Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 8 hari yang lalu
muslimiman: 13 hari yang lalu
tornado: 33 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Penswastaan IJN: Satu lagi hasrat kerajaan zalimi rakyat


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Penswastaan IJN: Satu lagi hasrat kerajaan zalimi rakyat

Please Mendaftar To Post


Oleh Penswastaan IJN: Satu lagi hasrat kerajaan zalimi rakyat

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 19-12-08 11:11


Assalamualaikum wbt..

Kerajaan Malaysia terus menzalimi rakyat dan menentang hukum Islam. Satu lagi usaha untuk menswastakan perkhidmatan kesihatan kali ini Institut Jantung Negara. Pastinya yang mendapat keuntungan adalah para pemimpin tertinggi dan konglomerat.

Biaya perubatan penyakit jantung adalah sangat besar. Jarang sekali rakyat marhaein yang dapat menampung biaya perubatan penyakit ini hatta golongan pertengahan sekalipun. Ia menjadi kewajipan pemerintah untuk menyediakan kemudahan kesihatan kepada rakyatnya, bukan menjadikannya industri komersil.

Kerajaan kufur ini jelas terus menzalimi rakyat. Ia perlu dikuburkan bersama-sama dengan ideologi kapitalisme yang diterapkannya. Hanya dengan tegakknya khilafah Islamiah keadilan dan kesejahteraan sebenar dapat dikecapi dengan penerapan hukum Islam secara kaffar.

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com


------------------------------------------------------------------------------------------------




Kerajaan Mahu Jaminan Sime Darby Tawar Perubatan Pada Golongan Berpendapatan Rendah, kata PM


KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kerajaan mahu jaminan daripada Sime Darby Bhd, yang berminat membeli kepentingan dalam IJN Holdings Sdn Bhd, supaya meneruskan khidmat pusat perubatan jantung terkenal itu kepada golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, maka mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat. Ini juga bergantung kepada banyak syarat-syarat lain," katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Katanya terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju terhadap cadangan Sime Darby untuk membeli kepentingan dalam IJN, yang dimiliki 99.99 peratus oleh Kementerian Kewangan.

"Andaian mereka sekiranya pusat itu dijadikan milik swasta, bayaran perubatan akan menjadi lebih tinggi dan tidak akan dapat dinikmati oleh golongan tersebut," katanya.

Sime Darby dilaporkan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk memperoleh pegangan dalam syarikat yang mengendalikan Institut Jantung Negara itu yang kini merupakan pusat perubatan jantung utama di rantau ini.

Abdullah berkata walaupun IJN kini merupakan pusat perubatan terkenal di rantau ini, golongan miskin masih boleh menikmati rawatan pakar dengan bayaran berpatutan.

"Ramai yang suka IJN kerana IJN dianggap sebagai pusat perubatan yang sangat baik dan terkenal. Terbaik di rantau ini dan dikenali di seluruh dunia. Jadi, rakyat biasapun mahu menikmati rawatan daripada pakar-pakar tersebut," katanya.

Beliau berkata bidang perubatan memerlukan kos yang agak besar kerana sentiasa memerlukan peralatan canggih, ubat-ubatan serta pakar-pakar perubatan terbaik.

"Ini bergantung kepada siapa yang memilikinya. Banyak kos yang diperlukan untuk terus menambah kekuatan dan keupayaan, seperti penambahan bilangan katil untuk pesakit dan menambah bilangan dewan bedah. Ini akan menelan belanja yang besar," katanya.

Abdullah berkata memang ada kebaikan sebaliknya jika ada pihak swasta yang dekat dengan kerajaan seperti Sime Darby, yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang ingin membantu.

Ketika ditanya sama ada kerajaan tidak lagi dapat menanggung kos IJN, Abdullah berkata kerajaan masih boleh menanggung kos tersebut.

"Bukan tidak boleh tanggung, kalau kita tanggung, kita tanggunglah."

"Ia membabitan persoalan mengenai membuat perbandingan, sama ada kalau boleh lagi diperbesarkan, ada orang yang nak menanggungnya dan dia pastikan dapat memenuhi tuntutan-tuntutan yang kita harapkan, apa salahnya. Kerajaan pula boleh buat hospital lain di tempat lain," kata Abdullah.

Sime Darby dilaporkan membayar harga premium melebihi penilaian hospital biasa sebanyak 16 kali nisbah harga kepada pendapatan (apa) memandangkan IJN merupakan pusat pakar jantung terkenal di rantau ini.

Sehingga kini, Sime Darby masih belum mengesahkan jumlah kepentingan yang ingin dibeli dalam IJN.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-12-08 11:18


rakyat terus dizalimi...golongan berpendapatan rendah menjadi mangsa kerakusan pihak atasan yang tamak dan pentingkan diri sendiri.Kenapa mesti IJN diswastakan??adakah dengan menswastakan IJN kerajaan boleh jamin kos pembiayaan perubatan tidak akan di naikkan???jika kos terlalu tinggi bagaimana nasib golongan berpendapatan rendah??

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

Violet-8
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 36178
Posting: 74

malaysia  


posticon Posting pada: 19-12-08 11:24


Inilah masalahnya kalau berada dalam suasana kapitalis, penswastaan adalah satu cara di mana kerajaan melepaskan tanggungjawabnya untuk menjaga kebajikan rakyat...Hasilnya golongan pemodal yang untung...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Violet-8Profil   Hantar PM kepada Violet-8   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 19-12-08 20:55


Assalamualaikum
hmm...kita tunggu apa akan terjadi...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 03:06


Kerajaan tak habis-habis nak tipu rakyat ye..Kenapa ada yang menipu?Sebab ada yang sudi untuk ditipu..Kita yang tau tentang semua isu ni nak buat apa? takkan dok diam saja,sekadar berforum di ukhwah ni?tepuk dada,tanya iman..method, ikut kapasiti masing-masing lah..yang penting,tunjukkan pada semua yang pemerintah sekarang ni adalah zalim dan ..... kang sebut panjang-panjang jadi isu lain pulak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3084
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 03:16


Hanya suatu perbandingan..

1. hospital di british (negara maju) memberikan rawatan yang percuma kepada mana-mana warganya yang sakit samaadasakit biasa ataupun kronik malahan sekiranya pesakit tiada kenderaan untuk balik ke rumah pihak hospital memberikan wang untuk tambang pesakit tersebut (tiada unit hasil dalam hospital mereka).. di farmasinya pula menawarkan harga lebih kurang 9paun untuk satu ubat(tak kira berapa bijik nak ambil pun tetapi tetap 9paun)

2. hospital di canada memberikan rawatan percuma kepada setiap waga canada..

3. Di malaysia nak daftar kena bayar 1.50 untuk daftar..untuk jumpa dr pakar kena bayar rm 5.00..untuk buat dhemodaylisis kena bayar rm 14.00...huh..kenyataannya..kat malaysia ni tak ada yang free untuk rakyatnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 10:17


Pada 19-12-08 20:55 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
hmm...kita tunggu apa akan terjadi...




ni sajakah yang anda mampu cakap?.keh3

:lucu: :lucu: :lucu:


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 10:22


apa kata kita semua buat demo.....pakat bawa kasut dan terompah......

penswastaan IJN tak patut diteruskan...............

Sime Darby memang otak Yahudi betul..........muka saja Melayu ISlam........

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 10:27


Pelik dengan pihak kerajaan yang tak abih2 nak susahkan rakyat..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 10:29


saya pula makin berang dengan tindakan yang pada saya AMAT TIDAK BERMORAL sama sekali.mereka ni ingat semua rakyat malaysia ni penuh duit di poket ke?.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

gooku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.12.2006
Ahli No: 27562
Posting: 269

blank  


posticon Posting pada: 20-12-08 13:22


belum diswastakan pun..bayaran IJN hari ini dikira mahal jugak...

!!! QUOTE !!!


    Setelah 1 bulan 10 hari di IJN.... Akhirnya.. di hari Jumaat penghulu segala hari...

    Ibu Naqiuddin baru bayar bil wad IJN. InsyaALLAH tengahari ni abah Naqiuddin nak ambik bawa balik rumah.

Kena bayar bil RM 264.00 sebab guna Guarantee letter (GL) staff kerajaan. Kalau bayar sendiri kena RM 64, 989.19. Alhamdulillah, dapat kerja dengan kerajaan 2 minggu sebelum Naqiuddin lahir. Kalau tak.. tak tau kat mana nak korek duit.




sumber dari:
http://www.kamilz.com/kamilz/?laman=cat ... page&no=12

ehmm..teruk.!! teruk sebelum diswastakan, dan lebih teruk selepas diswastakan...jadi, apa makna bagi golongan miskin..bersedia untuk mati.

rate payment IJN memang cukup mahal..dan akan ditambahkan kalau diswastakan..terima kasih kepada kerajaan kerana memberi kami kehidupan yang bahagia

    Kabinet tangguh keputusan syor Sime Darby ambil alih IJN

    KUALA LUMPUR: Kabinet hari ini menangguhkan keputusan berhubung cadangan Sime Darby untuk mengambil alih Institut Jantung Negara (IJN) sementara menunggu perbincangan lanjut.

    Difahamkan keputusan itu dicapai pada mesyuarat Kabinet pagi ini.

    Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dijangka membuat pengumuman mengenainya lewat petang ini.

    Dalam pada itu, doktor-doktor IJN berkata, pihaknya gembira untuk berkhidmat dengan institut berkenaan dalam keadaan semasa dan tidak mahu dijadikan 'kambing hitam' dalam cadangan penswastaan pusat perubatan berkenaan.

    Dalam kenyataan yang ditandatangani 33 daripada 35 pakar runding perubatan yang berkhidmat di IJN, mereka menegaskan, syor penswastaan tersebut bukan merupakan respons kepada tuntutan mereka untuk mendapatkan skim gaji yang lebih baik.

    Doktor-doktor berkenaan menambah, kakitangan perubatan tidak terlibat dalam perundingan pengambilalihan IJN.


------------------
rasa-rasanya ia ditangguhkan sehinggalahhh habis pilihanraya di Terengganu agaknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For gookuProfil   Hantar PM kepada gooku   Pergi ke gooku's Website   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 13:46


Penswastan IJN?? ehmm..perkara ni rasanya perlu di pertimbagkan seelok2 oleh pemimpin kita..Bukan hanya nak kaut keuntungan sahaja..akhirnya rakyat juga yang menderita...Sebelum penswastaan sahaja bayaran dah mahal apatah lagi dah di swastakan?? alamat makin melarat lah rakyat malaysia yang tak berkemampuan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 14:05


!!! QUOTE !!!

7.    If it is going to give the same service to civil servants and pensioners the Government will have to pay out the same amount of money after privatisation. How does the Government gain? Besides if the poor are going to be charged the same low fees and charges how does Sime Darby make money? Or will the Government continue to subsidise an ever growing bill for treatment of the poor? If so why is there a need to privatise? How does Sime Darby, a business entity make money when 80 apa cent of the patients are poor?9

http://test.chedet.com/che_det/2008/12/ijn-privatisation.html#more

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 14:49


Penswastaan IJN Bukan Jawapannya
post info
By Anwar Ibrahim

Categories: Analisis, Anwar, Catatan, Ekonomi and Isu Semasa Institut Jantung Negara yang ditubuhkan pada bulan September 1992 merupakan sebuah institusi kesihatan yang sudah lama menyumbang bakti kepada rakyat Malaysia. Ianya menjadi pusat rujukan bagi penyakit kardiovaskular di negara ini serta menawarkan khidmat untuk menangani dan mengurus penyakit jantung. Dengan khidmat para pakar yang terbaik, serta kerjasama yang erat dengan Papworth Hospital di United Kingdom dan Herz-und di Jerman, Institut Jantung Negara berupaya menjadi pusat pakar jantung terbaik di rantau ini dengan keupayaan teknologi terkini.

Namun keputusan kerajaan yang secara prinsipnya bersetuju dengan penswastaan IJN kepada Sime Darby Berhad amatlah mengecewakan. Di saat kita sedang menghadapi kesukaran untuk berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang meruncing, keputusan ini tentulah memberikan dampak yang bukan kecil kepada rakyat keseluruhannya. Pada hemat saya kerajaan tidak wajar mengambil langkah yang sebegitu drastik sedangkan rakyat amat memerlukan perkhidmatan kesihatan yang menawarkan kos berpatutan.

Rekod penswastaan kita ternyata tidak memberansangkan. Lihat sahaja apa yang berlaku dengan Telekom Berhad dan Pembekal Tenaga Bebas(IPP), penswastaan tidak menjamin peningkatan kecekapan dan keupayaan. Selagi penyakit kronisme dan pengambilan komisen berbillion ringgit dari tender kerajaan masih berlaku, penswastaan ternyata bukanlah jalan penyelesaian bagi mempertingkatkan kecemerlangan IJN.

Sungguhpun penswastaan mempunyai kesan positif terutamanya di dalam memacu pertumbuhan ekonomi, namun tanpa garis panduan jelas seperti pertanggungjawaban dan ketelusan apatah lagi ketirisan masih leluasa, penswastaan IJN dikhuatiri akan berakhir menjadi satu episod gelap dalam pengurusan ekonomi dan perkhidmatan kesihatan di negara ini.

ANWAR IBRAHIM


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 14:51


tak habis-habis nak kaut untung saja kerajaan ini.tak tau lah sampai bila .....


p/s agaknya bilalah nak tukar kerajaan ini,hanya mampu menunggu dan lihat

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 15:16


/

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak



Kajian teliti dilakukan demi kepentingan rakyat: Najib

PUTRAJAYA: Kabinet semalam menangguhkan keputusan berhubung cadangan pengambilalihan Institut Jantung Negara (IJN) oleh Sime Darby Bhd untuk membolehkan kajian mendalam dijalankan sebelum dimuktamadkan demi kepentingan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kajian yang akan dilakukan Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) itu mungkin mengambil masa beberapa bulan.


"Oleh kerana cadangan ini sudah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat, maka penangguhan ini akan membolehkan kerajaan mengkajinya sedalam-dalamnya.

"Ini supaya apa-apa keputusan yang kita buat nanti adalah keputusan yang tidak akan menimbulkan sebarang keraguan, terutama sekali dari segi masa depan IJN untuk menjalankan kewajipan sosial mereka," katanya pada sidang media di sini.

IJN diurus oleh IJN Holdings Sdn Bhd (IJN Holdings), iaitu syarikat milik penuh Kementerian Kewangan.
Cadangan Sime Darby untuk mengambil alih 51 peratus ekuiti dalam IJN Holdings itu pada dasarnya dipersetujui kerajaan secara bersyarat. Bagaimanapun, beberapa pihak termasuk ahli politik membantah cadangan itu kerana bimbang institusi berkenaan tidak akan lagi memenuhi matlamat pengwujudannya.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menegaskan sebarang pengambilalihan IJN Holdings oleh Sime Darby jika dilaksanakan, mesti memastikan golongan berpendapatan rendah terus menikmati kadar bayaran rendah di IJN seperti diamalkan sekarang.

Najib yang juga Menteri Kewangan, menjelaskan kerajaan hanya bersetuju pada dasarnya kepada cadangan Sime Darby dengan syarat tanggungjawab sosial IJN tidak akan dipinggirkan atau dikurangkan sama sekali.

Malah, katanya, kerajaan akan terus memberi sumbangan untuk pembedahan di IJN walaupun selepas pengambilalihan oleh konglomerat itu.

"Maknanya kerajaan tidak akan mengabaikan atau mengorbankan tanggungjawab sosialnya sama sekali," katanya.

Najib menegaskan penangguhan keputusan berhubung cadangan pengambilalihan IJN Holdings itu tidak ada kena mengena dengan pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu bulan depan, sebaliknya untuk kepentingan rakyat.

"Ia ditangguhkan sehingga kajian mendalam itu dijalankan, mungkin memakan masa beberapa bulan tetapi faktor masa itu bukanlah sesuatu yang penting.

"Apa yang lebih penting ialah keputusan yang akan dibuat nanti akan benar-benar menguntungkan rakyat dan dapat membangunkan IJN sebagai pusat jantung yang bertaraf dunia," katanya.

p/s apa komen ahli ukhwah...kalau setakat tangguh.........lebih baik batalkan lagi bagus


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 15:19


Pada 20-12-08 14:51 , wafie posting:

!!! QUOTE !!!

tak habis-habis nak kaut untung saja kerajaan ini.tak tau lah sampai bila .....


p/s agaknya bilalah nak tukar kerajaan ini,hanya mampu menunggu dan lihat



IA,masa akan tentukan.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

alam_kubur24
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35967
Posting: 36

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 22:14


saya ada satu kisah nak diceritakan pada sahabat ukhwah tentang ijn.ia berlaku pada family saya......
kisah 1
anna ada abang saudara yang mempunyai pengakit ASD+jantung berlubang....atrial septum defect....4 tahun dulu dia dah pernah buat operation untuk jantung nya...tapi sekarang masalah jantung nya berulang kembali...family mak saudara saya sederhana....mereka membawa abang saudara saya ke ijn...pihak ijn bagi oppoiment selamer 2 bulan untuk jumpa specialist....ante bayangkan...2 bulan...lama tak??????padahal abang saudara saya kalau lihat dari mater kasar pun sememang nya dah cronik....

kisah 2

saya ada patient yang mempunyai penyakit yang sama dengan alang saya...pihak hospital saya refer patient ini kat ijn...dan patient ini ada duit lebih untuk bayar deposit untuk operation..dan ada surat sokongan dari hospital saya...oppoiment nya ADALAH SEMINGGU.....patient nya nampak ok lah lagi..takderlah sampai muntah darah macam alang saya...

nampak kan perbezaan antara orang yang kaya dan sederhana...pihak hospital pun boleh pandang macam tu....sedih...sekarang ijn half goverment...jika diswastakan...apa jadi pada orang yang kurang kemampuan...

pikir2lah kita semua..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alam_kubur24Profil   Hantar PM kepada alam_kubur24   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 20-12-08 22:21


saya dulu pernah juga masuk IJN ini.walaupun saya masih kecil,tapi saya dapat agak yang mak ayah saya bayar mahal semata-mata nak doktor periksa saya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 20-12-08 22:27


apa significant nak swasta kan IJN? bukan ada bad reputation pun sampi perlu swastakan IJN ini....xpham2

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-12-08 08:38


Pada 20-12-08 22:14 , alam_kubur24 posting:

!!! QUOTE !!!



pikir2lah kita semua..


salam

perkara diatas juga tiada beza jika patient VIP, first class dan third class. jangan tembak pengurusan satu hospital semata

dr dr sendiri yang membuat klasifikasi pesakit sebegitu. mana yang perlu di beri layanan baik, mana yang tak kisah diperli2 macam pesakit tak ada harga diri.

**memang bukan semua, namun palitan tu ada


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 21-12-08 11:10


VIP tu mana bayar apa-apa pun semua ditanggung beres saja.duit pakai duit pembayar cukai.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-12-08 11:44


Pada 21-12-08 11:10 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

VIP tu mana bayar apa-apa pun semua ditanggung beres saja.duit pakai duit pembayar cukai.


tahu tak mengapa,sampai bila lah nak macam ini......


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-12-08 12:50


Dipetik di sinar harian

Kerajaan mahu jaminan Sime Darby tawar perubatan pada golongan miskin

KUALA LUMPUR - Kerajaan mahu jaminan daripada Sime Darby Bhd, yang berminat membeli kepentingan dalam IJN Holdings Sdn Bhd, supaya meneruskan khidmat pusat perubatan jantung terkenal itu kepada golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Sekiranya jaminan itu dapat diberikan oleh pihak yang nak mengambil alih, maka mungkin pandangan kita terhadap pengambilalihan ini tidak begitu keras sangat. Ini juga bergantung kepada banyak syarat-syarat lain," katanya kepada pemberita di Parlimen, semalam.

Katanya, terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju terhadap cadangan Sime Darby untuk membeli kepentingan dalam IJN, yang dimiliki 99.99 peratus oleh Kementerian Kewangan.

"Andaian mereka sekiranya pusat itu dijadikan milik swasta, bayaran perubatan akan menjadi lebih tinggi dan tidak akan dapat dinikmati oleh golongan tersebut," katanya.

Sime Darby dilaporkan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk memperoleh pegangan dalam syarikat yang mengendalikan Institut Jantung Negara itu yang kini merupakan pusat perubatan jantung utama di rantau ini.

Beliau berkata, bidang perubatan memerlukan kos yang agak besar kerana sentiasa memerlukan peralatan canggih, ubat-ubatan serta pakar-pakar perubatan terbaik.

“Ini bergantung kepada siapa yang memilikinya. Banyak kos yang diperlukan untuk terus menambah kekuatan dan keupayaan, seperti penambahan bilangan katil untuk pesakit dan menambah bilangan dewan bedah. Ini akan menelan belanja yang besar,” katanya.

Abdullah berkata, memang ada kebaikan sebaliknya jika ada pihak swasta yang dekat dengan kerajaan seperti Sime Darby, yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang ingin membantu.

Ketika ditanya sama ada kerajaan tidak lagi dapat menanggung kos IJN, Abdullah berkata, kerajaan masih boleh menanggung kos tersebut. “Bukan tidak boleh tanggung, kalau kita tanggung, kita tanggunglah.”

“Ia membabitkan persoalan mengenai membuat perbandingan, sama ada kalau boleh lagi diperbesarkan, ada orang yang nak menanggungnya dan dia pastikan dapat memenuhi tuntutan-tuntutan yang kita harapkan, apa salahnya. kerajaan pula boleh buat hospital lain di tempat lain,” kata Abdullah.

Sime Darby dilaporkan membayar harga premium melebihi penilaian hospital biasa sebanyak 16 kali nisbah harga kepada pendapatan (apa) memandangkan IJN merupakan pusat pakar jantung terkenal di rantau ini.

p/s apa pendapat antum semua ,macam-macam kenyataan keluar


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 21-12-08 12:51


Penswastaan IJN Bukan Jawapannya


Institut Jantung Negara yang ditubuhkan pada bulan September 1992 merupakan sebuah institusi kesihatan yang sudah lama menyumbang bakti kepada rakyat Malaysia. Ianya menjadi pusat rujukan bagi penyakit kardiovaskular di negara ini serta menawarkan khidmat untuk menangani dan mengurus penyakit jantung. Dengan khidmat para pakar yang terbaik, serta kerjasama yang erat dengan Papworth Hospital di United Kingdom dan Herz-und di Jerman, Institut Jantung Negara berupaya menjadi pusat pakar jantung terbaik di rantau ini dengan keupayaan teknologi terkini.

Namun keputusan kerajaan yang secara prinsipnya bersetuju dengan penswastaan IJN kepada Sime Darby Berhad amatlah mengecewakan. Di saat kita sedang menghadapi kesukaran untuk berdepan dengan kedudukan ekonomi sejagat yang meruncing, keputusan ini tentulah memberikan dampak yang bukan kecil kepada rakyat keseluruhannya. Pada hemat saya kerajaan tidak wajar mengambil langkah yang sebegitu drastik sedangkan rakyat amat memerlukan perkhidmatan kesihatan yang menawarkan kos berpatutan.

Rekod penswastaan kita ternyata tidak memberansangkan. Lihat sahaja apa yang berlaku dengan Telekom Berhad dan Pembekal Tenaga Bebas(IPP), penswastaan tidak menjamin peningkatan kecekapan dan keupayaan. Selagi penyakit kronisme dan pengambilan komisen berbillion ringgit dari tender kerajaan masih berlaku, penswastaan ternyata bukanlah jalan penyelesaian bagi mempertingkatkan kecemerlangan IJN.

Sungguhpun penswastaan mempunyai kesan positif terutamanya di dalam memacu pertumbuhan ekonomi, namun tanpa garis panduan jelas seperti pertanggungjawaban dan ketelusan apatah lagi ketirisan masih leluasa, penswastaan IJN dikhuatiri akan berakhir menjadi satu episod gelap dalam pengurusan ekonomi dan perkhidmatan kesihatan di negara ini.

ANWAR IBRAHIM

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 21-12-08 18:31


IJN - Jangan Tipu Rakyat Malaysia!!!

Bumiputra Commerce Holdings Berhad telah menubuhkan Synergy Drive untuk mengambil alih pengurusan tiga buah syarikat perladangan terbesar di Malaysia iaitu Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope Plantation.

Selepas pergabungan syarikat - syarikat tersebut selesai, Synergy Drive telah menukar namanya kepada sebuah entiti baru bernama Sime Darby.

Hari ini Sime Darby beria - .a benar mahu mengambil alih Institut Jantung Negara (IJN). Suami Bakal Perdana Menteri pula seperti tidak sabar - sabar untuk meratah IJN atas nama setan pengswastaan.

Soalan: Mengapa pilih IJN sebagai sasaran?
Jawapan: IJN adalah jantung kepada hospital - hospital kerajaan di seluruh Malaysia. Umpama Teori Domino, kejayaan Sime Darby menguasai IJN merupakan permulaan kepada gerakan penswastaan perkhidmatan kesihatan awam secara besar - besaran.

Soalan: Siapakah di belakang Sime Darby?
Jawapan: Bumiputra Commerce Holdings Berhad a.k.a CIMB

Soalan: Siapakah di sebalik Bumiputra Commerce Holdings Berhad?
Jawapan: Nazir Razak

Soalan: Siapakah Nazir Razak?
Jawapan: Adik Ipar Bakal Perdana Menteri Malaysia.

Soalan: Siapakah Bakal Perdana Menteri Malaysia?
Jawapan: Rosmah Mansor.

artikel asal

Rujukan Tambahan yang Berguna:

Wikipedia: CIMB Group
Wikipedia: Penggabungan Sime Darby


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 21-12-08 20:40


Pada 21-12-08 11:44 , wafie posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-12-08 11:10 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

VIP tu mana bayar apa-apa pun semua ditanggung beres saja.duit pakai duit pembayar cukai.


tahu tak mengapa,sampai bila lah nak macam ini......





kena bagi orang lain pula perintah nanti dapat rawatan free


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 21-12-08 21:25


Assalamualaikum
Rashdin..nak main serang peribadi ke..hmm..dah nampak lari jauh perjuangan anda ni... :jangan:

saya lebih suka tunggu dan lihat perkara itu terjadi dahulu..sebab setakat kemampuan saya pada hari ni, saya tak boleh berbuat apa²pun hatta IJN diambil oleh mana² syarikat sekalipun..atau apapun keputusan yang kerajaan buat..sebab saya tak ada kuasa untuk semua tu..apatah lagi sesuatu perkara yang belum pasti..

yang Rashdin..apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh awak?mengetawakan saya?gembirakah dapat mengetawakan saya?

hmm...orang yang berilmu lebih banyak bertindak daripada berkata² semata²...saya nak tanya, apakah tindakan yang Rashdin dah buat untuk bagi sumbangan pada agama?tanyalah diri sendiri..berhati²lah dalam mengeluarkan setiap perkataan...sebab setiapnya akan melambangkan siapakah diri kita sebenarnya...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 21-12-08 21:29


Assalamualaikum
saya memberi peringatan kepada semua ahli UC terutama yang selalu copy and paste SEMATA-MATA berkenaan dengan berita dari suratkhabar, saya mohon agar saring setiap berita dan masukkan di mana yang penting sahaja..jangan main copy and paste semua benda dan masukkan dalam forum..ini akan memberatkan UC..tolong bagi kerjasama!!



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-12-08 00:02


/

HAve a HEART, for the PEOPLE!

Depends on how you want to interpret the message displayed

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 22-12-08 00:18


Pada 21-12-08 21:25 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
Rashdin..nak main serang peribadi ke..hmm..dah nampak lari jauh perjuangan anda ni... :jangan:

saya lebih suka tunggu dan lihat perkara itu terjadi dahulu..sebab setakat kemampuan saya pada hari ni, saya tak boleh berbuat apa²pun hatta IJN diambil oleh mana² syarikat sekalipun..atau apapun keputusan yang kerajaan buat..sebab saya tak ada kuasa untuk semua tu..apatah lagi sesuatu perkara yang belum pasti..

yang Rashdin..apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh awak?mengetawakan saya?gembirakah dapat mengetawakan saya?

hmm...orang yang berilmu lebih banyak bertindak daripada berkata² semata²...saya nak tanya, apakah tindakan yang Rashdin dah buat untuk bagi sumbangan pada agama?tanyalah diri sendiri..berhati²lah dalam mengeluarkan setiap perkataan...sebab setiapnya akan melambangkan siapakah diri kita sebenarnya...



bila pula nak ketawakan anda?

cuba fikir jika ia diswastakan seperti yang dirancang,berapa jutakah rakyat yang mampu untuk membayar kos pembedahan jantung tu?.saya marahkan pemerintah yang hanya pentingkan poket sendiri dari rakyat.saya yang dulu buat check up di ijn pun dah kena bayar mahal.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 23-12-08 14:54


Pada 20-12-08 10:17 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

ni sajakah yang anda mampu cakap?.keh3

:lucu: :lucu: :lucu:



Assalamualaikum
betul jugak eh...bila pulak Rashdin ketawakan saya kan..yang ni..???ke saya yang salah tafsir... :berfikir: aduih.. :sopan:

saya tak pernah pun bersetuju dengan tindakan kerajaan untuk menswastakan IJN kepada Sime Darby...malah saya bimbang jika ia akan menjadi satu batu loncatan buat musuh negara amnya dan Islam khususnya di bumi Malaysia ni memusnahkan lagi Islam di Malaysia ni..tapi, bukan cara saya untuk bersoseh-soseh di sini melontarkan rasa panas hati, tak puas hati terhadap kerajaan sebab saya melihat manfaatnya yang boleh dikatakan tak ada!apatah lagi untuk sesuatu perkara yang tak pasti lagi!sebab tu saya lebih suka tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku..sebab walaupun ia menjadi ura² dan khabar yang tersebar luas, saya lebih suka berdoa dan terus mengharapkan agar ia tidak menjadi kenyataan daripada sekadar melontarkan rasa kemarahan di sini...okies...

wallahua'lam...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-12-08 18:08


jangan gaduh²..tak elok..pada pandangan ana,ni semua sebab ada pilihanraya kecil di Kuala Terengganu..Kalau tak,dah lama dah proceed..
1.Kita tengok ye,Sime Darby macam yang ramai kata,syarikat besar,buat saja lah satu pusat perubatan baru..tapi Kenapa perlu bersusah payah nak jugak ambik IJN?
2.Kenapa setelah ramai bantah,baru lah najib kata nak buat kajian mendalam balik?adakah sebelum ni kajian tidak dijalankan sebelum keputusan "secara dasar" kerajaan yang setuju untuk membenarkan Sime Darby diambil alih dibuat?
3.kalau ye pun Sime Darby kata nak kekalkan dasar tanggungjawab sosialnya,tapi tidak ada hitam putih,Sime Darby boleh saja tak nak buat..Time tu dah jadi dia yang punya,suka hati dia lah..
4.Chairman Sime Darby adalah Tun Musa Hitam,orang yang bertanggungjawab dalam operasi lalang yang mengorbankan seorang ulama di Kedah pada tahun 1985..Kalau seorang ulama' dia sanggup bunuh,apatah lagi orang biasa,pastinya dia sanggup untuk biar mereka mati..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-12-08 22:08


Pada 21-12-08 11:44 , wafie posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 21-12-08 11:10 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

VIP tu mana bayar apa-apa pun semua ditanggung beres saja.duit pakai duit pembayar cukai.


tahu tak mengapa,sampai bila lah nak macam ini......




sampai bila?sampai mereka dijatuhkan melalui PRU.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-01-09 14:59


Sime Darby batal hasrat kuasai ekuiti dalam IJN



KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd semalam mengumumkan tidak akan meneruskan rancangan untuk menguasai kepentingan ekuiti dalam Institut Jantung Negara (IJN).

Dalam satu kenyataan, konglomerat itu membuat keputusan setelah mengambil kira sentimen awam dan maklum balas berhubung cadangan itu.

Tindakan itu susulan pengumuman kerajaan menangguhkan keputusan membenarkan Sime Darby memulakan rundingan dengan Kementerian Kewangan bagi mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam IJN.

“Syarikat yang mewakili lebih 10 juta rakyat Malaysia perlu menghormati hasrat rakyat untuk IJN kekal dalam struktur sedia ada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan Sime Darby, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid. - Bernama

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-01-09 15:08


bagus.. :welcome:
semalam pun saya sempat tengok di TV tentang ini.. antara sebabnya orang ramai membantah bila sime darby mengambil alih..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-01-09 15:28


Berkaitan kepentingan hidup rakyat boleh jadi dagngan juga. Balik fikir macam mana boleh timbul soal pembelia saham IJN. Jika betul nak bantu ..bagi sumbangan dari segi kemudahan yang lebih adalah lebih baik..


Pandangan peribadi sahaja

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.134437 saat. Lajunya....