Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-11-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 61
Ahli: 0
Jumlah: 61




  Yang Masuk Ke Sini
Muslim1987: 1 hari, 10 jam, 30 minit yang lalu


Bincang Agama
Topik: Masyarakat Muslim terjebak kehidupan jahiliah moden


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Masyarakat Muslim terjebak kehidupan jahiliah moden

Please Mendaftar To Post


Oleh Masyarakat Muslim terjebak kehidupan jahiliah moden

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 11:13


Oleh Ibrahim Abdullah

KEADAAN yang dihadapi umat Islam hari ini, tidak dapat disangkal lagi mirip dengan keadaan dihadapi Nabi Muhammad SAW dan sahabat ketika berjuang menegakkan Islam di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah. Ketika itu orang beriman menjadi kaum minoriti dan aktiviti mereka terbatas. Kaum Muslimin tidak mempunyai kedudukan kuat kerana mereka masih lemah. Sedangkan yang memegang kekuasaan dan kepemimpinan ialah kaum musyrik Quraisy Makkah.

Meskipun Nabi SAW hadir di tengah kaum Muslimin, Baginda tidak mempunyai kekuasaan sepenuhnya sebagai pemimpin masyarakat umum. Jumlah umat Islam di dunia sekarang 1.6 bilion daripada 6.7 bilion penduduk dunia.

Akibatnya, dunia menyaksikan umat Islam menjadi umat yang tertindas dan miskin di pelbagai bidang kehidupan di bumi Allah. Hal itu jelas seperti di negara atau wilayah yang berada dalam konflik iaitu Palestin, Afghanistan, Iraq, Kashmir, Chechnya dan Filipina.



Keadaan lain yang dihadapi umat Islam ialah aktiviti mereka dibataskan. Mereka tidak diizinkan untuk menampilkan Islam sebagai sistem kehidupan yang utuh dan lengkap. Semua dimensi kehidupan diharuskan untuk berfungsi mengikuti arah sekular dan liberal.

Jika Islam dibenarkan hadir, kehadirannya dianggap sepi. Lebih aneh lagi ialah jika Islam ingin ditampilkan, maka ia harus tampil dengan semangat dan nilai di luar Islam. Apa lagi sejak kebelakangan ini Islam dituduh sebagai pengganas kemanusiaan.

Di sinilah pentingnya kita mempelajari sirah Nabawiah (sejarah perjuangan Nabi SAW), bagaimana Baginda dan sahabat berjuang ketika dalam keadaan lemah, menjadi kelompok minoriti. Bagaimana mereka berjuang ketika di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah.


Sekurang-kurangnya ada beberapa ciri ditonjolkan perjuangan mereka ketika di Makkah.

l Pertama, Nabi SAW dan sahabat menunjukkan istiqamah luar biasa. Di tengah masyarakat jahiliah dan kemusyrikan mereka tampil dengan semangat, berinteraksi dengan masyarakat, namun menunjukkan keistimewaan.

Walaupun hidup di tengah masyarakat jahiliah yang menyembah berhala, mereka sanggup mempertahankan keistimewaan, terutama keistimewaan akidah, fikrah (ideologi) dan akhlak.

Mereka tidak memencilkan diri daripada masyarakat walaupun masyarakatnya tenggelam dalam kesesatan dan kemusyrikan. Bahkan mereka tidak terikut dengan jahiliah apa lagi menjadi musyrik.

l Kedua, interaksi yang dijalin sahabat di tengah masyarakat jahiliah mengandungi kenyataan dan misi jelas, iaitu menyampaikan risalah ketuhanan Yang Maha Esa. Sahabat di bawah pimpinan Nabi SAW sangat aktif, intensif dalam mengajak setiap anggota masyarakat musyrik Makkah untuk menuju jalan Allah.

Mereka faham untuk mengajak orang lain memeluk Islam perkara paling mulia ke arah kebaikan seperti firman Allah yang bermaksud: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang salih, dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang yang menyerah diri (Muslimin).” (Surah al-Fussilat, ayat 33)

Mereka tidak menghabiskan waktu dan tenggelam dalam hiburan bersama masyarakat musyrik. Sahabat sangat menginginkan keimanan dan menyebarkan seruan kepada setiap orang yang ditemui mereka. Justeru, dengan iman dan Islam seseorang meraih keselamatan sebenar di sisi Allah. Sahabat sudah merasakan manisnya iman berbanding kepahitan hidup sebelumnya dalam kekufuran.

l Ketiga, Rasulullah SAW dan sahabat ketika masih berjuang di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah, tidak sedikit menunjukkan sikap kompromi terhadap sistem dan ideologi jahiliah. Oleh itu, sebelum berhijrah Nabi SAW dan sahabat tidak pernah menjalin perjanjian dengan Musyrikin.

Perjanjian pertama disepakati antara kaum Muslimin dengan Musyrikin ialah Perjanjian Hudaibiyah apabila kaum Muslimin yang berhijrah mempunyai kekuatan sehingga dicurigai dan digeruni oleh Musyrikin.

Kaum Musyrikin pernah mengajak Nabi SAW berkompromi ketika masih di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah, iaitu waktu mereka menawarkan untuk bersama kaum Muslimin menyembah Allah selama setahun, asalkan setahun berikutnya kaum Muslimin menyembah berhala mereka.

Baginda SAW tidak menjawab, melainkan Allah menurunkan wahyu yang bermaksud: “Katakanlah: Wahai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan menyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untuk kamu agama kamu, dan untukku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)

Muhammad Qutub menyebut, dunia moden sebagai jahiliah abad ke-20 atau jahiliah moden. Katanya, jahiliah bukan hanya keadaan di Semenanjung Arab pada masa awal diutusnya Nabi Muhammad SAW. Jahiliah adalah sifat yang mungkin berlaku bagi masyarakat lain pada zaman apa pun apabila memenuhi empat kriteria berikut.

l Pertama, tidak ada iman yang sesungguhnya kepada Allah iaitu sikap yang membuktikan kesatuan antara akidah dan syariat tanpa pemisahan.

l Kedua, tidak ada pelaksanaan hukum menurut apa yang diturunkan Allah. Sedangkan, jelas dalam al-Quran Allah memerintahkan manusia untuk menegakkan hukum berdasarkan apa yang diwahyukan-Nya. Apabila hal ini dilanggar bererti masyarakat menegakkan hukum berdasarkan hawa nafsu, bukan mengikuti arahan petunjuk Allah.

Sikap seperti itu menjadi petunjuk mereka cenderung memilih hukum jahiliah daripada hukum Allah. Masyarakat seperti itu layak disebut sebagai jahiliah.

l Ketiga ialah apabila hadir dalamnya pelbagai perkara thaghut yang memujuk manusia supaya tidak beribadah dan tidak taat kepada Allah serta menolak syariat-Nya. Kemudian mengalihkan ibadatnya kepada thaghut dan hukum yang dibuat menurut nafsunya.

l Keempat, hadirnya sikap menjauhkan diri daripada agama Allah sehingga penyelewengan menjurus kepada nafsu manusia. Masyarakat tidak melarang dan tidak berasa berkepentingan untuk melawan perbuatan berkenaan.

Masyarakat jahiliah bertolak daripada hawa nafsu dalam mengembangkan kehidupan dan peradaban. Sedangkan masyarakat beriman bertitik tolak daripada kepatuhan dan penghambaan diri kepada Allah semata-mata. Masyarakat jahiliah menjadikan segala pertimbangan hidup berdasarkan kepentingan yang dibatasi kehidupan dunia belaka. Mereka tidak pernah tertarik menjadikan pertimbangan agama Allah sebagai keutamaan kerana tidak memiliki visi akhirat.

Mereka hanya mengerti perkara dunia, meragukan bahkan mengingkari kehidupan akhirat. Mereka tertipu oleh pujukan dan godaan dunia yang melalaikan. Benarlah seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Neraka dilapisi oleh hal yang menyenangkan (hawa nafsu manusia), sedangkan syurga dilapisi hal yang tidak disukai manusia.” (Hadis riwayat Bukhari)


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 20-12-08 12:08


1 .. 2 .. 3 .. 4 .. semuanaya Wawa pernah 'terjebak' .. Ya ALLAH SWT, Kuatkan iman aku .. :-( ..

kadang-kadang kita berazam nak jadi baik tapi .. 'kekuatan' tu kurang .. Takutnya bila fikir umur makin meningkat ...menghampiri saat kmatian .. ya ALLAH .. Takutnya ... :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

PerMataHiJau
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2007
Ahli No: 31471
Posting: 295
Dari: MELAKA

Pahang  


posticon Posting pada: 20-12-08 12:19


Assalamualaikum ..Nau'zubillah....sama-sama kita berdoa agar dijauhkan daripada ujian2 sebegini daripada menimpa kita....dan semoga kita terus tabah dan dapat menghadapi apa jua rintangan dan dugaan yang datang.... :oops: ...semua ini menakutkan dan juga menginsafkan...andai diriku berubah moga perubahan itu ke arah yang lebih baik... 8-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For PerMataHiJauProfil   Hantar PM kepada PerMataHiJau   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.097357 saat. Lajunya....