman tapi mesra

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 11:22


Oleh Idris Musa
[email protected]

TEMAN tapi mesra. Ungkapan terbabit sering kedengaran di bibir anak muda, tetapi kadangkala mengelirukan bagi sesetengah pihak, namun yang pasti ia merujuk kepada perhubungan antara lelaki dan perempuan.

Berkawan tidak salah, bahkan digalakkan kerana ia selaras dengan fitrah dan membawa banyak manfaat sehinggakan dapat membuatkan hidup lebih ceria.


Cuma, berwaspada apabila kawan lebih daripada had, terlalu rapat dan intim, malah sanggup mengorbankan harga diri.

Justeru, Islam menasihati umatnya sentiasa memelihara kesopanan dan tata cara sepanjang masa, terutama apabila bersosial dan berkawan, supaya kebaikan terjaga.

Ulama tersohor, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, berkata hubungan di antara lelaki dan wanita tidak ditolak secara keseluruhan.

Bagaimanapun, beliau menggariskan beberapa syarat hubungan di antara kedua-dua jantina terbabit, dengan saling merendahkan pandangan dan memastikan tiada pandangan yang disusuli nafsu.

Menurutnya, wanita Islam juga patut prihatin terhadap kod pakaian Islam, yang menutupi seluruh badan, tidak ketat dan menggambarkan bentuk badan.

"Akhlak yang umum sepatutnya diamalkan. Dalam perkataan lain, seorang wanita sepatutnya serius dalam ucapan dan tertib cara berjalan dan melawan godaan syaitan. Tiada wangian dipakai dari rumah."

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Mana-mana wanita yang memakai wangian dan kemudian berjalan melalui sekumpulan lelaki dan mereka mencium wangian itu, dia adalah penzina."

Al-Qaradawi juga berkata, lelaki dan wanita (bukan mahram) tidak dibenarkan bersama di satu tempat yang tiada lelaki lain.

Bagaimanapun, perkembangan mutakhir mendapati fenomena memiliki teman istimewa kian menjadi-jadi, seolah-olah ia suatu kebiasaan.

Bagaimanpun, apabila teman terbabit berkelakuan di luar jangkaan, timbullah keburukan, malah bagi pelajar prestasi pelajaran merosot, selera makan menurun, bahkan untuk hidup pun tidak bersemangat.

Bekas Presiden Masyarakat Islam Amerika Utara (ISNA), Dr Muzammil Siddiqi, berkata Muslim memang sepatutnya mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang, lelaki dan wanita, di sekolah, tempat kerja dan kawasan kejiranan.

"Tetapi Islam tidak membenarkan mengambil orang bukan mahram sebagai kawan rapat kerana hubungan seperti itu kerap membawa perkara haram.

"Ini memungkinkan mereka melakukan dosa atau menghabiskan banyak masa bersama," katanya sambil mengemukakan ayat 25 Surah an-Nisa sebagai satu hujah atas dakwaan berkenaan.

Perhubungan intim yang membawa kepada pertemuan sosial atau 'dating' boleh mengundang pelbagai mala petaka, seperti rogol, pembunuhan dan persundalan.

Fenomena itu mula bercambah ketika muzik Barat mula memekik dari kereta dan pasangan muda berpegangan tangan di kafeteria. Malah, seks sebelum perkahwinan menjadi suatu fenomena yang semakin menjadi-jadi sejak era revolusi seks 1960-an.

Jurnal Persatuan Perubatan Amerika ada melaporkan, peningkatan bilangan gadis mengadakan pertemuan sosial, berisiko berdepan dengan kekejaman, hamil, penderaan, bahaya tingkah laku seksual dan membahayakan diri.

Berikutan itu, ramai di kalangan gadis menderita secara senyap, tidak memberitahu sesiapa kerana takut atau malu.

Walaupun sesetengah mereka cuba memilih untuk bersuara bagi mendapatkan pembelaan, ia hanya membabitkan sebilangan kes tertentu.

Hari ini, bukan sedikit anak muda yang berada dalam keadaan mengelirukan dan keterpaksaan, bersama masa depan yang kabur selepas terjebak dalam perhubungan intim dengan pasangan masing-masing.

Oleh itu Islam menasihati umatnya berwaspada apabila bersosial dan jangan sampai merugikan diri dan keluarga.

Hakikatnya berkawan tidak salah tetapi jika melanggar nilai agama lebih-lebih lagi bertemu dan berdua-duaan, ia dilarang sama sekali.

Sheikh Ahmad Kutty, dari Institut Islam Toronto, Kanada, berkata pertemuan sosial tentu tidak dibenarkan.

Menurutnya, Islam melarang umatnya berdua-duaan dengan pasangan berlainan jantina kecuali hubungan persaudaraan atau perkahwinan.

"Tidak dibenarkan menurut kehendak nafsu secara bebas, bergaul sembarangan dan bercampur dengan kawan berlainan jantina," katanya.

Nabi Muhammad s.a.w menegaskan: "Apabila seorang lelaki dan wanita duduk bersama mereka ditemani teman ketiga (yang membisikkan kejahatan kepada mereka)."

Katanya, Allah memerintahkan kita bukan saja menahan diri daripada zina tetapi menjauhi daripadanya.

"Menurut hukum ahli fiqah, perkara yang membawa kepada haram juga diputuskan haram. Justeru, apabila pertemuan sosial itu membawa kepada dosa, ia diputuskan haram.

"Jika untuk mengetahui wanita terbabit bagi tujuan perkahwinan, ia dibenarkan tetapi tertakluk kepada etika Islam," katanya.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 11:26


tapi yang pelik.. budak belajar mesir pun boleh gunakan "teman tapi mesra"
entahlah rasa janggal bila ada someone sms macam tu..

syukron to broshahir atas pen"share"an ni :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 11:28


teman tapi mesra...........

setakat mana mesra tu????......lama mana bisa bertahan untuk setakat mesra sahaja

tiada istilah teman tapi mesra dalam hubungan lelaki dan wanita........


syukran jazilan Akhi broshahir untuk tazkirah ini..............

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 11:35


Thanks broshahir..
Erk.. tak ada sebenarnya istilah teman tapi mesra.. itu hanya ungkapan mereka-mereka yang nak mengaburi mata saja.. Apa yang saya tahu bila kumpulan Ratu nyanyikan lagu ini,masa tu lah timbulnya istilah ini.. dan sesetengah artis yang menggambarkan hubungan mereka macam tu.. Teman tapi Mesra.. kononnn.. 8-)

p/s: tak perlu beratkan perkara yang remeh.. tak begitu??:berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 11:49


1 lagi benda yang lebih kurang sama yang menjengkelkan adalah....

si lelaki ada kakak angkat..adik angkat perempuan... :berfikir:
si perempuan ada abang angkat..adik angkat lelaki... :berfikir:

apa motif angkat2 ni? apa motif? tak ada kakak? tak ada abang? tak ada adik? sebab tu nak angkat2 ni? :berfikir:


-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 11:57


Pada 20-12-08 11:49 , cikgu84 posting:

!!! QUOTE !!!

1 lagi benda yang lebih kurang sama yang menjengkelkan adalah....

si lelaki ada kakak angkat..adik angkat perempuan... :berfikir:
si perempuan ada abang angkat..adik angkat lelaki... :berfikir:

apa motif angkat2 ni? apa motif? tak ada kakak? tak ada abang? tak ada adik? sebab tu nak angkat2 ni? :berfikir:



a'ah...apa motif ni ah....??
macam jue sendiri tak ada abang, tak ada kakak, atau adik lelaki tapi tak minat lah nak "berangkat-angkat" ini.....bagi jue just jadi sahabat dan kawan cukuplah....kalau sesama hawa, boleh jue terima tetapi bagaimana pula yang berlainan jantina....apa hukum dalam islam....??
tapi mesti ada kelebihan atau kekurangannya, ada sesiapa nak komen dan bagi penjelasan tak???


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 20-12-08 12:17


Erm .. based on my expirience.. 'Abang angkat, adik angkat dan kakak angkat' ni suka-suka sahaja .. tapi kadang-kadang ianya 'tiket' untuk kita > mesra lagi ..

Ada yang best, ada yang tak best .. terpulang pada bijak @ tidaknya kita 'mengangkat' mereka-mereka ni sebagai saudara angkat kita .. kan..??

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

cikgu84
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.07.2008
Ahli No: 34057
Posting: 186
Dari: Bumi ALLAH

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 13:16


Pada 20-12-08 12:17 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Erm .. based on my expirience.. 'Abang angkat, adik angkat dan kakak angkat' ni suka-suka sahaja .. tapi kadang-kadang ianya 'tiket' untuk kita > mesra lagi ..

Ada yang best, ada yang tak best .. terpulang pada bijak @ tidaknya kita 'mengangkat' mereka-mereka ni sebagai saudara angkat kita .. kan..??


suka-suka sahaja?
boleh ke dalam islam untuk suka-suka sahaja?
niat tidak boleh menghalalkan cara.


-----------------
diriku...hamba ALLAH
banyak kekurangan & kelemahan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For cikgu84Profil   Hantar PM kepada cikgu84   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 15:28


Dalam dunia pekerjaan memang banyak perkara teman tapi mesra ni berlaku..tak kira sektor mana..kerajaan ke atau swasta..
pengalaman saya yang pernah berada perbankan(swasta) dan penguatkuasaan sekarang ni..istilah teman tapi mesra ni selalu berlaku secara "open" di sektor private kalau di sektor kerajaan ianya berlaku secara "sembunyi".

susah nak pertahankan "nilai murni" ddalam istilah teman tapi mesra ni...sama ada ia akan berakhir dengan si lelaki menambah "cawangan"(itu pun kira ok lah) atau pun mereka akan terjerumus kedalam perangkap maksiat yang berterusan.
ya kita harus menjaga silaturrahim didalam ber sosial tetapi kena ada limit dan tahapnya..


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 23-12-08 15:36


Teman Tapi Mesra ialah terminologi yang diambil daripada lagu kumpulan Ratu salah satu band perempuan di Indonesia.

Hakikatnya kewujudan lagu itu menggambarkan situasi yang berlaku pada hari ini.

Betul kata En Zulman, sindrom ini bertambah kuat sangat terutama di alam pekerjaan kerana faktor yang bermula atas urusan pekerjaan mudah terbawa2 kepada perhubungan dari seorang teman kepada teman yang mesra.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 15:46


saya bagi antara simptom "teman tapi mesra " dialam pekerjaan

1. apabila salah seorang becuti... urusan pekerjaan hari itu seakan membosankan, kalau sepejabat..pejabat seakan sunyi.

2. sentiasa bertukar cerita rumahtangga memasing..silap-silap cerita dalam kelambu dengan suami/isteri masng-masing pun diceritakan.

3. seringkali keluar lunch bersama dan "suka dan galak" untuk melakukan tugasan bersama.

4. kalau dulu terasa "rumah ku syurga ku": sekarang tukar "pejabat ku syurga ku", maklumlah ada yang memahami di pejabat.

5. sering bertukar sarapan atau tolong belikan sarapan .

6 bergaya dan dan mencantikkan diri semasa ke pejabat , maklumlah ada "teman tapi mesra" dah nunggu kat pejabat nun.

7. tak kesah untuk dihantar pulang dari pejabat...sanggup tak bagi suami /isteri ambik semata nak menghantar atau dihantar oleh "teman tapi mesra".

dan banyak lagi simptomnya.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 23-12-08 16:16


Pada 20-12-08 13:16 , cikgu84 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-12-08 12:17 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Erm .. based on my expirience.. 'Abang angkat, adik angkat dan kakak angkat' ni suka-suka sahaja .. tapi kadang-kadang ianya 'tiket' untuk kita > mesra lagi ..

Ada yang best, ada yang tak best .. terpulang pada bijak @ tidaknya kita 'mengangkat' mereka-mereka ni sebagai saudara angkat kita .. kan..??


suka-suka sahaja?
boleh ke dalam islam untuk suka-suka sahaja?
niat tidak boleh menghalalkan cara.



Cikgu84, tu masa time dulu-dulu ..time sekarang nak ber'angkat2' .. Ayoyo .. kang tak pasal2 kena ceramah dengan suami ksayangan .. Aduhai ...hihi :-D tak hendak lah cari pasal .. Takut ...


-----------------
EVoLuSi .. BaNGKiT DaRi KeJaHiLaN...!!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

ibusoleha
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.10.2008
Ahli No: 35512
Posting: 69
Dari: KL-JB-B.Mertajam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-12-08 17:56


Salam, to me..."teman tapi mesra" ini adalah satu gejala yang kurang sihat...kita ini kan manusia biasa...bukan malaikat...lebih baik elakkan dari terjerumus...

kat ofis saya dulu banyak kes2 macam ini...apa-apa pun niat tak menghalalkan cara...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibusolehaProfil   Hantar PM kepada ibusoleha   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-12-08 21:05


tak minat dengan angkat2 ini nantikan terangkat susah pulakkkkk

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

arrantaui
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.12.2008
Ahli No: 36246
Posting: 99

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-12-08 12:49


Kejayaan dalam kehidupan dunia ialah sejauh mana kita mengikut kesukaan Allah dan Nabinya. Kemudian barulah datang kesukaan kita. Kesukaan kita yang sebenar adalah dalam syurga.

Bookmark and Share

    


  Member Information For arrantauiProfil   Hantar PM kepada arrantaui   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.139387 saat. Lajunya....